The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adiwafiq0508, 2021-07-01 02:53:26

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI-converted (1)

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI-converted (1)

KAJIAN LAPANGAN
GEOGRAFI

TINGKATAN 3 2021

NAMA : ADI WAFIQ BIN ASRUL
KELAS : 3 IHSAN

Penghargaan

Pertama sekali, syukur kepada Allah SWT di atas limpah rahmat dan kurnia-Nya

saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun terpaksa menghadapi pelbagai

cabaran dan dugaan semasa proses menyiapkan hasil kerja ini. Seterusnya, saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak
membantu saya dari segi fizikal dan mental supaya saya tidak berasa tertekan serta
dapat menyiapkan tugasan ini dengan tenang. Tidak lupa juga kepada jiran saya yang
membenarkan saya meminjam WIFI rumahnya agar saya dapat mencari maklumat-
maklumat tentang kawasan kajian saya di Internet. Selain itu, saya juga ingin
berterima kasih kepada beberapa orang rakan saya yang sudi memberikan maklumat
berkenaan dengan kawasan kajian saya ini. Akhir sekali, saya sangat bersyukur
mempunyai rakan dan keluarga seperti mereka kerana merekalah yang banyak
mendorong dan membakar semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Pendahuluan

Saya Adi Wafiq bin Asrul dari kelas 3 Ihsan dan merupakan seorang
pelajar di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu. Saya sedang
melakukan satu tugasan kajian lapangan yan telah guru saya tugaskan
kepada saya. Lokasi kajian ini dilakukan di kawasan Bandar Bukit Kayu
Hitam, Kedah. Masa yang telah diperuntukkan untuk saya menyiapkan kajian
lapangan ini adalah selama 11 hari iaitu pada 21 Jun 2021 hingga 1 Julai
2021. Dalam tempoh masa ini saya dapat memperolehi banyak maklumat
sama ada secara atas talian ataupun tidak. Dengan ini saya sangat berharap
agar guru saya berpuas hati dengan hasil kerja saya ini di samping dapat
memenuhi hasrat beliau di dalam tugasan ini. Saya juga berharap agar hasil
kerja saya ini akan memperolehi markah penuh serta dapat dijadikan
panduan kepada orang lain.

Objektif kajian

Berikut merupakan objektif bagi kajian lapangan ini :-
• Mengenal pasti jenis kegiatan ekonomi di kawasan Bandar Bukit

Kayu Hitam, Kedah
• Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan

ekonomi di kawasan Bandar Bukit Kayu Hitam, Kedah
• Menghuraikan kepentingan kegiatan ekonomi tersebut kepada

kawasan Bandar Bukit Kayu Hitam, Kedah

Latar belakang kawasan kajian

Peta kawasan Bandar Bukit Kayu Hitam, Kedah

Kawasan kajian ini merupakan sebuah bandar yang terletak di negeri
Kedah Darul Aman. Kawasan ini juga berada berdekatan dengan sempadan di
antara Malaysia dan Thailand.

Pandang darat fizikal yang terdapat di kawasan ini berdasarkan peta
adalah hutan manakala pandang darat budaya yang ada di sini adalah kilang,
stesen minyak, ladang dan jalan raya.

Saya mendapati bahawa penduduk di kawasan ini kebanyakannya adalah
daripada kaum Melayu. Bilangan penduduk yang beragama Islam juga
mempunyai populasi majoriti di kawasan ini. Kebanyakan penduduk ini bekerja
sebagai petani dan bekerja di kilang.

Kegiatan ekonomi utama di sini adalah pembuatan dan perindustrian
serta pertanian.

Kaedah kajian

Antara kaedah kajian yang saya gunakan untuk kajian ini adalah : -

1) Kaedah carian dan rujukan di Internet = Saya menggunakan kaedah ini untuk
mencari beberapa maklumat mengenai kawasan kajian ini. Saya uga memperolehi
peta kawasan ini secara atas talian iaitu melaui laman web Google Maps.

2) Kaedah pemerhatian = Saya telah melakukan sedikit pemerhatian di kawasan
tersebut dan dengan cara ini saya dapat mengenal pasti beberapa maklumat
mengenai bilangan penduduk, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

3) Kaedah temu bual = Saya menemu bual beberapa orang rakan saya melaui
aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram.

Hasil kajian

Kegiatan ekonomi utama di kawasan kajian ini adalah pembuatan dan
perindustrian. Hal ini kerana di kawasan ini terdapat beberapa faktor yang menjadi
tempat ini kawasan perindustrian. Terdapat sebuah kilang pembuatan sayap kapal
terbang di kawasan tersebut.

Kilang pembuatan sayap kapal terbang

Faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di sini adalah faktor infrastruktur.
Hal ini disebabkan oleh kewujudan jaringan pengangkutan yang baik iaitu jalan raya.
Contohnya, terdapat jalan yang menghubungkan negara kita, Malaysia dengan negara
jiran kita iaitu Thailand. Selain itu, faktor bentuk muka bumi. Hal ini menyebabkan
kawasan ini menjadi tarikan untuk dijadikan kawasan pertanian. Tanahnya yang rata
dan rendah banyak memudahkan kegiatan pertanian dijalankan. Sebagai contoh,
terdapat sebuah kawasan penanaman nanas yang terletak berhampiran dengan
tempat perindustrian di kawasan kajian saya ini.

Kawasan penanaman nanas
yang berada pada tanah yang
rata dan rendah ( tanah pamah )

Kepentingan kegiatan ekonomi di kawasan kajian ini adalah peningkatan taraf
hidup. Hal ini berlaku apabila penduduk melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di
negara kita supaya kuasa beli, taraf kesihatan dan tahap pendidikan meningkat.
Selain itu, kegiatan ekonomi di kawasan ini juga dapat mewujudkan lebih banyak
peluang pekerjaan. Hal ini kerana kawasan perindustrian yang agak luas pasti
memerlukan lebih banyak pekerja walaupun mempunyai mesin yang berteknologi.
Sebagai contoh, penduduk setempat di sini boleh mengambil peluang bekerja di
kilang-kilang yang terdapat di kawasan perindustrian itu.

Pekerja di kawasan
tanaman nanas

Rumusan

Saya sangat bersyukur dan gembira kerana telah berjaya menyelesaikan
tugasan kajian lapangan ini dengan jayanya. Saya telah menerangkan seberapa
banyak maklumat yang telah saya peroleh daripada pelbagai sumber, jadi saya pasti
yang saya telah berjaya mencapai objektrif kajian ini.

Antara cabaran yang perlu saya harungi semasa tugasan ini dijalankan adalah
rangkaian Internet di rumah saya mempunyai masalah menyebabkan saya tidak boleh
menggunakannya. Oleh sebab itu, saya terpaksa meminjam rangkaian Internet di
rumah jiran saya. Walaupun terdapat pelbagai dugaan yang perlu saya hadapi, saya
sangat berbangga kerana berjaya tempuhi segala kesulitan. Saya juga sangat berpuas
hati dengan hasil kerja saya ini.

Namun begitu, saya dapat rasakan yang kajian saya ini masih mempunyai
kelemahan jadi saya berharap agar saya dapat mengkaji dengan lebih mendalam
pada masa hadapan supaya saya dapat memperolehi hasil kerja yang lebih baik dan
sempurna.

Kilang di kawasan perindustrian
kawasan itu

Kawasan perindustrian
Kawasan tanaman nanas

TAMAT


Click to View FlipBook Version