The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaifulzahari, 2022-05-29 05:17:07

MINIT MESYUARAT Agung ke 11. NEWdocx

MINIT MESYUARAT Agung ke 11. NEWdocx

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 11
KELAB REKREASI DAN KEBAJIKAN KEMAS IBU PEJABAT

NEGERI PAHANG SESI 2020-2022

TARIKH : 31 MAC 2021
MASA
TEMPAT : 03.30 PETANG

: BILIK MESYUARAT DATO BAHAMAN,
KEMAS NEGERI PAHANG

JUMLAH AHLI YANG HADIR : 32 ORANG
JUMLAH AHLI SEMASA : 40 ORANG

1. UCAPAN ALU-ALUAN

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan memberi salam dan bacaan
Ummul Khitab Al-Fatihah bagi memberkati mesyuarat dan
dipermudahkan segala urusan.

1.2 Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang
hadir ke Mesyuarat Agung kali ke 11.

1.3 Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua
jawatankuasa kerana dapat melaksanakan Majlis Silaturahim dan
Pelancaran Logo Kelab pada sebelah pagi tadi.

1.4 Beliau turut mengumumkan secara rasmi nama singkatan Kelab Rekreasi
Dan Kebajikan KEMAS Ibu Pejabat Negeri Pahang iaitu REKAMAS. Nama
tersebut adalah hasil daripada pertandingan mencipta Logo, Visi, Misi,
Moto dan Nama Singkatan yang telah dianjurkan pada 01 – 31 Ogos 2020.
Nama tersebut akan diangkat ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
Malaysia (ROS) untuk didaftarkan.

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 11
Kelab Rekreasi dan Kebajikan KEMAS Ibu Pejabat Negeri Pahang (REKAMAS)

1

1.5 Beliau turut memaklumkan kepada semua ahli bahawa kekosongan
jawatan yang telah ditinggalkan oleh Pengerusi Kelab En. Ahmad Mazuki
bin Salleh kerana bertukar ke Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri
Pahang telah diisi oleh Timbalan Pengerusi iaitu En. Mohd Zaiful Zahari
bin Awang Zakaria mengikut peruntukan yang telah termaktub dalam
undang-undang Kelab Rekreasi Dan Kebajikan KEMAS Ibu Pejabat Negeri
Pahang seperti berikut:

FASAL 8 JAWATANKUASA ceraian (8):
Jika seorang ahli jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan,
calon kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu
hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang
sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah
Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu
sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

Berdasarkan ceraian di atas Timbalan Pengerusi telah bersetuju untuk
menggalas jawatan tersebut dan kekosongan jawatan Timbalan akan
dilantik dalam mesyuarat AJK yang akan datang.

1.6 Beliau juga turut menzahirkan ucapan Tahniah diatas perlantikan En.
Zamri bin Muhamad, Pengarah KEMAS Negeri Pahang selaku Penaung
Kelab yang baru.

1.7 Pengerusi mengucapkan Tahniah dan terima kasih kepada pemenang-
pemenang dan penyertaan ahli kelab dalam pertandingan yang telah
diadakan.

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 11
Kelab Rekreasi dan Kebajikan KEMAS Ibu Pejabat Negeri Pahang (REKAMAS)

2

1.8 Beliau turut menyuarakan hasrat Penaung yang berharap supaya semua
ahli kelab dapat memberikan kerjasama dalam semua perancangan dan
aktiviti yang bakal diadakan.

Disamping itu juga, Penaung turut meminta supaya acara tahunan Hari
Keluarga dapat diadakan dalam tahun ini. Pengerusi mohon kerjasama
AJK supaya dapat menyediakan kertas kerja bagi memenuhi hasrat
tersebut.

1.9 Pengerusi mengingatkan semua bahawa aktiviti kelab bukanlah
berasaskan perniagaan tetapi hanya menggunakan dana sendiri dan
sumbangan dari pihak luar. Oleh yang demikian beliau menyeru supaya
mana-mana ahli yang boleh mendapatkan sumbangan dari pihak luar bagi
membantu kelab menjalankan aktiviti.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Setiausaha membentangkan minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke10
dan disahkan dengan pindaan oleh Pn. Norzihan bt Mohamed @ Abd
Ghani serta disokong dengan pindaan oleh Pn. Siti Fatimah bt Yahaya.

Pindaan
6.1 Cik Siti Aisyah bt Salleh mengusulkan bahawa semua ahli kelab
diberi kad biometrik/ahli sebagai pengenalan dan seterusnya boleh
digunakan untuk kegunaan lain yang perlu seperti pendaftaran masuk
hotel dan sebagainya.

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 11
Kelab Rekreasi dan Kebajikan KEMAS Ibu Pejabat Negeri Pahang (REKAMAS)

3

3. LAPORAN KEWANGAN

3.1 Bendahari telah membentangkan laporan kewangan yang berakhir pada
31 Disember 2020. Lampiran laporan kewangan turut disertakan sebagai
rujukan dan makluman ahli mesyuarat.

3.2 Laporan kewangan kelab disahkan oleh Pn. Wan Norashikin bt Wan
Mustafa dan disokong oleh Pn. Nor Farihan bt Ali Bishah.

4. PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN

4.1 Mesyuarat dimaklumkan tentang usul dan cadangan aktiviti daripada Biro
Ekonomi yang mana merangkumi:
a) Pembelian LCD Projektor dan Layar
• Tujuan sewaan Unit/KEMAS Daerah
• Kos pembelian LCD RM3,000.00 dan Layar RM400.00
• Kadar Sewaan :-
i) KEMAS Negeri
➢ LCD Projektor RM 50.00/hari
➢ LCD & Layar RM 70.00/hari
ii) KEMAS Daerah
➢ LCD Projektor RM 100.00/hari
➢ LCD & Layar RM 150.00/hari
➢ Deposit RM 50.00

b) HUB Jualan Wisma Persekutuan Negeri Pahang
• Pusat pengumpulan jualan makanan Wisma Persekutuan
• Gunakan LOGO Jabatan untuk sementara waktu
• 10% dikenakan bagi setiap barangan yang dijual
• Hanya Admin sahaja yang boleh mengiklankan barang jualan

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 11
Kelab Rekreasi dan Kebajikan KEMAS Ibu Pejabat Negeri Pahang (REKAMAS)

4

c) Kios jualan kelab
• Barang jualan makanan basah boleh diletakkan di bilik makan
sementara menunggu ianya diedarkan/diambil
• Sediakan satu kawasan khas untuk aktiviti jualan kios kelab di bilik
makan dan tampal iklan untuk makluman.
• Duit tabung jualan akan diambil setiap hari oleh AJK
• Kos bahan mentah RM 300.00
• Kos pembelian troli pasaraya RM 270.00
• Upah pekerja yang menguruskan kios adalah 5% daripada 10%
keuntungan bulanan kelab.

d) Servis Dalaman
• Tempahan makan minum mesyuarat dan aktiviti unit akan
diuruskan oleh Biro Ekonomi
• Goodies / Riben
• Gula-gula dan makanan ringan
• Air Kotak dan mineral
• Kejutan Harijadi dan sebagainya (Wisma Persekutuan)
• Gerai jualan setiap kali aktiviti jabatan diadakan.

e) Inisiatif Tambahan
• Pendahuluan Program Unit (caj perkhidmatan):-
i) RM 2,000.00 kebawah sebanyak 7%
ii) RM 2,001.00 ke RM 5,000.00 sebanyak 5%
• Pembiayaan kemudahan eKredit
i) Maksimum RM 2,400.00 setahun
ii) Caj 10% sebulan dikenakan
iii) Surcharges dikenakan sebanyak RM 20.00/bulan jika
lewat bayar.

Pengerusi meminta supaya Biro Ekonomi menyediakan syarat-syarat
yang lebih terperinci berkenaan perkara di atas.

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 11
Kelab Rekreasi dan Kebajikan KEMAS Ibu Pejabat Negeri Pahang (REKAMAS)

5

4.2 Biro Kebajikan pula mengusulkan:
Program Kebajikan
a) Sambutan Hari Jadi
• 3 bulan sekali iaitu Mac, Jun, September dan Disember
• Hadiah bernilai RM 50.00/ahli

b) Program ziarah
• Ahli Kelab yang sakit (serahan sumbangan/inisiatif kelab)
• Rumah Kebajikan, Orang Tua dan Kampung Orang Asli (aktiviti)

c) Program Ramadhan
• Mengacau bubur lambuk dan pemberian kurma
• Pengagihan kuih raya

d) Program Ibadah Qurban
• Kutipan bulanan perlu dibuat bagi elakkan peserta Qurban tarik diri
disaat akhir.
• Kutipan sumbangan ahli juga diharapkan untuk menjayakan kenduri
qurban tersebut.

Program Pendidikan
a) Lawatan ke Kilang Percetakan Al-Quran

• Nasyrul Quran, Putrajaya

b) Bacaan Yaasin
• Sebulan sekali dengan kerjasama Wisma Persekutuan
• Ustaz Jemputan dengan bayaran

c) Bengkel Kemahiran
• Kerjasama dengan Unit Kemahiran
• 2 kali setahun

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 11
Kelab Rekreasi dan Kebajikan KEMAS Ibu Pejabat Negeri Pahang (REKAMAS)

6

• Kemahiran yang ditawarkan :–
i) Jahitan
ii) Masakan
iii) IT/Multimedia

d) Subsidi Peningkatan Ilmu
• Diberi sekali setahun/ahli
• Kos yuran – ½ daripada yuran penyertaan / maksimum RM 20.00

Inisiatif Kelab yang telah dikemaskini
a) Pembiayaan Peribadi dikekalkan sebanyak RM300.00
b) Saguhati masuk wad dinaikkan ke RM100.00
c) Kelahiran Anak Pertama dikekalkan sebanyak RM 50.00
d) Bersara Pilihan / Wajib dinaikkan sebanyak RM 250.00
e) Bertukar dinaikkan sebanyak RM 200.00

• Keahlian 6 bulan keatas layak untuk inisiatif penuh
• Keahlian kurang daripada 6 bulan hanya layak separuh daripada

inisiatif yang berikan.
f) Khiarat kematian Ahli & Keluarga dinaikkan disebanyak RM 200.00

• Ahli yang telah berkahwin – Suami/Isteri dan anak-anak
• Ahli yang belum berkahwin – Ibu/bapa
g) Bencana Alam dikekalkan sebanyak RM 100.00
h) Berkahwin selepas menjadi ahli kelab dikekalkan sebanyak RM
100.00
i) Anugerah Anak Cemerlang
• UPSR (5A) / PT3 (7A) dikekalkan sebanyak RM 50.00
• SPM (7A)/STPM (CGPA 3.5 keatas) dikekalkan sebanyak RM

100.00

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 11
Kelab Rekreasi dan Kebajikan KEMAS Ibu Pejabat Negeri Pahang (REKAMAS)

7

Biro Kebajikan diminta supaya menyediakan syarat-syarat yang lebih
terperinci untuk makluman dan rujukan ahli.

4.3 Biro Rekreasi dan Sukan pula mengusulkan cadangan seperti berikut:
Aktiviti Sukan
a) Indoor Games (Julai – September)
• Minggu pertama Dart dan Ping Pong (peralatan sedia ada)
• Minggu kedua Congkak dan Carom (kos peralatan RM 755.00)

b) Selingan (Julai – Disember)
• Jom Sihat & Erobik (mingguan 4.00 – 6.00 petang)

c) Kolaborasi bersama Wisma Persekutuan (Oktober – Disember)
• Pertandingan Bowling Antara Jabatan (kutipan yuran penyertaan)
• Senam Seni @ Zumba Wisma Persekutuan (kerjasama KBS)

Aktiviti Rekreasi
a) Mendaki Bukit Panorama, Sungai Lembing (Oktober – Disember)

• Kos makan minum

b) Bersih pantai (Oktober – Disember)
• Pantai Cempaka & Pelindung
• Kos makan minum dan peralatan pembersihan

c) Makan Malam (Dinner) / Minum Petang (Hi-Tea)
• Tempat cadangan :-
i) Adena Beach Resort
ii) Madurah Hotel
iii) Taman Tema Air Pok Nik
• Kos makan minum dan cenderahati sebanyak RM 5,000.00

d) Lawatan Sambil Belajar ( Januari – Mac 2021)
• Tempat cadangan :-

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 11
Kelab Rekreasi dan Kebajikan KEMAS Ibu Pejabat Negeri Pahang (REKAMAS)

8

i) Taman Negara, Jerantut
ii) Tasik Kenyir, Terengganu
iii) Island Hoping, Mersing
iv) Nilai, Negeri Sembilan
v) Langkawi Kedah
vi) Kelantan
• Bayaran ahli sebanyak 60% dan kelab menyumbang sebanyak 40%
• Setiap ahli yang mengikuti lawatan dikehendaki membayar yuran
komitmen

4.4 Pengerusi meminta semua Biro supaya dapat membuat perincian dengan
lebih terperinci tentang aktiviti yang bakal dilaksanakan serta
dibentangkan dalam mesyuarat AJK yang bakal diadakan.

4.5 Mesyuarat mengambil maklum bahawa semua aktiviti Kelab REKAMAS
akan ditampal dipapan kenyataan kelab untuk makluman dan rujukan
semua ahli.

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Ahli mesyuarat sebulat suara menyokong pembentangan perbelanjaan
Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke11 dan Majlis Pelancaran LOGO Kelab
REKAMAS yang telah menelan belanja sebanyak RM6,076.00 (Ringgit
Malaysia Enam Ribu Tujuh Puluh Enam Sahaja).

5.2 Pengerusi sekali lagi menzahirkan ucapan terima kasih diatas kehadiran
ahli kelab ke mesyuarat agung kali ini dan sekalung tahniah juga kerana
turut menjayakan Majlis Pelancaran LOGO Kelab REKAMAS.

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 11
Kelab Rekreasi dan Kebajikan KEMAS Ibu Pejabat Negeri Pahang (REKAMAS)

9

6. PENANGGUHAN MESYUARAT

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.15 petang.

Disediakan oleh :

T.T
(Roshayati binti Abdul Rahman)
SETIAUSAHA

Disahkan oleh :

T.T
(Mohd Zaiful Zahari bin Awang Zakaria)
PENGERUSI

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 11
Kelab Rekreasi dan Kebajikan KEMAS Ibu Pejabat Negeri Pahang (REKAMAS)

10

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
KELAB REKREASI DAN KEBAJIKAN KEMAS IBU PEJABAT NEGERI PAHANG

(REKAMAS) TAHUN 2021-2022

BIL AKTIVITI TARIKH TEMPAT
PELAKSANAAN PELAKSANAAN

1. Majlis Silaturahim & 31 Mac 2021 Pejabat KEMAS Negeri Pahang
Pelancaran Logo Wisma Persekutuan Jalan
REKAMAS. Gambut,Kuantan

2. Mesyuarat Agong 31 Mac 2021 Pejabat KEMAS Negeri Pahang
Kali ke-11 Wisma Persekutuan Jalan
REKAMAS. Gambut,Kuantan

3. Mesyuarat Agong 2 April 2021 Pejabat KEMAS Negeri Pahang
Khas kelab Wisma Persekutuan Jalan
REKAMAS. Gambut,Kuantan

4. Kolaborasi Kutipan 28 Julai 2021 -
TABUNG KEMAS

PAHANG PRIHATIN
(Mangsa Covid 19).

5. Program Senamrobik 8 Oktober 2021 Dewan Tun Teja
Sempena Sambutan Institut Latihan KEMAS
Hari Sukan Negara
(HSN) Tahun 2021. Kuantan

6. Pertandingan Bowling 7 Disember 2021 Mega Lanes Kuantan,
REKAMAS Berjaya Megamall,Pahang
Tahun 2021.

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 11
Kelab Rekreasi dan Kebajikan KEMAS Ibu Pejabat Negeri Pahang (REKAMAS)

11

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
KELAB REKREASI DAN KEBAJIKAN KEMAS IBU PEJABAT NEGERI PAHANG

(REKAMAS) TAHUN 2021-2022

BIL AKTIVITI TARIKH TEMPAT
PELAKSANAAN PELAKSANAAN

7. Majlis Makan Malam 18 Disember 2021 Mana-Mana Café
REKAMAS Tahun D’Banquet Kuantan Pahang
2021.
Pertandingan
karaoke.
Sambutan Hari
Lahir.
Sumbangan
Manfaat
keahlian
Kelab.
Cabutan
Bertuah.

8. Squad Misi 23 Disember 2021 Negeri Pahang

Bantuan Pasca Banjir -

Januari 2022

Program Gotong

Royong Kawasan /

Premis / Rumah

Kakitangan Terkesan

Banjir 2021.

9. Majlis Quran Hour 26 April 2022 Pejabat KEMAS Negeri Pahang
dan Solat Tasbih Wisma Persekutuan Jalan
Gambut,Kuantan

10. Majlis Berbuka Puasa 27 April 2022 Dewan Makan
REKAMAS Institut Latihan KEMAS
Tahun 2022
Kuantan

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 11
Kelab Rekreasi dan Kebajikan KEMAS Ibu Pejabat Negeri Pahang (REKAMAS)

12

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
KELAB REKREASI DAN KEBAJIKAN KEMAS IBU PEJABAT NEGERI PAHANG

(REKAMAS) TAHUN 2021-2022

BIL AKTIVITI TARIKH TEMPAT
PELAKSANAAN PELAKSANAAN

11. Penyertaan Gerai 28 Mei 2022 Dewan Aqua Crystal,
(Kuih Raya) Kolej Universiti Yayasan
REKAMAS Pahang,Tanjung Lumpur

Majlis Ramah Mesra Kuantan
YB Menteri KPLB dan
Sambutan Hari Raya

Aidilfitri KEMAS
Negeri Pahang 2022

12. Majlis Sambutan Hari 31 Mei 2022 Pejabat KEMAS Negeri Pahang
Raya Aidilfitri Wisma Persekutuan Jalan
Gambut,Kuantan
REKAMAS Tahun
2022

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 11
Kelab Rekreasi dan Kebajikan KEMAS Ibu Pejabat Negeri Pahang (REKAMAS)

13


Click to View FlipBook Version