Bapa
Kemerdekaan
Malaysia
Buku Skrap ini disediakan oleh, Lee Xue Qi (SJKC Foon Yew 4, JB)
Pendahuluan
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ialah Bapa Kemerdekaan Malaysia dan Perdana Menteri
Malaysia yang pertama. Sebagai seorang pemimpin yang berpandangan jauh, beliau
bertanggungjawab dalam mencapai kemerdekaan untuk Tanah Melayu
melalui perundingan, tanpa menumpahkan setitis darah pun pada haribulan 31 Ogos 1957.
Beliau turut memainkan peranan penting dalam pembentukan Persekutuan Malaysia pada
tahun 1963. Tunku dikatakan telah berjaya membawa negara kita ke ambang kemerdekaan.
Tunku adalah seorang ahli kebangsaan yang tidak ada tolok bandingannya.
Sumbangan dan pengorbanan yang beliau curahkan bagi kesejahteraan negara ini,
sewajarnya diambil ikhtibar dan diabadikan agar dapat dihayati oleh generasi akan datang.
Beliau harus diberi penghargaan yang tertinggi atas jasa dan pengorbanan beliau sebagai
seorang manusia, seorang negarawan, dan pemimpin negara.
Biodata Pelajar
Nama Lee Xue Qi
Umur 11 Tahun
Kelas 5Q
Pendidikan SJKC Foon Yew 4, Johor Bahru
Tarikh Lahir 17 October 2010
Tempat Lahir Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru
Makanan Kegemaran Keledek goreng
Minuman Kegemaran Teh susu
Hobi Melukis
Cita Cita Pereka
Tokoh Yang Dikagumi Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Biodata Tokoh Yang Dipilih
Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Tarikh Lahir 08 Februari 1903
Tempat Lahir Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda)
Pendidikan 1911 – Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar
1916- Penang Free School, Pulau Pinang
Gelaran 1925- Lulus B.A. dari University Cambridge, United Kingdom
Kerjaya 1945- Lulus LLB, dari Inner Temple, London, United Kingdom
Bapa Kemerdekaan
Tarikh Meninggal Dunia Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (1955-1959)
Perdana Menteri Malaya (1959-1963)
Perdana Menteri Malaysia (1963-1970)
6 Disember 1990
Tempat Meninggal Dunia Hospital Umum di Kuala Lumpur
Sebab Meninggal Dunia Masalah Jantung dan Buah Pinggang
Rasionalisi Pemilihan Tokoh
Malaysia mencapai kemerdekaan kerana Tunku Abdul Rahman
tidak pernah berputus asa. Kerana semangatnya yang berani dan
tidak mudah putus asa, kami tidak perlu berada di bawah jajahan
British. Jadi kami harus berani dan tidak mudah berputus asa
seperti Tunku dalam usaha kami. Selain daripada berkhidmat untuk
negara, ketika Tunku berusia 17 tahun, beliau memenangi biasiswa
Kerajaan Negeri Kedah untuk melanjutkan pelajarannya di
Universiti Cambridge, ini menunjukkan betapa rajinnya beliau.
Beliau pernah mengatakan kami semua orang Malaysia. Inilah yang
menyatukan semua rakyat Malaysia. Marilah kita selalu mengingati
bahawa perpaduan adalah kekuatan asas kami sebagai rakyat dan
negara, supaya Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang aman,
harmoni dan maju di dunia.
Kelebihan Tokoh
• Melayani semua orang dengan adil
• Tidak suka diskriminasi
• Sentiasa memperjuangkan persamaan hak sesama manusia
• PSiekaacpeb’ aik hati dan peramah Tunku menjadikan Tunku sangat popular dan dikenali sebagai “Man of
• Membantu semua orang semasa kesusahan
• pMSeeamruliant”sdaujnagjaahnadnaJnepmuank,aTnuannkuketpidaadkamtaehnagnhainrayuaknagntkeersleeplaams adtaarnipdaidrai smenedmirbi ianpaa“bLialanmdaesmanbeKreirteetma Apapti
• Menang dalam keamanan
• Beliau mencapai kemerdekaan tanpa menumpahkan setitik darah
• Simbol perpaduan dan keharmonian
• Membebaskan Malaya daripada jajahan British
• Penubuhan Malaysia pada tahun 1963
• Kepentingan Pendidikan
• Menurut Tunku, pendidikanlah yang akan membantu mengubah nasib seseorang
• Pendidikan menjadi penentu perkembangan sesebuah negara
• Penguasaan Bahasa Inggeris amat penting untuk mencetus pemikiran yang intelek
Bukti Kredibiliti Tokoh
• Menupuk perpaduan kaum
• Pada tahun 1955, Parti Perikatan dibentuk dengan gabungan
UMNO, MCA dan MIC. Kemenangan itu menyebabkan Tunku
dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Melayu.
• Bapa Kemerdekaan Malaysia
• Tahun 1956, Tunku mengetuai rombongan ke London untuk
menuntut kedaulatan negara daripada pemerintahan British.
• Pembentukan Gagasan Malaysia dan Perdana
Menteri Malaysia yang Pertama
• Kepimpinan Tunku mendorong Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan tanpa menumpahkan setitik darah.
Jasa dan Sumbangan Tokoh
• Penentangan Malaya Union
• Mengetuai UMNO
• Perjuangan Kemerdekaan
• Menangani ancaman komunis
• Pembentukan Gagasan Persekutuan
Malaysia
• Seni Bina
• Masjid Negara, Stadium Negara, Bangunan
Parliamen, Muzium Negara dan Tugu Negara
• Perpaduan
• Sistem Pendidikan Kebangsaan
Penutup
Kita harus bersyukur terhadap sumbangan dan
korban Tunku Abdul Rahman untuk Malaysia. Setiap
tahun pada 31 Ogos, kita harus menyambut Hari
Merdeka Malaysia dan mengenang budi Tunku Abdul
Rahman yang membolehkan kami hidup dengan
aman dan sejahtera.
Terima kasih, Tunku Abdul Rahman. Keranamu, saya
boleh belajar di sekolah, hidup dengan bahagia
bersama rakan-rakan saya dari pelbagai kaum dan
juga keluarga saya.