Perniagaan dalam talian telah mendatangkan keseronokkan kepada peniaga, tetapi pengguna jugaperlu berhati-hati supaya perniagaan sebegini tidak mendatangkan masalah kepada mereka. Jelaskan.(2+3) Pendahuluan : Perniagaan dalam talian semakin berleluasa ekoran daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT). Terdapat beberapa keseronokan kepada peniaga dan masalah kepada pengguna. Isi: Keseronokan kepada peniaga Menjimatkan kos • Tidak memerlukan kos permulaan yang besar. • Tidak perlu membayar sewa kedai atau ruang pejabat, malah bekerja di rumah. • Tidak perlu mengupah pekerja atau pembantu. • Tidak perlu menyimpan stok yang banyak, hanya mempunyai gambar, tempahan dibuat selepas pelanggan membuat pembelian. Berpotensi untuk meluaskan promosi produk • Masyarakat sudah menyedari dan mempercayai kepada perniagaan dalam talian. • Banyak memberikan kemudahan kepada pengguna supaya tidak bersusah payah ke pusat beli belah. • Boleh diperluas ke peringkat antarabangsa. • Dalam masa yang sama dapat menikmati keuntungan dalam nilai mata wang asing Masalah kepada pengguna Pengguna tertipu • Barangan yang dibeli tidak berkualiti atau sama seperti yang dipamerkan. • Pengguna tidak dapat merasa, mencuba atau menilai produk dalam talian. • Mengambil masa yang lama untuk sampai ke tangan pengguna terutamanya barangan dari luar negara. • Barangan yang sampai berkemungkinan sudah rosak Tidak dapat bersemuka dengan peniaga • Tersilap pesanan misalnya saiz yang tidak sesuai dengan pembeli. • Pengguna tidak boleh membuat pertukaran, jika boleh akan mengambil masa yang lama dan pengguna akan menanggung kos penghantaran. Maklumat peribadi terdedah • Alamat, no telefon, akaun bank mudah terdedah kepada penjenayah sekiranya pengguna tidak berhatihati. • Maklumat peribadi pengguna di salah guna orangorang tertentu Penutup: Pengguna perlu berhati-hati apabila berbelanja dalam talian. Jangan terlalu ghairah dengan promosi dan diskaun yang dipaparkan untuk mengelakkan kerugian, pembaziran dan penipuan.
Kelestarian permainan tradisional atau permainan rakyat perlu dikekalkan untuk generasi akan datang.Namun begitu, permainan sebegini semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Bincangkan (2 + 3) Pendahuluan: Permainan tradisional seperti congkak, gasing, wau, galah panjang, batu seremban dan ting-ting bulan,mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Namun begitu, ia semakin dipinggirkan. Terdapat beberapa kepentingan untuk mengekalkan permainan tradisional dan punca permainan tradisional dipinggirkan. Isi: Kepentingan untuk mengekalkan permainan tradisional Mempertahankan seni warisan bangsa • Generasi hari ini dapat memahami dan mengetahui sumber permainan tradisional • Merupakan medium hiburan nenek moyang kita • Berbangga mempunyai nilai warisan lama • Melambangkan identiti dan jati diri sesuatu bangsa • Menjadikan aset budaya sesuatu bangsa Melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif • Ada sesetengah permainan tradisional ini telah diubah suai dan dimodenkan dari segi peralatan dan peraturannya • Menghasilkan peralatan/ perkakasan yang lebih menarik dan senang dibawa ke merata tempat • Penampilan baru ini merangsang daya kreativiti dan inovasi dalam permainan tradisional Punca dipinggirkan Tiada nilai komersial • Permainan tradisionl tidak menguntungkan berbanding permainan moden seperti bola sepak, tenis dan golf. • Permainan moden dapat menjana pendapatan lumayan • Tiada penaja untuk mengetengahkan permainan ini kecuali sepak takraw Hubungan kemasyarakatan yang semakin longgar • Hal ini kerana kebanyakan permainan ini memerlukan sekumpulan orang untuk bermain • Kekurangan ahli untuk bermain terutama di kawasan bandar • Masyarakat tidak mengenali jiran dan kini lebih suka berkurung di rumah daripada bergaul dengan jiran tetangga. Kurang tenaga pakar untuk membuat peralatanpermainan • Untuk membuat wau misalnya kita perlukan kepakaran dan kemahiran baik dari segi mencari bahan ataupun membuat permainan tersebut • Untuk membuat congkak dan gasing seseorang memerlukan kayu yang bermutu. • Kesilapan dalam memilih bahan atau membuat alat permainan tersebut menyebabkan permainan seperti wau, tidak melayang di udara. Penutup:
Permainan tradisional merupakan pusaka bangsa yang harus diketengahkan oleh Negara demi mencorakkanMalaysia dengan pelbagai permainan rakyat. Usaha-usaha untuk mengetengahkan harus dirancang olehpelbagai pihak termasuk kalangan ibu bapa.
Modal insan yang berkualiti mampu meningkatkan kecemerlangan tadbir urus sektor awam. Jelaskan kualitiyang perlu ada pada pemimpin dan pelaksana dasar bagi meningkatkan kecemerlangan tadbir urussektor awam. (2+3) Pendahuluan: Modal insan yang berkualiti adalah penting dalam meningkatkan kecemerlangan tadbir urus sektor awam. Halini bergantung kepada kualiti yang ada pada pemimpin dan pelaksana dasa. Isi: Kualiti yang perlu ada pada pemimpin Mempunyai pemikiran kritis dan kreatif • Bijak dalam membuat keputusan • Bertindak secara proaktif dan berkesan • Bersikap fleksibel • Berupaya menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi mengikut kreativiti sendiri Mengutamakan kecemerlangan/ prestasi kerja yang baik • Menunjukkan tahap kecemerlangan yang tinggi dalam kerja yang dilakukan • Menjadi contoh kepada orang bawahan Menerapkan budaya kerja berpasukan Kualiti yang perlu ada pada pelaksana dasar Berdaya saing • Sentiasa cuba memperbaiki diri • Sentiasa mengikut perkembangan terkini demi memastikan wujud budaya persaingan yang sihat dalam persekitaran kerja • Sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Berkeupayaan mengadaptasi masalah • Mampu menyesuaikan diri dengan sebarang persekitaran kerja • Boleh bekerja dalaam pasukan dan mengutamakan pencapaian • Mampu mengadaptasi sebarang masalah yang berbangkit dalam persekitaran kerja Bersikap positif • Sanggup menerima teguran dari pihak atasan • Sentiasa berubah ke arah kebaikan dan sentiasa bersedia melakukan transformasi • Mengamalkan nilai-nilai murni Penutup: Kualiti cemerlang yang ada pada pemimpin dan pelaksana dasar dapat memastikan kecekapan tabdir urus negarayang mampu membawa negara ke arah negara maju.
Banyak peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan dan rakyat dalam memacu pertumbuhanekonominegara. Jelaskan. (2+3) Pendahuluan: Peranan kerajaan amat penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkat daya saing negara. Selainitu,sokongan padu perlu diberikan oleh rakyat bagi memastikan dasar yang dirancang oleh kerajaan berhasiluntuk meningkat ekonomi negara. Isi: Peranan Kerajaan Meningkatkan bilangan rakyat terlatih danberkemahiran • Kemahiran dan kepakaran yang dimilki mewujudkan kreativiti dan inovasi • Meningkatkan kualiti dan permintaan terhadap produk yang dihasilkan • Pendapatan dan kemajuan negara meningkat Mempelbagaikan kegiatan ekonomi • Mempelbagai sumber ekonomi dan tidak bertumpu kepada satu jenis komoditi sahaja. • Menggunakan teknologi moden dan meningkatkan pengeluaran produk. • Mengiatkan industri hiliran / pelancongan Meluaskan rakan dagangan • Memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa dengan meneroka pasaran Baharu • Mengurangkan halangan dagangan melalui perjanjian dagangan • Pasaran barangan meningkat, ekonomi negara lebih maju Peranan Rakyat Meningkatkan tabungan dan pelaburan • Melabur dalam Skim Amanah dan simpanan tetap • Mewujudkan dana yang lebih besar kepada pelbagai industri. • Aliran modal membantu kegiatan ekonomi negara dan ekonomi tempatan akan lebihberdaya maju Merebut peluang ekonomi • Rebut peluang modal dan dana serta peluang latihan yang disediakan oleh Kerajaan • Meningkatkan kualiti barangan yang dihasilkan • Kualiti dan inovasi ditingkatkan dengan penguasaan ilmu dan kemahiran Penutup: Kerajaan dan rakyat perlu bekerjasama untuk memacukan ekonomi negara.Ekonomi yang baik akan menjadi Malaysia sebuah negara yang disegani oleh negara-negara lain.
Penyakit berjangkit yang bersifat pendemik seperti Covid - 19 biasanya merebak melalui mediumudara. Pendemik ini telah mendatangkan pelbagai kesan. Bincangkan. (2+3) Pendahuluan: Pendemik yang mudah menjangkiti dan cepat tersebar membimbangkan masyarakat seluruh dunia. Banyaksektor terkesan dengan pendemik ini namun disebalik kesan negatif tersebut, ada juga kesan positif yang dapatdilihat. Isi: Kesan Baik Berlaku tranfomasi dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran • Akibat pendemik ini pembelajaran secara atas talian semakin meluas dari pra sekolah hingga ke institusi pengajian tinggi • Kreativiti dan kaedah secara talian diperkembangkan semaksimun mungkin. • PDPR dapat dilaksanakan melalui pelbagai kaedah media eletroknik Perubahan corak sosial kehidupan • Patuh dengan saranan norma baharu dan penjarakan fizikal • Interaksi bersemuka agak terbatas dan lebih bertumpu di rumah • Amalan menjaga kebersihan diri diberi keutamaan • Pembelian secara online semakin popular Kesan Buruk Merjejaskan ekonomi negara • Produktiviti kurang kerana kejatuhan permintaan • Kegagalan meneruskan aktiviti ekonomi kerana ketiadaan pelanggan akibat sekatan pergerakan • Sektor industri dan pembuatan tidak aktif menyebabkan eksport dan KDNK turut merosot Kehilangan pekerjaan • Majikan menghentikan sebilangan pekerja untuk mengurangkan kos operasi keranapengeluaran produk dikurangkan • Hal ini untuk memastikan operasi dapat diteruskan bagi mengelak syarikat ditutup Wujud tekanan emosi • Barisan hadapan yang berisiko tinggi dijangkiti • Pelajar khususnya pelajar IPT yang gagal mencapai akses yang baik kepada internet • Ibu bapa yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan yang terhad • Pergerakan terbatas, aktiviti harian tidak lancar dan risiko jangkitan Penutup: Walaupun negara dan kehidupan rakyat terkesan dengan pendemik ini namun perlu membiasakan amalan normabaharu. Kerjasama semua pihak diperlukan bagi memutuskan rangkaian jangkitan.
Kenaikan harga barangan telah menyusahkan masyarakat kerana terpaksa menanggung pelbagaikesulitan. Jelaskan (5+0) Pendahuluan: Kenaikan harga barangan bukanlah satu perkara yang dapat dipandang enteng oleh masyarakat kerana memberikesan kepada masyarakat bagi jangka masa pendek dan masa Panjang. Isi: Rasa tidak puas hati • Masyarakat akan berasa tidak puas hati dengan kenaikan harga barangan secara sewenang-wenangnya • Berasa marah terhadap Menteri Perdagangan dan peniaga • Dapat menggalakkan rusuhan dan demonstrasi jalanan Merugikan rakyat jika harta benda rosak Ketidakstabilan politik • Kenaikan harga barangan secara berterusan menimbulkan ketidakstabilan politik • Rakyat akan mula tidak yakin kepada kerajaan yang memerintah • Keadaan akan menjejaskan kebolehpercayaan terhadap pemimpin yang dianggap tidak berpotensi • Mungkin akan menyebabkan perubahan kepada pucuk pimpinan pemerintah parti Melebarkan jurang pendapatan dalam masyarakat • Kenaikan harga barangan membolehkan golongan peniaga memindahkan beban harga terhadap pengguna • Golongan miskin terpaksan membayar harga tinggi terhadap barangan keperluan • Golongan kaya tidak akan merasa beban seperti orang miskin atau berpendapatan rendah • Berlaku jurang perbezaan antara golongan miskin dan kaya • Hasrat kerajaan untuk mengurangkan beban masyarakat tidak tercapai Tabungan tidak dapat dilakukan • Rakyat yang banyak menggunakan wang untuk berbelanja sukar untuk menabung • Apabila tabungan berkurangan , masa depan mereka tidak terjamin dan sentiasa dihimpit masalah kewangan • Mereka terpaksa berhutang apabila berlaku kecemasan Kuasa beli menurun • Fenomena peningkatan harga barangan dan perkhidmatan secara realitinya telah menjejaskan kuasa beli pengguna ketika melakukan perbelanjaan. • Secara umumnya, kuasa beli adalah jumlah barangan dan perkhidmatan yang boleh dibeli dengan suatu unit mata wang Penutup: Harga barang yang tinggi akan sentiasa menimbulkan kesan kepada banyak pihak Perlu memberi perhatiankepada semua pihak sebelum melaksanakan kenaikan harga barang
Pengangkutan awam dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna. Namun, masyarakatkita kurang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini. Huraikan. (2+3) Pendahuluan: Pengangkutan awam merujuk pada kenderaan perkhidmatan awam, yang digunakan untuk mengangkut penumpang, dan dibayar sejumlah wang tertentu sebagai perkhidmatan untuk sesuatu perjalanan. Kemudahanpengangkutan awam ini sangat baik tetapi kebanyakan masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakannya. Isi: Pelbagai Kemudahan Mengurangkan kadar kemalangan • Pengurangan kenderaan di jalan raya, mengurangkan risiko kemalanganterutamanya semasa musim perayaan dan pada waktu puncak. • Penggunaan pengangkutan awam, seperti bas, kereta api, LRT atau monorel,dapat meminimakan kes kemalangan di jalan raya. Mewujudkan interaksisosial • Masyarakat pelbagai kaum akan menaiki pengangkutan awam ke pelbagai destinasi. • Interaksi sosial, secara tidak langsung akan berlaku sepanjang perjalanan itu. • Penggunaan pengangkutan awam yang berterusan oleh masyarakat majmuk dinegara kita, sudah tentu dapat mengeratkan silaturahim Punca kurang berminat Sikap negatif masyarakat • Sesetengah masyarakat menganggap mereka yang menggunakan perkhidmatan ini berstatus rendah, tidak berkemampuan atau miskin. • Hal ini menyebabkan mereka malu untuk menggunakan pengangkutan awam Risiko menjadi mangsa jenayah • Sikap sesetengah penumpang lelaki dan segelintir pemandu bas atau teksi yangtidak sopan, dan keterlaluan, sehingga melakukan pelbagai jenis jenayah seksual,menyebabkan golongan wanita takut atau trauma untuk menggunakanpengangkutan awam. • Wujud aktiviti ’seluk saku’ dalam kalangan penumpang Sistem aliran pengangkutan awam tidak bersepadu • Rangkaian pengangkutan awam di negara kita terdiri daripada pengangkutan bas,teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel • Penumpang terpaksa bergerak ke stesyen yang lain untuk meneruskan perjalanan. • Hal ini menyukarkan penumpang terutamanya warga tua dan orang kelainanupaya (OKU) Penutup: Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam menyumbang banyak manfaat. Oleh itu, masyarakat digalakkanmengguna pengangkutan awam.
Aplikasi dalam talian (on-line) di agensi kerajaan khususnya urusan dengan pelanggan mempunyaibanyak manfaatnya. Namun begitu, terdapat masalah-masalah tertentu yang menjadi cabaran dalampelaksanaannya. Bincangkan. (2+3) Pendahuluan: Penggunaan aplikasi internet dalam urusan di jabatan kerajaan semakin meningkat hari ini, lantaran pelanggantidak perlu bersemuka dengan kakitangan Isi: Manfaat aplikasi dalam talian di agensi kerajaan Menjimatkan kos • Orang ramai tidak perlu pergi ke pejabat kerajaan • Tidak perlu cetakan borang yang banyak bagi pihak kerajaan atau pelanggan Memudahkan urusan • Boleh diakses pada bila-bila masa atau di manamana lokasi • Maklumat diperolehi secara dalam talian • Dapat elakkan kesesakan lalu lintas Masalah Kelemahan talian internet • Talian internet yang perlahan, terputus talian • Kemudahan talian terhad khususnya di luar bandar • Kerap berlaku gangguan perkhidmatan internet Kurang kemahiran ICT • Masih ada anggota masyarakat belum menguasai kemahiran menggunakan internet • Tidak mahir penggunaan komputer atau telefon pintar. Sikap anggota masyarakat • Sikap dingin terhadap perkembangan teknologi menghalang keberkesanan • Mereka mengharapkan bantuan orang untuk membuat kerja mereka Penutup: Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menampakkan pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia. Justeru sistem penyampaian yang mantap adalah perlu untuk kepentingan semua.
Terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh rakyat untuk mengekalkan kedaulatan negara Malaysia. Jelaskan. (5+0) Pendahuluan: Rakyat memainkan peranan penting untuk mengekalkan keharmonian dan mengekalkan kedaulatan negara.Negara yang berdaulat dapat menjamin keselamatan rakyat dan seterusnya kmerdekaan negara akan terpelihara. Isi: Menghormati Perlembagaan Persekutuan • Perlembagaan Persekutuan sebagai undangundang tertinggi negara • Perlu dihormati, dijunjung tinggi dan dimuliakan • Kegagalan berbuat demikian akan menggugat kestabilan negara Mematuhi undang-undang negara • Tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang apat mengawal tindakan dan pemikiran yang negatif • Pematuhan undang-undang menjamin keharmonian negara Menghormati Institusi Raja • Raja berperanan penting dalam struktur kerajaan dan struktur NegaraBangsa • Raja adalah payung kedaulatan negara • Penghinaan terhadap institusi raja tidak boleh dipandang ringan Meningkatkan semangat patriotik • Mempunyai rasa sayang dan cinta akan negara tanpa berbelah bagi • Sedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah negara • Menghargai perjuagan tokoh-tokoh negara Mengeratkan perpaduan • Sikap bersatu padu antara masyarakat berbilang kaum • Amalan hormat menghormati, bertolak ansur dan bertoleransi yang tinggi • Bersama-sama melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti perpaduan Penutup: Rakyat haruslah bekerjasama mewujudkan masyarakat yang harmoni dan mengekalkan kedaulatan negarasupaya kemerdekaan negara terus terpelihara.
Media elektronik merupakan saluran yang penting kepada kerajaan untuk menyalurkan maklumatkepada rakyat. Namun, wujud salah laku sesetengah pihak yang menyalahguna saluran ini membawakesan negatif kepada rakyat dan negara . Bincangkan (2+3) Pendahuluan: Kebanyakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi akan memberi ruang yang lebih kepadamedia massa untuk menyalurkan maklumat dan menyatakan pendapat mereka tanpa sekatan. Kebebasan mediamassa mempunyai kesan positif dan juga tidak kurangnya yang negatif kepada individu, masyarakat dan juga negara. Isi: Kepentingan media elektronik untuk kerajaan sebar maklumat Rakyat mudah memperoleh maklumat • rakyat mudah untuk mengakses pelbagai maklumat seperti perubatan. politik,sosial dan isu semasa dalam dan luar negara • perkembangan ini berubah ke arah peningkatan masyarakat intelek danberpengetahuan seperti perubatan, perkembangan semasa, sama ada dalamatau luar negara ke arah peningkatan masyarakat intelek dan berpengetahuan Pihak berkuasa menjadi prihatin dan peka dengan masalah rakya • Kebebasan media massa dalam menyalurkan pelbagai maklumat sama ada yang positif atau negative • Pelbagai rungutan dan kritikan yang terbuka akan menyebabkan kerajaan akanmenyelesaikan masalah tersebut dengan sebaik-baiknya • Pihak berkuasa akan lebih prihatin dengan aduan yang diutarakan oleh rakyat telah memberi mandat kepada mereka untuk mentadbir negara Kesan-kesan negatif Pelbagai fitnah untuk menjatuhkan seseorang pemimpin • Digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyampaikan fitnah dan dakwaan terhadap seseorang pemimpin yang tidak disokong oleh bukti yang kukuh • Sejak akhir-akhir ini fitnah terhadap seseorang pemimpin terutamanyapemimpin kerajaan berlaku secara berleluasa • Apa yang menyedihkan ialah sesetengah masyarakat begitu taksub lantas mempercayai apa saja maklumat yang memburukkan imej sesetengah pemimpin tanpa menyelidik maklumat itu betul atau fitnah Mengancam keselamatan keamanan negara • Pelbagai fitnah dan propaganda antikerajaan akan mempengaruhi fikiran rakyat yang mungkin akan
mencetuskan perasaan tidak puas hati rakyat kepadakerajaan • Propaganda antikerajaan yang sentiasa memburukburukkan kerajaan sama adadalam dan luar negara akan memberi kesan negatif kepada kerajaan sepertiberlakunya rusuhan yang akhirnya menyebabkan negara tidak aman • Apabila imej negara tercalar para pelabur asing tidak akan melabur di negara kita dan juga akan menarik modal mereka yang akan menyebabkan negara mengalami masalah pengangguran dalam kalangan rakyatnya perasaan rakyat yang menganggur tadi mudah untuk melakukan rusuhan yang seterusnya menjejaskan keselamatan negara Keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat • Media cetak seperti majalah banyak memaparkan gambar-gambar yang berunsurkan lucah dan menghairahkan yang menjadi tarikan untuk remaja membelinya. • Hal ini akan menyebabkan banyak remaja cuba meniru terutamanya dan segi pakaian yang mencolok mata, rambutnya yang pelbagai wama dan fesyen, dantingkah laku yang kurang sopan. • Filem-filem juga tidak kurang hebatnya dengan adegan-adegan seks yangmerangsang remaja untuk menirunya. • Oleh hal yang demikian, mengikut statistik mutakhir banyak anak luar nikah dilahirkan - wujud masalah pembuangan bayi wujud keruntuhan akhlak masyarakat kerana nilai moral yang rendah Penutup: Kebebasan media massa yang diberikan oleh kerajaan hendaklah dimanfaat untuk perkara- perkara yangbermanfaat saja. Kerajaan belum menggunakan undang-undang untuk menyekat kebebasan media kerana masihbanyak media massa yang bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan masyarakat