The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sumber pembinaan hukum islam

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by datunooraiman, 2022-07-05 08:34:32

Pengantar Fiqh-Group 1

Sumber pembinaan hukum islam

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SYED SIRAJJUDIN (UNISIRAJ)

BSS 4013
PENGANTAR FIQH ( B )

ASSIGNMENT GROUP

TAJUK:
SEJARAH PEMBINAAN ILMU FIQH

BIL NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIKS
0211103115
1 MUHAMMAD FAIZ BIN MOHD 0211103166
FUAD 0211103133

2 MUHAMMAD ISMAIL BIN
ADENAN

3 DATU NOOR AIMAN BIN
ABDULLAH

1

ISI KANDUNGAN:

BIL TOPIK MUKA SURAT
3
1 1.0 PENGENALAN
4-9
2 2.0 SUMBER PEMBINAAN HUKUM ISLAM:
• FASA PERTAMA: PADA ZAMAN 10
NABI MUHAMMAD SAW. 10

• FASA KEDUA: PADA ZAMAN
SAHABAT NABI KHULAFA AR-
RASYIDIN.

• FASA KETIGA: BERMULA DARI
AKHIR ZAMAN KHULAFA 41
HIJRAH SEHINGGA AWAL KURUN
KEDUA.

• FASA KEEMPAT: DARI AWAL
KURUN KEDUA HIJRAH SEHINGGA
PERTENGAHAN KURUN KEEMPAT
HIJRAH.

• FASA KELIMA: DARI AKHIR
PERTENGAHAN KURUN KEEMPAT
HIJRAH SEHINGGA KEJATUHAN
BAGHDAD KE TANGAN TATAR
PADA TAHUN 656H.

• FASA KEENAM: DARI MASA
KEJATUHAN BAGHDAD HINGGA
SEKARANG.

3 KESIMPULAN

4 RUJUKAN

2

1.0 PENGENALAN
Fiqh menurut istilah ialah mengetahui atau memahami hukum-hukum syara yang berkaitan

dengan perbuatan mukallaf. Hukum islam merupakan hukum yang sesuai dengan perkembangan
zaman dan tempat. Ini kerana memang hukum islam merupakan suatu peraturan (Syariah) yang
diturunkan oleh Allah SWT untuk kemaslahatan umat manusia, agar manusia dapat hidup
tenang, damai, tenteram dan Bahagia samada di dunia ataupun di akhirat. Oleh kerana itu Allah
SWT telah mengutus para Rasul dan mengatur kehidupan ini dengan aturan yang selaras dengan
situasi dan keadaan.

Al-Quran dan Al-Sunnah merupakan sumber hukum utama dalam islam. Ketika Nabi
Muhammad SAW masih hidup segala persoalan yang timbul diselesaikan oleh Baginda sendiri,
bahkan jawapan serta penyelesaian dari Rasulullah adalah hasil dari bimbingan wahyu Allah
SWT. Para sahabat pula, setelah kewafatan Rasulullah mereka melakukan ijtihad masing-masing
berdasarkan pengalaman mereka bersama baginda, Pengalaman tersebut memudahkan mereka
menyelesaikan permasalahan ketika itu. Ini kerana mereka mengetahui asbab al-Nuzul, mereka
juga mengetahui rahsia-rahsia ayat dari setiap ayat serta menyelami maqasid dari ayat yang
diturunkan, mengetahui nasikh dan Mansukh dan kaedah pengeluaran hukum secara umum atau
usul al-fiqh. Hal ini memudahkan mereka menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Bahkan
situasi tersebut tidak memerlukan sebuah konsep ilmu tertentu dalam menyelesaikan sesuatu
masalah yang timbul pada zaman mereka.

Setelah berlalunya zaman sahabat, para tabi’in mengikuti kaedah yang ditunjukkan oleh para
sahabat dalam menyelesaikan sesuatu hukum. Walau bagaimanapun disebabkan zaman yang
makin mencabar maka para ulama khususnya selepas tabi’in menghadapi pelbagai cabaran
dalam menangani hukum islam semasa. Maka ketika inilah keperluan kepada kaedah hukum
tertentu dalam berhadapan dengan permasalahan yang tidak dinasskan dari al-Quran dan al-
Sunnah. Justeru timbullah pelbagai kaedah yang dipelopori oleh berbagai mazhab fiqh atau
dipelopori oleh ulama tertentu hasil dari kefahaman mereka kepada prinsip-prinsip umum dan
kaedah-kaedah ‘ammah. Di antara kaedah tersebut ialah dar’al-Mafasid wa jalb al-Masalih.
Akhirnya kaedah tersebut menjadi ilmu yang khusus iaitu ilmu maqasid al-syari’ah menjadikan
maslahah dan mafsadah piawaian utama dalam penentuan hukum yang tidak dinass melalui dalil
tertentu.

3

2.0 SEJARAH PEMBINAAN HUKUM ISLAM
Secara lengkap periodisasi sejarah pembentukan hukum islam dapat dibahagikan kepada
beberapa fasa iaitu:

FASA PERTAMA: ZAMAN RASULULLAH S.A.W.
1. Zaman Nabi Muhammad saw sehingga wafat
• Merupakan zaman fiqh yang paling penting secara mutlak kerana syariat islam
tamat dengan sempurnanya pada zaman ini dan ia juga merupakan asas kepada
fiqh sepanjang zaman.
• Fiqh pada zaman ini merupakan fiqh wahyu sahaja maka hukum-hukum syara’
diturunkan ke atas Nabi Muhammad saw dalam bentuk lafaz dan maknanya iaitu
Al-quran dan Al-sunnah.

2. Pembinaan hukum di mekah ( 13 tahun )
• Lebih fokus kepada akidah dan akhlak ( keimanan kepada allah, malaikat, rasul,
dan lain-lain ).
• Hukum-hukum amali sangat sedikit,bahkan dalam bentuk umum.

3. Pembinaan hukum di Madinah ( 10 tahun )
• Nabi Muhammad diizinkan oleh allah swt berhijrah ke Madinah setelah
sebahagian penduduknya menganut agama islam dan keadaan telah mengizinkan
perpindahan baginda ke Madinah untuk menjalankan kerja-kerja dakwah,
seterusnya menjadikan Madinah sebagai pusat pemerintahan negara islam.
• Umati islam memerlukan kepada perundangan fiqh.

4. Sebab berlakunya hukum-hukum syara’
• Berlaku peristiwa dan pertanyaan yang mana ia memerlukan hukum dari syara’
atau orang-orang islam berhadapan dengan beberapa perkara yang menuntut
mereka bertanya kepada Nabi Muhammad saw tentang hukum.
• Memelihara kepentingan manusia dan menolak kemudaratan.

5. Ciri-ciri keistimewaan pembinaan ilmu fiqh pada zaman nabi Muhammad saw
• Tadarruj ( beransur-ansur ).
• Mengangkat kesulitan.
• Nasakh ( di angkat hukum yang dahulu dan digantikan dengan hukum yang baru.

4

6. Nabi saw dan para sahabat r.a
• Kaedah ijtihad.
• Penulisan sumber perundangan islam.
• Contoh pembuktikannya: Nabi Muhammad mengambil tebusan dari orang-orang
tawanan peperangan badar kerana hukum Tawanan perang belum diperundangkan
lagi pada ketika itu.

FASA KEDUA: ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN.

1. Islam semakin tersebar dan para sahabat memikul tanggungjawab yang berat meneruskan
penyebaran islam ke seluruh dunia dan mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai
masalah yang tidak pernah wujud pada zaman Nabi Muhammad saw dan ia memerlukan
ketentuan hukum Allah dan di dalam al-quran dan al-sunnah tidak memperincikan keatas
semua perkara.

2. Kaedah para sahabat mengenalpasti hukum hakam syara’
• Ijtihad pada zaman sahabat iaitu zaman khalifah saidina Abu Bakar dan Saidina
Umar berbentuk ( ijtihad jamaie ) iaitu berbentuk syura.

3. Sebab berlaku perbezaan pandangan di kalangan sahabat
• Iaitu berbeza kaedah ijtihad berkenaan lelaki yang mengahwini Wanita dalam
tempoh iddah.
• Ada diantara mereka yang sampai kepadanya sunnah tetapi tidak mempercayai
terhadap perawi bahkan meraguinya.

FASA KETIGA: BERMULA PADA AKHIR ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN (41
HIJRAH ) SEHINGGA AWAL KURUN KEDUA.

1. Keluasan skop dan sebab sebab perbezaan pendapat
• Bertebaran fuqaha tabien.
• Mempunyai perbezaan suasana budaya, system muamalat dan keadaan sosial.
• Penduduk setiap negara menerima ilmu dari fuqaha masing-masing.

2. Kesan berleluasa periwayatan hadis
• Hukum-hukum fiqh bertambah luas dan banyak hukum yang dapat diistinbatkan
dari al-sunnah.
• Banyak berlaku pemalsuan hadis oleh golongan yang benci terhadap islam dengan
tujuan merosakkan akidah umat islam. Mereka juga mencipta hadis palsu dan
disebabkan itulah selalu muncul masalah baru.

5

3. Pemalsuan hadis daripada golongan yang benci kepada islam
• Pemalsuan hadis akidah.
• Pemalsuan hadis ibadah.
• Pemalsuan hadis akhlak.

4. Akibat daripada muncul pemalsuan hadis yang bnayak
• Menjadikan fuqaha terpaksa menyaring dahulu hadis dari sudut sanad dan matan,
dan disebabkan itu juga hadis semakin sedikit diterima.

FASA KEEMPAT: DARI AWAL KURUN KEDUA HIJRAH SEHINGGA
PERTENGAHAN KURUN KEEMPAT HIJRAH.

Peringkat 4

1. Kurun 2 Hijrah, Fiqh berkembang dan muncul tokoh-tokoh fuqaha.
2. Para mujtahidin yang besar lahir pada zaman ini mengasaskan mazhab atau aliran

Fiqhiyyah masing-masing.
3. Dibukukan kaedah-kaedah mantap, hukum-hukum fiqh yang berselerak dihimpunkan dan

dibukukan dengan lengkap serta dijelaskan antara sahih dan dhaif.

Perkembangan fiqh dan sebab-sebabnya

1. Fiqh berkembang dengan suburnya dan banyak masalah yang muncul tidak seperti
sebelumnya.

2. Faktor-faktor yang mendorong perkembangannya:
• Perhatian yang sungguh-sungguh oleh khalifah-khalifah terhadap fiqh dan fuqaha.
- Contohnya Harun al-rasyid meminta Abu Yusuf menciptakan undang-undang
harta islam.
• Meluasnya negara Islam dari Asbania hingga ke China.
- Dapat berbagai adat resam dan budaya tempatan yang perlu diambil selagi
tidak bercanggah dengan nas syara’.
- Orang islam meminati mengetahui hukum syara’ dalam semua jenis
muamalah ( perhubungan ) yang berbagai.
• Kemunculan para mujtahidin yang besar-besar mempunyai daya bakat dan
potensi daya fikir yang matang lagi kukuh.
- Bekerja keras mengembangkan fiqh dan menampung segala keperluan.
• Pembukuan sunnah dan mengenal pasti mana yang sahih dan dhaif.
- Tidak mendatangkan kesulitan kepada ulama fiqh dan tugas yang
diamanahkan dapat disempurnakan dengan baik.

6

Kemunculan Mazhab-mazhab
• Setiap mazhab mempunyai jumlah pengikut yang ramai dan secara langsung turut
menyebarkan pendapatnya.
• Para fuqaha dari berbagai mazhab perlu ditegakkan “ Dasar-dasar istinbat” dan “
Prinsip untuk mengeluarkan hukum”.

FASA KELIMA: DARI AKHIR PERTENGAHAN KURUN KEEMPAT HIJRAH
SEHINGGA KEJATUHAN BAGHDAD KE TANGAN TATAR PADA TAHUN 656H.
Peringkat 5
KECENDERUNGAN FUQAHA BERTAQLID

• Pada asalnya, seorang faqih adalah seorang mujtahid yang bebas tidak terikat dengan
mana-mana mazhab tertentu kecuali dengan nas-nas kitab.
-Kadangkala ijtihad sependapat, berlainan, tepat/betul, tidak tepat dengan berijtihad
ulama dulu.
-Walaupun dalam 2 keadaan yang berlainan itu, pahala tetap akan diperolehi.

Sebab merebaknya taqlid di kalangan fuqaha
• Kuasa politik khulafa Abbasiyyan menjadi lemah.
- Negara tidaklah seperti dahulu bahkan telah berpecah belah kepada beberapa
negara kecil.
- Kesan kepada kehidupan fiqh dan fuqaha tidak lagi mendapat perhatian,
rangsangan dan galakan dalam menghasilkan fiqh.

• Mazhab-mazhab islami telah terbentuk dengan sempurna di mana masalah yang berkaitan
dengan persoalan, hukum fiqh telah dihalusi dan disusun rapi mengikut babnya.

• Kurang percaya terhadap diri sendiri dan timbul rasa takut untuk berijtihad.

- Terdapat diantara mereka menganggap diri masing-masing lemah dan tidak
mendapatkan hukum dari sumbernya yang asli.

7

Penutupan pintu Ijtihad
• Oleh kerana banyak dakwaan ijtihad dari mereka yang tidak mempunyai kelayakan
berijtihad.
- Para fuqaha bimbang akan merosakkan orang ramai dengan pelbagai fatwa
yang batil.

• Keputusan memberi fatwa pintu berijtihad telah ditutup demi memelihara agama dari
dicemari.

• Mempertingkatkan penyebaran ilmu dikalangan masyarakat dan memberitahu asas dan
memberitahu asas syarat-syarat yang sah.

Peranan fuqaha pada zaman ini
• Berusaha mendapat alasan, sebab atau illat bagi hukum-hukum yang dinukilkan dari
imam-imam mereka.
• Menyimpulkan kaedah-kaedah istinbat atau prinsip mengeluarkan hukum dari cabang-
cabang masalah dalam mazhab.
- Ilmu usl fiqh – Imam As Syafie ( Ar-risalah )

• Menyusun fiqh al-mazhab.

FASA KEENAM: DARI MASA KEJATUHAN BAGHDAD HINGGA SEKARANG
Peringkat 6
Terbahagi kepada dua:

• Berakhir pada awal kurun 10 hijrah.
- Muncul ramai tokoh terkemuka seperti Syeikh Khalil Al-maliki dan Al-subki.
- Mempunyai daya kekuatan dan kemampuan beristinbat.
- Lebih menumpukan kepada penulis dan mengarang kitab-kitab secara ringkas
dan dihimpunkan masalahnya.
- Penulisan yang menggunakan pendekatan khusus yang berbeza dengan
jumhur ulama tetapi selari dengan cara fuqaha.

8

• Bermula kurun ke-10, keadaan fiqh masih berterusan seperti sebelumnya bahkan lebih
lagi.
- Ulama telah menumpukan tenaga mereka kepada mengkaji kitab-kitab serta
memutuskan hubungan dengan kitab-kitab yang amat berharga dan dan
bernilai.
- Terputus hubungan antara ulama -ulama negara islam.
- Terdapat banyak karangan dan penulisan dalam berbagai-bagai ilmu dan
methodnya.

Kitab-kitab Fatwa
• Terdapat kitab-kitab fatwa, yakni jawaban kepada persoalan yang dikemukakan kepada
para fuqaha berhubung dengan masalah-masalah amalan dan kehidupan seharian.
• Kebanyakan fatwa ini disertakan dalil-dalilnya dari nas-nas yang menjadi ikutan fiqh.

Memperundangkan Fiqh
• Fiqh islami diperundangkan dalam pengertian moden iaitu pada sepanjang peringkat yang
lalu sehingga akhir kurun ke-13 hijrah.
• Bagi menyelesaikan perselisihan para hakim atau kadi akan merujuk kepada kitab-kitab
fiqh yang mengetahui hukum-hukum fiqh yang wajib dilaksanakan.
• Pada kurun ke-13 Hijrah, kerajaan uthman mulai disedar betapa perlunya hukum-hukum
muamalat diperundangkan lalu dibentuk suruhanjaya yang terdiri dari kibar’ ulama.
• Setelah undang-undang sivil digubal, maka lahirlah beberapa jenis undang-undang lain.
• Diketahui bahawa undang-undang yang digubal itu tidak terikat dengan mazhab-mazhab
tertentu malah hukum-hukumya diambil dari berbagai bagai mazhab kecuali majalah Al-
ahkam Al-addiniyyah.
• Dalam menggubal undang-undang, hukum yang tidak berdasarkan mana-mana mazhab
islam.
-Undang-undang keluarga ditunisia. -Tidak membenarkan poligami.

9

KESIMPULAN
• Mengetahui dan mengenal pasti fasa sejarah pembinaan ilmu fiqh dan buktinya.
• Konsep fiqh bertujuan untuk menyesuaikan hukum islam mengikut uruf dan persekitaran
sesebuah masyarakat islam.
• Aplikasi fiqh dalam kehidupan umat islam membolehkan kita sentiasa mengadaptasi
syariat islam dalam dunia kontemporari.
• Ini membuktikan syariat islam menjawab segala isu dan permasalahan umat pada setiap
zaman serta sesuai diamalkan sepanjang zaman.

RUJUKAN
Mufti perak.gov.com
Jais.com
Jurnal Fiqh um.edu.my
Buku pengantar syariat islam oleh dato mohd saleh haji ahmad

10


Click to View FlipBook Version