The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR KHUZAIMAH BINTI ZAKARIA #NKZ, 2021-06-13 22:23:25

T2 BAB 5.2 ASPEK KEGEMILANGAN

T2 BAB 5.2 ASPEK KEGEMILANGAN

BAB 5 KESULTANAN MELAYU MELAKA

ASPEK KEGEMILANGAN

• Aspek pembentukan empayar, kemunculan sebagai pusat
penyebaran agama Islam dan pusat perdagangan serta
kejayaan menjalinkan hubungan luar dengan kerajaan lain.

CARA PEMBENTUKAN EMPAYAR

1. Penaklukan:
• Menjamin keselamatan dan kemakmuran kesultanan Melayu

Melaka.
• Kawasan taklukan di Semenanjung Tanah Melayu ialah seperti

Kuala Linggi, Beruas, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
• Kawasan taklukan di Sumatera pula ialah Siak, Rokan, Kampar

dan Rupat.

2. Perkahwinan

• Berlaku antara Sultan Melaka dengan puteri diraja kerajaan
lain.

• Mengukuhkan lagi hubungan persahabatan dan kekeluargaan
antara kerajaan Melaka dengan kerajaan lain.

• Perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan puteri Majapahit,
Raden Galuh Cendera Kirana menyebabkan pengaruh Melaka
semakin meluas.

3. Naungan

• Terdapat pemerintah kerajaan lain yang rela bernaung di bawah
Kesultanan Melayu Melaka.

• Raja yang berada di bawah naungan Melaka ditabalkan oleh
Sultan Melaka.

• Antara kerajaan yang rela bernaung termasuklah Lingga,
Patani, dan Kedah.

Kepentingan Pembentukan Empayar

1. Politik:
• Meluaskan wilayah dan jajahan takluk
• Mengukuhkan hubungan dengan kerajaan yang ditakluk
• Menyekat pengaruh kuasa serantau seperti Siam, Majapahit dan Parsi.

2. Ekonomi:
• Menerima hadiah dalam bentuk wang, emas, timah dan bantuan

ketenteraan.
• Mendapat bekalan seperti hasil pertanian, rempah-ratus dan bijih timah

untuk diperdagangkan di pelabuhan Melaka.
• Menguasai perdagangan di Selat Melaka

3. Sosial

• Berlaku asimilasi budaya tempatan dengan budaya dari Arab, India,
China dan Alam Melayu.

• Wujud masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai suku dan
bangsa.

4. Agama

• Mendorong usaha penyebaran agama Islam.
• Islam telah berkembang luas ke Pahang, Kelantan, Perak, Timur

Sumatera dan Patani.

Pentadbiran Empayar

1. Pentadbiran Pusat:
➢ Pusat pemerintahan dan pentadbiran di Melaka yang terletaknya

tempat raja bersemayam. Raja dibantu oleh pembesar pusat.

2. Pentadbiran Kawasan Naungan:
➢ Kawasan yang mengakui ketuanan Melaka dan menghantar ufti.

Pemerintahan diketuai oleh pemerintah negeri berkenaan dan
dibantu oleh pembesar tempatan.

3. Pentadbiran Kawasan Jajahan:
➢ Pemerintahan diketuai oleh pemerintah yang dilantik oleh Sultan

Melaka.

PUSAT PENYEBARAN AGAMA ISLAM

• Kerajaan awal menerima pengaruh Islam = Samudera-Pasai
dan Perlak.

• Pengislaman pemerintah menyebabkan Kesultanan Melayu
Melaka muncul sebagai pusat penyebaran Islam.

Cara Penyebaran Agama Islam

1. Pengislaman Pemerintah:
• Sultan Iskandar Shah pada tahun 1414 diikuti oleh para

pembesar dan rakyat.
• Menjadikan agama Islam sebagai agam rasmi Kesultanan

Melayu Melaka.

2. Perkahwinan

• Perkahwinan Puteri Sultan Mansuh Shah dengan putera Raja
Siak.

3. Peranan Ulama dan Mubaligh
• Pemerintah Melaka menghantar ke seluruh kawasan

pengaruhnya.
• Ajarah tasawuf dan sufi dikembangkan melalui ulama dari Timur

Tengah dan India. Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf
• Sultan Alauddin Riayat Syah menghantar ulama untuk

mengajar Raja Pahang, Kampar dan inderagiri tentang hal
ehwal agama.

4. Perdagangan

• Melalui pedagang Arab, India dan China datng ke Melaka.
Mereka juga mempunyai sifat mubaligh yang mendorong
penyebaran Islam.

• Mereka menyebarkan Islam ke kawasan lain yang disinggahi
seperti Brunei, Filipina dan Kepulauan Indonesia.

5. Perluasan Kuasa
• Negeri naungan dan jajahan memeluk Islam sebagai tanda taat

setia kepada pemerintah Melaka.

KESAN PENYEBARAN ISLAM

1. Tumpuan Ulama:
• Melaka menjadi tumpuan ulama dan pendakwah.
• Sultan Melaka menjadi penaung kepada aktiviti dakwah dan

perbincangan kitab agama seperti Darul Manzum.

2. Tempat Pembelajaran:
• Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, madrasah,

masjid dan surau menjadi tempat mempelajari al-Quran dan
ilmu tasawuf.

3. Persuratan

• Dalam saduran karya sastera dari Arab dan Parsi seperti
Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah.
Seiring dengan hal ini berlaku perkembangan tulisan jawi dan
bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa persuratan
dan bahasa penulisan.

4. Pemerintahan dan Pentadbiran
• Undang-undang Islam terkandung dalam Hukum Kanun Melaka

dan Undang-undang Laut Melaka.
• Ulama memainkan peranan penting dalam hal pentadbiran.
• Jawatan mufti dan kadi diwujudkan untuk kelicinan pengurusan

agama Islam.

PUSAT PERDAGANGAN

• Berfungsi sebagai pelabuhan entrepot yang mengumpulkan
barangan dari Alam Melayu.

• Menjadi pusat pengedaran barangan dari timur dan barat ke
Alam Melayu.

• Menyumbang kepada kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka.

1. Kedudukan strategik:
• Terletak di laluan perdagangan antara India dengan China.
• Menyebabkan Melaka dikunjungi oleh pedagang dari dalam dan luar Alam

Melayu.
• Kesannya = muncul sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan yang

maju.

2. Pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai barangan:
• Timah, emas, kapur barus, hasil hutan dan rempah-ratus. diperoleh

daripada negeri naungan dan jajahan serta kawasan sekitar Alam Melayu.
• Barangan luar yang dibawa masuk ke Melaka ialah benang emas, kain

pelikat, batu delima, tembikar, wangian dan bahan makanan.

3. Dikunjungi pedagang dari Dalam dan Laur Alam Melayu:
• Pedagang paling ramai, pedagang Arab, China dan Gujerat.
• Pedagang Pasai dan Jawa merupakan pedagang yangpaling ramai dari

Alam Melayu.
• Juga dikunjungi oleh Brunei, Pegu, Parsi, Turki, Mesir, Luzon, Ceylon,

Burma, Kemboja, Champa dan Annam.

4. Pusat Perkapalan:
• Kapal kecil daripada perahu, sampan, ghurab, penjajap, sagur, payar,

baluk, lancing, kakap, baling dan kelulus.
• Kapal besar seperti Jong dan bahtera.

Pengurusan Perdagangan

1. Syahbandar:
• Pelabuhan diuruskan dengan teratur dan cekap oleh pegawai

yang mahir dan berpengalaman.
• Tugas Syahbandar ialah mengurus pasar dan gudang, menjaga

kebajikan serta keselamatan pedagang.
• Memeriksa alat timbang, sukat dan mata wang, menjadi hakim

di pelabuhan, mengurus cukai dan menguatkuasakan peraturan
keluar masuk kapal.

2. Cukai perdagangan

➢Pengurusan cukai pelabuhan yang rendah menarik pedagang
ke Melaka.

➢Cukai dan bayaran surat kebenaran berniaga di pelabuhan
menjadi sumber pendapatan Kesultanan Melayu Melaka.

➢Dua jenis cukai. cukai rasmi, iaitu cukai import yang dikenali
sebagai panduan. Kadarnya berbeza-beza mengikut tempat
asal pedagang.

➢Kedua, cukai tidak rasmi, iaitu dalam bentuk hadiah. Pedagang
dari China dan Jepun hanya dikehendaki memberikan hadiah
yang nilainya sama dengan cukai lima peratus.

3. Mata Wang

❖Pertukaran barangan dan mata wang.
❖Perdagangan tukar barang dari China dan Alam Melayu

dengan barangan dari Barat dan India.
❖Peringkat awal, tukaran nilaian seperti jongkong, timah, serbuk

emas dan kulit siput (cowrie)
❖Mata wang timah dikenali sebagai Calains. Terpahat nama

Sultan Melaka yang memerintah . Mata wang emas dan perak.
❖Mata wang dari Pasai Hormuz dan Cambay juga digunakan.

4. Orang Laut

➢Taat setia kepada raja dan mengekalkan kestabilan kerajaan,
memastikan urusan perdagangan dapat dijalankan tanpa
gangguan.

➢Pelayar dan penunjuk arah yang cekap kepada pedagang

➢Tentera untuk menjamin keselamatan pedagang di perairan
Melaka.

5. Kemudahan pelabuhan

▪ Pelbagai kemudahan menarik minat pedagang.
1. Gudang tempan menyimpan barang
2. Kemudahan pengangkutan
3. Kemudahan bekalan makanan dan minuman
4. Khidmat membaiki kapal
5. Tempat penginapan
6. Syahbandar yang menjaga kebajikan pedagang
7. Kemudahan tempat beribadat.

Hubungan Luar

• Dalam bentuk diplomatik dan perdagangan.
• Dapat menjamin kestabilan dan keselamatan kerjaaan serta

dapat mengekalkan penguasaannya terhadap perdagangan di
Selat Melaka.

1. Pasai:
❖Atas dasar sama taraf
❖Diplomatik melalui perkahwinan Sultan Melaka dengan puteri kerajaan

Pasai, iaitu Puteri Ratna Kaumala.
❖Berkongsi pendapat dan perbincangan berkaitan hal agama Islam.

Membantu kemunculan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam.

2. Demak:
➢Atas dasar kepentingan bersama dalam perdagangan dan penyebaran

Islam.
➢Membekalkan beras, bahan makanan, rempah-ratus dan tentera kepada

Melaka.

3. Majapahit:
❖Perkahwinan pemerintah Melaka dengan Puteri Majapahit.
❖Mengukuhkan lagi persahabatan dengan Majapahit.
❖Wilayah Melaka menjadi semakin luas dan tamatnya ancaman daripada

Majapahit.

4. Makasar:
❖Menghantar utusan persahabatan ke Makasar.
❖Dalam aspek perdagangan, perkapalan, Islam, kebudayaan dan kesenian.
❖Semakin rapat dengan kerajaan Makasar menghadiahi “Budak Raja”

kepada Sultan Melaka.

1. China:
➢Kunjungan utusan dikeutai oleh Yin Ching pada tahun 1403 dan

Laksaman Zheng He pada tahun 1405
➢Pengurniaan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian

sebagai tanda pengiktirafan kepada Sultan Melaka. Mendapat naungan
dan perlindungan daripada China.
➢Dapat mengekalkan ancaman Siam. Melaka mahu situasi menang-
menang dengan Siam untuk mengekalkan kedaulatannya.

2. Ryukyu (Jepun)
• Sultan Mansur Shah berutus surat dengan kerajaan Ryukyu berkaitan

tingkah laku pedagangnya yang melanggar undang-undang di Melaka.
• Membantu meningkatkan lagi perdagangan dengan Melaka.

3. Siam:
➢Atas dasar diplomatik dan perdagangan
➢Menghantar utusan ke Siam diketuai oleh Tun Telanai dan Menteri Jana

Putera. Memperoleh bekalan kayu jati, beras dan bahan makana daripada
Siam serta dapat menjamin keselamatannya.

4. Kerajaan Lain:
❖Hubungan berbentuk perdagangan dengan Pegu, Luzon, Gujerat,

Koromandel dan Bengal.
❖Mesir, Parsi, Turki dan Arab.
❖Kesannya, muncul sebagai pusat perdagangan dan pusat penyebaran

Islam yang ulung di Alam Melayu.


Click to View FlipBook Version