The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaifulzahari, 2022-06-20 05:17:59

SYARAT ACARA BOLA JARING (PENANG)

SYARAT ACARA BOLA JARING (PENANG)

SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN AM
PERTANDINGAN BOLA JARING

TUJUAN :

 Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal kanak-kanak
 Meningkatkan disiplin diri kanak-kanak
 Mewujudkan kerjasama berpasukan, sosial dan perpaduan antara kanak-

kanak
 Membina minda yang sihat dan cerdas

1. Syarat penyertaan

1.1 Peserta : 11 orang dalam satu pasukan (7 orang
pemain dan 4 orang pemain simpanan)
1.2 Masa : 7-3-7 minit
1.3 Bola : Bola Jaring saiz 4
1.4 Ukuran Tiang : 1.83 Meter (6 kaki) *diameter bulatan
1.5 Ukuran Padang : 15.24 Meter x 7.62 Meter (50 kaki x 25 kaki)

2. Kriteria Peserta : 5 - 6 tahun
: Perempuan
2.1 Umur
2.2 Jantina

3. Pakaian

3.1 Pemain dibenarkan memakai pakaian yang bersesuaian dan selesa
untuk permainan bola jaring.

3.2 Setiap pasukan dikehendaki membawa 2 set bib sebagai persediaan
jika berlaku persamaan warna.

3.3 Kesemua pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang perlawanan.
3.4 Elakkan pemakaian aksesori yang berbahaya dan berharga cth:

cekak rambut, sepit rambut, kerongsang, skirt, rantai tangan emas.

1

SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022

4. Kriteria Pengadilan

4.1 Setiap gelanggang perlu mempunyai dua (2) orang pengadil dikalangan
individu yang mempunyai sijil kelayakan yang diiktiraf.

5. Peraturan Teknik / Corak Pertandingan / Kategori Pertandingan

5.1 Semua peserta/ pasukan hendaklah melaporkan diri di tempat
pertandingan 30 MINIT SEBELUM pertandingan dimulakan. Jika gagal
hadir selepas 10 MINIT WAKTU PERTANDINGAN, maka pasukan
tersebut dianggap kalah dengan kiraan jaringan 3-0.

5.2 Hanya 6 orang sahaja yang dibenarkan berada di tempat menunggu

pemain simpanan iaitu:
 1 orang jurulatih
 1 orang pengurus pasukan
 4 orang pemain simpanan

5.3 Perkiraan mata adalah seperti berikut:

 Menang - 3 mata

 Seri - 1 mata

 Kalah - 0 mata

5.4 Kejohanan ini akan dijalankan secara liga. Penyertaan dibahagi
kepada empat (4) kumpulan iaitu A, B, C dan D. Penentuan kumpulan
bagi setiap pasukan akan ditentukan secara undian.

5.5 Kemenangan bagi pertandingan secara liga ditentukan melalui jumlah
pungutan mata yang diperolehi oleh pasukan.

5.5.1 Jika jumlah mata yang diperolehi pada perlawanan peringkat
kumpulan seri/sama, kemenangan akan ditentukan berdasarkan
jumlah skor dan bolos perlawanan yang terdahulu antara dua
pasukan tersebut untuk menentukan Johan dan Naib Johan
Kumpulan.

5.6 Peringkat suku akhir, Johan Kumpulan A akan menentang Naib Johan
Kumpulan C manakala Johan Kumpulan B akan menentang Naib Johan
Kumpulan D dan sebaliknya. (Rujuk gambarajah seperti di Lampiran
A).

2

SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022

5.7 Peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir, perlawanan akan
dijalankan secara kalah mati. Jika keputusan seri, maka pemenang akan
ditentukan seperti berikut:
5.7.1 Masa tambahan selama 5 minit yang diberikan kepada pasukan
yang mendapat lebihan jaringan akan dikira sebagai pemenang.
5.7.2 Jika perlawanan masih seri, lambungan syiling dibuat untuk
menentukan pasukan yang akan memulakan balingan. Pasukan
yang terdahulu menjaringkan gol dikira menang (Jaringan
Emas/Golden Goal).
5.7.3 Keputusan Pengadil adalah muktamad.

5.8 Penggantian / Pertukaran Pemain Semasa Perlawanan:
Penggantian pemain yang dikeluarkan boleh dibawa masuk semula
setelah laluan diberi terlebih dahulu kepada pemain simpanan dan
penggantian tidak terhad.

5.9 Gelanggang dan ukuran gol bola jaring seperti di Lampiran B.

3

SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022

Lampiran A
Rajah Perlawanan Peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir.

Peringkat Suku Akhir Peringkat Separuh Peringkat Akhir
Akhir
A Final
(Johan A) A/B Tempat ke 3/4
C/D
B
(Naib Johan C) E/F
G/H
C
(Johan B)

D
(Naib Johan D)

E
(Johan C)

F
Naib Johan A

G
(Johan D)

H
(Naib Johan B)

4

SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022

Lampiran B

Ukuran Gelanggang Bola Jaring :

15.24 meter

7.62 5.08 meter Bulatan Tengah 4.9
meter 0.9 meter meter
Bulatan 0.45 jejari
Gol 2.45 meter
Kawasan Tengah
Kawasan Gol
Kawasan Gol

5


Click to View FlipBook Version