The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ulasan Filem Bisik Pada Langit oleh Kavitha Subramaniam 288797

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skavitha280199, 2023-07-07 14:57:55

Ulasan Filem Bisik Pada Langit

Ulasan Filem Bisik Pada Langit oleh Kavitha Subramaniam 288797

Ulasan Filem Bisik Pada Langit


Bisik Pada Langit ialah filem yang bertemakan keluarga yang menunjukkan pelbagai nilai dan pengajaran kepada penonton. Filem ini mengisahkan tentang perjalanan keluarga Wak dan Zainab yang mempunyai dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.


Siti Hajar telah terlibat dalam kemalangan di Australia, semasa naik motorsikal bersama-sama kekasihnya. Keluarga Wak berasa terkejut dan amat sedih apabila mengetahui tentang Siti Hajar yang terlibat dalam kemalangan. Disebabkan kemalangan itu harapan Wak musnah yang anak perempuannya akan menerima ijazah dan membantu keluarga yang selama ini hidup dalam serba kekurangan itu. Lebih meremukkan hati Wak Selamat adalah apabila beliau hanya mengetahui akan hobi anaknya yang gemar menunggang motosikal selepas dari kecelakaan yang menimpa Siti Hajar.


Wak merupakan seorang ayah yang tegas. Kita dapat mengetahui bahawa Wak tegas apabila menghalang anak perempuannya yang ingin menunggang motorsikal. Wak berbuat demekian kerana dia risau kalau terjadi apa-apa kepada anak perempuan.


Dalam masa yang sama, filem ini menunjukkan sifat berat sebelah dalam keluarga yang biasa berlaku dalam kehidupan kita. Pada pendapat saya, perbuatan ibu bapa yang berat sebelah adalah tidak baik. Selain itu sikap berat sebelah beleh menimbulkan sikap cemburu antara anak-anak seperti anak bongsu, Iqram dalam keluarga Wak yang sering disisihkan dalam semua perkara. Ini kerana ibu bapanya lebih memberi perhatian kepada si kakaknya.


Nilai-nilai kekeluargaan dan kisah kasih sayang seorang ayah yang tidak sama rata atau pilih kasih yang terlalu melebihkan anak perempua sehingga mengabaikan kelebihankelebihan anak yang lain tidak patut dijadikan sebagai contoh teladan.


Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version