[Type here]
0
[Type here]
ISI KANDUNGAN
Bil Kandungan Mukasurat
1. Punca Kuasa - Buku Peraturan Sekolah Dilaksanakan 3
2. Lagu NegaraKu, Lagu Sekolah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan 4
Visi, Misi dan Moto Sekolah
3. Pengenalan Disiplin Sekolah 5
4. Peraturan Sekolah 6
Garis Panduan Peraturan Disiplin Sekolah Untuk Murid Perkara 7
1 : Peraturan Am 7
5. 1.1 Waktu Persekolahan 7
8
1.2 Ketidakhadiran
1.3 Kehadiran Aktiviti Kokurikulum 9
9
6. Perkara 2 : Perhimpunan Sekolah 10
7. Perkara 3 : Waktu Rehat 10
10
8. Perkara 4 : Kebenaran keluar masuk kelas 10
10
Perkara 5 : Pakaian Seragam Sekolah 10
Pakaian Seragam Murid Lelaki
9. Pakaian Seragam Murid Perempuan 11
Pakaian Seragam Pengawas 11
Pakaian Pendidikan Jasmani 12
10. Perkara 6 : Lencana dan Tanda Nama 12
11. Perkara 7 : Rambut 13
13
12. Perkara 8 : Kebersihan Diri Dan Perhiasan 14
14
13. Perkara 9 : Keselamatan 14
9.1 Keselamatan Dalam Kawasan Sekolah 14
14
14. Perkara 10 : Barang-barang Larangan dan Kehilangan Barang 14
14
15. Perkara 11 : Keselamatan Dalam Kawasan Sekolah
16. Perkara 12` : Tingkahlaku Musnah Dan Jenayah
17. Perkara 13 : Lawatan Sambil Belajar
Perkara 14 : Tatatertib
14.1 Kawasan Sekolah
18. 142 Kelas
14,3 Pusat Sumber/Makmal Komputer/Ruang Solat
14.4 Tandas
1
[Type here]
17.5 Kantin 14
19. Perkara 15 : Kawasan-kawasan Larangan 17
17
20. Perkara 16 : Latihan Kebakaran Dan Kecemasan 18
21. Perkara 17 : Lantikan Pemimpin Kecil Sekolah 19
19
22. Perkara 18 : Lembaga Pengawas 20
23. Perkara 19 : Lawatan/Pelawat/Ibubapa
20
24. Perkara 20 : Kemalangan 20
20.1 Dalam Kawasan Sekolah 21
20.2 Di Luar Kawasan Sekolah 21
21
25. Perkara 21 : Peperiksaan 22
26. Perkara 22 : Bayaran Tambahan 22
23
27. Perkara 23 : Sakit Dan Penyakit Berjangkit
28. Perkara 24 : Rawatan Atau Cuti Sakit 23
29. Perkara 25 : Alatan Sukan 23
24
30. Perkara 26 : Harta Benda Sekolah 25
31. Perkara 27 : Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 29
32. Perkara 28 : Budi Pekerti/Tingkahlaku/Kelakuan yang patut
diamalkan.
33. Perkara 29 : Makluman Umum
34. Perkara 30 : Jenis-jenis Kesalahan Disiplin
35. Perkara 31 : Hukuman
36. Perkara 32 : Jenis Kesalahan, Hukuman dan Punca Kuasa
37. Perkara 33 : Pematuhan Norma Baharu
38. Borang Pengakuan
2
[Type here]
PUNCA KUASA
BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975
Para 4.
Peraturan-Peraturan Sekolah, (Sekolah Rules) Yang Bertulis Untuk Murid- Murid
Tindakan Oleh Tiap-Tiap Sekolah -Lampiran C
Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-
masing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud
yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya.Satu salinan peraturan
sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di
papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan pengetua hendaklah selalu
menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah
digubal itu. Pengawas-pengawas sekolah/Ketua-ketua murid (School Prefect)
mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan
pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka
juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu
pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatertib.
4.1. Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah yang
bertulis. Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah sekolah
sekarang tidaklah begitu lengkap dan teratur, misalnya tidak mempunyai tajuk
untuk tiap-tiap perkara. Guru-guru besar dan Pengetua-pengetua hendaklah
meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk
panduan mereka itu satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan
mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam Lampiran C. Guru Besar juga
boleh menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu
mengikut sekolah masing-masing.
Para 6
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan
perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas
mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara
tingkah laku yang baik dan buruk. Guru- guru hendaklah sentiasa ingat bahawa
tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat
sesuatu keputusan yang baik.
3
[Type here]
LAGU NEGARAKU LAGU SEKOLAH
Negaraku Sekolah Kebangsaan Pos Dipang
Tanah Tumpahnya Memberi Pendidikan Berkualiti
Darahku, Teguh Kita Bersatu Hati
Rakyat Hidup Untuk Mencapai Misi dan Visi
Bersatu Dan Maju,
Rahmat Bahagia Berdisiplin amalan semua
Tuhan Kurniakan, Cemerlang Dalam Pelajaran
Berusaha, Berilmu, Berwawasan
Raja Kita Tunggak Kami Pertahankan
Selamat Bertakhta, Sk Pos Dipang akan Cemerlang
Jasamu Pasti Sentiasa Dikenang
Rahmat Bahagia Warga Pendidik yang Terbilang
Tuhan Kurniakan. Sekolahku Selamanya Gemilang
Raja Kita SK Pos Dipang
Selamat Bertakhta Sekolah Kebanggaanku
Semoga Harum Namamu
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
VISI, MISI DAN MOTO
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan
Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
MOTO SEKOLAH
Kita Pemangkin Yang Menjana Kecemerlangan Sekolah Kita
4
[Type here]
PENGENALAN DISIPLIN SEKOLAH
DEFINISI DISIPLIN
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Muridan Kebangsaan Tahun
1979 mentakrifkan disiplin sebagai :
“…… kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-
undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.
Disiplin juga bermaksud kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat
sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain,
kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak menggangu
kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu sama
lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki
keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat
kepada masyarakat .”
MATLAMAT
1. Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu prestasi muridan
murid dari masa ke semasa.
2. Menambah dan memupuk minat dan semangat untuk belajar serta
menambah ilmu pengetahuan di kalangan murid.
3. Melahirkan generasi yang termurid dan bertanggungjawab serta berdisiplin,
bersatu padu dan setia kepada negara.
4. Melahirkan masyarakat berakhlak mulia dan taat kepada perintah agama.
5. Melahirkan insan yang kamil.
6. Mempertingkatkan serta mengekalkan keyakinan masyarakat
terhadap sekolah.
PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN
Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar
berikut :
• Keadilan dan layanan samarata
• Pertimbangan minat dan keperluan murid
• Kebebasan-tertakluk kepada undang-undang
• Perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan yang harmoni
• Perpaduan masyarakat dan negara
5
[Type here]
PERATURAN SEKOLAH
1. Dasar Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang
intelek, emosi, jasmani dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan
masyarakat Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan serta akhlak
mulia berketerampilan serta bertanggungjawab.
2. Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut para murid perlu
mendapat didikan dan bimbingan yang sempurna bagi melahirkan murid
yang berdisiplin tinggi dengan sahsiah yang baik.
3. Undang- undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu
mewujudkan ketenteraman dan keselesaan murid semasa waktu
pengajaran dan pembelajaran dan sepanjang murid berada di sekolah.
4. Semasa belajar di sekolah ini, semua murid hendaklah mematuhi semua
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah selaras dengan
peraturan dan disiplin murid sekolah-sekolah rendah di Malaysia.
5. Semua murid hendaklah bekerjasama dengan Guru Besar, Guru Penolong
Kanan, guru-guru, ibubapa atau penjaga dan kakitangan sekolah untuk
menjaga nama baik sekolah untuk meningkatkan disiplin diri.
6. Buku Peraturan Sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas
sebagai panduan dan makluman kepada murid-murid, guru-guru, ibubapa
atau penjaga serta kakitangan sekolah.
7. Buku Peraturan Sekolah ini, hendahlah dibawa oleh murid setiap hari ke
sekolah.
6
[Type here]
GARIS PANDUAN
PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH UNTUK MURID
PERKARA 1 : PERATURAN AM
1.1 WAKTU PERSEKOLAHAN
1.1.1 Kehadiran ke sekolah adalah wajib pada hari-hari persekolahan.
1.1.2 Waktu persekolahan adalah seperti berikut:
HARI WAKTU Waktu Pulang
PERSEKOLAHAN
Isnin TAHAP 1 TAHAP 2
Selasa 7.50 pagi
Rabu 7.50 pagi 12.40 petang 1.10 petang
Khamis 7.50 pagi 12.40 petang 1.10 petang
Jumaat 7.50 pagi 12.40 petang 1.10 petang
7.50 pagi 12.40 petang 1.10 petang
11.50 tengahari 11.50 tengahari
1.1.3 Murid yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah
boleh dikenakan tindakan disiplin.
1.1.4 Setiap murid adalah diwajibkan mematuhi arahan untuk hadir dan
menyertai apa jua kegiatan yang djalankan oleh pihak sekolah.
1.1.5 Kelas tambahan atau sekolah gantian adalah dianggap sebagai waktu
persekolahan biasa dan wajib dihadiri oleh murid.
1.1.6 Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari
kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru Penolong
Kanan.
1.1.7 Semua murid mesti tiba sekurang-kurangnya 10 minit sebelum loceng
pertama berbunyi.
1.1.8 Waktu persekolahan boleh bertambah mengikut keperluan atau
arahan Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan diberitahu jika ada
perubahan.
1.2 KETIDAKHADIRAN
1.2.1 Murid yang tidak hadir kerana sakit kerana atau sesuatu sebab
tertentu hendaklah memberitahu sekolah melalui guru kelas dengan
segera dan membawa bersama-sama surat akuan doktor atau
makluman daripada ibubapa apabila hadir semula ke sekolah dengan
menyatakan sebab-sebab yang munasabah.
1.2.2 Murid yang tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut turut atau lebih
hendaklah menyatakan sebab dengan mengemukakan surat daripada
doktor/ibu bapa/penjaga.
1.2.3 Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab atau akuan
doktor/ibu bapa/penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah dan
boleh diambil tindakan.
7
[Type here]
1.2.4 Murid dianggap hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti
kokurikulum.
1.2.5 Murid yang sampai lewat daripada jadual waktu sekolah akan
diambil tindakan yang sewajarkan.
TINDAKAN HARI TIDAK HADIR (BERTURUT- HARI TIDAK HADIR
TURUT/BERTERUSAN) (TIDAK BERTERUSAN/BERKALA)
1. Surat Pada hari ke-3 Pada hari ke 10
Amaran Pertama (tidak hadir hari ke 3) (tidak hadir hari ke 10)
2. Surat 7 hari selepas surat Amaran 10 hari selepas amaran
Amaran Kedua Pertama pertama
( Tidak hadir hari ke 10) (tidak hadir hari ke 20)
3. Surat 7 hari selepas surat 20 hari selepas amaran
Amaran Terakhir Amaran Kedua kedua
( Tidak hadir hari ke 17) (tidak hadir hari ke 40)
4. Buang 14 hari selepas Surat Amaran 20 hari selepas surat
Sekolah Terakhir amaran terakhir
(tidak hadir hari ke 31) (tidak hadir hari ke 60)
JUMLAH HARI TIDAK 30 HARI BERTERUSAN 60 HARI BERKALA
HADIR
1.3 KEHADIRAN AKTIVITI KOKURIKULUM
1.3.1 Kehadiran aktiviti kokurikulum adalah wajib untuk semua murid
tahun 3,4, 5 dan 6 mengikut jadual yang disediakan setiap Hari Rabu.
1.3.2 Semua murid Tahun 3 dan Tahap 2 diwajibkan menyertai ketiga-tiga
unit kokurikulum berikut :
• Unit Beruniform
• Persatuan / Kelab Akademik
• Permainan / Sukan
1.3.3 Murid mestilah memakai pakaian unit beruniform atau baju
pendidikan jasmani sekolah setiap kali mengikuti aktiviti
kokurikulum.
1.3.4 Selipar atau baju yang pelbagai tidak dibenarkan.
1.3.5 Sekiranya murid tidak hadir ke aktiviti kokurikulum tiga kali
berturut-turut tanpa sebab tindakan akan dikenakan.
8
[Type here]
PERKARA 2 : PERHIMPUNAN SEKOLAH
2.1 Hari perhimpunan sekolah adalah acara rasmi sekolah. Kehadiran semua
guru dan murid adalah diwajibkan.
2.2 Murid-murid hendaklah berada di tapak perhimpunan sebelum masa
yang ditetapkan.
2.3 Murid tidak dibenarkan membuat bising dan perlu mendengar segala
pesanan dan mematuhi arahan di perhimpunan.
2.4 Peraturan duduk beratur diketuai oleh ketua dan pen ketua kelas diikuti
murid yang sampai dahulu dihadapan dan murid yang lambat
dibelakang.
2.5 Murid-murid dikehendaki duduk di kerusi yang telah disediakan di
barisan kelas masing-masing.
2.6 Murid mesti berdiri tegak (sedia) bila lagu Kebangsaan, Lagu Negeri
Perak dan Lagu Sekolah dinyanyikan.
2.7 Semasa berjalan masuk ke kelas, murid kekal dalam barisan kelas
masing-masing dan berjalan dalam suasana yang tenang dan tidak
hingar-bingar.
PERKARA 3 : WAKTU REHAT
3.1 Dalam Pengurusan Norma Baharu Pembukaan Semula sekolah, semua
murid dikehendaki makan di dalam kelas dan tidak dibenarkan keluar ke
kantin pada masa rehat.
3.2 Pengawas bertugas akan mengambil bakul makanan dan minuman di
kantin sekolah untuk diedarkan kepada murid.
3.3 Semua murid dikehendaki beratur dan mengamalkan penjarakan diri
semasa mengambil makanan dan minuman.
3.4 Murid dikehendaki menyusun kembali bekas makanan/minuman yang
telah digunakan dan membersihkan meja masing-masing.
3.5 Waktu rehat murid ialah:
TAHAP WAKTU MULA WAKTU AKHIR
Tahap 1 9.50 pagi 10.20 pagi
Tahap 2 10.20 pagi 10.40 pagi
9
[Type here]
PERKARA 4 : KEBENARAN KELUAR MASUK KELAS
4.1 Keluar kelas perlu ada PAS KELUAR, tanpa pas dianggap tanpa kebenaran.
4.2 Keluar kelas ke tandas atau sebarang urusan, murid mesti mendapat
kebenaran guru (sedang mengajar) atau ketua/penolong ketua darjah jika
guru tiada.
4.3 Murid perempuan digalakkan bergerak berdua untuk keselamatan.
PERKARA 5 : PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
5.1 PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI
5.1.1 Seluar panjang berwarna biru gelap.
5.1.2 Ukuran seluar hendaklah berfesyen sederhana. tidak dibenarkan
memakai seluar yang sempit, terlalu kecil kakinya atau jenis bell
bottom/baggy, terlalu singkat (melepasi buku lali) atau terlalu
labuh.
5.1.3 Baju kemeja sekolah berwarna putih, berlengan pendek atau panjang,
berpoket satu sahaja di sebelah kiri, tidak berfesyen besar dan tidak
terlalu ketat. Sekiranya memakai baju kemeja lengan panjang tidak
dibenarkan melipat lengan baju tersebut. Baju dimasukkan ke dalam
seluar.
5.1.4 Kasut kanvas hitam bertapak rata dan rendah tidak melebihi
setengah inci dipakai dengan stoking hitam berukuran sejengkal
daripada buku lali.
5.1.5 Murid dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi
mengelakkan kehilangan kasut.
5.1.6 Tali pinggang hendaklah berwarna gelap yang kepalanya tidak besar
dan tidak berhias.
5.2 PAKAIAN MURID PEREMPUAN
5.2.1 Baju pinafore atau baju kurung sekolah berwarna putih, berlengan
panjang. Tidak berfesyen, tidak terlalu besar dan tidak terlalu ketat.
5.2.2 Tidak dari jenis kain yang jarang.
5.2.3
5.2.4 Kain sarung warna biru gelap, tidak terlalu singkat (melepasi buku
lali) dan tidak terlalu labuh sehingga menyapu lantai.
5.2.5 Bertudung putih dan anak tudung berwarna putih sahaja.
5.2.6 Kasut kanvas hitam penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi
setengah inci dipakai dengan stokin hitam berukuran sejengkal
daripada buku lali.
Murid dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi
mengelakkan kehilangan kasut.
Dilarang memakai alat-alat solek dan barang-barang kemas ke
sekolah.
10
[Type here]
5.3 PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH
5.3.1 Lelaki
Baju kuning cair lengan panjang, seluar panjang berwarna biru
gelap dan tali leher berlambang sekolah. Kasut kanvas hitam dan
sarung kaki hitam.
5.3.2 Perempuan
Baju kurung kuning cair dengan sarung berwarna biru tua dan tudung
kuning cair (jika bertudung) serta Kasut kanvas hitam dan sarung kaki
hitam.
5.4 PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI
5.4.1 Murid dikehendaki memakai baju t-shirt mempunyai logo dan nama
sekolah sahaja yang dibeli di kedai buku sekolah dan seluar trek
5.4.2
5.4.3 berwarna biru gelap.
T-shirt putih lengan pendek atau panjang sementara sahaja
dibenarkan sebelum memdapat t-shirt berlogo sekolah.
Murid dilarang memakai uniform semasa muridan Pendidikan
Jasmani.
PERKARA 6 : LENCANA DAN TANDA NAMA
6.1 Murid-murid diwajibkan memakai lencana sekolah dan tanda nama samada
pada hari-hari persekolahan biasa atau semasa menyertai aktiviti lawatan
kokurikulum.
PERKARA 7 : RAMBUT
7.1 Murid lelaki ditegah berambut panjang, rambut murid lelaki mestilah
sentiasa pendek.
7.2 Murid tidak dibenarkan mewarna rambut dan mengenakan fesyen-fesyen
tertentu.
7.3 Murid lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi (crew cut) seperti
yang diarah dalam Surat Pekeliling Ikhtisas bil 2/1976 .
7.4 Rambut murid perempuan yang melebihi paras bahu hendaklah didandan
atau diikat dengan kemas menggunakan riben warna putih atau biru tua.
7.5 Rambut hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.
11
[Type here]
PERKARA 8 : KEBERSIHAN DIRI DAN PERHIASAN
8.1 Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai dilarang
sama sekali.
8.2 Sebarang alat solek termasuk celak adalah dilarang.
8.3 Murid dilarang memakai barang-barang kemas seperti cincin, gelang,
rantai leher dan rantai kaki.
8.4 Murid tidak dibenarkan “berkaca mata gelap” (sun glass).
8.5 Murid dilarang memakai contact lens, selipar, terompah, seluar corak
bewarna-warni,pakaian jeans dan pakaian tidak menutup aurat semasa ke
sekolah.
8.6 Setiap murid dikehendaki berpakaian lengkap, bersih dan kemas,
mematuhi peraturan-peraturan, dan cara memakai yang ditetapkan
semasa berada dikawasan sekolah.
8.7 Murid diingatkan kerap membasuh tangan atau memakai hand sanitizer
semasa berada di sekolah terutamanya ketika membuat sebarang aktiviti.
PERKARA 9 : KESELAMATAN
9.1 KESELAMATAN DALAM KAWASAN SEKOLAH
9.1.1 Murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa
kebenaran.
9.1.2 Murid yang perlu pulang semasa pembelajaran dijalankan atas sebab
yang mustahak mesti mendapat kebenaran bertulis Guru
Besar/Guru Kanan dan mencatat nama dalam BUKU KELUAR KAWASAN
SEKOLAH serta diiringi penjaga.
9.1.3 Murid yang memerlukan rawatan doktor hendaklah mendapat
BORANG RAWATAN dan ditandatangani oleh Guru Besar/Guru Kanan.
9.1.4 Murid tidak dibenarkan bercakap dengan orang luar atau pelawat
termasuk ibubapa semasa waktu belajar kecuali dengan kebenaran
Guru Besar / Guru Kanan.
9.1.5 Jika terdapat orang luar yang mencurigakan di dalam Kawasan
sekolah, hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Guru Besar /
Guru Kanan/Guru Bertugas.
9.1.6 Sebarang kemalangan yang berlaku di dalam Kawasan sekolah
mestilah diberitahu kepada Guru Bertugas/Guru Pengawas.
9.1.7 Murid perempuan tidak dibenarkan berada di tempat sunyi
berseorangan.
12
[Type here]
PERKARA 10 : BARANG LARANGAN DAN
KEHILANGAN BARANG
10.1 Barang-barang larangan adalah DILARANG dibawa ke kawasan sekolah
iaitu :
10.2 1) Membawa,mengedar atau menghisap ROKOK (SPI 4/1997), VAPE atau
10.3
10.4 sebarang jenis inhalan di sekolah (Rujuk SPI 8/1986)
10.5 2) Radio walkman, MP4, discman dan sebarang jenis mainan.
3) Telefon bimbit termasuk charger, SIM card, kamera dan lain- lain alat
aksesori berkaitan. (Rujuk SPI 2/2009)
4) Rokok/ mancis/pemetik api.
5) Gula-gula getah (chewing gum )
6) Minuman keras.
7) Barang kemas dan sebarang bentuk perhiasan termasuk pin baju.
8) Buku/majalah/risalah/gambar/CD/VCD berunsur lucah.
9) Benda-benda tajam dan berbahaya.
10) Makanan ‘junk food’
11) Barang-barang lain yang disifatkan oleh Guru Besar tidak perlu dan
membahayakan keselamatan murid.
Barang-barang larangan yang dirampas oleh pihak sekolah TIDAK
dipulangkan kepada murid.
Murid yang kehilangan barang hendaklah melaporkan kepada Guru
Kelas/Guru Bertugas/Guru Kanan HEM.
Murid yang menjumpai barang-barang dimana sahaja di dalam Kawasan
sekolah, hendaklah menyerahkannya kepada mana- mana guru/Guru
Bertugas/Pengawas/Guru Kanan HEM. Adalah menjadi kesalahan kepada
murid yang menyimpan barang yang dijumpai tanpa kebenaran.
Murid tidak digalakkan membawa wang yang banyak ke sekolah serta
menggunakan alat-alat yang mahal harganya.
PERKARA 11 : KESELAMATAN DALAM KAWASAN
SEKOLAH
11.1 Tingkahlaku sopan dan berbudi bahasa.
11.2 Menghormati guru, pengawas dan murid/kawan.
11.3 Tidak menganggu pengajaran dan pembelajaran.
11.4 Tidak berkelakuan membahayakan diri dan kawan.
11.5 Tidak ponteng kelas, sekolah, perhimpunan,kelas tambahan, kegiatan
kokurikulum atau lain-lain aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
11.6 Dilarang datang awal ke sekolah dan tidak berkeliaran di kawasan
sekolah.
11.7 Tidak makan di luar waktu rehat yang ditetapkan dan sentiasa
menghargai kepentingan masa.
13
[Type here]
PERKARA 12 : TINGKAH LAKU MUSNAH DAN JENAYAH
12.1 Tidak merosakkan harta benda sekolah, guru-guru, kantin dan kawan-
kawan.
12.2 Dilarang mencederakan guru/pengawas atau murid lain.
12.3 Dilarang membuli, memeras ugut dan mencabul kehormatan.
12.4 Dilarang menunjuk perasan/menganggu ketenteraman sekolah.
12.5 Dilarang membawa benda berunsur lucah dan tidak bermoral.
12.6 Tidak menjudi/bertaruh, mencuri, melawan/mengancam/ memukul.
PERKARA 13 : LAWATAN SAMBIL BELAJAR
13.1 Murid tidak dibenarkan menganjurkan lawatan sendiri atau kumpulan atas
nama sekolah.
13.2 Hendahlah mendapat surat izin waris dan memakai pakaian seragam
sekolah ketika lawatan.
13.3 Hendaklah menjaga tingkahlaku dan peraturan lawatan yang ditetapkan
oleh guru pengiring.
PERKARA 14 : TATATERTIB
14.1 KAWASAN SEKOLAH
14.1.1 Murid adalah diwajibkan berada di dalam kawasan sekolah pada
14.1.2 waktu persekolahan.
14.1.3 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang
14.1.4 waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru.
Murid yang dibenarkan keluar mestilah memakai “PAS KELUAR”.
14.1.5 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan murid-murid tidak
14.1.6 dibenarkan meninggalkan kelas walaupun ke tandas kecuali
mendapat kebenaran guru.
14.1.7
Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu
belajar dengan tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa
belajar, murid-murid tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat,
menjalankan kegiatan persatuan, membawa surat-surat
pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting.
Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab
tertentu hendaklah mendapat kebenaran dari guru kelas.
Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran
waktu umpamanya ke tandas atau lainnya. Setiap ketua kelas
bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk
mengajar.
Sekiranya murid sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, murid
14
[Type here]
14.1.8 berkenaan hendaklah mendapatkan kebenaran dari guru kelas
dengan mengisi borang daftar sakit. Maklumat tersebut mesti
diserahkan kepada guru bertugas mingguan.
Sekiranya murid hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab
tertentu, murid hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari
Guru Besar, Penolong Kanan atau Guru kelas dengan mengisi borang
Daftar Keluar Murid.
14.2 KELAS
14.2.1 Murid di dalam sesebuah kelas bertanggungjawab akan keselamatan
harta benda sekolah di dalam bilik darjah masing-masing. Sebarang
kerosakan yang disebabkan oleh murid samada disengajakan atau
tidak, murid kelas berkenaan wajib bertanggungjawab.
14.2.2 Semua murid di dalam kelas bertanggungjawab tentang
kesempurnaan bilik darjah dari segi lantai, dinding, tingkap, lampu,
kerusi, meja dan sebagainya. Bilik darjah hendaklah sentiasa dalam
keadaan bersih, kemas dan ceria.
14.2.3 Semasa ketiadaan guru dalam bilik darjah, ketua kelas, penolong dan
pengawas kelas berkenaan bertanggungjawab menjaga
ketenteraman bilik darjah dan hendaklah mencari guru yang
sepatutnya mengajar pada waktu tersebut.
14.2.4 Keluar kelas mesti dengan kebenaran guru atau ketua kelas atau
penolong ketua kelas. Hanya dua orang murid (seorang lelaki dan
seorang perempuan) dibenarkan keluar untuk satu-satu masa dan
diwajibkan memakai Pas Kebenaran Keluar Kelas. Murid perempuan
digalakan bergerak berdua untuk keselamatan.
14.2.5 Setiap murid hendaklah meminta izin guru sebelum masuk atau
keluar jika guru berada di dalam kelas dan meminta izin ketua kelas
ketika jika tidak ada.
14.2.6 Murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada masa
rehat.
14.3 PUSAT SUMBER/ MAKMAL SAINS/ RUANG SOLAT/
14.3.1 Semua murid hendaklah beratur dan berjalan dalam keadaan
tenang ketika ke pusat sumber, makmal komputer, makmal Sains
dan bilik-bilik khas yang lain. Tidak dibenarkan singgah dimana-
mana ketika dalam perjalanan itu. Murid tidak dibenarkan masuk ke
bilik tersebut selagi guru tiada di dalamnya.
14.3.2 Murid adalah bertanggungjawab akan keselamatan harta benda
sekolah di dalam pusat sumber/makmal komputer/ruang solat/
makmal Sains. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh murid
samada disengajakan atau tidak, murid kelas berkenaan wajib
bertanggungjawab.
15
[Type here]
14.4 TANDAS
14.4.1 Murid wajib memastikan tandas dalam keadaan bersih sebelum dan
selepas digunakan.
14.4.2 Murid yang memakai “PAS KELUAR” sahaja dibenarkan berada di
tandas kecuali pada waktu rehat.
14.4.3 Murid tidak dibenarkan bermain-main di tandas.
14.4.4 Murid yang ingkar dalam menjaga kebersihan tandas dan tidak
mengikut tatacara penggunaan tandas yang betul akan dikenakan
tindakan disiplin.
14.5 KANTIN
14.5.1 Murid-murid hendaklah beratur dengan senyap dan tidak berebut -
rebut semasa membeli makanan dan minuman di kantin sekolah.
14.5.2 Murid dibenarkan berada di kawasan kantin hanya pada waktu pagi
(hanya untuk membeli makanan sahaja)
14.5.3 Murid wajib memastikan kantin sentiasa berada dalam keadaan
bersih sebelum dan selepas digunakan.
14.5.4 Murid diwajibkan mengikuti segala peraturan kantin.
14.5.5 Peraturan kantin :
Beratur semasa membeli makanan.
Jangan berebut ketika membeli makanan.
Amalkan sikap bersopan-santun dan beradab ketika membeli
makanan.
Selepas membeli makanan, murid dikehendaki berada di dalam
kelas.
Basuh tangan sebelum dan selepas makan.
Makanlah dengan sopan dan elakkan pembaziran.
Letakkan bekas makanan dan minuman yang telah digunakan ke
dalam besen yang disediakan.
Pastikan semua sampah dibuang ke dalam tong sampah.
Sila guna dengan cermat segala kemudahan yang ada di kantin.
16
[Type here]
PERKARA 15 : KAWASAN LARANGAN
15.1 Semua murid DILARANG berada di tempat-tempat berikut kecuali dengan
kebenaran guru/pihak berkuasa sekolah.
Bilik-bilik darjah, stor sukan, bilik khas, makmal dan pondok
keselamatan sebelum waktu persekolahan, semasa rehat dan selepas
waktu balik.
Pejabat sekolah, bilik guru serta kawasan sekitarnya.
Tandas guru dan sekitarnya.
Tandas murid lelaki bagi murid perempuan dan tandas murid
perempuan bagi murid lelaki.
Kawasan letak kereta guru.
Kantin sekolah jika bukan waktu pagi.
Dewan sekolah
Lain-lain tempat yang diumumkan dari masa ke semasa.
PERKARA 16 : LATIHAN KEBAKARAN & KECEMASAN
16.1 Sesiapa setelah ternampak kebakaran hendaklah tanpa ragu- ragu
membunyikan loceng isyarat (Penggera kebakaran) atau fire alarm yang
berhampiran.
16.2 Sekiranya loceng penggera kebakaran dibunyikan hal ini bermaksud
amaran bahawa / kejadian kecemasan / kebakaran berlaku dalam
bangunan itu.
16.3 Apabila loceng isyarat dibunyikan (masa berdering adalah lama), murid-
murid hendaklah segera beratur dalam satu barisan dengan serta merta,
kemudian meninggalkan bilik darjah mengikut laluan atau tangga yang
telah ditetapkan bersama-sama dengan guru mengajar pada masa itu.
16.4 Murid-murid mestilah berjalan dengan senyap dan pantas tanpa terburu-
buru berlari dan tanpa potong-memotong sehingga sampai ke tapak
perhimpunan atau padang / kawasan lapang yang telah ditetapkan.
16.5 Murid-murid yang berada ditempat lain (bilik-bilik khas) juga hendaklah
segera meninggalkan tempat itu dan menuju ke laluan yang paling hampir.
16.6 Berkumpul (barisan duduk) mengikut kelas yang telah ditetapkan. Ketua
kelas hendaklan memastikan bilangan murid dan memaklumkan kepada
guru kelas dengan segera jika jumlah murid tidak mencukupi.
16.7 Guru kelas hendaklah membawa buku kedatangan kelas masing-masing
dan membuat bancian serta melaporkan dengan segera kepada guru
bertugas atau pihak pentadbiran jika ada kehilangan murid.
16.8 Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Rendah (atau guru yang berada dalam
pejabat) hendaklah mengambil semua buku kedatangan murid (jika ada)
16.9 Patuhi segala arahan semasa berada di tempat berkumpul atau sentiasa
berada dalam tertib/duduk berbaris. Jangan bergerak sehingga
dimaklumkan.
17
[Type here]
16.10 Guru-guru hendaklah mengawal segala pergerakan murid untuk
menghindarkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
16.11 Tidak dibenarkan sesiapa pun meninggalkan perhimpunan tanpa
kebenaran Guru Bertugas.
PERKARA 17 : LANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH
17.1 Perlantikan dan pemilihan Pemimpin Kecil Sekolah akan dibuat oleh satu
Jawatankuasa Pemilih yang diketuai oleh Guru Besar.
17.2 Jawatankuasa Pemilih ini boleh menyingkirkan seseorang itu dari sebarang
jawatan pemimpin kecil sekolah yang dipegangnya sekiranya perlu dengan
sebab-sebab yang munasabah.
17.3 Jawatan yang diwatikahkan kepada Pemimpin Kecil ini tidak bersifat hakiki.
Lantikan ini akan diperbaharui setiap tahun bergantung kepada kelayakkan
murid dan perlantikan akan dilakukan setelah dipersetujui oleh
Jawatankuasa Pemilih.
17.4 Kriteria-kriteria kelayakan:
Prestasi akademik yang baik
Akhlak dan sahsiah yang terpuji
Sifat kepimpinan
Penampilan diri yang kemas
Aktif dalam kegiatan sekolah dan aktiviti kokurikulum
Kehadiran ke sekolah yang memuaskan
17.5 Lain-lain kelayakan :
Bertanggungjawab dengan sepenuhnya
Berwibawa dan bekerjasama
Rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan
Jujur
Menepati masa
17.6 Semasa menjalankan tugas, pemimpin-pemimpin kecil sekolah perlu
bersikap tegas dalam masa yang sama bersopan santun dengan semua
murid.
17.7 Pemimpin-pemimpin kecil sekolah tidak boleh bertindak sesuka hati diluar
batas undang-undang sekolah.
17.8 Sekiranya terdapat murid yang enggan mengikut arahan pemimpin kecil
sekolah atau melanggar peraturan, segera laporkan kepada guru.
17.9 Berikut adalah jawatan-jawatan bagi pemimpin kecil sekolah :
Pengawas Sekolah
Pengawas Pusat Sumber (PSS)
Ketua Kelas
Penolong Ketua Kelas
17.10 Peraturan-Peraturan Muridan(Disiplin Sekolah) 1959.Peraturan 6.
Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari masa ke semasa, tertakluk kepada
apa-apa syarat dan hal yang ditakrifkannya patut, mewakilkan kuasa
18
[Type here]
disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain di
sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud
itu, tetapi kecuali yang disebut di atas, tiada seorang pun guru atau murid
boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan nyata dari Guru
Besar dalam sesuatu hal yang tertentu.
17.11 Pemimpin Kecil Sekolah yang terlibat dengan salahlaku disiplin yang
serius akan digugurkan dan hilang kelayakkan memegang jawatan yang
disandang.
PERKARA 18 : LEMBAGA PENGAWAS
18.1 Lembaga Pengawas adalah di bawah jagaan Guru Disiplin. Lembaga
Pengawas bertanggungjawab dan berfungsi sebagai mata dan telinga
pihak pentadbiran sekolah untuk mengekalkan disiplin yang baik.
18.2 Lembaga Pengawas berfungsi bagi melaksanakan peraturan- peraturan
disiplin dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada murid lain
dalam segala bidang.
18.3 Pengawas sebagai pemimpin kecil di kalangan murid dan menjadi
penghubung diantara murid dengan pihak pentadbir sekolah serta
membantu guru-guru atau pihak sekolah dalam hal yang tertentu.
18.4 Bertanggungjawab memastikan murid mematuhi peraturan sekolah dan
hendaklah melaporkan kepada Guru Disiplin sebarang kejadian yang
melanggar peraturan sekolah.
18.5 Pengawas berhak menegur, melapor dan mencatat kesalahan murid tetapi
tidak boleh mengenakan sebarang hukuman kepada murid.
18.6 Pengawas-pengawas yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan
tindakan tatatertib.
PERKARA 19 : LAWATAN PENJAGA/PELAWAT
19.1 Murid-murid dikehendaki menghormati dan memberi salam kepada mana-
mana pelawat yang hadir ke sekolah ini.
19.2 Semua pelawat termasuk ibu bapa/penjaga perlu mengimbas suhu dan
menulis kehadiran di pondok pengawal dahulu dan perlu berjumpa dengan
Guru Besar untuk mendapatkan kebenaran. Pelawat tidak dibenarkan pergi
sendiri ke kelas atau ke bilik guru untuk berjumpa dengan murid atau guru.
19.3 Perjumpaan pelawat dengan murid dan guru hanya dilakukan di tempat
yang dikhaskan oleh pihak sekolah sahaja.
19.4 Segera membuat laporan kepada guru-guru jika disyaki atau melihat
individu-individu yang mencurigakan masuk ke kawasan sekolah.
19
[Type here]
PERKARA 20 : KEMALANGAN
20.1 DALAM KAWASAN SEKOLAH
20.1 Murid hendaklah melaporkan segera pada Guru Bertugas.
20.2 Murid yang cedera mesti dapatkan rawatan kecemasan mengikut
keadaan kemalan.
20.3 Sekiranya kemalangan serius, guru bertugas akan menghantar
murid berkenaan ke klinik berhampiran dan melaporkan kepada
ibubapa/penjaga murid.
20.2 DI LUAR KAWASAN SEKOLAH
20.2.1 Murid hendaklah mendapatkan rawatan kecemasan mengikut
keadaan kemalangan.
20.2.2 Ibubapa/penjaga segera laporkan kepada pihak sekolah dengan
dokumen yang lengkap untuk urusan tuntutan insuran.
PERKARA 21 : PEPERIKSAAN
21.1 Murid hendaklah hadir ke sekolah untuk menduduki sebarang peperiksaan
mengikut jadual waktu peperiksaan yang telah ditetapkan.
21.2 Murid yang tidak hadir pada hari peperiksaan tanpa alasan yang
munasabah dikira TIDAK HADIR dan tidak dibenarkan untuk mengulang
semula kertas peperiksaan tersebut.
21.3 Murid dilarang meniru waktu peperiksaan/ujian dan ketidakhadiran tanpa
sebab boleh dianggap gagal dalam matamuridan yang tidak diambilnya.
PERKARA 22 : BAYARAN TAMBAHAN
22.1 Semua murid dikehendaki menjelaskan bayaran tambahan sekolah yang
diluluskan JPN Perak kepada guru kelas.
22.2 Derma untuk PIBG bagi satu keluarga ditetapkan mengikut ketetapan
dalam Mesyuarat Agung PIBG dan sebarang perubahan akan diberitahu
dari masa ke semasa.
22.3 Resit bayaran rasmi atau sementara bagi menandakan bayaran telah
dibuat hendaklah disimpan sebagai bukti semasa membuat bantahan atau
bila-bila masa dikehendaki.
20
[Type here]
PERKARA 23 : SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT
23.1 Murid-murid yang sakit/bergejala/cedera hendaklah segera memberitahu
Guru Kelas atau Guru Bertugas.
23.2 Murid-murid yang menghidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah
sehingga sembuh.
23.3 Murid yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan dan
mestilah mendapat kebenaran dari pihak sekolah.
23.4 Murid-murid yang uzur (kurang sihat) dan tidak boleh mengikuti Pelajaran
Pendidikan Jasmani dikehendaki berada di lapangan Pendidikan Jasmani
juga. Tidak dibenarkan berada di dalam kelas.
23.5 Murid-murid yang kurang sihat/bergejala tidak sepatutnya hadir ke
sekolah kerana mereka tidak berupaya mengikuti pembelajaran seperti
biasa. Ibubapa/Penjaga seharusnya membawa anak-anak mendapatkan
rawatan terlebih dahulu.
PERKARA 24 : RAWATAN ATAU CUTI SAKIT
24.1 Murid yang hendak ke hospital/klinik hendaklah mendapat kebenaran Guru
Besar atau Guru Penolong Kanan atau Guru Bertugas dengan mengisi
borang rawatan. Murid-murid yang hendak ke rumah sakit mesti dengan
ibubapa / penjaga
24.2 Murid yang mendapat cuti dibenarkan pulang ke rumah..
24.3 Sekiranya murid tidak memerlukan rawatan dan hanya perlu berehat,
murid dibenarkan berehat di bilik yang sesuai dengan kebenaran guru
bertugas dan dicatatkan dalam buku kawalan kelas.
24.4 Murid yang sakit hanya dibenarkan pulang dengan dijemput oleh
ibubapa/penjaga atau dintar oleh Guru Bertugas.
PERKARA 25 : ALATAN SUKAN
25.1 Mengambil atau menggunakan peralatan Pendidikan Jasmani/
Permainan/ Sukan mestilah mendapat kebenaran guru dan tidak
dibenarkan murid mengambilnya sendiri.
25.2 Semua peralatan sekolah yang digunakan hendaklah dijaga dengan baik
25.3 Murid-murid dilarang keras mencuri peralatan sukan dan pendidikan
jasmani.
25.4 Alatan yang rosak atau hilang semasa digunakan adalah menjadi
tanggungjawab kepada murid yang berkenaan.
25.5 Murid perlu menyimpan semula peralatan sukan yang telah digunakan ke
dalam stor sukan dalam keadaan baik dan teratur.
21
[Type here]
PERKARA 26 : HARTA BENDA SEKOLAH
26.1 Usaha menjaga harta sekolah adalah tanggungjawab bersama. Semua
pihak hendaklah menggunakan dan menjaga setiap kemudahan yang
disediakan di sekolah dengan sebaik-baiknya, dalam masa yang sama
bekerjasama membenteras perbuatan memusnahkan harta benda sekolah.
26.2 Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan sama ada sengaja/tidak
sengaja, murid/kumpulan murid terlibat dikehendaki mengganti/
membayar harga barang tersebut.
PERKARA 27 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
Peraturan Penggunaan Buku Teks perlu diberi perhatian serius dan dipatuhi oleh
murid yang meminjam buku teks.
27.1 Semua Buku teks yang dipinjam oleh murid adalah hak kerajaan.
27.2 Pihak sekolah akan mengeluarkan dan membahagikan buku teks kepada
murid yang layak menerimanya berdasarkan syarat- syarat yang
27.3 ditetapkan oleh SPBT KPM.
Pihak sekolah berhak menarik balik buku-buku Teks SPBT dari murid jika :
27.4
27.5 a) Berhenti atau tamat sekolah
27.6
b) Murid didapati cuai menjaga buku teks SPBT.
27.7 Menjadi tanggungjawab murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku
27.8 tersebut.
27.9 Murid diwajibkan menulis nama di bahagian belakang buku teks dan
27.10 menyampul/membalutnya dengan plastik pembalut buku jernih.
27.11 Murid dilarang menulis sebarang catatan atau melukis
/menconteng/mengotorkan buku teks kecuali menulis nama dan kelas di
ruangan yang disediakan.
Pindaan hakmilik yang telah ditetapkan dilarang kecuali mendapat
kebenaran guru SPBT.
Buku Teks yang hilang hendaklah dilaporkan dengan segera guru kelas
atau guru SPBT untuk tindakan selanjutnya.
Murid yang terjumpa buku teks SPBT hendaklah mengembalikan kepada
murid berkenaan atau Guru SPBT.
Murid yang tidak memulangkan dan telah merosakkan buku teks mestilah
membayar gantirugi mengikut nilai buku dalam tempoh yang ditetapkan.
Pihak sekolah berhak menuntut daripada ibubapa/penjaga. Dan murid
tersebut tidak akan dipertimbangkan untuk pinjaman tahun berikutnya.
Murid yang berpindah masuk atau keluar hendaklah membawa bersama
buku Teks tersebut.
22
[Type here]
PERKARA 28 : BUDI PEKERTI / TINGKAH LAKU /
KELAKUAN YANG PATUT DIAMALKAN
28.1 Murid-murid hendaklah sentiasa mematuhi segala arahan
/pesanan/nasihat dan amanah yang diberikan oleh guru.
28.2 Murid-murid hendaklah sentiasa menunjukkan perilaku yang baik di
sekolah dan di luar sekolah.
28.3 Bersopan santun semasa bercakap/berbicara dengan guru, kakitangan
sekolah, pekerja-pekerja sekolah, pelawat-pelawat yang datang ke sekolah
dan kawan-kawan iaitu memulakan perbualan dengan ucapan salam
hormat.
28.4 Sentiasa berhasrat ingin menjaga nama baik sekolah.
28.5 Murid-murid hendaklah mengelakkan diri dari merahsiakan/bersubahat
sebarang kegiatan jahat yang mereka lihat/ketahui di kawasan sekolah.
PERKARA 29 : MAKLUMAN UMUM
29.1 Segala peraturan di atas adalah tertakluk kepada penyesuaian masa/
keadaan yang diputuskan oleh Lembaga Tatatertib sekolah atau atas
nasihat Guru Besar.
29.2 Selain wajib mematuhi peraturan-peraturan di dalam buku peraturan ini
murid-murid wajib akur kepada peraturan lain yang digubal oleh pihak
sekolah yang tidak tercatat di dalam buku ini.
29.3 Murid-murid juga dikehendaki mematuhi arahan-arahan / peraturan-
peraturan dari masa ke semasa yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.
29.4 Murid-murid sebagai manusia yang Allah kurniakan akal fikiran hendaklah
memahami bahawa hidup ini penuh dengan peraturan walau di mana jua
kita berada.
29.5 Justeru itu semua murid mestilah mematuhi dan menghormati peraturan
sekolah yang telah ditetapkan pada bila-bila masa selagi menjadi murid di
SK Pos Dipang.
PERKARA 30 : JENIS-JENIS KESALAHAN DISIPLIN
30.1 Terdapat tiga kategori kesalahan iaitu kesalahan ringan, kesalahan
sederhana dan kesalahan berat :
i. Kesalahan ringan menggunakan kod R
ii. Kesalahan sederhana menggunakan kod S
iii. Kesalahan berat menggunakan kod B
23
[Type here]
30.2 Ianya dapat dibahagikan kepada LIMA bahagian yang utama iaitu:
i. Tingkahlaku Jenayah
ii. Tingkahlaku Lucah
iii. Tingkahlaku Anti-Sosial
iv. Tingkahlaku Tidak Jujur dan
v. Tingkahlaku Tidak sopan
PERKARA 31 : HUKUMAN
31.1 Hukuman yang dikenakan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama,
berdasarkan kepada jenis dan beratnya salahlaku tersebut :
i. Tindakan menghukum
ii. Tindakan pencegahan
iii. Tindakan polis
31.2 Jenis hukuman yang akan dilaksanakan adalah :
• Amaran
• Denda
• Penahanan dalam kelas
• Hukuman Rotan
• Gantung Persekolahan
• Buang daripada sekolah
31.3 Tujuan utama menghukum murid adalah untuk mencegah berlakunya
salahlaku dari perbuatan melanggar disiplin.
31.4 Dalam memutuskan hukuman yang paling sesuai atau patut
dikenakan,Guru Besar/Guru Disiplin akan menimbangkan keperluan
mengenakan satu hukuman yang boleh memberi kesan mencegah bukan
sahaja kepada mereka yang berkemungkinan melakukan kesalahan yang
serupa, bahkan juga kepada yang melakukan salahlaku itu sendiri supaya
mereka tidak mengulangi salahlaku itu. Satu sistem hukuman bersifat
mencegah bergantung kepada beratnya hukuman itu.
24
[Type here]
PERKARA 32 : JENIS KESALAHAN, HUKUMAN DAN
PUNCA KUASA
32. 1 Kesalahan Berat
25
[Type here]
26
[Type here]
32.2 Kesalahan Sederhana
27
[Type here]
32.3 Kesalahan Ringan
[Type here]
PERKARA 33 : PEMATUHAN NORMA BAHARU
33.1 Rujukan daripada Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah
yang dikeluarkan pada 4 Jun 2020.
33.2 Murid dikehendaki mematuhi tanda penjarakan fizikal yang telah ditampal
oleh guru disekitar sekolah termasuk bilik-bilik khas dan mengawal segala
tingkah laku semasa berada di sekolah.
33.3 Sentiasa mengamalkan kebersihan diri, kerap membasuh tangan atau
menggunakan hand sanitizer
33.4 Berada di tempat masing-masing dan tidak berjalan-jalan di dalam kelas
atau ke tempat/meja rakan-rakan.
33.5 Tidak berjabat tangan (bersalaman) atau bersentuhan antara satu sama
lain sama ada guru, rakan-rakan atau orang sekeliling.
33.6 Murid tidak dibenarkan berkongsi alatulis, peralatan atau berkongsi
makanan/minuman.
33.7 Semasa rehat murid dikehendaki makan didalam kelas dan ditempat
masing-masing. Murid dikehendaki meletakkan bekas makanan di tempat
yang ditetapkan dan membersihkan meja masing-masing setelah selesai
makan.
33.8 Murid perlu sentiasakan mengamalkan penjarakan fizikal semasa berada
di sekolah.
33.9 Semasa masuk ke kawasan sekolah, murid diwajibkan mengambil suhu
badan dan guru mencatatkan rekod tersebut.
33.10 Murid yang mempunyai tanda-tanda atau bergejala tidak dibenarkan hadir
kesekolah
33.11 Murid digalakkan menggunakan pelitup muka semasa berada di sekolah.
[Type here]
BORANG PERAKUAN
Guru Besar,
SK Pos Dipang, Sahom
31920 Kampar,
Perak Darul Ridzuan.
BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH
1. Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk menjadi rujukan dan
panduan saya sendiri.
2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan mematuhi sepenuhnya
segala yang disuruh dan menjauhi sepenuhnya segala yang dilarang.
3. Saya sedar, bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak
sekolah jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima
hukuman yang setimpal dan tidak akan membuat rayuan.
Tanda tangan Murid : .....................................................................................................
Nama : ................................................................................................
Saya sebagai Ibubapa/Penjaga maklum akan perkara yang tersebut di atas.
Tanda tangan Ibu bapa/Penjaga : ........................................................................
Nama : ...................................................................................................
No K/P : ....................................................................................................
No Telefon : .........................................................................................