The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sekolah-2167, 2022-08-22 01:06:00

MAKLUMAT ASAS SK PENDIDIKAN KHAS 2022

MAKLUMAT ASAS SK PENDIDIKAN KHAS 2022

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN
_____________________________________________________________________________________________________

VISI DAN MISI KPM

VISI

“Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik

Negara Sejahtera”

MISI

“ Melestarikan Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti

Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”

Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2022/2023 K-SpeEdS – Strive For Excellence
1

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN
_____________________________________________________________________________________________________

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis

dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan Negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk
menyampai ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan

Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap,
kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah

yang mempunyai tanggungjawab untuk
membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara

ke arah mencapai kebaikan di dunia dan
kesejahteraan abadi di akhirat.

Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2022/2023 K-SpeEdS – Strive For Excellence
2

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN
_____________________________________________________________________________________________________

FALSAFAH, VISI, MISI DAN OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan
untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang
dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai
seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

VISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada Murid Berkeperluan Khas

ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada Murid Berkeperluan Khas
untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan

memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS

❖ Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk Murid Berkeperluan Khas.
❖ Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap Murid

Berkeperluan Khas.
❖ Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi Murid

Berkeperluan Khas.
❖ Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.
❖ Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.

Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2022/2023 K-SpeEdS – Strive For Excellence
3

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN
_____________________________________________________________________________________________________

MATLAMAT DAN KOD AMALAN PENDIDIKAN KHAS

MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS

Memberikan pendidikan berkualiti dan menyediakan program yang ceria
serta bermanfaat untuk melahirkan Murid Berkeperluan Khas

yang cemerlang dalam aspek sahsiah, kurikulum dan kokurikulum.

KOD AMALAN PENDIDIKAN KHAS

❖ Polisi dan Pelaksanaan
❖ Pengesahan dan Penempatan
❖ Penyertaan Murid
❖ Penglibatan Ibubapa / Penjaga
❖ Kurikulum
❖ Kokurikulum
❖ Pentaksiran
❖ Khidmat Sokongan dan Bantuan
❖ Kerjasama Pelbagai Agensi

Akta Pendidikan 1996, (Akta 550) Bab 8 Perenggan 40

Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2022/2023 K-SpeEdS – Strive For Excellence
4

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN
_____________________________________________________________________________________________________

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)

Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem
pendidikan Negara secara menyeluruh. Kajian dibuat berdasarkan standard pendidikan
antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi Negara dan harapan ibu bapa serta
masyarakat terhadap dasar Pendidikan Negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk
menghadapi keperluan abad ke-21.

OBJEKTIF KAJIAN SEMULA

❖ Memahami prestasi dan cabaran semasa Sistem Pendidikan Malaysia dengan
memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti),
merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan
murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem.

❖ Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid
bagi 13 tahun akan datang.

❖ Menggariskan program transformasi sistem pendidikan, yang merangkumi
perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan
masyarakat yang meningkat, menyemarak serta menyokong keseluruhan transformasi
perkhidmatan awam.

❖ Gelombang Transformasi

Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2022/2023 K-SpeEdS – Strive For Excellence
5

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN
_____________________________________________________________________________________________________

❖ Aspirasi Sistem dan Aspirasi Murid

Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2022/2023 K-SpeEdS – Strive For Excellence
6

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN
_____________________________________________________________________________________________________

❖ Program Transformasi Sekolah
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha

Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah
berkualiti. Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah sekolah yang terlibat berupaya
mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta
pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. TS25 adalah satu
usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :

⮚ Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
⮚ Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
⮚ Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
⮚ Komitmen komuniti yang padu

HARAPAN

Sistem Pendidikan Malaysia akan hanya dapat memenuhi aspirasi besar menerusi komitmen
dan sokongan semua pihak berkepentingan. Pelan ini akan mencorakkan masa depan yang
lebih cerah dan gemilang untuk semua anak Malaysia – mandat yang besar dan aspirasi yang
jitu. Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua rakyat Malaysia ke arah merealisasikan
aspirasi dan menerusi kerjasama semua pihak untuk membolehkan semua kanak-kanak
memperoleh hak masa depan mereka.

Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2022/2023 K-SpeEdS – Strive For Excellence
7

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN
_____________________________________________________________________________________________________

OBJEKTIF SEKOLAH

● Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
agar lebih berkesan dalam melahirkan MBK yang
berpengetahuan, berkemahiran dan mampu
menguruskan kehidupan.

● Pembelajaran berpusatkan murid dengan
mengoptimumkan penggunaan semua sumber
pengajaran dan pembelajaran.

● Menyediakan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi
keperluan MBK untuk belajar.

● Menggalakkan kehadiran 95% MBK ke sekolah dengan
mewujudkan persekitaran yang ceria, selesa dan
selamat.

● Penglibatan 100% MBK dalam aktiviti Kokurikulum.
● Mewujudkan budaya penyayang dalam kalangan warga

sekolah.

Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2022/2023 K-SpeEdS – Strive For Excellence
8

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN
_____________________________________________________________________________________________________

‘KEY PERFORMANCE INDICATOR’ (KPI) SEKOLAH

1. Memastikan sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah yang sistematik dan
berkesan.

2. Memastikan sekolah berada dalam kelompok 10 SPK terbaik dari aspek
kemenjadian kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

3. Kemenjadian Kurikulum (Pendengaran)
● 100% murid Menguasai Asas Membaca, Menulis dan Mengira.
● 80% murid Tahap 1 melepasi Tahap Penguasaan 3 dalam Pentaksiran Bilik
Darjah.
● 70% murid tahap 2 melepasi Tahap Penguasaan 3 dalam Pentaksiran Bilik Darjah.
● 50% murid Prasekolah menguasai kesemua Tunjang Pembelajaran.
● 80% MBK menguasai KTBM

4. Kemenjadian Kurikulum (Bermasalah Pembelajaran)
● 50% murid menguasai Asas Membaca, Menulis dan Mengira.
● 90% murid boleh mengurus diri sendiri.

5. Kemenjadian Kokurikulum
● Peningkatan 5% pencapaian dalam pertandingan ekstra kurikulum, sukan dan
permainan.
● 95% murid hadir dalam aktiviti Kokurikulum.
● 20% murid menyertai pertandingan dalam Kokurikulum.
● Memastikan semua murid terlibat dalam acara sukan (1 murid 1 sukan).

6. Kemenjadian Sahsiah Insan
● Peningkatan 93% kehadiran murid.
● Sifar salah laku bagi kesalahan berat dan penurunan 5% bagi kesalahan
sederhana dan ringan.
● 98% murid mengamalkan kebersihan, nilai murni dan mengutamakan
keselamatan serta kesihatan.

**** Tertakluk kepada pindaan

Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2022/2023 K-SpeEdS – Strive For Excellence
9

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN
_____________________________________________________________________________________________________

SEJARAH SEKOLAH

Sejarah penubuhan sekolah ini bermula dengan pembukaan kelas khas percantuman di
Sekolah Rendah Sultan Abdullah di Jalan Wong Ah Jang, Kuantan pada tahun 1962. Murid yang
belajar di sekolah ini datang dari kawasan persekitaran bandar Kuantan. Selang beberapa tahun
bilangan murid semakin bertambah. Pada tahun 1982, asrama cacat pendengaran telah dibuka
bagi menempatkan murid-murid yang datang dari kawasan yang jauh dengan kerjasama Jabatan
Kebajikan Masyarakat Kuantan.

Bilangan guru mula bertambah apabila berlaku penambahan murid. Antara guru-guru
yang pernah mengajar di kelas percantuman ini ialah Tuan Haji Jaafar bin Hussin, Hajjah
Mik@Hasbah binti Arshad, Encik Abd Razak bin Mohd Noh dan Encik Tan Seng Ann. Pada Julai
1988, SK Pendidikan Khas Kuantan telah diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan. Pihak SK
Sultan Abdullah dengan murah hati telah meminjamkan sebuah bangunan untuk SK Pendidikan
Khas Kuantan dan sekolah ini dibuka untuk murid cacat pendengaran. Bilangan murid ketika itu
ialah seramai 45 orang dengan 5 orang guru.

Pada 16 Oktober 1999, SK Pendidikan Khas Kuantan telah berpindah ke premis baru di
Indera Mahkota 2.

PELAN LOKASI SEKOLAH

Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2022/2023 K-SpeEdS – Strive For Excellence
10

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN
_____________________________________________________________________________________________________

Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti :

BLOK PENTADBIRAN

⮚ Pejabat
⮚ Bilik Guru Besar
⮚ Bilik Guru Penolong Kanan
⮚ Bilik Guru
⮚ Bilik Mesyuarat Al Farabi
⮚ Bilik Pengurusan Aset
⮚ Bilik Setiausaha Peperiksaan
⮚ Bilik Kesenian dan Kebudayaan
⮚ Bilik Sakit
⮚ Tandas Guru Lelaki dan Guru Prempuan
⮚ Stor 1, 2 dan 3
⮚ Ruang Legar Serbaguna
⮚ Bilik Suis 1

BLOK AKADEMIK

⮚ 20 buah bilik darjah
⮚ Bilik Komputer
⮚ Bilik Peperiksaan
⮚ Bilik Bimbingan Kaunseling
⮚ Bilik Pemulihan Khas
⮚ Bilik SPBT
⮚ Bilik PdP Pengurusan Kehidupan (BP)
⮚ Bilik Pemulihan PdP Bahasa Isyarat Komunikasi
⮚ Bilik Pengasingan Guru / AKP Tiada Vaksin
⮚ Tandas Murid Lelaki dan Murid Perempuan
⮚ Stor Pendidikan Jasmani
⮚ Bilik Suis 2

BLOK SOKONGAN
⮚ Pusat 3 PK
⮚ Dewan Utama
⮚ Pusat Sumber Sekolah
⮚ 2 buah Kelas Pra Sekolah
⮚ Bilik PdP Pendidikan Seni dan Pendidikan Muzik
⮚ Stor Peralatan Pendidikan Seni dan Pendidikan Muzik
⮚ Bilik Sains
⮚ Bilik RBT
⮚ Bilik Kesihatan

Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2022/2023 K-SpeEdS – Strive For Excellence
11

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN
_____________________________________________________________________________________________________


⮚ Surau
⮚ Bilik Suis 3 dan 4
⮚ Stor Kokurikulum
⮚ Tandas Guru dan Murid

KANTIN

PONDOK PENGAWAL

2 PARKIR BERBUMBUNG

GARAJ BAS

⮚ 1 Bilik Pemandu
⮚ 1 Tandas Awam

ASTAKA

ASRAMA

2 blok asrama yang boleh memuatkan 140 orang murid. Asrama ini dilengkapi dengan
Dewan Makan, Bilik Rekreasi, Bilik Bacaan, Bilik Tetamu, Surau, Bilik Gosok, Bilik Sakit,
Bilik Basuh, Bilik TV, Tandas dan 4 buah Bilik Warden.

LAIN-LAIN KEMUDAHAN

⮚ Sebuah bas (No Plat Kenderaan – VAV 9140) 40 orang penumpang
⮚ Sebuah van (No Plat Kenderaan – VAV 3440) 13 orang penumpang
⮚ 2 Pondok Serbaguna

Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2022/2023 K-SpeEdS – Strive For Excellence
12

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN
_____________________________________________________________________________________________________

PELAN SEKOLAH

PELAN KECEMASAN SEKOLAH

Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2022/2023 K-SpeEdS – Strive For Excellence
13

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN
_____________________________________________________________________________________________________

LENCANA SEKOLAH

MAKNA WARNA & PERLAMBANGAN PADA LENCANA SEKOLAH

Buku Menggambarkan kemampuan belajar dan menuntut ilmu.
Alat Geometri
Lambang kemampuan berfikir dan menyelesaikan sebarang
Obor masalah dalam kehidupan.
Wajah Lambang keteguhan semangat dalam bersukan.
Lambang imej sekolah yang mempunyai murid-murid masalah
Motto pendengaran yang mempunyai perasaan dan pandangan positif
“Usaha Tetap Jaya” terhadap kehidupan.
Merah Bermaksud setiap kejayaan yang dikecapi adalah hasil usaha yang
gigih, tekun, serta sabar.
Kuning Melambangkan semangat juang dan mampu menghadapi segala
Putih & Hitam cabaran.
Melambangkan warna diraja.
Melambangkan Negeri Pahang.

Rekacipta Lencana Sekolah : Allahyarham Safia @ Shafie Bin Osman

LAGU SEKOLAH

SKPK Kuantan
Mendidik insan penuh mesra

Jaya diri teguh bimbingan
Penyuluh hidup sempurna

Usaha tetap jaya
Tabah hati teguh cita
Bersatu hati ikhlas setia
Itulah pegangan mulia

Allah bersama kita
Ke jalan kebenaran
Kecacatan bukan penghalang
Insan mulia berwawasan

Pencipta Lagu Sekolah : Encik Umran bin Samsuddin

Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2022/2023 K-SpeEdS – Strive For Excellence
14

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN
_____________________________________________________________________________________________________

JADUAL PdP SESI PERSEKOLAHAN 2022 / 2023

Seramai 7 orang guru besar telah berkhidmat dan mentadbir sekolah dengan penuh
dedikasi. Mereka terdiri daripada :

BIL NAMA GURU BESAR TEMPOH BERKHIDMAT
1 Tn. Haji Malek bin Abd Majid 16.04.1998 – 31.12.1994
2 En. Mojd Dzafir bin Abd Hamid 01.01.1995 – 16.06.1997
3 Pn. Hajah Mik @ Hasanah binti Arshad 17.06.1997 – 03.06.2001
4 Tn. Haji Jamaluddin bin Haji Nong 16.06.2001 – 10.08.2003
5 Pn. Hajah Naemah binti Haji Ali 16.10.2003 – 08.11.2011
6 Pn. Kamariah binti M. Yusof 01.01.2012 – 30.06.2016
7 Pn. Zuriati binti Che Mohd 05.01.2017 – sekarang

Bagi tahun 2022, sekolah akan beroperasi dengan perincian seperti berikut :

GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA SEKOLAH – 21 MAC 2022

BIL WARGA SKPK KUANTAN PERJAWATAN PENGISIAN

1 Pentadbir 44
2 Guru 33 30

3 Pembantu Tadbir (Perkhidmatan) 1 1
4 Pembantu Tadbir (Kewangan) 1 1

5 Pembantu Kemahiran 11

6 Penyelia Asrama 11

7 Pembantu Pengurusan Murid 13 12

8 Pembantu Operasi 11

9 Pemandu 3 2
10 Pengawal Keselamatan (Swasta) 7 7

11 Pekerja Kebersihan (Swasta) 4 4

JUMLAH GURU DAN AKP 58 53

MURID BERKEPERLUAN KHAS – 01 MAC 2022

1 Kelas Pendidikan Khas KU Pembelajaran (KPKP) 46

2 Kelas Pendidikan Khas KU Pendengaran (KPKD) 35
3 Kelas Pendidikan Khas KU Pelbagai 7

4 Kelas Pra Sekolah 10
JUMLAH MBK 98

Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2022/2023 K-SpeEdS – Strive For Excellence
15

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN
_____________________________________________________________________________________________________

KEMASUKAN MURID

SYARAT KEMASUKAN MURID ARUS PERDANA KE PPKI:
i. Telah mengikuti proses P&Pdi sekolah
ii. Telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah atau
pemulihan khas
iii. Keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) dan
Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDP) dan
disahkan oleh pengamal perubatan mengalami kebarangkalian disleksia atau masalah
pembelajaran;
iv. Disahkan oleh pengamal perubatan dan mempunyai kad OKU;
v. MBK dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) perlu mendapat sokongan bertulis
daripada penyelia PDK.

PROSES KEMASUKAN MURID BARU KE PPKI
i. Disahkan oleh pengamal perubatan dengan menggunakan borang pemeriksaan doktor;
ii. Mendapat pengesahan kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
iii. Permohonan kemasukan murid ke PPKI dipohon di PPD/JPN;
iv. Pendaftaran murid ke PPKI boleh dibuat setelah mendapat surat penempatan dari
PPD/JPN dan perlu membawa bersama Borang Permohonan OKU (Borang BPPOKU
pindaan 1/2012) yang dikeluarkan oleh JKM.

(Rujuk Lampiran 5: Borang Permohonan Orang Kurang Upaya - Borang BPPOKU
Pindaan 1/2012)

PROSES KEMASUKAN MURID KE PPKI
Proses kemasukan murid ke PPKI bergantung kepada permohonan murid baru dan
permohonan rayuan murid.

Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2022/2023 K-SpeEdS – Strive For Excellence
16

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN
_____________________________________________________________________________________________________

Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2022/2023 K-SpeEdS – Strive For Excellence
17

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUANTAN
_____________________________________________________________________________________________________

SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS KUANTAN

Manual Pengurusan Sekolah Sesi 2022/2023 K-SpeEdS – Strive For Excellence
18


Click to View FlipBook Version