The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asidahstudio, 2023-12-14 11:07:55

MOCKUP BUKU PENGURUSAN (BELUM LENGKAP)

DRAF PENUH edit 15DECEMBER

PERATURAN AM PERHIDMATAN PENDIDIKAN 1. Pakaian Guru Semasa Bertugas 1.1 Kemas dan bersopan (sila rujuk Pekeliling Bil 6/1985 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001). 1.2 Guru perlu memakai pakaian mengikut pekeliling dalam tugas rasmi seperti mesyuarat. 1.3 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi sekolah/di luar sekolah. 1.4 Tanda nama mesti mengikut saiz dan warna yang ditetapkan. (Hitam dan putih sahaja) 1.5 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju. Rambut perlu diurus dan kelihatan kemas. 1.6 Semua guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mesti memakai pakaian yang sesuai ketika mengajar di padang : berseluar trek panjang, berkemeja T sukan dan berkasut sukan. 2. Waktu Rasmi Sekolah 8.00 pagi – 5.00 petang 3. Masa Datang ke Sekolah dan Ketepatan Masa 3.1 Semua guru hendaklah sampai ke sekolah sekurang-kurangnya 10 minit sebelum loceng pertama mengikut sidang masing-masing. 3.2 Guru hendaklah mengimbas punchcard di pejabat semasa sampai ke sekolah dan mengimbas punchcard sekali lagi sebelum balik ke rumah. 3.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan dan sebab-sebab yang wajar.Guru mesti memberitahu pihak sekolah/Penolong Kanan secepat mungkin melalui telefon supaya jadual waktu ganti dapat disediakan. 3.4 Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan semasa menjalankan kegiatan di luar bilik darjah. 3.5 Jadual waktu mengajar dan jadual waktu ganti mesti dipatuhi sebagai mana yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Guru tidak boleh melepaskan pelajar lebih awal pada waktu rehat dan waktu balik. 4. Keluar Waktu Mengajar 4.1 Guru-guru dan Staf sokongan tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam masa bertugas kecuali jika ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan atau mendapat arahan daripada Pengetua atau pihak JPN, BPLTV, PPD, LPM dengan syarat mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pengetua / Penolong Kanan.


Buku Rekod Keluar Guru dan Kakitangan ini sentiasa disimpan di pejabat sekolah. Guru-guru dan kakitangan dinasihatkan supaya menggunakan waktu luar masa bertugas untuk menguruskan hal-hal peribadi. Sekiranya Pengetua tiada, kebenaran boleh diperoleh dari Penolong Kanan. 4.2 Setelah mendapat kebenaran Pengetua, guru itu dikehendaki memaklumkan pada Penolong Kanan dan seterusnya mencatatkan nama, masa keluar, sebab keluar dan masa balik dalam Buku Rekod Keluar. 4.3 Sebelum meninggalkan sekolah guru diminta meninggalkan kerja bertulis kepada pelajar jika ada kelas pada waktu itu. 4.4 Semua urusan peribadi hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 4.5 Bagi aktiviti ceramah akademik atau kokurikulum, guru dibenarkan keluar hanya setakat 3 kali setahun, kecuali JU / Pengerusi Teknik. 5. Buku Rekod Mengajar 5.1 Setiap orang guru akan diberi sebuah buku rekod mengajar dan bertanggung jawab terhadap keselamatan buku tersebut. 5.2 Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan dilengkapkan dengan maklumat-maklumat berikut: Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999 dan P.U.(A) 531-Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997. i. Butir-butir peribadi diri, ikrar ii. Falsafah, objektif dan piagam sekolah iii. Kandungan dan Kalendar sekolah iv. Sukatan pelajaran v. Rancangan Pembelajaran dan Pengajaran Tahunan vi. Jadual waktu peribadi / tingkatan vii. Senarai buku teks / rujukan viii. Rekod Markah Murid ix. Butir-butir murid (jika guru tingkatan) x. Jadual Latihan Minima xi. Target mata pelajaran / TOV xii. Markah Ujian Bulanan / Peperiksaan Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Percubaan 5.3 Buku Rekod mengajar mesti di bawa ke kelas semasa P&P (Rujuk Perkeliling dalam 5.2) 5.4 Buku ini hendaklah diserah ke pejabat / bilik Pengetua pada waktu akhir hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangai oleh Pengetua / PK / Guru Kanan. 5.5 Jika seorang guru bercuti atau berkursus buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan. 5.6 Dihantar ke pejabat pada hari Jumaat setiap minggu (waktu Akhir) dan tandatangan di fail Penghantaran Buku Rekod Mengajar dengan merujuk pada Pn. Siti Fairuz binti Ismail.


5.7 Buku Persediaan Mengajar adalah menjadi hak milik sekolah dan perlu diserahkan kepada pejabat apabila guru itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya pengetua memerlukan agar dia berbuat demikian. 6. Buku Jadual Kedatangan 6.1 Setiap guru tingkatan akan diberi sebuah buku Kedatangan Pelajar. Guru Tingkatan bertanggung jawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan. 6.2 Guru Tingkatan bertanggungjawab mengambil dan menanda kedatangan secara kemas dan teratur pada setiap hari dan dikembalikan ke pejabat sebelum waktu ketiga. Tugas ini tidak boleh diberikan kepada pelajar kerana keselamatan buku ini adalah tanggungjawab guru tingkatan. 6.3 Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, Penyelaras Tingkatan bertanggungjawab menanda kedatangan. 6.4 Buku Jadual Kedatangan tidak boleh dibawa balik ke rumah atau ditinggalkan di bilik guru. Buku ini hendaklah sentiasa disimpan di pejabat. 6.5 Guru Tingkatan perlu ada bukti jika murid tidak hadir ke sekolah seperti Surat ibu bapa / penjaga atau sijil cuti sakit. 6.6 Guru Tingkatan dikehendaki menghantar surat kepada Ibu bapa / penjaga jika didapati seseorang murid tidak hadir lebih 3 hari berturut-turut . 6.7 Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Penyelaras Tingkatan. 7. Mesyuarat / Taklimat Guru 7.1 Semua guru diwajibkan menghadiri mesyuarat / taklimat yang diberikan oleh Pengetua / Penolong Kanan dari semasa ke semasa. 7.2 Sekiranya seseorang guru tidak dapat hadir kerana sesuatu sebab,guru berkenaan hendaklah memberitahu Pengetua / PK sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat. 7.3 Guru-guru juga wajib hadir dalam mesyuarat yang dikendalikan oleh KetuaKetua Panitia / Setiausaha sukan dan sebagainya. 8. Penggunaan Waktu Tidak Mengajar Oleh Guru 8.1 Waktu tidak mengajar hendaklah dianggap sebagai ’non-teaching period’ dan bukannya ’free period’. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan waktu tidak mengajar untuk perkara-perkara berkaitan pengajaran dan pembelajaran. 9. Jadual Waktu 9.1 Guru tingkatan hendaklah memastikan satu salinan Jadual Waktu kelas dipamerkan di dalam kelas sendiri. 9.2 Semua guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar sepenuhnya.


9.3 Jika guru berkenaan ada sesuatu sebab yang penting yang tidak membolehkannya masuk kelas, guru terbabit hendaklah melaporkan hal ini kepada Penolong Kanan atau Guru Kanan. 9.4 Guru-guru yang mengajar mesti berada di dalam kelas / tempat mengajar mengikut jadual yang ditetapkan. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas kecuali dipanggil oleh Pengetua. 9.5 Guru dikehendaki mematuhi jadual waktu – ‘Waktu Ganti’ yang dikeluarkan oleh guru kanan bidang / Penolong Kanan. 9.6 Semasa peperiksaan dijalankan, guru-guru tidak dibenarkan keluar sehingga guru pengganti datang. 9.7 Guru-guru hendaklah memberi penekanan kepada pengajaran dan pembelajaran berkualiti (Quality Teaching). 9.8 Semasa P & P sedang berjalan pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar / masuk untuk menjalankan kegiatan lain, pastikan pelajar tersebut menggunakan kad kebenaran keluar kelas. Pastikan gangguan di tahap minima atau sebaiknya tiada langsung. 10. Pengawasan, Penyeliaan dan Pencerapan dalam Bilik Darjah 10.1 Satu sistem pengawalan perlu diadakan untuk menjayakan perlaksanaan kurikulum, di antaranya ialah :- a) Ujian formatif dan sumatif b) Peperiksaan dan tindak ikut c) Pengendalian rekod penilaian d) Penubuhan bank item soalan e) Penyeliaan kerja guru f) Penyeliaan kerja pelajar, dan g) Pencerapan dalam bilik darjah 10.2 Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas oleh Pengetua / Guru Besar Sekolah (rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987). 11. Jadual Ganti 11. 1 Guru-guru mesti mematuhi Jadual Waktu Ganti yang ditetapkan oleh PK / Guru Kanan Bidang. 11. 2 Jadual Waktu Ganti dianggap sebagai waktu mengajar oleh itu guru mesti berada dalam kelas sewaktu Jadual Waktu Ganti. 11.3 Semua guru ganti hendaklah memberi tugasan kepada pelajar dengan merujuk kepada panitia guru yang diganti tersebut. 12. Surat Arahan Pekeliling 12.1 Setiap arahan dan surat perkeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 12.2 Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu di beri terus, guru hendaklah menyimpannya didalam fail khas.


12.3 Sekiranya surat pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pendidikan / PPD guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil. 12.4 Sekiranya guru engkar arahan Pengetua tanpa alasan yang munasabah, beliau boleh dikenakan tindakan tatatertib. 13. Fail-Fail Sekolah 13.1 Apabila guru-guru menerima fail yang telah diminitkan untuk sesuatu tindakan, guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera mengikut arahan dan masa yang ditetapkan. 13.2 Sila tandatangani Buku Edaran Fail semasa menerima fail. Sila pulangkan fail dengan segera setelah diambil tindakan. Fail itu hendaklah dikemas kini. 14. Melaksanakan Arahan / Tugas 14.1 Apabila diarahkan melaksanakan sesuatu tugas, misalnya mewakili sekolah membawa pelajar bermain atau menghadiri mesyuarat atau diminta mengarahkan pelajar melakukan sesuatu maka tugas itu hendaklah dilakukan sendiri. Tidak boleh pihak yang ditugaskan mengarahkan orang lain tanpa kebenaran Pengetua. 14.2 Sekiranya sesuatu tugas itu terpaksa diserahkan kepada orang lain walaupun dipersetujui oleh pihak yang menggantikan, mestilah mendapat kebenaran dari Pengetua terlebih dahulu. 14.3 Tugas yang sepatutnya dilakukan oleh guru sendiri tidak boleh diserahkan kepada pelajar, misalnya memegang / menyimpan kunci sekolah. 15. Penggunaan Alat / Harta Benda Sekolah 15.1 Kebenaran menggunakan peralatan mestilah diperolehi terlebih dahulu datipada Ketua Jabatan / pihak yang berkenaan. Segala peminjaman dan pemulangan hendaklah dicatatkan di dalam Buku Pinjaman Bahagian atau Unit. 15.2 Guru-guru mesti bertanggungjawab menjaga alat / harta benda sekolah yang digunakan mengikut peraturan tertentu. 15.3 Barang-barang yang dipinjam hendaklah dipulang setelah menggunakannya. 15.4 Sebarang kerosakan / kehilangan hendaklah dilaporkan dengan segera. 16. Keselamatan Pelajar 16.1 Semua guru yang mengajar dalam bilik darjah, makmal, bengkel, di padang atau aktiviti kokurikulum di sekolah atau di luar kawasan sekolah atau di mana sahaja pun, adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan murid di bawah jagaannya. Guru yang diarahkan secara bertulis dalam dokumen rasmi sekolah (Buku Pengurusan Sekolah 2023) adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan murid-murid di bawah jagaannya. Oleh itu guru hendaklah


sentiasa berhati-hati dan mengawal dengan rapi setiap gerak geri murid supaya tidak berlaku kemalangan atau kecederaan. 16.2 P&P PJPK tidak boleh dijalankan di padang sama ada semasa hujan atau waktu guruh dan kilat walaupun tiada hujan. 16.3 Sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan,guru yang bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan segera dan melaporkan kepada guru bertugas. 16.4 Pengetua / PK (HEM) hendaklah diberitahu jika berlaku kemalangan kepada guru atau murid. 16.5 Ketua-Ketua Bengkel dan Ketua Bidang adalah bertanggungjawab mengadakan langkah-langkah keselamatan, peraturan atau tatacara keselamatan bagi bengkel masing-masing. 16.6 Jika pelajar menghadapi kemalangan, guru / warden bertugas sila hubungi segera ibu bapa-kejadian diberitahu. 16.7 Jika pelajar asrama tidak pulang ke asrama pada waktu yang telah ditetapkan, warden bertugas diwajibkan maklumkan kepada penjaga pelajar pada kadar segera dan membuat laporan polis. 17. Penggunaan Telefon / Faks / Mesin Fotokopi Sekolah 17.1 Telefon faks dan mesin fotokopi sekolah hanya digunakan untuk urusan pentadbiran sekolah sahaja. 18. Bilik Guru 18.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru. 18.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ’non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. 18.3 Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut dibilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja. 18.4 Kelab Staf adalah bertanggungjawab menguruskan bilik guru dan membentuk jawatankuasa bilik guru. 19. Kelab Staf 19.1 Semua guru dan staf sokongan di sekolah ini secara automatik adalah ahli Staf. 19.2 Tiap-tiap ahli hendaklah menjelaskan yuran bulanan atau tahunan yang ditetapkan mengikut keputusan Mesyuarat Agong Kelab tersebut. 20. Guru Sebagai Ahli Persatuan 20.1 Demi kepentingan perkhidmatan Pendidikan / Profesion Perguruan, guru-guru dikehendaki menjadi ahli persatuan-persatuan berikut; i) Per. Pegawai-Pegawai Kanan Perkhidmatan Pendidikan (PPKPPM) ii) Per. Sukan dan Budaya perkhidmatan Pendidikan (PSKPP). iii) Yayasan Guru.


21. Orang Luar Berjumpa Guru / Murid 21.1 Orang luar termasuk juru jual tidak boleh berjumpa guru dan kakitangan tanpa kebenaran Pengetua / Penolong Kanan. Oleh itu guru diingatkan supaya bertanya kepada pihak yang ingin berjumpa samada telah mendapat kebenaran atau tidak. 21.2 Orang luar dilarang berjumpa guru atau murid dibilik darjah semasa guru mengajar. 22. Menulis Surat Rasmi 22.1 Semua surat berkaitan hal sekolah atau perjawatan hendaklah ditulis melalui Pengetua dan JPN supaya dapat disalurkan kepada pihak yang tertentu sebagai mana arahan Perintah Am Bab. B dan D. 22.2 Semua surat rasmi hendaklah menggunakan dua tarikh (Masihi dan Hijrah). 22.3 ‘Letter –head’ sekolah hanya boleh digunakan dengan kebenaran Pengetua. 23. Guru-Guru Pergi ke Pejabat Pendidikan 23.1 Guru-guru tidak dibenarkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri / BPLTV / Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi pada masa sekolah. 23.2 Guru-guru perlu memakai pakaian bekerja dengan tanda nama semasa di PPD / JPN / BPLTV. 24. Cuti 24.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP)0046SJ/A/(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar. 24.2 Cuti Sakit 24.2.1 Guru-guru atau kakitangan sekolah yang tidak hadir kerana sakit hendaklah memberitahu melalui; • Telefon (menelefon Pengetua / Penolong Kanan) • Melaporkan diri kepada Pengetua / Penolong Kanan / sebaik sahaja balik bertugas. • Menyerahkan sijil sakit kepada Pengetua / Penolong Kanan. 24.2.2 Sijil sakit yang diperolehi swasta yang melebihi 15 hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. 24.2.3 Cuti sakit dari klinik swasta tidak boleh melebihi 15 hari dalam setahun. 24.2.4 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun samada berterusan atau putus- putus akan dilaporkan ke JPN dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.


24.3 Cuti Rehat Khas 24.3.1 Cuti ini adalah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja. 24.3.2 Dalam keadaan kecemasan,seseorang guru atas pertimbangan Pengetua boleh dibenarkan mengambil cuti tersebut. 24.3.3 Guru hendaklah mengisi borang seminggu sebelum tarikh cuti dipohon. 24.3.4 Cuti ini hanya 7 hari setahun. 24.3.5 Sekiranya Cuti Rehat Khas atau bakinya pada sesuatu tahun tidak dipohon, ia akan bertukar kepada bentuk wang tunai apabila guru berpencen. 24.4 Cuti Tanpa Gaji 24.4.1 Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji, cuti tersebut boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. 24.4.2 Kelayakan cuti tanpa gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. 24.4.3 Cuti tanpa gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun. 24.4.4 Kelulusan cuti tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke JPN 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti. 24.4.5 Guru-guru tidak digalakkan mengambil cuti tanpa gaji kerana urusan peribadi kecuali atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan tidak mengganggu pentadbiran sekolah serta kepentingan pelajar tidak terkorban. 24.5 Cuti Bersalin 24.5.1 Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/2002. 24.6 Cuti Haji 24.6.1 Sila rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1984. 25. Memohon Cuti 25.1 Guru-guru atau kakitangan sekolah hendaklah memberitahu Pengetua terlebih dahulu sebelum memohon cuti, misalnya cuti kerana menduduki peperiksaan kerajaan,melancong ke luar negeri,cuti konvokesyen,cuti berkursus dan lainlain. 25.2 Guru dan kakitangan sekolah tidak boleh bercuti sebelum permohonan diluluskan. 25.3 Sila semak dari pejabat sekolah mengenai syarat-syarat memohon cuti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran misalnya cuti ke luar negeri hendaklah dikemukakan satu bulan sebelum tarikh bertolak. PERINGATAN: Sebarang cuti tanpa kebenaran/kelulusan dari pihak berwajib,guru berkenaan akan dipotong gaji dan tindakan tatatertib akan diambil.


26. Kursus 26.1 Guru-guru adalah diwajibkan menghadiri kursus yang ditetapkan oleh PPD / JPN / BPLTV / Kementerian Pelajaran atau mana-mana badan yang diakui sah. 26.2 Semasa guru menghadiri kursus, sediakan tugasan / latihan untuk pelajar yang diajar supaya pelajar tidak membuang masa. Berikan arahan yang jelas dan serahkan kepada penolong kanan. 26.3 Sekiranya kursus itu adalah untuk tempoh yang panjang, sekolah layak memohon guru ganti. 26.4 Selepas tamat kursus, guru hendaklah membuat laporan dan menyerahkannya Kepada pengetua. 27. Lawatan / Aktiviti Luar 27.1 Setiap Guru Kanan / Ketua Panitia / Unit yang mengadakan lawatan / aktiviti luar hendaklah membuat laporan dan menyerahkannya kepada Pengetua setelah ianya dijalankan. Laporan hendaklah difailkan di dalam fail yang berkaitan. 27.2 Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pengetua dan jabatan pelajaran negeri. 27.3 Untuk lawatan ke luar negeri, borang permohonan hendaklah dikirim ke Jabatan Pelajaran Negeri melalui Pengetua. Surat ini hendaklah dikirim sekurang-kurangnya lima minggu sebelum lawatan dilakukan. 27.4 Apabila guru mewakili pengetua menghadiri mesyuarat / perjumpaan / taklimat seperti sukan dan sebagainya, laporan hendaklah dibuat kepada pengetua. 28. Cuti Penggal Sekolah Boleh Dipanggil Bertugas 28.1 Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain dari tugas mengajar semasa cuti penggal tidak melebihi separuh daripada cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun (Perintah Am Bab C – 50). 29. Membeli Barang 29.1 Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran Pengetua dengan menggunakan borang ‘nota minta’ yang boleh diperolehi di pejabat. 29.2 Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Guru Kanan/Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua dan serahkan kepada Ketua Pembantu Tadbir. 29.3 Semua pesanan yang melebihi RM100.00 mesti dibuat melalui Pesanan Tempatan. 29.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan diserah kepada bahagian kewangan untuk proses pembayaran. 29.5 Semua Borang Pesanan Tempatan mesti ditandatangani oleh Pengetua,Pembekal dan Penerima.


29.6 Semua pembelian dan penerimaan barangan hendaklah direkod dalam buku stok dengan kemas. 30. Kegiatan Kokurikulum 30.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur. 30.2 Kecederaan pelajar yang bahaya mesti dilaporkan kepada ibu bapa dan Pengetua selepas dihantar ke hospital. 30.3 Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan kokurikulum mestilah menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan ketiadaan guru terbabit adalah tanggungjawab guru itu sendiri. 31. Buku Stok / Inventori 31.1 Guru kanan atau ketua panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok dan memastikan maklumat dalam stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke semasa oleh Pegawai Aset Sekolah. 32. Kunci 32.1 Semua kunci mesti di simpan di pejabat (sila patuhi tatacara pengurusan kunci). 32.2 Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, dia mestilah mendapat kebenaran dari Pengetua. Guru tersebut adalah bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya. 33. Acara atau Majlis Sekolah 33.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah. 33.2 Jika guru tidak dapat hadir oleh kerana sebab-sebab tidak dapat dielakkan, beliau mestilah memberitahu Pengetua terlebih dahulu. 34. Penggunaan Kenderaaan Sekolah 34.1 Mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dan membuat tempahan serta gunakan borang penggunaan kenderaan bagi menentukan tarikh/masa/tempat. 34.2 Jika lawatan bukan urusan khas sekolah, bayaran tol serta saguhati pemandu hendaklah ditanggung sendiri oleh pihak yang membuat lawatan- jumlah bayaran boleh dirundingkan. 34.3 Jika lawatan bertindih, keutamaan akan diberikan kepada urusan rasmi sekolah dan pihak sekolah tidak bertanggungjawab untuk mencari kenderaan lain dan juga hari ganti.


35. Kerahsiaan Maklumat Sekolah 35.1 Guru-guru dan kakitangan tidak dibenarkan sama sekali membocorkan rahsia sekolah. Sila patuhi Perintah Am. 36. Menjaga Nama Baik Jabatan 36.1 Setiap guru dan kakitangan mestilah menjaga nama baik jabatan (KPM, BPLTV, JPN, PPD, SMTKS). 36.2 Mengikut Perintah Am Bab. D24, tindakan tatatertib boleh di ambil ke atas kakitangan kerajaan yang gagal berbuat demikian. Peringatan Khas : Sebarang cuti tanpa kebenaran / kelulusan daripada pihak yang berwajib, gaji guru berkenaan dipotong dan tindakan tatatertib boleh diambil. Pengetua diperingatkan pelepasan guru dari tugas-tugas hariannya kerana penglibatan guru dalam aktiviti luar sekolah, pastikan tidak akan menjejaskan perjalanan dan pengurusan sekolah. Sila rujuk pekeliling ikhtisas bil 24/1998 Semua Guru dan Staf Sokongan adalah Kakitangan Kerajaan yang tertakluk pada Perintah-perintah Am Kerajaan Malaysia. PEMBERIAN WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT 1. Kelayakan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat 1.1 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang layak adalah pegawai yang layak Cuti Rehat Khas seperti di perenggan 3 (a)(i) termasuk: i. pegawai yang meninggal dunia pada atau selepas 1 Mac 2004 dan ii. pegawai yang bersara pada atau selepas 2 Mac 2004. 1.2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang tidak layak adalah: i. Pegawai yang tidak layak Cuti Rehat Khas seperti di perenggan 3(b) ii. Guru Sandaran Terlatih / Guru Sandaran Tidak Terlatih; iii. Guru Kontrak iv. Pegawai yang meletak jawatan; v. Pegawai yang dibuang kerja vi. Pegawai yang meninggal dunia sebelum 1 Mac 2004; dan vii. Pegawai yang bersara sebelum 2 Mac 2004 2. Pengumpulan Cuti Rehat Khas Bagi Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat 2.1 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan boleh dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat pada setiap tahun. 2.2 Cuti Rehat Khas yang dikumpul bagi Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti rehat di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini boleh dicantum dengan Cuti rehat yang terkumpul bagi Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2003. 2.3 Pengumpulan Cuti Rehat Khas bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat hendaklah mendapat pengesahan Ketua Jabatan setiap tahun. Pengesahan ini hendaklah dicatatkan dalam Kenyataan Cuti, Buku Rekod Perkhidmatan pegawai.


2.4 Sepanjang perkhidmatan seseorang pegawai, jumlah keseluruhan Cuti Rehat Khas dan Cuti Rehat yang dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat hendaklah tidak melebihi 150 hari. 3. Formula Kiraan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat adalah seperti di perenggan 7 dan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2003. TINDAKAN KETUA JABATAN 1. Bagi melaksanakan urusan pengumpulan Cuti Rehat Khas untuk tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat, Ketua Jabatan dikehendaki mengambil tindakan berikut: 1.1 memastikan Cuti Rehat Khas yang diambil, direkod dan dikemaskini di dalam Buku Rekod Perkhidmatan; 1.2 mengesahkan baki Cuti Rehat Khas yang dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat pada setiap akhir tahun; dan 1.3 Memastikan pengumpulan Cuti Rehat Khas bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat direkodkan ke dalam Buku Rekod Perkhidmatan pada setiap akhir tahun. 2. Bagi urusan persaraan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Ketua Jabatan hendaklah: 2.1 Menguruskan permohonan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat dengan menggunakan Borang JPA.BP.UMUM.B02. Pin seperti di lampiran B, pekeliling perkhidmatan Bilangan 7 tahun 2003. Ruangan Cuti Bawa Ke Hadapan di dalam borang di Lampiran B ini adalah tidak perlu diisi; dan 2.2 Mengemukakan borang tersebut bersama-sama borang dan dokumen persaraan atau permohonan faedah terbitan seperti dijelaskan di BAHAGIAN V dan VI, pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2003. 3. Jabatan Perkhidmatan Awam (Bahagian Pencen) berhak membetulkan apa-apa kesilapan perihal Cuti Rehat Khas bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan bagi tujuan persaraan. TARIKH KUAT KUASA 1. Pekeliling Perkhidmatan ini adalah berkuat kuasa mulai 1 Mac 2004. PEMBATALAN 1. Dengan berkuat kuasa Pekeliling Perkhidmatan ini, kemudahan Cuti Sambilan yang diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah perenggan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 dan perenggan 10, Lampiran D4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 tahun 1991 adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 1. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada Perkhidmatan Negeri serta Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.


IKRAR PERKHIDMATAN AWAM Kami, yang telah dilantik berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, membuat ikrar di sini, bahawa, semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, kami patuh dan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas–tugas ke arah ini, kami : ● Berazam meninggikan mutu perkhidmatan. ● Bekerja dengan penuh tanggungjawab. ● Berusaha mengikis sikap mementingkan diri. ● Berkhidmat dengan muhibah dan kemesraan. ● Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara. ● Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara. ● Berpegang teguh kepada ajaran agama. IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM Kami, pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut: PERTAMA : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah. KEDUA : Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan amalan rasuah. KETIGA : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan. KEEMPAT : Bekerjasama sepenuhnya dalam mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah. KELIMA : Bertindak tegas terhadap mereka yang mencuba mengugut integriti dan imej pegawai awam. KEENAM : Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.


TAKWIM


TAKWIM BPLTV


Click to View FlipBook Version