3.3 Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Selepas pelaksanaan Sistem Residen, British mengukuhkan kuasa di Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang dengan membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) melalui
Perjanjian Persekutuan 1895.
Ciri-Ciri NNMB ialah:-
i. Merupakan gabungan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang membentuk
Persekutuan. [Persekutuan ialah gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit
pentadbiran yang mengandungi kerajaan pusat dan kerajaan negeri]
ii. Residen Jeneral sebagai ketua pentadbiran persekutuan
iii. Raja-Raja Melayu menerima nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali agama
Islam dan adat istiadat Melayu
iv. Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran NNMB
v. NNMB juga dikenali sebagai Pesekutuan 1896
Faktor-Faktor Pembentukan NNMB ialah:
1. Menyeragamkan pentadbiran
Pentadbiran di negeri-negeri ini tidak seragam kerana mempunyai undang-undang
sendiri
Kemajuan ekonomi antara negeri tidak seimbang
British perlukan pentadbiran cekap untuk memudahkan eksploitasi ekonomi
2. Mengatasi kelemahan sistem residen
Tiada garis panduan yang jelas
Residen semakin berkuasa dalam Majlis Mesyuarat Negeri
Raja dan pembesar tidak puas hati kerana hilang kuasa dalam pentadbiran dan
pungutan cukai
3. Menjamin keselamatan negeri
Penggabungan membolehkan NNMB mempunyai pasukan keselamatan sendiri
Menjaga keamanan tanpa bantuan luar
4. Menangani masalah kewangan Pahang
Penggabungan negeri-negeri yang kaya
Membantu beban kewangan Pahang
3.4 Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Diketuai Residen Jeneral
Bertanggungjawab kepada Majlis Mesyuarat Negeri dan Pesuruhjaya Tinggi
Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan
i. Berperanan menggubal undang-undang dan membantu pentadbiran negeri
ii. Hilang kuasa selepas penubuhan NNMB kerana kuasa perundangan terletak di tangan
Residen Jeneral
iii. Residen Jeneral sangat berkuasa menguasai pentadbiran dan menggubal undang-
undang
iv. Kuasa raja semakin terhakis kerana terpaksa menerima nasihat Residen Jeneral dalam
semua perkara pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu
Majlis Mesyuarat Persekutuan
i. Pada tahun 1909, British menandatangani perjanjian dengan Raja-Raja Melayu bagi
menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan
ii. Majlis ini berkuasa meluluskan undang-undang di NNMB
iii. Majlis ini dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi
iv. Pesuruhjaya Tinggi sangat berkuasa mengawal undang-undang dan kewangan NNMB
juga dalam pentadbiran
v. Raja-Raja Melayu hanya ahli biasa
Pembentukan Durbar
i. Ditubuhkan untuk mendapat sokongan raja-raja Melayu terhadap NNMB
ii. Ahli Durbar terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi, Raja-Raja Melayu, Residen Jeneral dan
Residen British
iii. Durbar bertanggungjawab sebagai pelindung orang Melayu
iv. Durbar pertama diadakan di Kuala Kangsar pada tahun 1897