Sajak Kucari Damai di Sini : Maksud
Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahawa dia mencari kedamaian
di negaranya yang makmur dan merdeka. Kemerdekaan
tersebut dianggap berada antara kenyataan dan impian.
Hal ini dikatakan demikian kerana wujudnya perasaan
ketidakpuasan hati antara rakyat. Namun demikian,
penyajak menyatakan bahawa perasaan negatif itu
perlu diubati dengan bersangka baik, iaitu dengan
menjadikan sejarah persaudaraan untuk membina rasa
kemanusiaan.
Rangkap 2
Penyajak menyatakan bahawa kedamaian juga dicari
dengan rasa kasih sayang dan dengan keperibadian
mulia rakyat Malaysia. Perasaan kasih-mengasihi yang
tulen perlu disemaikan dalam sanubari.
Rangkap 3
Penyajak menyatakan bahawa walaupun negara kita
ada masalah, tetapi kita masih boleh berdamai dan
hidup dengan aman di negara ini. Penyajak berharap
agar kemerdekaan yang dicapai akan berkekalan.
Segala masalah perlulah diatasi dengan bijak supaya
kejayaan yang tercipta menjadi kebanggaan generasi
akan datang.
Tema
Penghargaan terhadap kedamaian dan
kesejahteraan negara.
.
Persoalan
(a) Kedamaian hendaklah diusahakan
kerana kedamaian tidak akan datang
dengan sendirinya.
(b) Negara kita ialah negara yang aman
dan makmur.
(c) Kemerdekaan hendaklah
diperjuangkan agar beroleh kemajuan.
(d) Kedamaian akan wujud dengan
adanya nilai kasih sayang.
(e) Harapan agar kemerdekaan negara
kita akan menjadi kebanggaan generasi
akan datang.
Unsur Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi, Nada
(a) Paradoks. Contohnya, antara realiti dan mimpi.
(b) Hiperbola. Contohnya, membebat perasaan
kehidupan.
(c) Metafora. Contohnya, laman sukma.
(d) Repetisi. Contohnya, (perulangan
frasa Kucari damai di sini dalam rangkap 1, baris 1
dan rangkap 2, baris 1).
(e) Asonansi. Contohnya, dengan sejarah
persaudaraan (perulangan vokal a).
(f) Aliterasi. Contohnya, Kucari damai di
sini (perulangan konsonan d).
(g) Rima akhir bagi rangkap pertama
ialah abaccc dan rima akhir bagi rangkap
kedua aabca, dan rima akhir bagi rangkap
ketiga abbb.
.
Nada
Patriotik.
Bentuk dan Ciri-ciri Sajak
(a) Terdiri daripada tiga rangkap.
(b) Rangkap pertama mempunyai enam
baris, rangkap kedua mempunyai lima baris,
dan rangkap ketiga mempunyai empat baris.
(c) Bilangan katanya tiga hingga lapan patah
kata sebaris.
(d) Terdiri daripada enam hingga lapan belas
suku kata sebaris.
(e) Bentuknya bebas.
Nilai dan Pengajaran
Nilai
(a) Kesyukuran.
(b) Hormat-menghormati.
(c) Patriotisme.
(d) Keinsafan.
.
Pengajaran
(a) Kita mestilah berusaha mendapatkan dan
mengekalkan kedamaian.
(b) Kita hendaklah menghargai
kemerdekaan negara.
(c) Kita hendaklah memastikan kedamaian
negara terus berkekalan.
(d) Kita hendaklah menyelesaikan sebarang
krisis dengan bijaksana.
(e) Kita perlulah menjaga negara kita
dengan baik untuk diwariskan kepada
generasi akan datang.