SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN AM
PERTANDINGAN FUTSAL
TUJUAN :
• Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal kanak-kanak
• Meningkatkan disiplin diri kanak-kanak
• Mewujudkan kerjasama berpasukan, sosial dan perpaduan antara kanakkanak
• Membina minda yang sihat dan cerdas
1. Syarat Penyertaan
1.1. Peserta : 10 orang dalam satu pasukan
(5 pemain dan 5 pemain simpanan)
1.2. Masa
1.3. Pakaian : 7-3-7
: i) Kasut
- Kasut sukan bersesuaian(berstud-pilihan)
ii) Baju
- 2 set jersi bernombor & berlainan warna bagi
setiap pasukan
- Pemain digalakkan memakai jersi lengan
panjang
- DIWAJIBKAN memakai Armband
(Untuk
Ketua Pasukan)
- Pemain DIWAJIBKAN memakai Shinpad
- Penjaga gol DIWAJIBKAN memakai baju
berlainan warna dengan pasukan dan
bersarung tangan
1.4. Bola : Bola sepak (padang) bersaiz 4
17 meter x 29 meter (Padang rumput) seperti
1.5. Ukuran Padang : Lampiran 1
6 kaki tinggi x 8 kaki lebar seperti Lampiran 2
1.6. Ukuran tiang gol:
1
SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022
2. Kriteria Peserta : 5 - 6 tahun
Lelaki
2.1. Umur
2.2. Jantina :
3. Kriteria Pengadilan
3.1. Pengadil mestilah terdiri daripada individu yang mempunyai sijil kelayakan
yang diiktiraf.
3.2. Setiap gelanggang pertandingan perlu mempunyai seorang (1) pengadil
dan dua (2) orang penjaga garisan.
4. Peraturan Teknik / Corak Pertandingan / Kategori Pertandingan
4.1. Kejohanan ini akan dijalankan secara liga satu pusingan pada peringkat
pertama dan secara kalah mati pada peringkat berikutnya. Empat (4)
kumpulan iaitu A, B, C, dan D akan diwujudkan dan penentuan kumpulan
bagi setiap pasukan akan ditentukan secara undian.
4.2. Tempat menunggu pemain simpanan hanya 6 orang sahaja yang
dibenarkan masuk iaitu:-
4.2.1. Mereka yang berada di padang:-
- 1 orang jurulatih lelaki
- 1 orang pengurus pasukan (Dikalangan Guru Pengiring
/Kakitangan KEMAS sahaja)*
- 5 orang pemain simpanan*
4.2.2. Jurulatih dan pengurus pasukan perlu berada di dalam kawasan
yang ditetapkan. Sekiranya keluar dari kawasan yang ditetapkan,
tindakan akan dikenakan oleh pengadil perlawanan atau
jawatankuasa yang dilantik.
4.2.3. Garisan teknikal adalah mengikut ukuran seperti yang telah
tertera pada gambar rajah padang di Lampiran 1.
4.3. Penentuan ke Pusingan Kedua (kalah mati) dan Suku Akhir
2
SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022
4.3.1. Pasukan tempat pertama (JOHAN) bagi setiap kumpulan akan
LAYAK SECARA AUTOMATIK KE PUSINGAN SUKU AKHIR.
4.3.2. Pasukan NAIB JOHAN bagi setiap kumpulan dan 4 PASUKAN
KUTIPAN MATA terbaik daripada 4 kumpulan akan layak ke
PUSINGAN KEDUA (kalah mati).
4.4. Penentuan ke pusingan kalah mati (Play-Off) dan suku akhir akan
ditentukan berdasarkan seperti berikut:
4.4.1. Pasukan teratas, kedua, dan 4 pasukan kutipan mata terbaik
4.4.2. dalam kumpulan melalui perbezaan mata.
4.4.3. Sekiranya jumlah mata sama, kedudukan dalam kumpulan akan
4.4.4. dilihat melalui perbezaan jaringan gol yang terbanyak.
4.4.5. Jika jumlah jaringan sama, perbezaan akan dilihat dari segi
4.4.6. jumlah bolos terendah pasukan tersebut.
4.4.7. Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol yang terbanyak,
jika seri.
Pasukan yang menang dalam perlawanan dengan lawannya, jika
seri.
Tendangan penalti akan dijalankan sebanyak 5+1+1 sepakan,
jika seri.
Tendangan penalti sudden-death (undian tendangan/jaga
gawang).
4.5. Pusingan kedua (Play-Off) dan suku akhir akan dijalankan secara kalah
mati. Perlawanan akan dijalankan seperti berikut:
PUSINGAN KEDUA (Play-Off)
NAIB JOHAN KUMPULAN A KETIGA TERBAIK ***
NAIB JOHAN KUMPULAN B KETIGA TERBAIK ***
NAIB JOHAN KUMPULAN C VS KETIGA TERBAIK ***
NAIB JOHAN KUMPULAN D KETIGA TERBAIK ***
SUKU AKHIR
JOHAN KUMPULAN A PEMENANG PLAY OFF 3
JOHAN KUMPULAN B PEMENANG PLAY OFF 4
JOHAN KUMPULAN C VS PEMENANG PLAY OFF 1
JOHAN KUMPULAN D PEMENANG PLAY OFF 2
3
SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022
4.6. Bagi peringkat pusingan kedua (Play-Off), suku akhir, separuh akhir dan
akhir, perlawanan dijalankan secara kalah mati jika diakhir perlawanan
keputusan seri, maka pemenang akan ditentukan dengan cara berikut:
4.6.1. Jika keputusan masih seri, PENENTUAN SEPAKAN PENALTI
akan dijalankan untuk menentukan pemenang.
4.6.2. Sepakan penalti dijalankan seperti berikut : 5 + 1 + 1.
4.6.3. Jika seri, penentuan sepakan penalti sudden-death akan
dijalankan.
4.7. Pertukaran 5 pemain simpanan boleh dibuat bila-bila masa semasa
perlawanan kecuali pertukaran penjaga gol akan diberhentikan
perlawanan.
4.8. Pengiraan mata adalah seperti berikut:
❖ Menang - 3 mata
❖ Seri - 1 mata
❖ Kalah - 0 mata
4.9. Perlawanan yang ditunda atau diberhentikan:
4.9.1. Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai
untuk permainan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana
hal-hal yang tidak dijangkakan, perlawanan itu tidak dapat
teruskan atau sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan akibat
hal-hal diluar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan
yang ditunda atau diberhentikan itu akan ditentukan tarikh,
tempat dan masa oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.
4.9.2. Perlawanan yang ditangguhkan akan disambung mengikut
jumlah jaringan, jumlah pemain dan jangka masa permainan
yang tinggal.
4.10. Pasukan yang LEWAT masuk ke gelanggang walau dengan apa alasan
sekalipun selepas sepuluh (10) minit dipanggil akan dikira TEWAS dalam
perlawanan itu dengan tiga (3) mata dan jaringan 3-0. Jika terdapat
manamana pasukan digantung atau menarik diri daripada pertandingan
atas apa-apa sebab jua, mata jaringan yang masuk atau kena hendaklah
diambil kira.
4
SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022
4.11. Penggantungan sementara dan tindakan disiplin (Tatatertib):
4.11.1. Pemain yang di kenakan KAD MERAH akan diarahkan keluar
dari permainan.
4.11.2. Dalam jangkamasa 1 minit, pasukan akan bermain dengan
kekurangan seorang pemain, selepas 1 minit pasukan layak
menggantikan dengan pemain baru bagi menggantikan pemain
yang dikenakan kad merah tadi.
4.12. Dua amaran bertulis (KAD KUNING) diikuti dengan (KAD MERAH) akan
digantung satu perlawanan berikutnya.
4.13. Jika perintah keluar padang (KAD MERAH) kerana melakukan
KESALAHAN SERIUS (MEMUKUL PEMAIN LAWAN atau
BERKELAKUAN BIADAP) pemain tersebut akan digantung daripada
kejohanan (Berdasarkan Laporan Pengadil Perlawanan).
4.14. Mana-mana pasukan yang menimbulkan kekecohan yang boleh
menyebabkan pergaduhan, maka pasukan yang mencetuskan
pergaduhan atau kedua-dua akan disingkirkan serta merta daripada
pertandingan ini.
4.15. Mana-mana Pegawai pasukan yang menimbulkan provokasi boleh
dikenakan tindakan amaran oleh Pengadil perlawanan (kad kuning) atau
(kad merah) tidak dibenarkan berada di kawasan bangku simpanan
pemain dan tidak boleh diganti dengan pegawai yang lain.
4.16. First Aid Kit (Kit Pertolongan Cemas) dan jawatankuasa kebajikan
(pegawai yang bertanggungjawab menjaga kebajikan kontijen) disediakan
oleh pasukan masing-masing.
4.17. Undang-undang permainan:
4.17.1. Tertakluk kepada pra-syarat pihak penganjur pertandingan
mengikut undang-undang FUTSAL FAM.
4.17.2. Undang-undang permainan tertakluk kepada pra-syarat pihak
penganjur pertandingan mengikut undang-undang FUTSAL
FAM.
4.17.3. KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD.
5
SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022
Lampiran 1
GARISAN TEKNIKAL UKURAN PADANG
17 m
29 m
6