1
1.0 PENGENALAN
Kesusasteraan dianggap bidang yang tidak pernah hilang dan pupus setiap kali zaman
berganti zaman, malah ia tetap mekar bagi mereka yang hidup melata bagi mengisi
kekosongan jiwa. Dari segi etimologi, dalam bahasa Sanskrit bermaksud kata-kata
dan bahasa latin pula ialah littera (letter) bermaksud kata bertulis atau bercetak.
Menurut haji Muhammad Salleh (dalam Mohd. Hasri Rajali, 2013) menyatakan
bahawa karya berupaya cereka dicipta dengan perantaraan bahasa dan alatan-alatan
yang datnag bersama dan bukan berbentuk laporan atau esei. Sastera dalam bahasa
Sanskrit disebut castra (syastra) iaitu kitab cuci, karya atau karangan, huruf dan buku
“su” pula bermakna pula bermakna indah, lebih berfaedah dan baik. Manakala,
“susastera” ditarifkan sebagai seni sastera atau seni bahasa.
Di samping itu, kesusasteraan dunia bermaksud karya yang meluas sehingga
ke peringkat luar negara tidak hanya tertumpu di negara tempatan sahaja. Sesebuah
karya tempatan dapat menjadi karya kesusasteraan di peringkat antarabangsa apabila
mengandungi isu-isu global dan bersifat universal (Victor Pogadaeva dan Anne
Pogadaeva, 2016). Banyak juga terdapat karya dari tokoh-tokoh sastera Malaysia
yang diterjemahkan kedalam bahasa lain seperti Inggeris, Perancis, Jerman, Jepun,
Sepanyol, Korea dan Rusia. Hal ini menjadikan karya-karya itu tadi sebagai karya
antarabangsa kerana pembacanya juga terdiri daripada serata dunia. Justeru itu,
sastera antarabangsa atau kesusasteraan dunia ialah penulisan yang meluas di luar
sempadan negara asal. Kesusasteraan dunia pada hari ini semakin dilihat dalam
konteks global.
Istilah sastera dunia ini pada awalnya dipakai oleh Johann Wolgang von
Goethe (1749-1831), iaitu seorang sasterawan dan pemikir Jerman. Sastera dunia
adalah sastera kanon yang membicarakan masalah universal. Menurut Victor
Pogadaev dan Anna Pogadaeva (2016), kesusasteraan dunia harus berbicara kepada
orang yang mempunyai lebih daripada satu kewarganegaraan. Kesusasteraan dunia
zaman dahulu digunakan untuk mengklasifikasikan karya-karya seni barat (Mohd Adi
Amzar Muhammad Nawawi)
Dalam kajian ini, pengkaji membuat perbandingan antara karya tempatan iaitu
novel Sampah (1974) karya Shahnon Ahmad dengan karya luar negara dari Indonesia
iaitu novel Tengelamnya Kapal Van Der Wijck (1938) karya Haji Abdul Malik Karim
2
Amrullah atau lebih dikenali sebagai HAMKA. Pengkaji memilih karya prosa genre
novel kerana novel adalah media penuangan fikiran, perasaan, dan gagasan penulis
dalam merespon kehidupan di sekitarnya. Sebagai salah satu karya sastera, novel
memiliki ciri khas tersendiri jika dibandingkan dengan karya sastera yang lain.
Oleh itu, perbandingan yang dibuat oleh pengkaji adalah dari segi pemikiran
yang dibawa oleh kedua-dua pengarang dalam novel serta gaya bahasa yang
digunakan dalam penulisan novel tersebut. Pengkaji ingin mengkaji perbandingan
antara kedua-dua karya yang dihasilkan oleh pengarang yang banyak menyumbang
dalam bidang kesusasteraan sama ada dalam negara mahupun luar negara.
2.0 LATAR BELAKANG
Dalam bahagian ini pengkaji akan menjelaskan biodata kedua-dua pengarang iaitu
Shahnon Ahnad dan HAMKA dengan lebih terperinci serta menyatakan secara
ringkas sinopsis novel yang dipilih untuk kajian ini iaitu novel Sampah (1974) dan
novel Tengelamnya Kapal Van Der Wijck (1938). Bukan itu sahaja, pengkaji juha
akan menyatakan sumbangan kedua-dua pengarang dalam bidang penulisan.
2.1 BIODATA SHAHNON AHMAD
Nama penuh Shahnon Ahmad ialah Profesor Emeritus Dato’ Dr. Haji Shahnon bin
Ahmad yang dilahirkan pada 13 Januari 1993 di Kampung Banggul Derdap, Sik,
Kedah. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik. Bapanya, Haji
Ahmad bin Haji Abu Bakar atau gelaran seharianya Pak Mat adalah berasal dari,
Medan, Sumatera. Shahnon Ahmad mendapat pendidikan asas di Sekolah Melayu Sik
pada tahun 1941. Kemudiannya, beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Sultan Abdul
Hamid, Alor Setar dari tahun 1947 hingga 1953. Setelah tamat sekolah menengah,
Shahnon telah memperlihatkan bakatnya sebagai seorang penulis. Sifatnya yang
sensitif mendorongnya menulis kisah-kisah hidup manusia yang berlaku di
sekelilingnya.
Shahnon Ahmad yang merupakan tokoh penulis dalam kesusasteraan Melayu
moden amat banyak diperkatakan. Karya awalnya berupa terjemahan tersiar dalam
majalah Mestika dan selepas itu, terus bergiat dalam dunia penulisan terutamanya
cerpen, novel, dan esei serta kritikan. Kekuatan beliau ternyata terletak dalam
penulisan cerpen dan novel dan akhir-akhir ini pula dalam bidang esei dan kritikan.
Shahnon Ahmad adalah seorang penulis yang berani kerana beliau akan menulis apa
3
sahaja yang terlintas di fikirannya dan setiap penulisannya mempunyai tema serta
persoalan yang tersendiri dan kadangkalanya berkait dengan persekitarannya.
Di samping itu, Shahnon Ahmad juga banyak menghasilkan cerpen-cerpen
yang jelas menunjukkan unsur-unsur pembelaan terhadap masyarakat. Beliau juga
turut menterjemah cerpen dalam Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu sehingga
memperkembangkan dan memperbanyakkan karya untuk didedahkan kepada umum.
Sebagai contoh cerpen Bingung yang mengisahkan tentang kebingungan watak
utamanya dalam menghadapi dunia dewasa. Selain itu, cerpen-cerpen yang
mengungkapkan persoalan seperti membawa unsur seks, mempersoalkan mengenai
cinta, perbuatan zina, gejala pelacuran, perbuatan kecurangan suami isteri dan juga
keruntuhan rumahtangga telah dimuatkan oleh Shahnon Ahmad dalam Antologi
Anjing-Anjing pada tahun 1964.
2.2 BIODATA HAMKA
HAMKA atau nama penuhnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah lahir pada tanggal
17 Februari 1908, di sebuah desa kecil Sungai Batang, di tepi Danau Maninjau
Sumatera Barat. Ayahnya, Abdul Karim Amrullah atau Haji Rasul adalah seorang
ulama, juga seorang penulis produktif. Datuknya, Amrullah juga seorang ulama yang
cukup berpengaruh di Minangkabau. Hamka hidup di kampung bersama-sama ayah
dan bondanya. Seperti anak Minangkabau yang lain, beliau juga belajar mengaji,
berpencak silat dan selalu tidur di surau. Hamka belajar di sekolah desa sampai kelas
dua. Kemudian mengikuti ayahandanya mengajar di Sumatera Thawalib; dan mereka
tinggal di Padang Panjang, sebuah kota kecil yang berudara sejuk di Sumatera Barat.
Buku pertama yang beliau tulis ialah “Si Sabariyah”, dengan huruf Arab
Melayu, berbahasa Minangkabau dalam bentuk kaba atau cerita. Setelah berjaya
dengan buku “Si Sabariyah” ini, Hamka semakin rajin menulis. Setelah lama
berkecimpung dalam dunia penulisan banyak karya-karya beliau diterbitkan oleh
penerbit dari Malaysia; antaranya Penerbitan Pustaka Antara dan Pustaka Melayu
Baru. Bukan itu sahaja, beliau juga telah dianugerahi Doktor Kehormatan Persuratan
dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 8 Jun 1974, yang disampaikan oleh
Tun Razak selaku rektor UKM. Pada tanggal 24 Julai 1981, bertepatan dengan bulan
Ramadan, selesai solat tarawih di masjid al-Azhar, beliau mendapat serangan jantung
dan meninggal dunia dalam usia 73 tahun setelah dirawat beberapa hari di hospital.
4
Hamka telah mengasilkan lebih kurang 79 buah penulisan terdiri daripada
pelbagai genre (Imron, 1994). Karya-karya Hamka begitu tersohor dan dikenali
hingga hari ini. Bahkan terdapat beberapa karya beliau yang diadaptasi menjadi
sebuah filem. Karya penulisan Hamka sarat dengan mesej dan nilai-nilai kehidupan
yang boleh dijadikan pengajaran. Ketokohan Hamka dalam bidang penulisan sukar
ditandingi kerana keupaayan beliau menulis dalam pelbagai genre. Karya penulisan
Hamka meliputi pelbagai aspek seperti politik, sastera, agama, sejarah dan juga
penulisan santai.
2.3 SINOPSIS NOVEL TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK
Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijick (1938) karya HAMKA mengisahkan
Zainuddin anak kepada pendekar Sutan yang berasal dari Minangkabau dengan Daeng
Habibah berasal daripada Mengkasar yang hidup sebatang kara lalu diasuh oleh Mak
Base. Setelah dewasa, Zainuddin memutuskan pergi ke tanah kelahiran ayahnya di
Batipuh, Minangkabau. Akan tetapi, bukannya disambut dengan baik oleh sanak
keluarga sang ayah, Zainuddin malah diacuhkan. Itu karena ia memiliki darah ibu dari
luar suku Minangkabau, walau ayahnya berasal dari sana. Ia dianggap sudah terputus
darah dengan keluarganya di Batipuh, sebab daerah Minangkabau menganggap
wanitalah yang menjadi kepala keluarga dan menjadi penyambung keturunan.
Di tempat yang baru itu, Zainuddin memiliki seorang teman bernama Hayati.
Wanita asal Minang yang kerap jadi tempatnya berkeluh kesah melalui surat. Hayati
berasa simpati kepada Zainuddin yang disisihkan. Namun, ayah saudara Hayati
menyuruh Zainuddin pergi keluar dari Batipuh kerana tidak menyukai hubungan
mereka. Zainuddin pun pergi ke Padang Panjang, meninggalkan Hayati yang berjanji
untuk setia. Mamak Hayati kemudian menjodohkan wanita itu dengan Aziz, jejaka
Minang yang berasal dari keluarga terpandang serta kaya. Hayati terpaksa menerima
pinangan Aziz dan berkahwin dengannya.
Zainuddin yang mengetahui bahawa kekasihnya Hayati sudah berkahwin
dengan lelaki lain, kemudian memutuskan berpindah ke Batavia bersama dengan
rakannya yang bernama Muluk. Dia mulai menjadi penulis yang karya-karyanya
disukai oleh ramai orang. Setelah itu, Zainuddin kembali berhijrah ke Surabaya, dan
tinggal di sana dengan pekerjaan yang mapan. Tidak disangka, Azis pun pindah ke
Surabaya bersama Hayati. Azis yang dipecat dari pekerjaannya tidak lagi sombong
5
dan terpaksa menumpang di rumah Zainuddin. Ia dan Hayati tinggal sementara di
rumah bekas kekasih Hayati itu, yang kini sudah menjadi penulis terkenal. Akibat
kecewa, Azis memutuskan bunuh diri dan menuliskan surat wasiat untuk Zainuddin
agar menjaga Hayati namun ditolak oleh Zainuddin. Zainuddin lalu membelikan
Hayati sebuah tiket kapal Van Der Wijk yang berlayar dari Jawa ke Sumatera Hayati
pun pulang ke Minang.
Hayati meninggal dunia kerana kapal Van Der Wijk tenggelam. Kata Muluk,
rakan Zainuddin mengatakan bahawa Hayati sebenarnya masih mencintai Zainuddin.
Mendengar perkara itu, Zainuddin menyesali dirinya. Setelah kematian Hayati,
Zainuddin dilanda kesedihan panjang dan jatuh sakit. Keadaan tubuhnya menjadi
lemah dan tidak lama kemudian Zainuddin meninggal dunia. Zainuddin dan Hayati
dikuburkan bersebelahan di tanah Jawa.
2.4 SINOPSIS NOVEL SAMPAH
Novel Sampah karya Shahnon Ahmad yang telah diterbitkan pada tahun 1974 oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka mengisahkan kehidupan seorang pengemis yang
meneruskan kehidupan sehariannya tetapi mulai melangkau pemikirannya disebabkan
oleh keadaan hidup yang makin mencabar dan berubah. Watak “Dia” ialah watak
seorang pengemis yang meneruskan kehidupan seharian. Tetapi watak “Dia” sentiasa
memerhatikan keadaan masyarakat sekeliling dan melihat perubahan masyarakat yang
semakin hari semakin berubah ke arah keburukan. Watak “Dia” melihat bahawa
tingkah laku masyarakat pada masa tersebut hanyalah sebuah kepalsuan yang dicipta
sendiri dek kerana kemajuan dan kepesatan teknologi.
Watak “Dia” telah melihat bagaimana keadaan masyarakat yang menjalani kehidupan
seharian tetapi tidak mengendahkan keadaan sekeliling disebabkan kesibukan
terhadap kerja dan keinginan untuk mencari kenikmatan hidup. Kemajuan sesebuah
masyarakat inilah yang telah menyebabkan masyarakat menjadi kian kejam dan
menghiraukan golongan yang kurang mampu. Watak “Dia” adalah watak yang
mencari redha Allah S.W.T. kerana melihat tiada sebarang harta benda yang mampu
dibawa ke alam barzah tetapi amal soleh sahaja yang dibawa. Semua orang
mempunyai harta dan terus mencari harta sehingga lupa akan tujuan sebenar.
Disebabkan watak “Dia” adalah seorang pengemis, masyarakat memandang rendah
terhadapnya. Disebabkan dipandang rendah dan hina, watak “Dia” telah menuju ke
6
arah sebuah fasa yang lebih tinggi di mana watak “Dia” tidak ingin lagi menghiraukan
masyarakat. Watak “Dia” tidak ingin lagi menghiraukan diri yang tidak cukup makan
atau tidak berharta atau tidak berduit. Apa yang ada di dalam watak Dia ketika itu
hanyalah satu tujuan iaitu untuk mencari kehidupan abadi iaitu kenikmatan yang
paling tertinggi.
3.0 KAJIAN LEPAS
Banyak kajian yang telah dibuat terhadap karya-karya Shahnond Ahmad dan Hamkal.
Namun didapati belum ada kajian perbandingan yang dibuat tentang pemikiran dan
gaya bahasa dalam novel Sampah (1974) karya Shahnon Ahamd dan novel
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1938) karya Hamka.
Terdapat banyak tulisan dan kajian yang telah dilakukan terhadap karya-karya
Shahnon Ahmad. Antaranya ialah kajian yang bertajuk “Pemikiran Politik dan
Pembinaan Negara Bangsa dalam Novel terpilih Shahnon Ahmad dan Putu Wijaya:
Satu Kajian Bandingan” yang ditulis oleh Azhar Ali pada tahun 2009. Kajian ini
meneliti dua belas novel terpilih karya Shahnon Ahmad dan Putu Wijaya. Kajian
mendapati novel-novel yang diteliti membincangkan konsep kedaulatan,
tanggungjawab politik, kebebasan, hak-hak manusia dan kesamaan. Semua konsep
yang dibincangkan mempunyai fungsi penting dalam menjelaskan unsur-unsur
pembinaan negara bangsa seperti kecintaan, pengorbanan, perpaduan kepada bangsa
dan negara.
Sebuah buku lagi bertajuk “Tanggapan-Pembicaraan Karya-karya Shahnon
Ahmad” tahun 1984, yang diselenggarakan oleh Safian Hussain, Mohd Thani
Abdullah dan Ahmad Kamal Abdullah. Buku ini adalah himpunan esei dan kritikan
novel dan cerpen Shahnon oleh para sarjana, peneliti dan peminat sastera. Dalam
buku itu, banyak diperkatakan tentang novel Ranjau Sepanjang Jalan. Antaranya H.B.
Jassin, Md. Salleh Yaapar dan Edwin Thumboo. H.B.Jassin membicarakan aspek
teknik yang digunakan oleh Shahnon bagi menggerakkan plot cerita Ranjau
Sepanjang Jalan. H.B. Yassin memuji kebijaksanaan Shahnon menyampaikan teknik
pemerian yang begitu rinci dan gaya bercerita yang bersungguh-sungguh. Md. Salleh
Yaapar pula, membincangkan nasib petani-petani Melayu dengan melihat kepada
tema, persoalan, plot, teknik plot dan gaya bahasa yang dianggap baru oleh Md.
7
Salleh Yaapar, iaitu paparan plot penceritaan yang menyedihkan dan juga penderitaan
yang tidak berkesudahan.
Selain itu, terdapat banyak juga tulisan dan kajian berkaitan dengan novel
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijick karya Hamka. Antaranya ialah satu kajian yang
dibuat oleh Deri Rachmad Pratama, Sarwiji Suwandi dan Nugraheni Eko Wardani
pada tahun 2017 yang bertajuk “Keunikan Budaya Minangkabau dalam Novel
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka dan Strategi Pemasarannya dalam
Konteks Masyarakat Ekonomi Asean”. Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk
mendeskripsikan dan menjelaskan budaya Minangkabau yang terdapat dalam novel
ini serta pemasarannya dalam konteks MEA. Bukan itu sahaja, terdapat juga kajian
berkaitan dengan nilai pendidikan yang terkandung dalam novel Tenggelamnya Kapal
Van Der Wijck yang dikaji oleh Immawan Muhammad Ghufron dengan tajuk “Nilai-
nilai pendidikan Akhlak Dalam Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Karya
Hamka” yang telah diterbitkan pada tahun 2015.
Namun begitu, dalam kajian lepas tiada pengkaji yang mengkaji tentang
perbandingan novel Sampah karya Shahnon Ahmad dan novel Tenggelamnya Kapal
Van Der Wijck karya Hamka dari segi pemikiran dan gaya bahasa yang terkandung
dalam kedua-dua buah novel tersebut. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji akan
menganalisis dengan lebih terperinci berkaitan dengan pemikiran yang cuba dibawa
oleh pengarang dalam novel yang dikaji serta penggunaan gaya bahasa yang menarik
dalam kedua-dua buah novel tersebut.
4.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN
4.1 PERBANDINGAN PEMIKIRAN
Pemikiran merupakan subjek yang dibawa oleh seorang pengarang (Mohd Rashid Md.
Idris et al, 2016). Pemikiran juga dikaitkan sebagai mesej yang ingin disampaikan
oleh pengarang kepada pembaca dalam sesebuah karya. Oleh itu, dalam kajian ini
pengkaji akan mengkaji persamaan pemikiran antara novel Tenggelamnya Kapal Van
Der Wijck karya Hamka dengan novel Sampah karya Shahnon Ahmad. Pemikiran
yang dikaji baik daripada pemikiran berkaitan politik, ekonomi, sosial, budaya dan
juga pendidikan.
4.1.1 PERSAMAAN PEMIKIRAN ANTARA NOVEL TENGGELAMNYA
KAPAL VAN DER WIJCK DENGAN NOVEL SAMPAH KARYA
8
i. Pemikiran Ekonomi
Ekonomi merupakan ilmu yang mengkaji cara-cara manusia mengagihkan pelbagai
sumber untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad. Sumber ekonomi
merupakan faktor pengeluaran yang diperlukan untuk mengeluarkan barang-barang
dan perkhidmatan. Sumber ekonomi terdiri daripada buruh, tanah, modal dan
usahawan. (Azhar Md. Sabil et. al, 2015). Begitu juga dengan pemikiran berkaitan
agama. Pemikiran seperti ini jelas dilihat apabila mempunyai perkaitan dengan buruh,
tanah, modal dan usahawan. Dalam dua buah novel yang dikaji oleh pengkaji,
pengkaji mendapati kedua-dua novel tersebut ada memperlihatkan pemikiran
berkaitan ekonomi. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan teks daripada kedua-dua
novel yang dikajia iaitu:
“ Hidup di zaman sekarang berkehendak wang, Hayati. Walau pun saleh dan
bagaimana tekur kita, keadaan yang sekeliling kita tidak dapat melepaskan kita darir
pada kungkungan, sedang Zainuddin tiadakan sanggup menyelenggarakan hidupmu.
Kalau lantaran keras seruan dunia itu, Zainuddin tersesat memilih kehidupan dari
pada jalan yang tiada halal, siapa yang berdosa? Tidakkah engkau sendiri?”
(Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, 1938:58)
Berdasarkan contoh petikan teks tersebut, jelas menunjukkan pengarang ingin
menyatakan bahawa kehidupan sekarang bergantung kepada wang ringgit. Tanpa
wang sebuah kehidupan itu menjadi tidak sempurna hinggakan kini kita dapat lihat
ramai masyarakat lebih mementingkan wang berbanding kebahagiaan sendiri. Mereka
lebih rela mengejar harta dunia berbanding kebahagiaan hidup. Jelaslah dalam novel
ini, pengarang mengetengahkan isu ekonomi berkaitan kepentingan wang dalam
kehidupan masyarakat.
“bangunan-bangunan yang menggaru langit. Dunia yang amat luas. Warna
bermacam-macam. Jeritan dan laungan. Kesibukan.”
(Novel Sampah, 1974:29)
Berdasarkan petikan teks yang di ambil dari Novel Sampah jelas menunjukkan
wujud pemikiran berkaitan ekonomi. Petikan tersebut menggambarkan berlakunya
pembangunan bandar yang pesat dek berikutan peningkatan ekonomi Negara.Jelaslah
menunjukkan bahawa kedua-dua novel tersebut walaupun berlainan pengarang yang
menulis namun kedua-duanya ada persamaan dari segi pemikiran yang diketengahkan
iaitu berkaitan dengan pemikiran ekonomi seperti yang telas pengkaji perlihatkan
melalui contoh di atas.
9
ii. Pemikiran Berkaitan Status Sosial
Perkataan sosial merujuk kepada perihal masyarakat yang merangkumi persahabatan,
pergaulan dan aktiviti pada masa lapang. Manakala, status sosial merupakan
kedudukan seseorang itu dalam masyarakat. Status sosial adalah tempat atau posisi
seseorang dalam suatu kelompok sosial. Lokasi atau posisi dalam strata sosial
berbeza-beza tergantung pada hak dan kewajipan serta biasanya ditentukan oleh gaya
hidup dan pola konsumsi seseorang. Hierarki kedudukan seseorang itu dalam susun
lapis sosial masyarakat dapat dilihat dari segi cara hidup mereka, pangkat dan
sebagainya. Dalam kedua-dua novel yang dikaji oleh pengkaji jelas menunjukkan
terdapat hadirnya unsur pemikiran berkaitan dengan status sosial. Hal ini dapat
dibuktikan melalui petikan teks yang diperoleh pengkaji melalui kedua-dua novel
tersebut. Antaranya ialah:
“Kedua bersahabat ini, Hayati dan Khadijah, amat berlain sekali pendidikan dan
pergaulannya. Yang seorang anak kampung, yang tinggal di dalam dusun dengan
keadaan sederhana, hidup didalam rumah yang dilingkungi adat dan berbentuk kuno.
Kehidupan di kampung yang aman itu menyebabkan jiwanya biasa dalam
ketenteraman, berlain sekali dengan pembawaan Khadijah dan lingkungan
keluarganya. Khadijah orang kota, tinggal di rumah bentuk kota, kaum kerabatnya
pun telah dilingkungi oleh pergaulan dan hawa kota, saudara-saudaranya bersekolah
dalam sekolah menurut pendidikan zaman baru.
(Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, 1938:45)
Jelaslah berdasarkan contoh di atas jelas menunjukkan terdapat perbezaan status
sosial di antara Hayati dengan Khadijah. Hayati datang daripada keluarga biasa
manakala Khadijah anak orang kaya. Dari segi pemakaian, gaya hidup, pendidikan
jelas membezakan status sosial mereka berdua. Contohnya Hayati tinggal di kampung
manakala Khadijah tinggal di kota.
“Keluar! Keluar!”
Tubuhnya ditojah-tojah. Dia tersungkur atas lantai. Tubuhnya dikais-kais dengan
sepatu di kaji. Diinjak-injak.
(Novel Sampah, 1974:80)
Berdasarkan petikan contoh di atas jelas menunjukkan bahawa wujudnya
pemikiran masyarakat yang memandang status sosial seseorang. Dalam konteks ini,
pengarang memaparkan kehidupan seorang pengemis yang dipandang hina dan
dilayan kejam oleh segelintir masyarakat. Jelaslah menunjukkan bahasa kedua-dua
novel yang dikaji memperlihatkan pemikiran berkaitan dengan status sosial. Dalam
10
kedua-dua novel tersebut menunjukkan bagaimana perbezaan status sosial seseorang
itu mempengaruhi cara hidup seseorang itu.
iii. Pemikiran tentang Budaya dan Adat
Secara amnya, budaya bermaksud cara hidup manusia manakala adat merupakan
hukum yang berlandaskan kebiasaan lama ataupun kebiasaan turun-temurun. Menurut
Azhar Md. Sabil et. al (2015), budaya merupakan satu proses perkembangan sahsiah,
akal, semangat dan usaha manusia dalam satu kelompok masyarakat. Budaya dan adat
tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat kerana ia mampu membimbing
masyarakat kearah yang lebih baik untuk sentiasa mengamalkan nilai-nilai baik dalam
kehidupan bermasyarakat. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji mendapati wujudnya
pemikiran berkaitan budaya dan adat diketengahkan oleh pengarang Hamka dan
Shanon Ahmad dalam penulisan novel mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui
petikan teks tersebut :
Setelah hari malam kira-kira pukul 12, datanglah penganten yang laki-laki dari
Padang Panjang, diiringkan oleh teman sahabatnya, cukup dengan adat kebesaran.
Sebelum makan dan minum, ijab dan kabul pun dilakukan di muka Kadi.
(Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, 1938:83)
Berdasarkan petikan teks tersebut, jelas menunjukkan adat perkahwinan yang
diamalkan oleh masyarakat dalam novel tersebut. Adat perkahwinan yang diamalkan
sesuai dengan adat perkahwinan mengikut ajaran Islam. Ijab Kabul seperti yang
disebut dalam contoh di atas jelas menunjukkan masyarakat dalam novel tersebut
mengikut tradisi perkahwinan. Ijab Kabul berasal dari kata wajib yang bermaksud
mewajibkan dan kata qabul yang bererti menerima. Ijab Kabul digunakan dalam
pernikahan iaitu ucapan dari orang tua atau wali mempelai wanita untuk menikahkan
puterinya kepada sang calon mempelai lelaki.
Dia menghulurkan tangan mengemis.
“Pergi! Pergi!’
Mereka tidak juga mahu membunuhnya.
Tangan yang dihulur ditarik kembali.
(Novel Sampah, 1974:33)
Melalui petikan teks tersebut, jelas menunjukkan pengarang ada
memperlihatkan budaya mengemis dalam kalangan masyarakat miskin di bandar.
Sehingga kini, budaya mengemis dalam kalangan masyarakat masih dapat kita lihat
11
walaupun banyak usaha telah dilakukan oleh kerajaan dan juga pihak NGO bagi
membasmi masalah mengemis dalam kalangan masyarakat terutama masyarakat yang
tinggal di bandar-bandar besar dek kerana peningkatan kos sara hidup. Jelaslah kedua-
dua pengarang tersebut memperlihatkan pemikiran budaya dan adat dalam penulisan
novel mereka. Contoh dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck lebih kepada
pemikiran berkaitan adat manakala novel Sampah lebih kepada pemikiran berkaitan
budaya. Walaupun nampak berbeza namun ia tetap pemikiran yang sama.
iv. Pemikiran tentang Agama
Merujuk sejarah adat yang telah diamalkan oleh masyarakat Melayu, pada mulanya
adat yang diamalkan tidak dipengaruhi oleh mana-mana agama. Walau bagaimanapun,
setelah kedatangan peradaban Hindu dan Islam ke alam Melayu, keadaan ini telah
menyebabkan adat yang menjadi amalan masyarakat Melayu telah dipengaruhi oleh
kedua-dua agama tersebut. Oleh yang demikian, jelaslah adat yang diamalkan oleh
masyarakat Melayu merupakan hasil daripada gabungan pengaruh kedua-dua agama.
(Ezzah’afifah Nasrudin & Che Ibrahim Salleh, 2015). Pemikiran keagamaan
merupakan pemikiran yang berunsurkan keimanan dan kerohanian yang membawa
manusia ke jalan yang lebih baik. Menurut Mohd Yusof Hassan (2007), pemikiran ini
berkaitan dengan ketuhanan, keimanan, ketauhidan, keagamaan dan keesaan Tuhan.
Berdasarkan dua buah novel yang telah pengkaji pilih, pengkaji mendapati hadirnya
pemikiran berkaitan agama dalam kedua-dua buah novel tersebut iaitu:
"Lebih baik. kau pergi ke surau saja. Hayati, jangan ke pacuan!"
"Saya malu memakai pakaian demikian, Khadijah, tidak cocok dengan diriku, aku tak
biasa."
"Itulah yang akan dibiasakan."
"Pakaian begini tak diadatkan di negeri kita."
"Dahulu yang tidak, kini inilah pakaian yang lazim."
"Saya tidak mau membuka rambut." "Membuka rambut apakah salahnya? Bukankah
panas kalau selalu ditutup saja?"
"Sebetulnya saya tidak mempunyai pakaian yang demikian," kata Hayati pula
(Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, 1938:46)
Berdasarkan contoh di atas jelas menunjukkan Hamka dalam karya
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck memperlihatkan pemikiran tentang agama. Hal
ini jelas terbukti dari petikan teks di atas. Hayati seorang yang menjaga aurat
12
sedangkan Khadijah seorang yang tidak mementingkan aurat. Dalam Islam aurat
diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi
dari pandangan.
Dia tidak peduli kalau yang mengutuk itu orang lain kerana hanya kekosongan.
Tetapi, apabila yang mengutuk itu ialah Tuhan, ketakutan terjelma dalam perasaan.
(Novel Sampah, 1974:71)
Melalui petikan teks tersebut, pengarang memaparkan pemikiran tentang ketakutan
kepada Tuhan. Semua manusia di muka bumi ini semua takut akan Tuhan. Takut
kepada Tuhan mengajar seseorang itu agar sentiasa patuh pada ajaran agama dan
sentiasa melakukan kebaikan sepanjang hidup.
v. Pemikiran tentang Politik
Politik merupakan bidang yang berkaitan dengan ‘pemerintahan’ atau dalam Islam
dikenali sebagai ‘siyasah’. Bidang ini merupakan bidang yang membincangkan ‘ilmu
tatanegara’ (Azhar Md. Sabil et.al, 2015). Pemikiran politik merupakan pemikiran
yang ada menyebut unsur politik dalam sesebuah karya. Pemikiran politik
merangkumi pemikiran-pemikiran, teori-teori dan nilai-nilai yang merangsang dasar
dan perlakuan politik. Hamka dalam novelnya Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
ada memaparkan pemikiran tentang politik, begitu juga dengan Shahnon Ahmad
dalam novelnya yang bertajuk Sampah juga ada memperlihatkan pemikiran tentang
politik. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan teks kedua-dua novel tersebut:
Di mana-mana didirikan orang perkumpulan politik atau ekonomi untuk membela
kepentingan bangsa dan tanah air supaya mencapai bahagia dan hidup yang
sempurna. Masuki itu, kiraikan sayap, tuangkan dan habiskan tenaga buat itu.
(Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, 1938:87)
Berdasarkan contoh petikan teks di atas, jelaslah menunjukkan pengarang
memperlihatkan tentang tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh seorang pemimpin
dalam membela nasib rakyat. Seorang pemimpin haruslah amanah dalam menjalankan
tugas terutama dalam membela kepentingan bangsa dan tanah air. Hal ini demikian
kerana nasib rakyat dan Negara bergantung kepada tangan pemimpin yang memimpin.
“Cepat! Bawa dia! Bawa dia ke dalam penjara.” Terteleng kepala ‘Tuan’ memberi
perintah. Di matanya terkilat sinar kepuasan dan kebesaran.
(Novel Sampah, 1974:64)
Berdasarkan contoh tersebut, jelas pengarang Novel Sampah memaparkan
sikap seorang pemimpin yang menyalah guna kuasa sehingga sewenang-wenangnya
13
menghukum tanpa sebuah keadilan. Pemimpin menggunakan kuasa menindas
golongan rakyat terutama golongan masyarakat yang miskin. Jelaslah menunjukkan
bahawa kedua-dua pengarang novel yang dikaji ada memasukkan pemikiran tentang
politik dalam karya mereka.
4.1.2 PERBEZAAN PEMIKIRAN ANTARA NOVEL TENGGELAMNYA
KAPAL VAN DER WIJCK DENGAN NOVEL SAMPAH KARYA
Pemikiran ialah cara atau hal memikirkan sesuatu, yakni aliran fikiran hasil gagasan
minda terhadap dunia yang difahamkan, ditafsir dan dibentuk kepada suatu dialami
yang berteraskan matlamat yang boleh membawa kepada penyelesaian yang
berteraskan alam nyata (Som Hj. Nor dan Mohd Dahlan Mohd Ramli, 1997).
Pemikiran merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu meneroka pelbagai kemungkinan idea membuat
pertimbangan atau keputusan membuat refleksi. Menurut Vincent Regan Runggeriero
pula pemikiran adalah seperti berikut;
"Thinking is any mental activity that help formulate or solve problem, make decision,
or fulfil desire to understand. It is a teaching for answers, a reaching for meaning."
Menerusi novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka dan novel
Sampah karya Shahnon Ahmad, terdapat beberapa perbezaan dari segi aspek
pemikiran. Berikut merupakan beberapa contoh perbezaan pemikiran yang telah
ditemukan.
i. Pemikiran Pendidikan
Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1993), pendidikan ialah perihal mendidik.
Menurut Mok Soon Sang (1991), dalam bukunya "Pendidikan di Malaysia"
merumuskan bahawa pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk
memperkembangkan fizikal, intelek, sosial, dan emosi seseorang individu serta
menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan, dan pengalaman supaya dapat
memberi faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya
bertindak dengan cara yang lebih sihat bagi faedah diri sendiri serta masyarakat,
bangsa dan negara. Berdasarkan kedua-dua novel yang telah dikaji, pengkaji
mendapati pemikiran pendidikan hanya terdapat dalam novel Tenggelamnya Kapal
Van Der Wijck sahaja. Berikut merupakan contoh petikan yang telah diambil daripada
teks novel .
14
“Sampai di surau tempat dia tidur, ditulisnyalah sepucuk surat kepada Hayati.
Karena lebih merdeka dan lebih luas dia dapat menyusun kata menumpahkan
perasaan hatinya, bila mana ditulisnya”
(Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, 1938:93)
Berdasarkan petikan tersebut jelas menunjukkan dalam novel ini memaparkan
unsur pendidikan kerana terdapat berlakunya peristiwa berutus surat antara Hayati dan
Zainuddin. Dalam hal ini, seseorang perlulah mempunyai kemahiran dalam bidang
penulisan dan juga kemahiran membaca sekiranya ingin berkomunikasi dengan
seseorang secara bertulis. Sekiranya mereka berdua tidak mempunyai pendidikan
maka, mereka berdua tentu tidak dapat menulis surat antara satu sama lain. Selain itu,
terdapat juga contoh lain yang menunjukkan Hayati mempunyai pendidikan. Berikut
merupakan contoh teks yang diambil dari petikan.
“Jangan kau bandingkan keadaan kampungmu dengan kitab-kitab yang kau baca.
Cinta hanyalah khayal dongeng dalam kitab saja"
(Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, 1938:95)
Dari perkataan yang diucapkan oleh mamak Hayati ini, dapat dilihat
bagaimana ilmu yang diperolehi dari pembacaan dan buku-buku pada ketika itu
seolah-olah tidak memberi nilai dan tidak dapat memberi apa-apa manfaat dalam
kehidupan. Apa yang perlu diutamakan adalah kepatuhan terhadap keputusan
mamaknya. Bukan berhujah dengan ilmu yang dipelajari oleh Hayati di kelas-kelas
pengajian di Batipuh. Perkara ini dapat dilihat berlaku antaranya disebabkan stigma
golongan konservatif pada masa itu mengenai pendidikan. Jelaslah bahawa hayati
memperoleh ilmu dari pembacaannya .
Seterusnya bagi novel Sampah karya Shahnon Ahmad, novel ini tidak
mengandungi unsur pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana, pengarang lebih
memfokuskan kepada kritikan kepada pemimpin iaitu isu penindasan terhadap
golongan miskin,kepincangan pemimpin yang tidak jujur dan banyak lagi .Oleh sebab
itu, pemikiran pendidikan tidak digarap dalam novel ini oleh pengarang. Jelaslah
bahawa ,kedua dua novel ini menunjukkan perbezaan pemikiran yang sangat ketara
kerana kedua-dua pengarang novel mengetengahkan isu-isu yang berlainan.
ii. Pemikiran Keagamaan
Keagamaan adalah berasal daripada perkataan agama. Kebanyakan manusia
mengamalkan kehidupan beragama sebagai tanda mengabdikan diri kepada sang
Maha Pencipta. Terdapat beberapa agama yang dianuti di Malaysia seperti agama
15
islam ,Kristian ,Buddha dan juga Hindu. Kehidupan beragama adalah sangat penting
dalam hidup seseorang kerana setiap agama mengajar umatnya agar tidak melakukan
perkara yang tidak baik dan juga merugikan diri sendiri .Dalam hal ini ,kedua-dua
novel yang telah dikaji ,terdapat pemikiran keagamaan yang didapati dari segi aspek
yang berbeza.Berikut merupakan contoh petikan teks yang menggambarkan
pemikiran keagamaan dalam novel “Sampah” karya Shahnon Ahmad.
“Dia tidak peduli kalau yang mengutuk itu orang lain kerana hanya kekosongan.
Tetapi, apabila yang mengutuk itu ialah Tuhan, ketakutan terjelma dalam perasaan”
“Hanya berkhayal dalam kematian menunggu keabadian di alam barzakh sahaja
yang terdaya meneruskan degupan jantungnya”
(Novel Sampah, 1974:56)
Petikan di atas menjelaskan tentang pemikiran ketakutan seseorang kepada
Tuhan. Setiap agama melarang untuk mengutuk Tuhan Sang Pencipta kerana takut
akan kemurkaan daripada Tuhan. Dalam novel ini, menunjukkan pemikiran
keagamaan kerana mereka takut untuk melakukan perkara yang dilarang oleh
agama .Tambahan pula ,percaya dengan alam barzakh juga menunjukkan adanya nilai
keagamaan dalam novel.Hal ini dikatakan demikian kerana , setiap umat yang
beragama Islam percaya dengan adanya alam ghaib ,alam barzakh iaitu alam untuk
manusia yang telah meninggal dunia sehinggalah hari akhirat .
Di samping itu ,berbeza pula dengan pemikiran keagamaan yang telah didapati
dalam novel “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck” karya Hamka.Pengkaji telah
menemukan pemikiran keagamaan yang berbeza yang telah digarap oleh pengarang
novel ini. Berikut merupakan contoh teks petikan yang telah diambil daripada novel.
“Dia pergi berjudi. Kalau dia menang, maka uang kemenangan itu dibawanya
bersama teman- temannya mencari perempuan. Kalau dia kalah, dia pulang dengan
muka asam, meradang ke sana, menyembur kemari. Sehingga sudah dua tiga kali
mengganti babu, karena tidak ada yang tahan lama. Yang lebih menyolok mata lagi,
kalau babu itu agak muda, kerap kali dipermain- mainkannya, walaupun di hadapan
isterinya”
(Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, 1938:67)
Petikan teks ini bermaksud, sifat Aziz yang suka pergi berjudi dan suka
mencari perempuan untuk dibawa balik ke rumahnya. Dalam hal ini ,Aziz merupakan
suami kepada Hayati, dia juga melakukan ibadah seperti solat namun, dari sisi lain
Aziz ini juga melakukan perkara yang ditegah oleh agama . Oleh itu ,pengarang novel
ini ingin memperlihatkan sifat – sifat manusia yang munafik kerana setiap manusia
16
ada yang masih lalai dengan kehidupan duniawi dan iman mereka yang tidak teguh.
Walau bagaimanapun, terdapat juga contoh petikan teks yang menggambarkan
kehidupan beragama menerusi watak-watak seperti Zainuddin. Berikut merupakan
contoh yang diberikan.
"Lebih baik. kau pergi ke surau saja. Hayati, jangan ke pacuan!"
"Saya malu memakai pakaian demikian, Khadijah, tidak cocok dengan diriku, aku tak
biasa."
"Itulah yang akan dibiasakan."
"Pakaian begini tak diadatkan di negeri kita."
"Dahulu yang tidak, kini inilah pakaian yang lazim."
"Saya tidak mau membuka rambut." "Membuka rambut apakah salahnya? Bukankah
panas kalau selalu ditutup saja?"
(Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, 1938:89)
Berdasarkan contoh di atas jelas menunjukkan Hamka dalam karya
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck memperlihatkan pemikiran tentang agama. Hal
ini jelas terbukti dari petikan teks di atas iaitu Hayati seorang yang menjaga aurat
sedangkan Khadijah seorang yang tidak mementingkan aurat. Dalam Islam aurat
diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi
dari pandangan. Jelaslah,kedua-dua novel ini memperlihatkan pemikiran keagamaan
yang berbeza setelah dikaji. Novel “Sampah” karya Shahnon Ahmad pemikiran
keagamaannya adalah lebih bersifat patuh dengan Tuhan, manakala novel
“Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk” ini adalah tentang manusia yang lalai dengan
kehidupan duniawi walaupun sering melakukan ibadah.
iii. Pemikiran Sosial
Pemikiran sosial adalah sejenis refleksi yang menganalisis unsur-unsur yang berbeza
dalam masyarakat di mana seseorang hidup. Melaluinya, orang bertanya kepada diri
sendiri tentang mengapa perkara itu adalah cara mereka, dan mencari cara untuk
memperbaikinya.Berdasarkan novel yang telah dikaji terdapat pemikiran sosial yang
menjadi idea asal dan menjadi tema utama pengarang dalam menulis novel. Novel
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck berlatarkan kehidupan masyarakat Minangkabau
pada era 30-an di mana pada ketika itu pelaksanaan adat Minangkabau yang
konservatif masih lagi kuat diamalkan. Berikut merupakan contoh teks yang
mengambarkan pemikiran sosial dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
17
“Mula-mula datang, sangatlah gembira hati Zainuddin telah sampai ke negeri yang
selama ini jadi kenang-kenangannya. Tetapi dari sebulan ke sebulan, kegembiraan itu
hilang, sebab rupanya yang dikenang-kenangnya berlainan dengan yang dihadapinya.
Dia tidak beroleh hati yang sebagai hati mak Base, tidak mendapat kecintaan ayah
dan bunda. Bukan orang tak suka kepadanya, suka juga, tetapi berlain kulit dan isi.
Jiwanya sendiri mulai merasa, bahwa meskipun dia anak orang Minangkabau tulen,
dia masih dipandang orang pendatang, masih dipandang orang jauh, orang Bugis,
orang Mengkasar”
(Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, 1938:20)
Dalam novel ini, pemikiran sosial dapat dilihat dalam watak ninik-mamak
yang menghalang Hayati dari berkahwin dengan Zainuddin kerana faktor matrilineal.
Zainuddin dianggap tidak bersuku kerana ibunya berdarah Bugis manakala ayahnya
berdarah Minang. Ini menjadikan statusnya dalam masyarakat Minang yang
bernasibkan garis keturunan ibu tidak diakui kerana Zainuddin tidak bersuku. Oleh
sebab itu, dia dianggap tidak memiliki pertalian darah lagi dengan keluarganya di
Minangkabau dan tidak boleh berkahwin dengan wanita Minangkabau. Tetapi dalam
masa yang sama pembuat keputusan ini dilakukan oleh ninik-mamak iaitu ketua
masyarakat dari golongan lelaki, yang mana keputusannya tidak boleh dipertikaikan
dan sangat identikal. Berbeza pula dengan pemikiran sosial dalam novel “Sampah”
karya Shahnon Ahmad. Berikut merupakan contoh teks yang diambil daripada petikan.
“Keluar! Keluar!”Tubuhnya ditojah-tojah. Dia tersungkur atas lantai. Tubuhnya
dikais-kais dengan sepatu di kaji. Diinjak-injak.
(Novel Sampah, 1974:56)
Berdasarkan petikan contoh di atas, teks di atas menjelaskan tentang
penindasan golongan pemimpin kepada golongan pengemis dan juga miskin.Hal ini
jelas menunjukkan bahawa wujudnya pemikiran masyarakat yang memandang status
sosial seseorang. Dalam konteks ini, pengarang memaparkan kehidupan seorang
pengemis yang dipandang hina dan dilayan kejam oleh segelintir masyarakat. Oleh itu
jelaslah bahawa, terdapat perbezaan daripada kedua novel yang dikaji. Novel
“Sampah” ini lebih kepada penindasan terhadap golongan miskin manakala novel
“Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk” ini terdapat permasalahan yang terjadi
disebabkan adat dan budaya yang tidak sama.
iv. Pemikiran Politik
18
Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan.
Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik
juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Politik adalah
antara faktor penting dan perlu diberi perhatian dalam rangka memahami bentuk dan
sifat hubungan etnik dalam sesebuah masyarakat plural seperti di Malaysia. Hal ini
kerana, politik sering dikaitkan dengan kuasa, pembentukan dan pelaksanaan dasar
politik memberikan kuasa kepada sesuatu kelompok atau rejim untuk melaksanakan
sesuatu mengikut hajat dan landasan pemikiran atau ideologi mereka. Berikut
merupakan contoh pemikiran politik yang digarap oleh pengarang dalam novel
“Sampah” karya Shahnon Ahmad.
“Bangunan-bangunan terasa semakin meninggi semakin galak menggaru langit.
Indahnya bukan main”.
(Novel Sampah, 1974:3)
“Keluar! Keluar!”Tubuhnya ditojah-tojah. Dia tersungkur atas lantai. Tubuhnya
dikais-kais dengan sepatu di kaji. Diinjak-injak.
(Novel Sampah, 1974:80)
“Cepung dan buang saja keluar!”Suara it uterus diiringi dengan ketawa. Dia
berjalan terhuyung-hayang hala ke pintu besar.
(Novel Sampah, 1974:81)
Petikan di atas membuktikan bahawa pemimpin yang mementingkan
pembangunan .Pemimpin ingin memajukan pembangunan negara agar menjadi
destinasi pelancongan dari luar negara.Namun demikian, cara pemimpin dalam
memajukan pembangunan adalah salah kerana mereka menindas golongan miskin
kerana mereka suka menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada golongan ini.
Berdasarkan contoh tersebut, jelas pengarang novel Sampah memaparkan sikap
seorang pemimpin yang menyalah guna kuasa sehingga sewenang-wenangnya
menghukum tanpa sebuah keadilan. Pemimpin menggunakan kuasa menindas
golongan rakyat terutama golongan masyarakat yang miskin. Selain itu ,terdapat juga
pemikiran politik dari novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wicjk karya Hamka dari
sudut pandangan dan peristiwa yang berbeza. Berikut merupakan contoh petikan yang
diambil daripada novel.
“Meskipun pada dasarnya perempuan memiliki kekuasaan dalam keluarga dan
pendapat perempuan didengar dalam persoalan keluarga, namun jabatan
kepemerintahan tidak diwariskan kepada perempuan dan keputusan tetap diputuskan
oleh mamak.”
19
(Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, 1938:53)
Berdasarkan petikan di atas, dapat dislihat faktor ekonomi dan politik yang
menghalangi kisah cinta antara Hayati dan Zinuddin. Bundo Kanduang diwujudkan
sebagai seorang pemimpin yang sangat menentukan pemerintahan. Sebagai
perempuan ia tidak hanya sebagai pelengkap atau penghibur dalam pertemuan, tetapi
Bundo Kanduang memiliki tempat yang sepatutnya dalam mengambil kebijakan dan
keputusan. Oleh itu ,dalam novel ini pemikiran politik adalah berkaitan dengan kisah
cinta Hayati dan Zainuddin tidak direstui disebabkan adat dan budaya mereka yang
berbeza. Jelaslah bahawa, terdapat perbezaan pemikiran politik di antara kedua novel
yang telah dikaji.
Kesimpulannya, terdapat empat perbezaan pemikiran dari segi aspek
pemikiran pendidikan, pemikiran keagamaan, pemikiran sosial dan juga pemikiran
politik di dalam kedua buah novel yang dikaji. Kedua-dua novel ini, menunjukkan
perbezaan yang sangat ketara melalui peristiwa dan juga peranan watak dalam novel
yang ditulis.
4.2 PERBANDINGAN GAYA BAHASA
Menurut Keris Mas (1990), gaya bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa dipakai
khususnya dalam tulisan atau karangan. Menurut Nik Hassan Basri Ab. Kadir (2005),
secara umumnya gaya bahasa yang terdapat dalam karya penulisan kreatif dan bukan
kreatif dapat dibahagikan kepada lima jenis iaitu gaya bahasa perbandingan,
pertentangan, pengulangan, pertautan, dan penyirnaan. Antara contoh bagi gaya
bahasa perbandingan adalah seperti metafora, personifikasi, simile, dan imejan,
manakala contoh bagi gaya bahasa pertentangan ialah hiperbola, inversi, dan paradoks,
contoh gaya bahasa pengulangan pula ialah aliterasi, anafora, asonansi, responsi, dan
repetisi yang banyak digunakan dalam karya puisi klasik dan moden. Akhir sekali
ialah contoh bagi gaya bahasa penyirnaan iaitu sinkope atau lebih dikenali sebagai
singkatan perkataan. Dalam bab ini, pengkaji akan membuat perbandingan dan
menganalisis gaya bahasa yang banyak digunakan dalam kedua-dua novel iaitu novel
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka, dan novel Sampah karya Shahnon
Ahmad.
4.2.1 GAYA BAHASA DALAM NOVEL TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER
WIJCK
20
Berdasarkan hasil analisis pengkaji, terdapat empat gaya bahasa yang banyak
digunakan dalam novel ini. Hamka banyak memperlihatkan gaya bahasa personifikasi,
hiperbola, peribahasa, dan metafora dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
Gaya bahasa personifikasi bermaksud pemberian sifat-sifat manusia kepada sesuatu
benda, haiwan, tumbuh-tumbuhan, keadaan, peristiwa, barang yang tidak bernyawa
atau idea yang bersifat abstrak. Gaya bahasa hiperbola pula gaya bahasa yang
mengandungi kenyataan tentang sesuatu perkara secara berlebih-lebihan yang
berperanan untuk menekankan sesuatu pandangan, idea atau peristiwa. Peribahasa
pula merupakan ungkapan atau kalimat ringkas dan padat yang berisi perbandingan,
perumpamaan, simpulan bahasa, atau prinsip hidup. Akhir sekali ialah gaya bahasa
metafora yang merupakan pemakaian kata atau ungkapan yang menerbitkan makna
yang lain daripada makna tersurat yang menggabungkan perkataan konkrit dengan
perkataan abstrak. Di bawah merupakan contoh-contoh petikan dalam novel ini yang
memperlihatkan penggunaan gaya bahasa yang terdapat di atas berserta huraiannya.
i. Gaya Bahasa Personifikasi
Bil. Contoh Petikan Huraian
1 Cahaya merah telah mula terbentang Pemberian sifat manusia diperlihatkan
di ufuk Barat, dan bayangannya dalam contoh petikan di sebelah iaitu
tampak mengindahkan wajah pemberian anggota badan manusia
lautan yang tenang tak berombak. (wajah) yang diberikan kepada lautan
(Hamka, 1938;1) yang bersifat alam semula jadi.
2 Di sana-sini kelihatan layar perahu- Pemberian sifat manusia diperlihatkan
perahu telah berkembang, putih dalam contoh petikan di sebelah iaitu
dan sabar. (Hamka, 1938:1) pemberian kata sifat sabar kepada
perahu-perahu yang bersifat benda
bukan hidup.
3 Jauh di darat kelihatan berdiri Pemberian sifat manusia diperlihatkan
dengan teguhnya Gunung Lompo dalam contoh petikan di sebelah iaitu
Batang dan Bawa-Kara Eng yang pemberian kata kerja berdiri kepada
hijau nampak dari jauh. (Hamka, Gunung Lompo Batang dan Bawa-
21
1938:1) Kara Eng yang merupakan alam
semula jadi.
4 Dari jembatan besi itu akan Pemberian sifat manusia diperlihatkan
kelihatanlah perkahwinan dalam contoh petikan di sebelah iaitu
keindahan alam dengan teknik pemberian kata perkahwinan kepada
manusia. (Hamka, 1938:16) keindahan alam dengan teknik
manusia yang bersifat idea abstrak
5 Peluit kapal berbunyi, pengantar Pemberian sifat manusia diperlihatkan
turun, air mata mak Base masih dalam contoh petikan di sebelah iaitu
membasahi pipinya. (Hamka, pemberian kata kerja membasahi
1983:25) kepada perkara bukan sifat manusia
iaitu air mata.
6 Sebentar lagi, warna merah itu Pemberian sifat manusia diperlihatkan
dikalahkan oleh bala tentera dalam contoh petikan di sebelah iaitu
malam. (Hamka, 1938:26) pemberian rangkai kata bala tentera
yang bermaksud sekumpulan orang
yang berperang atau bersinonim dengan
perajurit, askar, dan soldadu yang
diberikan kepada malam.
7 Atau di waktu habis menyabit, di Pemberian sifat manusia diperlihatkan
kala asap jerami menjulang ke dalam contoh petikan di sebelah iaitu
udara, dan awan meliputi puncak pemberian kata kerja menjulang
Merapi yang indah? (Hamka, diberikan kepada asap jerami iaitu
1938:35) benda bukan hidup.
8 Hapuskanlah segak kesedihan yang Pemberian sifat manusia diperlihatkan
telah terlukis di keningmu. dalam contoh petikan di sebelah iaitu
(Hamka, 1938:77) pemberian kata kesedihan yang
diberikan kepada keningmu.
9 Air mengalir yang selalu seakan- Pemberian sifat manusia diperlihatkan
dalam contoh petikan di sebelah iaitu
22
akan bertutur. (Hamka, 1938:86) pemberian kata kerja bertutur kepada
air yang mengalir.
ii. Gaya Bahasa Hiperbola
Bil. Contoh Petikan Huraian
1 Meskipun begitu asyik dia Berdasarkan petikan di sebelah,
memperhatikan keindahan alam di kenyataan tentang sesuatu perkara
lautan Mengkasar, rupanya secara berlebih-lebihan dapat dilihat
pikirannya telah melayang jauh melalui fikiran watak yang jauh
sekali, ke balik yang tak nampak melayang, tidak dapat dilihat oleh mata,
di mata, dari lautan dunia pindah dari lautan di dunia kemudian pindah ke
ke lautan khayal. (Hamka, 1938;2) lautan khayal iaitu keadaan separuh
sedar atau tidar sedar.
2 Kepada mamak kerap kali Berdasarkan petikan di sebelah,
diterangkannya, bahwa hatinya kenyataan tentang sesuatu perkara
rasa diiris dengan sembilu teragak secara berlebih-lebihan dapat dilihat
pulang, seakan-akan kelihatan melalui perumpamaan hati manusia
olehnya pelabuhan Taluk Bayur. yang diiris dengan sembilu. Sembilu
(Hamka, 1938:6) merupakan kulit buluh yang nipis lagi
tajam.
3 Dia seakan-akan penjaga yang Berdasarkan petikan di sebelah,
teguh, seakan-akan stasiun dari kenyataan tentang sesuatu perkara
setan dan hantu-hantu penghuni secara berlebih-lebihan dapat dilihat
pulau Laya-laya yang penuh dengan melalui perbuatan watak yang
kegaiban itu. (Hamka, 1938:21) digambarkan amat melampaui waima
kemampuan sebenar manusia.
4 Kemudian itu, hilang Galesong, Berdasarkan petikan di sebelah,
hilang Gunung Bawa Kara Eng, kenyataan tentang sesuatu perkara
hilang puncak Lompo, dan Malino secara berlebih-lebihan dapat dilihat
23
telah dilingkungi kabut. (Hamka, melalui pengulangan kata hilang
1938:46) sebanyak tiga kali meskipun pengarang
boleh menggunakan hanya sekali kata
hilang tersebut dengan menggabungkan
nama-nama khas tersebut.
5 “Bang Muluk! Terus terang Berdasarkan petikan di sebelah,
kukatakan, bahwa hatiku berperang kenyataan tentang sesuatu perkara
sangat hebatnya, sejak akan melepas secara berlebih-lebihan dapat dilihat
Hayati pergi.” (Hamka, 1938:78) melalui hati watak yang digambarkan
sangat berlebihan kerana mampu
berperang dengan sangat hebatnya.
6 “Kau meminta maaf Hayati? Setelah Berdasarkan petikan di sebelah,
segenap daun kehidupanku kau kenyataan tentang sesuatu perkara
regas, segenap pucuk secara berlebih-lebihan dapat dilihat
pengharapanku kau patahkan, melalui ungkapan segenap daun
kau minta maaf?” (Hamka, kehidupanku kau regas, segenap
1983:109) pucuk pengharapanku kau patahkan.
7 Jangan disusuti daging saya, jangan Kenyataan tentang sesuatu perkara
dikuruskan saya oleh angan-angan. secara berlebih-lebihan dapat dilihat
(Hamka, 1938:89) melalui ungkapan jangan disusuti
daging saya, jangan dikuruskan saya
oleh angan-angan.
8 Disinilah dia teringat kembali salah Kenyataan tentang sesuatu perkara
satu dari isi surat Zainuddin secara berlebih-lebihan dapat dilihat
kepadanya dahulu yang menusuk melalui ungkapan isi surat Zainuddin
sangat ke dalam jantungnya. kepadanya dahulu yang menusuk
(Hamka, 1938:143) sangat ke dalam jantungnya.
iii. Gaya Bahasa Peribahasa
24
Bil. Contoh Petikan Huraian
1 “Sudah terlalu lama makan hati Berdasarkan petikan di sebelah, terdapat
berulam jantung di sini.” (Hamka, penggunaan peribahasa makan hati
1938:109) berulam jantung yang bermaksud
perasaan susah hati kerana memikirkan
perbuatan.
2 Sebetulnya, Pendekar Sutan hanya Berdasarkan petikan di sebelah, terdapat
seorang yang bertabiat lemah penggunaan simpulan bahasa lemah
lembut, lunak hati. (Hamka, lembut dan lunak hati. Simpulan
1938:3) bahasa lemah lembut bermaksud sikap
yang baik hati atau tingkah laku yang
baik, manakala lunak hati bermaksud
mudah menerima kata-kata atau nasihat
orang lain)
3 “... bagai air mata jatuh ke dalam Berdasarkan petikan di sebelah, terdapat
pasir, sia-sia.” (Hamka, 1938:57) penggunaan perumpamaan bagai air
mata jatuh ke dalam pasir yang seerti
dengan peribahasa bagai hujan jatuh ke
pasir yang bermaksud teguran yang
tidak dihargai.
4 “... bagai janggut pulang ke Berdasarkan petikan di sebelah, terdapat
dagunya.” (Hamka, 1938:65) penggunaan perumpamaan bagai
janggut pulang ke dagu yang
bermaksud kena pada tempatnya.
5 Tangan yang terdorong bermula, Berdasarkan petikan di sebelah, terdapat
dan pergaulan di dalam penjara yang penggunaan simpulan bahasa
bersabung nyawa. (Hamka, bersabung nyawa yang bermaksud
1938:33) mempertaruhkan nyawa.
6 Kemudian, telah dipandangnya Berdasarkan petikan di sebelah, terdapat
25
saudara kandung, telah berat hati penggunaan simpulan bahasa berat hati
mamak meninggalkan rumah ini. yang bermaksud kurang senang hati.
(Hamka, 1938:6)
iv. Gaya Bahasa Metafora
Bil. Contoh Petikan Huraian
1 Darah muda masih mengalir dalam Berdasarkan petikan di sebelah, terdapat
badannya. (Hamka, 1938:2) penggunaan gaya bahasa metafora iaitu
gabungan kata konkrit dan abstrak
darah muda yang bermaksud perasaan
dan semangat orang muda.
2 … lebih-lebih lagi bila suka makan Berdasarkan petikan di sebelah, terdapat
angin ke jembatan, yaitu panorama penggunaan gaya bahasa metafora iaitu
yang sengaja dijorokkan ke laut. gabungan kata konkrit dan abstrak
(Hamka, 1938:10) makan angin yang bermaksud
melancong atau bersiar-siar di sesuatu
kawasan.
3 “Inilah anak muda yang tidak ada Berdasarkan petikan di sebelah, terdapat
malu, selalu hendak menggadai, penggunaan gaya bahasa metafora iaitu
hendak mengagun.” (Hamka, gabungan kata konkrit dan abstrak anak
1938:125) muda yang bermaksud golongan
remaja.
4 Sangat duka hati Zainuddin Berdasarkan petikan di sebelah, terdapat
meninggalkan negeri yang fana ini. penggunaan gaya bahasa metafora iaitu
(Hamka, 1938: 5) gabungan kata konkrit (hati) dan abstrak
(duka). Duka hati seerti dengan dukacita
yang bermaksud perasaan susah atau
sedih.
26
5 Inilah dia surat duka yang kukirim Berdasarkan petikan di sebelah, terdapat
kepada Hayati tatkala hati berduka penggunaan gaya bahasa metafora iaitu
merindu. (Hamka, 1938:51) gabungan kata konkrit (surat) dan
abstrak (duka).
Berdasarkan perbincangan di atas, jelaslah bahawa novel Tenggelamnya
Kapal Van Der Wijck karya Hamka banyak menggunakan gaya bahasa personifikasi,
hiperbola, peribahasa, dan metafora. Gaya bahasa tersebut banyak diperlihatkan
dalam petikan pemerian dan dialog yang terdapat dalam novel ini. Pengarang banyak
menggunakan gaya bahasa tersebut kerana dapat menggerakkan imaginasi pembaca,
memukau pembaca, menegaskan atau menekankan maksud dan sebagainya yang
tuntasnya mewujudkan unsur keindahan dalam karya.
4.2.2 GAYA BAHASA DALAM NOVEL SAMPAH
Berdasarkan hasil analisis pengkaji, terdapat tiga gaya bahasa yang banyak digunakan
dalam novel ini. Shahnon Ahmad banyak memperlihatkan gaya bahasa personifikasi,
hiperbola, dan peribahasa dalam novel Sampah. Gaya bahasa personifikasi bermaksud
pemberian sifat-sifat manusia kepada sesuatu benda, haiwan, tumbuh-tumbuhan,
keadaan, peristiwa, barang yang tidak bernyawa atau idea yang bersifat abstrak. Gaya
bahasa hiperbola pula gaya bahasa yang mengandungi kenyataan tentang sesuatu
perkara secara berlebih-lebihan atau melampaui waima dari segi jumlahnya. Ukuran
atau sifatnya berperanan untuk menekankan sesuatu pandangan, idea atau peristiwa.
Peribahasa pula merupakan ungkapan atau kalimat ringkas dan padat yang berisi
perbandingan, perumpamaan, simpulan bahasa, atau prinsip hidup. Di bawah
merupakan contoh-contoh petikan dalam novel ini yang memperlihatkan penggunaan
gaya bahasa yang terdapat di atas berserta huraiannya.
i. Gaya Bahasa Personifikasi
Bil Contoh Petikan Huraian
1. Jeritan kereta-kereta yang berbuntut- Kereta tersebut melambangkan
buntut sepanjang jalan baru kini sifat manusia.
didengar olehnya(Shahnon
27
Ahmad,1974:2)
2. Bangunan-bangunan terasa semakin Bangunan melambangkan sifat
meninggi semakin galak menggaru manusia.
langit.(Shahnon Ahmad,1974:3)
3. Warna-warna kereta yang garang- Kereta tersebut melambangkan
garang habis bertukar menjadi hitam sifat manusia yang garang.
yang amat hodoh.(Shahnon
Ahmad,1974:7)
4. Segala jeritan dan deruan di jalan raya Jalan raya tersebut melambangkan
hilang.(Shahnon Ahmad,1974:9) sifat manusia yang menjerit dan
berderu.
5. Di angkasa awan putih bersih yang Awan putih tersebut memberikan
berarak menukar corak kepada rupa- perlambangan rupa manusia.
rupa yang hodoh-hodoh.(Shahnon
Ahmad,1974:10)
ii. Gaya Bahasa Hiperbola
Bil Contoh Petikan Penerangan
1. Kemampuannya sudah tidak ada, dia Dalam petikan tersebut
hanya sanggup merasai. Dan perasaan menunjukkan bahawa perasaan
di sebalik segala yang ada itu seseorang yang melampau amat
menimbulkan kenikmatan yang amat sangat bahagia.
sangat. Kini, kenikmatan yang amat
sangat itu singgah di hatinya.(Shahnon
Ahmad,1974:3)
2. Pandangannya segera dilempar ke Disini jelas menunjukkan bahawa
tengah-tengah lingkungan manusia manusia tersebut rasa ditipu yang
yang berkerumun. Kembali terasa melampau amat sangat.
28
kepalsuan yang amat sangat. (Shahnon
Ahmad,1974:9)
3. Aku ingin membunuh penderitaan itu. Petikan tersebut menunjukkan
Ambillah kembali. Ambillah puncak sikap yang melampau untuk
penderitaan dan seksaan ini.(Shahnon membunuh penderitaan yang dia
Ahmad,1974:14) alami.
4. Perasaan kebencian ditokok tambah Petikan tersebut menjelaskan
dengan perasaan kebangsaan sebagai bahawa mereka mengalami
manusia.(Shahnon Ahmad,1974:83) perasaan benci yang teramat
sangat.
iii. Gaya Bahasa Peribahasa
Bil Contoh Petikan Penerangan
1. Pucuk-pucuk bangunan itu perlu Petikan tersebut menggunakan
dicantas sahaja biar terkulai patah peribahasa ‘biar terkulai patah
menyembah bumi.(Shahnon menyembah bumi’ yang membawa
Ahmad, 1974:83) bermaksud pucuk-pucuk tersebut
perlu dicantas.
2. Mana ada tangan yang sampai hati Petikan tersebut menggunakan
kembalikan punca kenikmatan ini simpulan bahasa iaitu ‘sampai hati’
kecuali orang sasau. (Shahnon yang bermaksud seorang yang
Ahmad,1974:16) tergamak atau sanggup melakukan
sesuatu tindakan.
3. Dia rasa terkial-kial macam ombak Petikan tersebut menggunakan
kecil membedal pantai. Lantas perumpamaan ‘macam ombak kecil
kedua belah mata dibuka. membedal pantai’
Kelopaknya berat terasa. (Shahnon
Ahmad,1974:49)
29
Berdasarkan perbincangan di atas, jelaslah bahawa novel Sampah karya
Shahnon Ahmad banyak menggunakan gaya bahasa personifikasi, hiperbola, dan
peribahasa. Gaya bahasa tersebut banyak diperlihatkan dalam petikan ayat pemerian
yang menunjukkan suasana, tempat, perbuatan, dan sebagainya. Pengarang banyak
menggunakan gaya bahasa tersebut kerana dapat menggerakkan imaginasi pembaca,
memukau pembaca, menegaskan atau menekankan maksud dan sebagainya yang
kesannya mewujudkan unsur keindahan dalam karya.
Berdasarkan hasil analisis perbandingan gaya bahasa yang terdapat dalam
kedua-dua novel iaitu novel Tenggelamnya Kapal Ven Der Wijck dan novel Sampah,
terdapatnya beberapa gaya bahasa yang banyak digunakan. Antara gaya bahasa yang
banyak digunakan dalam novel Tenggelamnya Kapal Ven Der Wijck ialah gaya
bahasa personifikasi, hiperbola, peribahasa dan metafora manakala gaya bahasa yang
banyak digunakan dalam novel Sampah ialah gaya bahasa personifikasi, hiperbola
dan peribahasa. Gaya bahasa yang lain juga digunakan dalam kedua-dua novel ini,
akan tetapi gaya bahasa yang dibincangkan di atas lebih banyak digunakan
berbanding gaya bahasa yang lain. Terdapat beberapa fungsi atau implikasi
penggunaan gaya bahasa dalam karya antaranya adalah dapat mengindahkan karya
dan bunyinya sedap didengar melalui pemilihan kata yang puitis, memberi gambaran
yang jelas dan tepat, memberikan kesan yang mendalam, dapat menghidupkan cerita
dan melancarkan cerita, dan menggerakkan imaginasi pembaca. Seni bahasa juga
mendukung dan mengandungi keindahan estetik. Di samping itu, penggunaan gaya
bahasa dalam sesebuah karya dapat memberikan identiti yang tertentu kepada
pengarangnya.
5.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, hasil dapatan dan perbincangan mendapati adanya perbandingan
antara novel Sampah karya Shahnon Ahamd dengan novel Tenggelamnya Kapal Van
Der Wijck karya Hamka. Perbandingan tersebut dapat dilihat dari segi pemikiran dan
gaya bahasa yang terdapat dalam kedua-dua novel yang dikaji. Pemikiran yang cuba
diketengahkan oleh Shahnon Ahmad lebih kepada pemikiran ekonomi yang tidak
seimbang dalam kalangan masyarakat iaitu tentang kehidupan seorang pengemis yang
30
meneruskan kehidupan sehariannya tetapi mulai melangkau pemikirannya disebabkan
oleh keadaan hidup yang makin mencabar dan berubah. Manakala, Hamka dalam
novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck membawa pemikiran tentang percintaan
dua darjat. Mesej yang cuba disampaikan oleh Hamka dalam novel ini adalah tentang
satu kritikan sosial daripada Hamka sendiri terhadap masyarakat Minangkabau yang
terlalu jumud mempertahankan adat berbanding mengutamakan kehendak-kehendak
agama.
Di samping itu, gaya bahasa yang digunakan dalam penulisan kedua-dua novel
ini tidak dapat dinafikan keindahannya. Shahnon Ahmad dan Hamka sesungguhnya
adalah pujangga yang sangat berbakat dalam bidang penulisan karya sastera. Dalam
kajian ini, pengkaji mendapati bahawa dalam novel Sampah, pengarang lebih banyak
menggunakan gaya bahasa hiperbola, personifikasi dan peribahasa. Manakala, dalam
novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, pengarang banyak menggunakan gaya
bahasa personifikasi, hiperbola, peribahasa, dan metafora. Kekreatifan dalam memilih
gaya bahasa dalam penulisan menjadikan novel tersebut menarik untuk dibaca.
Pengkaji berharap kajian ini dapat dijadikan rujukan oleh pengkaji lain dimasa
akan datang dan kajian-kajian seperti perbandinagn antara karya-karya tempatan dan
karya luar negara lebih banyak dijalankan agar karya sastera dapat berkembang
dengan jayanya di masa hadapan.
31
RUJUKAN
Abdul Halim Ali. (2018). Kritikan Sastera: Teori dan Praktis. Shah Alam:
NHA Resources.
Abdullah, Taufik. (1987). Sejarah dan Masyarakat. Yogyakarta:Lintasan Isywara.
1982. Pengantar Ilmu Politik. Bandung : Angkasa
Asmah Hj. Omar. (1986). Bahasa dan Pemikiran Alam Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azhar Ali. (2009). Pemikiran Politik dan Pembinaan Negara Bangsa dalam Novel
Terpilih Shahnon Ahmad dan Putu Wihaya: Satu Kajian Bandingan. Universiti
Sains Malaysia.
Ezzah’afifah Nasrudin & Che Ibrahim Salleh. (2015). Pemikiran Melayu Dalam
Cerita Lipur Lara. Dlm Jurnal Business and Social Development. 63-79
Hamka, Islam dan Adat Minangkabau (1st ed., Vol. 1). (2006). Shah Alam,
Selangor:Pustaka Dini Sdn Bhd
Hamka. (2010). Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Shah Alam, Selangor. Pustaka
Dini Sdn. Bhd.
Ismail Hamid. (1988). Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Shahnon Ahmad. (1974). Sampah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sidek Baba (Pnyt). (2008). Pemikiran Hamka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Zurinah Hassan. 2011. Rencana Bahasa Figuratif Pemanis Bicara. Dewan Sastera
Za’ba. 1965. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
32
LAMPIRAN
Novel Sampah karya Shahnon Ahmad
Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck