The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaifulzahari, 2022-06-20 05:19:19

SYARAT ACARA ROUNDERS (WP)

SYARAT ACARA ROUNDERS (WP)

SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN AM
PERTANDINGAN ROUNDERS

TUJUAN

 Membina pergerakan asas dan kekuatan fizikal kanak-kanak.
 Menguji kebolehan kanak-kanak dalam membuat balingan dan pukulan.
 Mewujudkan kerjasama berpasukan, sosial dan perpaduan antara kanak-

kanak.
 Membina minda yang sihat dan cerdas.

1. Syarat Penyertaan

1.1. Peserta : 6 orang dalam satu pasukan
(5 orang pemain dan 1 orang pemain simpanan)
1.2. Masa
1.3. Pakaian : 2 pusingan satu kumpulan
: Pakaian sukan yang bersesuaian dan lengkap

 Baju mestilah bernombor 1 hingga 6
 Berkasut
Pakaian seperti permainan softball (Rujuk
Lampiran B)

1.4. Bola : Bola Getah lembut (saiz bola tenis)
 Lilitan 7.5 inci

1.5. Pemukul : Diperbuat daripada kayu
 Panjang 18 inci @ 45 cm
1.6. Ukuran Padang :  Lilitan 6 inci @ 15 cm
1.7. Tapak (Base) :
Saiz padang 30’ x 30’

Cadangan menggunakan karpet kereta (1’ x 1’)

2. Kriteria Peserta

2.1. Umur : 5 – 6 tahun

2.2. Jantina : Lelaki

1

SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022

3. Kriteria Pengadilan

3.1. Setiap gelanggang perlu mempunya lima (5) orang pengadil dikalangan
individu yang mempunyai sijil kelayakan yang diiktiraf.

3.2. Penentuan mata atau markah bagi setiap pemain dalam sesuatu
perlawanan adalah berdasarkan kepada larian lengkap satu pusingan.

3.3. Pemain yang menyempurnakan kitaran lengkap pusingan (bukan dalam 1
larian) akan mendapat 4 mata (1 mata bagi setiap bes yang dipijaknya).

3.4. Pemain yang membuat pukulan dan menyempurnakan kitaran lengkap
pusingan (dalam 1 larian), akan diberi 1 mata bonus (4 + 1).

3.5. Pemenang perlawanan akan ditentukan berdasarkan jumlah mata yang
dikumpulkan dalam 2 pusingan bagi setiap pasukan.

3.6. Sekiranya markah adalah seri, pemenang perlawanan akan ditentukan
berdasarkan jumlah HOME RUN (Larian lengkap 1 pusingan dalam 1
pukulan).

3.7. Sekiranya masih lagi seri, keputusan perlawanan akan ditentukan oleh
pengadil.

4. Peraturan Teknik / Corak Pertandingan / Kategori Pertandingan

4.1. Kejohanan ini akan dijalankan secara liga 4 kumpulan (Kumpulan A, B, C
& D)

4.1.1. Bagi keputusan di peringkat Liga, mata yang akan diberikan bagi
setiap pasukan adalah berdasarkan berikut:

a) MENANG = 3 Mata
b) SERI = 1 Mata
c) KALAH = 0 Mata

4.1.2. Penentuan kedudukan Pasukan dalam Liga adalah berdasarkan
Mata Terkumpul mengikut yang dinyatakan dalam 4.1.1 di atas.

2

SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022

4.1.3. Sekiranya jumlah mata terkumpul adalah sama, penentuan
kedudukan bagi setiap pasukan dalam Liga, akan dikira
berdasarkan jumlah HOME RUN terbanyak.

4.1.4. Sekiranya masih lagi sama, kedudukan pasukan akan ditentukan
berdasarkan jumlah kekalahan yang paling kurang.

4.2. Peringkat Suku Akhir

4.2.1. Pertandingan peringkat suku akhir dijalankan secara kalah singkir
dan perlawanan akan ditentukan melalui undian.

4.2.2. Pasukan yang mendapat kedudukan tempat Pertama dan Kedua
dalam setiap kumpulan akan ke peringkat suku akhir secara
automatik.

4.2.3. Dua (2) pasukan terbaik akan dipilih daripada baki pasukan yang
bertanding secara kalah singkir.

4.3. Peringkat Separuh Akhir

4.3.1. Peringkat separuh akhir akan dijalankan secara kalah singkir.

4.3.2. Perlawanan antara pasukan akan ditentukan secara undian.

4.3.3. Pasukan yang menang di peringkat Separuh Akhir akan berlawan
di peringkat akhir bagi menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN.

4.3.4. Pasukan yang kalah di peringkat Separuh Akhir akan berlawan
bagi menentukan TEMPAT KETIGA dan KEEMPAT.

4.3.5. Hanya 1 orang Guru Pengiring ATAU 1 orang Jurulatih sahaja
bagi setiap pasukan yang bertanding dibenarkan berada di dalam
kawasan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal
Pertandingan Rounders.

4.3.6. Setiap ahli pasukan boleh bergilir-gilir menjadi pembaling bola
(under arm tanpa melantun) kepada ahli pasukannya yang
menjadi pemukul bola (pasukan yang sama).

3

SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022

4.3.7. Setiap ahli pasukan boleh bergilir-gilir menjadi pemukul bola
mengikut giliran atau turutan nombor pada baju / jersi. Setiap
pemain diberikan 3 kali peluang pukulan. Sekiranya pemain tidak
dapat membuat pukulan ia dikira terbatal (mati) gilirannya.

4.3.8. Pemain tidak boleh melakukan larian sekiranya bola yang dipukul
melantun kebelakang atau bola itu meleret ke belakang tetapi
pemain boleh meneruskan cubaan pukulan seterusnya sekiranya
masih ada peluang pukulan.

4.3.9. Pihak lawan boleh berada di mana-mana kedudukan yang
dikehendaki kecuali di belakang pihak yang melakukan pukulan.

4.4. Setiap pemain hendaklah memukul bola di kawasan yang disahkan (kaki
mestilah memijak BES - sekurang-kurangya 1 kaki di atas BES) dan perlu
berlari ke BES 1 selepas pukulan dan seterusnya ke BES 2 dan BES 3
sebelum menamatkan lariannya ke BES penamat. Sekiranya, ada pemain
diatas BES 1,2 atau 3 tetapi giliran pemukul telah habis TIADA MATA
diberikan kerana gagal menamatkan pusingan larian.

4.5. Pemain dianggap terbatal gilirannya seandainya pemain lawan terlebih
dahulu menyentuh mana-mana BES, dengan menggunakan mana-mana
anggota badannya (dengan syarat bola mestilah berada di tangannya)
sebelum pemain tersebut sampai ke BES yang dituju.

4.6. Sekiranya pukulan dibuat dan dapat disambut oleh lawan, pemain tersebut
dikira terbatal gilirannya.

4.7. 2 pemain tidak boleh berada di atas satu BES semasa melakukan
pusingan. Dalam keadaan ini setelah pukulan dibuat, pemain yang tidak
bergerak ke BES seterusnya akan mati gilirannya sekiranya ada pemain
berlari ke BES yang didudukinya kemudian berkongsi BES.

4.8. Pemain dibenarkan berpatah balik ke BES sebelumnya sekiranya tiada
pemain berada di BES tersebut.

4.9. Pemain juga tidak boleh memintas kawan semasa membuat pusingan ke
setiap BES. Pemain tersebut (yang memintas kawannya) akan batal
pusingannya.

4

SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022

4.10. Setiap pemain MESTI memijak BES 1, 2, 3 dan BES Penamat mengikut
turutan semasa melakukan pusingan lariannya untuk mendapatkan mata.
Pemain yang tidak memijak mana-mana BES dalam lariannya, tidak
akan mendapat sebarang mata bagi pusingan tersebut.
Walaubagaimapun, pemain berpeluang berpatah balik memijak BES
yang tertinggal selagi masih dalam permainan. Pemain diarahkan
keluar (oleh pengadil perlawanan) sekiranya gagal atau melangkaui
BES yang dipijak apabila bola dimatikan oleh pihak lawan.

4.11. Sekiranya bola yang dipukul keluar dari kawasan (tali rentang) pemain
boleh meneruskan larian. Sekiranya terdapat halangan kepada pihak lawan
untuk mengambil bola, 1 mata akan ditolak dari pasukan pemain.

4.12. Pemain mestilah berlari di luar garisan bulatan. Sekiranya pemain berlari di
dalam garisan bulatan, giliran pemain tersebut akan terbatal.

4.13. Pertukaran pemain hanya boleh dilakukan pada pusingan seterusnya.
(kecuali bagi kes kecederaan serius atau lain-lain yang mendapat
persetujuan dari jawatankuasa bertanggungjawab).

4.14. Gelanggang pertandingan seperti di Lampiran A.

5

SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022

Rajah Perlawanan Peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir.

Peringkat Suku Akhir Peringkat Separuh Peringkat Akhir
Akhir
A Final
(Johan A) A/B Tempat ke 3/4
C/D
B
(Naib Johan C) E/F
G/H
C
(Johan B)

D
(Naib Johan D)

E
(Johan C)

F
Naib Johan A

G
(Johan D)

H
(Naib Johan B)

6

SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022 Lampiran A

TAPAK / GELANGGANG ROUNDERS
(Saiz Bola Jaring)

BES PENAMAT / KEDUDUKAN PEMUKUL BOLA

15
ka
ki

10 kaki

BES 1 BES 3

10 kaki 10 kaki

15
ka
ki

15 kaki 15 kaki
20 kaki
BES 2

Nota : Larian ikut arah lawan pusingan
: Kedudukan pihak lawan (bebas)

7

SYARAT PERTANDINGAN HARI POTENSI KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TAHUN 2022

Lampiran B

8


Click to View FlipBook Version