The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

menerangkan pengiraan dan lukisan perseimbangan
beban untuk pendawaian domestik tiga fasa perlu dibuat untuk mengetahui jumlah permintaan
arus beban di setiap fasa adalah sama dan penggunaan peralatan mengikut saiz yang sesuai
seperti saiz papan suis utama, ELCB, kabel dan lain-lain

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulazlina7975, 2023-07-23 05:14:52

FAKTOR KEPELBAGAIAN LUKISAN 3 FASA

menerangkan pengiraan dan lukisan perseimbangan
beban untuk pendawaian domestik tiga fasa perlu dibuat untuk mengetahui jumlah permintaan
arus beban di setiap fasa adalah sama dan penggunaan peralatan mengikut saiz yang sesuai
seperti saiz papan suis utama, ELCB, kabel dan lain-lain

Keywords: FAKTOR KEPELBAGAIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN 1 KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME EE-320-3:2012 THREE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE TAHAP / LEVEL LEVEL 3 NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE EE-320-3:2012-C 01 THREE PHASE DRAWING NO. DAN PERNYATAAN AKTIVITI KERJA / WORK ACTIVITIES NO. AND STATEMENT 1. Identify three phase drawing specifications and requirement 2. Carry out layout drawing equipment and materials 3. Carry out three line / schematic diagram drawing 4. Carry out three phase wiring drawing 5. Inspect three phase drawing NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 1 Drp / of : 32 TAJUK / TITLE : SPESIFIKASI DAN KEPERLUAN LUKISAN TIGA FASA TUJUAN / PURPOSE : Tujuan kertas penerangan ini adalah untuk menerangkan pengiraan dan lukisan perseimbangan beban untuk pendawaian domestik tiga fasa perlu dibuat untuk mengetahui jumlah permintaan arus beban di setiap fasa adalah sama dan penggunaan peralatan mengikut saiz yang sesuai seperti saiz papan suis utama, ELCB, kabel dan lain-lain


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 2 / 37 PENERANGAN/INFORMATION : 1.0 PENGENALAN Terdapat pelbagai jenis barangan dan alatan kelengkapan elektrik serta peralatan aksesori pendawaian. Setiap peralatan dan aksesori mempunyai fungsi dan tugas yang berlainan diantara satu sama lain. Untuk memastikan pengenalan alatan dan aksesori supaya tidak mengelirukan pengguna,dengan itu setiap satunya ditunjukkan secara lukisan simbol pada pelan pendawaian. Dalam sistem pendawaian memerlukan satu pelan khas yang dinamakan pelan pendawaian elektrik.pelan ini sebagai rujukan kepada pendawai untuk membuat kerja-kerja pendawaian pada suatu premis. Dalam pelan pendawaian inilah mengandungi maklumat lengkap seperti bentangan pendawaian,rekabentuk litar, komponen, aksesori, faktor keselamatan pengguna dan faktor kos yang ekonomi. Setiap pelan elektrik mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam penggunaan elektrik,contohnya seperti : i) Peraturan Suruhanjaya Tenaga-Elektrik ii) Peraturan-Peraturan Elektrik iii) Peraturan I.E.E 1.1 PROSEDUR LAWATAN TAPAK DAN PENILAIAN 1.1.1 Lawatan Tapak Lawatan tapak perlu dilakukan bertujuan untuk menentukan:- i. Kelengkapan elektrik yang sesuai digunakan; ii. Permintaan beban maksimum; iii. Bekalan masuk, fasa tunggal atau fasa tiga; iv. Jenis pendawaian; dan v. Susunatur kelengkapan.


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 3 / 37 Rajah 1 Menunjukkan Carta Aliran Merancang Pemasangan Pendawaian Bangunan Kediaman Bekalan Fasa Tungal Dan Tiga Fasa RAJAH : 1 Rajah 1 : Carta Aliran Merancang Pemasangan Pendawaian Bangunan Kediaman Bekalan Fasa Tunggal dan Tiga Fasa


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 4 / 37 1.2 Teknik Penghasilan Lukisan Secara teorinya lukisan yang dihasilkan mestilah kemas, mempunyai maklumat yang jelas dan mudah difahami. Kemahiran melukis hanya boleh diasah dengan latihan yang sistematik dan mencukupi. Sebelum memulakan proses lukisan, pelukis perlulah merancang dari mula hingga lukisan itu disiapkan. Pelukis perlu menganggarkan saiz lukisan supaya dapat di lukis dalam kertas lukisan, orientasi lukisan samada menegak atau melintang, dan maklumat yang perlu dimasukkan dalam lakaran berdasarkan saiz kertas lukisan. Pelukis juga perlu memastikan saiz simbol dan objek yang digunakan dalam lukisan adalah sekata dan seragam. Pelukis disyorkan untuk menyediakan satu lakaran yang mengandungi maklumat asas lukisan sebelum menghasilkan lukisan yang tepat. 1.2.1 Asas Lukisan a) Garisan Garisan diperlukan untuk menghasilkan bentuk, simbol, kontur, dsb.Garisan yang mempunyai pelbagai saiz dan ketebalan yang menerangkan maksud tertentu. Ini membolehkan pembaca lukisan memahami lukisan tersebut dengan baik. Terdapat 10 jenis garisan mengikut piawaian BS308 seperti: i) Garisan objek ii) Garisan keratan iii) Garisan pandu iv) Garisan unjuran v) Garisan dimensi vi) Garisan tersembunyi vii) Garisan tengah viii)Garisan pecah ix) Satah Pemotongan x) Garisan penyambungan


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 5 / 37 Jadual 1.0: Jenis – Jenis Garisan Bil Jenis-jenis garisan Kegunaan 1. Garisan objek tebal garisan = 0.7mm Garisan yang tebal dan hitam, digunakan untuk menunjukkan garisan objek/benda 2. Garisan keratan tebal garisan = 0.3mm 0.7mm Garisan tebal dan terputus panjang dan pendek Digunakan untuk menunjukkan bahagian keratan objek 3. Garisan pandu tebal garisan = 0.3mm Garisan yang halus, digunakan untuk asas membina objek 4. Garisan unjuran tebal garisan = 0.3mm Garisan yang halus, digunakan untuk mengunjurkan garisan objek Selalunya digunakan dalam lukisan ortografik.


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 6 / 37 5. Garisan dimensi tebal garisan = 0.3mm Garisan ini hitam dan halus Digunakan untuk mendimensi objek Ditandakan dengan anak panah dikedua-dua hujung garisan 6. Garisan tersembunyi tebal garisan = 0.3mm Garisan yang diputuskan garis-garis pendek Digunakan untuk menunjukkan garisan objek yang tidak boleh kelihatan 7. Garisan tengah tebal garisan = 0.3mm Garisan yang diputuskan oleh titik-titik Digunakan untuk menunjukan bahagian tengah objek yang berbantuk 8. Garisan pecah tebal garisan = 0.7mm Garisan ini dibuat sama hitam dan tebal seperti garisan objek Untuk menunjukkan struktur dalaman bagi sesuatu objek


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 7 / 37 9. Satah Pemotongan tebal garisan = 0.3mm 0.7mm Untuk menunjukkan struktur dalaman bagi sesuatu objek b) Penghurufan Huruf dan nombor digunakan untuk menekankan/ menerangkan dengan lebih lanjut maklumat yang terdapat dalam suatu lukisan. Saiz piawai untuk melukis huruf dan nombor adalah pada ketinggian 3mm. Terdapat 3 jenis tulisan yang digunakan dalam lukisan iaitu gothic, roman dan text. Ia boleh ditulis dalam huruf besar atau kecil. Pensel gred sederhana lembut seperti HB digunakan untuk menghuruf dan mata pensel hendaklah sentiasa dalam keadaan tajam atau menggunakan pensel mekanikal. i) Cara yang betul untuk menghuruf i. Semasa menghuruf jangan campur tulisan besar dan kecil ii. Gunakan garis panduan untuk menyeragamkan ketinggian tulisan. iii. Garisan panduan boleh dibuat dengan menggunakan pensil gred keras seperti 2H. iv. Elakkan dari mencampurkan kaedah menghuruf tegak dan kaedahcondong v. Jarak antara huruf hendaklah sama vi. Ketebalan huruf hendaklah sama ia boleh dibuat dengan menggunakan pensil yang sama. Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz Rajah 2: Contoh huruf jenis Gothic


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 8 / 37 Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz 3mm Rajah 3: Contoh huruf jenis Roman ii) Teknik menghuruf Terdapat 2 jenis teknik menghuruf yang digunakan iaitu teknik menegak dimana tulisan ditulis secara menegak dan condong dimana tulisan dilukis secara condong (italic). Berikut adalah contoh dan teknik menghuruf dengan betul G H Garis Panduan Pensil 2H Pensil H Rajah 4: Teknik menegak G H Garis Panduan Pensil 2H Pensil H Rajah 5: Teknik Condong


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 9 / 37 iii) Penskalaan Jika sesuatu objek terlalu besar untuk dilukis di atas kertas lukisan, lukisan objek tersebut hendaklah dikecilkan mengikut kadaran yang tertentu. Rajah 6 : Skala Nota: Dimensi yang ditunjukkan dalam rajah adalah nilai ukuran yang sebenar. 1.3 FAKTOR KEPELBAGAIAN (DIVERSITY FACTOR) 1.3.1 Pengenalan Suatu perkiraan anggaran yang membenarkan pengurangan arus pada alat, saiz kabel, dan alat perlindungan perlu ada dalam sesuatu pepasangan 1.3.2 Penggunaan Faktor Kepelbagaian Faktor kepelbagaian hanya dibenarkan untuk mengira saiz pengalir dan peralatan kawalanseperti suis utama dan pemutus litar pada pengalir utama dan sub-utama. Faktor kepelbagaian tidak boleh digunakan untuk mengira saiz pengalir litar akhir kecuali bagi litar akhir pemasak. Peraturan IEE menerangkan bahawa faktor kepelbagaian boleh digunakan untuk mengira saiz pengalir dan peralatan kawalan kecuali litar akhir. Cara Menggunakan Faktor Kepelbagaian Persamaan yang digunakan bagi pengiraan faktor kepelbagaian adalah:


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 10 / 37 Faktor Kepelbagaian = Jumlah beban serentak yang digunakan Jumlah beban yang digunakan Faktor Kepelbagaian ini boleh ditentukan oleh perancang-perancang pemasangan elektrik dengan berpandukan secara asas di dalam JADUAL KETIGA PERATURAN 11 yang terdapat di dalam Buku Akta Bekalan Elektrik Peraturan-Peraturan Elektrik yang disediakan .Jadual khas ini memberi anggaran kepelbagaian bagi setiap jenis beban yang terdapat di dalam pemasangan elektrik jenis domestik. Harus diingat peraturan-peraturan yang terdapat di dalam Buku Akta dan peraturan 80 % adalah melibatkan pepasangan domestik , jadi apa jua pepasangan yang melibatkan pepasangan domestik haruslah dirujuk peraturan 11. Di dalam pepasangan pendawaian elektrik terbahagi kepada 3 kategori iaitu: i) Domestik – Rumah kediaman ii) Perdagangan- Kedai kecil, stor, pejabat dan bangunan perniagaan persendirian, hotel kecil, rumah rehat, rumah tamu dan sebagainya iii) Industri - Kilang Di bawah adalah jadual 4B petikan dari bab Peraturan-peraturan I.E.E Edisi ke 15 Jadual 1.1 : Jadual 4B Bil Penggunaan kepelbagaian bagi litar kecil akhir yang disuapkan dari pengalir atau peralatan suis Jenis Pemilik Bangunan Pemasangan Rumah Persendirian termasuk Blok Penginapan Persendirian Kedai kecil,stor,pejabat dan bangunan perniagaan persendirian Hotel kecil,rumah rehat,rumah tamu dan sebagainya 1. Lampu 66% daripada jumlah permintaan arus 90 % daripada jumlah permintaan arus 75% daripada jumlah permintaan arus 2. Bekalan Kuasa dan pemanas (lihat bil 3 hingga 8) 100% daripada jumlah permintaan arus yang melebihi 10 Amp tambah 50% daripada arus 100% beban penuh perkakas yang terbesar tambah 75% beban penuh perkakas baki 100% beban penuh perkakas yang terbesar tambah 80% beban penuh perkakas yang kedua


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 11 / 37 yang melebihi 100 Amp terbesar tambah 60% beban penuh perkakas baki 3 Perkakas Memasak 10 Amp yang pertama tambah 30% beban penuh perkakas memasak yang melebihi 10 Amp tambah 5 Amp jika unit itu menyediakan soket alir keluar 100% beban penuh perkakas yang terbesar tambah 20% beban penuh perkakas yang kedua terbesar tambah 60% beban penuh perkakas baki 4. Motor (selain pengangkut yang memerlukan perhatian khusus) 100% beban penuh motor yang terbesar tambah 80% beban penuh motor yang kedua terbesar tambah 60% beban penuh motor baki 100% beban penuh motor yang terbesar tambah 50% beban penuh motor baki 5. Pemanas air(jenis segera) 100% beban penuh perkakas yang terbesar tambah 100% beban penuh perkakas yang kedua terbesar tambah 25% beban penuh baki 100% beban penuh perkakas yang terbesar tambah 100% beban penuh perkakas yang kedua terbesar tambah 25% beban penuh baki 6. Pemanas air (kawalan laras suhu) Tidak dibenarkan kepelbagaian 7. Pemasangan pemanas lantai Tidak dibenarkan kepelbagaian


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 12 / 37 8. Pemasangan ruang simpanan haba Tidak dibenarkan kepelbagaian 9. Susunan litar akhir yang piawaian mengikut lampiran 5 100% permintaan arus litar yang terbesar tambah 40% permintaan arus bagi setiap litar lain 100% permintaan arus litar yang terbesar tambah 50% permintaan arus bagi setiap litar lain 10 Soket alir keluar selain Bil 9 dan kelengkapan yang dinyatakan diatas 100% permintaan arus titik penggunaan yang terbesar tambah 40% bagi setiap titik penggunaan yang lain 100% permintaan arus titik penggunaan yang terbesar tambah 75% bagi setiap titik penggunaan yang lain 100% permintaan arus titik penggunaan yang terbesar tambah 75% permintaan arus setiap titik di bilik utama ( seperti di ruang makan ) tambah 40% permintaan arus bagi setiap titik penggunaan yang lain Jika anda perhatikan bil-bil elektrik samaada di rumah anda atau di tempat kerja anda berbeza tarifnya. Ini adalah kerana penggunaan elektrik berbeza bagi kategori Domestik,Perdagangan dan Industri. Jadi penggunaan faktor kepelbagaian juga berbeza mengikut 3 kategori tadi. Bagi pemasangan 3 fasa, Pengiraannya adalah sama dengan pengiraan satu fasa, iaitu jumlah beban di bahagi dengan voltan nominal terbaru. Dan di akhir pengiraan jumlah keseluruhan perlu dibahagi 3. Bagi beban seperti 3 fasa jumlah beban terus dibahagi 3 x 400 x 0.85 untuk mencari jumlah arus


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 13 / 37 1.3.3 Contoh pengiraan faktor kepelbagaian Contoh 1 : Sebuah rumah kediaman memerlukan pendawaian berikut dengan bekalan 1 fasa dengan bekalan 240 volt 1) 15 mata lampu kalimantang 1x 40 watt 2) 3 mata kipas angin siling 85 watt 3) 8 mata soket alir keluar 13 amp (500 watt setiap satu) 4) 2 mata penghawa dingin 1 hp (kuasa kuda) 5) 1x2 kw dapur Elektrik 6) 1x1 kw Pemanas Air Segera Bil. Beban / Litar Arus Maksima Faktor Kepelbagaian Arus Anggaran 1. 15 mata lampu kalimantang 40 watt I = P X 1.8 V I = 15 x 40 x 1.8 240 I = 4.5 amp 66% = 4.5 x 66 % = 2.97 amp 2. 3 mata kipas angin siling 85 watt I = P V X 0.85 I = 3 X 85 240 X 0.85 I = 1.25 amp 66% 1.25 amp x 66 % = 0.83 amp 3. 8 mata soket alir keluar 13 amp (500 watt setiap satu) 4 Litar = 8 suis soket keluaran Jumlah permintaan arus pertama Yang terbesar I = 2 X 500 watt 240 I = 4.2 amp Jumlah permintaan arus yang selebihnya I = 6 X 500 watt 240 100% 40% 4.2 amp x 100% = 4.2 amp 12.5 x 40 % = 5 amp


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 14 / 37 I = 12.5 amp 4 2 mata penghawa dingin 1 hp (kuasa kuda) I = P V X 0.85 I = 2 x 746 240 x 0.85 I =7.31 amp 100 % 80 % A/C 1 = 1 x 746 240 x 0.85 = 3.65 Amp x 100% = 3.65 amp A/C 2= 1 x 746 240 x 0.85 = 3.65 Amp x 80% = 2.92 amp 5 1 X 2 kW Dapur Elektrik I = P V I = 1 X 2 X 1000 240 I = 8.33 amp 100% 8.33 x 100% = 8.33 amp 6 1 X 1 kW Pemanas Air Jenis Segera I = P V I = 1 X 1 X 1000 240 I = 4.2 amp 100% 4.2 x 100 % = 4.2 amp Jumlah Keseluruhan 42.26 amp 32.07 amp Suis Utama yang di pilih = 63Amp satu fasa dan neutral Saiz RCD yang dipilih = 300 mA (0.3Amp) Kadaran fius = 63 Amp. Saiz kabel utama yang digunakan = 16mm² pvc


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 15 / 37 Contoh 2 : Sebuah syarikat ingin mendirikan sebuah syarikat kilang memproses getah. Kilang tersebut mempunyai beban-beban seperti berikut.Bekalan bagi kilang ini ialah 3 fasa 415 volt,50 HZ dengan faktor kuasa 0.85 1) 100 kuasa kuda motor 3 fasa 2) 30 kuasa kuda motor 3 fasa 3) 10 kuasa kuda motor 3 fasa 4) 3 kuasa kuda motor 3 fasa 5) 63 nos 2 x 40 watt lampu pendaflour 6) 8 nos 85 watt kipas siling 7) 40 soket alir keluar 13 amp (250 watt setiap satu) Kirakan jumlah beban tersambung (KW) dan jumlah arus yang digunakan untuk keseluruhan pemasangan tersebut (Faktor Kepelbagaian 100%) Bil. Beban / Litar Beban Tersambung (KW) Faktor Kepelbagaian Arus Sebenar 1 100 kuasa kuda motor 3 fasa 100 x 746 = 74,600 watt 1000 = 74.6 kilowatt 100 % 100 x 746 √3 x 415 x 0.85 =122.1 amp x 100% = 122.1 amp 2 30 kuasa kuda motor 3 fasa 30 x 746 = 22,380 watt 1000 = 22.38 kilowatt 100 % 30 x 746 √3 x 415 x 0.85 = 36.63 amp x 100% = 36.63 amp


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 16 / 37 3 10 kuasa kuda motor 3 fasa 10 x 746 watt = 7460 watt = 7.46 kilowatt 100 % 10 x 746 √3 x 415 x 0.85 =12.21 amp x 100% =12.21 amp 4 3 kuasa kuda motor 3 fasa 3 x 746 watt = 2238 watt = 2.24 kilowatt 100 % 3 x 746 √3 x 415 x 0.85 =3.66 amp x 100% =3.66 amp 5 6 63 nos 2 x 40 watt lampu pendaflour 8 nos 85 watt kipas siling 63 x 2 x 40 x 1.8 = 9072 watt 1000 = 9.072 kilowatt 8 x 85 watt = 680 watt 1000 =0.68 kilowatt 9.072 + 0.68 = 9.752 kilowatt 100 % Beban lampu dan kipas disatukan 9.752 x 1000 √3 x 415 x 0.85 = 15.96 amp x 100% = 15.96 amp 7 40 soket alir keluar 13 amp 40 x 250watt = 10,000 watt 1000 = 10 kilowatt 100 % 40 x 250 √3 x 415 x 0.85 = 16.36 amp x 100% = 16.36 amp


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 17 / 37 Jumlah Beban = 126.43 kw Tersambung Jumlah Arus = 126.43 x 1000 Sebenar √3 x 415 x 0.85 = 206.93 amp Suis Pemutus Litar Udara (ACB) yang di pilih = 300A tiga fasa dan neutral Saiz Busbar Pada papan Suis Utama = 6.3 mm x 31.5 mm Saiz Alat Ubah Arus (CT) = 300/5 amp Saiz kabel utama yang digunakan = 4 X 150 mm² 1.4 Bill of Quantity ( BQ/ BoQ) / Senarai Kuantiti Bil atau senarai kuantiti (BOQ) adalah dokumen yang menerangkan butiran dan kuantiti kerja yang akan dilaksanakan. Dokumen ini kebiasaannya disediakan semasa dalam proses tender dalam industri pembinaan atau pembekalan di mana maklumat bahan, bahagian, upah kerja serta kos keseluruhan dinyatakan secara terperinci. 1.4.1 Kegunaan Senarai kuantiti i. Mempelawa Tender ii. Menyediakan Bayaran Kemajuan / Bayaran Interim iii. Menilai Pindaan Kerja iv. Menilai Pindaan Kerja v. Memesan dan Membeli Bahan-bahan vi. Data Kos


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 18 / 37 Rajah 7: Contoh Bill of Quantity (BoQ) 1.5 Jenis –jenis pengiraan 1.5.1 Permintaan Maksimum (Maximum Demand) dan Faktor Kepelbagaian (Diversity Factor) Permintaan Maksimum merujuk kepada anggaran keperluan kuasa maksimum bagi sesebuah pepasangan. Nilai diberi oleh MD=TCL x DF MD: maximum demand TCL: jumlah beban (Ampere) DF: Faktor Kepelbagaian Faktor kepelbagaian dinyatakan dalam Jadual 4B, Peraturan IEE. Jika maklumat tentang peralatan elektrik tidak dapat diperolehi, maka perkara berikut mestilah diambil kira dalam menilai permintaan maksimum. Permintaan maksimum (maximum demand) Permintaan maksimum adalah arus terbesar yang biasanya dibawa oleh litar, suis dan peranti pelindung; ia tidak termasuk paras arus yang mengalir pada keadaan litar pintas atau beban lebih. 1.6 Kepelbagaian (diversity) Kepelbagaian adalah suatu kiraan anggaran yang membenarkan pengurangan arus bagi alat saiz pengalir kabel, pengasingan dan alat perlindungan. Formula: Saiz kabel (kapasiti membawa arus) >kadar alat pengasingan/ perlindungan > arus kepelbagaian Jenis –jenis pengalir


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 19 / 37 1.7 Jenis –jenis pengalir Pengalir adalah bahagian kabel yang berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik. Bilangan pengalir itu boleh jadi satu, dua atau tiga atau beberapa lembar mengikut keperluan kegunaannya. Pengalir lazimnya dibuat daripada bahan jenis logam. Tidak semua jenis logam boleh digunakan sebagai pengalir, kerana setiap jenis mempunyai kerintangan yang berbeza dan boleh mempengaruhi aliran arus. Untuk dijadikan pengalir yang baik hendaklah dipilih daripada jenis logam yang mempunyai kerintangan rendah. Ianya mudah membawa aliran arus. Pengalir yang kerap digunakan dalam pembinaan kabel dipilih dari bahan kuprum dan aluminium. 1.7.1 Kuprum Merupakan bahan pengalir yang baik dan lembut serta mudah dibentuk. Selain itu harganya yang sederhana. Oleh kerana ia mudah dilentur dandibentuk, kabel berpengalir kuprum paling sesuai untuk kabel pendawaian dalam rumah atau di luar rumah bagi pemasangan tetap. Selain itu kuprum keras yang mempunyai ketegasan tertinggi ini digunakan untuk pengalir talian rentangan atas yang lazimnya tidak bertebat 1.7.2 Aluminium Merupakan bahan logam yang mempunyai kerintangan lebih tinggi sedikit daripada kuprum. Untuk dijadikan pengalir, luas keratan rentasnya hendaklah tidak kurang daripada 10mm. Aluminium lebih ringan daripada kuprum dan dianggarkan 1/3 berat daripada berat kuprum di samping harganya lebih murah. Jadual 1.3 :Perbezaan Tembaga Dan Aluminium No Tembaga Aluminium 1 Pengalirannya baik, oleh itu saiznya lebih kecil untuk sesuatu kadaran arus Pengalirannya kurang baik, oleh itu saiznya lebih besar bagi sesuatu kadaran arus yang sama 2 Harganya mahal Harganya murah 3 Lebih berat Ringan 4 Tidak mudah patah Mudah patah 5 Mudah lentur Tidak mudah lentur


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 20 / 37 1.8 Jenis Jenis Kabel Jenis-jenis kabel bawah tanah: 1. Kabel PVC/PVC Single Core Bertebat PVC. 2. Kabel PVC/SWA/PVC 2 Core 3. Kabel PVC/SWA/PVC multicore pilot cable. 4. Kabel X.L.P.E ( Cross Link Poly Ethylene) 1.9 Komponen-Komponen Pelindung Tiga Fasa Alat perlindungan lebihan arus ialah sebarang alat yang boleh memutuskan litar bekalan dengan sendiri (automatik) apabila berlaku arus lebih yang melebihi kuantiti yang dihadkan bagi litar itu. Oleh sebab itu, alat ini hendaklah dipasang pada dawai hidup pada awal litar iaitu secara bersiri dengan litar bekalan. Arus lebih ini terjadi disebabkan oleh litar pintas atau pertambahan arus bekalan atau pun disebabkan oleh pemasangan beban yang berlebihan daripada yang sepatutnya. Tujuan memasang alat perlindungan lebihan arus ialah untuk mengelakkan berlakunya kerosakan pada sesuatu alat apabila arus yang melebihi kadaran arus keupayaan maksimum alat itu mengalir didalam llitarnya. Disamping itu juga, pelindung lebihan arus juga melindungi kabel daripada rosak. 1.9.1 Faktor pemilihan jenis-jenis perlindungan arus lebihan a) Jenis beban b) Keupayaan unit perlindungan c) Suhu sekeliling d) Alat khas e) Harga 1.9.2 Jenis-jenis alat perlindungan a) Pemutus litar b) Fius


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 21 / 37 a) Pemutus Litar i) Pemutus Litar Miniatur (MCB) BS 3871) Terdapat dua jenis pemutus litar miniatur yang digunakan untuk pemasangan domestik dan industri iaitu jenis magnet hidrolik dan jenis terma. Fungsi utama adalah sebagai peranti perlindungan kepada pemasangan.dalam keadaan litar pintas dan juga arus rosak peranti ini akan memutuskan sambungan secara automatik menjadikan litar buka dan tiada arus mengalir di dalam litar.dalam keadaan normal peranti ini akan membuat sambungan bagi membolehkan litar lengkap dan mengalirkan arus di dalam litar. Rajah 1.11: MCB (Miniature Circuit Breaker) -Peranti ini hendaklah di dalam bekas tertutup rapat untuk perlindungan mekanisma -Nilai arus minimum untuk membuka secara automatik - Tempoh masa untuk membuka - Binaan MCB MCB BS 3871 ini mempunyai kadaran voltan sehingga 415 volt dan arus sehingga 100 ampiar serta kapasiti memutus sehingga 9 kA.Dengan yang demikian peranti ini dibuat bagi memenuhi ciri-ciri piawaian yang binaan asasnya mengandungi bahagian seperti: Satu set mekanisma pensuisan - Set mekanisma ini berbentuk punat suis yang boleh ditolak ke keadaan ON dan OFF dengan menggunakan tangan.Punat suis akan terpelantik secara automatik ke OFF apabila berlaku arus lebih mengalir melaluinya. Setelah peranti memutus iaitu berada dalam keadaan OFF, periksa litar yang bersambung dengan MCB ini dan asingkan peralatan yang telah dikenalpasti rosak.Kemudian boleh tolak punat suis ke ON semula,jika masih terpelantik semula ke OFF,periksa aksesori dan kabel pendawaian Satu set alatan automatic terdapat dua jenis alat perlantikan secara automatik yang digunakan untuk MCB iaitu jenis magnet terma haba dan jenis magnet hidrolik


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 22 / 37 - Jenis magnet terma Pelantik akan terkendali dalam jangkamasa lama.Kendalian akan dilakukan oleh alat sesentuh dwi logam (bimetal).Apabila arus lebih melaluinya,bahan logam yang satu akan pelantik dan terlepas daripada sentuhan lalu mengendali pelantiksistem mekanisma suis ke arah OFF Rajah 1.12: Binaan MCB Pelantikan serta merta dikendalikan oleh satu alat elektromagnet bagi beban lebih di sekitar 10 x kadaran arusnya. - Jenis Magnet Hidrolik Unit kawalan pelantik mengandungi satu gegelung elektromagnet dililit pada tabung berbentuk silinder berisikan minyak sebagai terasnya.Apabila arus besar melaluinya akan berlaku penjanaan kemagnetan lalu menggerak mekanisma pelantik secara automatik dan memutuskan litar. Rajah 1.13: Binaan MCB jenis Hidrolik - Set pelindung pemadam arka - Alat pemadam arka dibentuk supaya apabila berlakunya arka ketika sesentuh terbuka dengan serta merta dihalakan ke arah perangkap arka dan ini membolehkan arka dipadamkan dengan serta merta - Satu set sesentuh tetap dan boleh bergerak Terdapat dua jenis kendalian pelantik dalam pembuatan MCB iaitu suis terpelantik lambat dan MCB yang suisnya terpelantik dalam tempoh tidak melebihi 0-1 saat sebagai Kepingan metalik membengkok apabila panas disebabkan oleh arus.Plag magnet melantik membuka sentuhan dan memutuskan litar.Fius H.B.C (BS 88 dan BS 1361) Binaan MCB Jenis Magnet Terma


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 23 / 37 pelantik serta merta.Mengikut piawaian BS 3871 MCB hendaklah tidak berkendali ketika mengalirkan arus dengan kadarannya secar berterusan.MCB juga dikehendaki supaya terpelantik dalam tempoh masa 1 jam jika sekiranya aliran arus 1.5 kali lebih daripada kadaran arus biasa,atau 1.35 kali daripada arus kadaran bagi kadaran lebih daripada 10 amp - Kebaikan MCB - Kapasiti memutus atau pelantik telah ditentukan oleh pihak pembuat dan tidak boleh diubahsuai - Kendalian atau keupayaan MCB boleh diuji serta di set semula - Dengan MCB segala kerosakan yang berlaku ke atas litar pemasangan dapat dikesan dengan lebih cepat. - Tidak seperti fius apabila terputus perlu diganti semula dengan yang lain manakala MCB hanya perlu diset semula atau di ON kan setelah terpelantik. ii) Pemutus arus baki (PAB atau RCD) Dikenali sebagai pemutus litar arus baki(PLAB atau RCCB), adalah sejenis pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus yang memutuskan bekalan elektrik apabila ia mengesan arus elektrik yang tidak seimbang antara arus pada wayar hidup dengan arus pada wayar neutral. Ketidakseimbangan arus ini kadang-kala disebabkan oleh kebocoran arus elektrik melalui badan mangsa yang dibumikan dan tersentuh bahagian berlogam peralatan elektrik yang mengalami kerosakan.Keadaan ini boleh menyebabkan renjatan elektrik yang boleh membawa maut. PAB direka supaya dapat memutuskan litar dengan pantas untuk mengurangkan bahaya akibat renjatan elektrik walaupun ia asalnya tidak direka untuk memberi perlindungan daripada keadaan beban lampau ataupun litar pintas. Rajah 1.14: Pemutus litar arus baki


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 24 / 37 - Jenis-jenis fius i. Fius boleh dawai semula Ia digunakan pada pemasangan pengguna domestik atau untuk arus beban yang rendah di perindustrian ciri-ciri: a) Terdiri dari dawai elemen yang disambungkan dalam satu penghubung fius yang boleh dikeluarkan dari tapak fius. b) Dawai elemen fius diperbuat dari aloi iaitu campuran timah dan plumbum atau dari kuprum tulin. c) Ia boleh ditukar ganti sekiranya elemen itu putus. d) Arus nominal bergantung kepada saiz dawai elemen fius. e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual A - Takat lebur fius pada suhu 1083 º C - Faktor fiusnya di antara 1.75 hingga 2.00 Rajah 1.8: Fius Jenis Dawai Semula Jadual 1.5 : Kebaikan dan keburukan fius boleh dawai semula. Kebaikan Keburukan 1. Dawai elemen fius murah Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyi yang kuat 2. Senang ditukar ganti Kemungkinan silap mengganti saiz elemen fius ii. Fius katrij Fius Katrij digunakan dalam palam 3 pin bagi perkakasan elektrik. Ia boleh dianggap sebagai fius tambahan kepada fius dalam papan agihan. Ciri-ciri ; a) Terdiri dari satu tiub yang diperbuat dari kaca atau seramik atau tembikar. b) Arus nominal fius adalah 0.15A, 0.25A, 0.5A, 0.75A,1A, 2A, 3 A, 5A dan 13A. c) Faktor fiusan diantara 1.5 hingga 1.75 kali. d) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual B


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 25 / 37 Rajah 9: Fius jenis kartrij. Jadual 1.6: kadaran arus dan kod warna bagi fius katrij. Kadaran Arus Fius Dalam Amp Diameter dawai Fius dalam mm 5 15 20 30 45 60 Putih Biru Kuning Merah Hijau Ungu Jadual 1.7 : Kebaikan dan keburukan fius katrij Kebaikan Keburukan 1. Kadar arus nominal diketahui dengan tepat 2. Kapasiti pemutus tidak merosot 3. Mempunyai kod warna untuk kadaran saiz yang tertentu. 4. Dapat mengelakkan terjadinya arka dan bunyi yang kuat. 1. Jika elemen fius putus, keseluruhan fius tidak boleh digunakan. 2. Pemegang fius hanya sesuai dengan saiz kartrij yang tertentu. iii. Fius kapasiti pemutus tinggi (hrc) Fius ini digunakan pada tempat atau beban yang memerlukan kadar kapasiti pemutusan yang tinggi. Ia mempunyai arus nominal yang besar dan mampu menanggung arus beban yang tinggi. Ciri-ciri ; a) Terdiri dari satu tuib seramik dengan penutup hujungnya yang diperbuat dari logam. b) Dawai elemen fius diperbuat dari jenis jalur perak dan disokong oleh silikon serta diselaputi oleh serbuk mineral. c) Mempunyai elemen penunjuk dan serbuk penanda.


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 26 / 37 d) Faktor fiusan diantara 1.0 hingga 1.25 kali. e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual C. Rajah 1.10: Fius HRC Jadual 1.8 : Kebaikan dan keburukan fius pemutus tinggi Kebaikan Keburukan 1. Dapat mengelakkan terjadinya arka dan bunyi yang kuat. 2. Dapat mengawal arus yang tinggi. 3. Kapasiti pemutusan yang tinggi. 4. Mempunyai tanda pemutusan. - Paling mahal. - Mengambil masa untuk menggantikan fius yang baru. - Hanya sesuai dengan penghubung fius dan tapak fius yang tertentu. - Sukar didapati. Jadual 1.9: Istilah-istilah yang berkaitan dengan fius Istilah Maksud Elemen fius Adalah pengalir dengan pelbagai saiz yang akan cair apabila arus yang berlebihan mengalir melaluinya Arus nominal Arus maksima yang boleh melalui kabel atau fius pada jangka masa yang tidak terhad dengan tidak memanaskan pengalir kabel atau mencairkan elemen fius. Arus fiusan Arus minima yang boleh mencairkan elemen fius. Faktor fiusan Nisbah arus fiusan dengan kadaran arus


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 27 / 37 1.10 Jenis Pendawaian Tiga Fasa Terdapat beberapa jenis sistem pendawaian untuk kaedah pemasangan. Seperti mana yang telah dinyatakan iaitu pemilihan jenis sistem pendawaian adalah bergantung kepada faktor pemilihan. 1.10.2 Berikut disenaraikan jenis-jenis pendawaian yang lazim digunakan, a) Sistem pendawaian permukaan (Surface wiring) b) Sistem pendawaian tersembunyi (Conceal wiring) c) Sistem pendawaian conduit (Conduit wiring) d) Sistem pendawaian sesalur (Ducting wiring) e) Trunking /Casing f) Dulang Kabel ( Cable tray) g) Underground a) Sistem Pendawaian Permukaan (Surface wiring) 1. Sistem pendawaian permukaan merupakan kaedah pemasangan yang popular pada satu masa dulu, terutamanya pada rumah kediaman di kampung-kampung. Pemasangan kabel dilakukan pada permukaan dinding dan siling secara terbuka. Kabelnya hanya diklipkan secara permukaan tanpa sebarang pelindung tambahan. 2. Kesesuaian pemilihan sistem ini berdasarkan kepada ciri-ciri yang disenaraikan seperti berikut, - Bangunan dibuat daripada kayu atau batu - Memerlukan bekalan voltan fasa tunggal - Bilangan litar kecil akhir yang sedikit - Kabel yang dipasang tidak begitu banyak - Kurang risiko berlaku kerosakan mekanikal - Kerja pemasangan dibuat dalam masa yang singkat - Kos pembiayaan pemasangan yang rendah - Beban kuasa yang digunakan kecil Pemilihan Kabel 1. Kabel yang dipasang dalam sistem ini akan sentiasa terdedah kepada keadaan persekitaran dan kemungkinan mudah mengalami kerosakan mekanikal. 2. Kabel jenis bertebat dua lapis dipilih untuk pemasangan ini. Kabelnya bersalut dengan pvk dan dibahagian luarnya disarung pula dengan lapisan pvk kedua dan ini menjadikan


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 28 / 37 tebatan dua lapisan. Sarung lapisan luar dapat memberi perlindungan kepada pengalir daripada terus mengalami kerosakan apabila berlaku kerosakan daripada luar. b) Sistem Pendawaian Tersembunyi (Conceal wiring) 1. Kabel pendawaian dalam sistem ini akan dipasang atau ditanam dalam dinding atau di atas siling bangunan atau rumah. Penghalaan pendawaian tidak dapat dilihat kecuali bahagian hujung tamatan untuk sambungan ke aksesori seperti soket keluaran, mata lampu, kipas dan suis. 2. Pemasangan pada bangunan yang dibuat daripada batu lazimnya kabel-kabel akan ditempatkan pada lurah yang dibuat khas bersama perlindungan seperti konduit, kemudiannya akan disimen dan dilepa menjadikan dinding kelihatan kemas dan cantik. 3. Kesesuaian pemilihan sistem ini adalah berdasarkan kepada ciri-ciri yang disenaraikan seperti berikut, - Pendawaian dan pemasangan untuk bekalan satu fasa. - Bangunan diperbuat daripada batu-bata atau blok. - Kekemasan bangunan atau rumah yang cantik tanpa melihatkan kabel-kabel pendawaian. Pemasangan cara ini dapat melindungi kabel daripada kerosakan mekanikal. c) Sistem Pendawaian Konduit (Conduit wiring) 1. Sistem pendawaian konduit menggunakan paip konduit sebagai penghalaan pendawaiannya. Jika sistem ini telah dipilih sebagai pemasangannya maka keseluruhan kerja pemasangan bagi satu bangunan akan menggunakan konduit. Kabel akan disalurkan ke dalam konduit hingga ke punca-punca tamatannya. 2. Kesesuaian pemilihan sistem ini adalah berdasarkan kepada ciri-ciri yang disenaraikan seperti berikut, - Bangunan komersial, kilang dan juga kedai-kedai. - Sistem pendawaian terdedah kepada bahaya punca-punca kerosakan luaran atau mekanikal. - Memerlukan voltan bekalan fasa tunggal dan 3 fasa. - Beban kuasa yang digunakan adalah besar. d) Sistem Pendawaian Sesalur 1. Sistem pendawaian sesalur yang menggunakan sesalur lazimnya untuk memuatkan kabel yang banyak dan lebih jimat berbanding menggunakan konduit yang memerlukan banyak konduit untuk digunakan.


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 29 / 37 2. Sesalur boleh didapati dalam bentuk persegi memanjang dengan pelbagai saiz serta aksesori pemasangan.Terdapat sesalur diperbuat daripada bahan logam besi dan juga pvk. 3. Pemasangan sesalur logam di bahagian penyambungan akan dipasang dengan jalur tembaga untuk memastikan keterusan pembumian yang lancar. e) Trunking 1. Trunking ialah salah satu sistem penetapan untuk melindungi kabel, biasanya dalam bentuk muka keratan rentas bersegi empat, dimana satu bahagiannya boleh di keluarkan dan dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding atau besi rangka bangunan. (Dalam peraturan IEE). 2. Trunking biasanya digunakan untuk menempatkan bilangan kabel yang banyak, tidak kira samada kabel itu sama saiznya ataupun berlainan saiznya.Ia juga digunakan apabila bilangan kabel tadi adalah terlalu besar untuk dimasukkan kedalam konduit f) Dulang Kabel ( Cable tray) 1. Sistem kabel dulang digunakan untuk menyokong kabel elektrik yang digunakan untuk pengagihan kuasa dan komunikasi.Dulang kabel digunakan sebagai alternatif kepada pendawaian terbuka atau sistem saluran elektrik, dan biasanya digunakan untuk pengurusan kabel dalam pembinaan perdagangan dan perindustrian. 2. Dulang Kabel adalah sangat berguna dalam situasi di mana perubahan kepada sistem pendawaian dijangkakan, sejak kabel baru boleh dipasang dengan meletakkan mereka dalam dulang, bukan menarik mereka melalui paip. g) Underground Cabling Tiga jenis kabel boleh dipasang di bawah tanah: 1. - Berperisai atau logam bersarung atau kedua-duanya 2. - P.v.c. terlindung jenis sepusat. Kabel sedemikian akan mempunyai neutral (dan mungkin konduktor pelindung) sekitar konduktor fasa. 3. - Mana-mana kabel yang sesuai disertakan dalam pembuluh atau saluran yang memberikan sekurang-kurangnya tahap yang sama perlindungan mekanikal sebagai kabel perisai.


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 30 / 37 Rajah 1.15: Kabel bawah tanah 1.11 Pembumian / Earthing Bumi boleh bermakna perkara yang berbeza kepada orang yang berbeza. Dalam konteks ini ia bermakna tempat sifar potensi, tempat di mana arus kesalahan boleh diarahkan kapasiti yang mencukupi untuk membolehkan fius pecah. Dalam realiti ia biasanya bahan di bawah tapak kaki kami dan kita menyambung kepada ini dalam beberapa cara yang berbeza. Bangunan disambungkan ke tanah dan oleh itu tingkat di mana kita berdiri pada masa yang sama berpotensi. Sambungan elektrik yang datang ke rumah dan pejabat kami perlu selamat. Inilah sebabnya sambungan bumi di lokasi domestik biasanya dibuat untuk paip logam (biasanya air sesalur membekalkan) tempat dekat di mana ia memasuki tanah. Ia juga akan mendapati bahawa pengubah pengedaran akan mempunyai sambungan bumi, biasanya dalam bentuk rod tembaga yang berlabuh di tanah. Konduktor Kilat yang ditemui di bangunan tinggi juga akan berakar umbi di dalam tanah, supaya dalam peristiwa mogok kilat semasa pas secara tidak ke tanah dan tidak ke dalam struktur bangunan, sekali gus menjimatkan bangunan daripada kerosakan.


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 31 / 37 Rajah 1.16: pembumian bagi bangunan 1.12 Electrical ACT & Regulation and Standard 1.12.1 Ms 1979: 2007 (Cop) Setelah 3 tahun dalam draf dan selepas 2 tahun diwartakan, pengumuman awam oleh Suruhanjaya Tenaga boleh dilihat dalam satu surat pekeliling bertarikh Julai 2008. o MS 1979:2007 : Pemasangan Elektrik Bangunan – (Code of Practice) COP. o MS 1936:2006 : Pemasangan Elektrik Bangunan - Panduan MS IEC 60364. Secara ringkasnya adalah seperti berikut: COP05 - Semua kandang logam peralatan elektrik mesti disambungkan kepada pengalir perlindungan. Air, paip gas, bahagian logam struktur bangunan dan ducting sistem penyaman udara juga perlu dihubungkan dengan ikatan pembumian utama. COP06 - Pengasingan dari litar rosak. Perlindungan menggunakan RCD , fius , pemutus litar dan lain-lain mesti mematuhi Ra x la < 50V


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 32 / 37 Ra = Rintangan elektrod bumi & konduktor perlindungan; Ia = Arus semasa pengendalian peranti perlindungan ( sensitivy RCD dan perjalanan semasa 5s untuk inverse time relay ). 50V voltan kendalian selamat ditakrifkan oleh IEC60749 -1. COP07 - Rintangan pembumian mesti kurang daripada 10Ω untuk operasi RCD tetapi rintangan kurang daripada 1Ω adalah lebih baik. COP08 - Peralatan elektrik hendaklah dipasang dalam bahan-bahan yang boleh menahan suhu yang dihasilkan (oleh peralatan). COP10 - Pemanas air atau pemanas udara paksa atau penjana wap perlu dilengkapi dengan lebih daripada alat-alat pemanasan dan pepotong (cut out). COP12 - In> Ib COP13 - Iz > In COP14 - I2 < 1.45 x Iz o In = arus nominal; Ib = reka bentuk semasa (beban) Iz = kapasiti membawa arus bagi kabel; I2 = arus peranti perlindungan yang sesuai COP16 - Memerlukan penentuan semasa litar pintas dalam pemasangan. TNB jurutera daerah perlu mengeluarkan maklumat mengenai litar point of common coupling ( PCC) di kawasan pemasangan. COP19 - Surge Protector Device (SPD) adalah disyorkan untuk bekalan dari talian atas. COP26 - Lenturan jejari hendaklah 12 kali diameter kabel. Ini memerlukan sesiku dan simpang digunakan di mana kabel perubahan arah. Di Malaysia, kebanyakkan pemasangan pendawaian GAGAL KRITERIA INI. COP27 - Faktor ruang untuk kondiut hendaklah 40% dan untuk trunking hendaklah 45%. COP28 - Kabel yang terpasang di belakang dinding (iaitu tertanam dalam konkrit) hendaklah selari melintang atau menegak dengan bahagian tepi bilik dan dalam 150mm dari atas dan 150mm dari tepi dinding. COP30 - Pendawaian dalam ruang siling (di bawah bumbung) perlu disediakan dengan perlindungan mekanikal (iaitu dipasang di dalam saluran yang DILULUSKAN). Di samping itu kabel perlu dipasang sama ada selari atau sepanjang bahagian tepi dinding. COP31 - Litar pemanas air hendaklah mempunyai suis 2 kutub (double pole) dan dipasang pada tempat yang sesuai atau berdekatan dengan beban. COP32 - Litar AC hendaklah mempunyai soket (jenis unswitched adalah accepable ) pada setiap unit.


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 33 / 37 COP35 - Saiz pengalir neutral mesti saiz sama seperti fasa pengalir. COP36 - Saiz pengalir neutral boleh dikurangkan ( merujuk kepada COP35 ) mengikut budi bicara Jurutera Rekabentuk Profesional (iaitu hanya orang berkelayakkan yang boleh membuat keputusan ). COP39 - Saiz kabel minimum hendaklah 1.5mm ≤ tembaga atau 2.5mm ≤ aluminium. Oleh itu amalan menggunakan 1.25mm ≤ kabel tembaga adalah dilarang sama sekali! Nota : Penggunaan kabel aluminium DALAM BANGUNAN adalah BAHAYA dan harus dipertimbangkan dengan teliti oleh jurutera yang berkelayakan. Di India, amalan ini paling lazim menggunakan kabel aluminium dan hanya kabel di atas 50mm ≤ mungkin aluminium sahaja boleh digunakan. COP41 - Dibenarkan kejatuhan voltan adalah 4%. Kejatuhan voltan untuk motor permulaan boleh mencapai 10 %. COP42 - TIDAK DIBENARKAN menyambung kabel dengan pateri (lihat COP43 di bawah). COP43 - Sambungan konduktor atau kabel hendaklah melalui soket dan Crimping COP44 - Kabel untuk sub litar TIDAK BOLEH DISAMBUNG . COP51 - RCD (atau jenis ELCB semasa) untuk pemasangan fasa tunggal tidak boleh melebihi 100mA ( sebelumnya disebut dalam peraturan-peraturan adalah 30mA ). COP52 - RCD untuk pemasangan 3 fasa tidak melebihi 100mA . Tiga unit tunggal RCD jenis tiang dan bukannya RCD 3-fasa boleh digunakan DENGAN SYARAT tiada beban 3 fasa digunakan. COP53 - Peralatan Tangan hendaklah mempunyai RCD tidak melebihi 30mA. COP54 - RCD tidak melebihi 10mA hendaklah dipasang untuk lokasi khas ( tempattempat hiburan awam; tempat-tempat basah; perlindungan pemanas air elektrik ). COP56 - Memerlukan RCD yang hendak diuji secara tetap, sekurang-kurangnya dua kali setahun. COP59 - Adalah disyorkan untuk meletakkan Surge Protection Device (SPD) sebelum RCD ( jika ada permintaan ) COP61 - Surge Protection Device (SPD) harus berkadar yang tidak kurang daripada 5kA. COP64 - Sambungan bumi minimum dari SPD ke terminal bumi utama hendaklah tidak kurang daripada 10mm ≤ tembaga dan hendaklah sesingkat mungkin ( 0.5m ). COP65 - Setiap litar hendaklah disediakan dengan cara pengasingan. COP67 - Peranti semikonduktor tidak boleh digunakan untuk pengasingan . Oleh itu soft stater mesti disokong dengan suis fizikal . COP70 - Elektrod bumi hendaklah rod tembaga bersarung keluli , pita tembaga konduktor , rod atau paip atau bar keluli diperkukuhkan asas-asas konkrit bangunan. Pilihan terakhir basbar menjadi pilihan kegemaran untuk ramai pereka tetapi walau


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 34 / 37 bagaimanapun perlu direka, yang dinyatakan dan dipasang oleh pengamal berpengalaman. COP71 - Paip air atau gas TIDAK dibenarkan untuk digunakan sebagai satu-satunya cara pembumian tetapi ikatanequipotential dibenarkan. COP72 - Memerlukan sistem pembumian diperiksa setiap tahun COP73 - Pembumian konduktor dikebumikan di tanah dan tanpa perlindungan terhadap hakisan hendaklah 25mm minimum ≤ tembaga terdedah . Nilai ini boleh dikurangkan kepada 16mm ≤ jika terdapat pada tembaga perlindungan. Nota : Pita tembaga (cooper tape) standard di 25mmx3mm mematuhi keperluan ini. COP74 - Sambungan konduktor bumi dikebumikan di tanah menggunakan kimpalan eksotermik atau cad well adalah disyorkan. Sambungan ke elektrod bumi yang memerlukan pemeriksaan berkala di dan jenis pengapit. COP76 - Perlindungan konduktor adalah seperti berikut: o saiz sama seperti talian konduktor jika kurang daripada 16mm ≤ o 16mm ≤ jika garis konduktor adalah lebih daripada 16mm ≤ dan sehingga 35mm ≤ o separuh saiz garis konduktor jika lebih daripada 35mm ≤. COP77 - Perlindungan ikatan kepada terminal bumi utama hendaklah ≤ 6mm untuk tembaga atau 16mm ≤ untuk aluminium. COP78 - Pengalir neutral hendaklah berasingan apabila digunakan. COP79 - Perlindungan untuk fire fighting adalah penting (contohnya pumpsets melawan kebakaran ) boleh diketepikan. Peranti perlindungan arus lebih jika disediakan , boleh mengadakan peruntukan penggera sahaja. COP82 - Penyeliaan kerja-kerja pemasangan fasa LV hendaklah di bawah tanggungjawab langsung Pendawai (fasa tunggal atau sekatan 3- fasa). Borang perakuan penyiapan kerja di bawah Borang G. COP83 - Penyeliaan kerja-kerja LV pemasangan 3 fasa hendaklah di bawah tanggungjawab langsung Pendawai ( sekatan 3- fasa). Yang Pendawai dikehendaki mengesahkan siap di bawah Borang G. COP 84 - Ujian untuk pemasangan fasa hendaklah melalui Pendawai ( fasa tunggal atau sekatan 3- fasa) di bawah Borang H. COP 85 - Ujian untuk pemasangan 3 fasa hendaklah melalui Pendawai ( sekatan 3- fasa) di bawah Borang H. COP86 - Pemasangan di lebih tinggi daripada voltan rendah hendaklah diuji oleh Jurutera Perkhidmatan Elektrik di bawah Borang H. COP87 - Elektrik TIDAK AKAN DISAMBUNG sehingga Borang G & H dikemukakan oleh pemilik atau pengendali bangunan.


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 35 / 37 COP88 - Ukuran Penebat hendaklah dijalankan pada pemasangan LV menggunakan voltan AT. Di mana 500Vdc digunakan , rintangan penebatan itu hendaklah lebih daripada 1Mega Ohm COP91 - Setelah selesai pemasangan hendaklah disediakan rajah skematik dan dipamirkan. Rajah hendaklah diendorskan oleh pereka bentuk jurutera elektrik profesional. Nota: Borang G dan H di bawah COP 82-85 dan elektrik sambungan di bawah COP87 hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa bekalan untuk penyambungan bekalan. 1.12.1 Electrical Installation Of Buildings – Code Of Practice (Cop) 1.12.2 Berdasarkan Arahan Terbaru Oleh Badan Pengawalseliaan ALAT TAMBAH STANDARD Ros Siling BS 476 Pemegang Lampu BS 5042 Soket Alur Keluar BS 1363 Palam berfius dan soket alur keluar 2 kutub dan berbumi (a.u) BS 1363 & BS 1362 Palam berfius atau tidak dan soket alur keluar 2 kutub dan berbumi (a.u) BS 546 & BS 646 Palam berfius atau tidak dan soket alur keluar berpelindung 2 kutub dengan sentuhan bumi BS 196 Palam dan soket alur keluar jenis yang terdapat di panggung wayang BS 5550 Palam dan soket alur keluar jenis perusahaan BS 4343 Penyambung dan pengganding kabel BS 196, BS 1778 & BS 4343 1.13 Occupational Safety & Health Act 514 (OSHA) 1994 1.13.1 Mempunyai limabelas (15) bahagian 1. Permulaan (preliminary); 2. Perlantikan pegawai (appointment of officers); 3. Majlis negara bagi keselamatan &kesihatan (national council for osh); 4. Kewajipan am majikan & orang yang bekerja sendiri (general duties of employers and self-employed persons 5. Kewajipan am perekabentuk, pengilang & pembekal (general duties of designers, manufacturers and suppliers); 6. Kewajipan am pekerja (general duties of employees); 7. Organisasi keselamatan & kesihatan (safety and health organizations)


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 36 / 37 8. Pemberitahuan mengenai kemalangan, kejadian; berbahaya, keracunan pekerjaan & penyakit pekerjaan & siasatan (notification of accidents, dangerous occurrence, occupational poisoning and occupational diseases and inquiry); 9. Larangan terhadap penggunaan loji atau bahan (prohibition against use of plant or substance); 10. Tataamalan industri (industry codes of practice); 11. Penguatkuasaan & penyiasatan (enforcement and investigation); 12. Liabiliti bagi kesalahan (liability for offences); 13. Rayuan (appeals); 14. Peraturan-peraturan (regulations); 15. Pelbagai (miscellaneous). 1.14 Keperluan Kebenaran Untuk Mengakses Tapak 1.14.1 Green card i. Program Kad Hijau ialah program keselamatan yang mewajibkan semua personel binaan menjalani ’Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan’ selama sehari. Peserta kursus akan didaftarkan dengan CIDB dan diberikan Kad Hijau. Disamping itu peserta juga akan dibekalkan buku panduan keselamatan serta perlindungan Takaful secara percuma. ii. Kad hijau adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB bagi mendaftarkan semua pekerja yang terlibat di tapak binaan. Tanpa kad hijau mereka tidak dibenarkan memasuki tapak binaan. Melalui kad ini seseorang personel itu dapat dikenalpasti bidang kerja serta tahap kemahiran yang dimilikinya.


NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/5) Muka Surat: 37 / 37 SOALAN/QUESTION: 1. SENARAIKAN JENIS-JENIS SISTEM PEMBUMIAN ? - __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ 2. TERANGAN PENGUNAAN FAKTOR KEPELBAGAIAN ? ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ RUJUKAN/REFERENCE : 1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005. MDC Publisher Sdn Bhd Malaysia. 2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of Buildings - MS IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia 3. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan Elektrik, Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd 4. Giesecke, F. E. et. Al. 2002. Technical Drawing. Prentice Hall 5. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations, Sixteenth Edition) Institution of Electrical Engineers


Click to View FlipBook Version