SEJARAHPERKEMBANGANDISEDIAKAN OLEH : DOUGLAS JUNTAN BAHASA MELAYU
PENGENALAN DIRI NAMA : DOUGLAS JUNTAN ANAK BERITTIN NO.MATRIKS : P23070186 ANGKA GILIRAN : 2023072310030 KUMPULAN : PPISMP AMBILAN JUN 2023 BM SK 2 KOD KURSUS :BMMB 1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU E-MAIL : [email protected] NAMA PENSYARAH : PUAN ARBIAH BINTI MADDAHIRI
ISI KANDUNGAN 1.SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN 2.SEJARAH PERKEMBANGAN PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA 3.BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN4.PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN 5.CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU6. RUMUSAN DAN PANDANGAN
SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN
TTUULLIISSAANN PPAALLLLAAVVAA BBEERRAASSAALL DDAARRII IINNDDIIAA DDIIBBAAWWAA OOLLEEHH OORRAANNGG HHIINNDDUU SSEEMMAASSAA MMEERREEKKAA TTIIBBAA DDII KKEEPPUULLAAUUAANN MMEELLAAYYUU SSEEPPEERRTTII SSRRIIVVIIJJAAYYAA DDAANN PPAALLEEMMBBAANNGG.. TTUULLIISSAANN IINNII BBAANNYYAAKK MMEENNEERRIIMMAA PPEENNGGAARRUUHH BBAAHHAASSAA SSAANNSSKKRRIITT YYAANNGG KKEETTIIKKAA IITTUU MMEENNJJAADDII BBAAHHAASSAA PPEENNTTAADDBBIIRRAANN DDAANN IILLMMUU PPEEGGEETTAAHHUUAANN.. PPEENNYYEEBBAARRAANN TTUULLIISSAANN IINNII TTEERRHHAADD DDAALLAAMM KKAALLAANNGGAANN GGOOLLOONNGGAANN IISSTTAANNAASSAAHHAAJJAAKKEERRAANNAATTIIAADDAAKKEEMMUUDDAAHHAANN AASSAASS UUNNTTUUKK MMEENNGGAAJJAARR OORRAANNGG MMEEMMBBAACCAA DDAANN MMEENNUULLIISS.. PPEENNEEMMUUAANN TTEERRAAWWAALL TTUULLIISSAANN IINNII AADDAALLAAHH PPAADDAA TTIIAANNGG BBAATTUU PPEERRSSEEMMBBAAHHAANN ((YYUUPPAA)) DDII DDAAEERRAAHH MMUUAARRAA KKAAMMAANN.. YYUUPPAA TTEERRSSEEBBUUTT DDIIJJUUMMPPAAII OOLLEEHH PPEEKKEERRJJAA TTOOPPOOGGRRAAFFII BBEELLAANNDDAA PPAADDAA TTAAHHUUNN 11887799.. KKIINNII,, IIAA DDIISSIIMMPPAANN DDII MMUUZZIIUUMM NNAASSIIOONNAALL JJAAKKAARRTTAA.. SISTEM TULISAN PALLAVA
SISTEM TULISAN SELEPAS PALLAVA YANG DIKATAKAN TURUNAN DARIPADA SISTEM PALI. PERKATAAN KAWI BERASAL DARIPADA PERKATAAN SANSKRIT YANG BERMAKSUD PENYAIR. TULISAN INI DIKATAKAN BERASAL DARIPADA HURUF VANGKI (WENGKI),IAITU HURUF BERASAL DARI COROMANDEL YANG DIBAWA ORANG INDIA. ORANG JAWA MENGGUNAKAN TULISAN KAWI UNTUK MENULIS DALAM BAHASA KAWI YANG DITUTURKAN OLEH MEREKA. PADA PERINGKAT AWAL, TULISAN KAWI DITULIS PADA DAUN LONTAR KEMUDIAN DITULIS PADA BATU. INSKRIPSI YANG DIJUMPAI DI JORENG, TAPANULI DAN SUMATERA UTARA,MERUPAKAN BUKTI PENGGUNAAN TULISAN KAWI. SETERUSNYA, SISTEM TULISAN INI TELAH MENURUNKAN PELBAGAI BAHASA DAERAH SEPERTI BATAK, REJANG, LAMPUNG,KERINCI DAN LAIN-LAIN. PADA TAHUN 1400 MASIHI,TULISAN KAWI DIKATAKAN LENYAP DENGAN RUNTUHNYA KERAJAAN MAJAPAHIT. SISTEM TULISAN KAWI CONTOH TULISAN KAWI
SISTEM TULISAN JAWI TULISAN ATAU AKSARA IALAH TULISAN ARAB DIGUNAKAN UNTUK BAHASA MELAYU. ISTILAH DIGUNAKAN DI MALAYSIA,SINGAPURA, BRUNEI DAN SELATAN THAILAND. PERKTAAN JAWI BERASAL DARI ARAB YANG DIBAWA KE KEPULAUAN MELAYU SEMASA KEDATANGAN AGAMA ISLAM. SKRIP ARAB TERGOLONG DALAM KELUARGA SEMITIK DARIPADA CABANG SEMITIK UTARA YANG MENURUNKAN KELUARGA KECIL ARAMATIK KEMUDIANNYA KEPADA NABATAEN DAN SKRIP ARAB. KERAJAAN PASAI YANG PERTAMA MENJADIKAN AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI. MERAH SULU MERUPAKAN RAJA PERTAMA MEMELUK ISLAM MENUKARKAN NAMANYA KEPADA SULTAN MALIK AL-SALLEH. PRASASTI BERBAHASA MELAYU WUJUD YANG MENGGUNAKKAN TULISAN JAWI BERUSIA TIGA RATUS TAHUN IAITU PRASASTI TERENGGANU DAN BATU BERSURAT PAHANG DARUL MAKAMUR. ORANG MELAYU TELAH MEMINJAM HURUF-HURUF FARSI- HINDI YANG ASALNYA DIPINJAM DARI BAHASA ARAB NAMUN TELAH DIUBAHSUAI SEPERTI (GA). PADA HURUF FARSI-HINDI, GA DILETAKKAN GARIS DI ATAS TETAPI PADA HURUF JAWI MELAYU (GA) DILETAKKAN TITIK. NAMUN, MASIH JUGA TIDAK MANTAP DAN HURUF-HURUF BARU TERUS DIBENTUK. HURUF BARU DALAM TULISAN JAWI KLASIK TERDIRI DARIPADA (C), (NG), (G), (P) DAN (NY) .HRUF JAWI INI MASIH ADA KECUALI HURUF YANG HILANG.
SISTEM TULISAN YANG PERTAMA DALAM SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU. SISTEM INI DISUSUN OLEH ORANG MELAYU PADA TAHUN 1933 IAITU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA DAN DISIARKAN DALAM SISTEM EJAAN MELAYU JAWI-RUMI 1949. SISTEM INI DIHASILKAN DI SITC (MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS). SEBELUM KEWUJUDAN SISTEM EJAAN BAHARU, SISTEM EJAAN RUMI INI MERUPAKAN SISTEM EJAAN TERKENAL. SISTEM INI DIJADIKAN SEBAGAI SISTEM EJAAN RASMI DALAM KERAJAAN MALAYSIA DI SEKOLAH SERTA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SEHINGGA TAHUN 50-AN. SISTEM EJAAN INI TIDAK MENGGUNAKAN TEORI DAN TEKNIK LINGUISTIK SERTA MELAMBANGKAN BUNYI-BUNYI BAHASA MELAYU MELALUI HURUF-HURUF RUMI YANG DIPAKAI. NAMUN TERDAPAT KEKURANGAN HURUF JAWI DAN RUMI BAGI MELAMBANGKAN BUNYI-BUNYI YANG TERDAPAT DALAM BAHASA MELAYU, JADI GRAFEM DAN TANDA BARU DIGUNAKAN BAGI MENCUKUPKANNYA. SISTEM TULISAN YANG PERTAMA DALAM SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU. SISTEM INI DISUSUN OLEH ORANG MELAYU PADA TAHUN 1933 IAITU SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA DAN DISIARKAN DALAM SISTEM EJAAN MELAYU JAWI-RUMI 1949. SISTEM INI DIHASILKAN DI SITC (MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS). SEBELUM KEWUJUDAN SISTEM EJAAN BAHARU, SISTEM EJAAN RUMI INI MERUPAKAN SISTEM EJAAN TERKENAL. SISTEM INI DIJADIKAN SEBAGAI SISTEM EJAAN RASMI DALAM KERAJAAN MALAYSIA DI SEKOLAH SERTA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI SEHINGGA TAHUN 50-AN. SISTEM EJAAN INI TIDAK MENGGUNAKAN TEORI DAN TEKNIK LINGUISTIK SERTA MELAMBANGKAN BUNYI-BUNYI BAHASA MELAYU MELALUI HURUF-HURUF RUMI YANG DIPAKAI. NAMUN TERDAPAT KEKURANGAN HURUF JAWI DAN RUMI BAGI MELAMBANGKAN BUNYI-BUNYI YANG TERDAPAT DALAM BAHASA MELAYU, JADI GRAFEM DAN TANDA BARU DIGUNAKAN BAGI MENCUKUPKANNYA. sistem tulisan za’ba Za’ba (Zainal Abidin Ahmad)
Sejarah awal tulisan oleh pedagang, pengembara dan penjelajah dari Eropah hingga Nusantara pada abad ke-16. Orang Eropah menulis perkataan Melayu yang mereka dengar di pelabuhan dalam huruf Rom dan mengeja perkataan tersebut mengikut kesan bunyi yang mereka dengar. Penerapan ejaan dalam bahasa mereka Antonio Pigafetta Itali,pengembara pertama yang menggunakan ejaan Rumi dalam tulisannya pada abad ke15. SISTEM EJAAN RUMI KONGRES Pada Abad ke-17 hingga abad ke-19, British menubuhkan beberapa cara mengeja Rumi di Tanah Melayu. Antara ejaan rumi yang disusun ketika itu termasuklah : 1.Ejaan Rumi Bowrey (1701) 2.Ejaan Rumi J.Howison (1800) 3.Ejaan Rumi William Marsden (1812) 4.Ejaan Rumi di Negeri-negeri Selat (1878) 5.Ejaan Rumi Dalam Sweetenham (1881) 6.Ejaan Rumi Maxwell (1882)
PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU Pelaksanaan Sistem Ejaan Rumi Sistem ejaan Bahasa Melayu bermula pada tahun 1904 dan digunakan secara rasmi pada 16 Ogos 1972 Hasil daripada persetujuan bagi menyatukan ejaan Rumi Melayu dan Indonesia yang telah dipersetujui pada tahun 1967. Agensi yang bertanggungjawab dalam menyusun panduan ejaan Rumi di Malaysia ialah jawatankuasa yang diuruskan di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP) Sistem Ejaan Rumi Huruf vokal : a,e,i,o,u Huruf diftong : ai, au , oi Huruf konsonan : selain huruf vokal Huruf konsonan gabungan : gh, ny, ng, sy,kh 1. 2. 3. 4.
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA
PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG Mengatasi masalah kekurangan bahan bacaan sekolahsekolah Melayu terutamanya bagi masyarakat Melayu. Siri Buku Teks Sekolah menerbitkan buku-buku teks sekolah. Pejabat Karang Mengarang berhasil menerbitkan pelbagai buku bagi bacaan sekolah Melayu dalam pelbagai bidang seperti Penulisan,Ejaan,Tatabahasa Bahasa Melayu,Sejarah,Ilmu Hisab, Ilmu Alam dan Kesihatan. Antara buku penting yang diterbitkan ialah Pelita Bahasa Melayu,Ilmu Mengarang dan Daftar Ejaan Melayu. Sumbangan pertubuhan ini membina asas pengetahuan bahasa Melayu dan ilmu karang mengarang dalam kalangan Orang Melayu,menyumbang perkembangan bahasa dan persuratan Melayu serta memajukan pendidikan orang Melayu. Pejabat Karang Mengarang kemudiannya dibubarkan dan diambil alih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBmPB)/Pakatan ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor Bahru, Johor Diasaskan oleh Dato’ Seri Amar Rahman Andak dan Dato’ Muhammad Ibrahim Munshi. Suatu perhimpunan belajar-mengajar dalam pengetahuan dan peraturan bahasa Melayu seperti persoalan ejaan dan perkataan. Pertubuhan ini diberi gelaran “Diraja” oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan namanya ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor ( PBmPBD)
Peranan Pakatan Belajar-Mengajar Tujuan PBmPBD ditubuhkan bagi memelihara,memperlengkap, dan memodenkan bahas Melayu. Tugas PBmPBD ialah menyeragamkan ejaan, mencipata perkataan baharu, menyediakan daftar kata (gugus kata) serta memelihara ejaan Jawi. Kegiatan utama pertubuhan ini ialah menerbitkan buku,membentuk istilah, mengadakan majlis-majlis ceramah dan perbincangan. Tonggak utama PBmPBD ialah Mohd. Said Sulaiman pada ketika itu. Selain menghasilkan pelbagai buku, beliau juga banyak menyumbang makalah dalam jurnal PBmPBD. Pada Tahun1935-1947, sebanyak 34 buah buku berjaya diterbitkan. 16 buah daripadanya adalah tentang ilmu bahasa Melayu iaitu bidang perkamusan,tatabahasa,ejaan,dan daftar kata. Selebihnya, buku berkaitan dengan sejarah,kebudayaaan,riwayat perjalanan,dan maklumat tentang PNmPBD.
ANGKATAN SASTERAWAN 50 (ASAS 50) Pertubuhan sebelum merdeka yang paling besar sumbangannya kepada perancangan dan perkembangan bahasa Melayu. ASAS 50 ditubuhkan pada 6 Ogos 1950. Dibentuk oleh satu angkatan penulis generasi muda seperti Tongkat Warrant, Keris Mas, A.Samad Ismail dan Masuri S. N. Asraf. Matlamatnya adalah untuk mengembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu, memajukan pendidikan orang Melayu serta perjuangan orang Melayu mencapai kemerdekaan. Menurut Ahmad Kamal Abdullah et. al. (1990), mereka mewakili suara umat Melayu yang ingin mencapai kemerdekaan daripada Inggeris.Para penulis memikirkan bahawa bergerak dalam pertubuhan penulis agar mendapat kesepakatan tuntutan yang berkaitan dengan politik,bahasa dan sastera Melayu. ASAS 50 menghimpunkan persatuan bahasa, sastera , budaya sehingga berjaya menganjurkan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama (1952) yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua (1954) menjadikan tulisan Rumi sebagai tulisan rasmi bagi memudahkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga (1956), ASAS 50mencadangkan penubuhan Balai Pustaka (DBP) , penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Bahasa Melayu dicadangkan agar diberikan nilai ekonomi dengan mengutamakan kelulusan dalam bahasa Melayu bagi mendapat pekerjaan.
PERANAN ANGKATAN SASTERAWAN 50 (ASAS 50) Mempelajari bidang karangan sastera seperti lakonan,buku dan peradaban Melayu Melindungi hak ahli dan pengarang Melahirkan pembaharuan baharu dalam karya sastera Mempertinggikan martabat kesusateraan dan kebudayaan Melayu
BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN
LAPORAN BARNES 1951 Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L. J. Barnes ditubuhkan untuk mengkaji dan memperbaik pendidikan bagi orang Melayu. Memberi satu cadangan radikal, iaitu menghapuskan sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. 1.Penubuhan sekolah dwibahasa di mana bahasa pengantar ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris 2.Sekolah-sekolah Melayu,Cina dan Tamil ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan secara beransur 3.Mata pelajaran Jawi digantikan dengan pengajaran agama. Reaksi tersebut telah membawa kepada wujud Laporan Fenn-Wu 1. Orang Melayu berpendapat bahawa sistem ini mementingkan bahasa Inggeris 2. Orang Cina menganggap sistem ini menjejaskan bahasa dan budayanya. 3. Orang India pula memnita kerajaan mengkaji semula kedudukan sekolah Tamil yang mendapat perhatian oleh kerajaan Inggeris REAKSI
Orang Cina bersedia menerima bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengatar tetapi ingin kekalkan bahasa ibunda mereka sebagai indetiti budaya. LAPORAN FENN-WU Ditubuhkan bawah pimpinan Dr. W. P. Fenn dan Dr.Wu Teh Yao. Mengkaji potensi sekolah Cina di Tanah Melayu.Masyarakat Cina menganggap Laporan Barnes menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. CADANGAN LAPORAN FENN-WU Menyokong supaya sistem persekolahan majmuk dikekalkan Meperkasakan sekolah-sekolah vokasional dan menyediakan buku teks Menghapuskan pengaruh politik serta campur tangan masyarakat dalam pentadbiran sekolah
ORDINAN PELAJARAN (1952) Mengkaji cadangan Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu serta mencari jalan tengah yang baik Memajukan lagi bidang pendidikan di Tanah Melayu mengikut kesesuaian masa Menetapkan bahawa sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan . Bahasa Cina dan Bahasa Tamil tidap menjadi sebahagian daripada sistem persekolaahan kebangsaan Jawatankuasa khas dibentuk bagi memutuskan penggunaan dua bahasa di sekolah Melayu dan penggunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan Tamil untuk diserap masuk ke sistem persekolahan kebangsaan. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mula dikuatkuasakan di sekolah-sekolah Cina dan Tamil, Sekolah Jenis Kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.Pendidikan agama diadakan pada waktu persekolahan serta sekolah vokasional diperkembangan.
LAPORAN RAZAK 1956 Jawatankuasa Pendidikan 1956 dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak Hussein, Menteri pelajaran . Laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak 1956 CADANGAN LAPORAN RAZAK 1956 Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib bagi semua sekolah rendah dan menengah Sistem pendidikan sekolah menengah terdidir daripada Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti Penubuhan satu jenis sekolah sahaja untuk semua kaum Guru sekolah rendah dan menengah hendaklah berkelayakan sahaja Persamaan sukatan pelajaran untuk semua sekolah di Tanah Melayu
Pengenalan Bahasa Melayu Moden
Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP) Ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. DBP ditubuhkan di Johor Bahru hasil daripada resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-3. Pada tahun 1959, DBP telah dinaiktaraf kepada badan berkanun apanila diluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka PERANAN DBP Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi Memperkembangkan bakat sastera dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya dalam bahasa kebangsaan mencetak dan menerbitkan atau membantu percetakan dan penerbitan buku,majalah,risalah dan kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain. Membakukan ejaan dan sebutan bahasa Melayu dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul supayadapat digunakan secara meluas
KERJASAMA SERANTAU DALAM MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU MABM ditubuhkan pada 21 Ogos 2000. Menyelaraskan segala aktiviti yang menjurus pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa Menaungi jawatankuasa-jawatankuasa bahasa yang ada pada pelbagai peringkat Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) MABBIM Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia- Malaysia (MABBIM) dibentuk pada 4 November 1985 Menjadi tapak langsung kerjasama kebahasaan pada peringkat ASEAN MASTERA Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) sebuah majlis yang ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan sastera pada peringkat nasional. Dianggotai oleh negara Brunei Darussalam,Indonesia dan Malaysia (25 Ogos 1996 Sebuah majlis serantau yang mewakili lembaga pemerintah atau kerajaan setiap negara anggota FOKEPS Forum Kerjasama Penerbit Serantau (FOKEPS) ditubuhkan pada 15 Mac 2001 Memasarkan penerbitan buku yang telah dihasilkan dan diterbitkan di negara anggota untuk pasaran serantau
CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU
PENDIDIKAN Cabaran pertama bahasa Melayu dari segi pendidikan dapat dilihat melalui Laporan Razak. Laporan Razak menyatakan bahasa Inggeris ialah bahasa kedua yang wajib diajarkan di sekolah. Namun, penggunaan bahasa Inggeris seperti lebih diutamakan dan dipandang tinggi daripada bahasa Melayu. Hal ini turut dinyatakan oleh Hashim Musa (1996) menyatakan cabaran yang paling serius terhadap bahasa Melayu ialah penubuhan kolej swasta dan separuh swasta dan institusi pengajian tinggi awam yang semuanya bergerak ke arah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Bahasa Melayu pernah menghadapi cabaran yang tidak diduga iaitu apabila Akta Pendidikan 1996 dan akta IPTS 1996 diluluskan dan bermakna semua IPTS dubenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Oleh hal yang demikian, pengiktirafan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) sebagai sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan dibuat melalui Seksyen 16 Akta 1996. Dengan ini, IPS mempunyai kebebasan selua-luasnya dalam menentukan penggunaan bahasa penghantar. Oleh itu, sudah semestinya pihak IPTS memilih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar kerana berpendapat bahawa bahasa Inggeris lebih mendapat perhatian pelajar luar negara. Hal ini untuk mengaut untung semata-mata daripada mempertahankan bahasa Melayu.
EKONOMI Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang ekonomi masih lagi tidak meluas berikutan cabaran globalisasi dan landskap ekonomi menyebabkan kedudukan bahasa Inggeris di Malaysia semakin kuat dan sedikit sebanyak mempengaruhi kedudukan bahasa Melayu. Hal ini kerana bahasa Melayu sering dikatakan tiada nilai ekonomi, tiada nilai komersial dan sukar digunakan dalam urusan perniagaan seperti yang tertera di Berita Harian Perkembangan sains dan teknologi negara kuasa besar ekonomi seperti Jerman, Jepun, China dan Perancis menggunakan bahasa Inggeris. Hal ini menyebabkan negara Malaysia yang merupakan negara pengguna sains danteknologi terbesar terpaksa menggunakan bahasa Inggeris dalamurusan ekonomi dan perniagaan global.
PENTADBIRAN KERAJAAN Menurut Awang Sariyan keadaan bahasa Melayu menjadi semakin teruk dalam isu politik apabila sikappemimpin atau lawan politik menjadi lessen besar untuk mereka menggunakan bahasa kesat dan kasar tanpa berlapik atau berbasa-basi. Perkara ini dapat dilihat melalui setiap persidangan Parlimen yang dijalankan, para pemimpin menggunakan kata kasar dan percampuran bahasa Inggeris menjadikan bahasa Melayu seperti tiada nilai. Perkara ini bukan sahaja menjatuhkan martabat bahasa Melayu malah menjatuhkan nama negara disebabkan bahasa yang digunakan oleh pemimpin.
KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL Banyak penggunaan bahasa yang melanggar tatabahasa dengan memperkenalkan kosa kata dan ungkapan baharu yang membawa pengaruh negatif dan ejaan baharu seperti “Jangan banglakan aku” , “makcik bawang’ dan “bukan kaleng-kaleng” . Semua ini telah merosakkan bahasa Melayu dan dikategorikan sebagai bahasa kelas bawah. Hal ini, berlakunya kecelaruan bahasa Melayu dalam media elektronik.
PERCAMPURAN KOD Percampuran kod berlaku dalam lisan dan juga penulisan terutama sekali dalam penulisan karya-karya kreatif. Kebanyakan karya- karya kreatif ini ditulis mengikut kreativiti dang pengangan penulis untuk mengambarkan realiti yang mencerminkan masayrakat sebenar. Namun, bahasa yang digunakan bercampurcampur atau dikenali sebagai bahasa rojak dan menjadi tidak standard. Ini secara tidak langsung menyebabkan wujudnya kesalahan bahasa dalam kalangan pelajar dan seterusnya menyebabkan penguasaan tatabahasa diketepikan.
SLANGA Slanga yang membawa maksud kata-kata atau ungkapan yang tidak tergolong dalam bahasa baku. Kebiasaannya digunakaan dalam percakapan seharian. Slanga atau juga dikenali sebagai bahasa pasar. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membangkitkan kerisauan kerana penggunaan slanga yang tidak terkawal, kurang teratur dan tidak sopan terutamanya dalam media sosial akan merendahkan nilai bahasa Melayu itu sendiri. Kesan daripada perkara ini, akan menimbulkan kekeliruan sehingga boleh menjejaskan generasi akan datang dan paling menyedihkan ialah isu ini bukan hanya melibatkan generasi muda malahan generasi tua juga. Contoh perkataan slanga seperti, mekasih (Terima kasih), Pakabar (Apa Khabar), Lambert (Lambat) dan sebagainya.
RUMUSAN DAN PANDANGAN Tuntasnya, sejarah bahasa Melayu merupakan satu sejarah yang unik dan menarik dan kita sebagai penutur bahasa Melayu haruslah menghargai bahasa kebangsaan kita. Karyakarya tokoh terkenal bahasa Melayu perlulah dijaga dan dihargai. Harapan saya, semoga semua lapisan masyarakat khususnya generasi muda menghargai dan menghormati bahasa Melayu supaya bahasa kebangsaan kita dipandang tinggi oleh negara lain dan digunakan secara meluas di persada dunia.
Sumber Rujukan Shuid, M. b., & Harun, R. b. (Eds.). (2023). Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (2nd ed.). Global Mediastreet Sdn Bhd. Sistem Tulisan Jawi dan Sistem Ejaan Za'ba by oliviajannjc. (2021, November). https://issuu.com/oliviajannjc/docs/si stem_tulisan_jawi_sistem_ejaan_za_ba