SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN AM
PERTANDINGAN GERAK KREATIF
TUJUAN :
Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal kanak-kanak.
Menguji kebolehan kanak-kanak membuat pergerakan mengikut rentak.
Mewujudkan kerjasama berpasukan, sosial dan perpaduan antara kanak-
kanak.
Membina minda yang sihat dan cerdas serta kreativiti kanak-kanak.
1. Syarat Pertandingan
1.1. Tajuk
i) Gerak kreatif bertema
a. Alam Tumbuhan
b. Alam Haiwan
c. Alam fantasi (Tidak berunsurkan tahyul)
d. Alam Semulajadi
ii) Gerak Kreatif Asas
Pergerakan bebas seperti senamrobik dan senaman yang
berbentuk pelbagai corak dan pergerakan.
Nota: Sisipan bebas berbentuk nombor atau berbentuk huruf
kedua-duanya di gabung jalin di dalam pergerakan gerak kreatif.
1.2. Kriteria Peserta
i) Berumur 5 & 6 tahun
ii) 10 orang dalam satu pasukan (10 orang maksimum, 7 orang
minimum)
1.3. Alatan
i) Mana-mana alat bahan perkusi yang disenaraikan berikut:
a. Drum
b. Tamborin
c. Kayu Tik Tok
d. Kerincing (Triangle)
e. Kastenet
f. Simbal
1
SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022
g. Kompang
h. Loceng (Ring Bell)
1.4. Masa
i) 10 -15 minit (masa persembahan); dan
ii) 3 Minit (masa persiapan)
1.5. Pakaian
i) Pakaian sukan
ii) Peserta dibenarkan memakai perkara berikut:
a. Lilitan Lengan (Arm Band)
b. Topi
c. Skaf
d. Kasut berlainan warna
e. Stokin berlainan warna
f. Sarung tangan berlainan warna
1.6. Muzik iringan
“Minus One” di sediakan oleh peserta dalam bentuk CD/Thumb drive (2
Salinan) – sila serahkan kepada jawatankuasa acara sebelum
pertandingan berlangsung.
1.7. Sinopsis persembahan
Sinopsis persembahan ringkas berbentuk poin/ ‘story board’ (Langkah 1,
Langkah 2, Langkah 3 dan seterusnya) perlu disediakan dalam bentuk
PDF softcopy kepada jawatankuasa teknikal acara.
1.8. Gelanggang
14 meter x 14 meter (10 orang kanak-kanak = 1.96m per kanak-kanak)
2. Kriteria Peserta : 5 - 6 tahun
: Terbuka (Lelaki / Perempuan)
2.1. Umur
2.2. Jantina
3. Kriteria Pengadilan
3.1. Penentuan kemenangan dikira mengikut markah keseluruhan daripada
100 markah meliputi seperti berikut:
2
SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022
i) Kesesuaian muzik mengikut pergerakan : 20 markah
ii) Kelancaran dan keseragaman pergerakan : 30 markah
iii) Kreativiti pergerakan : 40 markah
iv) Persembahan : 10 markah
3.2. Sekurang-kurangnya dua (2) orang Pengadil daripada mana-mana
individu yang berpengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam
bidang seni yang diiktiraf.
4. Peraturan Teknik /Corak Pertandingan /Kategori Pertandingan
4.1. Kod Pakaian
i) Semua peserta dikehendaki menggunakan pakaian sukan yang
bersesuaian mengikut gaya/tema persembahan.
4.2. Permarkahan
i) Kesesuaian muzik mengikut pergerakan (20 markah)
a. Kepelbagaian irama muzik yang bersesuaian dengan
pergerakan.
b. Penggunaan muzik/bunyi yang berterusan serasi dengan
pergerakan kreatif.
c. Tempo muzik/bunyi yang tepat; para peserta yang tidak
mengikut rentak (beat) dan muzik akan mempengaruhi
permarkahan.
d. Menunjukkan pergerakan yang seimbang dari pelbagai aspek
fizikal, kesesuaian dan kepelbagaian jenis pergerakan dalam
gelanggang.
ii) Kelancaran dan keseragaman pergerakan (30 markah)
a. Melakukan pergerakan-pergerakan yang sesuai
mengikut tema.
b. Susunan posisi yang tepat dan satu formasi ke satu formasi
yang lain.
c. Keseragaman dalam melakukan gerakan-gerakan yang
serentak dan posisi yang tepat dan tersusun.
3
SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022
iii) Kreativiti Pergerakan (40 markah)
a. Pelbagai pergerakan dan langkah yang bervariasi.
b. Menggunakan keseluruhan kawasan persembahan.
c. Posisi pembukaan dan penutup yang menarik dan dinamik.
d. Kepelbagaian gaya (style) dan kreativiti mengandungi perkara-
perkara berikut:
Aras
Aras Bawah
Aras Tengah
Aras Atas
Jenis-jenis pergerakan asas
Lokomoto
Nonlokomoto
Divergen/Konvergent
Simetri/Asymetri
Pergerakan Tubuh badan
Pergerakan Bertema
Pergerakan bertema perlu ada perkara-perkara berikut:
- Jalan cerita bersesuaian dengan tema
- Muzik bersesuaian dengan tema
- Watak bersesuaian dengan tema
Pergerakan Kognitif
Pembentukan nombor atau pembentukan huruf atau
kedua-duanya di gabung jalin di dalam pergerakan
iv) Persembahan (10 markah)
a. Menggunakan pakaian sukan dan bahan perkusi yang
bersesuaian dengan persembahan dan tema yang dipilih.
b. Persembahan yang menarik, kemas, seragam dan harmoni.
4.3. Masalah Teknikal
4.3.1. Bila terdapat pasukan sedang menampilkan pergerakan dan
muzik iringan terhenti kerana masalah teknikal seperti bekalan
elektrik terputus, alat rakaman rosak dan lain-lain maka pasukan
4
SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022
tersebut akan diberi peluang sebanyak 2 kali (maksimum) untuk
mengulangi persembahan.
4.4. Giliran Persembahan
4.4.1. Semua pasukan wajib mematuhi giliran persembahan mereka
yang telah ditetapkan. 5 markah akan dipotong sekiranya didapati
terdapat pasukan yang sengaja ingin melambatkan persembahan
mereka.
5