Close
Bahasa Melayu
Bangunan Bersejarah Di
Malaysia Yang Menarik
Check In
Dihasilkan Oleh :
Muhammad Nabil Ikhwan Bin Mohd Rizal
Bangunan di Malaysia
Malaysia, walaupun kecil jika dilihat pada peta dunia, kekayaan negara ini
dalam aspek yang lain tidak boleh dibilang dengan jari. Salah satunya adalah
kewujudan tempat-tempat bersejarah untuk diteroka bagi yang ingin kembali
ke masa lampau dan lari dari dunia moden buat seketika
Bangunan Sultan Abdul Samad
Bangunan Sultan Abdul Samad adalah ibarat ‘icing on the cake’ untuk bandaraya
Kuala Lumpur. Bangunan ini tersergam indah di hadapan Dataran Merdeka, anda
boleh bersantai untuk menikmati pemandangannya yang lebih-lebih lagi
memukau jiwa pada waktu malam sambil menikmati angin bandar. Dibina pada
abad yang ke-19 iaitu pada tahun 1893, bangunan ini memiliki reka bentuk
Moghul dan Moorish dengan pengaruh Islam berdasarkan 3 buah kubah yang
terdapat padanya. Pada awalnya bangunan ini dikenali sebagai Pejabat Baru
Kerajaan, namun, pada tahun 1948, setelah Persekutuan Tanah Melayu
terbentuk, Bangunan Sultan Abdul Samad dinamakan sebagai Sekretariat
Persekutuan. Pada tahun 1974 pula, pejabat-pejabat Kerajaan Negeri Selangor
telah dipindahkan ke Shah Alam, dan sejak dari itu, bangunan ini telah diberikan
nama yang baru bersempena dengan nama Sultan Selangor yang memerintah
dari tahun 1857 ke 1898, Sultan Abdul Samad..
Next
Muzium Telekom
Berjalan-jalan di KL tiba-tiba anda terlihat sebuah bangunan yang tak ubah
macam di luar negara, cukup unik reka bentuknya. Untuk pengetahuan anda,
muzium ini memiliki 2 rupa yang berbeza. Macam mana tu? Bahagian bangunan
yang menghadap Jalan Gereja memiliki pengaruh seni bina Roman dengan 8
buah tiang yang tinggi. Manakala bahagian bangunan yang menghadap Jalan
Raja Chulan pula memiliki gaya Eropah. Muzium Telekom ataupun Muzium
Telekomunikasi Negara adalah lokasi di mana anda sekeluarga dapat melihat
perkembangan dunia telekomunikasi Malaysia dari tahun 1870-an sehinggalah
ke dunia moden. Jangan tak tahu, orang zaman dulu tak guna wayar atau satelit
untuk berhubung, tapi menggunakan peralatan seperti buluh, kayu yang
dipanggil ketok-ketok dan sebagainya. Di muzium ini, anda dapat melihat
bagaimana sistem kod Morse wujud di Tanah Melayu yang bermula daripada
sambungan kabel ke Hindia Timur Belanda yang kemudiannya berkembang ke
London dari Melaka dan Pulau Pinang.
Next
Galeri Seni Johor
Bagi pencinta seni, lawatan ke Galeri Seni Johor pasti dapat
menjadi satu highlight yang terindah anda ketika di Johor. Di
samping pameran lukisan yang menarik untuk dilihat, reka bentuk
bangunan ini sendiri dapat membuatkan jiwa seni anda bahagia.
Bangunan yang terletak di Jalan Petrie ini telah dibina pada tahun
1910 dan digunakan sebagai kediaman Dato’ Abdullah Jaafar yang
merupakan Menteri Besar Johor ketiga. Bangunan ini
kemudiannya dijadikan sebagai markas tentera Jepun dan
seterusnya dibiarkan terabai dalam waktu yang lama. Selepas itu,
bangunan ini digunakan oleh Jabatan Pendidikan sebelum dipilih
untuk menjadi lokasi Galeri Seni Johor kerana seni binanya yang
sangat mengujakan.
Next
Istana Lama Ampang Tinggi Bangunan Sultan Ibrahim (Johor)
(Negeri Sembilan)
Baba & Nyonya Heritage Museum Muzium Perak (Perak)
(Melaka)
Tambahan
Bangunan Bersejarah
1. Independence Monument Museum (Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan)
-Bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan pada asalnya digunakan sebagai tempat orang-orang atasan dan
pegawai kerajaan bersosial, namun selepas kemerdekaan, ianya dibuka kepada orang ramai sebelum dijadikan
bangunan memorial pada tahun 1985. Bangunan yang dibina pada tahun 1911 ini kini menjadi tempat penyimpanan
pelbagai dokumen-dokumen, artifak, majalah, keratan akhbar dan lain-lain lagi yang penting kepada negara dari zaman
Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
2. Bangunan Sultan Suleiman Shah
-Bangunan Sultan Suleiman Shah adalah sebuah bangunan warisan kebangsaan
yang dibina pada tahun 1909 dengan reka bentuk kolonial, dibina oleh arkitek
bernama A.B. Hubback
3. Muzium Diraja Negara
-Terletak di Jalan Istana, Muzium Diraja Negara telah berdiri di sini sejak dari tahun 1928 lagi. Bangunan yang
bersejarah ini pada asalnya merupakan rumah agam milik seorang jutawan Cina, Chan Wing. Bangunan muzium ini
telah direka bentuk oleh sebuah firma seni bina Swan & MacLaren yang terkenal dari Singapura.
4. Kota A Famosa
- Memang banyak bangunan bersejarah di Malaysia tetapi Kota A Famosa boleh dikatakan yang selalu menjadi sebutan
ramai. Kota A Famosa adalah sebuah kota yang telah dibina pada tahun 1511 menggunakan buruh-buruh paksaan
sewaktu dibawah taklukan Portugis. Namun begitu, kini, bukan keseluruhan kota ini dalam keadaan yang sempurna,
kerana satu-satunya struktur yang masih dalam bentuk asal hanyalah pintu gerbang kota ini iaitu Pintu Gerbang
Santiago. Dikatakan bahawa pintu gerbang ini adalah struktur Eropah yang tertua di rantau Asia. Bangunan yang telah
pun berusia lebih daripada 500 tahun ini masih teguh berdiri kerana menggunakan antara jenis batuan yang paling
kukuh iaitu Batu Lada ataupun Batu Letrik yang agak sukar untuk dicari.
5. The Stadthuys
-The Stadthuys adalah antara tarikan di Melaka yang tak patut anda lupa untuk singgahi sebab kat sinilah anda dapat
bergambar dengan menarik bukan sahaja oleh kerana reka bentuk dan warna bangunan ini, tapi juga disebabkan oleh
barisan beca yang penuh warna-warni dan berbunga-bunga yang beratur panjang di dinding luar bangunan. Dibina
pada tahun 1650, The Stadthuys pada asalnya adalah penempatan rasmi untuk Gabenor Belanda. Jangan terkejut,
sebenarnya ketika zaman Belanda, bangunan ini berwarna putih, namun pada tahun 1911, iaitu sewaktu zaman
penjajahan British, bangunan ini telah dicatkan dengan warna merah seperti yang dilihat sekarang
6. Stesen Keretapi Lama Johor Bahru
-Stesen Keretapi Lama Johor Bahru pada suatu ketika dulu pernah menjadi stesen yang penting
menghubungkan Johor Bahru dengan kawasan bandar yang lain. Bangunan yang dirasmikan pada tahun
1932 ini memiliki reka bentuk barat yang cukup unik. Namun begitu, bangunan ini telah ditutup pada
tahun 2010 setelah stesen keretapi terbaru siap dibina bersebelahan dengan stesen ini.