The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

REPORT FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA- kumpulan 8

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitinurathirah213, 2021-12-15 05:08:43

REPORT FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA- kumpulan 8

REPORT FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA- kumpulan 8

FILEM:
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Directed film by: Yusry Abdul Halim

CODE & COURSE:
MPU21032 – PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

NAMA PENSYARAH : PUAN FARHA BINTI MUHAMMAD

NAMA KUMPULAN :
SITI NURATHIRAH BINTI MOHD RAMDHAN – 33DEI19F1104

KIRTHANA A/P CHELLABABU – 33DEI19F1106
MUHAMMAD ALIF AIMAN BIN ZULKAFLI – 33DEI19F1105
MOHAMAD AMIRUL ASYRAF BIN MAT BAHRIM – 33DEI19F1116

1.0 Pengenalan

Hikayat Merong Mahawangsa merupakan salah sebuah karya agung yang terdapat dalam
bidang kesusasteraan Melayu. Selain daripada Hikayat Merong Mahawangsa, terdapat juga hikayat-
hikayat lain yang sering dibincangkan dalam dunia sejarah sastera seperti Hikayat Raja Pasai, Sulalat
al-Salatin, Hikayat Johor dan sebagainya. Persoalan yang sering timbul bukan sahaja pada Hikayat
Merong Mahawangsa namun juga karya-karya agung yang lain berkenaan dengan catatan tarikh
sebenar penulisan karya-karya ini. Walaupun naskhah Hikayat Merong Mahawangsa tidak
mencatatkan tarikh yang tepat tentang permulaan penulisan mahupun pengakhiran penulisan, namun
tarikh karya ini selesai disalin semula iaitu pada tahun 1316. Sama seperti naskhah Sejarah Melayu,
karya Hikayat Merong Mahawangsa ini ditulis bagi memenuhi suruhan sultannya iaitu Sultan
Muadzam Syah yang dipercayai sebagai sultan Kedah kedua daripada jurai keturunannya yang
beragama Islam. Arahan ini bertujuan untuk memastikan agar anak cucu keturunan sultan Kedah
mengetahui tentang asal usul, peraturan segala raja-raja Melayu dan istiadat raja-raja Melayu. Perkara
ini dibuktikan daripada petikan yang terdapat dalam bab pertama naskhah ini. Setelah itu maka titah
baginda yang maha mulia, junjungkan ke atas jemala fakir, demikianlah titah yang maha mulia:
‘Bahawa hamba pinta perbuatkan hikayat pada tuan, peri peraturan segala raja-raja Melayu dengan
istiadatnya sekali, supaya boleh diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita ini,
serta dikurniai dengan sejarahnya.’ Oleh yang demikian, maka jelaslah bahawa penghasilkan karya
Hikayat Merong Mahawangsa sememangnya mempunyai motif sejarahnya yang tersendiri. Motif
sejarah ini dapat mencatatkan peristiwa masa lalu untuk pengetahuan masyarakat masa akan datang.

2.0 Objektif

 Menyampaikan nilai dan pengajaran kepada anak muda melalui filem Hikayat Merong
Mahawangsa.

 Mengambil iktibar disetiap dialog dan kronologi disebalik cerita ini.

3.0 Tema yang dipilih

3.1 Sinopsis Hikayat Merong Mahawangsa
Hikayat Merong Mahawangsa ini mempunyai lima bahagian kesemuanya. Hikayat ini

dimulakan dengan penceritaan antara Burong Garuda dengan Nabi Allah Sulaiman. Berikutan dengan
perjanjian yang telah dilakukan antara Burong Geroda dengan Nabi Allah Sulaiman menyebabkan
terjadinya peristiwa angkatan Raja Merong Mahawangsa yang telah dimusnahkan dengan serangan
Burong Geroda, terbinanya Kerajaan Langkasuka dan hukuman yang diterima oleh Burong Geroda di
atas kekhilafan yang dilakukan dalam perjanjiannya dengan Nabi Allah Sulaiman. Serangan yang
dilakukan oleh Burong Garoda menyebabkan Merong Mahawangsa telah berpisah dengan anak Raja
Rom. Perpisahan inilah menyebabkan Merong Mahawangsa sampai ke satu kawasan yang
mengharapkannya untuk menjadi raja di kawasan tersebut. Disinilah bermulanya kerajaan Negeri
Kedah yang berada di bawah pemerintahannya kemudian diturunkan takhtanya kepada anaknya, Raja
Merong Mahadipusat. Dalam pemerintahan Merong Mahadipusat inilah bermulanya hubungan
antara Kedah dan Siam. Pemerintahan Kedah mengalami pergolakan semasa berada di bawah
pemerintahan Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih dikenali dengan Raja bersiung. Semasa
pemerintahan Raja Bersiung, rakyat dan kerajaan menjadi huru hara sehingga raja terpaksa diserang
dengan rakyat yang menuntut keadilan daripada raja dan akhirnya raja hilang di dalam buluh semasa
melarikan diri daripada rakyatnya. Kehilangan Raja Bersiung menyebabkan Kedah tidak mempunyai
raja untuk memerintah dan mencari pengganti kepadanya. Kemudian berlaku peperangan perebutan
kekuasaan pemerintahan negeri Kedah. Segala-galanya kembali aman setelah Kedah berada di bawah
pemerintahan Raja Phra Ong Mahaputisat. Raja Phra Ong Mahaputisat mempunyai seorang putera
yang bernama Phra Ong Mahawangsa. Raja Phra Ong Mahaputisat telah memberikan takhtanya
kepada puteranya. Semasa berada di bawah pemerintahan Raja Phra Ong Mahawangsa inilah saat
kegemilangan ajaran Islam di mana saat inilah ajaran Islam mula diperkenalkan yang bertitik tolak
daripada pengislaman Raja Phra Ong Mahawangsa oleh Syeikh Abdullah. Pengislaman Raja Phra Ong
Mahawangsa menyebabkan panggilannya telah diubah kepada Sultan Muzalfal Syah. Pengakhiran
hikayat ini menunjukkan struktur permerintahan Kerajaan Kedah yang semakin kukuh.

3.2 Aspek yang dianalisis

Sesebuah hasil karya kesusasteraan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri sehingga mampu diangkat
sebagai sebuah karya agung. Tidak semua karya kesusasteraan yang dihasilkan dapat diangkat sebagai
sebuah karya yang bertaraf karya agung. Oleh yang demikian, penelitian ciri-ciri karya kesusasteraan
ini akan dikhususkan dalam aspek pemikiran dalam karya agung, nilai budaya dan pandangan hidup
dalam karya agung, nilai ilmu dalam karya agung dan teknik kepengarangan dan seni bahasa dalam
karya agung. Aspek-aspek ini akan dilihat dalam naskhah Hikayat Merong Mahawangsa yang
diselenggara oleh Siti Hawa Salleh seperti berikut:

3.2.1 Pemikiran

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010: 411), pemikiran dapat didefinisikan sebagai perihal
berfikir. Dalam bidang sastera pula, pemikiran ini selalunya dimulakan dengan idea yang diperoleh
oleh pengarang yang kemudiannya diolah oleh pengarang sehingga menjadi sebuah karya atau buah
fikiran yang bernas. Secara mudahnya, pemikiran dapat dikaitkan dengan perkara utama atau tema
dan persoalan yang ingin disampaikan dalam sesebuah karya. Selain itu, pemikiran juga dapat
dikaitkan dengan mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca dalam sesebuah
karya. Pemikiran dalam Hikayat Merong Mahawangsa ini telah diskopkan kepada beberapa bahagian
yang lebih kecil yang merangkumi pemikiran dalam pembukaan negeri Kedah, penubuhan kerajaan,
pemerintahan raja, hubungan diplomatik dan kedatangan Islam yang merangkumi pemelukan raja dan
rakyat.

3.2.2 Pembukaan Negeri Kedah

Ada beberapa peristiwa yang berlaku sehingga menyebabkan pembukaan negeri Kedah. Segala-
galanya bertitik tolak kepada peristiwa perjanjian yang dilakukan oleh burung Garoda dengan Nabi
Allah Sulaiman yang menyatakan bahawa dia akan memisahkan hubungan yang akan dijalinkan antara
Raja Rom dan Raja China dengan mengahwinkan anak-anak mereka. Burung Garoda telah melakukan
perjanjian untuk menghalang hubungan antara kedua-dua buah negara tersebut. Burung Garoda telah
menyerang bahtera yang dinaiki oleh anak Raja Rom dan Merong Mahawangsa. Serangan telah
dilakukan secara bertubi-tubi dan menyebabkan anak Raja Rom berpisah dengan pembantunya iaitu
Merong Mahawangsa. Bahtera anak Raja Rom yang telah disambar oleh burung Garoda menyebabkan
bahtera tersebut musnah dan anak Raja Rom dihanyutkan laut.

Apabila Raja Merong Mahawangsa menjadi raja di Langkasuka, maka baginda telah memerintah
Langkasuka dengan baik. Namun yang demikian, beberapa lama kemudian, utusan Raja Merong
Mahawangsa kembali daripada menghadap Raja China. Utusannya telah membawa utusan anak Raja
Rom yang dijumpai semasa menghadap Raja China. Kemudian, Raja Merong Mahawangsa terpaksa
belayar bersama-sama dengan utusan anak Raja Rom untuk berjumpa dengan anak Raja Rom.
Sebelum berlayar, Raja Merong Mahawangsa telah memberikan takhtanya kepada puteranya iaitu
MerongMahadipusat untuk memerintah Langkasuka.

4.0 Nilai dan Pengajaran

Nilai

1) Taat kepada perintah raja
 Sesiapa yang ingkar perintah raja akan dikenakan tulah iaitu kehidupan mereka akan sengsara
atau mendapat nasib yang buruk.

2) Berpegang kepada adat
 Masyarakat Melayu berpegang teguh kepada adat tradisi seperti dilihat dalam amalan hidup
seharian. Orang Melayu amat menjaga adat resam termasuklah pantang-larang dan adat
istiadat yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-temurun.

3) Menghormati orang tua
 Masyarakat dahulu kaya dengan budi pekerti. Nilai menghormati orang tua juga termasuk
dalam karya-karya yang menjadi penghibur disamping mendidik. Contohnya dalam hikayat
yang dikaji ini.

4) Menghormati ibu bapa.
 Nilai ini dituntut dalam Islam kerana kedudukan, martabat dan kemuliaan ibu bapa sangat
istimewa serta tinggi sekali sehinggakan ibu bapa adalah yang kedua perlu dihormati selepas
yang Maha Pencipta. Raja Merong Mahapudisat digambarkan sebagai seorang yang taat
kepada perintah ayahnya, Raja Merong Mahawangsa untuk menempatkan anak-anaknya di
beberapa buah tempat supaya dapat mendirikan kerajaan baru.

5) Menghormati orang tua
 Masyarakat dahulu kaya dengan budi perketi. Nilai menghormati orang tua juga termasuk
dalam karya-karya yang menjadi penghibur disamping mendidik.

Pengajaran

 Kita mestilah menghormati dan berkelakuan sopan terhadap orang tua agar kita dihormati
oleh masyarakat.

 Kita seharuslah menghormati ibu bapa kerana mereka telah membesarkan kita dengan baik
dan penuh kasih sayang.

 Kita sewajarnya berpegang pada adat resam kerana menjaga adat resam termasuklah
pantang-larang dan adat istiadat yang diwarisi dan diamalkan sejak turun-temurun.

 Kita perlu setia dan taat akan perintah raja supaya masyarakat dan negara sentiasa aman dan
damai

5.0 Ulasan dan Cadangan

Ulasan

Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan
mitos dan legenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakat, sama ada bersifat
tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal daripada pengaruh Islam. Dalam
bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong
Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom
tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom. Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang
sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Beliau membuka negeri
Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Beliau pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya, Raja
Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya kepada Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera
sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak
dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan
ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang
memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada
kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera. Raja Seri Mahawangsa mangkat
setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan
gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya, putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja
dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai
Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya,
puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja
Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam.
Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.

Cadangan

Berlandaskan semua perbandingan yang dilakukan, jelas bahawa bentuk adaptasi yang
digunakan dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa ialah adaptasi longgar atau loose adaptation.
Hal ini demikian kerana penulis skrip dan pengarah filem telah melakukan pelbagai rombakan
terhadap unsur naratif yang ada. Selain itu, penulis skrip dan pengarah filem juga banyak melahirkan
interpretasi sendiri untuk mengukuhkan unsur logik dalam jalan cerita filem. Malah, pengolahan juga
dilakukan berdasarkan kemampuan pihak produksi, pemasaran, konteks masyarakat dan sebagainya.
Bersesuaian dengan itu, penulis skrip dan pengarah filem telah membuang sebahagian besar elemen
yang terkandung dalam teks asal. Pendeknya, penulis skrip dan pengarah filem hanya menggunakan
teks Hikayat Merong Mahawangsa sebagai bahan mentah dan kemudiannya telah membentuk cerita
yang tersendiri. Pendeknya proses atau kaedah adaptasi filem Hikayat Merong Mahawangsa
berdasarkan interpretasi Amir dan Yusry.

MOHAMED NAZREEN SHAHUL HAMID DAN MD SALLEH YAAPAR merupakan perkara yang amat
dituntut dalam melakukan adaptasi teks kepada filem. Namun, dalam melaksanakan kaedah tersebut
telah berlaku beberapa kelompangan yang membolehkan kewibawaan penulis skrip dan pengarah
filem dipersoalkan dalam melakukan adaptasi teks Hikayat Merong Mahawangsa. Hal ini terbukti
apabila penulis skrip dan pengarah filem gagal untuk mengekalkan semangat atau mood yang ada
pada teks sastera dalam filemmereka. Perkara ini dapat dilihat apabila kehebatan jurai keturunan raja
Kedah dan sejarah pembukaan Kedah diceritakan dalam keadaan yang agak kabur atau kurang jelas.
Selain itu, pihak penerbitan juga kelihatan masih belum benar-benar berbangga terhadap kekuatan
yang ada pada teks sastera apabila terdapat pelbagai perkara yang telah dirombak dan ditambah
dalam mewujudkan unsur logik bagi filem adaptasi. Malah, jati diri teks sastera juga telah dikorbankan
dalam memastikan filem adaptasi ini dapat memasuki pasaran luar negara. Filem adaptasi ini juga
kelihatan lebih menonjol sebagai filem epik yang hebat dengan memenuhi cita rasa penonton dengan
pembawaan tema dan persoalan cinta, aksi dan komedi berbanding untuk mengangkat karya sastera
tradisional ke peringkat yang lebih baik. Maka, dapat ditegaskan bahawa pihak penerbitan filem
adaptasi ini tewas kepada tarikan komersialisme yang kuat dalam industri perfileman Oleh yang
demikian, jelas bahawa versi filem Hikayat Merong Mahawangsa tidak dapat menggambarkan secara
tepat tentang kesultanan Kedah kerana filem init hanya mengambil watak Raja Merong Mahawangsa
dan latar cerita yang dikatakan berlaku di sebuah daratan di utara Semenanjung Emas. Tiada cerita
tentang Raja Bersiung dan jurai keturunan raja Kedah selepas Merong Mahawangsa kecuali Sultan
Mudzafar Syah atau Raja Phra Ong Mahawangsa yang menjadi pencerita atau narator dalam filem ini.
Maka, bagi mereka yang ingin menghayati cerita sebenar Hikayat Merong Mahawangsa, perlu mencari
dan membaca teks sastera tersebut agar dapat mengetahui ketokohan Raja Merong Mahawangsa
yang sebenarnya dan dapat memperkaya pengetahuan tentang asal usul kerajaan Melayu Kedah.

6.0 Penutup

Hikayat Merong Mahawangsa merupakan salah satu karya agung klasik yang ada dalam alam
Melayu. Karya ini telah menunjukkan ciri-ciri yang boleh dianggap salah satu sejarah yang perlu
diketahui oleh masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Penghasilan Hikayat Merong Mahawangsa
memperlihatkan perkembangan susur galur mengenai keturunan raja-raja kedah dengan jajahan
taklukanya. Melalui kisah sejarah ini juga dalam membuktikan lagi asal-usul kerajaan negeri Kedah.
Analisis yang dilakukan terhadap karya Merong Mahawangsa dapat disimpulkan bahawa karya ini
mempunyai beberapa aspek yang dapat dijadikan teladan dan bahan rujukan. Melalui karaya dapat
mengetahui mengenai nilai budaya dan pegangan hidup yang diamalkan oleh masyarakat pada masa
itu. Nilai yang diamalkan pada masyarakat ketika itu telah menunjukkan bahawa masyarakat Melayu
telah mempunyai satu komposisi kehidupan yang pelbagai. Selain itu juga, masyarakat pada zaman
Merong Mahawangsa juga turut mengamalkan ilmu yang pelbagai untuk meneruskan kehidupan. Ilmu
ini disebarkan kepada semua dan kebanyakkannya melibatkan dengan alam. Seterusnya, penghasilan
penulisan karya ini juga dilihat menarik dengan penggunaan beberapa teknik yang telah diguna pakai
oleh penulis. Penulisan dngan gaya bahasa yang menarik dan teknik yang menarik mampu melahirkan
cerita yang dilihat secara realiti. Penghasilan karya ini adalah satu anugerah yang tidak ternilai dan
diangkat sebagai salah satu karya agung yang terdapat dalam masyarakat Melayu. Karya ini
mempunyai nilai sejarah yang begitu tinggi dan menjadi bahan pedoman kepada generasi-generasi
yang akan datang.


Click to View FlipBook Version