FOKUS PEMBELAJARAN
STANDARD KANDUNGAN :
3.4 : Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara
terancang
STANDARD PEMBELAJARAN :
3.4.4 : Menulis perenggan penutup penulisan yang lengkap serta
menepati tema menggunakan ayat yang gramatis
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat :
1. Menjelaskan tujuan penulisan perenggan penutup secara
terperinci
2. Menyatakan teknik penulisan perenggan penutup dengan jelas
3. Mengaplikasi Teknik ‘TAT’ dalam penulisan perenggan penutup
dengan betul
4. Menulis perenggan penutup dengan lengkap secara gramatis
dan bertatasusila.
TEKNIK PENULISAN PERENGGAN PENUTUP
KARANGAN
APAKAH YANG MURID PERLU FAHAM TENTANG
PERENGGAN PENUTUP?
1. Menyimpulkan isi-isi penting secara keseluruhan.
2. Murid perlu menyatakan pendirian
3. Kesimpulan ayat yang berupa cadangan, harapan atau
sebagainya.
4. Ayat akhir yang menutup perenggan atau penutup bagi sesebuah
karangan.
5. Menunjukkan kepada pembaca dan pemeriksa bahwa anda
seorang murid yang mahir menghasilkan karangan yang menarik dan
bermutu.
6. Bertujuan untuk anda mampu menghasilkan karangan peringkat
cemerlang semasa menghasilkan karangan.
TEKNIK PENULISAN PERENGGAN PENUTUP KARANGAN
TEKNIK PENULISAN PERENGGAN PENUTUP DENGAN MENGGUNAKAN
TEKNIK ‘TAT’
(TEKNIK AYAT TERANCANG)
AYAT 1 – Ayat Kesimpulan
AYAT 2 – Ayat Huraian
AYAT 3 – Ayat Cadangan dan harapan
TEKNIK PENULISAN PERENGGAN PENUTUP
TEKNIK ‘TAT’
Ayat 1 : Ayat Kesimpulan – Penanda Wacana penutup + kata kunci
(punca / kesan /langkah)+ tema soalan
Contoh :
Kesimpulannya beberapa langkah dapat diimplementasikan
oleh (sasaran) ibu bapa untuk (tema) mewujudkan keluarga yang
bahagia.
TEKNIK PENULISAN PERENGGAN PENUTUP
TEKNIK ‘TAT’
Ayat 2 : Ayat Cadangan –
-Penggunaan perkataan yang menunjukkan murid mencadangkan
sesuatu idea sangat penting.
-Contoh (…perlulah, hendaklah, haruslah, dang sebagainya yang
dirasakan sesuai.)
Contoh ayat :
Masyarakat haruslah berganding bahu dan menggembeleng
tenaga serta mempunyai semangat yang tinggi dalam membendung isu
(tema /tajuk/KS) daripada terus berleluasa sebelum terlewat kerana
(peribahasa) sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
TEKNIK PENULISAN PERENGGAN PENUTUP
TEKNIK ‘TAT’
Ayat 3 : Ayat Harapan –
Contoh ayat :
Diharapkan impian negara untuk melahirkan modal insan
yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan menjadi realiti dan nama
negara akan sentiasa gah di pentas dunia.
SOALAN :
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) banyak
membantu manusia dalam kehidupan.
Bincangkan kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi kepada
masyarakat. Panjang karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180
patah perkataan.
Tugasan :
Murid perlu menulis satu perenggan penutup berkaitan dengan soalan
yang diberikan.
DISEDIAKAN OLEH :
CIKGU ERIJAH
GURU BAHASA MELAYU TINGKATAN 3
SM SAINS LAHAD DATU
SEKIAN