The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sinopsis: Pertemuan Nana dan Jojo si Katak Hijau membawa Nana ke Dunia Rimba. Mari bersama ikuti kembara Nana bertemu dengan haiwan-haiwan yang menarik.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by M. Naz, 2023-12-01 08:34:46

Nana ke Dunia Rimba

Sinopsis: Pertemuan Nana dan Jojo si Katak Hijau membawa Nana ke Dunia Rimba. Mari bersama ikuti kembara Nana bertemu dengan haiwan-haiwan yang menarik.

Keywords: buku kanak-kanak,kanak-kanak,rimba,haiwan,siri adik mahir 3M,membaca,menulis,mengira,pendidikan

NANA PENUL IS TENGKU FAR IS NIK M.NAZ R I I LUST RASI SES U A I U N T U K K A N A K - K A N A K B E R U M U R 7 - 1 0 T A H U N KE DUNIA RIMBA SIRI ADIK MAHIR 3M


PENULIS: TENGKU FARIS ILUSTRASI: NIK M. NAZRI NANA KE DUNIA RIMBA


BUKU CERITA KANAK-KANAK NANA KE DUNIA RIMBA Penulis: Tengku Faris Ilustrasi oleh: Nik M. Nazri Katapilar Books Tahun terbit : Februari 2024 ISBN 961-938-010-572-4 Diterbitkan oleh : Katapilar Books Sdn Bhd No 43, Jalan Seri Putra 1/8, Bandar Seri Putra, Bangi, 43000, Kajang Selangor Telefon: 03-8971 3200 Emel: [email protected] BUKU CERITA KANAK-KANAK NANA KE DUNIA RIMBA Penulis: Tengku Faris Ilustrasi oleh: Nik M. Nazri Katapilar Books Tahun terbit : Februari 2024 ISBN 961-938-010-572-4 Diterbitkan oleh : Katapilar Books Sdn Bhd No 43, Jalan Seri Putra 1/8, Bandar Seri Putra, Bangi, 43000, Kajang Selangor Telefon: 03-8971 3200 Emel: [email protected] Hak Cipta Terpelihara 2024


Pada suatu hari , Nana sedang bermain layanglayang. Nana berada di halaman rumah neneknya di kampung. Langit sangat cerah dan tidak terlalu panas. Nana terdengar bunyi hon kereta dari hujung jalan. “Pin! Pin! Pin!” Hon kereta ayah berbunyi . Ayah keluar dari kereta dan berjalan ke arah Nana. “Nana, jangan bermain jauh-jauh,” pesan ayah. 1. Nana dan Jojo Si Katak Hijau 1


“Baiklah ayah, Nana akan bermain di sekitar sini sahaja,” ujar Nana tersenyum manis. Nana bermain layang-layang sambi l melompatlompat. “Satu katak lompat! dua katak lompat! tiga katak lompat!” Tanpa Nana sedar, Nana sampai di pinggir hutan. Tiba-tiba, seekor katak berwarna hijau melompat ke arah Nana dari semak-samun. Katak tersebut melompat-lompat di sekel i l ing Nana. “Hi Nana, saya Jojo! saya seekor katak. Kuak! Kuak! Kuak!” tegur Jojo Si katak hijau. Nana tersenyum dan tertawa mel ihat aksi Jojo yang comel . Jojo Si katak hijau pun mendekati Nana. “Salam kenal !” ujar Jojo Si katak hijau kepada Nana. 2


“Tiba-tiba ada seekor burung helang yang sangat besar terbang dan cuba menangkap Jojo Si katak hijau. “Kuak! Kuak! Kuak! Tolong saya Nana! Baba Si helang cuba menangkap saya!” jerit Jojo Si katak hijau. Nana memeluk Jojo dan berlari masuk ke arah hutan. Terdapat beberapa lopak air yang berada di hadapan Nana. Nana berlari dan melompat. “Satu katak lompat! dua katak lompat! tiga katak lompat!” Nana berjaya merentasi lopak air dan memasuki pintu rimba. Baba Si helang berasa berang kerana tidak berjaya menangkap Jojo. 3


Aktiviti Satu : Mari Bantu Nana Arahan : Bantu Nana lari daripada Baba Si Helang dengan mencari jalan keluar melalui pagar sesat menuju ke rimba. 4


Nana menarik nafas lega kerana berjaya menyelamatkan diri . Alamak! Nana secara tidak sengaja telah masuk ke pinggir hutan. Jojo berpesan kepada Nana bahawa Baba Si Helang masih menunggu mereka di luar hutan. “Baba Si Helang masih menanti kita di luar, kita mesti minta bantuan sahabat di dalam rimba.” ujar Jojo Si Katak Hijau. “Tapi Ayah melarang Nana bermain di hutan.” balas Nana. 2. Nana bertemu Putih Si Arnab & Lili Si Rama-Rama Mari Mewarna! 5


“Tak mengapa, mari kita minta bantuan Bobo Si Kerbau Air. Bobo pasti dapat menakutkan Baba Si Helang.” Nana menganggukkan kepala dan mengikuti Jojo yang melompat-lompat menunjukkan arah. Ketika mereka berdua berjalan perlahan menuju ke sungai , seekor rama-rama tiba-tiba muncul dari sebal ik semak-samun. “Tolong! Tolong!” jerit Li l i Si Rama-rama. Jojo sedar akan kehadiran Li l i Si Rama-rama dan menuju ke arahnya. Jojo menanyakan kepada Li l i apa yang telah berlaku. “Anak Putih Si Arnab telah jatuh ke dalam lubang, lubangnya agak dalam, bantulah kami wahai Jojo.” Rayu Li l i Si Rama-rama. “Tapi kami ingin mencari Bobo Si Kerbau Air. .” “Tidak mengapa Jojo, mari kita bantu Putih dan Li l i terlebih dahulu.” pintas Nana. 6


Nana, Jojo dan Li l i sama-sama bersetuju untuk pergi ke arah Putih Si Arnab berada. Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, Nana mel ihat sekel i l ing dan menemui rumput l iar yang mel i l it dahan pohon. “Rumput menjalar itu boleh kita jadikan sebagai tal i , ayuh Jojo.” Berkat kecerdasan Nana, seutas tal i berjaya dihasi lkan daripada rumput yang menjalar tersebut. Nana mencampakkan tal i ke dalam dan menyuruh anak Putih Si Arnab untuk memeluk tal i tersebut. “Pegang kuat-kuat!” laung Si Nana sambi l menarik tal i tersebut dibantu oleh Jojo dan Putih. Akhirnya, anak Putih Si Arnab berjaya diselamatkan. Putih dan Li l i mengucapkan terima kasih kepada Nana. 7


“Terima kasih Nana, tanpa bantuan Nana saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada anak saya” ucap Putih Si Arnab. “Bukankah kamu berdua mencari Bobo Si Kerbau Air?” soal Li l i Si Rama-rama. Nana dan Jojo mengangguk dan bertanya sekiranya Li l i dan Putih tahu keberadaan Si Bobo. “Bobo Si Kerbau Air berada di kawasan sungai , sebagai tanda terima kasih biar saya tunjukkan di mana Bobo berada” balas Putih Si Arnab. Nana dan Jojo melompat gembira dan bersamasama Putih pergi ke arah sungai . 8


Aktiviti Dua : Selamatkan Arnab! Arahan : Sila sambung garis putus-putus ke arah haiwan yang betul 9


Nana berhati-hati berjalan di laluan keci l menuju ke arah sungai . Bunyi-bunyian unggas bersi l ih ganti memeriahkan lagi suasana rimba. Putih Si Arnab melompat-lompat keci l sambi l di ikuti Li l i Si Rama-rama. “Jadi Baba Si Helang ingin menyerang kamu berdua?” soal Putih. “Benar, ketika saya bertemu Jojo…Baba ingin menangkapnya!” balas Nana sambi l menepuknepuk lengannya yang gatal digigit nyamuk. 3. Nana Terserempak Belang Si Harimau Mari Mewarna! 10


“Ahh! kuak! kuak! Saya tidak mahu dimakan oleh Baba!” jerit Jojo Si Katak Hijau. Nana menenangkan Jojo dan berjanji akan membantu Jojo agar tidak ditangkap oleh Baba Si Helang. Ketika mereka asyik berjalan, tibatiba rimba menjadi sunyi sepi . Tiada bunyi nyanyian unggas dan cengkerik. Hanya deruan angin yang menyapu dedaun. “Auummm! Auummm!” ngauman Belang Si Harimau yang muncul entah dari mana. “Ahhhhhh! Harimau!” jerit Nana lalu berlari sambi l di ikuti teman yang lain. “Kenapa Belang mengamuk ni ! ahhhh!” ujar Li l i . Nana dan sahabat haiwannya bersembunyi di sebal ik pohon yang sangat besar. Mereka semua menarik nafas lega kerana dapat melarikan diri daripada Belang Si Harimau. “Belang seekor harimau yang ramah, saya hairan mengapa dia mengamuk….” hairan Putih Si Arnab. 11


“Kawan-kawan, l ihat di punggung Belang Si Harimau…” “Eh! ada duri yang tercucuk di ekornya!” balas Nana. Nana dan sahabat rimbanya bersepakat untuk membantu Belang yang sedang mengamuk kesakitan. Nana mel ihat setandan pisang yang ranum tidak jauh dari tempat mereka bersembunyi . Nana mendapat satu idea yang sangat bernas. Ketika Belang Si Harimau sedang berlari kesakitan, tiba-tiba kakinya terpijak kul it pisang. Belang pun tergel incir dan terbaring di tanah. Nana dan Jojo mengambi l kesempatan ini melompat ke arah Belang dan mencabut duri yang berada di punggung Belang. “Satu! dua! tiga! tarik! !” serentak Nana dan Jojo menarik duri yang mencucuk punggung Si Belang. “Adoi i i ! auuummmm!” ngauman Si Belang memecahkan kesunyian rimba. 12


Aktiviti Tiga : Cari dan Bulatkan! Arahan : Cari dan bulatkan harimau yang bersembunyi dan nyatakan jumlahnya JUMLAH KESELURUHAN: 13


Pertemuan Nana dan Jojo Si Katak Hijau membawa Nana ke Dunia Rimba. Mari bersama ikuti kembara Nana bertemu dengan haiwan-haiwan yang menarik! Kita Ulat Buku! © 2023 Penerbitan Kata Pilar (M) Sdn. Bhd. (1342133-V) NANA KE DUNIA RIMBA


Click to View FlipBook Version