Kebudayaan dan Kesusasteraan Melayu SITI NURAINI BINTI MOHD SABRI PPS2-6 2022172310021 PN NORLIZA BINTI AHMAD KAMAL Bmmb 1104
I si Kandun g a n 12345 R u j u k a n K o n s e p J e n i s , b e n t u k , c i r i F u n g s i M a n i f e s t a s i
Perkataan 'kesusasteraan ' mempunyaimakna yang pelbagai dan ianya bergantung pada siapa yang menggunakannya. Kesusasteraan diaplikasikan secara meluas untuk menunjukkan sebarang catatan dan rekod, merangkumi sebarang bentuk imej dan ukiran atau surat-surat peninggalan sejarah, cerita yang berilustrasi, lukisan gua, dan monumen. Kesusasteraan juga dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indahindah sama ada dalam bentuk bertulis atau tidak. Takrif Kesusasteraan
Perkatan ' sastera ' ialah kata serapan daripada bahasa Sanskrit, iaitu ' sastra ' yang bermaksud 'teks yang mengandungi panduan atau pedoman ' , iaitu daripa kata dasar ' sas-' yang bermaksud ' panduan ' atau ' ajaran '. Sastera terbahagi kepada sastera tulisan dan sastera lisan. "Sastera"
Tokoh-tokoh ; Hashim Awang 1987 Haji Salleh Ali Ahmad 1995 1994
Takrif mengikuttokoh ; Manakala, bagi Ali Ahmad (1994) pula, sastera berasal daripada bahasa Sanskrit Castra, yang disebut syastra dan membawa maksud kitab suci. Bagi susastera pula, ianya bermakna seni sastera atau seni bahasa yang secara umumnya dinamakan sebagai persuratan. ALI AHMAD (1994) Menurut Haji Salleh (1995), kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta tulisan yang membawa unsur-unsur cereka disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai perkataan. HAJI SALLEH (1995) HASHIM AWANG (1987) Seterusnya, menurut Hashim Awang (1987), kesusasteraan adalah "ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Terdapat juga sastera lisan yang disampaikan melalui pertuturan dan sastera tulisan melalui hasil penulisan.
Jenis Bentuk Ciri-ciri
Jenis sastera Melayu Cerita mitos, cerita lagenda, cerita binatang, cerita jenaka. Cerpen, drama, novel. Pantun, syair, gurindam, seloka. Sajak Prosa tradisional : Prosa Moden : Puisi tradisional : Puisi moden :
Definisi Bentuk sastera Melayu Tradisional merupakan serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain (Siti Hajar Abdul Aziz,2011).Prosa tradisional ini merupakan bentuk kesusasteraan yang masih kekal hingga ke hari ini dan kekal menjadi sumber pengetahuan, amalan, pengajaran, sempadan tingkah laku atau sumber. PROSA TRAD ISIONAL PROSA MOD EN P U ISI TRAD ISIONAL Prosa moden pula merupakan karya sastera bahasa Melayu yang bebas dalam ciptaan, menggambarkan pengalaman, pemikiran, situasi, persoalan isu, atau kehidupan yang sebenar dalam bentuk penulisan karya. Puisi tradisional merupakan susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa yang digunakan bagi pertuturan harian. P U ISI MOD EN Menurut Za'ba, puisi ataua karangan berangkap didefinisikan sebagai "khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan serta kecantikan bahasa.
Bentuk sastera Melayu Prosa tradisional : 1) Cerita mitos & lagenda : Cerita ini menceritakan berkaitan asal usul suatu tempat, mahupun sesuatu yang bernilai sejarah. Contohnya, Cerita Malin Kundang. 2) Cerita binatang : Cerita ini menggunakan haiwan sebagai watak utama lakonannya. Contohnya, Sang Kancil dan Buaya. 3) Cerita jenaka : Cerita ini merupakan salah satu cerita narratif yang menimbulkan watak kelucuan. Contohnya, Pak Pandir.
Bentuk sastera Melayu Prosa moden : 1) Cerpen : Cerpen terbahagi kepada tiga iaitu cerpen mimesis atau peniruan, cerpen beralasan, dan cerpen mimpi. 2) Novel : Terdapat dua jenis novel iaitu novel fiksyen dan novel bukan fiksyen. 3) Drama : Drama dapat dibahagikan kepada tiga iaitu drama sandiwara, drama realisme, dan drama absurd.
Bentuk sastera Melayu Puisi tradisional : 1) Pantun : Bentuk pantun ialah terdiri daripada 4 baris rangkap, 4 perkataan sebaris, mempunyai rima a,b,a,b dengan beberapa variasi dan juga pengecualian. Setiap rangkap pantun dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud. 2) Syair : Syair merupakan puisi berlagu yang berasal dari Parsi dan dibawa masuk ke Nusantara bersama kedatangan Islam. Seterusnya, ia diubahsuai mengikut kesesuaian bahasa Melayu Klasik ketika itu. 3) Seloka : Seloka adalah puisi bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap dan baris.
Bentuk sastera Melayu Puisi moden : 1) Sajak: Sajak mempunyai sifat terikat dan pola khusus yang mana ia mementingkan ucapannya berbanding pemilihan kata, pembentukan rangkap, dan pematuhan rima akhir.
Ciri-ciri sastera Melayu Tradisional merupakan serius dan abadi nilainya, tertinggi mutunya dan menjadi standard kepada yang lain (Siti Hajar Abdul Aziz,2011).Prosa tradisional ini merupakan bentuk kesusasteraan yang masih kekal hingga ke hari ini dan kekal menjadi sumber pengetahuan, amalan, pengajaran, sempadan tingkah laku atau sumber. PROSA TRAD ISIONAL PROSA MOD EN P U ISI TRAD ISIONAL Prosa moden pula merupakan karya sastera bahasa Melayu yang bebas dalam ciptaan, menggambarkan pengalaman, pemikiran, situasi, persoalan isu, atau kehidupan yang sebenar dalam bentuk penulisan karya. Puisi tradisional merupakan susunan perkataan dalam bentuk karangan berangkap atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa yang digunakan bagi pertuturan harian. P U ISI MOD EN Menurut Za'ba, puisi ataua karangan berangkap didefinisikan sebagai "khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan serta kecantikan bahasa.
Fungsi sastera Melayu
Fungsi sastera Melayu Hiburan terhasil daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang indah dan tersusun serta kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengarnya. Keperluan menghiburkan penting bagi melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan yang indah. Kepentingan fungsi hiburan ini adalah dapat menjadikan karya sastera diminati pada suatu ketika dahulu. HIBURAN Contoh : Berburu ke padang datar, Dapat rusa berbelang kaki, Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi.
Fungsi sastera Melayu Sastera juga berfungsi sebagai pendidikan kerana memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada masyarakat. Hal ini kerana karya sastera merupakan alat penting dalam mendidik masyarakat bagi memberi kesedaran serta mengubah pemikirannya ke arah lebih baik. Sebagai contoh, dalam cerita Sang Kancil dengan Buaya, terdapat nilai, unsur moral, dan pengajaran yang dapat diperoleh. PENDIDIKAN
Fungsi sastera Melayu Dakwah merupakan proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia. Ianya disampaikan melalui medium atau saranan yang difahami sebagai objek dakwah. Sastera berfungsi dalam penyebaran dakwah kerana bahasa kesusasteraan dapat menyembunyikan pesan-pesan yang hendak dikomunikasikan kepada khalayak ramai. Sastera juga dapat menonjolkan eksistensi dirinya sebagai medium yang lebih neutral untuk menjelajahi medan makna. DAKWAH Contohnya dapat dilihat dalam karya syair oleh Hamzah Fansuri iaitu berkaitan Syair Perahu yang mana ia mengisahkan hubungan manusia dengan Allah dan manusia hanya bergantung kepada Allah dalam kehidupan.
Fungsi sastera Melayu KRITIKAN SOSIAL Sastera adalah sebuah rakaman kehidupan yang menggali dan menyelongkarkan tentang kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi dan sudut pandangan yang berbeza-beza. Sastera berfungsi sebagai kritikan sosial kerana dapat mempengaruhi tindakan dan tatasusiala adab sama ada untuk tujuan menegur,mengkritik, mahupun menyampaikan mesej. Terdapat beberapa contoh karya sastera yang menunjukkan fungsinya sebagai kritikan sosial iaitu karya Harga Sebuah Maruah dan juga karya Titis Darah Terakhir.
Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu dalam Karya Puisi Tradisional
Definisi : MANIFESTASI AKAL BUDI Akal budi bermaksud fikiran yang sihat. AKAL BUDI Dalam bidang falsafah, makna akal ialah sesuatu jauhar (perkara) yang berdiri sendiri, tidak berkaitan dengan badan, tetapi sentiasa melazimi badan. Ia mampu untuk memahami hakikat sesuatu perkara. Kadang-kadang ia boleh bererti ruh, atau hati sanubari. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Budi bermaksud fikiran atau akal dan akhlak. manifestasi didefinisikan sebagai perbuatan yang memperlihatkan atau menunjukkan sesuatu menjadi nyata.
Pantun merupakan karangan berangkap milik masyarakat Melayu dan menjadi alat pengucapan masyarakat sejak dahulu. Pantun dapat didefinisikan sebagai sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap. Definisi pantun : Baris pertama pantun adalah pembayang dan selebihnya maksud (Kamus Dewan, 2007).
Pantun ; Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung, Hat terkenang mulut menyebut, Budi yang baik rasa nak junjung. Pemikiran tentang pentingnya budi dalam diri. Dalam pantun tersebut, ia menerangkan berkaitan pentingnya seseorang berkelakuan baik antara satu sama lain seperti berbudi bahasa dalam pertuturan. Maksud rangkap : Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan menjadi sebutan orang.
Syair juga merupakan sebuah puisi lama yang amsih kekal sehingga hari ini. Menurut Harun Mat Piah (1989) para sarjana pada keseluruhannya sependapat bahawa istilah syair berasal daripada perkataan Arab 'shi'r' yang bermakna puisi. Definisi Syair : Za'ba juga berpendapat yang sama bahawa perkataan syair berasal daripada perkataan Arab tersebut. Syair juga merupakan sebuah cerita atau kisah dengan kata-kata yang indah (Anas Hj. Ahmad)
Syair ; Wahai muda, kenali dirimu, Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalh berapa lama hidupmu, Ke Akhirat jua kekal diammu. (Rangkap 2) Pemikiran tentang pentingnya mengenali diri sendiri. Dalam syair tersebut, penyair meminta manusia untuk mengenali diri sendiri terlebih dahulu dan seterusnya mengenali Pencipta. Pemikiran tentang ketabahan dalam mengharungi ujian. Pada rangkap syair tersebut, penyair menasihatkan supaya manusia sentiasa bersedia menghadapi ujian dunia yang bersifat sementara ini. Jika kita berjaya mengharungi ujian ini,kita akan dapat berlabuh dengan selamat di pulau idaman iaitun syurga Allah.
Gurindam ialah salah satu cabang puisi lama yang berkembang di Nusantara hasil daripada pertembungan dengan budaya Hindu. Gurindam merupakan pinjaman dari segi istilah sahaja. Gurindam tidak mudah dikenalpasti seperti pantun atau syair. Definisi Gurindam : Menurut Iladam (2003), gurindam didefinisikan sebagai sebuah wacan yang mengandungi kalimat yang berirama. Manakal, menurut Kamus Dewa (1994) pula, gurindam ialah sejenis puisi yang terdiri daripada dua baris, berisi dengan berbagaibagai pengajaran.
Gurindam ; Barang siapa tiada memegang agama, sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. Barang siapa mengenal yang empat, maka ia itulah orang yang ma ' rifat. Barang siapa mengenal Allah, suruh dan tegahnya tiada ia menyalah. Barang siapa mengenal diri, maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri. Barang siapa mengenal dunia, tahulah ia barang yang terperdaya. Barang siapa mengenal akhirat, tahulah ia dunia mudarat. Pemikiran tentang kepentingan mengenal agama dan Tuhan. Dalam kehidupan di dunia, kita mestilah mengetahui dan mempercayai bahawa dunia ini hanya bersifat sementara atau fana. Kita juga hendaklah mempercayai dan taat kepada Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Pemikiran tentang ketaatan seorang hamba kepada Tuhan. Sebagai seorang hamba, setiap manusia hendaklah mentaati setiap larangan dan suruhan-Nya. Setiap manusia hendaklah mempunyai pegangan agama yang teguh agar diperlihatkan sebagai orang yang beragama.
Rujukan: Azman Rahmat, Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, et.al. (2022). Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan. Khairuddin Mohamad, Wan Zaliha Wan Othman, dan Amanah Mohd. Noor. (2014). Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Harun Mat Piah. (1988). Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Harun Mat Piah. (2012). Kearifan Melayu melalui Gurindam. Kertas Kerja Wacana Pemikiran Puisi Warisan. Dewan Bahasa dan Pustaka. (1988). Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sekian, terima kasih.