The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul ini dihasilkan oleh pelajar yang mengambil kursus BML3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU (Kumpulan B). Modul ini adalah tugasan yang diberikan bagi memenuhi kursus ini.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Yuzaitul Azmiera Masrin, 2020-05-09 09:47:02

KATA TUNGGAL: MODUL PEMBELAJARAN TATABAHASA PEDAGOGI SEKOLAH MENENGAH.

Modul ini dihasilkan oleh pelajar yang mengambil kursus BML3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU (Kumpulan B). Modul ini adalah tugasan yang diberikan bagi memenuhi kursus ini.

Keywords: Kata Tunggal

BML3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
KUMPULAN B

KATA TUNGGAL: MODUL PEMBELAJARAN TATABAHASA PEDAGOGI
SEKOLAH MENENGAH.

NAMA NO. MATRIK
IZYAN SYAHIRAN BIN ROSLAND D20181082362
D20181082346
ROHANA ANAK ANDA D20181082338
NURSYAFIQAH ANIS BINTI SAINI D20181082310
NURUL YUZAITUL AZMIERA BINTI MASRIN

NAMA PENSYARAH:
ENCIK MOHD. RA’IN BIN SHAARI

1.0 PENGENALAN

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan
penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau
lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit
tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan
dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya. Perkataan-perkataan yang
mempunyai keserupaan yang demikian digolongkan ke dalam golongan kata yang sama.
Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata
dalam bahasa Melayu.

Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit
yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas
nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang
lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.

Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Morfem boleh bersifat
bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud berrsendirian. Sebaliknya,
morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Proses
pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan
sistem morfologi bahasa itu

1.1 Tatabahasa Pedagogi

Tatabahasa merupakan salah satu aspek utama dalam bahasa Melayu. Menurut Nik
Safiah Karim dan Norlida Shamsudin (2008) menyatakan tatabahasa ini adalah bidang
yang digunakan untuk menumpukan kepada pembentukan kata dan juga proses
pembinaan ayat sesuatu bahasa. Manakala dalam Kamus Dewan Edisi Keempat
menyatakan bahawa “tata” bermaksud aturan atau peraturan dan “bahasa” pula bererti
sistem lambang bunyi yang digunakan sebagai alat untuk berhubung antara satu sama
lain bagi menzahirkan perasaan dan juga fikiran kepada orang lain atau sesuatu perkara.
hal ini bermaksud tatabahasa ini dapat dikategorikan sebagai peraturan atau aturan yang
perlu dipatuhi dalam aspek komunikasi ataupun penulisan.

Tatabahasa pedagogi merupakan salah satu aspek yang perlu dikuasai oleh guru
terutamannya guru Pendidikan Bahasa Melayu serta sangat penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Menurut Abdullah Hassan (2009), menyatakan bahawa
tatabahasa pedagogi adalah tatabahasa yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Dalam buku tatabahasa pedagogi ini juga dinyatakan bahawa ia
bukan sahaja merujuk kepada rumus-rumus tatabahasa dan contoh bahkan ianya
meliputi latihan bagi pengajaran dan mempelajari bahasa. Tatabahasa pedagogi ini
perlu dikuasai oleh pelajar, guru serta pensyarah. Walaubagimanapun, terdapat
perbezaan struktur bahasa yang digunakan di sekolah rendah dan juga menengah.
Sebagai contohnya, di sekolah rendah, penggunaan bahasa, contoh dan latihan yang
ringkas serta mudah jika dibandingkan dengan sekolah menengah yang lebih
mendalam.

Buku Tatabahasa pedagogi dan buku Pedagogi Bahasa Melayu dikatakan saling
berkait atau hampir sama. Hal ini demikian kerana, dalam buku Pedagogi Bahasa
Melayu menjelaskan mengenai stimulus atau aktiviti pembelajaran yang menggalakkan
atau meransang pelajar untuk bercakap atau berkomunikasi dengan menggunakan
bahasa dalam setiap keperluan komunikasi (Abdul Aziz Abdul Talib, 2000). Oleh itu,
jelaslah bahawa tatabahasa pedagogi ini penting untuk menarik perhatian pelajar untuk
belajar disamping memberi kefahaman yang lebih jelas kepada mereka.

2.0 BENTUK KATA TUNGGAL

Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak
mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal.
Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi
hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih. Walaupun
terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan, seperti ini, itu, sini, dan
sana, namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai potensi untuk
diperluas dan menjadi bentuk terbitan.

Jika dilihat dari segi suku kata, perkataan boleh mengandungi satu suku kata atau
beberapa suku kata. Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal (V) sahaja, satu vokal
disertai satu konsonan (K), atau satu vokal dengan beberapa konsonan. Konsonan-konsonan
ini hadir di hadapan atau di belakang vokal atau serentak di hadapan dan di belakang. Ada
konsonan yang boleh hadir secara bergugus (KK).

3.0 KATA TUNGGAL SATU SUKU KATA

3.1 Konsep

 Kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu amat terhad jumlahnya,dan
ada antaranya merupakan kata-kata pinjaman daripada bahasa-bahasa asing.

 Ada juga merupakan kependekkan dari perkataan-perkataan yang terdiri daripada dua
suku kata atau lebih seperti perkatan engkau menjadi kau,perkataan aku menjadi ku
dan perkataan itu menjadi tu.Perkataan-perkataan sedimikian sebenarnya tidak
dianggap sebagai kata tunggal satu suku kata.

3.2 Binaan Pola

 Pola-pola yang mengandungi gugus konsonan (KK) juga terdapat dalam bahasa
Melayu yang merupakan satu gejala baru akibat proses pengambilan perkataan
daripada bahasa-bahasa asing.Pola-pola gabungan konsonan – vokal satu suku kata
dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut.

3.2.1 Binaan Kata Tunggal (Huruf Konsonan)

Pola Suku Kata Perkataan

KV Ya Yu Ru

KVK Tin ,Lap,Bin,Bah,Roh

KKVK Draf,Brek,Dram,Stor,Krim

KVKK Zink,Golf,Bank

KKKV Skru

KKKVK Straw,Skrip

3.2.2 Binaan Kata Tunggal (Huruf Vokal)

Pola Suku Kata Perkataan

VK Am

3.3 Contoh
i. ya = KV

Keratan akhbar Berita Harian Online (09.05.2020)
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/680794/tolong-jaga-
emak-abah-pesanan-terakhir-jururawat
ii. tin = KVK

Keratan akhbar Berita Harian Online (29.12.2018)
https://www.bharian.com.my/tags/kuah-sate-dalam-tin
iii. krim = KKVK

Keratan akhbar Berita Harian Online (28.10.2018)
“Kosmetik Haram Dikitar Semula”
https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2019/10/622435/kosmetik-haram-
dikitar- semula

iv. bank = KVKK

Keratan akhbar Berita Harian Online (02.05.2020)
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/05/684426/inilah-masa-
bank-patut-bantu-rakyat-tengku-zafrul
v. skru = KKKV

Keratan akhbar Harian Metro Online (23.08.2019)
“Bantulah Muhamad Syawal”
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/488961/bantulah-muhamad-
syawal
vi. straw = KKKVK

Keratan akhbar Berita Harian Online (17.01.2020)
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/01/647465/pelajar-ump-
hasilkan-inovasi-straw-pokok-kercut

vii. Am = VK

Bernama Online (9.05.2020)
“PKPB: Dron pantau pematuhan SOP di kawasan tumpuan – Polis”
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1839988

3.4 Formula

1. KV
2. VK
3. KVK
4. KKVK
5. KVKK
6. KKKV
7. KKKVK

3.5 Aktiviti
 Murid-murid diberi masa selama 5 minit untuk membaca petikan di dalam kertas yang
diberikan.
 Kemudian ,murid-murid juga akan diberi masa selama 3 minit untuk menyenaraikan
kata tunggal satu suku kata yang terdapat dalam petikan dengan iringin muzik.
 Setelah itu ,murid-murid akan dibahagikan beberapa kumpulan dan masa selama 30
minit untuk membuat peta I Think tentang kata tunggal satu suku kata yang telah
disenaraikan yang menarik di kertas manila.
 Kumpulan yang telah dibahagikan akan membentang hasil kerja mereka di hadapan
kelas.
 Kumpulan yang membentang hasil kerja terbaik akan diberikan hadiah dan hasil kerja
daripada semua akan dilekatkan di sudut belajar di dalam kelas .

 Hal ini akan memudahkan murid-murid untuk merujuk maklumat berkaitan dengan
kata tunggal satu suku kata yang telah disediakan oleh rakan sekelas mereka.

3.6 Latihan
1.Berdasarkan perkataan di bawah ,yang manakah merupakan kata tunggal satu suku kata?

a. Lelaki
b. Zink
c. Melayu
d. Menyanyi

2. Berikut merupakan kata tunggal satu suku kata ,

Skrip Kucing Dram Almari

I II. III. IV.

a. I dan II
b. II dan III
c. I dan III
d. III dan IV

3.Berikan contoh perkataan lain kata tunggal satu suku kata bagi binaan pola suku kata
dibawah.

Pola Perkataan
KVK lap
KVKK golf
KKKV skru
KKKVK skrip
KV yu

I. KVK = __________
II. KVKK = __________
III. KKKV = __________
IV. KKKVK = __________
V. KV = __________

4.Berdasarkan petikan di bawah ,yang manakah pola suku kata KVK dan KKVK?
a. Brek,Bank,Yu
b. Golf,Ya,Am
c. Bin,Brek,Draf
d. Bin,Brek,Straw

5.Berdasarkan petikan di bawah ,senaraikan kata tunggal satu suku kata yang ada dalam
petikan.

Keratan akhbar Berita Harian Online “PKP: Pengurus kelab golf, guru leka
bermain golf ditahan”(16.04.2020)
I. __________________
II. __________________
III. __________________
IV. __________________

4.0 KATA TUNGGAL DUA SUKU KATA
4.1 Konsep

 Kata tunggal yang mempunyai dua suku kata.
 Boleh terdiri dariapada kata nama (KN), kata kerja (KK), kata adjektf (KA), dan kata

tugas (KT).

4.2 Binaan Pola Kata Tunggal Dua Suku Kata

Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata.
Antara pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti yang berikut:

4.2.1 Binaan Kata Tunggal (Huruf Vokal)

Jumlah Suku Contoh Binaan Pola Suku Kata
Kata
Aku V + KV
Dua Ais V + VK
Usang V + KVK
Unta VK + KV
Angkat VK + KVK

4.2.2 Binaan Kata Tunggal (Huruf Konsonan)

Jumlah Suku Contoh Binaan Pola Suku Kata
Kata
Tua KV + V
Dua Jauh KV + VK
Guru KV + KV
Hiris KV + KVK
Lampu KVK + KV
Bangsal KVK + KVK

*Bentuk ng seperti yang terdapat dalam ‘wang’ sebenarnya mewakili satu
bunyi bahasa yang lambang fonetiknya ialah [ŋ]

4.3 Contoh
i. Ini = V + KV

Keratan akhbar Berita Harian Online (06.05.2020)
“Polis Selangor adakan sekatan di semua laluan antara sempadan negeri’ oleh Faris
Fuad
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/686030/polis-selangor-adakan-
sekatan-di-semua-laluan-antara-sempadan-negeri
ii. Aib = V + VK

Keratan akhbar Berita Harian Online (07.09.2018)
“Aib teman wanita, lelaki didenda RM5,00” oleh Murni Wan Omar
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/470926/aib-teman-wanita-lelaki-
didenda-rm5000

iii. Esok = V + KVK

Keratan akhbar Berita Harian Online (07.05.2020)
“Pergerakan barangan melalui pusat pemeriksaan Padang Besar bermula esok” oleh
Bernama
https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2020/05/686028/pergerakan-barangan-
melalui-pusat-pemeriksaan-padang-besar-bermula-esok
iv. Undi = VK + KV

Keratan akhba Berita Harian (11.10.2019)
“Layak undi usia 18 tahun dikuatkuasakan Julai 2021” oleh Saifullizam Tamadi
v. Ombak = VK + KVK

Keratan akhbar Berita Harian Online (15.10.2019)
“Syor tambah benteng pemecah ombak” oleh Zulkarnain Ahmad Tajuddin
https://www.bharian.com.my/node/618097/amp

vi. Dua = KV + V

Keratan akhbar Berita Harian (12.04.2019)
“Kes peras ugut peniaga borong, dua lagi supek ditahan” oleh Fazrik Kamarudin
vii. Liar = KV + VK

Keratan akhbar Harian Metro (05.04.2011)
“Anjing liar ganggu kedamaian kampung” oleh Muhaamad Hafiz Nawawi
viii. Guru = KV + KV

Keratan akhbar Utusan Malaysia (16.05.2016)
“Guru wajar diberi penghormatan tinggi” oleh Nurhafizah Amin

ix. Kapal = KV + KVK

Keratan akhbar Berita Harian Online (21.03.2016)
“Syarikat kapal degil, ambil pelaut asing” Oleh Mohd. Amir Rasidin
https://www.bharian.com.my/node/135578/amp
x. Tinggi = KVK + KV

Keratan akhbar Harian Metro Online (05.05.2020)
“Ujian covid-19 pekerja asing tidak praktikal” oleh Bernama
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/575052/ujian-covid-19-pekerja-asing-
tidak-praktikal
xi. Bintang = KVK + KVK

Keratan akhbar Berita Harian (09.09.2015)
“Dari bintang ke bintang” oleh Shahrul Noor Ishak.

4.4 Formula
Formula bagi kata tunggal dua suku kata dalag seperti berikut:

Formula
V + KV
V + VK
V + KVK
VK + KV
VK + KVK
KV + V
KV + VK
KV + KV
KV + KVK
KVK + KV
KVK + KVK

4.5 Aktiviti
Teka Silang Kata
1. Guru akan mengedarkan kertas yang mengadungi soalan teka silang kata kepada setiap
pelajar. Pelajar juga boleh mendapatkan soalan tersebut melalui QR Code yang telah
disediakan.

2. Pelajar diberi masa 15 minit untuk mencari kata tunggal dua suku kata dalam kertas soalan
teka silang tersebut.
3. Pelajar yang menjumpai dahulu kesemua jawapan dalam soalan teka silang kata tersebut
perlu menyebut kesemua jawapannya.

4.6 Latihan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kata tunggal dua suku kata?
________________________________________________________

2. Bina pola kata tunggal berikut: iv. Sua = ____________
i. Ela = ___________ v. Bakul =____________
ii. Orang = ___________ vi. Sunti =_____________
iii. Iblis =___________

3. Cari kata yang mempunyai bina pola seperti berikut:

i. V + KV =_____________ vi. KV + V =______________

ii. V + VK =_____________ vii. KV + VK =______________

iii. V + KVK = _____________ viii. KV + KV =______________

iv. VK + KV =_____________ ix. KV + KVK =______________

v. VK + KVK =_____________ x. KVK + KV =______________

5.0 KATA TUNGGAL TIGA SUKU KATA

5.1 Konsep
 Perbandingan mahupun perbezaan diantara pembentukan bagi kata tunggal dua suku
kata, jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak kecil. Namun demikian pola-pola
susunan konsonan-vokalnya agak banyak jika ianya dikembangkan. Jika diperhatikan
perkataan tiga suku kata ini banyak daripadanya ialah kata-kata pinjaman. Pola-pola
yang tertentu telahpun diberi susunan mengikut kata tunggal bagi kata tunggal 3 suku
kata, dan terdapat 19 pola suku kata yang dapat disenaraikan.

5.2 Binaan Pola Suku Kata

BIL POLA-POLA 3 SUKU KATA
1. KV+V+KV
2. KV+V+KVK
3. V+KV+V
4. KV+KV+V
5. KVK+KV+V
6. KV+KV+VK
7. KVK+KV+VK
8. V+KV+KV
9. V+KV+KVK
10. 1VK+KV+KV
11. KV+KV+KV
12. KVK+KV+KV
13. VK+KV+VK
14. V+KV+VK
15. KV+KVK+KVK
16. KVK+KV+KVK
17. KV+KVK+KV
18. KVK+KVK+KV
19. KV+KV+KVK

5.3 Contoh suara tuala siapa niaga
5.3.1 KV+V+KV biasa buaya muara biola

cuaca
tiada

Contoh : dari keratan akhbar online

Cuaca - KV+V+KV
Sumber : “Kanak-kanak lemas terjatuh sungai” Berita Harian Online- oleh Safuri Kamarudin.
(4 Mei 2020) .

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/05/685234/kanak-kanak-lemas-terjatuhsungai

5.3.2 KV+V+KVK

biawak piutang siasat siuman buapak
tualang kaedah kiamat
siamang ziarah

Contoh:

Biawak- KV+V+KVK

5.3.3 V+KV+V anoa urea idea
usia
benua peria
Contoh : boria belia
Usia - V+KV+V

5.3.4 KV+KV+V mulia petua
semua setia barua

deria

Contoh : dari keratan akhbar online

Benua- KV+KV+V

Sumber : “PETRONAS temui minyak di dua telaga Mexico- Berita Harian Online” oleh
Shahrizan Salian (5 Mei 2020).
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2020/05/685321/petronas-temui-minyak -di-
dua-telaga-mexico.

5.3.5 KVK+KV+V

tempua mentua

5.3.6 KV+KV+VK

keruan seluar seluang haluan beruang
ketiak rasuah maruah
sekian peluang

5.3.7 KVK+K V+VK

mengkuang mendiang berlian sengkuang tempias
borjuis manfaat lengkuas
kembiang bankuet

5.3.8 V+KV +KV

utara utama irama agama usaha
udara asasi azali
aroma Ilahi

5.3.9 V+KV+KVK

ijazah amanah amaran adikong ibarat
alamat amatur *isyarat
akibat akidah
antara
5.3.10 VK+KV +KV almari

indera asrama teruna istana asmara
rebana umpama isteri
angkasa angsana

5.3.11 KV+KV +KV

mereka remaja sutera terima
berita putera
delima seteru

Contoh : Keratan Majalah Online.

Mereka - KV+KV+KV
Remaja - KV+KV+KV

Sumber : “Apabila Keberkatam Dicabut - Majalah Solusi” oleh Ustaz Umar Muhammad Noor
(16 Mei 2016).
http://www.solusi.com.my/apabila-keberkatan-dicabut/9688

5.3.12 KVK+KV+KV

menteri bendera kemboja misteri mentega
kembara soldadu penjuru
bestari jendela

5.3.13 VK+KV+VK

ilmiah *iktibar

Contoh:

Ilmiah - VK+KV+VK

5.3.14 V+KV+VK ekaun ideal amaun
akaun

Contoh:
Akaun- V+KV+VK

5.3.15 KV+KVK+KVK

kelongsong belimbing gelanggang selumbar telanjang
pelantar belangkas kelompok
kumandang gelombang

5.3.16 KVK+K V+KVK

tempurung matlamat cendawan sembilan tempayan
martabat mahkamah martabak
maksimum cengkerik

5.3.17 KV+KV K+KV

belanja setanggi kerangga Kelambu keranda
terumbu semambu royalti
selamba kerangka

5.3.18 KVK+KVK+KV
sempurna
Contoh:
Sempurna - KVK+KVK+KV

5.3.19 KV+KV+KVK

Selepas senapang senangin kelamin binatang
belukar selaput teratak kelawar riwayat

Contoh : Keratan daripada akhbar online,
Selepas - KV+KV+KVK

Sumber : “Pasang impian beraksi di Paris-Berita Harian Online” oleh Helmi Talkah
(06 Mei 2020) -
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2020/05/685871/pasang-impian-beraksi-diparis

* Contoh yang diberikan dibahagian pota suku kata tertentu sahaja. Contoh yang diambil
sebagai contoh adalah melalui keratan akhbar online dan keratan majalah online.
*Bunyi sy dan kh sebenarnya mewakili bunyi-bunyi bahasa yang lambang fonetiknya ialah [ʃ]
dan [x]

5.4 AKTIVITI

1. Berdasarkan pemahaman anda mengenai kata tunggal 3 suku kata, cari satu petikan ataupun
mana-mana keratan dan senaraikan semua pola-pola kata tunggal 3 suku kata yang didalam
sumber yang anda cari.
Hikayat Merong Mahawangsa https://www.youtube.com/watch?v=ppLaOXwtg68

2. Pautan wayang yang terdapat pada petikan diatas, sila cari kata tunggal 3 suku kata yang
terdapat didalam dialog watak-watak yang terdapat didalam wayang tersebut.

5.4 LATIHAN PENGUKUHAN
1. Berdasarkan pola suku kata yang disenaraikan dibawah, pilih kata yang sesuai dengan pola
kata tersebut.

KV+KVK+KVK

KV+KV+KVK

I. Menganggu, Selepas
II. Bangun, Sahur
III. Binatang, Riwayat
IV. Gelombang, Gelanggang.

A. II & III
B. I & II
C. III & IV
D. I & III

UREA

2. Berdasarkan petikan di atas, yang manakah pola suku kata yang sesuai dengan kata di atas?

A. VK+KV+VK
B. V+KV+V
C. KV+KV+V
D. KV+V+KVK

3. Berdasarkan petikan diatas, apakah pola suku kata yang sesuai bagi perkataan yang
digariskan diatas?

A. KV+KV+KVK
B. V+KV+V
C. VK+KV+KV
D. KVK+V+KV

X Y
Sempurna
VK+KV+KV

4. Berdasarkan petikan diatas, pilih padanan yang sesuai.

A. Asrama, KVK+KVK+KV
B. Bangunan, KV+V+KVK
C. Anggapan, VK+V+KVK
D. D. Sayur, KVK+V+KVK

6.0 KATA TUNGGAL EMPAT SUKU KATA DAN LEBIH

6.1 Konsep

 Kata tunggal yang mempunyai empat suku kata dan lebih.
 Boleh terdiri dariapada kata nama (KN), kata kerja (KK), kata adjektf (KA), dan kata

tugas (KT).
 Kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal.

6.2 Binaan Pola Kata Tunggal Empat Suku Kata. Perkataan
Binaan Pola EmapatSuku Kata Biduanda
KV + KV + VK + KV Sederhana
KV + KVK + KV + KV Laksamana
KVK + KV + KV + KV Sentiasa
KVK + KV + V + KV Bidadari
KV + KV + KV + KV Musyawarah
KV + KV + KV + KVK Sentimeter
KVK+KV+KV+KVK Singgahsana
KVK+ KVK + KV + KV Nasional
KV + KV + V + KVK Universiti
V+KV+KVK+KV+ KV Cenderawasih
KVK+ KV + KV + KV + KVK Maharajalela
KV + KV + KV + KV + KV + KV

6.3 Contoh
i. ‘Keluarga’ = KV + KV + VK + KV

Keratan akhbar KOSMO (16.03.2015)
“Jelajah keluarga bahagia dapat sambutan hebat’ oleh Nazmi Fuad
ii. ‘Sementara’ = KV + KVK + KV + KV

Keratan akhbar Berita Harian (20.03.2020)
“Malaysia sekat sementara pelawat Korea Selatan” oleh Suzalina Halid
iii. ‘Masyarakat’ = KV + KV + KV+ KVK

Keratan akhbar Berita Harian (17.04.2019)

“22 warga USM dekati masyarakat Orang Asli” Oleh Siti Saleha Saad
*Bentuk sy seperti yang terdapat dalam ‘musyawarah’ sebenarnya mewakili satu

bunyi bahasa yang lambang fonetiknya ialah [š]

iv. ‘Mesyuarat’ = KV + KV + V + KVK

Keratan akhbar Berita Harian (16.02.2020)
“Yang di-Pertuan Agong hadir Mesyuarat Majlis Raja-raja” oleh Bernama
v. ‘Cenderawasih’ = KVK + KV + KV + KV + KVK

Keratan akhbar Berita Harian (22.03.2002)
“Cenderawasih pernah ditawar RM2 juta” oleh Zainal Zawawi Mohamed
* Hanya sebahagian contoh binaan pola sahaja yang dinyatakan pada contoh diatas.

6.4 Formula
Formula bagi kata tunggal empat suku kata dan lebih adalah seperti berikut:

Formula
KV + KV + VK + KV
KV + KVK +KV + KV
KVK + KV + KV + KV
KVK + KV + V + KV
KV + KV + KV +KV
KV +KV + KV + KVK
KVK + KV +KV +KVK
KVK + KVK + KV + KV
KV + KV +V + KVK
V + KV +KVK +KV +KV
KVK + KV + KV + KV + KVK
KV + KV + KV + KV + KV + KV

6.5 Akronim
Contoh di atas tadi sudah diketahui sebagai kata tunggal. Selain perkataan seperti yang di atas,
kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Akronim ialah kata singkatan yang
terbentuk dengan menggunakan huruf awal kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan
suku kata daripada rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan yang utuh. Kata
akronim boleh ditulis dengan tiga cara:
a) Akronim yang berbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang
lazimnya terdiri daripada kata nama khas. Conyohnya:
i. ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
ii. IKIM – Istitut Kefahaman Islam Malaysia

iii. ADUN – Ahli Dewan Undangan Negeri.

b) Akronim yang berbentuk daripada gabungan huruf dengan suku kata perkataan.
Contohnya:
i. Mara – Majlis Amanah Rakyat
ii. Lekas – Lebuhraya Kajang Seremban
iii. Kejora – Kemajuan Johor Tenggara

c) Akronim yang berbentuk gabungan suku kata dengan suku kata. Contohnya:
i. Tabika – taman binbingan kanak-kanak
ii. Pawagam – panggung wayang gambar
iii. Cerpen – cerita pendek

Daripada contoh-contoh di atas, jelas kelihatan bahawa cara pembentukan kata akronim
sebagai satu proses pemendekan dan penggabungan untuk membentuk kata dan mempunyai
potensi dalam bahasa Melayu. Oleh itu, proses pembentukan ini tidak digalakkan sebagai satu
kaedah pembentukan kata untuk membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa
Melayu.

6. 6 Aktiviti

Kotak Beracun:

1. Guru akan menyediakan sebuah kotak beracun yang mengandungi keratan kertas kecil lalu
digulung kecil-kecil. Keratan kertas kecil tersebut ditulis dengan perkataan kata tunggal empat
suku kata dan lebih, pola binaannya dan perkataan akronim.

2. Kemudian kotak beracun tersebut digerakkan kepada setiap pelajar sambil memasang muzik.

3. Pelajar yang terakhir memegang kotak beracun tersebut apabila muzik diberhentikan perlu
mencabut keratan kertas dalam kotak tersebut lalu menjawab soalan tersebut.

4. Sekiranya pelajar tersebut mencabut keratan kertas yang mengandungi pola binaan bagi kata
tunggal empat suku kata, pelajar tersebut perlu mencari perkataan berdasarkan formula
tersebut.

5. Tetapi sekiranya pelajar mencabut keratan kertas yang mengandungi kata tunggal empat
suku kata atau lebih maka pelajar tersebut perlu memberikan jawapan dalam bentuk binaan
polanya.

6. Namun, sekiranya pelajar mencabut keratan kertas yang mengandungi perkataan akronim
iaitu dalam singkatan, maka pelajar tersebut perlu menukar perkataan akronim tersebut kepada
perkataan yang utuh.

7. Pelajar yang dapat memberikan jawapan yang betul akan diberikan hadiah.

6.7 Latihan
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kata tunggal empat suku kata atau lebih?

_________________________________________________________________

2. Bina pola kata berikut:

i. Sedarhana = ________________

ii. Bijaksana = ________________

iii. Sandiwara = ________________

iv. Sejahtera = ________________

v. Masyarakat = ________________

3. Cari kata yang mempunyai bina pola seperti berikut:

i. KV + KVK + KV +KV =__________________

ii. KVK + KV + KV +KV =__________________

iii. KVK + KV +V + KV =__________________

iv. KV + KV + KV +KV =__________________

v. KV + KV +KV +KVK =__________________

4. Nyatakan maksud arkronim dibawah:

i. ADUN =_________________

ii. Perkeso =________________

iii. Cerpen =________________

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar,
yakni yang tidak tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Dengan
berdasarkan analisis tatabahasa, kita dapat membahagikan kata tunggal kepada dua jenis iaitu
kata tunggal yang dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat dan yang kedua ialah kata tugas yang
tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu init yang bebeas untuk
melaksanakan tugas nahunya. Bukan itu sahaja, kata arkonim juga tergolong dalam kata
tunggal. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa kata tunggal mempunyai empat bentuk iaitu kata
tunggal satu suku kata, kata tunggal dua suku kata, kata tunggal tiga suku kata dan kata tunggal
empat suku kata dan lebih.

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2009). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdul Aziz Abdul Talib. (2000). Pedagogi bahasa Melayu: prinsip, kaedah dan teknik.
Kuala Lumpur: Utusan PublicationsSdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd. Nor. (2019). Teks Lengkap Tatabahasa bahasa Melayu STPM
(Bahasa Melayu 910/2). Selangor: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim & Norlidza Shamsuddin. (2008). Ace Ahead Bahasa Malaysia Kertas 1
& 2. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kamus Dewan. (1998). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Click to View FlipBook Version