The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyahmohamad5m, 2023-11-20 10:12:48

E-FOLIO PENGAJIAN ISLAM

E-FOLIO PENGAJIAN ISLAM (3)

1 MPU 23012 PENGAJIAN ISLAM SESI 1: 2023/2024 E-FOLIO TAJUK: LIBERALISME DAN PLURALISME: FAKTOR DAN CARA MENGATASINYA DALAM MASYARAKAT GLOBAL. NAMA PENSYARAH: NOR JANNAH BINTI MOHAMMAD AHLI KUMPULAN: NO. NAMA MATRIK NOMBOR 1. NUR ALEYA SYUHADAH BINTI NAIN 25DSK22F2001 2. NUR AINI BINTI MOHAMMAD 25DSK22F2003 3. HUSNA HUMAIRA BINTI AHMAD AZIZI 25DSK22F2005 4. IMAN NURASYIQIN BINTI ROSAIMI 25DSK22F2022


SENARAI KANDUNGAN 2 BIL. TAJUK MUKA SURAT 1. MUKA HADAPAN 1 2. ISI KANDUNGAN 2 3. PENGHARGAAN 3 4. OBJEKTIF KAJIAN 4 5. PENGENALAN 5 6. ISI DAN KETERANGAN 6 & 7 7. CONTOH PLURALISME AGAMA DI MALAYSIA 8 8. FAKTOR PENYEBARAN LIBERALISME DAN PLURALISME DI MALAYSIA 9 & 10 9. CARA MENGATASI PENYEBARAN LIBERALISME DAN PLURALISME DI MALAYSIA 11 10. KESIMPULAN 12 11. BUKTI PERBINCANGAN 13 12. RUJUKAN 14


PENGHARGAAN 3 Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada kami, dapat kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya Pertamanya, terima kasih tak terhingga kepada pensyarah kami, Ustazah Nor Jannah binti Mohammad kerana dengan penerangan dan tunjuk ajar daripadanya dapat kami selesaikan tugasan ini dengan sukses. Begitu juga dengan rakan sekumpulan yang banyak berkongsimaklumat dan terus memberikan kerjasama yang baik ketika menyelesaikan tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan turut diucapkan kepada rakan-rakan kami yang sentiasa mengingkatkan kami mengenai tugasan ini dan membantu kami dalam hal-hal yang kami kurang tahu. Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan tugasan kami yang bertajuk Liberalisme dan Pluralisme: Faktor dan cara mengatasinya dalam masyaraka global. Semoga tugasan ini dapat memberikan manfaat dan pengajaran kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia. Terima Kasih.


4 OBJEKTIF KAJIAN Objektif E-folio ini adalah untuk menyelidik tentang Liberalisme dan Pluralisme, Faktor dan Cara Mengatasinya dalam Masyarakat Global di Malaysia. Melalui tugasan ini kami dapat mengenal pasti apakah pandangan seseorang Muslim terhadap kefahaman Liberalisme dan Pluralisme. Secara khususnya, penyelidikan ini adalah seperti berikut: 1. Kami dapat mengetahui tentang permasalahan yang terjadi di negara kita, Malaysia. 2. Kami juga dapat mengenal pasti pemikiran Liberalisme dan Pluralisme di dalam Malaysia. 3. Dapat mengetahui perkembangan Liberalisme dan Pluralisme di Malaysia. 4. Dapat merungkai tentang faktor dan cara mengatasi dalam masyarakat global di Malaysia. 5. Dapat mengetahui asal usul Liberalisme dan Pluralisme.


5 PENGENALAN Fahaman Liberalisme dan Plularisme telah diwartakan sebagai bahaya oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 10 Oktober 2013 (31 Julai 2014). Ini kerana kedua-dua fahaman tersebut bertentangan dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Antara kandungan fatwa yang diwartakan adalah gesaan terhadap mana-mana individu yang berpegang kepada fahaman Liberalisme dan Pluralisme agama hendaklah segera bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Sebenarnya, fatwa sedemikian bukan sesuatu yang baharu. Pada Julai 2006, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Ke-74 yang menghimpunkan semua mufti di negeri-negeri juga memutuskan perkara yang sama, iaitu Liberalisme adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat Islam. Liberalisme bermaksud suatu aliran pemikiran yang memberikan kebebasan mutlak kepada individu dalam menafsirkan ajaran Islam tanpa terikat dengan dasar dan sumber ajaran Islam yang telah disepakati oleh para ulama muktabar. Pluralisme pula bermaksud fahaman atau keyakinan bahawa agama Islam adalah sama dengan agama-agama lain dan tidak ada mana-mana agama yang boleh mengaku agamanya lebih benar dari agama lain. Kedua-dua aliran pemikiran dan fahaman ini adalah sesat dan menyesatkan serta boleh membawa seseorang itu terkeluar dari agama Islam.


ISI DAN KETERANGAN 6 Tidak keterlaluan untuk menyimpulkan bahawa Liberalisme adalah jelmaan Muktazilah zaman moden, manakala Pluralisme pula berpegang kepada prinsip bahawa agama yang benar tidak hanya eksklusif kepada agama Islam sahaja. Liberalisme agama muncul akibat pertembungan antara mazhab-mazhab dalam agama Kristian yang dimulai dengan gerakan Reformation pimpinan Martin Luther. Liberalisme semakin rancak berkembang seiring dengan gerakan Enlightenment dan Renainsans yang menyeru kepada pembebasan manusia daripada kerangka kuasa gereja yang mengongkong kehidupan masyarakat dalam semua hal. Liberalisme dalam masyarakat Eropah membuahkan kemajuan yang menyilaukan sebahagian intelektual Muslim. Mereka menyangka dengan melakukan pembaharuan terhadap agama Islam dengan meninggalkan akar tradisi dan keilmuan para ulama silam, umat Islam akan lebih maju sebagaimana masyarakat barat. Pluralisme adalah salah satu produk yang lahir dari ‘rahim’ Liberalisme. Sekian lama umat Islam memahami bahawa hanya ajaran Islam yang membimbing manusia ke syurga, kini dipaksa pula umat Islam untuk percaya bahawa Islam adalah salah satu agama yang benar, tanpa menafikan kebenaran agama-agama lain. Pluralisme agama muncul dan berkembang secara agresif pada abad ke-20 adalah natijah daripada andaian bahawa pertumpahan darah dan permusuhan yang berlaku di dunia adalah disebabkan oleh sikap eksklusif dalam mendakwa kebenaran.


ISI DAN KETERANGAN 7 Menghalalkan yang Haram Di Malaysia Pendukung Liberalisme tidak segan silu menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT dalam al-Qur’an. SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Memperjuangkan kebebasan media secara mutlak termasuk mengecam tindakan kerajaan mengawasi filem-filem atau buku-buku yang boleh mengancam kesucian agama Islam dan anutan Ahli Sunnah Wal-Jamaah di negara ini. Memperjuangkan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) secara terbuka bagi menuntut supaya setiap individu diberikan hak dan kebebasan untuk memperlakukan apa sahaja yang dia mahu terhadap seksualiti dan tubuhnya seperti menjadi gay atau menukar jantina. Menolak dan mempertikaikan fatwa-fatwa yang dikatakan mengongkong kebebasan hak asasi manusia dan masyarakat majmuk seperti fatwa Valentine's Day, Islam liberal, doa bersama bukan Islam dan lain-lain. Contoh Liberalisme di Malaysia 1) Kempen Menukar Solat Jumaat Ke hari Sabtu Farouk A Peru iaitu Ketua kumpulan Saturday Reformist Jumaah yang mencadangkan Solat Jumaat didirikan pada hari Sabtu atas alasan untuk memudahkan orang yang sedang bekerja 2) Parti LGBT Pada 31 Julai 2023, Polis menangkap pengikut Ahmadi Religion yang membuat himpunan berunsur LGBT di hadapan pusat beli-belah di Ibu Kota.


Contoh Pluralisme Agama Di Malaysia 8 1. Kerajaan langit ayah Pin (ajaran Ariffin Muhammad) Menurut Marzuki (2009); Ismail Mina Ahmad (2012); Latifah Abdul majid et al. (2012), Ayah Pin telah mempromosikan satu ajaran yang mengajar semua agama adalah sama dan setiap orang berhak untuk mengamalkan agama dengan apa jua cara yang mereka sukai. 2. Fahaman The Transcendent Unity of Religions atau Sophia Perennis Golongan ini menyatakan bahawa Tuhan berada di titik puncak, sementara semua agama mengalir ke bawah dari titik puncak tersebut.demikian juga dalam waktu yang sama, semua agama naik dari bawah ke atas, yang akhirnya akan bertemu di titik puncak tersebut


FAKTOR PENYEBARAN LIBERALISME DAN PLURALISME DI MALAYSIA. 9 LIBERALISME Antara penyebab munculnya golongan Islam Liberal ini adalah berpunca segelintir individu yang terpengaruh dengan pendapat dan gaya hidup Barat dan peradabannya yang banyak menguasai dan mendominasi pelbagai bidang dan cabang ilmu dewasa ini. Pemikiran modernisme yang berpaksikan budaya 'hedonisme'. Golongan-golongan ini berpendapat bahawa segelintir undang-undang Islam melanggar hak asasi manusia dan tidak sesuai diguna pakai pada dasawarsa ini. Mereka yang cenderung ke arah 'post-modernism' pemikiran Islam liberal ini banyak menyandarkan sesuatu hujah mereka berdasarkan kajian-kajian orientalis Barat, metodologi kajian agama lain, hak kebebasan sosial atau politik atau ekonomi mengikut konteks Barat, dan falsafah sekularisme. (Wan Adli Wan Ramli, 2014).


PLURALISME 10 Penyebaran Melalui Media Massa Media massa merupakan ejen teknologi yang penting dalam menyampaikan informasi kepada masyarakat. Antara media massa tersebut ialah media cetak (akhbar, majalah, buku dan sebagainya) dan media eletronik (televisyen, radio dan internet) (Sohana Abdul Hamid 2016). Penyebaran pluralisme agama di Malaysia juga tidak terkecuali dari dipengaruhi oleh faktor media massa. Media massa yang terlibat antaranya, ialah: Penyebaran Melalui Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Kursus kepimpinan dan pengurusan yang asalnya dikesan mempunyai elemen-elemen pluralisme agama di dalamnya ialah kursus Emotional Spiritual Quotient (ESQ) yang diperkenalkan oleh Ary Ginanjar Agustian. Kursus kepimpinan dan pengurusan ESQ merupakan kursus di bawah syarikat ESQ Leadership Centre yang berpusat di Jakarta. Kursus ESQ ini telah tersebar di Malaysia melalui penubuhan beberapa pusat pengajarannya. Ajaran-Ajaran Keagamaan. Antara ajaran-ajaran keagamaan yang sesat ini ialah ajaran 'Ayah Pin' (Ariffin Muhammad) atau yang dikenali juga dengan kerajaan langit Ayah Pin. Ajaran ini diasaskan oleh Ariffin Muhammad di Hulu Besut, Terengganu.


CARA MENGATASI PENYEBARAN LIBERALISME DAN PLURALISME DI 11 MALAYSIA. Kerajaan Mengadakan kempen atau ceramah tentang bahaya fahaman liberalisme. Adanya kempen ini barulah rakyat sedar bahawa fahaman liberal ini adalah fahaman yang salah. Sekaligus akan menyebabkan semangat dan keinginan dalam diri masyarakat tentang sesautu fahaman tersebut sama ada benar atau salah dan adakah fahaman tersebut mengikut jalan yang diredhai oleh Allah ataupun tidak. Masyarakat Kerajaan juga turut diminta supaya memantau rancangan yang dipaparkan dalam media elektronik. Menggiatkan penyelidikan atau program yang menggalakkan tadabbur al-Qur’an dari sudut sains seperti yang telah dilaksanakan oleh IKIM dalam pelbagai bidang seperti halal, alam sekitar, dan dialog. Individu Kembali kepada ajaran Islam (Al-Quran dan As-sunnah) Menolak kaedah yang melampau dan meringankan ajaran dalam Islam Lebih bersikap proaktif terhadap isu penyebaran pluralism barat di Malaysia. Sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Bersikap sederhana dalam menuntut agama Islam


KESIMPULAN 12 Kesimpulanya, fahaman Liberalisme dan Pluralisme bukanlah ideologi baru tetapi sudah bertapak sejak ribuan tahun dahulu dalam kalangan masyarakat dahulu. Fahaman ini secara keseluruhan menolak sebarang kekangan dan halangan dalam menyuarakan pendapat dan melakukan sesautu yang dirasakan benar. Hal ini merupakan satu isu besar yang harus ditangani oleh semua pihak. Soal akidah umat Islam merupakan satu perkara besar yang harus ditangani oleh semua pihak. dan tidak harus menjadi alat kepada umat lain untuk menyamaratakan taraf agama Islam seperti agama lain atas dasar kebebasan beragama. Justeru itu, semua pihak perlu memainkan peranan yang amat penting terhadap isu semakin berleluasa dan kian di normalisasikan di negara ini. Oleh itu, gejala liberalisme dan pluralisme perlu dibendung lebih awal agar umat islam tidak mudah terpesong dan dipesongkan oleh musuh Islam. Maka, dengan kelengkapan ilmu ini, masyarakat Islam tidak akan mudah dimomokkan dengan ideologi-ideologi sesat yang boleh menghakis keimanan dan merosakkan akidah.


BUKTI PERBINCANGAN 13


RUJUKAN 14 Sumber Internet: 1. https://www.researchgate.net/publication/353286739_Faktorfaktor_Pengaruh_Penyebaran_Pluralisme_Agama_di_Malaysia 2. https://www.muftiwp.gov.my/ms/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/3613-bayanlinnas-siri-ke-203-bahaya-serangan-pemikiran 3. https://siplus.sinarharian.com.my/isu/hanya-islam-mampu-bimbing-manusia-kesyurga/ 4. https://mais.gov.my/persoalan-berkaitan-liberalisme/ 5. https://www.researchgate.net/publication/353286739_Faktorfaktor_Pengaruh_Penyebaran_Pluralisme_Agama_di_Malaysia


Click to View FlipBook Version