The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Peraturan Asrama.docx

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurin Firzanah, 2023-11-06 21:55:14

Buku Peraturan ADMA

Buku Peraturan Asrama.docx

Page 1 PERATURAN ASRAMA 1) PERATURAN KEMASUKAN 1.1 Penginapan di asrama adalah terhad untuk tempoh setahun sahaja. 1.2 Pelajar mestilah memohon semula untuk tahun berikutnya. 2) PERATURAN BERPAKAIAN 2.1 Setiap murid dikehendaki berpakaian kemas semasa di sekolah menghadiri kelas persediaan, pemeriksaan dormitory dan menghadiri sebarang acara rasmi asrama atau sekolah. 2.2 Setiap murid mesti memakai pakaian rasmi asrama/kemas apabila keluar dari kawasan seperti keluar ke bandar, mengikuti rombongan dan pulang ke rumah. 2.3 Murid perempuan tidak dibenarkan menyimpan kuku mewarnakannya dan memakai kosmetik. 2.4 PAKAIAN PELAJAR SEKOLAH LELAKI:- 2.4.1 Baju Kemeja/Baju T: a. Baju kemeja berkolar WARNA PUTIH (Cotton) lengan pendek , poket satu di kiri dibenarkan. Lain-lain jenis baju T berkolar, baju T sukan atau seumpamanya DIBENARKAN untuk aktiviti sukan atau riadah sahaja. Baju T tidak berkolar TIDAK DIBENARKAN. b. Baju hendaklah disisipkan (tuck in) ke dalam seluar. c. Baju kemeja berlengan panjang hendaklah dibutangkan dipergelangan tangan atau dilipat dengan kemas hingga ke paras siku. d. Pemakaian semua jenis jaket TIDAK dibenarkan ke kelas akademik. Baju panas (sweater) dibenarkan dalam keadaan tertentu sahaja. e. Butang putih dijahit dengan benang putih. 2.4.2 Seluar: a Seluar panjang berwarna hijau tua. Kain seluar slack yang dibenarkanialah daripada jenis yang sesuai, selain itu kain jenis Denim, PVC, Corduroy atau kulit TIDAK dibenarkan. B Pemakaian semua jenis jeans dan cotton slack TIDAK dibenarkan. C Labuh kaki seluar hendaklah tidak melebihi tumit kasut dan paling singkat menutup buku lali apabila berdiri dan ukur lilit seluar di antara 35cm-45cm d Potongan bell-botton , kaki kecil (slim cut) dan ketat tidak dibenarkan e Material dari jeans/ ala jeans tidak dibenarkan. 2.4.3 Tali pinggang: a Tali pinggang hendaklah dari jenis KULIT atau PVC b Lebar tali pinggang mestilah tidak melebihi 2 cm dan berwarna hitam atau hijau. Tali pinggang yang berwarna warni dan berbelang TIDAK Dibenarkan c Kepala tali pinggang hendaklah tidak terlalu besar dan tidak mempunyai lambang yang tidak sesuai. Seperti lambang binatang atau tulisan yang tidak sesuai dan tidak bermoral 2.4.4 Kasut dan stoking: a Semasa berpakaian sekolah mesti memakai stoking berwarna putih. Stokin yang terlalu pendek tidak dibenarkan b Kasut kanvas berwarna putih dipakai semasa waktupersekolahan, kasut kulit berwarna hitam (bukan


Page 2 kanvas) dipakai untuk acara rasmi. c Kasut bertumit tinggi, berbelang-belang, sandal, selipar,kasut sukan TIDAK dibenarkan dipakai pada waktu persekolahan, acara rasmi, keluar ke bandar atau mengikuti rombongan sekolah. e Kasut tidak boleh diconteng dan mesti sentiasa kemas. f Kasut bertali mesti diikat kemas. 2.4.5 Tali Leher : a Tali leher rasmi sekolah sahaja yang dibenarkan 2.4.6 Tutup kepala : a Hanya songkok berwarna hitam sahaja dibenarkan. b Kopiah dan serban tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan menunaikan solat sahaja. 2.5 PAKAIAN SEKOLAH PELAJAR PEREMPUAN 2.5.1 2.5.2 Baju kurung dan kain atau pinafore sekolah (cotton). Baju dan kain tidak ketat dan jarang. Tudung: a Telekung mini/tudung berwarna putih, tidak jarang dan tidaK bercorak serta menutupi bahagian dada. Warna lain dibenarkan di luar waktu akademik. 2.5.3 Stokin: a Stokin berwarna putih dipakai semasa waktu persekolahan, acara rasmi, keluar ke bandar atau mengikuti rombongan sekolah. 2.5.4 Kasut: a Kasut hendaklah jenis yang bersarung dan bukan dari jenis selipar /sandal. b Kasut warna hitam dari jenis kanvas/getas sahaja dibenarkan. c Kasut berfesyen dan berwarna warni tidak dibenarkan. 2.5.5 PAKAIAN LARANGAN a Semua jenis pakaian yang ditafsirkan sebagai menjolok mata atau pakaian yang mendedahkan aurat/ketat/seksi/berfesyen /keterlaluan. b Baju /pakaian yang ada gambar orang/kumpulan seperti penyanyi, pemimpin, ahli sukan, gambargambar lucah dan sebagainya. c Memakai baju T tidak berkolar d Memakai pakaian yang selekeh, kotor, berbau busuk dan hapak 3) RUPA/PENAMPILAN DIRI 3.1 Rambut 3.1.1 PELAJAR LELAKI a Rambut mesti sentiasa pendek,tidak mencecah kola baju. Bahagian belakang tidak tebal dan ekor pipit 2 cm sahaja. b Rambut mesti disikat kemas dan bersih dan membotakan kepala adalah dilarang.


Page 3 c Rambut yang berfesyen/berwarna adalah dilarang. d Stail rambut yang keterlaluan seperti punk, Trojan, bross dan lain-lain tidak dibenarkan. e Menggunakan gel, pengeras rambut/minyak yang berbau tengik tidak dibenarkan. f Misai, janggut dan jambang tidak dibenarkan. 3.1.2 PELAJAR PEREMPUAN a Rambut hendaklah pendek, jika panjang mesti diikat/didandan b Rambut mesti kemas dan bersih, tidak boleh menutupi bahagian muka. Rambut yang berwarna/berfesyen adalah dilarang. c Bulu kening tidak boleh dihias, dicukur /dicabut d Memakai alat solet seperti gincu, celak dan sebagainya tidak dibenarkan. 3.2 Cermin mata a Tidak dibenarkan memakai cermin mata kecuali atas nasihat doktor b Cermin mata tidak boleh berbingkai besar/terlalu kecil / berwarna / berfesyen /hitam/gelap. 3.3 Kuku a Menyimpan kuku panjang, mewarna kuku secara /tradisional tidak dibenarkan. b Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. 3.4 Pemakaian aksesori/Barang Kemas a b Memakai tangkal, azimat, aksesori dan barang kemas tidak dibenarkan. Bertindik dan bertatu dilarang sama sekali. 4) PERATURAN AKADEMIK 4.1 Kemajuan pelajaran pelajar akan diawasi oleh pihak sekolah dan asrama, jika didapati kemerosotan pelajaran, pelajar berkenaan akan dikeluarkan dari asrama. 4.2 Pelajar tingkatan 4 yang gagal dalam PMR akan dikeluarkan dari asrama. 4.3 Pertimbangan khas akan diberikan kepada pelajar yang aktif di dalam aktiviti kokurikulum. 4.4 4.4.1 4.4.2 4.4.3 Masa persekolahan:- Pelajar hendaklah mematuhi peraturan sekolah Jika pelajar asrama sakit, semasa waktu persekolahan, hendaklah dilaporkan kepada warden untuk mendapatkan surat kebenaran rawatan doktor dan surat pengesahan tidak hadir ke sekolah untuk disampaikan kepada guru kelas. Pelajar yang tidak ke sekolah kerana sakit dikehendaki tinggal di bilik sakit. Pelajar yang hendak meninggalkan kawasan sekolah, misalnya balik ke kampung kerana hal mustahak / kecemasan hendaklah dapat kebenaran pengetua / PK 1 / PK HEM / Warden. 4.5 4.5.1 4.5.2 4.5.3 4.5.4 Selepas Masa Persekolahan: Semua pelajar diwajibkan hadir ke kelas persediaan (prep) pada waktu-waktu yang ditetapkan. Kelas prep hendaklah dijalankan di bilik-bilik belajar yang telah dikhaskan. Sebarang pengecualian daripada menghadiri prep hanya sah dengan kebenaran warden. Tujuan prep ialah untuk mengulangkaji pelajaran / persediaan kerja rumah / kelas tambahan / lain-lain kerja yang berkaitan dengan pelajaran.


Page 4 4.5.5 4.5.6 4.5.7 4.5.8 Exco yang bertugas dikehendaki berada di bilik prep mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ketenteraman di bilik prep adalah di bawah tanggungjawab pelajar-pelajar sendiri. Exco dan warden akan membuat rondaan dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan ke atas pelajar yang menyalahgunakan waktu belajar ini. Pakaian semasa di prep adalah baju kurung sepasang bagi perempuan manakala bagi lelaki pula berseluar panjang dan t-shirt berkolar.Exco mestilah menyimpan rekod kehadiran pelajar ke prep dan tahu sebab-sebab sekiranya ada pelajar yang tidak menghadiri kelas prep. PERKARA HARI MASA PREP PETANG ISNIN -KHAMIS 3.30 – 5.00 pm PREP MALAM ISNIN - KHAMIS 8.00 – 10.00 pm 5. PERATURAN KEBERSIHAN DAN KESIHATAN DIRI 5.1 Kebersihan diri penghuni hendaklah dijaga setiap masa. 5.2 Pakaian dan alat harian penghuni mestilah selalu bersih. 5.3 Sebarang penyakit dan kemalangan hendaklah dilaporkan kepada warden atau exco dengan segera. 5.4 Penghuni dinasihatkan tidak membeli makanan yang tidak mendapat pengesahan daripada pihak kesihatan. 6. PERATURAN TINGKAH LAKU 6.1 Penghuni asrama hendaklah menjaga nama baik asrama dengan berkelakuan baik, bersopan santun terhadap sesama penghuni, exco dan warden, penyelia asrama dan kakitangan asrama yang lain. 6.2 Penghuni hendaklah menjaga keselamatan harta benda sendiri, asrama, sekolah, guru-guru, kawankawan serta kakaitangan asrama. 6.3 Sebarang kerosakan, kehilangan harta benda asrama bersabit daripada pihak penghuni akan dituntut ganti rugi daripada penghuni yang berkenaan. 6.4 Penghuni tidak dibenarkan merokok, membawa minuman keras / lain-lain benda yang boleh merosakkan harta benda asrama dan akhlak penghuni-penghuni asrama. 6.5 Penghuni-penghuni asrama dinasihatkan tidak bersiar-siar di luar perkarangan asrama atau sekolah demi keselamatan. 6.6 Tidak dibenarkan melakukan buli terhadap pelajar-pelajar baru. 6.7 Penghuni-penghuni yang didapati tidak berdisiplin, berkelakuan tidak baik, mencuri, keluar atau balik ke kampung tanpa kebenaran warden, malas belajar, merosot dalam pelajaran akan dikeluarkan daripada asrama. 7. PERATURAN DORMITORI (BILIK PELAJAR) 7.1 Kebersihan mesti dijaga setiap masa. 7.2 Penghuni hendaklah membersihkan dorm mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh ketua dorm. 7.3 Lantai dorm hendaklah di mop sebulan sekali. 7.4 Tempat tidur mesti dikemaskan setiap pagi sebelum sarapan pagi. 7.5 Pakaian tidur hendaklah digantung di tempat pakaian sahaja.


Page 5 7.6 Tuala mandi dan kain baju yang basah hendaklah digantung di ampaian luar. 7.7 Kasut-kasut hendaklah disusun rapi di atas rak kasut di dalam dorm. 7.8 Makanan (bermasak), biskut, buah-buahan, gula-gula dan minuman) tidak dibenarkan sama sekali di bawa masuk ke dalam dorm. Perkara ini adalah untuk mengelakkan semut, lipas dan tikus. 7.9 Buku dan alatan hendaklah disusun dengan kemas. 7.10 Jangan gunakan pinggan mangkuk daripada dewan makan (DM) untuk menyimpan makanan sendiri. 7.11 Pakaian, tuala, kasut dan peralatan-peralatan lain yang tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya akan dikumpul dan dilelong. 7.12 Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke bilik lain tanpa kebenaran warden. 7.13 Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan 7.14 Gambar dan poster tidak dibenarkan tampal didinding 7.15 Hanya cadar dan sarung bantal sahaja dibenarkan 7.16 Selimut hendaklah dilipat dan diletakkan di hujung katil 7.17 Pakaian kering hendaklah dilipat kemas dan disusun dalam almari 7.18 Dilarang meletakkan sebarang barang/alatan di tingkap asrama 7.20 Pelajar tidak dibenarkan pulang ke asrama pada waktu akademik, sebelum meninggalkan asrama, bilik hendaklah dipastikan kemas dan bersih. 8. PERATURAN BILIK MANDI DAN TANDAS 8.1 Alat-alat mandi adalah hak sendiri (sabun, berus gigi, ubat gigi dan lain-lain). 8.2 Alat-alat ini hendaklah disimpan di dalam timba kecil dalam almari. 8.3 Tuala wanita hendaklah dibungkus dengan kertas sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Jangan sesekali dibuang ke dalam mangkuk tandas kerana perbuatan ini akan mengakibatkan saluran najis tersumbat dan menyusahkan semua pihak. 8.4 Peralatan di bilik mandi (cermin, pancuran, kepala pai, pintu dan lain-lain) hendaklah dijaga supaya tidak rosak. 8.5 Penghuni-penghuni dinasihatkan supaya tidak mandi di dalam tandas. 8.6 Pakaian tidak boleh direndam di dalam singki dan hendaklah menggunakan baldi. 8.7 Kain basahan hendaklah disimpan di ampaian luar. 9. PERATURAN BILIK BACAAN 9.1 Kebersihan bilik bacaan hendaklah dijaga oleh semua pelajar mengikut jadual yang telah ditetapkan. 9.2 Buku-buku hendaklah disusun rapi setelah selesai dibaca dan mentelaah. 9.3 Lampu, kipas, tingkap dan pintu hendaklah ditutup oleh murid yang terakhir meninggalkan bilik bacaan. 9.4 Tidak dibenarkan makan dan minum di bilik bacaan. 9.5 Memastikan bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan lain- lain sentiasa tersedia dan dalam keadaan diguna pakai dan diselia 9.6 Akhbar dan majalah serta kerusi hendaklah disusun kemas setelah digunakan


Page 6 10. PERATURAN SURAU 10.1 Peraturan surau hendaklah dijaga oleh semua penghuni. 10.2 Kain telekung, sejadah hendaklah dilipat dan disusun dengan rapi di dalam almari. 10.3 Exco akan menyusun jadual bertugas membersihkan surau dan menyimpan al-Quran, kitab-kitab dan makalah-makalah agama Islam dengan kemas dan teratur dalam almari. 10.4 Aktiviti yang tidak berkaitan dengan agama Islam tidak dibenarkan menggunakan surau. 10.5 Tidak dibenarkan makan, minum dan urusan jual beli di surau. 10.6 Tidak dibenarkan tidur, bising dan berbual kosong di surau. 10.7 Tingkap, pintu, lampu dan kipas hendaklah ditutup oleh murid yang terakhir meninggalkan surau. 10.8 Semua pelajar wajib solat fardhu di surau. 10.9 Penggunaan peralatan surau adalah menjadi tanggungjawab biro kerohanian asrama 11. PERATURAN DEWAN MAKAN 11.1 Penghuni hendaklah berbaris semasa mengambil makanan dan hendaklah makan di dewan makan sahaja mengikut masa yang telah ditetapkan kecuali pelajar yang sakit. 11.2 Makanan yang tidak habis dimakan hendaklah dibuang di dalam tong yang disediakan. 11.3 Penghuni dilarang meletakkan sisa makanan di atas meja. 11.4 Jika terdapat sisa makanan yang tumpah di atas meja, hendaklah dibersihkan menggunakan tuala yang disediakan. 11.5 Penghuni-penghuni asrama dinasihatkan tidak membuang sisa makanan dan sampah ke dalam sinki. 11.6 Pinggan mangkuk dan lain-lain peralatan daripada dewan makan atau dapur asrama tidak boleh di bawa keluar daripada dewan makan. 11.7 Setiap penghuni hendaklah membaca doa sebelum makan. 11.8 Penghuni yang perlu makan awal atau lewat mestilah mendapat kebenaran warden dan melaporkan kepada exco biro makanan. 11.9 Penghuni-penghuni tidak dibenarkan masuk ke ruang dapur demi keselamatan. 11.10 Waktu makan bagi pelajar lelaki dan perempuan : MASA MAKAN PELAJAR LELAKI PELAJAR PEREMPUAN SARAPAN PAGI 6.30 – 7.00 pagi 6.30 – 7.00 pagi MAKAN TENGAHARI Isnin – Khamis Jumaat Sabtu / Ahad / Kelepasan AM 1.30 – 2.30 petang 2.30-3.00 Petang 12.00 -1.00 tgh 1.30 – 2.30 petang 12.30-1.00 tengahari 12.00-1.00 tgh MINUM PETANG 4.30 – 5.00 petang 4.30 – 5.00 petang MAKAN MALAM 6.30 – 7.00 petang 6.00 – 6.30 petang MINUM MALAM 10.30 -10.40 malam 10.30-10.40 malam *tertakluk kepada perubahan semasa


Page 7 12. PERATURAN BILIK SAKIT 12.1 Memastikan bilik rawatan lengkap, kemas, sesuai dan selesa. 12.2 Memastikan setiap murid mempunyai rekod kesihatan semasa mula mendaftar dan disimpan supaya mudah untuk diperolehi semasa kecemasan. 12.3 Memastikan bekalan ubat mencukupi dan terkawal. 13. PERATURAN PENGGUNAAN TELEFON 13.1 Telephon bimbit / mobil phone atau sebarang alat komunikasi dua hala tidak dibenarkan. 13.2 Pelajar dikehendaki menggunakan telefon dengan baik dan cermat. 13.3 Segala kerosakan dan kecuaian hendaklah dilaporkan kepada warden. 13.4 Penggunaan telefon awam tidak dibenarkan pada masa-masa berikut : Waktu akademik,semasa prep,selepas lampu dipadamkan dan semasa aktiviti persekolahan. 14. PERATURAN PENGGUNAAN ELEKTRIK DAN AIR 14.1 Sambungan elektrik secara haram tidak dibenarkan 14.2 Pastikan plug ditanggalkan dari soket setelah digunakan . 14.3 Penggunaan peralatan elektrik semasa kilat adalah ditegah . 14.3 Seterika elektrik boleh digunakan di bilik khas sahaja . 14.4 Semua peralatan elektrik yang hendak digunakan di asrama hendaklah didaftarkan terlebih dahulu. 14.5 Menggunakan peralatan elektrik yang rosak adalah dilarang 14.6 Pastikan semua suis dimatikan selepas digunakan 14.7 Sebarang kerosakan berkaitan dengan elektrik hendaklah dilaporkan segera kepada warden . 14.8 Kipas-kipas didalam dorm dan bilik yang boleh dipasang ketika terlalu panas dan ketika ramai pelajar didalam nya 14.9 Jika tiada pelajar yang menggunakan sebarang bilik yang tersebut di atas, lampu-lampu dan kipas hendaklah ditutup oleh pengawas yang bertugas. Diminta jangan membazir dan berjimat menggunakan elektrik 14.10 Semua penghuni mesti menggunakan air dengan cermat . Semua paip air mestilah ditutup selepas digunakan . 14.11 Sebarang kerja membasuh mesti menggunakan takungan. Jangan menggunakan sinki atau pancuran sahaja. 14.12 Pelajar dibenarkan menonton tv pada masa yang ditetapkan. 15. WAKTU TIDUR 15.1 Semua penghuni asram masuk tidur pada jam 11.00 malam . Lampu-lampu dormitri akan ditutup pada pukul 11.00 malam 15.2 Satu katil untuk seorang penghuni sahaja. Penghuni boleh menggunakan kelambu jika mahu . 15.3 Ubat nyamuk tidak boleh digunakan di dalam dorm. Penghuni tidak dibenarkan menggunakan lilin dan pelita minyak tanah atau membuat sambungan letrik untuk apa- apa tujuan sekalipun . 15.4 Penghuni asrama tidak dibenarkan membawa lain-lain orang atau pelawat bermalam di asrama


Page 8 16. WAKTU IBADAT 16.1 Sembahyang Subuh , maghrib dan Isyak adalah sembahyang berjemaah. 16.2 Pada waktu-waktu lain, pelajar-pelajar digalakkan sembahyang berjemaah 17. WAKTU REHAT / CUTI / KELEPASAN AM 17.1 Pada hari-hari persekolahan , Pelajar-pelajar berehat mulai jam 5.00 petang sehingga 6.30 petang. Kegiatan bersukan,membaca di perpustakaan atau lain-lain aktiviti yang berfaedeah boleh dijalankan . 17.2 Pada hari Sabtu dan Ahad , pelajar-pelajar berehat mulai jam 12.00t/h sehingga makan tengahari. Penghuni dilarang membuat bising semasa berehat dan pada setiap masa. 17.3 Penghuni-penghuni asrama tidak dibenarkan keluar /pulang kerumah tanpa kebenaran warden. 17.4 Pelajar dibenarkan pulang ke kampung pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan . Kad pengesahan balik ke rumah hendaklah ditandatangani oleh ibu/bapa penjaga yang sah. Kebenaran hanya boleh diberi oleh Pengetua seminggu sebelum tarikh pulang kecuali kerana hal kecemasan seperti kematian . 17.5 Pelajar hanya dibenarkan ke bank pada hari selasa sahaja. Mereka perlu mengisi buku keluar dan mendapatkan kebenaran warden . 18. LAWATAN IBUBAPA / PENJAGA 18.1 Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan datang melawat selepas jam 6.00 petang atau malam kecuali hal hal kecemasan . Selepas jam 6.00 petang barang atau pesanan kepada pelajar hendaklah dikirim melalui warden/penyelia asrama / pengawal keselamatan yang bertugas. 18.2 Pelawat tidak dibenarkan masuk kedalam dorm kecuali semasa kecemasan (sakit). Mereka boleh dibawa ke bilik rehat . Pelawat yang dibenarkan masuk ke kawasan asrama/sekolah adalah terdiri daripada ibu bapa /penjaga atau saudara yang sah daripada ibu bapa/penjaga .Teman lelaki atau teman wanita tidak dibenarkan melawat. 18.3 Keengganan ibu bapa/penjaga mematuhi peraturan asrama akan melibatkan anak-anak jagaan anda disingkirkan dari asrama. Oleh itu, diharap ibu bapa/penjaga dapat member kerjasama di dalam semua hal ehwal demi kebaikan anak/penghuni. 18.4 Pakaian pelawat mestilah bersopan dan beradab. 18.5 Masa ibu bapa /penjaga melawat adalah seperti berikut : HARI MASA Ahad & Hari Cuti Am 8.30 Pagi-5.00 petang 19. SURAT MENYURAT 19.1 Pihak warden berhak menapis semua surat-surat pelajar jika dirasakan perlu. Surat-surat mempunyai penglibatan emosi atau isu-isu yang tidak wajar akan ditahan oleh warden dan pelajar yang berkenaan akan dipanggil Jika berulang, kandungan surat akan dibaca kepada umum dan dilaporkan kepada ibubapa/penjaga. 19.2 Bagi surat-surat biasa, exco akan mengambil surat-surat di bilik warden/penyelia asrama pada masa yang ditetapkan . 19.3 Pelajar-pelajar akan mengambil surat masing-masing daripada exco di bilik rehat.


Page 9 20. ALAT ELEKTRIK 20.1 Penghuni-penghuni asrama tidak dibenarkan menggunakan radio, alat memasak air dan lain-lain yang menggunakan kuasa elektrik. 20.2 Rokok, “chewing gum”, kuaci,minuman keras, alat solek, barang kemas, pakaian berharga, cermin mata hitam, pakaian menjolok mata ,pakaian beraneka fesyen ,baju Tala “rockers”, seluar Jeans , bahan lucah,buku cerita berbentuk hiburan, buku/majalah berunsur negative,bahan-bahan /permainan berbahaya dan sebarang kenderaan tidak dibenarkan dibawa ke asrama. 20.3 Bahan-bahan berbahaya seperti bahan letupan, mercun peralatan tajam dan peralatan yang mengancam keselamatan tidak dibenarkan dibawa ke asrama. 20.4 TV boleh dipasang oleh exco pada bila-bila masa yang telah ditetapkan. 21. BILIK SETERIKA/BILIK MENGGOSOK 21.1 Kebersihan bilik Sterika adalah tanggungjawab bersama. 21.2 Pastikan suiz alatan yang digunakan dimatikan dan plug dicabut. 21.3 Pelajar-pelajar hanya dibenarkan menggosok di bilik menggosok sahaja. 22. SEMASA BERLAKU KEBAKARAN 22.1 Apabila berlaku kebakaran, lonceng kecemasan hendaklah dibunyikan . 22.2 Pelajar pertama yang menyedari kebakaran hendaklah menghubungi pihak bomba dan memaklumkan segera kepada warden. 22.3 Pelajar mestilah meninggalkan bangunan asrama dengan serta merta. 22.4 Semua suis lampu dan kipas mestilah dimatikan. 22.5 Pelajar hendaklah bergerak ke tempat perhimpunan mengikut pelan kecemasan yang ditetapkan . 22.6 Di tempat perhimpunan, pelajar hendaklah berbaris mengikut bilik masing-masing dan ketua aras/blok hendaklah melaporkan bilangan pelajar di aras/bloknya mencukupi. 22.7 Ketua aras/blok hendaklah melaporkan bilangan pelajar di aras/bloknya kepada warden. 22.8 Warden hendaklah melaporkan kejadian kebakaran kepada Pengetua. 22.9 Pelajar hanya dibenarkan bersurai apabila diarahkan. 23. KESELAMATAN WANG 23.1 Wang tunai :- Pelajar tidak dibenarkan menyimpan wang tunai lebih daripada RM20.00 sahaja. Wang tunai yang berlebihan mesti disimpan dalam bank atau pada penasihat homeroom/warden. 23.2 Kad ATM:- Kad ATM mestilah disimpan di tempat selamat. Nombor pin hendaklah dihafal dan dimusnahkan. Pelajar tidak dibenarkan meminta bantuan orang ain untuk mengeluarkan wang dengan menggunakan kad ATM nya. Pelajar hendaklah melaporkan kehilangan kad ATM dengan segera kepada pihak berkenaan.


Page 10 24. KESELAMATAN UMUM 24.1 Penggunaan ubat nyamuk lingkaran pelita dan lilin tidak dibenarkan. 24.2 Pelajar hendaklah mengetahui cara menggunakan alat pemadam semasa berlaku kebakaran. 24.3 Jika berlaku kecemasan pelajar hendaklah menghubungi Warden/ Pengawal keselamatan dengan segera. 24.4 Peti pertolongan cemas boleh didapati daripada Warden/ Bilik rawatan/Pejabat warden/Pondok pengawal. 25. PEMERIKSAAN ASRAMA 25.1 Kehadiran penghuni-penghuni dicatat pada setiap hari dalam Jadual kedatangan asrama mengikut dorm. 25.2 Pada hari persekolahan, semua pelajar hendaklah berada ditempat perhimpunan pagi (Row call) pada jam 6.45 pagi. 25.3 Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan dijalankan oleh exco sebelum sarapan pagi untuk memastikan tempat tidur murid dalam keadaan kemas. 25.4 Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan hendaklah dijalankan oleh warden bertugas bagi memastikan; a)Kebersihan Dorm murid b)Kebersihan asrama c)Setiap murid mempunyai peralatan peribadi yang lengkap d)Perkara-perkara lain yang diperlukan oleh pihak sekolah 25.5 Pemeriksaan asrama pada hari ahad, jam 10.00 pagi dijalankan oleh exco 25.6 Pemeriksaan mengejut diadakan pada bila-bila masa oleh pengetua/ GPK HEM/warden/guru disiplin. 26. PERATURAN KELUAR ASRAMA 26.1 26.1.1 26.1.2 26.1.3 26.1.4 26.1.5 26.2 26.2.1 26.2.2 26.2.3 BALIK KE RUMAH IBU BAPA / PENJAGA: Pelajar dibenarkan pulang ke rumah dua kali sebulan. Kebenaran pulang seterusnya mestilah diperolehi daripada Tuan Pengetua. Pelajar dikehendaki mengisi buku pulang kampong dan ditandatangani oleh warden sebagai bukti kebenaran pulang kampung. Apabila pulang ke rumah, kad tersebut hendaklah ditandangani oleh ibu bapa/penjaga pada ruang ang disediakan. Pelajar diwajibkan pulang semula ke asrama sebelum jam 6.00 petang. Pelajar juga dikehendaki memakai baju batik asrama semasa pulang ke kerumah dan semasa pulang ke asrama. KELUAR KE BANDAR (OUTING): Waktu yang dibenarkan ialah pada hari Ahad bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Pelajar dikehendaki mengisi borang Permohonan Keluar (Outing) dan mendapat kebenaran daripada warden bertugas. Pelajar dikehendaki memakai baju batik asrama semasa kelluar dan balik asrama.


Page 11 26.2.4 26.2.5 26.2.6 26.2.8 26.2.9 26.2.10 Semasa keluar outing pelajar tidak dibenarkan mengunjungi tempat-tempat berikut: Pusat permainan hiburan seperti , “Billiard” , “Pin ball”, “video games ,Snooker boling Pawagam dan seumpamanya . Semua kelab malam, bar ,disko dan seumpamanya.Semua tempat pelacuran, rumah urut dan seumpamanya. Pelajar hendaklah menjaga imej dan nama baik sekolah. Pelajar dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal dan mengambil kembali kad :outing” semasa kembali ke asrama. Ibubapa atau penjaga akan dihubungi jika penghuni tidak kembali ke asrama pada masa yang ditetapkan. 26.3 26.3.1 26.3.2 PULANG KECEMASAN: Ibu bapa/penjaga hendaklah membuat pemohonan pulang kecemasan dan mendapat kelulusan daripada Pengetua /GPK HEM /Warden. Ibubapa/penjaga/wakil hendaklah datang mengambil pelajar di sekolah. Pelajar tidak dibenarkan pulang sendiri kecuali langkah-langkah keselamatan telah disempurnakan dan mendapat mendapatkan keizinan daripada ibubapa/penjaga 26.4 26.4.1 26.4.2 26.4.3 26.4.4 26.4.5 26.4.6 26.4.7 26.4.8 KELUAR MENGIKUTI PROGRAM : (lawatan,perkhemahan ,aktiviti homeroom/akademik, kokurikulum dan sumpamanya.) Program tersebut telah diluluskan oleh Pengetua/mana yang berkenaan ) Surat pengesahan kelulusan, kad “outing”peserta dan senarai peserta disahkan oleh guru penasihat /pengiring hendaklah dikemukan kepada warden bertugas. Pelajar yang ditahan kad “outing” atau dikenakan tahanan dalam sekolah tidak dibenarkan menyertai program. Warden hanya menandatangani kebenaran pada senarai peserta sahaja tanpa menandatangani kad “outing”. Salinan senarai nama yang disertakan bersama kad “outing”peserta hendaklah diserahkan kepada pondok pengawal . Peserta hendaklah mematuhi peraturan pakaian yang telah ditetapkan berdasar program yang disertai. Peserta hendaklah sentiasa menjaga imej dan nama baik sekolah semasa mengikuti program yang disertai. Peserta hendaklah melaporkan diri di pondok pengawal dan mengambil kembali kad “outing” sebelum masuk ke asrama . 26.5 26.5.1 26.5.2 KELUAR KE KLINIK (di luar waktu pejabat): Melaporkan kepada warden bertugas. Mendapat rawatan di klinik/hospital dengan dihantar oleh warden bertugas melaporkan diri di pondok pengawal dengan meninggalakan kad “outing”dan mengambil kembali ketika masuk semula ke sekolah. 26.6 26.6.1 KE KLINIK PADA MASA PERSEKOLAHAN.: Mengisi borang keluar kelas dan di tandatangani guru matapelajaran masa pertama.


Page 12 26.6.2 26.6.3 26.6.4 Melaporkan diri di pejabat. Mendapat pengesahan/kebenaran Pengetua. Diberi kebenaran menginap di sick bay/ ke kelas seperti biasa. 26.7 26.7.1 26.7.2 26.7.3 26.7.4 26.7.8 KELUAR UNTUK SOLAT JUMAAT: Pelajar hendaklah mematuhi masa pergi dan balik yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelajar mestilah mematuhi peraturan pakaian solat jumaat. Pelajar tidak dibenarkan melencong ke tempat lain kecuali ke masjid untuk solat jumaat. Pelajar hendaklah menjaga tertib dan adab semasa di masjid. Pelajar hendak lah pulang ke sekolah setelah doa selesai dibacakan . 26.8 26.8.1 26.8.2 KELUAR PADA HARI PERSEKOLAHAN: Pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran Pengetua/PK1/PK HEM pada masa pejabat dan kebenaran warden pada masa bukan waktu pejabat. Permohonan Wajib disertakan surat sokongan / rasmi.


Page 13 KATEGORI KESALAHAN MURID 1. KESALAHAN BERAT 1.1 JENIS KESALAHAN 1.1.1 Menyimpan , membawa , mengambil atau mengedar dadah 1.1.2 Menghisap, menyimpan atau membawa rokok , meminum minuman keras atau berjudi 1.1.3 Mencuri atau merosakkan harta benda sekolah atau asrama, guru-guru pekerja atau murid-murid lain dengan sengaja. 1.1.4 Mencabar atau mengancam serta menggunakan kekerasan terhadap guru-guru, kakitangan atau murid-murid lain 1.1.5 Menjadi ahli dalam pertubuhan haram dan menyimpan senjata berbahaya yang boleh digunakan untuk tujuan jahat. 1.1.6 Menceroboh ke asrama puteri bagi putera atau sebaliknya. 1.1.7 Pertemuan antara putera dan puteri atau individu lain yang berlainan jantina di tempat-tempat yang tersembunyi, gelap atau yang boleh mendatangkan syak wasangka. 1.1.8 Segaja menimbulkan perkara-perkara yang sensitive dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan pergaduhan 1.1.9 Meninggalkan kawasan sekolah/ asrama tanpa kebenaran dengan cara memanjat pagar, menumpang kenderaan dan sebagainya 1.1.10 Membantah keputusan atau arahan pihak pejabat , penyelia asrama , warden , guru disiplin , penolong kanan atau Pengetua walaupun telah diberi beberapa kali amaran 1.1.11 Menunjukkan sifat bongkak dan menghina pengawas sekolah/asrama , warden ,guru, kakitangan sekolah /asrama. 1.2 TINDAKAN ATAU HUKUMAN 1.2.1 Dilaporkan kepada pengetua/PPD/JPN/KPM (mengikut kesalahan) dan dimaklumkan kepada ibubapa/penjaga. 1.2.3 Menghubungi ibubapa/penjaga untuk membuat perakuan terakhir 1.2.4 Menarik balik biasiswa atau kemudahan lain yang telah diberikan 1.2.5 Diberi amaran terakhir, dirotan, digantung atau dibuang asrama. 1.2.6 Mengisi borang akujanji. 1.2.7 Dihantar ke sesi kaunseling. 2. KESALAHAN SEDERHANA 2.1 JENIS KESALAHAN 2.1.1 Menyalahgunakan ilmu seni mempertahankan diri seperti silat, karate atau Tae Kwan Do dan sebagainya. 2.1.2 Melakukan kesalahan-kesalahan ringan secara berterusan, walaupun telah diberi amaran dan membuat pengakuan bertulis


Page 14 2.2 TINDAKAN-TINDAKAN ATAU HUKUMAN 2.2.1 Kali pertama; Dirotan Membuat perakuan bertulis Laporan kepada ibubapa/penjaga Dihantar ke sesi kaunseling. 2.2.2 Kali kedua : Dirotan Amaran terakhir Membuat perakuan bertulis (salinan kepada ibu bapa dan penjaga) Dihantar ke sesi kaunseling 2.2.3 Kali ketiga Dirotan Diumumkan semasa perhimpunan Digantung asrama Direkod sebagai kesalahan berat, jika diulangi akan dibuang asrama Dihantar ke kaunseling 3. KESALAHAN RINGAN 3.1 JENIS KESALAHAN 3.1. Tidak menepati masa yang ditetapkan dalam peraturan asrama sekolah. 3.1.2 Tidak mengikuti peraturan berpakaian yang ditetapkan dan tidak berpakaian kemas. 3.1.3 Tidak mematuhi arahan-arahan daripada ketua dorm. 3.1.4 Berambut panjang, tidak dijaga dengan kemas atau tidak dipotong / disikat secara dibenarkan. 3.1.5 Tidak menghadiri perjumpaan/aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan. 3.1.6 Berkelakuan kurang sopan / membuat bising/menganggu ketenteraman umum atau murid lain di asrama/sekolah/padang/gelanggang semasa menonton perlawanan sukan /semasa dalam rombongan dan sebagainya. 3.1.7 Menyalahgunakan kemudahan asrama seperti menconteng poster yang ditampal /papan kenyataan / papan hijau /putih,bilik darjah,bas sekolah,membazirkan tenaga elektrik ,air dan lainlain. 3.1.8 Tidak menjaga keselamatan diri ,harta benda Asrama dan murid-murid lain . 3.2 TINDAKAN –TINDAKAN DAN HUKUMAN 3.2.1 Kali pertama –Dirotan 3.2.2 Kali kedua Diberi amaran terakhir Ditahan keluar ke Bandar(outing) sekali


Page 15 3.2.3 Kali ketiga Dirotan Ditahan keluar ke Bandar tiga kali berturut-turut Direkod sebagai kesalahan sederhana. Jika diulangi akan dirotan serta dilaporkan kepada ibu bapa/ penjaga Dihantar ke kaunseling


Page 16 SENARAI BARANG YANG TIDAK BOLEH DIBAWA MASUK KE ASRAMA LARANGAN 01. Alat muzik / hiburan 02. Radio / walkman / kaset / CD / VCD 03. Majalah hiburan 04. Senjata tajam / merbahaya 05. Baju @ seluar jeans 06. Make-up / bau-bauan 07. Telefon bimbit & pengecas (charger) 08. Alat elektrik (pemanas air,sterika dll) 09. Mancis / lighter 10. Lilin / pelita 11. Pakaian mahal 12. Pakaian tak senonoh (pakaian yang mengikut bentuk badan ) 13. Daun terup 14. Liquid paper 15. Minuman keras 16. Kasut roda / papan luncur 17. Bahan-bahan propaganda 18. Tali pinggang kepala besar 19. Barang-barang kemas / berharga 20. Pewarna kuku / rambut 21. Lingkaran ubat nyamuk / semburan ubat nyamuk 22. Gambar/ poster/ kata-kata lucah/ mengghairahkan 23. Barang-barang yang diharamkan memakainya seperti rantai leher 24. Rokok/ gam/ dadah/ pil khayal/kecuali gam kertas untuk kegunaan sekolah.


Click to View FlipBook Version