The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Log Krs (digital)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipgp21084198, 2024-04-22 02:59:28

BUKU LOG KRS

Buku Log Krs (digital)

BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) IPG KAMPUS KOTA BHARU NAMA: NUR IZZAH NAJIHAH BINTI ROSDIN NO ANGKA GILIRAN: 2021082340653 NO KAD PENGENALAN: 030420-**-**** KUMPULAN/UNIT: PISMP SEJARAH 2/AMBILAN JUN 2021/2026 KOD KURSUS: MPU3471 NAMA PENSYARAH: DR CHE KAMARUDDIN BIN CHE MAMAT


MAKLUMAT PERIBADI NUR IZZAH NAJIHAH BINTI ROSDIN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU NAMA PENUH NUR IZZAH NAJIHAH BINTI ROSDIN NO. KAD PENGENALAN 030420****** NO. TELEFON NO. MATRIK PROGRAM KURSUS/SEMESTER AMBILAN 014-7060627 P21084198 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PISMP - SEMESTER 2 TAHUN 2 PISMP AMBILAN JUN 2021 OPSYEN/UNIT SEJARAH / SEJ2 IPGM KAMPUS KOTA BHARU ALAMAT 8, JALAN KUNDANG 1, TAMAN MURNI, 86000, KLUANG, JOHOR EMAIL [email protected] KURSUS MPU3471 UNIT BERUNIFORM KRS 1 UNIT BERUNIFORM NO. PENDAFTARAN AHLI KRS ANGKA GILIRAN KADET REMAJA SEKOLAH KRS/ 2021082340653


I. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Pendaftaran Ahli dan Kumpulan Stuktur Unit Tanggungjawab Pegawai Pakaian Seragam Ahli dan Pegawai 1-15 II. SEJARAH, PERLEMBAGAAN, STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN Sejarah pengasas Sejarah penubuhan Sejarah penubuhan di Malaysia Tujuan penubuhan Prinsip-prinsip Asas Pertubuhan Nama dan Alamat Berdaftar KRS Lambang dan Cogan Kata Bendera dan Lagu Pertubuhan 16-30 III. STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN Struktur dan organisasi peringkat antarabangsa Stuktur dan organisasi peringkat kebangsaan/negeri/daerah/IPG Stuktur dan organisasi peringkat sekolah dan kumpulan Fungsi majlis tadbir 31-36 IV. ORIENTASI KURIKULUM Kurikulum KRS 37- 40 VI. LAPORAN MINGGUAN ISI KAND UNGAN ISI KAND UNGAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)


SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) SEJARAH PENGASAS Allahyarham Muhammad Thani Bin Shaaban berlahir di Teluk Kumbar Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. Bapanya Shaaban bin Daud adalah bekas Guru Besar di SK Teluk Kumbar Pulau Pinang. Bondanya Norma Binti Abdul Rahman adalah suri rumah sepenuh masa. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Kumbar dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Raja Tun Uda, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Merupakan eorang pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum. Minatnya dalam bidang pendidikan terserlah apabila beliau telah berjaya menamatkan Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggung IbrahimJohor Bharu pada 28 Februari 1985. Seterusnya beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau memulakan perkhidmatan awalnya sebagai guru di SMK Raja Abdullah dan meneruskan sebagai guru siswazah di SM Sains Selangor dan SM Sains Hulu Selangor, Ulu Yam. Beliau merupakan tokoh yang berjasa dalam bidang pendidikan apabila mencetuskan dea penubuhan Kadet Remaja Sekolah Malaysia. Kadet Remaja Sekolah telah ditubuhkan di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong KualaLumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam. Matlamat utama penubuhannya adalah melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berilmu, berakhlak mulia dan bersemangat patriotik serta berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah menjayakan Wawasan 2020. Penubuhan Kadet Remaja Sekolah secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pelajaran telah diusahakan oleh beliau pada 10 Ogos 1993. Tanggal 13September 1993, satu pertemuan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Nordin.


SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja aitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM in bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan tela mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani, Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah, Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa in mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM (KPIM) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS).


SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) SEJARAH PENUBUHAN DI MALAYSIA Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM in bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani, Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah, Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993.


PENDAHULUAN 1.LATAR BELAKANG 1.1 Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial (JERIS). 1.2 Menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah (KRS) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Badan Beruniform di sekolah. Kewujudan KRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian cita rasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukakan. 2. RASIONAL Menyedari hakikat bahawa minat serta kecenderungan pelajar kepada Pasukan Badan Beruniform di sekolah amat ketara, sedangkan peluang untuk menyertai amat terhad, wajarlah KRS ditubuhkan bagi tujuan memenuhi minat serta mengatasi masalah salah laku dalam kalangan remaja seperti penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah, budaya kepak, dan juvana. Oleh itu, aktiviti KRS diharapkan dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan konsep ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).


PENDAHULUAN 3. MATLAMAT Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berilmu, berakhlak mulia dan berketerampilan selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara. 4. OBJEKTIF i. Membina generasi bersemangat patriotik yang cinta akan agama, bangsa dan negara. ii. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki keterampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. iii. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional. iv. Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra. v. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. 5. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN Fokus utama pengurusan dan pelaksanaan aktiviti KRS peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah ialah seminar dan bengkel konsep dan operasi KRS. Kursus Pemimpin di peringkat sekolah menumpukan kepada aspek-aspek pelaksanaan aktiviti KRS.


PENDAHULUAN 6. BIDANG AKTIVITI BERSEPADU KRS DAN TKRS (i) Disiplin dan Kerohanian (ii) Ketahanan diri dan Kebudayaan (iii) Alam Sekitar (iv) Keusahawanan (v) Khidmat Masyarakat (Khidmas) 7. PEMANTAUAN (i) Tugas pemantauan terhadap pelaksanaan / laporan aktiviti hendaklah dilakukan oleh: Pengarah Pendidikan Negeri Pegawai-Pegawai JPN Jurulatih KRS Negeri Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Pengetua sekolah (ii) Pemantauan merangkumi perkara-perkara berikut: Laporan Aktiviti Laporan Kewangan


PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR Pasukan Badan Beruniform ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau ringkasnya KRS bagi Sekolah. Alamat berdaftar atau alamat KRS: (i) Peringkat Kebangsaan: Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 1 & 7 , Blok E13 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya (ii) Peringkat Negeri: Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan (iii) Peringkat Daerah: Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan (iv) Peringkat Sekolah: Sekolah berkenaan. (vi) Atau di tempat lain dalam Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa KRS dari semasa ke semasa. TUJUAN Tujuan KRS ini ditubuhkan ialah: (i) Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. (ii) Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (iii) Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. (iv) Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajarpelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. (v) Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia.


PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PRINSIP ASAS PERTUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) 1) Disiplin yang kental KRS ditubuhkan melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama. la juga membantu dalam menangani masalah salah laku di dalam kalangan pelajar remaja seperti salahguna dadah, budaya lepak dan juvana. Melalui pendidikan in, pelajar dapat membentuk disiplin yang tinggi dengan pemakaian baju unit beruniform seragam serta belajar untuk mematuhi masa. 2) Pegang teguh kepada agama KRS ditubuhkan berasaskan agama dan mengambil nilai-nilai sentiment beragama seperti menghormati orang lain, memurnikan jiwa dan menghindari dari melakukan perkara yang ditegah agama. Disiplin yang diterapkan dalam beragama menjadi asas yang berguna kepada pelajar untuk membentuk peribadi yang mulia. Ia juga melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkanakhlak beragama serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan mesra tetangga. 3) Cinta akan negara Semangat cinta akan negara merupakan antara agenda utama dalam menubuhkan KRS. Dalam kurikulum KRS, ia mendidik tentang semangat patriotik dan mengenali sisir budaya masyarakat Malaysia dengan lebih dekat. la juga memupuk pelajar untuk menghargai para pejuang kemerdekaan negara pada zama dahulu dan bersedia menggalas tugas dalam mempertahankan negara. Rukun negara dan bendera Malaysia menjadi tunjang kepada pendidikan. 4) Sanggup berkhidmat KRS melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. la juga ditubuhkan untuk membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.


LAMBANG DAN COGAN KATA PENGERTIAN LOGO (i) Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat. (ii) Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. (iii) Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. (iv) Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. (v) Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. (vi) Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. (vii) Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. (viii) Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.


KEAHLIAN KEAHLIAN Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. 1. Ahli bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 1. 2. KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS itu ditubuhkan. 3. Keahlian KRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan di atas. 4. Ahli KRS yang bertukar ke sekolah / negeri lain, keahlian asal masih diterima pakai. 5.


PAKAIAN RASMI KRS 1. LELAKI Beret berwarna Sherwood Dark Green Baju kemeja lengan panjang Sherwood Dark Green. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. (Ukuran kaki 40cm - 46cm). Tali wisel merah. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS. Spike boot. 2. PEREMPUAN Beret berwarna Sherwood Dark Green. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna Sherwood Dark Green. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. Spike boot. Tali wisel merah. Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green. PAKAIAN RASMI KRS


KAWASAN KEGIATAN KAWASAN KEGIATAN Kawasan kegiatan meliputi peringkat antarabangsa, kebangsaan, negerinegeri dalam Malaysia, Wilayah Persekutuan Malaysia, daerah-daerah dan sekolah-sekolah. 1. Perkataan Daerah yang tersebut dalam perlembagaan ini juga bermaksud Jajahan di Negeri Kelantan dan Bahagian di Negeri Sabah dan Sarawak. 2. Perkataan sekolah yang tersebut dalam perlembagaan ini bermaksud sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. 3.


LAMBANG DAN COGAN KATA PENGERTIAN COGAN KATA ‘ ILMU, IMAN, AMAL ’ ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS IMAN : Keimanan yang mendalam nerupakan asas pembinaan diri AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.


BENDERA DAN LAGU PERTUBUHAN BENDERA DAN LAGU PERTUBUHAN BENDERA KRS Warna Hijau melambangkan Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS. LIRIK LAGU KRS Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan Remaja, sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang Remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta Remaja, hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal Kekalkan di hati dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah


BENDERA DAN LAGU PERTUBUHAN BENDERA DAN LAGU PERTUBUHAN GEMPUR KRS LANGKAH KRS Kadet Remaja Sekolah Semangat waja kita melangkah Cekal hati dan juga tabah Satu ikatan kita berukhwah Ayuh remaja sambut cabaran Jadi remaja yang berwawasan Hati dan jiwa kita kekalkan Ilmu Iman dan juga Amal Mula langkah........................Kanan Menuju.................................Wawasan Ayuh kita..............................Maju Jadi insan..............................Berilmu Janji kita...............................Kekalkan Jadi insan.............................Beriman Hati mesti............................ Cekal Jadi insan.............................Beramal


PERSETIAAN/IKRAR DAN UNDANG-UNDANG PERSETIAAN/IKRAR DAN UNDANG-UNDANG 4 IKRAR KADET REMAJA SEKOLAH "Bahawasanya kami kadet remaja sekolah malaysia berjanji dan bersetia akan menyemai semangat patriotik tetap berdisiplin, berakhlak mulia berilmu, beriman dan beramal kami juga akan memupuk semangat keusahawanan, mencintai alam sekitar mempunyai ketahanan mental dan fizikal bersedia berkhidmat untuk masyarakat demi agama, bangs dan negara serta mendukung rukun agama dan rukun negara sepanjang masa kami menjadi ahli kadet." UNDANG-UNDANG KRS Menepati masa. Dilarang memakai jam tangan, gelang dan yang dikaitkan. Sentiasa membawa buku log. Berpakaian kemas. Panggilan kepada AJK dalam perjumpaan mengikut jawatan dan pangkat yang disandang oleh AJK tersebut. Tindakan akan dikenakan kepada ahli jika tidak hadir tapa sebab. Jika tidak hadir serta mempunyai alasan, sistem surat menyurat perlu dibuat dan tandatangan ibu bapa mesti ada didalam surat tersebut (WAJIB). Setiap ahli tau AJK yang melanggar undang-undang KRS sebanyak 3 kali, akan dikenakan denda mengikut arahan Presiden atau guru Penasihat. Setiap ahli atau AJK dibenarkan keluar tanpa kebenaran AJK atasan dan Guru Penasihat. Menghormati setiap AJK dan ahli.


CARTA ORGANISASI KRS JAWATAN PERINGKAT negeri/ IPG INDUK


PANEL KEBANGSAAN KRS SESI 2021-2024


STRUKTUR DAN ORGANISASI STRUKTUR DAN ORGANISASI PERINGKAT KEBANGSAAN/NEGERI/DAERAH/IPGK/SEKOLAH (i) Penaung Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah: Menteri Pendidikan Malaysia. (ii) Penasihat Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah: Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. (iii) Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah adalah seperti berikut: 1.Penaung 2.Pengerusi 3.Timbalan Pengerusi 4.Naib Pengerusi 5.Setiausaha 6.Penolong Setiausaha 7.Bendahari 8.AJK yang dilantik (iv) Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat: 1.Peringkat Kebangsaan 2.Peringkat Negeri 3.Peringkat Daerah 4.Peringkat Sekolah (vi) Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan: Penaung : Menteri Pendidikan Malaysia Penasihat : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Pengerusi : Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Timb. Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah Pen. Setiausaha : Penolong Pengarah Bendahari : Dilantik Ahli-ahli : Pengarah-Pengarah JPN 1) Pengarah Bahagian Pendidikan Guru 2) Pengarah Bhg. Dakwah Kepimpinan 3) Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional 4) Pengarah Institut Aminuddin Baki 5) Tiga ahli dilantik 6) Dua wakil Sekretariat Kebangsaan 7) Dua Wakil Jurulatih KRS Juruaudit : Dilantik


STRUKTUR DAN ORGANISASI (vii) Jawatankuasa Peringkat Negeri: Penaung : Menteri Pendidikan Malaysia Penasihat : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Pengerusi : Pengarah Pendidikan Negeri Timb. Pengerusi : Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum Pen.Setiausaha 1 : Penyelia Pasukan Badan Beruniform Pen.Setiausaha 2 : Pegawai Tadbir KRS Bendahari : Dilantik Ahli-ahli : Dilantik Termasuk 1) Pegawai Pendidikan Daerah 2) Dua wakil sekretariat Negeri 3) 2 Wakil Jurulatih KRS dan 4) Wakil PKPSM dan MGB Juruaudit : Dilantik (ix) Jawatankuasa Peringkat Daerah: Penaung : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Penasihat : Pengarah Pendidikan Negeri Pengerusi : Pegawai Pendidikan Daerah Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ( SPPK ) Setiausaha : Penyelia Pen. Setiausaha : Dilantik Bendahari : Dilantik Ahli : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan Dua wakil sekretariat Daerah Wakil PKPSM dan MGB Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri Juruaudit : Dilantik ( 2 orang ) Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh Pengerusi setiap Jawatankuasa.


STRUKTUR DAN ORGANISASI (x) Jawatankuasa Peringkat Sekolah: Penasihat : PPD Pengerusi : Pengetua / Guru Besar Timbalan Pengerusi : Pen.Kanan Kokurikulum Setiausaha : Dilantik Penolong Setiausaha : Dilantik Bendahari : Dilantik Ahli-ahli : ( 7 orang Dilantik + Ketua Platun KRS ) Juruaudit : Dilantik di kalangan guru (2 orang) (xi) Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oleh penolong pendaftar sekolah. (xii) Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia. (xiii) Guru KRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada Jawatankuasa Peringkat Sekolah. (xiv) Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program KRS (xv) Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi aktiviti KRS


FUNGSI MAJLIS TADBIR Matlamat Majlis Tadbir • Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli dalam KRS • Menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak •Menjadi institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan bekerja • Menjadi saluran rasmi kepada semua ahli • Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain Fungsi-Fungsi Pentadbir. Tugas Pengerusi • Mengurus dan mentadbir pertubuhan • Melaksanakan keputusan mesyuarat Agung • Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa • Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti • Meneliti catatan minit mesyuarat • Berhak mempunyai undi pemutus • Menandatangani cek-cek Tugas Naib Pengerusi • Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas apabila pengerusi tiada • Membantu pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran • Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pengerusi Tugas Setiausaha • Menjalankan kerja pentadbiran mengikut undang-undang • Menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi • Mengendalikan urusan surat -menyurat • Menyimpan buku daftar ahli • Menghasilkan dan menyimpan minit mesyuarat • Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan Tugas Penolong Setiausaha • Membantu setiausaha mentadbir dan mengurus pertubuhan • Menjalankan tugas semasa


PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN KUASA PENGANJUR STRUKUR UNIT PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN PENGURUSAN FOLIO/BUKU LOG/LAPORAN AKTIVTI TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI ANUGERAH DAN PENILAIAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KRS PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KRS PENDAFTARAN AHLI KUMPULAN : Keahlian KRS adalah terbuka kepada SEMUA pelajar di SEKOLAH KERAJAAN dan BANTUAN KERAIAAN. Ahli Bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institut pendidikan. KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS itu ditubuhkan. Keahlian KRS lucut serta-merta apabila pelajar tersebut berhenti atau dihentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/ institusi seperti yang dinyatakan di atas. Yuran Keahlian dikenakan sebagai RM1.00 bagi setiap ahli.


PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN 4


PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN 4


PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN 4


ORIENTASI KURIKULUM KURIKULUM KRS DISIPLIN DAN KEROHANIAN MATLAMAT Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama serta sanggup berbakti kepada masyarakat yang memerlukan khidmat dan bimbingan. OBJEKTIF a. Melahirkan pelajar yang bersemangat patriotik yang cintakan bangsa dan negara. b. Menyediakan generasi pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi serta mempunyai daya juang, daya tahan, daya saing dan daya saing dalam menghadapi cabaran yang mendatang. c. Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta memberi sumbangan ke arah hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara


ORIENTASI KURIKULUM


ORIENTASI KURIKULUM


ORIENTASI KURIKULUM


ORIENTASI KURIKULUM


ORIENTASI KURIKULUM


ORIENTASI KURIKULUM


ORIENTASI KURIKULUM


ORIENTASI KURIKULUM


ORIENTASI KURIKULUM


ORIENTASI KURIKULUM


ORIENTASI KURIKULUM


ORIENTASI KURIKULUM


ORIENTASI KURIKULUM


ORIENTASI KURIKULUM 4


ORIENTASI KURIKULUM 4


PANGGILAN DAN TANDA PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH PANGGILAN DAN TANDA PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH


PANGGILAN DAN TANDA PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH PANGGILAN DAN TANDA PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH


PANGGILAN DAN TANDA PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH PANGGILAN DAN TANDA PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH


PANGGILAN DAN TANDA PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH PANGGILAN DAN TANDA PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH


PANGGILAN DAN TANDA PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH PANGGILAN DAN TANDA PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH


Click to View FlipBook Version