MODUL NOTA EKONOMI T4
v) Mengawal kestabilan ekonomi
- Bank pusat mengawal ekonomi daripada mengalami inflasi dan deflasi dengan
menggunakan alat-alat kewangan.
3.1.3 Fungsi Bank Perdagangan
Antara perkhidmatan utama bank perdagangan adalah :
a) Menerima b) Memberi Fungsi Bank d) Mengurus e) Perkhidmatan
deposit pinjaman Perdagangan pertukaran sokongan lain
c) Menyediakan
asing
kemudahan
pembayaran
a) Perbezaan Ciri Akaun Tabungan, Akaun Simpanan tetap dan Akaun
Semasa
Akaun Simpanan Akaun Simpanan Tetap Akaun Semasa
Jumlah simpanan Jumlah simpanan Jumlah simpanan
minimum lebih rendah minimum lebih tinggi minimum lebih tinggi
daripada akaun simpanan
Faedah yang diberikan Faedah yang diberi lebih Tiada faedah simpanan
lebih rendah berbanding tinggi mengikut tempoh (tetapi dikenakan caj
akaun simpanan tetap simpanan perkidmatan)
Boleh mengeluarkan Wang tidak boleh Wang boleh dikeluarkan
wang simpanan bila-bila dikeluarkan sebelum pada bila-bila masa
masa di kaunter bank, tempoh matang simpanan menggunakan cek atau
buku simpanan atau / faedah tidak akan kad ATM
mesin ATM dibayar jika pemegang
akaun mengeluarkan
simpanan lebih awal
Pendeposit diberi Pendeposit diberi Pendeposit diberi
dokumen Buku Bank atau dokumen Sijil Simpanan dokumen Buku Cek
penyata bank Tetap. Sijil ini boleh
dijadikan cagaran untuk Kemudahan yang
Kemudahan pembayaran mendapatkan pinjaman disediakan adalah sama
bil, bayaran ansuran, bank. dengan pemegang akaun
GIRO, perbankan internet simpanan, yang berbeza
dan kad ATM disediakan Tiada kemudahan ialah Kemudahan
disediakan overdraf dan cek
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 8
MODUL NOTA EKONOMI T4
b) Memberi Pinjaman atau Pembiayaan :
i. Overdraf
Kemudahan yang disediakan kepada pemegang akaun semasa untuk mengeluarkan wang
lebih daripada baki simpanannya berdasarkan had yang telah ditetapkan oleh bank.
Boleh dipohon oleh pemegang akaun semasa sahaja
Pinjaman jangka pendek
Kelebihan Kekurangan
Kebiasaannya tidak memerlukan cagaran Dikenakan faedah yang tinggi
atau penjamin
Bukan semua pemegang akaun
Boleh mengeluarkan wang mengikut semasa yang ditawarkan kemudahan
keperluan ini
Dikenakan faedah untuk jumlah yang Ada had tertentu yang telah ditetapkan
digunakan sahaja
Boleh digunakan oleh peniaga yang
menghadapi masalah aliran tunai untuk
membayar gaji, sewa atau membeli stok
Pinjaman
Pinjaman
Pinjaman Pinjaman Pinjaman Pinjaman kad Mendiskaunkan
peribadi bercagar kenderaan kredit bil pertukaran
(sewa beli)
a) Pinjaman peribadi
Boleh dimohon oleh individu berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai sumber
pendapatan yang tetap
Merupakan pinjaman jangka pendek untuk membiayai kos pendidikan, pembelian
barang tahan lama seperti perabot dan komputer
Tidak memerlukan cagaran tetapi memerlukan seorang penjamin
Kadar faedah dikenakan ke atas keseluruhan pinjaman yang diluluskan
b) Pinjaman bercagar
Pinjaman untuk membeli aset tetap/hartanah seperti rumah dan tanah
Merupakan pinjaman jangka panjang
Peminjam diminta mencagarkan hartanya kepada pihak bank untuk memperoleh
pinjaman tersebut
Kadar faedah dikenakan ke atas keseluruhan pinjaman yang diluluskan
Kegagalan membayar balik pinjaman akan mengakibatkan harta yang dicagarkan akan
dilelong
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 9
MODUL NOTA EKONOMI T4
c) Pinjaman kenderaan (kemudahan sewa beli)
Kemudahan ini digunakan untuk membiayai pembelian kenderaan baharu dan
kenderaan terpakai
Bank menawarkan pinjaman sehingga 90% harga kereta dan tempoh bayaran balik
sehingga 9 tahun
Peminjam dikenakan faedah dan boleh membayar balik secara ansuran
d) Pinjaman melalui kad kredit
Membeli barang atau perkhidmatan secara kredit
Bank akan membuat bayaran bagi pihak pengeluar kad kredit dan seterusnya bank akan
menuntut bayaran daripada pemilik kad kredit
Bayaran akan dibuat secara sepenuhnnya atau secara ansuran setiap bulan oleh
pemegang kad kredit
Kadar faedah dikenakan ke atas jumlah yang belum diselesaikan
e) Mendiskaunkan bil pertukaran
Bil pertukaran ialah perjanjian yang dilakukan oleh penghutang kepada pemberi hutang
Bank membeli bil pertukaran pada harga yang lebih rendah daripada harga muka
Apabila pemberi hutang memerlukan wang sebelum bil pertukaran matang, pemberi
hutang boleh mendapatkan pinjaman daripada bank perdagangan
Bank akan memberikan pinjaman kepada pemberi hutang dengan mendiskaunkan bil
pertukaran tersebut
Jumlah diskaun ke atas bil pertukaran merupakan kadar faedah yang dikenakan
c) Menyediakan Kemudahan Pembayaran :
Kemudahan Pembayaran
Sistem cek Arahan kepada
bank
a) Perintah b) Debit c) Pindahan d) Kad e) Draf bank f) Kad ATM
sedia ada langsung kredit kredit
i.Sistem cek
- Kemudahan bayaran ini hanya disediakan kepada pemegang akaun semasa
- Biasanya cek digunakan oleh peniaga untuk membayar gaji pekerja, pembelian stok atau
perbelanjaan lain
- Peniaga juda mungkin menerima cek daripada pelanggan untuk perkhidmatan yang
disediakan
- Bank bertindak sebagai ejen pembayar dan penerima bagi pemegang akaun semasa
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 10
MODUL NOTA EKONOMI T4
ii. Arahan kepada bank :
Jenis Penerangan
a) Perintah sedia
ada - Merupakan arahan yang diberi oleh pemegang akaun semasa dan
akaun tabungan kepada bank untuk membuat bayaran tetap yang
b) Debit langsung berulangan pada tarikh-tarikh tertentu.
c) Pindahan - Contohnya : bayaran premium insurans, ansuran bulanan rumah /
kredit kereta dan lain-lain
d) Kad kredit
- Merupakan arahan yang diberi oleh pemegang akaun semasa dan
e) Draf bank akaun tabungan kepada bank untuk membuat bayaran yang tidak
tetap jumlahnya pada tarikh pembayaran yang tidak tetap/pada tarikh
f) Kad juruwang yang tertentu kepada penerima bayaran seperti yang dinyatakan
elektronik (kad dalam bil
ATM)
- Contohnya : bayaran bil elektrik dan telefon
- Bank perdagangan membuat bayaran terus ke dalam akaun penerima
- Disediakan oleh bank kepada pemegang akaun semasa dan akaun
tabungan
- Contohnya : pembayaran gaji, bonus, dividen
- Kad ini membolehkan pelanggan bank membeli barang dan
perkhidmatan secara kredit
- Bank membiayai perbelanjaan pemegang kad dan pemegang kad
boleh membayar balik sekali gus atau secara ansuran
- Jika pelanggan gagal membayar mengikut tempoh yang telah
ditetapkan, kadar faedah yang tinggi akan dikenakan
- Bagi sesetengah bank, pemegang kad kredit juga dikenakan yuran
tahunan.
- Cek yang dikeluarkan oleh bank atas permintaan pelanggan untuk
membuat bayaran kepada pihak tertentu
- Pelanggan dikenakan caj perkhidmatan
- Biasanya digunakan untuk membuat pembayaran dan kiriman wang di
dalam dan luar negara
- Memudahkan proses kiriman wang atau pembayaran permohonan
untuk melanggan terbitan saham baru
- Pelanggan boleh membuat urus niaga kewangan secara layan diri
dengan menggunakan kad ATM
- Contohnya, membuat simpanan dan pengeluaran wang, membuat
bayaran, pindahan baki, tambah nilai untuk perkhidmatan Touch’n Go
- Kad ini bertindak sebagai kad debit apabila membuat bayaran untuk
pembelian barang atau urus niaga e-dagang
d) Konsep Skim Perbankan Islam :
- Merupakan suatu sistem kewangan Islam yang prinsip dan amalannya
berlandaskan hukum Islam (syariah)
- Perbankan Islam berbeza dengan perbankan konvensional dengan segala
urusannya menghindari unsur-unsur Maghrib seperti riba, maisir, dan gharar
- Prinsip asas perbankan Islam ialah perkongsian untung dan risiko antara pihak
yang berurus niaga
- Antara prinsip-prinsip yang diamalkan dalam Skim Perbankan Islam termasuklah:
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 11
MODUL NOTA EKONOMI T4
Prinsip-prinsip Skim
Perbankan Islam
Wadiah Mudharabah Bai Bitahman Ajil Takjiri (pindah
(pemegang (perkongsian (jualan secara milik harta sewa)
ansuran)
amanah) untung)
Prinsip Wadiah Mudharabah Bai Bithaman Ajil Takjiri
Maksud
- Bertindak - Satu bentuk - Bank menjual - Bank
sebagai wakil perkongsian barang kepada membeli aset
untuk menjaga dengan bank pelanggan yang
dengan diperlukan
harta bertindak sebagai pembayaran oleh
pelanggan usahawan dan tertangguh pada pelanggan
- Bank melabur wang harga tertentu dan
termasuk margin pelanggan
merupakan pelanggan dalam keuntungan yang perlu
pemegang bidang pelaburan telah dipersetujui membayar
- Pelanggan akan sewa untuk
amanah harta yang membayar harga tempoh
pelanggan menguntungkan barang secara tertentu
- Bank tidak - Untung akan ansuran - Selepas
berdasarkan tamat
membayar dibahagikan antara syarat yang telah tempoh, aset
sebarang bank dengan ditetapkan yang disewa
akan
pulangan pelanggan dipindah milik
- Tetapi mengikut nisbah kepada
tertentu pelanggan
pelanggan
- Sebarang kerugian
mungkin pelaburan yang
menerima
bukan disebabkan
hibah (hadiah) oleh kecuaian
daripada bank
bank akan
ditanggung oleh
pelanggan
Perkhidmatan - Akaun - Akaun pelaburan - Pembiayaan - Pembelian
bank yang semasa am perumahan kenderaan
berkaitan
- Akaun - Akaun pelaburan - Instrumen - Pembelian
simpanan khas deposit boleh mesin
niaga
- Pembelian
- Pembiayaan kad
kredit dan umrah bon
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 12
MODUL NOTA EKONOMI T4
3.2 Pendapatan Individu
3.2.1 Jenis-Jenis Pekerjaan Mengikut Sektor
- Setiap pekerjaan dapat dikategorikan mengikut sektor ekonomi dalam sesebuah negara
iaitu :
Sektor
ekonomi
Sektor utama Sektor kedua Sektor ketiga
1. Sektor utama / pertama / primer
- Mengeluarkan hasil daripada alam semulajadi / hasil bumi tanpa
mengubah bentuk asal barang berkenaan
- Sektor ini penting dalam menyediakan bahan mentah kepada industri tempatan
- Terbahagi kepada :
(a) Pertanian, perikanan dan penternakan
(b) Perhutanan dan pembalakan
(c) Perlombongan dan kuari
- Contoh pekerjaan : petani, nelayan, penternak, pelombong, pembalak
2. Sektor kedua / sekunder
- Aktiviti memproses barang-barang yang dihasilkan daripada sektor utama menjadi barang
separuh siap dan barang siap.
- Terbahagi kepada :
(a) Perkilangan – hasilkan brg elektrik & elektronik, kain & tekstil dll
(b) Pembinaan – membina rumah, kedai, jalan raya
- Contoh pekerjaan : pengurus kilang, jurutera kilang, operator, buruh binaan
3. Sektor ketiga / perkhidmatan
- Sektor ekonomi yang memberi dan mengeluarkan perkhidmatan.
- Terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu :
(a) Perkhidmatan pengeluaran – pengangkutan, perbankan, insurans
(b) Perkhidmatan awam – pertahanan, pendidikan, infrastruktur
(c) Perkhidmatan lain – sosial, perhotelan, persendirian (salon,solekan)
- Contoh pekerjaan : jurutera elektrik, pemandu, pegawai bank, peniaga, guru, doktor
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 13
MODUL NOTA EKONOMI T4
3.2.2 Kepentingan Setiap Sektor Dari Segi Pekerjaan Mengikut Trend Di
Malaysia
Tempoh masa Perubahan struktur ekonomi negara
Awal Getah ialah eksport utama Malaysia
kemerdekaan Sebahagian besar guna tenaga terlibat dalam aktiviti pertanian & perlombongan
Kebanyakan barang pengguna diimport dari Britain
1960-an Kerajaan memperkenalkan dasar mempelbagaikan ekonomi – memberi tumpuan
kepada sektor kedua dan ketiga
Kerajaan menggalakkkan aktiviti penggantian import khususnya perkembangan
industri ringan
Sumbangan sektor kedua - sektor pembuatan semakin meningkat
1970-an Kerajaan memperkenalkan tanaman komersial seperti kelapa sawit dan koko
Penemuan telaga minyak di persisir pantai Sarawak - sektor perlombongan
Dasar industri berorientasikan eksport - dalam insdustri perkilangan
ringan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
Penubuhan Petronas pada 17 Ogos 1974 menjadikan Malaysia sebagai Negara
pengeksport minyak bersih
1980-an Kerajaan telah melancarkan dasar perindustrian berat untuk membangunkan projek
domestik berskala besar, berteknologi tinggi dan bermodal tinggi
Kerjasama dengan dengan syarikat asing khususnya Jepun yang mempunyai
teknologi canggih berjaya menghasilkan pekerja berkemahiran tinggi
Malaysia menjadi pengeluar terbesar di dunia untuk barangan seperti
sarung tangan getah dan semikonduktor
Penubuhan Proton pada 7 Mei 1983 untuk mencapai negara perindustrian
1990-an Ekonomi berasaskan pengetahuan mementingkan inovasi dan pengetahuan
Dengan pengisytiharan Wawasan 2020, kerajaan melancarkan Koridor Raya
Multimedia (MSC), pembangunan sumber manusia serta pelbagai insentif dan
pembiayaan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains
& teknologi
Strategi untuk bertujuan untuk mengubah struktur ekonomi berasaskan pengeluaran
(P-ekonomi) kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (K-ekonomi).
Kerajaan melaksanakan dasar penswastaan untuk menambahkan peranan sektor
swasta dalam pembangunan ekonomi Malaysia
2000 - sekarang Ekonomi Malaysia semakin makmur di bawah pelbagai polisi ekonomi yang efektif
Kerajaan telah melaksanakan Program Transformasi Negara (NTP) pada tahun
2010 untuk meningkatkan peranan sector swasta dalam ekonomi dan meningkatkan
daya saing ekonomi
Strategi pembangunan sosioekonomi dan pembangunan 5 wilayah koridor ekonomi
telah diperkenalkan untuk mencapai pertumbuhan seimbang di seluruh Malaysia
Usaha kerajaan ini telah menjadikan sektor ketiga sebagai pemacu ekonomi negara
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 14
MODUL NOTA EKONOMI T4
3.2.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan PekerjaanFaktor yang
Mempengaruhi
1. Upah wangPemilihan Pekerjaan
2. Faedah sampingan
3. Jaminan kerja
4. Jarak
5. Suasana tempat kerja
6. Kepuasan kerja
7. Kelayakan akademik dan kemahiran
8. Prospek pekerjaan
9. Keadaan ekonomi semasa
10. Waktu bekerja
11. Pengaruh keluarga
12. Saiz firma
1. Upah wang
o Ganjaran yang diterima oleh individu yang bekerja dengan majikan / orang lain
o Upah mungkin dibayar mengikut jam atau bilangan hari bekerja
o Penentu utama pemilihan pekerjaan
o Semakin tinggi upah wang, semakin ramai individu akan menceburi pekerjaan
tersebut
o Kadar upah yang dibayar bergantung kepada pengalaman kerja dan kemahiran
yang dimiliki, kelayakan akademik, risiko pekerjaan, kesatuan sekerja dan faktor
permintaan dan penawaran buruh
2. Faedah sampingan
o Insentif yang diberikan oleh seseorang majikan kepada pekerja agar lebih
bermotivasi atau kekal bekerja dengannya
o Contoh faedah sampingan – bonus tahunan, perkhidmatan perubatan uniform
percuma , tempat tinggal, skim insurans, pinjaman, elaun dan lain-lain
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 15
MODUL NOTA EKONOMI T4
3. Jaminan kerja
o Individu tertarik dengan pekerjaan yang mempunyai jaminan kerja yang tinggi
o Pekerja sektor awam mempunyai jaminan kerja yang lebih tinggi berbanding
pekerja sektor swasta
o Pekerjaan seperti operator tol mempunyai jaminan kerja yang rendah kerana
perkembangan teknologi (contoh ; touch n go / smart tag)
4. Jarak
o Jika jarak tempat kerja dengan kediaman individu dekat, mereka cenderung
memilih pekerjaan tersebut dan sebalik jika jarak jauh biasanya individu kurang
beminat dengan pekerjaan tersebut.
5. Suasana tempat kerja
o Individu suka bekerja di tempat kerja yang selesa dan selamat
o Individu juga ingin bekerja dengan rakan sekerja yang mesra serta diberi waktu
rehat yang kerap
o Pekerjaan yang memberi lebih keselesaan akan menjadi pilihan individu.
6. Kepuasan kerja
o Kecenderungan individu memilih pekerjaan yang akan memberi kepuasan
kepadanya
o Jika individu minat dalam bidang computer, maka ia pilih pekerjaan spt jurutera
komputer / pengaturcara program dan sebagainya.
7. Kelayakan akademik dan kemahiran
o Sesetengah pekerjaan memerlukan kelulusan akademik / kemahiran.
o Individu layak memohon sesuatu pekerjaan jika mempunyai kelulusan akademik /
kemahiran yang sesuai seperti ditetapkan.
8. Prospek pekerjaan
o Berkaitan masa depan pekerjaan – cerah / berpotensi.
o Pekerjaan yang mempunya prospek yg baik seperti kenaikan pangkat , individu
lebih tertarik dengan pekerjaan tersebut, sebaliknya jika pekerjaan tiada prospek
individu kurang minat pekerjaan tersebut.
9. Keadaan ekonomi semasa
o Ekonomi meleset, sukar untuk individu memilih pekerjaan kerana peluang kerja
terhad , sebaliknya keadaan ekonomi baik (melambung) wujud banyak peluang
kerja dan individu lebih mudah mencari pekerjaan.
10. Waktu bekerja
o Waktu pejabat biasa / shift / waktu kerja tidak tetap
o Individu suka memilih pekerjaan pada waktu pejabat biasa.
11. Pengaruh Keluarga
o Individu yang memilih sesuatu pekerjaan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka.
Contoh ibu bapa bekerja sebagai peguam, berkemungkinan anak akan bekerja
sebagai peguam juga.
12. Saiz firma
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 16
MODUL NOTA EKONOMI T4
o Individu lebih tertarik untuk bekerja di firma yang bersaiz lebih besar.
3.2.4 Jenis-jenis Pendapatan Individu
1. Definisi
- Pendapatan individu merujuk kepada ganjaran berbentuk wang yang diterima oleh
individu dalam tempoh masa tertentu
- Dibahagikan kepada 2 jenis pendapatan iaitu :
i) Pendapatan Pendapatan
produktif Individu
ii) Pendapatan tidak
produktif
i. Pendapatan faktor produktif
- Merujuk faktor pengeluaran yang memberi sumbangan dalam ekonomi seperti :
i) Upah wang •Ganjaran yang diterima oleh buruh yang menyumbangkan
tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran
•Diterima oleh individu yang bekerja dengan orang lain /
majikan
ii) Faedah •Ganjaran yang diterima oleh pemilik modal kerana
kesanggupan menangguhkan perbelanjaannya pada
masa sekarang / kesanggupan menghadapi risiko.
iii) Sewa •Ganjaran kepada pemilik harta kerana memberi hak
penggunaan harta kepada orang lain yang
penawarannya terhad.
iv) Untung •Ganjaran yang diterima oleh usahawan yang
menggabungkan faktor-faktor pengeluaran.
v) Dividen •sebahagian daripada keuntungan syarikat yang dibayar
kepada pemegang saham, contohnya dividen ASB /
dividen KWSP
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 17
MODUL NOTA EKONOMI T4
ii. Pendapatan tidak produktif
Bayaran pindahan
- Bayaran yang diterima oleh seseorang individu tanpa menyumbangkan apa-
apa terhadap proses pengeluaran
- Contoh : bayaran pencen, biasiswa, hadiah, bantuan kebajikan
2. Pendapatan individu =
upah + faedah + sewa + dividen + untung + bayaran pindahan
Jenis Pendapatan Individu
(1) UPAH/GAJI
- Ganjaran yang dibayar kepada buruh atas sumbangan tenaga fizikal dan mental terhadap
proses pengeluaran
- Upah dibayar mengikut masa bekerja atau mengikut output yang dihasilkan
- Upah terbahagi kepada 2 :
Upah / Gaji
i) Upah wang / ii) Upah benar
upah nominal
i. Upah wang / upah nominal
- upah yang diterima oleh seseorang pekerja pada suatu masa tertentu
ii. Upah benar
- kuasa beli upah wang dan kemampuan seseorang individu gunakan upah wang
untuk beli barang dan perkhidmatan
- upah benar dapat menentukan taraf hidup
- upah benar dipengaruhi oleh harga barang
- kenaikan harga barang akan menyebabkan upah benar menurun (hubungan
positif)
Upah benar = Upah Wang
Harga Purata Barang
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 18
MODUL NOTA EKONOMI T4
(2) FAEDAH
- Ganjaran yang diterima oleh pemilik modal wang
- Diterima oleh individu yang menyimpan wang di bank atau memberi pinjaman kepada
orang lain
- Faedah dibayar kerana individu sanggup menangguhkan perbelanjaannya pada masa
sekarang dan berpisah dengan wang tunai serta menanggung risiko kejatuhan nilai
wang
Faedah =
Jumlah simpanan (RM) X Kadar faedah (%) X Tempoh simpanan (TAHUN)
(3) SEWA
- Ganjaran kepada pemilik faktor tanah seperti tanah, bangunan dan rumah kerana beri
hak penggunaan harta berkenaan kepada orang lain yang penawarannya terhad
- Kadar sewa bergantung kepada permintaan, lokasi dan kegunaan tanah
(4) UNTUNG
- Ganjaran yang diterima oleh usahawan
- Usahawan akan kombinasikan sumber-sumber ekonomi untuk keluarkan barang
- Usahawan menerima untung kerana berani menanggu g risiko, mengeluarkan idea
perniagaan serta menguruskan perniagaan dengan jayanya
Untung = Jumlah Hasil – Jumlah Kos
(5) DIVIDEN
- Sebahagian daripada pendapatan syarikat yang diagihkan kepada pemegang-
pemegang saham bagi setiap unit saham yang dimiliki
- Contoh : ASB, ASN
- Dividen juga dibayar kepada individu yang menyimpan wangnya di Bank Islam.
(6) BAYARAN PINDAHAN
- Pendapatan atau wang yang diterima oleh seseorang indvidu yang tidak memberi
sumbangan dalam proses pengeluaran dalam ekonomi
- Contoh : pencen, biasiswa, subsidi petani, bantuan orang cacat, hadiah, kebajikan
masyarakat, buku teks, pampasan, derma
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 19
MODUL NOTA EKONOMI T4
3.2.5 Kaitan Antara Pelbagai Kerjaya Dengan Matlamat Peribadi
v) Keadaan Kaitan antara Pilihan i) Pilihan kerjaya
ekonomi Kerjaya dengan ii) Pilihan
pendidikan
iv) Keusahawanan Matlamat Peribadi
iii) Kemahiran
i. Pilihan kerjaya
- Pekerjaan yang berisiko tinggi biasanya dibayar gaji yang lebih tinggi berbanding
pekerjaan yang berisiko rendah
- Contohnya ; gaji pekerja industri minyak dan gas lebih tinggi berbanding kerani
akaun
ii. Pilihan pendidikan
- Individu yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi lazimnya menerima
gaji yang lebih tinggi berbanding individu yang mempunyai kelayakan akademik
yang rendah
- Contohnya ; individu berkelulusan diploma lebih tinggi gajinya berbanding
kelulusan SPM sahaja
iii. Kemahiran
- Individu yang mempunyai kemahiran khusus seperti IT, lesen memandu atau
mempunyai kemahiran bertutur lebih dari 1 bahasa menerima gaji yang lebih
tinggi
iv. Keusahawanan
- Individu yang mempunyai sifat keusahawan seperti kebolehan mencipta
sesuatu, mengubahsuai produk sedia ada, berani menanggung risiko serta
berwawasan mampu memperoleh pendapatan yang tinggi
v. Keadaan ekonomi
- Individu yang dibayar gaji lebih tinggi semasa ekonomi melambung dan
sebaliknya dibayar gaji rendah semasa ekonomi meleset
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 20
MODUL NOTA EKONOMI T4
3.3 Penggunaan Pendapatan Individu
3.3.1 Konsep Pendapatan Boleh Guna
Bukan semua pendapatan yang diterima boleh dibelanjakan kerana pendapatan
individu tertakluk kepada potongan wajib iaitu caruman KWSP, caruman PERKESO,
zakat dan cukai pendapatan perseorangan
Pendapatan boleh guna ialah pendapatan sebenar individu yang boleh dibelanjakan
setelah ditolak semua potongan wajib.
Rumus :
Pendapatan boleh guna = Pendapatan Individu – Potongan wajib
3.3.2 Potongan Wajib
- Potongan wajib ialah bayaran yang ditetapkan oleh undang-undang atau diwajibkan dalam
rukun Islam.
- Potongan wajib akan mengurangkan pendapatan semasa individu tetapi memberi jaminan
pendapatan pada masa hadapan
- Potongan wajib terdiri daripada :
Potongan wajib
i) KWSP ii) PERKESO iii) Zakat iv) Cukai
pendapatan
individu
i. Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan pada tahun 1991
- Tujuan penubuhan KWSP ialah menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya
melalui pengurusan simpanan ahli secara cekap dan amanah
- Caruman KWSP amat penting kepada pekerja selepas bersara untuk menyara hari
tua
- Semua pekerja sektor swasta dan pekerja tidak berpencen sektor awam diwajibkan
mencarum dalam KWSP
- Kadar caruman semasa pekerja ialah 11% daripada gaji dan kadar caruman
majikan ialah 12% / 13% daripada gaji
- Caruman ahli akan digunakan untuk pelaburan seperti membeli hartanah, sekuriti
kerajaan, bon dan pinjaman dan ini membolehkan KWSP membayar dividen
kepada ahlinya
- Caruman ahli disimpan dalam dua akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 21
MODUL NOTA EKONOMI T4
Akaun 1 (KWSP) Akaun 2 (KWSP)
30% daripada simpanan dan khusus untuk
pengeluaran pra persaraan yang boleh
menambah nilai kepada simpanan persaraan
Simpanan dalam akaun 2 boleh dikeluarkan
70% daripada simpanan dan khusus dalam situasi berikut :
untuk persaraan
Pengeluaran perumahan
Pengeluaran pendidikan
Pengeluaran kesihatan
Pengeluaran umur 50
Pengeluaran simpanan melebihi RM1
juta
Pengeluaran haji
Kesemua simpanan dalam Akaun 1 dan Akaun 2 boleh dikeluarkan dalam situasi
berikut :
Mencapai umur 55 tahun
Meninggalkan negara
Disahkan tidak berupaya untuk bekerja
Meninggal dunia
Anggota perkhidmatan awam yang telah diberi taraf berpencen
ii. Caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO)
- Tujuan penubuhan untuk memberi perlindungan keselamatan sosial melalui
insurans sosial seperti membayar faedah perubatan dan wang untuk pekerja yang
mengalami risiko dan menyediakan bekalan prostetik dan pemulihan bagi pekerja
- Pekerja yang wajib mencarum dalam PERKESO ialah pekerja yang menerima gaji
bulanan RM4 000 ke bawah
- Selain itu, individu yang tidak perlu mencarum dalam PERKESO ialah kakitangan
kerajaan, pembantu rumah, bekerja sendiri, pekerja asing,dan pekerja yang telah
mencapai umur 60 tahun
- Kadar caruman majikan ialah 1.75% dan caruman pekerja ialah 0.5% daripada gaji
pekerja
- PERKESO memberi perlindungan melalui Skim Bencana Pekerjaan dan Skim
Keilatan
Skim Bencana Pekerjaan Skim Keilatan (Kecacatan Kekal)
Memberi perlindungan untuk kemalangan Memberi perlindungan kepada
yang berlaku semasa bekerja atau pekerja jika berlaku ilat atau
perjalanan ke tempat kerja kematian atas sebab yang tidak
berkaitan dengan pekerjaan sebelum
Antara faedah yang diperoleh di bawah umur 60 tahun
skim ini ialah faedah perubatan, faedah
hilang upaya sementara / kekal, faedah Faedah di bawah skim ini ialah
kebumian dan lain-lain pencen ilat, pencen penakat,
pemulihan, faeah kebumian
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 22
Tujuan zakat MODUL NOTA EKONOMI T4
Tujuan kerajaan mengenakaniii. Bayaran zakat
cukai- Zakat dikenakan ke atas orang Islam yang cukup syarat-syaratnya
- Zakat adalah salah satu rukun Islam yang kelima
- Zakat bererti bersih, suci atau berkat.
- Zakat bertujuan membersihkan atau menyucikan harta dan membersihkan orang
kaya daripada sifat kedekut dan bakhil.
- Tujuan zakat ialah :
Membersihkan diri pembayar zakat
Mewujudkan sifat bersyukur
Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada
golongan kaya kepada golongan miskin
Mengurangkan perasaan iri hati dalam kalangan
orang miskin
Mengurangkan jurang perbezaan antara golongan
kaya dengan miskin
Mewujudkan perpaduan dalam urusan ekonomi dan
kewangan
iv. Cukai pendapatan perseorangan
- Setiap rakyat Malaysia yang menerima pendapatan melebihi tahap tertentu wajib
membayar cukai pendapatan individu
- Tujuan kerajaan mengenakan cukai adalah :
Menambah hasil kerajaan – membiayai perkhidmatan
seperti pendidikan, perubatan, perlindungan alam serta
kemudahan rekreasi
Mengurangkan jurang pendapatan golongan kaya
kepada golongan miskin
Membangunkan ekonomi negara
Membekalkan barang dan perkhidmatan awam
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 23
Jenis-jenis pelepasan cukai MODUL NOTA EKONOMI T4
- Cukai pendapatan individu dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- Pendapatan yang diterima daripada punca pekerjaan atau perniagaan serta
pendapatan lain seperti sewa, faedah tertakluk kepada cukai pendapatan
- Cukai yang dikenakan bergantung kepada pendapatan boleh cukai
Pendapatan boleh cukai = Pendapatan tahunan – pelepasan cukai
- Kadar cukai bersifat progresif iaitu semakin tinggi pendapatan boleh cukai semakin
tinggi kadar cukai pendapatan yang perlu dibayar
- Pelepasan cukai ialah amaun pendapatan yang dibenarkan untuk
dikecualikan daripada pengiraan cukai.
- Pelepasan cukai yang tinggi akan mengurangkan pendapatan boleh cukai dan
seterusnya mengurangkan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh
seseorang individu.
- Contoh jenis-jenis pelepasan cukai:
Diri sendiri (RM8 000)
Isteri yang tidak bekerja (RM3 000)
Anak (RM1 000 seorang X maksimum 5 orang)
KWSP dan premium insurans nyawa
(maksimum RM6 000)
Perubatan ibu bapa (maksimum RM5 000)
Pembelian buku dan majalah (maksimum RM1
000)
Pembelian alat sokongan asas
(maksimum RM5 000)
Individu yang hilang upaya
(pelepasan tambahan RM6 000)
Insurans pendidikan dan perubatan
(maksimum RM3 000)
- Bagi individu beragama Islam, jumlah zakat yang dibayar boleh ditolak daripada
cukai pendapatan yang dikenakan sebagai lain-lain rebat cukai
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 24
MODUL NOTA EKONOMI T4
Contoh soalan pengiraan cukai pendapatan individu :
Encik Rayqal merupakan seorang pegawai di salah sebuah bank di Johor Bahru. Pendapatan
tahunan beliau adalah sebanyak RM 48 000. Beliau mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja
dan 4 orang anak yang masih bersekolah. Salah seorang daripada anaknya mengalami kecacatan
fizikal sejak dari lahir.
Beliau telah mencarumkan sebanyak 11% daripada pendapatannya di dalam KWSP. Sebagai
langkah bijak, Encik Rayqal telah membeli insurans pendidikan anak-anaknya dengan bayaran
RM120 sebulan. Sebagai anak sulung, beliau memikul tanggungjawab untuk membiayai kos
ubatan dan rawatan ibunya sebanyak RM 150 sebulan.
Pada tahun lepas Encik Rayqal baru membeli sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Nusajaya
dengan ansurans pinjaman bank RM 800 sebulan. Setelah berpindah ke rumah baru,rumah
pusaka ibunya disewakan dengan kadar bulanan RM300. Encik Rayqal juga membayar zakat
sebanyak RM200 setahun
Maklumat tambahan (pelepasan cukai)
Diri RM8 000
Isteri RM3 000
Anak RM1 000 seorang
Anak OKU RM5 000 seorang
KWSP & Insurans nyawa RM5 000 maksimun
Perubatan ibu bapa RM5 000 maksimun
Insurans pendidikan RM3 000 maksimun
Kadar cukai yang ditentukan oleh kerajaan :
Banjaran pendapatan Pengiraan (RM) Kadar % Cukai (RM)
bercukai 0
2 500 pertama 0 0
0 – 2 500 2 500 berikutnya 1 0
2 501 – 5 000 5 000 pertama 1 0
5 001 – 10 000 5 000 berikutnya 5 50
10 000 pertama 10 50
10 001 – 20 000 10 000 berikutnya 100
20 000 pertama 150
20 0001 – 35 000 15 000 berikutnya 750
35 000 pertama 900
35 0001 – 50 000 15 000 berikutnya 1 500
Berdasarkan kes di atas, jawab solan-soalan berikut:
a) Hitungkan:
i. Jumlah pendapatan
ii. Jumlah pelepasan
iii. Pendapatan boleh cukai
iv. Jumlah cukai yang dibayar
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 25
MODUL NOTA EKONOMI T4
v. Pendapatan boleh guna RM RM
JAWAPAN 48 000 (1m)
3 600 (1m)
a) Gaji ( RM4 000 X 12 bulan) 51 600 (1m)
Sewa (RM 300 X 12 bulan)
8 000 (1m)
(i) Jumlah pendapatan 3 000 (1m)
3 000 (1m)
(ii) Tolak: Pelepasan (1m)
Diri 5 000 (1m)
Isteri 1 800
Anak 27 240 (1m)
Anak(OKU) 5 000
Perubatan ibu 1 440 24 360 (2m)
KWSP dan insurans nyawa
Insurans pendidikan 150.00 (1m)
218.00 (1m)
(iii) Pendapatan boleh cukai 368.00 (1m)
(1m)
(iv) Pengiraan cukai 200.00 (1m)
168.00
RM24 360 (1m)
RM20 000 (1m)
RM 4 360 x 5%
5 676 51 600 (1m)
Tolak: rebat zakat 300.00 (1m)
Cukai yang dibayar 168.00 6144 (1m)
45 456 (1m)
Pendapatan boleh guna : (1m)
Pendapatan (1m)
Tolak: Potongan wajib
KWSP
Zakat
Cukai
(v) Pendapatan boleh guna
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 26
MODUL NOTA EKONOMI T4
3.3.3 Keperluan Dan Kehendak
Perbezaan di antara keperluan dan kehendak:
Keperluan Kehendak
Perkara asas yang mesti dipenuhi Perkara yang tidak semestinya dipenuhi
Untuk meneruskan kehidupan Untuk hidup lebih selesa / mewah
Bilangannya terhad Bilangannya tidak terhad
Mudah dipenuhi Sukar dipenuhi
Harga barang stabil dan dikawal oleh Harga barang kehendak tidak dikawal
kerajaan oleh kerajaan
Perlu dipenuhi / wajib oleh semua orang Tidak perlu dipenuhi oleh semua orang
Tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan Dipengaruhi oleh saiz pendapatan
Contohnya makanan, pakaian, dan tempat Contohnya kereta, telefon bimbit dan
tinggal pakej pelancongan
3.3.4 Penggunaan Pendapatan Individu
Pendapatan boleh guna (PBG) individu akan digunakan untuk membeli barang dan
perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak
Perbelanjaan ini dikenal sebagai perbelanjaan penggunaan
Baki PBG yang tidak dibelanjakan pula dikenali sebagai tabungan
Pendapatan boleh guna = Perbelanjaan penggunaan + Tabungan
Perbelanjaan penggunaan individu terdiri daripada perbelanjaan untuk membeli :
a) Barang tahan •Barang yang tempoh penggunaannya melebihi setahun
lama •Biasanya barang kehendak
•Contohnya : perabot, kereta
b) Barang tidak •Tempoh penggunaan singkat, kurang setahun
tahan lama •Biasanya barang keperluan
•Contohnya : makanan
•Tetap : Pendidikan dan pengangkutan
c) Perkhidmatan •Tidak tetap : perlancongan dan hiburan
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 27
MODUL NOTA EKONOMI T4
3.3.5 Faktor Yang Mempengaruhi Corak Perbelanjaan Pengguna
Perbelanjaan pengguna memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi dan
pembangunan negara kita.
Peningkatan perbelanjaan pengguna memberi kesan positif kepada ekonomi Malaysia
seperti peningkatan pengeluaran, peningkatan peluang pekerjaan, serta menggalakkkan
inovasi produk dalam industri
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan isi rumah iaitu :
i)
Pendapatan
v) Citarasa Faktor ii) Harga
dan mempengaruhi iii) Pengiklanan
segmen corak dan
pasaran perbelanjaan isi pemasaran
iv) Barang rumah
pengganti
i. Pendapatan
- Peningkatan pendapatan akan memberi kesan positif kepada kuasa beli pengguna
dan seterusnya perbelanjaan pengguna akan meningkat
- Corak perbelanjaan pengguna berpendapatan sederhana dan tinggi lebih bertumpu
kepada perbelanjaan untuk pelancongan, hotel serta restoren.
- Manakala golongan berpendapatan rendah pula tertumpu kepada perbelanjaan
perumahan, elektrik, air serta makanan.
ii. Harga
- Harga barang akan meningkat apabila permintaan melebihi penawaran (DD>SS)
- Harga barang akan menurun apabila penawaran melebihi permintaan (SS>DD)
- Contohnya harga hotel akan meningkat semasa musim cuti sekolah kerana banyak
permintaan
- Harga ikan pula akan meningkat ketika musim tengkujuh kerana
penawaran/tangkapan ikan berkurangan pada musim ini
- Terdapat juga faktor perubahan lain seperti kadar pertukaran RM, perubahan harga
minyak dan cukai SST
- Corak perbelanjaan pengguna tidak berubah sekiranya harga barang makanan
meningkat atau menurun kerana ia merupakan perbelanjaan asasi
- Sebaliknya peningkatan harga barang dan perkhidmatan akan menjejaskan
kemampuan pengguna untuk membeli barang kehendak contohnya barang elektrik
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 28
MODUL NOTA EKONOMI T4
iii. Pengiklanan dan pemasaran
- Pemasaran merupakan aktiviti menyalurkan barang dan perkhidmatan kepada
pengguna akhir
- Pengguna gemar membeli barang yang mudah diperoleh dan bermutu serta dijual
pada harga yang berpatutan
- Pemasaran tidak langsung semakin popular kerana liputan internet semakin meluas
dan pengguna Internet yang semakin ramai (facebook, ebay,lazada dan lain-lain)
- Pengiklanan pula satu bentuk komunikasi untuk menyampaikan maklumat tentang
sesuatu produk untuk memujuk pelanggan.
- Pengiklanan menyampaikan maklumat tentang produk baharu di pasaran dan ini
memberi kesan kepada perbelanjaan pengguna
iv. Barang pengganti
- Kebiasaannya barangan seperti minuman ringan mempunyai banyak barang
pengganti berbanding barang keperluan asas seperti beras
- Peningkatan harga minuman ringan tertentu akan menyebabkan pengguna
membeli jenama lain.
- Namun pengguna terpaksa meneruskan pembelian barang keperluan seperti gula,
garam, minyak dan ubat walaupun barangan ini mengalami peningkatan harga
disebabkan tiada pengganti hampir.
v. Citarasa dan segmen pasaran
- Citarasa mempengaruhi corak perbelanjaan kerana kehendak yang tidak terhad
berbanding pendapatan yang terhad
- Oleh itu pengguna akan berusaha untuk memenuhi citarasanya agar mencapai
kepuasan yang maksimum
- Citarasa berbeza mengikut kaum, umur, jantina, pendapatan dan lokasi
- Contohnya perubahan citarasa pengguna yang mementingkan kesihatan
menyebabkan permintaan untuk produk kesihatan meningkat
- Segmen pasaran bermaksud membahagikan pasaran kepada subunit yang kecil
berdasarkan kumpulan pengguna tertentu
- Contohnya kumpulan golongan kanak-kanak, dewasa, bekerja, pelajar dan lain-lain
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 29
MODUL NOTA EKONOMI T4
3.3.6 Kaedah Pembayaran Untuk Pembelian Barang
- Pengguna mempunyai dua pilihan pembayaran untuk pembelian iaitu :
Kaedah pembayaran
i) Bayaran secara ii) Bayaran secara
tunai kredit
i. Bayaran secara tunai
- bermaksud pelanggan membayar dengan wang tunai sebaik sahaja menerima
barang atau perkhidmatan.
- Kelebihan dan kelemahan bayaran tunai ialah :
Kelebihan Kelemahan
Harga lebih murah kerana tidak Tidak dapat menikmati barang mewah
melibatkan unsur faedah seperti barang kemas kerana
kekurangan tunai
Berbelanja secara berhemat,
pengguna yang membeli barang Tidak dapat melindungi diri daripada
secara tunai perlu berdisiplin semasa inflasi
berbelanja kerana tertakluk kepada
had perbelanjaan berdasarkan Kurang sesuai untuk membeli barang
jumlah wang dimiliki yang mahal seperti kereta kerana
melibatkan jumlah wang yang banyak
Pengguna mungkin menikmati
diskaun tunai apabila membayar Ada risiko kehilangan tunai dan tiada
secara tunai mengikut syarat diskaun jaminan dapat semula
Bayaran tunai diterima secara Pembeli sukar mendapat
meluas berbanding belian kredit perkhidmatan selepas jualan seperti
membaiki atau mengganti barang
Barang terus menjadi hak milik yang rosak kerana penjual tidak
pembeli kerana harganya telah bertanggungjawab selepas barang
dibayar penuh telah ditukar milik
ii. Bayaran secara kredit
- bermaksud bayaran yang ditangguh untuk suatu tempoh masa
tertentu, namun pengguna boleh menggunakan barang sebelum
menjelaskan harga penuh.
- Pengguna mungkin perlu membayar pendahuluan dan bakinya
dibayar secara ansuran.
- Harga belian untuk bayaran kredit lebih tinggi kerana penjual akan
mengenakan faedah ke atas baki yang belum dijelaskan.
- Antara kelebihan dan kelemahan bayaran secara kredit ialah :
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 30
MODUL NOTA EKONOMI T4
Kelebihan Kelemahan
Bayaran secara ansuran Pengguna terpaksa membayar jumlah
meringankan beban kewangan yang lebih tinggi kerana dikenakan
pembeli berbanding dengan bayaran faedah
secara tunai yang perlu dijelaskan
sekali gus Mendorong pengguna berbelanja
melebihi kemampuan dan
Dapat menikmati barang walaupun menyebabkan pembaziran berlaku
harga penuh belum dijelaskan
Disebabkan bayaran ansuran yang
Peningkatan taraf hidup kerana perlu dibuat setiap bulan, pengguna
dapat menggunakan barang yang terpaksa menangguhkan perbelanjaan
mahal seperti kereta dengan bayaran yang lain
yang minimum
Barang boleh ditarik balik jika pembeli
Menggalakkan pembeli merancang tidak mampu membayarnya
perbelanjaannya kerana terpaksa
membayar ansuran bulanan
Pembeli boleh menggunakan barang
yang dibeli secara kredit untuk
menghasilkan pendapatan atau
memulakan perniagaan
3.3.7 Fitur Ekonomi Dalam Pembelian Kredit
Fitur dalam Pembelian
Kredit
Bayaran Kadar faedah Caj kewangan Jumlah yang perlu
pendahuluan dibayar
Bayaran pendahuluan
- Peniaga lazimnya meminta pengguna membayar sejumlah wang sebagai
bayaran pendahuluan untuk belian barang secara kredit
- Jumlah yang dibayar bergantung kepada harga barang dan juga atas
pertimbangan penjual
- Bayaran pendahuluan perlu dipulangkan oleh penjual sekiranya barang tidak
dapat diserahkan dalam tempoh yang ditetapkan
- Penjual berhak untuk menghapus kira bayaran pendahuluan yang dibayar oleh
pengguna sekiranya pengguna enggan menunaikan kewajipannya.
Kadar faedah
- Ditentukan oleh pihak yang memberi kemudahan kredit seperti bank
perdagangan dan syarikat kredit
- Jumlah faedah bergantung kepada bayaran balik pinjaman dan bayaran
pendahuluan yang dibuat serta jenis produk yang dibeli
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 31
Kepentingan matlamat kewangan MODUL NOTA EKONOMI T4
- Kebiasaannya kadar faedah untuk pembelian kereta adalah tetap dalam tempoh
bayaran
- Pembelian rumah secara kredit pula tertakluk kepada kadar faedah terapung
yang bergantung kepada kadar asas (BR) dan kadar efektif pembiayaan
indikatif (IELR) yang ditetapkan oleh bank pusat.
Caj kewangan
- Caj yang dikenakan kepada pemegang kad kredit oleh pengeluar kad kredit ke
atas baki yang belum dijelaskan selepas tarikh tamat tempoh
- Caj kewangan akan dikira berdasarkan baki harian
Jumlah yang perlu dibayar
- Jumlah yang perlu dibayar untuk belian kredit ialah baki harga setelah ditolak
bayaran pendahuluan dan ditambah dengan jumlah faedah yang dikenakan
Jumlah yang perlu dibayar = (Harga belian – Deposit) + Jumlah faedah
yang dikenakan
3.3.8 Belanjawan Peribadi
Anggaran perbelanjaan berdasarkan anggaran pendapatan boleh guna seseorang
individu untuk tempoh tertentu seperti satu bulan.
Belanjawan peribadi dapat membantu individu mencapai matlamat kewangan iaitu
sesuatu yang ingin dicapai oleh seseorang dalam jangka masa tertentu
Matlamat kewangan boleh dibahagikan kepada jangka pendek, sederhana dan panjang
Antara penentu matlamat kewangan ialah keinginan, umur individu, kedudukan
kewangan dan minat individu. Contohnya, membeli kereta dan melancong.
Kepentingan matlamat kewangan ialah :
Menggalakkan
perbelanjaan secara
berhemat
Membantu individu
memahami nilai sebenar
wang
Mempunyai simpanan
Supaya mempunyai
lebihan wang setiap bulan
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 32
MODUL NOTA EKONOMI T4
3.3.9 Penyediaan Belanjawan Peribadi
Langkah-langkah menyediakan belanjawan peribadi :
i) Mengenal pasti punca pendapatan dan potongan wajib
Jumlah pendapatan – potongan wajib = Pendapatan boleh guna
ii) Mencatat semua perbelanjaan yang hendak dilakukan
Kelaskan mengikut perbelanjaan tetap (sewa), harian (makanan) dan luar
jangkaan (kecemasan)
iii) Menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan
Mengutamakan perbelanjaan yang benar-benar diperlukan
iv) Mengimbangkan anggaran pendapatan boleh guna dan perbelanjaan
Pastikan perbelanjaan tidak melebihi PBG dan terdapat baki pendapatan yang
tidak dibelanjakan (tabungan)
Belanjawan peribadi yang disediakan oleh seseorang individu berbeza dengan
individu yang lain kerana matlamat kewangan yang berbeza kerana bergantung
kepada jumlah pendapatan dimiliki, komitmen kewangan dan corak perbelanjaan
seseorang.
3.3.10 Kepentingan Belanjawan Peribadi
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 33
MODUL NOTA EKONOMI T4
Kepentingan belanjawan Membolehkan individu mendahulukan perkara yang
peribadi penting – terutamanya barang keperluan
Membantu individu menabung – sebahagian
daripada pendapatan untuk tujuan kecemasan
Membantu menyelaraskan perbelanjaan mengikut
pendapatan – tidak membazir serta boros
Mengelakkan hutang – kerana tidak berbelanja
melebihi pendapatan
Mengelakkan kenaikan harga barang (inflasi) –
membolehkan individu mengawal perbelanjaan
3.3.11 Strategi Simpanan
Perancangan perbelanjaan yang berhemat akan membantu individu menabung
sebahagian daripada pendapatannya
Berikut adalah pelbagai strategi simpanan :
i) a) Bank b) Bank
Simpanan perdagangan Islam
lain
h) Strategi c) BSN
Syarikat simpanan d) LTH
kewangan
g)
Insurans
nyawa
f) Koperasi e) Unit
amanah
a. Bank perdagangan
- Individu boleh memilih untuk menyimpan dalam akaun semasa, tabungan
atau simpanan tetap
- Pemegang akaun simpanan tetap akan menerima faedah yang lebih tinggi
berbanding akaun tabungan
b. Bank Islam
- Menyediakan akaun Simpanan-i Wadiah, Al-Awfar dan Deposit Bertempoh-i
(Tawarruq) kepada pelanggan
- Bank akan berkongsi keuntungan dengan pelanggan berdasarkan perjanjian
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 34
MODUL NOTA EKONOMI T4
c. Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Individu boleh memilih untuk menyimpan dalam akaun GIRO, akaun
tabungan, simpanan tetap, SEDAR, CHESS atau membeli sijil simpanan
premium.
- Pemegang akaun akan menerima pulangan berbentuk faedah atau dividen
d. Lembaga Tabung Haji (LTH)
- Simpanan untuk rakyat Malaysia yang beragama Islam
- Simpanan akan dibayar bonus dan dividen berdasarkan jumlah simpanan
yang dimiliki
e. Unit amanah
- Terdiri daripada unit amanah saham contohnya, Amanah Saham Nasinal
(ASN), Amanah Saham Bumiputra (ASB)
- Pemegang unit amanah dibayar dividen dan bonus saham
f. Koperasi
- Individu perlu menjadi ahli untuk menyimpan dalam koperasi
- Ahli koperasi dibayar dividen
g. Insurans nyawa
- Individu boleh menabung dengan membeli polisi insurans nyawa
- Terdapat 2 jenis insurans di Malaysia iaitu insurans konvensional dan
takaful
- Selain melindungi pemegang polisi, syarikat insurans juga membayar
pulangan berbentuk dividen
h. Syarikat kewangan
- Menyediakan kemudahan simpanan Islamik dan konvensional contohnya
Malaysian Building Society Berhad (MSSB)
- Membayar pulangan berbentuk faedah atau dividen
i. Simpanan lain
- Pembelian bon simpanan
- Pembelian emas
3.3.12 Konsep Risiko Dan Pulangan Dalam Pelaburan
Pelaburan yang dibuat oleh sesorang individu dikenal sebagai pelaburan peribadi
Pelaburan peribadi bermaksud komitmen dana (sejumlah wang) kepada satu aset
atau lebih yang akan dipegang untuk satu tempoh dengan harapan aset tersebut
akan menghasilkan pendapatan yang tinggi pada masa hadapan.
Terdapat tujuh jenis pelaburan peribadi iaitu :
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 35
Jenis-jenis pelaburan MODUL NOTA EKONOMI T4
i) Simpanan di bank
ii) Hartanah
iii) Saham
iv) Unit amanah
v) Sekuriti pinjaman
vi) logam berharga
vii) FOREX
i. Simpanan di bank
- Menyimpan sejumlah wang dalam simpanan tetap dan bank akan
membayar kadar faedah tetap kepada pelabur dengan syarat pelabur tidak
mengeluarkan dana dalam jangka masa yang ditetapkan
ii. Hartanah
- Membeli rumah kediaman, lot kedai atau tanah
- Dengan mengambil kira aspek keadaan ekonomi, lokasi, serta prospek
hartanah pada masa depan
- Individu akan menerima pendapatan dalam bentuk sewa jika membenarkan
orang lain mengusahakan tanah/tinggal
- Atau menerima keuntungan modal iaitu kenaikan nilai hartanah jika dijual
semula
iii. Saham
- Syarikat menerbitkan saham untuk mengumpulkan modal
- Individu yang membeli saham akan menyumbangkan dana kepada syarikat
dan sebagai balasan, syarikat menawarkan sebahagian hak pemilikan
syarikat kepada pelabur dengan syarat tertentu
- Individu akan menerima pendapatan pelaburan berbentuK dividen dan
keuntungan modal iaitu kenaikan nilai saham
iv. Unit amanah
- Individu boleh melabur dalam skim unit amanah yang diuruskan oleh
Syarikat Pengurusan Unit Amanah
- Syarikat ini akan melabur semula dana tersebut dalam portfolio pelaburan
seperti sekuriti dan saham
- Individu akan menerima pendapatan pelaburan berbentuk dividen dan
keuntungan modal iaitu kenaikan nilai unit amanah
v. Sekuriti pinjaman
- Individu boleh membeli sekuriti kerajaan yang diterbitkan oleh kerajaan atau
syarikat seperti bon, debentur dan sekuriti kerajaan
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 36
MODUL NOTA EKONOMI T4
- Pemegang sekuriti pinjaman sebenarnya ialah pemberi pinjaman manakal
penerbit sekuriti ialah peminjam
- Individu akan menerima pendapatan pelaburan berbentuk faedah dan
mendapat semula jumlah pokok pinjaman pada tarikh matang sendiri
vi. Logam berharga
- Individu boleh membeli logam berharga seperti emas, perak dan platinum
sebagai aset pelaburan
- Nilai logam berharga bergantung pada ketulenan logam dan keadaan
ekonomi
- Pelabur akan menerima keuntungan modal iaitu kenaikan nilai logam
berharga tersebut
vii. Urus niaga pertukaran asing (FOREX)
- Melibatkan pembelian satu wang dengan menukarkan atau menjual satu
mata wang lain
- Misalnya individu boleh membeli Dolar AS dengan menukarkannya dengan
RM
- Mata wang yang dibeli boleh dipegang atau dijual semula apabila nilainya
meningkat
- Pelabur akan menerima keuntungan modal iaitu kenaikan nilai mata wang
Risiko Dalam Pelaburan
Risiko pelaburan ialah kemungkinan sesorang individu mengalami sesuatu
ketidakpastian daripada pelaburan yang dilakukan
Pelabur mungkin menghadapi kerugian atau keuntungan daripada sesuatu
pelaburan.
Tahap risiko adalah berbeza antara jenis pelaburan yang berlainan
Kecairan merujuk kepada keupayaan aset untuk diubah menjadi tunai. Contohnya,
tunai di tangan dan simpanan di bank.
Jadual yang berikut menunjukkan perbandingan pelbagai jenis pelaburan peribadi.
Jenis pelaburan Tahap risiko Tahap pulangan Tahap kecairan
peribadi
Bebas risiko Rendah Tinggi
Simpanan tetap Bebas risiko Rendah Sederhana
Rendah
Sekuriti kerjaan Rendah Rendah Tinggi
Rendah Tinggi Rendah
Unit amanah Sederhana Tinggi Rendah
Tinggi Tinggi Sederhana
Hartanah Tinggi Tinggi
Logam berharga
Saham syarikat
Urus niaga pertukaran
asing (FOREX)
Pulangan Pelaburan
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 37
MODUL NOTA EKONOMI T4
Pulangan pelaburan ialah keuntungan yang dinikmati oleh pelabur daripada aktiviti
pelaburan yang dilakukan.
Pulangan mungkin berbentuk faedah, sewa dan dividen
Pulangan juga dalam bentuk keuntungan modal iaitu kenaikan nilai aset pelaburan
seperti kenaikan nilai hartanah
Bentuk pelaburan Bentuk pendapatan Penerimaan
pelaburan keuntungan modal
Simpanan tetap Faedah
Hartanah Sewa X
Dividen √
Unit amanah Faedah √
Sekuriti pinjaman Dividen X
- √
Saham - √
Logam berharga √
FOREX
Hubungan Antara Risiko Dan Pulangan Pelaburan
Tahap risiko dalam sesuatu pelaburan berubah dengan pulangan pelaburan
tersebut
Risiko yang tinggi akan membawa pulangan yang tinggi dan sebaliknya
Sebagai contoh, pelaburan dalam hartanah dikatakan berisiko rendah berbanding
pelaburan saham syarikat, kerana hartanah mempunyai nilai yang stabil manakala
saham terdedah kepada turun naik harga.
Tetapi pulangan pembelian saham adalah lebih tinggi berbanding pelaburan dalam
hartanah.
Peningkatan nilai saham boleh berlaku dalam masa singkat disebabkan oleh faktor-
faktor seperti prestasi syarikat atau perubahan polisi kerajaan manakala
peningkatan nilai hartanah adalah perlahan dan bergantung kepada lokasi, prospek
masa depan dan faktor lain.
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 38
BAB 4 - PENGELUARAN MODUL NOTA EKONOMI T4
4.1 Konsep Pengeluaran, Kos dan Hasil 2. merancang dan
menggabungkan
4.1.1 Pengeluaran faktor pengeluaran
1. Pengertian Firma
yang terhad
1. Unit ekonomi yang
produktif sama ada
organisasi atau unit
pengeluaran
3. untuk Firma
menghasilkan
barang dan
perkhidmatan.
Objektif firma awam:
- memaksimumkan
kebajikan masyarkat
Contoh firma awam : Konsep Objektif firma swasta:
- KWSP firma - memaksimumkan keuntungan
- Permodalan Modal Berhad - memaksimumkan jualan
Peranan firma : Contoh firma swasta :
- pembekal barang dan - Syrkt Air Asia Bhd
- Public Bank Berhad
perkhidmatan
- pengguna faktor pengeluaran
Saiz : Jenis firma :
- Kecil (milikan tunggal) - Swasta
- Besar (syarikat berhad) - Awam
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 1
B. Pengeluaran MODUL NOTA EKONOMI T4
Proses yang
untuk
menggabungkan menghasilkan
faktor pengeluaran
barang dan
perkhidmatan
Pengeluaran
Suatu proses memenuhi
mengubah keperluan dan
bentuk input
kehendak
kepada output pengguna
C. Input
Input ialah faktor pengeluaran yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan
Input yang digunakan dalam proses pengeuaran dibahagikan kepada dua jenis :
Input
Input tetap Input berubah
Perbezaan Antara Input Tetap & Input Berubah
INPUT TETAP INPUT BERUBAH
Input yang kuantitinya tetap pada Input yang kuantitinya berubah
sebarang tingkat ouput mengikut tingkat output
Apabila input meningkat atau Apabila tingkat output bertambah,
menurun, kuantiti input tetap kuantiti input berubah yang digunakan
yang digunakan adalah tetap akan bertambah dan sebaliknya
Pada tingkat output sifar, masih Pada tingkat output sifar, tidak wujud
wujud input tetap input berubah
Input tetap hanya berlaku dalam Innput berubah wujud dalam jangka
jangka masa pendek masa pendek dan jangka masa
panjang
Contoh : mesin dan loji,
bangunan kilang dan tanah Contoh : bahan mentah dan buruh
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 2
D. Output MODUL NOTA EKONOMI T4
Barang atau perkhidmatan
yang dihasilkan
Output
Terdiri daripada barang juga dikenal
perantaraan dan barang sebagai keluaran
akhir Barang akhir
Barang perantaraan Barang yang boleh digunakan
Barang yang akan digunakan terus oleh pengguna untuk
mencapai kepuasannya.
dalam proses pengeluaran
seterusnya Contohnya ; telefon bimbit
Contohnya ; tepung yang ialah barang akhir
dihasilkan oleh sebuah firma
digunakan oleh kilang biskut
untuk membuat biskut
E. Jangka Masa Pengeluaran
Merujuk kepada keupayaan sesebuah firma mengubah kuantiti input tetap dalam proses
pengeluaran
Jangka masa pengeluaran boleh dibahagikan kepada dua jenis:
Jangka masa
Pengeluaran
Jangka masa Jangka masa
pendek panjang
Jangka Masa Pendek Pengeluaran Jangka Masa Panjang Pengeluaran
apabila wujud sekurang-kurangnya satu Merujuk kepada suatu tempoh apabila
input tetap dalam proses pengeluaran semua input yang digunakan dalam proses
pengeluaran adalah input berubah
Firma tidak dapat menyesuaikan tingkat Firma dapat mengubah tingkat output dan
pengeluaran atau mengubah kapasiti keupayaan pengeluaran dengan mengubah
pengeluaran semua input yang digunakan seperti mesin,
bangunan kilang dan tanah
Tingkat output hanya boleh diubah Firma dapat menambah modal, tingkatkan
dengan mengubah kuantiti input berubah teknologi untuk meningkatkan produktiviti
Contohnya ; meningkatkan jumlah Contohnya ; meningkatkan jumlah bilangan
bilangan buruh untuk meningkatkan buruh dan mesin jahit untuk meningkatkan
pengeluaran pakaian dengan sejumlah pengeluaran pakaian
bilangan mesin jahit yang sama
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 3
MODUL NOTA EKONOMI T4
4.1.2 Fungsi Pengeluaran Jangka Pendek
hubungan antara
jumlah input dengan
jumlah output
pengeluar dapat Fungsi menunjukkan
mengenal pasti pengeluaran hubungan antara
kombinasi faktor jangka pendek input berubah dengan
pengeluaran yang output pada suatu
tingkat input tetap
paling cekap
yang diberikan
menjelaskan jumlah input
yang diperlukan untuk
menghasilkan sejumlah
kuantiti output pada suatu
teknologi tertentu
Beberapa andaian perlu dibuat sebelum menjelaskan fungsi pengeluaran jangka pendek:Andaian
i) Terdapat hanya dua input yang digunakan contohnya
buruh sebagai input berubah dan mesin sebagai input tetap
ii) Buruh yang digunakan mempunyai tingkat kemahiran yang
sama cekap
iii) Tingkat teknologi adalah tetap
JUMLAH KELUARAN 4
Merujuk kepada jumlah output yang dapat dihasilkan oleh sejumlah input
yang dimiliki oleh firma
Rumus jumlah keluaran :
Keluaran Purata x Kuantiti Input Berubah
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017)
MODUL NOTA EKONOMI T4
Hubungan antara jumlah keluaran dengan kuantiti
buruh (input berubah) yang digunakan adalah seperti berikut :
- Apabila tiada buruh digabungkan dengan mesin, tiada
output yang dapat dihasilkan
- Apabila buruh dikombinasikan dengan mesin, jumlah keluaran akan bertambah
- Jumlah keluaran akan semakin bertambah apabila bilangan buruh bertambah
sehingga keluaran mencapai nilai maksimum
- Pertambahan input berubah yang seterusnya akan menyebabkan jumlah keluaran
meningkat
- Kesimpulannya, jumlah keluaran meningkat, mencapai nilai maksimumnya,
dan kemudian menurun
KELUARAN PURATA (AP)
Keluaran purata merujuk kepada jumlah kuantiti keluaran yang dapat dihasilkan oleh
seunit input berubah
Rumus keluaran purata :
Jumlah Keluaran
Kuantiti Input Berubah
Hubungan antara keluaran purata dengan kuantiti buruh yang digunakan adalah
seperti berikut :
- Apabila bilangan input berubah bertambah, keluaran purata akan bertambah
sehingga mencapai nilai minimum
- Seterusnya keluaran purata akan menurun. Keluaran purata tidak akan bernilai
sifar selagi jumlah keluaran adalah positif
- Kesimpulannya, keluaran purata meningkat, mencapai nilai maksimumnya,
dan kemudian menurun
KELUARAN MARGINAL / SUT
Merujuk kepada perubahan dalam jumlah keluaran kesan daripada perubahan dalam
penggunaan satu unit input berubah
Rumus keluaran marginal ialah :
∆ Jumlah Keluaran
∆ Input Berubah
Hubungan antara keluaran marginal dengan kuantiti buruh yang digunakan 5
adalah seperti berikut :
- Apabila bilangan input berubah bertambah, keluaran marginal akan bertambah
sehingga mencapai nilai maksimum
- Kemudian keluaran marginal akan menurun sehingga mencapai nilai sifar
- Akhirnya keluaran marginal bernilai negatif apabila jumlah keluaran mulai
menurun.
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017)
MODUL NOTA EKONOMI T4
Hubungan Antara Jumlah Keluaran, Keluaran Purata Dan Keluaran Sut
(a) Hubungan Antara Jumlah Keluaran & Keluaran Sut
Apabila Keluaran sut bernilai positif maka jumlah keluaran semakin
meningkat
Apabila Keluaran sut bernilai sifar maka jumlah keluaran adalah maksimum
Keluaran sut negatif maka jumlah keluaran semakin menurun
(b) Hubungan Antara Keluaran Purata & Keluaran Sut
Keluaran Sut sama nilai dengan Keluaran Purata apabila Keluaran Purata
mempunyai nilai maksimum
Keluaran Sut mencapai nilai maksimum lebih awal daripada keluaran Purata
c) Hubungan Antara Jumlah Keluaran, Keluaran Purata & Keluaran Sut
Apabila Jumlah Keluaran meningkat maka Keluaran Purata dan Keluaran
Sut akan meningkat hingga ke nilai maksimum
Apabila Jumlah Keluaran menurun maka Keluaran Purata dan Keluaran
Sut akan menurun.
4.1.3 Kos Pengeluaran
Kos pengeluaran ialah segala perbelanjaan terhadap input yang digunakan dalam proses
pengeluaran
Dalam jangka pendek, wujud sekurang-kurangnya satu input tetap, maka kos pengeluaran
jangka pendek terdiri daripada :
Kos pengeluaran jangka
pendek
Kos tetap Kos berubah
Dalam jangka panjang, kesemua input yang digunakan adalah input berubah kerana firma
berupaya mengubah input tetap menjadi input berubah. Maka kos pengeluaran jangka
panjang terdiri daripada kos berubah sahaja.
Kos pengeluaran jangka
panjang
Kos berubah
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 6
MODUL NOTA EKONOMI T4
KOS TETAP (FC) KOS BERUBAH (VC)
Kos tetap ialah bayaran yang Kos berubah merujuk kepada bayaran
dilakukan oleh firma terhadap yang dilakukan oleh firma terhadap
penggunaan input-input tetap dalam penggunaan input-input berubah
proses pengeluaran
Kos berubah akan berubah secara
Kos tetap tidak berubah/malar pada langsung dengan tingkat output
setiap tingkat output
Semakin banyak output dihasilkan,
Tetap wujud walaupun output sifar semakin tinggi kos berubah yang
Jumlah kos = kos tetap pada tingkat perlu ditanggung
output sifar Kos berubah tidak wujud apabila
Kos tetap hanya wujud dalam jangka output sifar.
pendek Contoh : bayaran upah buruh, kos
Contoh : bayaran sewa untuk bahan mentah
bangunan / tanah, insurans Rumus kos berubah :
Rumus kos tetap : = Harga input berubah x kuantiti
input berubah
= Harga input tetap x kuantiti @
input tetap
@ = Jumlah kos – kos tetap
= Jumlah kos – kos berubah
4.1.4 Pengiraan Kos Pengeluaran
Kos Berubah Purata (Avc)
Merujuk kepada kos berubah seunit output dan diperoleh dengan membahagikan jumlah kos
berubah dengan jumlah output.
AVC pada mulanya menurun, dan kemudian meningkat dengan pertambahan jumlah output
Ini adalah kerana hukum pulangan berkurangan di dalam operasi
Semakin banyak input digunakan, tambahan jumlah keluaran yang dihasilkan semakin
berkurang.
Maka jumlah yang dibelanjakan ke atas input berubah per unit output akan semakin
bertambah
Kos Berubah Purata (AVC) = Kos Berubah (VC)
Jumlah Keluaran (TP)
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 7
MODUL NOTA EKONOMI T4
Jumlah Kos (Tc)
Jumlah kos merujuk kepada kesemua jenis kos yang terlibat dalam proses pengeluaran
output.
Jumlah kos dapat diperolehi dengan menjumlahkan kesemua jenis kos tetap dan jumlah kos
berubah pada setiap tingkat output pengeluaran
Jumlah kos adalah bersamaan dengan jumlah kos tetap apabila tingkat output pengeluaran
adalah sifar
Perubahan dalam jumlah kos adalah sama sejajar dengan perubahan dalam jumlah kos
berubah (kerana kos tetap tidak berubah pada setiap tingkat output)
Semakin tinggi tingkat output pengeluaran, semakin tinggi jumlah kos dan sebaliknya.
Rumus jumlah kos ialah :
Jumlah kos (TC) = Jumlah kos tetap (TFC) + Jumlah kos berubah (TVC)
Kos Purata (Ac)
Kos purata merujuk kepada kos seunit output dan diperoleh dengan membahagikan jumlah
kos dengan jumlah output pengeluaran
Pola kos purata ialah semakin menurun pada peringkat permulaan, mencapai nilai minimum
dan seterusnya meningkat semula
Rumus kos purata ialah :
Kos Purata (AC) = Jumlah Kos (TC)
Jumlah Output (TP)
Kos Marginal (Mc)
Kos marginal merujuk kepada perubahan dalam jumlah kos kesan daripada perubahan
dalam seunit output.
Rumus kos marginal :
Kos Marginal (MC) = Perubahan dalam jum kos (∆TC)
Perubahan dalam Jumlah Output (∆TP)
Dalam jangka masa pendek, perubahan dalam jumlah kos adalah bersamaan dengan
perubahan dalam kos berubah untuk setiap tingkat perubahan output – kerana kos tetap
adalah malar (sama) di sepanjang proses pengeluaran
Oleh itu perubahan kos marginal juga boleh ditulis seperti yang berikut :
Kos Marginal (MC) = Perubahan dalam kos berubah (∆VC)
Perubahan dalam Jumlah Output (∆TP)
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 8
MODUL NOTA EKONOMI T4
4.1.5 Hubungan Antara Perubahan Output Dengan Jumlah Kos,
Kos Purata, Kos Marginal, Dan Kos Berubah Purata
Jumlah Kos Kos Jumlah Kos Kos Kos
output tetap berubah kos (TC) purata marginal berubah
(unit) (FC) (AC) purata
(VC) 100 (MC)
0 100 150 0 (AVC)
1 100 0 195 150 -
2 100 50 230 97.5 50 0
3 100 95 260 76.7 45
4 100 130 295 65 35 50
5 100 160 345 59 30
6 100 195 415 57.5 35 47.5
7 100 245 495 59.3 50
8 100 315 61.9 70 43.3
395 80
40
39
40.8
45
49.4
(a) Hubungan Antara Jumlah Output dengan Jumlah Kos
Pada output sifar, jumlah kos adalah sama dengan kos tetap iaitu RM100
Jumlah kos semakin meningkat apabila output meningkat daripada 1 kepada
8 unit
Ini bermakna jumlah kos berhubung positif dengan jumlah output
Didapati perubahan jumlah kos sama dengan perubahan jumlah kos berubah
pada setiap tingkat output.
(b) Hubungan Antara Jumlah Output dengan Kos Purata
Apabila output meningkat daripada 1 unit kepada 6 unit, kos purata
menurun dan mencapai nilai minimumnya pada output ke-6
Apabila output meningkat daripada 7 unit kepada 8 unit, kos purata
meningkat
Kesimpulannya, kos purata menurun pada peringkat permulaan,
mencapai nilai minimum, kemudian meningkat.
(c) Hubungan Antara Jumlah Output dengan Kos Marginal
Apabila output meningkat daripada 1 unit kepada 4 unit, kos marginal
menurun dan mencapai nilai minimumnya pada output ke-4
Apabila output meningkat daripada 5 unit kepada 8 unit, kos marginal
meningkat
Kesimpulannya, kos marginal menurun pada peringkat permulaan,
mencapai nilai minimum, kemudian meningkat.
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 9
MODUL NOTA EKONOMI T4
(d) Hubungan Antara Kos Purata dengan Kos Marginal
Apabila jumlah output meningkat, kos purata dan kos marginal semakin menurun
sehingga mencapai nilai minimum masing-masing
Kemudian kos purata dan kos marginal akan meningkat apabila jumlah output
meningkat
Apabila kos purata semakin menurun, kos marginal lebih rendah daripada kos
purata (MC < AC) pada setiap tingkat keluaran
Sebaliknya apabila kos purata semakin meningkat, kos marginal lebih tinggi
daripada kos purata (MC > AC) pada setiap tingkat keluaran
Kos purata akan menyamai kos marginal (MC = AC) apabila kos purata mencapai
nilai minimum iaitu antara output ke-6 dan ke-7 unit.
(e) Hubungan antara Output dengan Kos Berubah Purata
Apabila output meningkat daripada 1 hingga kepada 5 unit, kos berubah purata
menurun daripada RM50 sehingga mencapai nilai minimumnya iaitu RM39
Apabila output meningkat dari 6 hingga 8 unit, kos purata meningkat daripada
RM40.80 kepada RM49.90
Kesimpulannya, kos berubah purata menurun pada peringkat permulaan, mencapai
nilai minimum dan kemudian meningkat semula
Titik Penutupan Operasi Firma Dalam Jangka Pendek
Situasi P > AVC P = AVC P < AVC
Tindakan Meneruskan operasi Meneruskan operasi Berhenti operasi
yang wajar
Penerangan Jum.hasil dapat Jumlah hasil dapat Jumlah hasil tidak
menampung menampung kesemua dapat menampung
kesemua VC dan kos berubah (VC) semua VC
sebahagian TC sahaja
Jika firma meneruskan
Jika firma Pada keadaan ini, operasinya, kerugian
meneruskan firma boleh memilih adalah lebih besar
operasinya, kerugian sama ada untuk iaitu kesemua TC dan
yg ditanggung hanya meneruskan sebahagian VC
setakat sebahagian operasinya kerana
TC jumlah kerugian firma Untuk mengurangkan
bagi kedua-dua situasi kerugian, firma akan
Jika firma berhenti adalah sama besar berhenti operasinya
operasinya, jumlah iaitu kesemua kos dan menanggung
kerugian firma adalah tetap (TC) jumlah TC sahaja
lebih besar iaitu
kesemua TC
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 10
MODUL NOTA EKONOMI T4
NOTA :
1. Apabila output meningkat,
(a) Jumlah kos semakin meningkat
(b) Kos purata, kos marginal dan kos berubah purata menurun pada peringkat
permulaan, mencapai nilai minimum, kemudian meningkat
2. Hubungan antara kos purata (AC) dengan kos marginal (MC) :
(a) Apabila AC menurun, MC < AC
(b) Apabila AC minimum, MC = AC
(c) Apabila AC meningkat, MC > AC
4.1.6 Konsep Hasil dan Untung
4.1.7 Pengiraan Jumlah Hasil dan Untung
Konsep Hasil
Hasil ialah jumlah nilai penerimaan yang diperoleh firma daripada jualan keluarannya.
Jumlah hasil merupakan pendapatan kepada firma.
Rumus hasil : Jumlah hasil (TR) = Harga (P) x Kuantiti Jualan (Q)
Sesebuah firma dapat menambahkan jumlah hasilnya dengan :
- Meningkatkan harga barang
- Menambahkan kuantiti jualan keluarannya
Konsep Untung
Untung adalah perbezaan antara jualan hasil dengan jumlah kos
Rumus untung :
Untung = Jumlah hasil – Jumlah kos
Untung merupakan ganjaran kepada usahawan atas usahanya menggabungkan faktor-
faktor pengeluaran dan sanggup menanggung risiko ketidakpastian perniagaan
Dari segi ekonomi, jumlah kos terdiri daripada kos implisit dan kos eksplisit :
Rumus untung ekonomi :
Untung ekonomi = Jumlah hasil – (Kos eksplisit + Kos implisit)
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 11
Kos Implisit MODUL NOTA EKONOMI T4
Merupakan kos yang sepatutnya
Kos Eksplisit
dibayar kepada faktor pengeluaran Kos yang dibayar dengan nyata oleh
tetapi tidak diambil kira dalam kos
pengeluaran firma terhadap penggunaan input
Contoh : ganjaran upah kepada dalam proses pengeluaran barang dan
pemilikan sendiri, kos sewa tanah perkhidmatan.
kepada pemilik tanah atau bangunan Kos ini termasuklah kos tetap dan kos
milik sendiri dan faedah atau atas berubah
modal sendiri Contoh : bayaran upah buruh, kos
bahan mentah, faedah atas pinjaman
4.1.8 Tahap Pengeluaran Paling Cekap
Hukum pulangan berkurangan menyatakan apabila suatu input berubah
(misalnya buruh) ditambahkan secara berterusan kepada satu input tetap
(misalnya tanah), maka jumlah keluaran semakin bertambah, tetapi tambahannya
adalah semakin berkurangan bagi setiap unit tambahan input berubah
Hukum pulangan berkurangan berdasarkan andaian :
Andaian i) Terdapat sekurang-kurangnya satu input tetap
ii) Inbut berubah adalah homogen (sifat yang sama antara
satu unit dengan lain)
iii) Tingkat teknologi pengeluaran tidak berubah
Tahap 1 Tahap II Tahap III
Jumlah keluaran Jumlah keluaran Jumlah keluaran merosot
bertambah dengan kadar bertambah dengan kadar
cepat perlahan Pulangan marginal
Pulangan marginal Pulangan marginal negatif
bertambah berkurang
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 12
MODUL NOTA EKONOMI T4
Input tetap Input berubah Jumlah Keluaran Keluaran
(Tanah) (Buruh) keluaran purata marginal
(AP)
10 (TP) 0 (MP) Tahap I
11 0 6 -
12 6 7 6 Tidak cekap
13 14 8 8 (Berlaku
14 24 8 10 pembaziran input
15 32 7.4 8 tetap)
16 37 6.83 5
17 41 6.28 4 Hukum pulangan
18 44 5.75 3 berkurangan mula
19 46 5.1 2 di sini
1 10 46 4.5 0
45 -1 Tahap I
Paling cekap
Tahap III
Tidak cekap
(Berlaku
pembaziran input
berubah)
Tahap pengeluaran berkait rapat dengan kombinasi input yang optimum dalam proses
pengeluaran. Tahap pengeluaran dapat dibahagikan kepada :
Tahap Buruh 1 – 3 orang
I Bermula daripada input berubah 0 sehingga MP = AP dan AP
mencapai titik maksimum
Jumlah keluaran meningkat daripada 6 kepada 24 unit apabila buruh
meningkat
Keluaran purata meningkat dan mencapai maksimum pada 8 unit
Keluaran marginal meningkat lebih cepat daripada keluaran purata
dan mencapai maksimum pada buruh ke-3
Tahap pengeluaran ini tidak cekap kerana input berubah yang
digunakan relatif lebih kecil berbanding input tetap
Berlaku pembaziran input tetap
Pengeluar yang rasional tidak akan berhenti mengeluarkan output
pada tahap ini kerana penambahan input berubah akan meningkatkan
outputnya
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 13
MODUL NOTA EKONOMI T4
Tahap Buruh 4 – 9 orang
II Bermula daripada MP = AP dan berakhir apabila MP = 0
Jumlah keluaran meningkat daripada 32 unit sehingga mencapai
maksimum pada 46 unit apabila bilangan buruh bertambah
Pada tahap ini nilai AP > MP
Pada tahap ini kedua-dua AP dan MP sedang menurun. TP tidak
menurun tetapi meningkat dengan kadar yang berkurangan
Pada tahap ini, gabungan antara input berubah dan input tetap adalah
paling cekap. Tahap ini adalah tahap yang paling rasional dan cekap
bagi mengeluarkan output
Tahap Buruh 10 orang dan seterusnya
III
Bermula ketika MP = 0 ialah pada tahap TP maksimum
Penambahan penggunaan input berubah menyebabkan TP
berkurangan iaitu merosot kepada 45 unit pada kuantiti buruh yang
ke-10
Pengeluar yang rasional tidak akan mengeluarkan barangan pada
tahap ini kerana pertambahan penggunaan input berubah akan
menyebabkan jumlah keluaran menurun, berlaku pembaziran
penggunaan buruh. Ini bermakna pengeluar menggunakan lebih
banyak buruh untuk menghasilkan jumlah keluaran yang semakin
kurang
Pada tahap ini, berlaku ketidakcekapan dalam pengeluaran dan
merugikan pengusaha
4.2 Produktiviti Dan Eksternaliti
4.2.1 Konsep Produktiviti
Pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dapat dicapai melalui dua cara iaitu :
Cara mencapai
pertumbuhan ekonomi
i) Meningkatkan kuantiti input yang ii) Meningkatkan kecekapan dalam
terdiri daripada buruh, modal, tanah, penggunaan input iaitu buruh,
modal, tanah dan usahawan
dan usahawan
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 14
MODUL NOTA EKONOMI T4
Cara kedua adalah berkaitan dengan konsep produktiviti iaitu negara mencapai
pertumbuhan dengan menggunakan sumber yang sama atau kurang tetapi mampu
menghasilkan output yang lebih tinggi
Produktiviti atau daya pengeluaran ialah keupayaan untuk meningkatkan penghasilan
output daripada sejumlah input yang diberikan
Ini bermaksud produktiviti :
Fungsi produktiviti
i) Mengukur kecekapan dan ii) Menjelaskan perhubungan antara
keberkesanan dalam penggunaan input output yang dihasilkan dengan input
seperti tenaga buruh, teknologi, yang digunakan
peralatan, sistem, dan pengurusan
Rumus pengukuran produktiviti adalah seperti berikut :
Produktiviti : Output
Input
Kepentingan produktiviti dapat dijelaskan dalam rajah yang berikut :
1.
Peningkatan
produktiviti
6. 2.
Peningkatan Peningkatan
tarah hidup
output
rakyat
5. 3.
Peningkatan Peningkatan
pendapatan keuntungan
negara atau daya
saing firma
4.
Peningkatan
upah pekerja
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 15
MODUL NOTA EKONOMI T4
4.2.2 Faktor Yang Mempengaruhi Produktiviti
Produktiviti sesebuah organisasi atau industri dipengaruhi oleh faktor-faktor yang
berkaitan dengan tanah, buruh, modal dan usahawan.
Secara khususnya faktor-faktor tersebut boleh dihuraikan seperti berikut :
viii) i) Tenaga ii) Sistem
Kelengkapan manusia dan
modal Faktor- prosedur
vii) faktor iii) Struktur
Teknologi organisasi
vi) Bahan- iv) Gaya
bahan kepimpinan
v)
Persekitaran
kerja
Faktor Huraian
i) Tenaga Setiap tenaga kerja harus ditempatkan ke posisi kerja mengikut kebolehan
Manusia
dan kemahiran masing-masing
ii) Sistem dan Tahap kemahiran individu boleh ditingkatkan melalui latihan dan program
prosedur
pembangunan diri
Pekerja boleh dimotivasikan melalui ganjaran secara kewangan atau bukan
kewangan (contoh : anugerah kecemerlangan)
Sistem dan prosedur kerja harus ringkas dan selaras dengan matlamat
organisasi
Sistem dan prosedur yang efektif mampu mengesan kelemahan dalam
organisasi
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 16
MODUL NOTA EKONOMI T4
iii) Struktur Pengkhususan dalam unit masing-masing dapat meningkatkan produktiviti
organisasi Organisasi harus memilih struktur yang paling sesuai dengan operasinya
iv) Gaya Pemimpin harus memiliki kemahiran membuat keputusan yang tepat dan
kepimpinan sudi mengambil risiko dalam menjalankan kerjayanya
Pemimpin yang berwibawa mampu memimpin dan memotivasikan ahli-ahli
organisasinya
v) Persekitaran Susun atur tempat kerja dapat memastikan operasi organisasi berjalan
kerja lancar dan persekitaran kerja kondusif dan selesa
Kemudahan yang disediakan di tempat kerja dapat membantu pekerja
dalam tugas mereka
vi) Bahan- Bahan yang berkualiti dapat mengelakkan pembaziran dan kerosakan
bahan Pengurusan inventori yang sistematik dapat mengelakkan penyimpanan
stok yang berlebihan dan bekalan bahan sentiasa mencukupi untuk proses
pengeluaran
vii) Teknologi Penggunaan peralatan atau mesin moden dan pelaksanaan sistem
automasi komputer dapat menjimatkan masa dan tenaga buruh
Aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) penting untuk membawa
inovasi dan pemurnian dalam proses pengeluaran
viii) Bagi memastikan kelengkapan modal berfungsi baik, penyelenggaraan dan
Kelengkapan pemeriksaan harus dijalankan dari semasa ke semasa
modal Penggunaan kelengkapan modal harus dirancang supaya semuanya dapat
digunakan dengan optimum
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 17
4.2.3 Eksternaliti menggambarkan MODUL NOTA EKONOMI T4
tidak ketidakcekapan
kegagalan
dimasukkan pasaran sistem harga
dalam harga Eksternaliti
pasaran
kesan yang kos atau faedah
berlaku kepada yang tidak
diambil kira
pihak ketiga dalam
selain pengguna pengeluaran
dan pengeluar
Misalnya, pengeluaran yang dijalankan oleh kilang boleh menyebabkan
pencemaran air jika bahan buangan firma disalurkan ke dalam sungai atau laut.
Kos ini tidak diambil kira dalam harga pasaran. Namun pada masa yang sama
dengan adanya kilang-kilang ini, penduduk dapat peluang pekerjaan dan
memperoleh pendapatan untuk membaiki taraf hidup. Faedah ini juga tidak
dimasukkan dalam harga pasaran.
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 18
MODUL NOTA EKONOMI T4
4.2.4 Kos Sosial Dan Faedah Sosial
Kos sosial merupakan eksternaliti negatif manakala faedah sosial merupakan
eksternaliti negatif :
Kos Sosial Faedah Sosial
Kos sosial ialah kos kepada pihak ketiga Faedah sosial iaitu faedah kepada pihak
yang tidak termasuk dalam harga pasaran ketiga selain pengguna dan pengeluar
Contoh : Aktiviti pengeluaran minyak Contoh : Barang dan perkhidmatan yang
petroleum dan pembuangan sisa toksik disediakan oleh kerajaan seperti hospital
kilang yang berleluasa dan alat pemadam api
Kesan : Aktiviti ini menyebabkan Kesan : penggunaan alat pemadam api
pencemaran alam sekitar yang merugikan memberi faedah kepada masyarakat
nelayan dan alam sekitar sekeliling tanpa sebarang bayaran
4.2.5 Contoh Kos Sosial
Secara rumus, kos sosial dapat dijelaskan seperti berikut :
Kos sosial = Kos peribadi + Kos luaran
Jika tiada kos luaran lain, kos peribadi adalah bersamaan kos sosial
Kos sosial
Kos peribadi Kos luaran
Kos peribadi ialah kos nyata Kos luaran adalah kesan sampingan
sesebuah kerajaan, firma atau yang negatif yang ditanggung oleh
individu. Contohnya kos pihak yang ketiga tanpa sebarang
pembelian kereta, insurans pampasan. Contohnya seorang
kereta, cukai jalan dan minyak pemandu kereta tidak perlu
petrol ditanggung oleh pemilik menanggung kos kesesakan lalu
kereta. lintas dan pencemaran.
©NotaCikguSitiNurHidayah@SMKCONVENTAIPING(2017) 19