The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaifulzahari, 2022-06-20 05:06:38

SYARAT AM POTENSI TAHUN 2022

SYARAT AM POTENSI TAHUN 2022

SYARAT AM PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

SYARAT- SYARAT DAN PERATURAN AM ACARA SUKAN HARI POTENSI
KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022
________________________________________________________________

1.0 PERATURAN AM

1.1 Setiap negeri hanya boleh mendaftarkan satu peserta/ pasukan sahaja
bagi setiap kategori acara yang dipertandingkan.

1.2 Setiap peserta hanya boleh mewakili SATU ACARA sahaja bagi
pertandingan KECUALI bagi acara Olahraga (Kids Athletics). Jika terdapat
seorang peserta mewakili LEBIH DARIPADA SATU ACARA, maka
penyertaannya bagi salah satu acara adalah batal.

1.3 Peserta/pasukan dikehendaki membuat cabutan undi mengikut acara bagi
menentukan nombor giliran.

1.4 Semua borang penyertaan hendaklah diisi secara manual dan di hantar
melalui link https://tinyurl.com/BORANGPOTENSI2022 yang telah
disediakan oleh jawatankuasa penganjur dengan lengkap satu (1) bulan
sebelum pertandingan dan disemak dengan jawatankuasa teknikal
pertandingan sewaktu melaporkan diri di gelanggang acara.

1.5 Pengurus Pasukan / Jurulatih TIDAK DIBENARKAN memasuki kawasan
pengadilan kecuali dengan kebenaran jawatankuasa penganjur pada hari
pertandingan.

1.6 Semua peserta dan individu yang terlibat secara langsung dengan
pertandingan ini perlu menjalani ujian RTK-Antigen (kit ujian kendiri COVID-
19) satu (1) hari sebelum acara berlangsung di lokasi pertandingan dan
menyerahkan hasil keputusan ujian kepada jawatankuasa penganjur pada
hari pendaftaran peserta.

1.7 Setiap negeri perlu memastikan peserta-peserta yang terpilih untuk
mewakili negeri masing-masing berada dalam keadaan sihat dan bebas
daripada dijangkiti virus COVID-19 sebelum melaporkan diri di gelanggang
acara. Peserta yang didapati positif COVID-19 dan bergejala TIDAK
DIBENARKAN menyertai mahupun berada dikawasan pertandingan sama
sekali.

1

SYARAT AM PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

2.0 KELAYAKAN PESERTA

2.1 Peserta mestilah berumur 5 hingga 6 tahun dan bersekolah di TABIKA
KEMAS mengikut negeri masing-masing.

2.2 Peserta mestilah seorang warganegara MALAYSIA.

2.3 Setiap peserta hendaklah mendapatkan kebenaran menyertai
pertandingan daripada ibubapa/penjaga dan menghantar borang
kebenaran melalui link https://tinyurl.com/BORANGPOTENSI2022 kepada
jawatankuasa penganjur satu (1) bulan sebelum bertanding.

2.4 Pertukaran peserta TIDAK DIBENARKAN setelah pendaftaran penyertaan
dibuat kecuali dengan kebenaran jawatankuasa penganjur atas sebab
peraturan am para 1.6.

2.5 Setiap peserta yang menyertai acara perlu sentiasa memakai pelitup muka
(mask) sepanjang berada di kawasan pertandingan dan hanya boleh
menanggalkannya semasa melakukan aktiviti. (sila rujuk Garis Panduan
#ReopeningSafely Aktiviti dan Fasiliti Sukan – 1 April 2022 yang
dikeluarkan oleh MKN).

3.0 PENGADILAN

3.1 Pertandingan ini akan diadili oleh pegawai-pegawai pertandingan yang
dilantik oleh Jawatankuasa Induk Pengelola Pertandingan.

3.2 Semua keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah muktamad.

4.0 GANTI RUGI

4.1 Sebarang tuntutan ganti rugi yang disebabkan oleh kecuaian
peserta/pasukan/pegawai sebelum, semasa dan selepas berlangsungnya
pertandingan ini adalah TIDAK DIBENARKAN dan TIDAK AKAN
DILAYAN.

5.0 PENANGGUHAN

5.1 Jawatankuasa Induk Pengelola Pertandingan mempunyai kuasa untuk
menangguhkan atau mengubah sesuatu tempat pertandingan dengan
terlebih dahulu memberitahu kepada semua Ketua Pasukan Kontijen.
2

SYARAT AM PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

6.0 BANTAHAN

6.1 Bantahan perlu dibuat secara BERTULIS dan hendaklah dihantar
SELEWAT-LEWATNYA lima belas (15) minit selepas tamat pertandingan
kepada Jawatankuasa Teknikal Pertandingan yang dilantik.

6.2 Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan adalah terdiri daripada:-

i. Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Induk
ii. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Induk
iii. Setiausaha Jawatankuasa Teknikal Induk
iv. Pengurus pasukan yang membuat bantahan
v. Pengurus yang dibantah
vi. Pengadil perlawanan/ Ketua Pengadil
vii. Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pertandingan
viii. Pengerusi Jawatankuasa Kehakiman POTENSI Kebangsaan Tahun

2022

6.3 Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan boleh bersidang dengan sekurang-
kurangnya dua per tiga (2/3) dari keahlian sedia ada bagi setiap bantahan
pada hari yang sama bantahan dibuat. Semua keputusan yang akan dibuat
oleh Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan adalah MUKTAMAD.

6.4 Sekiranya ada bantahan oleh mana-mana pasukan, bantahan perlulah
dikemukakan secara RASMI dan BERTULIS kepada pihak penganjur
beserta wang deposit sebanyak RM 500.00. Keputusan bantahan akan di
buat setelah siasatan dijalankan oleh pihak penganjur. Pasukan yang gagal
dalam bantahanya tidak akan diserahkan kembali wang deposit tersebut.

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Sebarang perkara berbangkit tetapi tidak tercatat di dalam peraturan ini
akan diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan dan perkara ini
adalah MUKTAMAD.

7.2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan TIDAK AKAN bertanggungjawab
atas sebarang kemalangan yang mungkin berlaku ke atas mana-mana
peserta/pasukan/pegawai di sepanjang berlangsungnya pertandingan ini
dan dalam perjalanan pergi balik dari rumah ke tempat pertandingan.

3

SYARAT AM PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

BORANG PENYERTAAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

ACARA : _____________________________________

A. MAKLUMAT PESERTA

*gambar

Nama Peserta : Umur:
: Bangsa:
No. *Mykids :
:
Tarikh Lahir
:
Jantina

Nama dan nombor akaun
bank kanak-kanak/ ibu/
bapa/ penjaga/ guru
pembimbing

Alamat Surat-Menyurat :

Nama dan Alamat TABIKA :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama Guru Pembimbing :
No. Telefon Bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN PENGAWAI KEMAS BAHAGIAN/DAERAH (PKB/D)

Dengan ini disahkan bahawa kanak-kanak di atas adalah kanak-kanak TABIKA di Daerah kami:

Tandatangan PKB/D :

Cap nama dan jawatan :

No. Tel. :

No. Faks. :

* Sila lampirkan salinan mykids (muka depan dan belakang)
* Sila lampirkan gambar ukuran saiz passport

4

SYARAT AM PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

BORANG KEBENARAN IBU BAPA/ PENJAGA

HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS PERINGKAT KEBANGSAAN
TAHUN 2022

Saya……………………………………………………………….…………………Nombor
Kad Pengenalan………..…………………………….*Ibu/bapa/penjaga *bersetuju/tidak
bersetuju memberi kebenaran kepada anak/jagaan saya yang bernama
……………………………………………………………………………………dari TABIKA
KEMAS……………………….……………………………………………..untuk menyertai
pertandingan………………………………............................................bagi Hari Potensi
TABIKA KEMAS Peringkat Kebangsaan Tahun 2022. Saya juga mengaku bahawa
anak/jagaan saya seperti di atas *belum/sudah mendapatkan suntikan vaksin Covid-19
dan tidak akan membuat sebarang tuntutan atau gantirugi kepada jabatan KEMAS
sekiranya anak/jagaan saya dijangkiti sebelum, semasa dan selepas pertandingan
dijalankan.

Tandatangan Ibu/bapa/penjaga

…………………………………..
Nama :

Tarikh :

*Sila potong mana yang tidak berkenaan.

5


Click to View FlipBook Version