The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 803-3-shahira, 2022-03-26 11:47:15

TUGASAN 1 BMMB1104 (1)

TUGASAN 1 BMMB1104 (1)

KIanmsStpuiutnsugtaSiuPPlteeantdnaidnAiikbaKdneudlGaHuharulim

TUGASAN 1 BMMB1104

Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu

Nur Shahira binti Mahazir (F2F)
Nama Pensyarah: Dr Arfah binti Ahamad.

TAKRIF KESUSASTERAAN
MELAYU

- Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang
disampaikan melalui bahasa.

- Perkataan kesusasteraan asalnya daripada
perkataan Sanskrit iaitu susastera yang membawa

makna huruf atau buku indah. (Siti Hajar, 2011)
- Kesusasteraan juga membawa maksud hasil seni
atau karya tulisan dalam bentuk prosa dan puisi yang
mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri.

(Kamus Dewan Edisi Ketiga)

KESUSASTERAAN

Daripada definisi-definisi yang telah dinyatakan tadi
dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan Melayu
adalah hasil karya Melayu yang mempunyai kata-kata
indah, memberi mesej dan menggambarkan sesuatu
perasaan serta keadaan yang tertentu sama ada
mengenai diri sendiri ataupun sekolompok
masyarakat.

Jenis, Bentuk dan PROSA TRADISIONAL
Ciri Kesusasteraan PROSA MODEN
dapat dibahagikan
kepada empat iaitu : PUISI TRADISIONAL
PUPIUSISII MMOODDENEN

PROSA TRADISIONAL

Prosa tradisional merupakan bentuk kesusasteraan yang masih kekal
hingga ke hari ini dan masih menjadi sumber pengetahuan, amalan,
pengajaran, sempadan tingkah laku atau sumber atau pengenalan

masyarakat Melayu kepada masyarakat luar.

SASTERA RAKYAT SASTERA ISTANA
(lisan) (tulisan)

NARATIF - mitos, lagenda, cerita
sastera hikayat
rakyat
sastera undang-undang
BUKAN NARATIF - puisi rakyat sastera epik
sastera panji

sastera agama



SASTERA Sastera rakyat dapat ditakrifkan CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT
RAKYAT(lisan) sebagai hasil-hasil kreatif, diwariskan secara lisan

termasuk daya ciptaan imaginasi bersifat tradisional dan lama
pencipta yang mengandungi serta wujud dalam variasi berbeza-beza
menggambarkan nilai-nilai world bersifat anonimi (menggunakan nama samaran)
hak milik semua masyarakat yang menghasilkannya
view itu sendiri mempunyai fungsi tertentu seperti memberi

pengajaran

SASTERA Mula diperkenalkan setelah sastera hikayat
ISTANA penerimaan Islam sekitar sastera undang-undang
(tulisan) abad ke-15 dan kemudian
sastera epik
berkembang di istana. sastera panji
sastera agama
sastera ketatanegaraan

SASTERA RAKYAT



Ciri-ciri 01
dianggap benar-benar terjadi
peristiwa yang aneh tetapi penting MITOS

dianggap keramat Takrif: Cerita yang dianggap benar-
memberi kesan kepada masyarakat benar terjadi dan dianggap suci oleh

berlaku pada zaman lampau empunya cerita dan masyarakat
yang mendukungnya.
JENIS

1) mitos asal usul : asal usul kejadian

alam, Kisah Tasik Cini
2) mitos institusi sosial : mitos

kedatangan Islam
3) mitos politik : penubuhan kerajaan

Pasai



02 Ciri-ciri
sejenis komunikasi lisan yang berbentuk
LEGENDA cerita daripada kisah-kisah tokoh dan

Takrif: cerita yang dipercayai pahlawan
benar-benar berlaku tetapi tidak latar masa tidak semestinya masa lampau,
tetapi masih ada hubung kaitnya dengan
dianggap suci.
masa silam.
kisahnya ada kaitan dengan zaman sekarang

tokoh dan tempat mempunyai sifat luar
biasa dan dipercayai benar-benar berlaku

JENIS
1) legenda keagamaan : Habib Noh & Tok Kenali

2) legenda alam ghaib :
3) legenda perseorangan : tokoh Hang Tuah
4) legenda tempat : Pekan Langgar, Kedah

5) legenda tokoh : Cerita Mahsuri



Ciri-ciri 03
dianggap benar-benar terjadi
peristiwa yang aneh tetapi penting CERITA RAKYAT

dianggap keramat Takrif: berbentuk prosa dan tidak
memberi kesan kepada masyarakat dianggap benar-benar terjadi serta
menjadi sumber hiburan, menegakkan
berlaku pada zaman lampau kebenaran serta mengandungi moral

JENIS dan sindiran.
1) Cerita Binatang : cerita sang kancil
2) Cerita Penglipur Lara : Hikayat Malim

Dewa, Hikayar Malim Deman
3) Cerita Jenaka : Pak Pandir
4) Cerita Teladan : Bawang Putih Bawang
Merah & Batu Belah Batu Bertangkup



SASTERA ISTANA

SASTERA ISTANA (tulisan)

SASTERA HIKAYAT SASTERA UNDANG-UNDANG SASTERA EPIK

Terbahagi kepada tiga berdasarkan Sastera ini dijadikan sebagai bahan kajian Sastera jenis ini menitikberatkan ciri
unsur-unsur yang ada di dalamnya sistem pemerintahan, pentadbiran. Terbahagi kepahlawanan. Oleh itu, ia juga dikenali
seperti unsur Hindu, Iskam dan Hindu- kepada dua, iaitu Adat Temenggung dan Adat sebagai sastera pahlawan. Juga terbahagi
kepada dua iaitu epik kebangsaan yang
Islam. Perpatih. diwakili oleh Hikayat Hang Tuah dan epik
Contoh : Hikayat Seri Rama, Hikayat Contoh : Hukum Kanun Melaka.\, Undang-
berunsur Islam seperti Hiakayat Amir
Raja Pasai undang Laut Melaka Hamzah.

SASTERA PANJI SASTERA AGAMA SASTERA
KETATANEGARAAN
Sebuah karya yang isinya seperti Kebanyakannya adalah cerita yang
kisah pengembaraan, percintaan menggambarkan kehebatan Nabi Muhammad Contoh : Kitab Nasihat Segala Raja-
dan peperangan. Watak utamanya Raja. Kitab ini dijadikan panduan
SAW dalam perjuangannya menyebarkan
bergelar panji. agama Islam ke seluruh dunia walaupun oleh al-Sultan Zainal Abidin III dalam
Contoh : Hikayat Cendawan Putih. terpaksa menempuhi pelbagai rintangan dan pemerintahan beliau.

tentangan.
Contoh : Hikayat Bulan Berbelah



PROSA MODEN

Prosa moden ialah hasil karya sastera selepas
tahun 1800 Masihi (Annas Hj Ahmad, 1988)

Di bawah prosa moden terdapat :
CERPEN
NOVEL
DRAMA

CERPEN DRAMA

Berasal daripada gabungan dua Drama juga merupakan salah satu
perkataan iaitu cerita dan pendek. bentuk karya sastera yang mana
penulis menyampaikan mesej atau
- cerpen bukan sahaja alat untuk menggambarkan sikap, pemikiran melalui lakonan serta dialog.
perasaan, pandangan & fikiran pengarang, tetapi juga
memberi gambaran tentang sesuatu zaman. - Drama adalah sejenis karya sastera yang dibangunkan
- Membawa satu tema dan beberapa persoalan. denan unsur intrinsik iaitu satu kesatuan yang
- Dalam penulisan cerpen hanya terdapat satu plot sahaja membentuk karya secara keseluruhan.
dan plot inilah yang dikembangkan dengan rapi, teliti dan - Antara unsur yang mendukung drama ialah skrip
tidak rumit. drama, pengarah, pelakon, pentas atau panggung.
- Dari segi perwatakan pula, cerpen hanya memfokuskan - Dalam melaksanakan pementasan pula terdapat juga
perkembangan watak kepada beberapa orang tertentu unsur-unsur penting yang perlu diambil kira seperti
sahaja dan watak selebihnya hanya bertujuan untuk cahaya, bunyi, pakaian, kostum, tatarias dan penonton
memperkukuhkan kewibawaan watak utama. bagi memastikan kesempurnaan pementasan drama.

NOVEL

Merupakan prosa rekaan panjang yang didalamnya termuat
sebahagian daripada sebuah kehidupan.

Novel adalah satu bentuk pentafsiran rencam hidup manusia yang tercipta dalam bentuk sastera cereka.
Merangkumi tiga faktor utama dan saling berkait iaitu pengalaman peribadi, realiti rencam hidup dan
imaginasi.
Novel berbentuk kemasyarakatan telah dihasilkan oleh Harun Aminurrashid. Antara novelnya ialah Cinta
Gadis Rimba (1947), Darah Kedayan (1947) dan Minah Joget Moden (1949).
Novel berbentuk semangat kebangsaan pula adalah seperti Pahlawan Rimba Malaya (1946).
Harun Aminurrashid menghasilkan novel Siapakah Yang Bersalah (1949).
Zmaan kegemilangan novel Melayu adlaah pada tahun 1960-an apabila hasil karya dipertingkatkan dari
segi kualiti serta kuantiti.
Peraduan mengarang telah diadakan dan melalui peraduan tersebut lahirlah novel yang baik dan tinggi
nilainya seperti Salina oleh A Samad Said.



PUISI TRADISIONAL Menurut Harun Mat Piah
(1989)antara genre dalam puisi
- Puisi merupakan genre sastera yang
paling awal bagi semua bangsa di dunia. tradisional ialah :
- Masyarakat Hindu menggunakan puisi
untuk menghasilkan Mahabharata dan PANTUN
SYAIR
Ramayana.
- Masyarakat Eropah juga menggunakan GURINDAM
SELOKA
puisi untuk menghasilkan epik seperti TALIBUN
Illiad dan Odyssey. MANTERA

ADAT PERBILANGAN
TEKA-TEKI

PERIBAHASA
RUBAI

MASNAWI

PANTUN

Pantun merupakan kaedah rangkapan CIRI-CIRI PANTUN
tertua dan memang berasal daripada - Biasanya menyentuh hampir
masyarakat Melayu. Bahkan sebelum keseluruhan kehidupan masyarakat
Melayu.
orang Melayu tahu tentang surat - Ciri-ciri pantun ialah berdasarkan
menyurat pun mereka telah pandai bilangan baris dalam rangkap.
berpantun dan biasa berbalas-balas - Bagi pantun empat kerat baris satu dan
pantun antara mereka. (Za'ba,1978) dua ialah pembayang manakala baris tiga
dan empat ialah maksud.

- Rima atau bunyi akhir adalah sejajar
iaitu bagi pantun dua kerat 'a','a',
manakala pantun empat kerat pula ialah
'a', 'b', 'a', 'b'.

PANTUN

Jenis-jenis pantun dibahagikan BENTUK PANTUN
bergantung pada fungsi dan 2 kerat
4 kerat
kandungan pantun itu sendiri. 6 kerat
8 kerat
JENIS PANTUN 10 kerat
Menghibur 12 kerat
Nasihat
Menduga Akal Pantun Berkait
Meluahkan Perasaan
Menyampaikan Hasrat Seni
Menyedapkan Cakap
Menyampaikan Hasrat Tersembunyi
Agama

Budi

Jenaka
Percintaan
Perpisahan

GURINDAM

Gurindam ialah sebagai satu bentuk puisi
Melayu tradisional sebagaimana yang dikenali
sekarang dan diperkenalkan oleh Raja Ali Haji

melalaui 'Gurindam Dua Belas'.

Gurindam adalah sejenis syair yang melarat
dan tetap sukatan atau rangkapannya. Isinya
mengandungi fikiran yang bernas dan bahasa

yang riang sebagai nyanyian.

BENTUK GURINDAM

Terikat.
Terdiri daripada dua baris serangkap dan
mengandungi tiga hingga enam patah perkataan.
Suku kata gurindam dalam sebaris ialah antara 8

hingga 12 suku kata.
Bahasa yang digunakan bernas dan serius
manakala isinya mengandungi nasihat, pengajaran,
kebenaran serta pernyataan perasaan cinta.

SYAIR

Syair juga adalah suatu pernyataan yang berlarutan untuk
mengemukakan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan juga

puji-pujian.

Kesusasteraan Menurut Harun Mat Piah (1989), istilah
syair diambil daripada bahasa Arab yang membawa
maksud puisi secara umum.

Bentuk syair pula mengandungi empat baris serangkap dengan rima
akhir 'a','a','a','a'. Manakala setiap baris mengandungi 4 hingga 5
patah perkataan seerta 8 hingga 12 suku kata setiap baris

Syair adalah sejenis puisi berlagu yang dikatakan berasal
dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara sejajar

dengan kedatangan Islam.

CIRI-CIRI DAN BENTUK SELOKA
SELOKA
Menurut Harun Mat Piah (1989),
sebuah puisi tradisional yang bercorak karangan istilah 'seloka' berasal daripada
berangkap atau bahasa berirama. perkataan Sanskrit 'shloka' yang
merupakan pepatah, bidalan, atau bermaksud berseloroh, berjenaka

perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, atau menyindir.
gurau senda, olokan, ejekan, dan sindiran.

sarat dengan sindiran yang berguna sebagai
pengajaran dan teladan kepada pembaca.

sebahagian seloka ditulis dalam bentuk terikat
iaitu empat baris serangkap.

contoh seloka ialah seperti Seloka Pak Kaduk,
Seloka Emak Si Randang

PUISI MODEN

SAJAK
satu-satunya genre yang
terdapat dalam puisi moden .

bentuknya lebih bebas dan terikat pada suatu pola khusus
sajak lebih mementingkan keberkesanan pengucapan perasaan melalui pemilihan dan pemakaian
kata-katanya yang saling menumpang dan terjalin menurut erti serta irama.
sajak adalah pengucapan perasaan dengan persaan yang berada di dalamnya mengandungi fikiran dan
tanggapan.
Perbezaan ciri puisi Melayu moden ini dengan puisi Melayu tradisional ialah puisi moden ini terdapat nama
penulis sebagai pengakuan hak ke atas sesebuah karya walaupun menggunakan nama samaran atau nama
pena.

FUNGSI SASTERA Sebagai alat
MELAYU pendidikan
Sebagai alat
hiburan Sebagai instrumen
perpaduan

Sebagai alat kawalan
sosial dalam

kehidupan harian.
Sebagai alat
dakwah

Sebagai medium
protes dan kritikan

sosial

Dalam sastera, pengalaman-pengalaman para 01
pengarang diterjemahkan melalui kisah-kisah
yang didalamnya terangkum pelbagai jenis Alat Pendidikan
bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi

dan agama.
Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau
puisi dan diadun dengan unsur pengajaran,
moral, atau ilmu pengetahuan yang tinggi

nilainya.
Jadi, para pembaca akan mendapat pendidikan

secara tidak langsung.
Mendidik secara tidak langsung akan
meninggalkan kesan yang jauh lebih baik
daripada pendidikan langsung yang mungkin
dibuat dan diterima secara paksa.
Selain itu, peranan sastera juga adalah dapat
membina insaniah dalam kehidupan manusia.

02 Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, sastera
dijadikan alat penting bagi mewujudkan
Instrumen
Perpaduan semangat kekitaan atau 'esprit de corp' dalam
kalangan rakyat.

Hal ini adalah untuk membina sebuah negara
bangsa yang bersatu padu.

Sastera negara menitikberatkan nilai perpaduan
dan penghargaan kepada satu bentuk budaya
kebangsaan untuk dikongsi bersama sebagai

pemangkin bagi menyatupadukan rakyat.
-Bahkan dalam karya Sasterawan Malaysia
terdapatnya unsur dan nila-nilai positif serta

optimis yang dapat memajukan fikiran,
kesedaran dan membuka mata hati masyarakat
kita terhadap kepentingan semangat perpaduan

di Malaysia.

Sastera juga berfungsi sebagai alat 03
kawalan sosial dalam kehidupan
seharian. Alat kawalan sosial
Contohnya melalui cerita rakyat, dalam kehidupan
masyarakat diberitahu tentang
seharian
perkara yang boleh dan tidak boleh
dilakukan.

Jika seseorang itu derhaka kepada ibu
bapa, maka dia akan mendapat

malapetaka sebagaimana yang diterima
oleh Si Tanggang

Dalam cerita legenda pula, terdapatnya
tokoh yang sentiasa menjadi sanjungan
masyarakat. Tidak kiralah sama ada
tokoh agama, pahlawan dan sebagainya.

04 Ciri-ciri cereka Islam mestilah menekankan kepentingan
fungsi dan amanat cereka tersebut.
Dakwah
Sastera sebagai fungsi menyebarkan dakwah di sini dapat
dilihat melalui beberapa karya sastera seperti Hamzah

Fansuri yang mengambil bentuk syair sebagai medan untuk
menyampaikan ajaran Islam.

Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas melalui karya-
karyanya iaitu Syair Perahu, Syair Dagang, Syair Fakir.
Bahkan, syair-syairnya juga ditulis untuk menekankan

kematian dan seksaan Allah SWT di hari akhirat
Karya-karya sebeginilah yang membuatkan masyarakat
merenung kembali apakah tindakan mereka selama ini

berlandaskan ajaran Islam yang sebenarnya.
Sastera juga memberi didikan akhlak kepada anak-anak

muda secara tidak langsung.
Sastera juga boleh memperkukuh keimanan seseorang

Islam terhadap para nabi dan rasul.

05
Sastera merupakan rakaman
kehidupan yang menyelongkar Medium protes
kehidupan manusia daripada dan kritik sosial
pelbagai dimensi dan sudut

pandang berbeza.
Sesuatu yang dipaparkan dalam

sastera adalah yang benar-
benar terjadi dalam realiti

kehidupan manusia.
Contohnya melalui cerita Pak
Pandir yang sebenarnya penulis
ingin mengkritik orang yang
terlalu lurus dalam kehidupan

sehari-hari.

06 Hiburan terhasil daripada
keindahan kata-kata yang
Hiburan diungkapkan, irama atau rentak

yang indah.
Kepentingan fungsi hiburan
telah menjadikan karya sastera
seperti cerita penglipur lara
diterima oleh masyarakat dan
bahkan digilai pada suatu ketika

dahulu.
Contoh unsur hiburan yang
dapat dilihat dalam karya
sastera rakyat ialah cerita

jenaka Pak Kaduk.

Manifestasi akal budi
dalam puisi tradisional

Pantun, Syair, Seloka,
Gurindam

PANTUN

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berguna lagi;

Pokok senduduk merupakan sebuah tumbuhan renek kecil yang banyak
berfungsi kepada masyarakat kerana ia mempunyai khasiat dalam aspek
perubatan tradisional. Daun dan pucuknya boleh memulihkan cirit-birit. Bahkan
boleh juga digunakan untuk mencegah sebarang parut luka. Selain itu, air
rebusan akarnya pula digunakan untuk melegakan sakit gigi. Banyak lagi fungsi
lain yang menyebabkan pokok senduduk ini penting. Namun, apabila pohon
langsat mula berbuah, pokok senduduk akan dipijak oleh meraka untuk
mengambil buah kangsat. Segala khasiat yang ada pada pokok senduduk itu
dilupakan semata-mata untuk kenikmatan dan kemanisan buah langsat.

Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Jika dapat dilihat melalui pantun diatas, tanduk juga merupakan simbol
kekayaan tetapi disebabkan ketinggian nilai dan keindahan gading
menyebabkan tanduk tidak lagi dipandang tinggi.

S
Y
A
I
R

MAKLUMAT YANG TERDAPAT DALAM SYAIR

BUDI -pemakaian tamsil anak dagang dan faqir, diambil dari al-
Quran dan Hadis. Di samping itu ia juga memiliki konteks sejarah
khususnya dengan penyebaran agama Islam dan pembentukan

kebudayaannya di Nusantara.

PEMIKIRAN - anak dagang digambarkan sebagai anak
mu'alim yang tahu jalan. Cintanya yang mendalam dan
imannya yang teguh, memberinya pula pengetahuanndiri

yang mendalam.

PENGAJARAN - Jika dilihat dari sudut agama anak dagang diberi
maksud positif oleh penyair. Tanda anak dagang sejati ialah cinta

dan penyerahannya yang penuh kepada Tuhan dan keteguhan
keyakinannya dalam mengatasi segala kesukaran hidup.

S
E
L
O
K
A

Di dalam seloka ini, akal budi manifestasi masyarakat Melayu ialah menyindir individu yang
bersikap mengutamakan orang lain daripada keluarganya sendiri. Sikap negatif ini tidak
sepatutnya berlaku kerana akan merugikan diri sendiri dan keluarga. Buktinya Pak Pandir
sanggup mengabaikan anaknya sendiri dan bahkan menyakitinya seperti yang dapat dilihat
daripada frasa 'anak dipijak'.Manakala pihah yang tiada kaitan dengannya diberi layanan baik
seperti frasa ' dagang dijinjing'.

'hartanya habis tergadai' menunjukkan sikap Pak Pandir yang tidak pandai menguruskan
hartanya. Manakala baris 'tak sedar bertelanjang' pula adalah suatu kritikan halus tentang
seseorang yang tidaks edar akan kelemahan diri.

Pengarang juga mengkritik sikap sesetengah masyarakat yang terlalu cepat mendengar
kata dan terpengaruh kata-kata pihak lain seperti " Mendengar guruh di langit, air tempayan
dicurahkan".

Banyak lagi manifestasi akal budi yang dapat dipelajar dan dijadikan pengajaran daripada
seloka Pak Pandir ini. Seloka ini secara keseluruhannya telah menyindir masyarakat Melayu yang
bersikap negatif.

G
U
R
I
N
D
A
M

Maksud yang dapat kita ambil dalam gurindam fasal pertama ini
ialah gurindam tersebut memberi nasihat tentang agama yang perlu

diutamakan dalam kehidupan dengan menjauhi perkara mungkar
dnegan mengingati pembalasan di akhirat. Selain itu, melalui

gurindam ini juga Raja Ali Haji mengingatkan manusia agar tidak
tertipu dengan hal keduniaan dan mengingati hari Akhirat.

RUJUKAN

Mohamad Daud Mohamad, & Huszaidi Hussin. (2006). Rangkaian pemikiran dalam
karya sastera. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Rahmat, Dr. A., Zainuddin, Dr. M. N., Abu Bakar, S., Hassan, H. A. R., & Awang, D.
H. (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu (1st ed., p. 283).

Pustaka Al-Ehsan. (Original work published 2022)
Siti Hajar Abd Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1.Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Swee Tin Lim, & Kesenian, D. (2009). Pemikiran kesusasteraan : wajah dan
wadah kebudayaan kebangsaan. Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara.
Zakaria, N., & Abdullah, A. (2017). (PDF) Akal Budi dan Cerminan Jati Diri Melayu

dalam Pantun. ResearchGate.
https://www.researchgate.net/publication/324866095_Akal_Budi_dan_Cerminan

_Jati_Diri_Melayu_dalam_Pantun

SEKIAN TERIMA
KASIH

cintailah sastera, demi bangsa


Click to View FlipBook Version