b. Simpul Manuk (Clove hitch):
a. Simpulan yang tidak mudah terburai atau terlerai.
b. Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
c. Juga digunakan untuk mengikat tali pada botol atau tangkai buah durian
(mudah untuk membawanya).
d. Semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting
dan lilit kacang atau ular.
c. Simpul Buku Sila (Reef knot):
a. Simpulan yang tegap dan tidak mudah terlucut.
b. Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiz.
c. Mematikan ikatan pada bungkusan.
d. Membalut luka, bandage atau mematikan ikatan anduh.
e. Mengikat khemah yang sudah dilipat.
d. Simpul Tindih Kasih (Bowline)
a. Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
b. Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat.
c. Akan diikat pada pinggang mangsa dan ditarik ke tempat yang selamat.
d. Juga digunakan untuk mengikat leher haiwan.
e. Simpul Tindih Kasih Berganda (Double Bowline)
a. Seperti simpul tindih kasih biasa tetapi lebih tegap dan kukuh kerana
menggunakan dua lapis tali.
b. Akan menghasilkan dua tanjul.
c. Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat mangsa.
d. Kedua-dua tanjul boleh diubah mengikut kesesuaian mangsa.
f. Simpul Bunga Geti (Sheet Bend):
a. Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiz dan
berlainan saiz.
b. Juga digunakan untuk mengikat tali ke sesuatu tanjul.
g. Simpul Himpit (Fisherman’s Knot):
a. Digunakan untuk menyambung dua utas tali licin yang sama ukuran/saiz.
b. Atau antara tali licin dengan tali nylon yang sama saiz.
c. Contohnya, tali kail dan tali nylon.
h. Simpul Belit Lucut:
a. Dikenali juga sebagai ikatan bendera kerana digunakan untuk mengikat
bendera yang berlipat pada tiang bendera.
b. Juga dikenali sebagai ikatan pencuri kerana digunakan oleh pencuri
untuk turun dari tempat tinggi.
c. Sering digunakan untuk menuruni bukit, pokok atau tempat yang tinggi.
14.3 IKATAN
Ikatan ialah satu aktiviti tali temali yang digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang
dan papan untuk jambatan, tiang bendera, menara kawalan dan sebagainya.
Kebiasaannya dalam aktiviti BSMM, beberapa ikatan digunakan seperti ikatan seraya,
ikatan serong, ikatan silang gunting dan ikatan lilit balak.
Terdapat empat jenis ikatan asas yang paling popular, iaitu:
(i) Ikatan Seraya
a. Ikatan seraya digunakan untuk mengikat kayu atau buluh yang bersudut tetap.
b. Dimulakan dengan simpul manuk pada batang kayu/buluh kemudian lilit dengan
kemas dan ketat. Diikuti dengan lilitan di celah kayu/buluh. Ikatan seraya diakhiri
dengan simpul manuk pada kayu/buluh.
(ii) Ikatan Serong
a. Ikatan serong digunakan pada kayu atau buluh yang bersilang dan dalam
keadaan serong.
b. Bermula dengan ikatan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang.
Kemudian lilit secara membujur dan melintang seperti dalam gambar rajah di
bawah. Seterusnya, lilit di celah-celah silang supaya ikatan tersebut kukuh dan
kemas. Ikatan serong ditamatkan dengan simpul manuk.
(iii) Ikatan Lilit Kacang
a. Ikatan lilit kacang digunakan untuk mengikat kayu atau buluh semasa membuat
gajet.
b. Dimulakan dengan simpul manuk atau lilit balak pada sebatang tiang. Kemudian
ikat secara berselang-seli pada kayu/buluh lantai dari atas ke bawah hingga
selesai. Ikatan lilit kacang ditamatkan dengan simpul manuk.
c. Selain menggunakan seutas tali, ikatan lilit kacang juga boleh dilakukan dengan
menggunakan dua utas tali. Lilit kacang yang menggunakan dua utas tali akan
menjadikan ikatan tersebut menjadi bertambah kemas dan kukuh serta terjamin
kuatnya
d. Ikatan silang gunting dimulakan dengan simpul manuk pada sebatang
tiang/kayu/buluh. Kemudian lilit kedua-dua batang tersebut dengan kemas dan
kuat. Ikatan silang gunting akan ditamatkan dengan simpul manuk.
15.0 PERKHEMAHAN
i. Konsep perkhemahan
a. Berkhemah atau perkhemahan merupakan aktiviti sukan dan riadah yang amat
baik dan menarik diikuti, sama ada di peringkat individu, keluarga, sekolah
mahupun institusi sosial yang lain.
b. Di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan atau silaturahim
sesama individu dan masyarakat, aktiviti ini juga dapat menambahkan
pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna serta mengurangkan gejala-
gejala sosial yang sering mengganggu masyarakat, terutamanya golongan
remaja. Antaranya, budaya lepak, gejala dadah, dan jenayah jenayah lain yang
mungkin akan dapat dibendung melalui aktiviti ini.
c. Sehubungan dengan itu, berkhemah atau perkhemahan boleh ditakrifkan
sebagai penghidupan di luar bangunan, sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di
gunung, dalam kawasan sekolah dan sebagainya.
ii. Penglibatan
a. Penglibatan dan penyertaan aktiviti perkhemahan mengikut pelbagai kategori:
i. Kategori murid Sekolah Rendah:
ii. Kategori pelajar Sekolah Menengah Rendah:
iii. Kategori pelajar Sekolah Menengah Atas:
iv. Kategori Pra-Universiti, Kolej Universiti, Universiti dan ahli yang
berusia 18 tahun dan ke atas:
v. Kategori pemimpin (berusia 25 tahun dan ke atas):
b. Hampir kesemua penglibatan dan penyertaan ini memerlukan peserta mengikuti
aktiviti perkhemahan yang memerlukan berkhemah.
iii. Tujuan Perkhemahan:
a. Terdapat dua tujuan utama dalam melaksanakan aktiviti perkhemahan, iaitu;
i. Tujuan Umum; dan
ii. Tujuan Khusus.
b. Tujuan Umum: Bertujuan untuk melatih ahli perkhemahan agar:
i. dapat meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan;
ii. dapat menghayati erti batasan kehidupan;
iii. mempunyai daya tahan mental dan fizikal, khususnya semasa
menerima arahan, melaksanakan arahan serta semasa
menjalankan aktiviti-aktiviti yang lasak;
iv. mempraktikkan dan memahirkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari
secara teori, seperti mendirikan khemah, memasang gadget,
simpulan dan ikatan dan sebagainya.
c. Tujuan Khusus:
i. Rekreasi: Mementingkan kemudahan dan keselesaan
dalam makan-minum dantempat tidur. Tidak
mementingkan kegiatan kemahiran Ilmu perkhemahan.
ii. Khusus: Kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih
penekanan terhadapkemahiran- kemahiran ilmu perkhemahan
yang berlatar belakang suasana backwoods (ala hutan).
iii. Pengembaraan ekspedisi: Berkhemah sementara di sesuatu
lokasi sewaktu dalam perjalanan jauh untuk tujuan berehat atau
untuk aktiviti tertentu seperti memancing, team-building·,
perancangan baru organisasi dan sebagainya.
iv. Misteri: Siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang
tersembunyi berdasarkanpanduan yang diberikan sama ada
menggunakan peta atau kompas atau kedua-duanya, seperti
aktiviti treasure hunt.
v. Penyelidikan: Membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin
memerlukan jangkamasa yang lama di sesuatu lokasi. Kajian
arkeologi misalnya.
vi. Ikhtiar hidup/survival: Untuk tujuan yang lebih khusus, biasanya
untuk pengembaraan yang lasak, berunsur ilmiah, menguji
kemahiran yang telah dipelajari dan membina semangat serta
ketahanan diri.
Terdapat beberapa faedah dalam mengikuti aktiviti perkhemahan, iaitu;
viii. Perancangan dan Persiapan Awal Sebelum aktiviti perkhemahan:
o Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum aktiviti perkhemahan
dilaksanakan ialah:
a. membentuk organisasi perkhemahan: Jawatankuasa
Induk; Jawatankuasa Kerja atau Pelaksana; dan Barisan
Jurulatih dan Pembimbing.
b. mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kursus atau Program
Perkhemahan; mengesahkan pelantikan Ahli
Jawatankuasa; mengenal pasti jurulatih, pembimbing dan
pengiring;
c. menyiapkan senarai nama petugas dan peserta
Kursus/Program;
d. menentukan kadar kos perbelanjaan untuk menganjurkan
perkhemahan; wang masuk; dan wang keluar.
e. menyiapkan jadual perkhemahan yang meliputi: bilangan
hari; masa perjalanan pergi dan perjalanan balik;
pengisian program; waktu solat, waktu rehat dan waktu
makan (termasuk menu makanan); pengurusan diri;
aktiviti/kerja masa lapang; dan hal-hal lain yang berkaitan.
f. menyiapkan Kertas Kerja atau Kertas Cadangan Program
untuk diserahkan kepada pihak-pihak yang berkenaan
g. mengemukakan permohonan kelulusan mengadakan
aktiviti kepada pihak yang berkenaan;
h. menyiap dan mengedarkan surat-surat kebenaran, surat-
surat pemberitahuan dan surat-surat pelantikan kepada
pihak-pihak yang berkenaan (termasuklah makluman
bertulis kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Ibu Pejabat Polis, Klinik
Kesihatan dan organisasi yang lain, jika berkenaan;
i. menguruskan surat kebenaran ibu bapa dan perakuan
kesihatan murid;
j. surat pelantikan kepada guru/pensyarah pengiring,
pembimbing, pemimpin dan jurulatih yang terlibat,
termasuk jurulatih undangan atau jurulatih luar;
k. memastikan semua yang terlibat, termasuk petugas dan
peserta berada dalam keadaan baik dan sihat serta
bersedia dengan rela hati untuk menyertai aktiviti
perkhemahan;
l. memperincikan peraturan-peraturan keselamatan;
m. menyiapkan buku program dan borang-borang yang
diperlukan semasa aktiviti perkhemahan dijalankan:
n. memastikan sijil penghargaan dan sijil penyertaan telah
ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkaitan, dan jika
perlu, siapkan hadiah dan cenderamata juga;
o. memastikan peralatan (lojistik) dan bahan serta keperluan
untuk aktiviti perkhemahan mencukupi dan boleh
digunakan;
p. memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih
diberikan keutamaan, termasuklah: kotak/kit bantu mula
diletakkan di tempat yang sesuai; jangkitan penyakit;
keracunan makanan; gigitan serangga berbisa; dan
serangan binatang buas.
q. memberi taklimat kepada semua yang terlibat dalam
pengurusan perkhemahan, termasuk guru/pensyarah
pengiring, pembimbing, pemimpin dan jurulatih, termasuk
ibu bapa peserta (jika perlu);
r. memberi taklimat kepada semua peserta perkhemahan;
s. menentukan semua prosedur perkhemahan dipatuhi; dan
t. menyediakan senarai semak sebelum, semasa dan
selepas aktiviti perkhemahan sebagai rujukan kerja.
d. Semasa aktiviti perkhemahan:
o Antara perkara yang perlu dilakukan semasa aktiviti perkhemahan
dilaksanakan ialah:
a. memberikan taklimat kepada semua yang terlibat sebaik
sampai di tapak perkhemahan;
b. memastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi,
termasuklah: tapak perkhemahan yang selamat untuk didiami
dan beraktiviti serta berkondisif; mendirikan khemah di
kawasan yang selamat dan tidak berbatu tajam; sistem
pencahayaan yang mencukupi untuk menerangi kawasan
perkhemahan;
c. memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih
diberikan keutamaan, termasuklah: kotak/kit bantu mula
diletakkan di tempat yang sesuai; jangkitan penyakit;
keracunan makanan; gigitan serangga berbisa; dan serangan
binatang buas.
d. kemudahan asas berfungsi dengan baik, seperti: surau;
tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan
perempuan; elektrik; air yang bersih; dan sistem komunikasi.
e. melakukan Istiadat Pemeriksaan Pagi pada setiap pagi untuk
memastikan peserta perkhemahan dapat mencapai standard
atau tahap perkhemahan;
f. selain Istiadat Pemeriksaan Pagi, pemantauan harus
dilakukan untuk memastikan aktiviti-aktiviti yang lain turut
dilaksanakan sepanjang perkhemahan ini dijalankan, seperti:
g. membuat pemantauan agar Jadual Perkhemahan sentiasa
dipatuhi dan dilaksanakan mengikut perancangan, kecuali jika
berlaku sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan,
termasuklah mengadakan mesyuarat jurulatih pada setiap
malam;
h. menentukan semua peserta mengambil bahagian dalam
semua aktiviti perkhemahan yang telah dirancangkan; dan
i. memantau dari semasa ke semasa agar setiap aktiviti yang
dilaksanakan dapat dijalankan dalam keadaan selamat dan
baik; dan
j. menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada para petugas dan
sijil-sijil penyertaan kepada peserta perkhemahan atau kursus
pada akhir perkhemahan/kursus.
e. Selepas aktiviti perkhemahan:
i. Antara perkara yang perlu dilakukan selepas aktiviti perkhemahan
dilaksanakan ialah:
a. mengemaskan peralatan yang dibawa dan digunakan;
b. memastikan keperluan logistik dan peralatan perkhemahan
mencukupi dan berada dalam keadaan baik serta bersih;
c. memulangkan semua peralatan dan logistik yang dipinjam;
d. meninggalkan kawasan perkhemahan dalam keadaan bersih;
e. mengadakan mesyuarat post-mortem untuk membuat
penilaian terhadap aktiviti perkhemahan yang telah dijalankan
dan membentangkannya dalam mesyuarat;
f. menulis dan mengirimkan surat-surat penghargaan kepada
pihak-pihak yang berkenaan; dan
g. menyemak senarai semak;
h. mendokumentasikan aktiviti sebagai simpanan untuk dijadikan
sebagai panduan dan bahan rujukan pada masa yang akan
datang.
xii. Pemeriksaan Pagi:
a. Tujuan:
i. Meningkatkan darjah/tahap perkhemahan.
ii. Peka pada kebersihan, uniform, alatan.
iii. Tahu membuat gajet dengan baik.
iv. Komen - puji dan tegur.
v. Pengiktirafan – anugerah panent.
vi. Menyerlahkan kerjasama ahli perkhemahan.
vii. Pemimpin peka latar belakang ahli/peserta.
b. Komponen Penilaian:
(i) Peribadi/Pakaian seragam:
a. Topi dan lencana.
b. Baju, tanda nama dan lencana
c. Seluar dan tali pinggang (lelaki).
d. Kasut hitam bertali (lelaki pemimpin dan pelajar).
e. Kasut hitam bertumit tanpa tali (pemimpin perempuan).
f. Kasut hitam bertali (pelajar perempuan).
g. Stokin biru tua (hitam tidak digalakkan).
h. Kebersihan dan kemasan pakaian/uniform.
i. Kebersihan kuku dan gigi.
(ii) Gajet:
a. Pintu gerbang dan pagar.
b. Bendera dan tiang bendera.
c. Papan kenyataan.
d. Rak kasut.
e. Ampaian.
f. Meja makan.
g. Rak alatan tajam.
h. Aksesori tambahan yang lain.
(iii) Dapur:
(a) Rak untuk dapur dan peralatan dapur.
(b) Kebersihan peralatan dapur.
(c) Rak makanan basah dan kering.
(d) Lubang basah dan Lubang kering.
(e) Kebersihan kawasan dapur
(iv) Khemah dan tata atur:
(a) Keceriaan kawasan perkhemahan.
(b) Susunan kedudukan khemah.
(c) Kekemasan khemah.
(d) Susunan kandungan peribadi (beg, pakaian, dsb).
(e) Susun atur gajet.
(v) Kebersihan.
(a) Kawasan khemah dan sekelilingnya.
(b) Dalam khemah.
(c) Peralatan dapur.
(d) Makanan tidak terdedah.
16.0 GAJET
Gajet merupakan binaan yang dibuat dengan menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan
dan dicantum atau dikukuhkan dengan menggunakan tali atau pengikat bagi menggantikan
perabot rumah di tapak perkhemahan.
Tujuan gajet dibuat adalah seperti berikut:
● Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan
maklumat di tapak perkhemahan.
● Melindungi makanan daripada tercemar
● Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam
● Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat
● Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan
● Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan
● Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera
Faedah membuat gajet adalah seperti berikut:
● Menggalakkan seseorang itu berfikir secara kreatif dalam menghasilkan peralatan yang
diperlukan
● Menguji keupayaan seseorang dalam mempraktikkan kemahiran ikatan dan simpulan
yang dipelajari
● Menanam semangat bekerjasama dalam sebuah kumpulan untuk menyiapkan gajet
dalam tempoh masa yang singkat
● Mewujudkan perpaduan di kalangan ahli-ahli yang menyertai perkhemahan
Cara-cara pembinaan gajet
● Gajet-gajet yang dibina mesti mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Pembinaannya pula
perlu mengikut kesesuaian tempat serta bilangan peserta yang menggunakannya.
● Gajet yang baik adalah gajet yang dibina dengan cara yang paling ringkas, kuat serta
senang dirobohkan.
● Jenis gajet ditentukan kepada 3 bahagian, iaitu gajet dapur atau belakang perkhemahan,
gajet pertolongan cemas dan gajet perkhemahan.
16.1 GAJET DAPUR
Gajet dapur dibuat daripada bahan semula jadi. Pelbagai gajet sampingan akan dibuat di dapur,
seperti berikut:
● Pangkin/ tempat duduk / kerusi / meja
○ Gajet ini dibuat untuk dua fungsi. Pertama, sebagai meja makan. Kedua, sebagai
meja persidangan atau perbincangan. Kebiasaannya gajet ini didirikan di
bahagian belakang kawasan khemah, iaitu berdekatan dengan khemah dapur.
● Tempat menyimpan makanan
○ Gajet ini dihasilkan untuk menyimpan makanan yang dibawa dan disediakan
semasa perkhemahan dijalankan.
● Tempat menyimpan perkakas dapur
○ Gajet ini dihasilkan untuk menyimpan perkakas dapur, khasnya peralatan yang
tajam seperti pisau dan kapak.
● Tempat buang sampah kering dan basah
○ Gajet ini disediakan untuk menguruskan sampah sarap dengan baik.
● Penyangkut, tempat letak mangkuk serta cawan dan tempat memasak
○ Gajet ini disediakan agar menyusun alat di dapur dengan kemas dan mudah
untuk diambil.
16.2 GAJET PERTOLONGAN CEMAS
● Katil
○ Gajet katil disediakan untuk pesakit yang perlu diberi pertolongan cemas atau
perlu rehat.
● Meja dan kerusi
○ Gajet ini disediakan untuk memudahkan kerja pertolongan cemas.
16.3 GAJET PERKHEMAHAN
● Papan kenyataan
○ Gajet ini dibuat untuk mempamerkan beberapa kenyataan atau maklumat.
○ Saiz papan kenyataan yang ingin dibuat bergantung kepada keperluan dan
sumber bahan yang ada. Bagi memastikan agar maklumat yang dipamerkan
terlindung daripada hujan dan matahari, kreativiti BSMM amat diperlukan untuk
menyediakan bumbung atau perlindungan yang bersesuaian bagi papan
kenyataan berkenaan.
○ Bahan yang diperlukan adalah seperti kayu, buluh, tali, marker dan bahan-bahan
lain yang sesuai.
● Pintu gerbang
○ Gajet pintu gerbang merupakan satu daripada gajet yang amat penting dibina
dalam aktiviti perkhemahan. Selain sebagai pintu masuk ke dalam kawasan
perkhemahan, pintu gerbang yang baik akan berperanan sebagai pusat kawalan
di samping sebagai tempat memasang bendera.
○ Pembinaan pintu gerbang seharusnya bersesuaian dengan bilangan hari dan
bahan yang ada. Jika tempoh perkhemahan agak lama dan bahan untuk
mendirikan gajet pintu gerbang banyak, pintu gerbang yang didirikan harus agak
besar dan cantik.
○ Bahan dan peralatan yang diperlukan adalah seperti kayu atau buluh pelbagai
ukuran, tali sama ada rami, jut atau raffia, cangkul, parang dan gergaji serta
tangga (jika ada).
● Tiang bendera
○ Tiang bendera didirikan dengan menggunakan kayu atau buluh, tali dan bendera.
Pelbagai bentuk boleh dihasilkan untuk membuat tiang bendera.
○ Terdapat dua jenis tiang bendera didirikan dalam aktiviti perkhemahan BSMM.
Satu berupa tiang bendera utama yang didirikan di hadapan kawasan lapang
atau tapak perhimpunan yang digunakan untuk mengibarkan bendera Malaysia,
bendera negeri dan bendera BSMM manakala satu lagi berupa tiang bendera
yang digunakan untuk mengibarkan bendera Sekawan atau Patrol di dalam
kawasan perkhemahan Sekawan atau Patrol itu sendiri.
● Pagar
○ Gajet pagar adalah penting untuk menentukan keluasan kawasan perkhemahan.
Gajet pagar didirikan dengan menggunakan kayu atau buluh yang dipacak
mengelilingi kawasan khemah kemudian diikat atau dihadang dengan tali untuk
menjadi pagar.
○ Pagar tidak perlu dibina terlalu tinggi. Ketinggian pagar yang sesuai adalah
sekitar satu meter sahaja. Bagi memastikan pagar menjadi kukuh, jarak
pancangan kayu atau buluh hendaklah agak rapat sekitar dua meter antara satu
pancangan.
○ Sekawan atau Patrol yang kreatif akan menghiaskan pagar mereka dengan
pelbagai corak atau gaya agar pagar kelihatan kemas, menarik dan cantik.
● Tempat letak peralatan kerja
○ Gajet yang digunakan untuk meletakkan peralatan kerja seperti cangkul agar
kelihatan kemas dan mudah diambil.
● Penyidai / Ampaian
○ Ampaian dihasilkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kreativiti
pembuatnya. Ampaian yang baik perlu didirikan tanpa bergantung pada pokok
atau batang-batang pokok yang hidup.
○ Gajet ini digalakkan didirikan di kawasan lapang, khususnya kawasan yang
terdedah kepada cahaya matahari dan angin di belakang kawasan khemah
kumpulan.
○ Bahan yang diperlukan untuk membuat gajet ampaian ialah kayu atau buluh,
kayu bercabang, kayu atau buluh pancang dan tali atau dawai.
● Tempat letak kasut / Rak kasut
○ Gajet rak kasut dibuat untuk meletakkan kasut-kasut ahli kumpulan dalam
kawasan perkhemahan tersebut. Tempat yang paling sesuai untuk membina rak
kasut adalah berhampiran dengan khemah ahli, khususnya berdekatan dengan
pintu khemah.
○ Gajet rak kasut dibina dengan menggunakan beberapa batang buluh atau kayu
berukuran dengan tali menggunakan ikatan dan simpulan yang sesuai.
● Katil
● Meja dan kerusi
17.0 KRAF GAJET
Kraf gajet atau kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk
menghadapi cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan luar atau perkhemahan.
Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila individu
melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan.
17.1 PENYEDIAAN KRAF PERKHEMAHAN
● Mestilah memakai kasut yang selaman semasa berjalan mencari bahan untuk
perkhemahan.
● Berhati-hati semasa menggunakan peralatan tajam.
● Pastikan bahan-bahan yang berlebihan selepas membuat kraf seperti keratan kayu dan
buluh tidak dibiarkan berselerak.
● Pastikan setiap kraf yang dihasilkan mestilah betul-betul kukuh sebelum digunakan.
● Pastikan bantuan sama ada rawatan kecederaan ringan atau melaporkan kepada
bahagian pertolongan cemas untuk bantuan hendaklah disegerakan jika berlakunya
kecederaan.
● Jika berlakunya kecederaan berat mestilah disegerakan untuk hantar ke hospital.
18.0 PERMAINAN
Aktiviti atau permainan yang menarik hendaklah diadakan dalam setiap perjumpaan atau
perkhemahan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Dengan ini, barulah ahli BSMM dapat
bersukaria serta menambahkan kecekapan dan pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti itu.
Jangan mengadakan aktiviti yang serupa setiap kali perjumpaan kerana ini akan membosankan
ahli.
Sekiranya aktiviti itu memerlukan alatan, elaklah disediakan sebelum sesuatu
perjumpaan atau perkhemahan. Keselamatan unit adalah penting dalam setiap aktiviti dan
pastikan mereka mematuhi seluruh peraturan yang ditetapkan dalam sesuatu aktiviti itu. Aktiviti
permainan BSMM boleh terbahagi kepada dua jenis, iaitu aktiviti dalam dan aktiviti luar.
18.1 AKTIVITI DALAM
Aktiviti dalam merupakan aktiviti yang sesuai diadakan di dalam bilik. Terdapat 10 aktiviti dalam
yang boleh dijadikan permainan yang menarik dalam perjumpaan BSMM.
18.1.1 LAKONAN BISU
Alatan
1. kertas (tuliskan pelbagai pekerjaan atau sesuatu gerak kerja yang perlu dilakukan oleh
BSMM)
Aktiviti
1. Setiap kumpulan menghantar seorang wakil dan dia dikehendaki mencabut satu kertas
yang disediakan.
2. Setelah membaca kandungannya, dia hendaklah beraksi di hadapan kumpulannya dan
ahli kumpulan yang lain cuba meneka pekerjaan atau gerak kerja berdasarkan lakonan
yang dipamerkan.
18.1.2 SIMPULAN
Alatan
1. Tali
2. Bangku
Aktiviti
1. Ahli BSMM dikehendaki membuat simpulan yang ditetapkan. Misalnya, ketua kumpulan
memulakan simpulan dengan simpul belit di bangku.
2. Kemudian, disambung dengan ikatan buku sila, bunga geti dan diakhiri dengan simpul
tindih kasih.
Aktiviti ini boleh diubah suai mengikut kreativiti dan kebolehan masing-masing. Contoh aktiviti
adalah seperti berikut.
1. Ahli BSMM disuruh menutup mata mereka dengan skaf.
2. Apabila nama simpulan diberi, mereka dikehendaki membuatnya dengan pantas dan
mengangkat tangan setelah menyiapkan simpulan tersebut untuk menunjukkan
simpulan tersebut.
3. Markah akan diberikan kepada kumpulan yang betul.
18.1.3 PERMAINAN KIM
18.1.3.1 DERIA LIHAT
Alatan
1. Pensil
2. Paku
3. Pemadam
4. Duit syiling
5. Pin
6. Mancis
7. Pen
8. Kertas
9. Batu
… dan lain-lain.
*sediakan lebih kurang 30 jenis barang
Aktiviti
1. Letakkan objek-objek tersebut di atas meja dan tutup dengan kain atau kertas surat
khabar.
2. Setiap kumpulan diberi masa 3 minit untuk memerhati objek-objek yang diberi.
3. Apabila masa sampai, kumpulan itu perlu berbincang dan ketua kumpulan perlu
menyenaraikan objek yang dilihat.
Cara lain melaksanakan aktiviti ini adalah seperti berikut:
1. Ikat 10 jenis objek di atas tali dan disimpankan ke dalam kotak atau karung.
2. Apabila ahli BSMM sudah bersedia, mereka tidak boleh bercakap.
3. Tali itu akan dikeluarkan dengan perlahan dan ahli BSMM perlu dipastikan agar tidak
berbincang atau bercakap.
4. Selepas 1 atau 2 minit, tali itu dimasukkan semula ke dalam kotak dan ahli BSMM
bolehlah berbincang dan menyenaraikan nama objek-objek yang dilihat mengikut
susunan yang betul.
18.1.3.2 DERIA SENTUH
Alatan
1. Pensil
2. Pen
3. Pemadam
4. Lencana
5. Paku
6. Skrew
7. Batu kecil
8. Botol
9. Duit syiling
10. Kotak mancis
11. Penutup botol
12. Tali pendik
13. Getah bulat
… dan lain-lain.
Aktiviti
1. Objek-objek tersebut dimasukkan ke dalam karung beg atau kotak.
2. Setiap ahli BSMM diberi 1 minit untuk menyentuh objek-objek tersebut tanpa melihatnya.
3. Setelah semua ahli BSMM dalam kumpulan tersebut menyentuhnya, mereka
dikehendaki berbincang dan ketua menulis senarai nama objek-objek tersebut.
18.1.3.3 DERIA DENGAR
Alatan
1. Pita rakaman (pelbagai bunyi misalnya, bunyi enjin, air dibuka, kayu patah, membuka
penutup, laci, pintu, mengheret kerusi, menggoncang dan lain-lain.)
*Jika tidak menggunakan pita rakaman, ahli BSMM boleh membuat bunyi-bunyian yang
dibuat di luar bilik.
Aktiviti
1. Mainkan pita rakaman untuk didengari oleh semua ahli BSMM.
2. Selepas semua bunyi itu dimainkan, mereka boleh berbincang dan menyenaraikan
bunyi-bunyian yang telah didengarnya tadi.
18.1.3.4 DERIA HIDU
Alatan
1. Minyak wangi
2. Minyak angin
3. Halia
4. Cuka
5. Kopi
6. Bawang
7. Ubat gigi
8. Minyak rambut
… dan sebagainya
Aktiviti
1. BSMM dikehendaki menutup matanya dengan skaf dan menghidu objek-objek itu secara
bergilir-gilir.
2. Kemudian mereka bolehlah berbincang dan menulis jawapannya.
18.1.3.5 DERIA RASA
Alatan
1. Kunyit
2. Garam
3. Gula
4. Lada
5. Bunga cengkih
6. Cili
… dan sebagainya
Aktiviti
1. Ahli BSMM dikehendaki merasa bahan-bahan atau serbuk yang disediakan itu dengan
lidah secara bergilir-gilir.
2. Kemudian, mereka boleh berbincang dan menuliskan nama bahan-bahan atau serbuk
yang dirasa.
18.1.4 ‘BALOO’ DI MANA KAMU
Alatan
1. Senaskah surat khabar yang diikat dan digulung
Aktiviti
1. Ahli BSMM membuat satu bulatan dan duduk.
2. Dua orang akan dipilih di mana seorang dipanggil ‘Baloo’ (beruang) dan seorang lagi
bergelar ‘Mowgli’.
3. Mowgli diberikan surat khabar yang bergulung untuk dijadikan sebagai pemukul dan
matanya ditutup dengan skaf.
4. Baloo dikehendaki berdiri di mana-mana dalam bulatan tersebut tanpa pengetahuan
Mowgli.
5. Mowgli hanya diberi peluang sebanyak 3 kali untuk bertanya “Baloo, di mana kamu?”
dan boleh memukul dengan gulungan surat khabar itu sebanyak 3 kali sahaja.
6. Baloo hanya menjawab “di sini” setiap kali mendengar pertanyaan Mowgli.
7. Baloo boleh mengelak pukulan Mowgli tetapi tidak boleh bergerak dari tempatnya.
18.1.5 KIRI-KANAN
Alatan
1. Beret BSMM
Aktiviti
1. Ahli-ahli BSMM berdiri dalam bulatan atau duduk dengan rapat.
2. Apabila terdengar arahan “kiri”, mereka akan merebut beret BSMM yang duduk atau
berdiri di sebelah kiri mereka.
3. “Kiri - Kanan” boleh digantikan dengan perkataan lain seperti Kiri – Perak; Kanan –
Perlis dan perkataan-perkataan boleh ditambah untuk mengelirukan ahli yang
mengambil bahagian.
18.1.6 MELUKIS GAJET ATAU PROJEK PERINTIS
Aktiviti
1. Ahli BSMM disuruh melukis gajet-gajet yang terdapat dalam satu perkhemahan ke
dalam buku log mereka.
2. Selain daripada melukis gadget, mereka boleh melukis projek-projek perintis (pioneering)
seperti menara, jambatan, pintu gerbang dan lain-lain.
18.1.7 MEMBACA PETA
Alatan
1. Peta
2. Kompas
Aktiviti
1. Setiap kumpulan diberi peta yang serupa dan mereka diberi beberapa tugasan seperti
berikut:
a. Mencari grid beberapa tempat seperti sekolah, masjid dan balai polis
b. Memberi grid kedudukan (RG) tempat itu yang perlu dicari dan menandakan
nama tempat tersebut
c. Memberi bering dari satu tempat ke satu tempat
d. Menamakan jenis tumbuhan, sumber ekonomi, pekerjaan penduduk setempat,
dan tanaman utama di kawasan tersebut.
18.1.8 ILMU BSMM
Aktiviti
1. Sediakan beberapa soalan mengenai Pengetahuan Am Bulan Sabit Merah, misalnya,
sejarah Bulan Sabit Merah, simpulan dan ikatan dan lain-lain.
2. Soalan berbentuk subjektif atau objektif boleh disediakan.
3. Selepas menjawab semua soalan itu, ahli BSMM menukarkan kertas jawapan dan
memeriksa jawapan apabila pemimpin memberikan jawapan yang betul bagi soalan itu.
18.1.9 KEPALA DAN EKOR
Aktiviti
1. Setiap pasukan berbaris mengikut barisan masing-masing di hadapan pemimpin.
2. Apabila pemimpin menyebut `kepala’, ahli BSMM yang di hadapan tidak bergerak tetapi
kawan-kawan yang lain dalam barisan masing-masing akan berlari ke hadapan sambil
berpusing mengelilingi ahli BSMM yang di hadapan tadi dan balik semula ke tempat
masing-masing.
3. Begitu juga apabila pemimpin menyebut `ekor’, ahli BSMM di belakang sekali tidak
bergerak, tetapi kawan-kawan yang lain dalam pasukan akan berlari ke belakang sambil
berpusing mengelilingi BSMM yang di belakang tadi dan balik ke tempat masing-masing.
4. Pasukan yang pertama sekali sampai serta berbaris dengan lurus akan diisytiharkan
sebagai pemenang.
5. Permainan ini boleh diteruskan dengan menukar kedudukan setiap ahli dalam barisan
itu sehingga tamat permainan.
18.1.10 HARTA TERSEMBUNYI
Aktiviti
1. Ahli BSMM disuruh keluar untuk mencari beberapa objek atau benda yang telah
ditentukan oleh pemimpin seperti daun, rumput-rampai, buah-buahan dan lain-lain.
2. Pasukan pertama yang menyerahkan benda yang dicari dengan betul kepada pemimpin
dianggap sebagai pemenang.
18.2 AKTIVITI LUAR
Aktiviti luar merupakan aktiviti yang sesuai diadakan semasa perjumpaan atau perkhemahan
BSMM. Terdapat 28 aktiviti dalam yang boleh dijadikan permainan yang menarik dalam
perjumpaan BSMM.
18.2.1 MENDIRIKAN KHEMAH
Para ahli BSMM diberi latihan mendirikan khemah supaya mereka cekap dan mahir mendirikan
khemah sendiri. Cara lain adalah mendirikan khemah dalam keadaan yang gelap, iaitu
menyuruh ahli BSMM menutup mata mereka dengan skaf dan bayangkan pada masa itu sudah
malam dan berada dalam keadaan gelap.
18.2.2 LATIHAN KECEMASAN
Sebelum mengadakan aktiviti ini, pastikan semua ahli BSMM sudah dilatih dengan kemahiran
pertolongan cemas. Tuliskan beberapa kemalangan seperti kemalangan jalan raya, kebakaran,
lemas dll pada kertas tugasan dan serahkan kepada ketua kumpulan untuk menjalankan aktiviti
tersebut bersama-sama kumpulannya.
18.2.3 MERINTIS (PIONEERING)
Pastikan semua ahli BSMM sudah mahir dengan ikatan dan simpulan. Gunakan tali yang
sesuai apabila membina sesuatu projek perintis. Pastikan projek itu selamat sebelum
mencubanya. Ketua kumpulan boleh merujuk kepada carta-carta atau model-model projek
yang hendak direka bina.
Selain daripada membuat projek, ahli BSMM boleh juga membuat gajet yang berguna
dalam sesuatu perkhemahan. Hal ini disebabkan aktiviti ini merupakan satu latihan yang amat
berguna kepada ahli BSMM kerana ia dapat memahirkan simpulan dan ikatan mereka.
18.2.4 MEMASAK
Terdapat dua jenis masakan akan diadakan, iaitu masakan dengan menggunakan alat-alat
dapur dan memasak cara hutan. Satu peraduan boleh diadakan untuk menentukan kumpulan
yang cekap sekali dalam masakan.
18.2.5 MEMOTONG KAYU
Aktiviti ini membolehkan ahli BSMM menunjukkan kecekapan mereka dalam pengetahuan
menggunakan kapak. Pastikan semua langkah keselamatan diambil oleh setiap ahli BSMM
yang menyertainya. Kayu yang dipotong itu boleh digunakan sebagai kayu api dalam
perkhemahan atau untuk gajet atau projek perintis.
18.2.6 MENGIKUT JEJAK
Aktiviti ini adalah untuk menduga pengetahuan tentang tanda-tanda kejadian hutan yang boleh
dijejak dan dibinanya sendiri. Ahli BSMM boleh memahirkan pengetahuannya dengan
menggunakan kayu, lalang/rumput, batu sebagai membina tanda-tanda kejadian hutan tersebut.
Selain daripada itu, benang atau kertas warna juga boleh digunakan. Taburkan benang
atau kertas warna mengikut jalan yang ditentukan untuk dilalui oleh ahli BSMM. Cara yang
ketiga ialah dengan mengheret batang kayu di atas tanah supaya ia meninggalkan kesan.
Pastikan ada kesan di atas tanah supaya ahli BSMM dapat menjejakinya.
18.2.7 ORIENTEERING
Sebelum mengadakan aktiviti ini, adakan latihan menggunakan kompas dan peta (terutama
peta topo).
a. Route Orienteering
Ahli BSMM dikehendaki mengikut satu perjalanan yang telah ditetapkan. Salin
perjalanan itu daripada peta yang ditunjukkan. Dalam perjalanan itu, ahli BSMM
ditugaskan untuk menandakan stesen-stesen tertentu sebagai tugasan dalam peta
lakaran mereka. Satu had masa hendaklah ditetapkan.
b. Projek Orienteering
Ahli BSMM dikehendaki mengikut satu perjalanan setelah menyalinnya di atas peta
mereka. Apabila mereka menemui satu stesen, mereka dikehendaki membuat sesuatu
aktiviti, misalnya mengutip dua jenis daun, buah-buahan, serangga dan lain-lain.
18.2.8 HARTA KARUN
Alatan
1. Peta lakaran
2. Peta topo
3. Arahan/tugasan
4. Kompas
5. Objek seperti kacang, gula-gula (sebagai `Harta Karun’).
Aktiviti
1. Satu peta kasar (dengan bertanda X) yang menunjukkan tempat sesuatu objek
disembunyikan diletakkan di satu tempat, misalnya di kawaasan padang.
2. Pada peta itu, arahan lain boleh disertakan untuk dijalankan oleh ahli BSMM itu.
3. Bereng kompas boleh diberi untuk panduan ahli BSMM mencari arah lain sehingga
terjumpanya `Harta Karun’ itu.
18.2.9 NATURE’S HUNT
Ahli-ahli BSMM dikehendaki mencari ilmu kejadian seperti serangga, daun, buah-buahan,
bunga dll. Tuliskan arahan dan tugasan di kertas dan masukkan ke dalam sampul surat. Satu
cerita adalah sesuai diadakan seperti “Wahai pehlawan-pahlawan yang pengecut, tibalah
masanya untuk menunjukkan kegagahanmu kerana puteri beta telah dihinggapi penyakit angau
dan dukun beta berkehendakkan benda-benda sebagai ubat:
- seekor semut
- seekor nyamuk
- seekor belalang
- daun ketapang
- lalang
- buah jambu ...
Benda-benda yang dikehendaki mesti dapat diperolehi di kawasan itu dan senarai yang
diberi kepada setiap kumpulan hendaklah berlainan.
18.2.10 NIGHT ORIENTEERING
Aktiviti ini sama seperti Orienteering tetapi ia dilakukan pada waktu malam. Pastikan ahli
BSMM berpakaian uniform lengkap dan membawa lampu suluh, iaitu satu lampu di hadapan
dan satu lagi di belakang kumpulan.
18.2.11 NIGHT STALKING
Aktiviti ini diajalankan pada waktu malam dan semua ahli BSMM dikehendaki beruniform
lengkap. Mereka dikehendaki mengekori seorang yang akan menjalankan beberapa gerak
kerja di sesuatu tempat. Pada bila-bila masa, orang itu akan menoleh ke belakang untuk
menangkap ahli BSMM yang mengekorinya.
Ahli BSMM itu pula hendaklah bersembunyi apabila orang itu cuba menangkapnya.
Pada akhir aktiviti ini, ahli BSMM itu hendaklah melaporkan gerak kerja yang dilakukan oleh
orang yang diintip itu. Sementara orang itu pula, dikehendaki melaporkan jumlah ahli BSMM
yang dilihat dan markah akan ditolak bagi setiap ahli BSMM yang dapat dilihatnya
18.2.12 MATA ANGIN
Sebelum itu, tentukan arah mata angin yang betul iaitu, UTARA < SELATAN < BARAT dan
TIMUR. Tiap-tiap kumpulan berbaris menghadap ke arah UTARA. Ketua kumpulan berdiri di
hadapan dan penolong ketua kumpulan berdiri di belakang kumpulan.
Apabila ahli BSMM mendengar `SELATAN’ – mereka hendaklah melompat dan berdiri
menghadap ke arah SELATAN. Jika didapati BSMM itu menghadap ke arah lain maka dia
dikehendaki duduk dan permainan itu diteruskan semula. Apabila didapati semua ahli BSMM
dalam suatu kumpulan itu telah dihukum duduk, kumpulan itu diisytiharkan kalah.
18.2.13 KOMANDO LAWAN KOMUNIS
Semua ahli BSMM dibahgikan kepada dua pasukan, iaitu satu komando dan satu lagi komunis.
`Nyawa’ mereka ialah skaf yang diikatkan di kepala mereka. Mereka dihekendaki merebut skaf
yang terdapat di kepala musuh mereka.
Komunis diberi masa untuk bersembunyi dan kemudian komando akan mencari mereka.
Apabila `nyawa’ dicabut, mereka diisytiharkan `mati’ dan terkeluar daripada permainan. Yang
`mati’ tidak dapat bermain lagi. Pastikan kejadian bergaduh seperti lawan bersilat atau
bertumbuk tidak terjadi. Apabila mereka menang, wisel ditiupkan dan semua ahli dikehendaki
berkumpul. Kiraan mata dibuat untuk mengetahui pemenangnya.
18.2.14 WATERLOO
Aktiviti ini adalah serupa dengan persaingan “Komando lawan Komunis” tetapi setiap ahli
BSMM diberi plastik atau belon yang berisi air berwarna sebagai peluru. Setiap seorang boleh
diberi 3 hingga 5 beg plastik. Semua ahli BSMM dikehendaki berpakaian riadah dan permainan
elok dijalankan sebelum rehat mandi. Sesiapa yang terkena tembakan (badannya didapati
basah) tidak dapat berlawan lagi atau dikira `mati’. Permainan ini boleh dimainkan pada waktu
malam supaya ahli BSMM boleh bersembunyi atau melarikan diri jika diserang.
18.2.15 MENGELAK PUKULAN
Gunakan pemukul bantal atau alat yang lembut dan buatkan satu kawasan bertali. Ahli BSMM
boleh bergerak dengan bebas dalam kawasan bertali tersebut dalam situasi duduk. Apabila
isyarat mula dibuat (wisel), setiap ahli BSMM cuba memukul BSMM lain semasa duduk. Cuba
elak pukulan yang dibuat supaya anda tidak diisytiharkan `mati’ atau terkeluar daripada
permainan.
18.2.16 DAFTAR ALAT PERKHEMAHAN
Ahli BSMM diberi sehelai kertas dan pen. Mereka dikehendaki menyenaraikan seberapa
banyak peralatan perkhemahan. Masa yang diberi adalah terhad, misalnya satu minit atau dua
minit. Ahli yang dapat menyenaraikan paling banyak peralatan dengan tepat dan betul akan
diisytiharkan sebagai pemenang.
18.2.17 IBU AYAM
Seorang ahli BSMM menjadi `helang’ dan pemimpin/ketua kumpulan menjadi `ibu ayam’.
Semua ahli BSMM dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan memilih
nama seekor burung. Ibu ayam akan melaungkan nama sesuatu kumpulan (ikut nama burung
yang telah dipilih) bergilir-gilir. Apabila anak burung (kumpulan itu) berlari ke arah `ibu ayam’,
`helang’ akan cuba menangkapnya. `Ibu ayam’ hendaklah berdiri di tengah-tengah kawasan,
kumpulan-kumpulan burung ditempatkan pada jarak yang sama jauh dari `ibu ayam’.
18.2.18 TAMPAR LUTUT
Pasangan ahli BSMM akan duduk berhadapan (menghadap antara satu sama lain) menghadap
lawan. Tiap-tiap seorang akan cuba untuk menampar lutut lawannya. Masa akan diberikan
dan jumlah tampar yang tertinggi dan yang paling rendah mengelak adalah dikira sebagai
pemenang.
18.2.19 BERCERITA
Pemimpin terlebih dahulu perlu memisahkan atau menjarakkan antara satu kumpulan dengan
kumpulan yang lain dan antara ahli dengan ahli dalam kumpulan masing-masing supaya berita
yang disampaikan tidak akan didengari bersama oleh kumpulan lain atau ahli lain. Pemimpin
akan memanggil semua ketua kumpulan dan memberikan satu cerita bersiri. Cerita tersebut
hendaklah sederhana panjang. Pemimpin perlu mengulang beberapa kali cerita tersebut
sebelum ketua kumpulan pulang ke kumpulannya dan bercerita.
Setelah ketua kumpulan mendengar cerita bersiri tersebut, dia dikehendaki kembali ke
kumpulannya dan menghebahkan cerita tersebut secara berbisik dari seorang (kedua) ke
seorang ahli lain (ketiga) dalam barisan yang lurus yang bermula dari depan (Ketua Kumpulan)
sehingga selesai. Berita tersebut hanya boleh didengari oleh pengutusnya kepada penerimanya
sahaja. Ketua kumpulan tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat atau maklumat kepada
orang ketiga atau begitulah antara ahlinya.
Setelah selesai berita itu disampaikan, semua ahli yang terakhir dalam setiap kumpulan
akan dipanggil untuk berkumpul. Mereka akan disuruh menceritakan kembali berita/cerita yang
telah disampaikan tadi. Bandingkan isi cerita yang diperdengarkan dengan isi cerita yang
diarahkan oleh pemimpin. Permainan ini amat menarik jika dilakukan kepada banyak kumpulan.
18.2.20 LEMBU KENA KEPUNG
Ahli kumpulan memegang tangan dan membuat satu bulatan. Seorang ahli BSMM menjadi
`lembu’ dan berdiri dalam bulatan. Lembu itu cuba berlari keluar dari bulatan dengan
menggunakan sebarang cara dan ahli-ahli BSMM yang membuat bulatan pula cuba seberapa
yang boleh menahan `lembu’ tersebut dari keluar daripada bulatan tersebut. Jika `lembu’ itu
dapat keluar daripada kepungan itu, tukarkan ahli BSMM lain sebagai `lembu’ dan begitulah
seterusnya.
18.2.21 LUMBA LARI KELDAI BERGANTI-GANTI
Dua garisan A dan B ditandakan pada jarak 10 meter. Kumpulan-kumpulan dibahgikan dua
kumpulan di mana satu kumpulan berdiri di belakang garisan A dan B. Apabila isyarat `mula’
diberikan, pelari pertama berlari merangkak songsang (ke belakang) ke arah pelari kedua
pasukannya yang berada di belakang garisan B. Pelari kedua mula berlari apabila sahaja pelari
pertama melintasi garisan B. Begitulah seterusnya bertukar ganti.
18.2.22 ELAK BOLA DALAM BULATAN
Alatan
1. Bola
Aktiviti
1. Pilih dua kumpulan untuk membentuk satu bulatan yang besar.
2. Kumpulan lain berdiri di dalam bulatan yang ditandakan.
3. Ahli BSMM yang berada di dalam bulatan akan direjam dengan bola dan sekiranya
terkena BSMM tersebut dikira `MATI’.
4. Rejaman hanya sah sekiranya terkena di bahagian bawah lutut ahli yang berada dalam
bulatan.
5. Ahli BSMM yang `terkena’ rejaman itu iaitu sdah `MATI’, hendaklah mengambil tempat
dengan segera di garisan bulatan dan dibenarkan mengambil bahagian merejam bola.
6. Lontaran itu hendaklah dibuat bertubi-tubi dengan seberapa cepat dan hendaklah
digalakkan ketepatan memandang.
7. Permainan bolehlah diteruskan sehingga hanya seorang ahli sahaja berada dalam
bulatan dan dia diisytiharkan sebagai pemenang.
18.2.23 BOLA EDAR / BOLA SENTUH
Alatan
1. Bola
Aktiviti
1. Ahli BSMM disuruh mencari tempat atau ruang sendiri dalam kawasan yang telah
ditetapkan.
2. Permainan dimulakan apabila seorang pemain mengambil bola dan cuba melempar
atau merejamkan kepada ahli lain.
3. Ahli BSMM yang terkena rejaman tersebut dikehendaki duduk berdekam di tempat
terkenanya rejaman.
4. Dia boleh mengambil bahagian semula sekiranya dia dapat memungut bola yang datang
ke arahnya sambil memungut bola tersebut lalu merejam kepada ahli BSMM lain yang
masih bebas bergerak (mesti melakukan lemparan/rejaman tersebut dari kedudukan
berdekam sahaja).
5. Ahli yang belum kena rejam adalah bebas bergerak untuk mengelakkan dirinya daripada
terkena rejaman.
6. Permainan ini tamat apabila semua pemain sudah `kena rejam’ dan berada dalam aksi
duduk/berdekam.
7. Apabila hanya tinggal beberapa orang sahaja yang masih bebas, galakkan ahli lain
menghantar bola ke sekeliling kawasan sehingga sesuatu rejaman boleh dibuat.
8. Bagi merancakkan permainan, bilangan bola boleh ditambah (lebih dari sebiji).
18.2.24 PIJAK KAKI
Tiap-tiap ahli BSMM akan cuba memijak jari kaki lawan masing-masing sambil itu cuba
mengelak jari kakinya sendiri dipijak lawan.
18.2.25 LAWAN RUNTUN SATU TANGAN
Pasangan mencekak pergelangan tangan lawan (kiri dan kanan) masing-masing. Kemudian,
berpaling sisi dan cuba menarik lawannya melintasi garisan yang ditandakan.
18.2.26 ANAK LEMBU DEGIL
Seorang ahli BSMM membuat aksi rangkak manakala seorang lagi memacakkan jarinya di
belakang tengkuk lawannya yang berada dalam aksi merangkak tadi. Dia cuba menarik
lawannya ke hadapan dari `anak lembu’ itu serta anak lembu cuba menentangnya (menarik ke
belakang).
18.2.27 TINJU SEBELAH TANGAN / TAMPAR BERUK
Setiap pasangan memegang pergelangan tangan kiri atau tangan kanan lawan masing-masing.
Tujuannya adalah cuba mencuit (menyentuh) muka lawannya. Lawannya cuba seberapa yang
boleh mengelakkan dirinya supaya mukanya tidak disentuh.
18.2.28 GUSTI LENGAN
Setiap pasangan menggenggam tapak tangan lawan dengan setiap siku berkedudukan selari
dan sebelah tangan lagi memegang tangan lawan yang berkedudukan bersilang di bawah
tangan yang akan bergusti. Pasangan perlulah menumbangkan tangan lawan sehingga lebah.
19.0 NYANYIAN
Lagu “Bulan Sabit Merah” untuk pertama kalinya telah dimainkan pada tahun 1975 dalam satu
majlis sempena penukaran nama persatuan dari Pertubuhan Palang Merah Malaysia
(Malaysian Red Cross Society) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian Red
Crescent Society).
Kini, berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) kali
ke-116 pada 25 Mac 2007, persatuan ini lagi sekali melalui penjenamaan semula dan
dinamakan sebagai Bulan Sabit Merah Malaysia (Malaysian Red Crescent) atau secara
ringkasnya disebut BSMM. Lirik lagu “Bulan Sabit Merah” dicipta oleh Dato Dol Ramli manakala
lagu dicipta oleh Dato Johari Salleh.
19.1 LIRIK LAGU
BULAN SABIT MERAH
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
Di Mana Jua Adanya Sengsara
Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya
20.0 PERLEMBAGAAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
20.1 PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN
KEMANUSIAAN (Humanity)
● Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan
peperangan.
● Mencegah dan meredakan kesengsaraan.
● Melindungi nyawa dan kesihatan.
● Memupuk kesefahaman , kerjasama, hormat-menghormati dan kedamaian sesama
manusia.
KESAKSAMAAN (Impartility)
● Palang Merah atau Bulan Sabit Merah tidak membezakan kaum, agama, darjat atau pun
fahaman politik dalam kegiatannya.
● Pada asasnya meringankan kesengsaraan individu dalam kes kecemasan.
KEBERKECUALIAAN (Neutrality)
● Tidak menyebelahi pihak-pihak yang bermusuhan.
● Tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama dan ideologi.
KEBEBASAN (Independence)
● Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah bertindak mengikut prinsip
pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak
berkuasa awam.
KHIDMAT SUKARELA (Voluntary Service)
● Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah merupakan badan sukarela yang tidak
didorong oleh sebarang tujuan mencari keuntungan.
KETUNGGALAN (Unity)
● Hanya satu Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah di sesebuah
negara.
● Pertubuhan ini terbuka kepada semua pihak
● Aktivitinya meliputi seluruh negara
KESEJAGATAN (Universality)
● Pertubuhan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi
seluruh dunia.
● Mempunyai tanggungjawab bersama
● Saling bantu membantu di antara satu dengan lain antara negara.
20.2 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
20.2.1 OBJEKTIF PERLEMBAGAAN
● Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undang–
undang.
● Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar intitusi
pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik
dan persatuan belia
● Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen seperti
Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan
Sabit Merah dan St. John Ambulans.
● Fungsi perlembagaan dan undang-undang:
○ Sebagai panduan menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan
kerana ia menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta
menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti
persatuan
○ Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan atau undang – undang
tersendiri yang ditetapkan oleh badan induk.
20.2.2 OBJEKTIF PERLEMBAGAAN BSMM
Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM
“Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan
cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan
perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-
waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan
Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen
Geneva.”
20.2.3 PERLEMBAGAAN BSMM
Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta
pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41,
Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan
(perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia:
Peraturan 1: Nama dan alamat
Peraturan 2: Matlamat
Peraturan 3: Objektif
Peraturan 4: Keahlian
Peraturan 5: Guru Penasihat
Peraturan 6: Ahli jawatankuasa
Peraturan 7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa
Peraturan 8: Kewangan
Peraturan 9: Penyertaan
Peraturan 10: Aktiviti
Peraturan 11: Peraturan-peraturan
Peraturan 12: Pindaan perlembagaan
Peraturan 13: Pembubaran persatuan
Peraturan 14: Tindakan disiplin
Peraturan 15: Hal-hal lain
Perkara – perkara lain yang ditambah ke dalam perlembagaan ialah:
i) Lencana / logo persatuan
ii) Cogan kata / moto
iii) Tugas persatuan di peringkat institusi pendidikan, cawangan, daerah, negeri dan
cawangan
iv) Pendaftaran persatuan
v) Jawatankuasa kecil
20.3 PERLANTIKAN JAWATANKUASA
Terdapat banyak persatuan yang ditubuhkan di Malaysia.
Setiap satunya berbeza cara penubuhannya mungkin kerana terikat dengan perlembagaan.
Terdapat dua cara perlantikan jawatankuasa bagi sesuatu persatuan iaitu:
i. Mesyuarat Agung.
Semua ahli berhak membuat pencalonan, memilih dan melantik sesiapa sahaja di
kalangan ahli menjadi Jawankuasa.
Jawatan yang di pertandingkan antaranya ialah Pengerusi, Naib Pengerusi,
Setiausaha, Bendahari dan jawatankuasa kerja.
Pemilihan dibuat secara mengangkat tangan atau undi rahsia dengan menggunakan
kertas.
ii. Perlantikan oleh penasihat Perlantikan dibuat melalui perbincangan dengan ahli atau
ujian tertentu terutamanya untuk pasukan beruniform.
• Ia berbeza kerana perlantikan melalui penasihat mengikut kepada kebolehan
seseorang ahli yang tertinggi berbanding dengan ahli yang lain.
• Carta organisasi untuk perlantikan oleh penasihat juga berbeza daripada perlantikan
ahli jawatankuasa melalui mesyuarat agung.
• Ia bergantung kepada keperluan sesuatu pasukan.
Biasanya, jawatankuasa akan dibentuk mengikut carta organisasi seperti berikut:
20.4 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA
Penasihat
• Memberi panduan, nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan untuk melaksanakan
aktiviti dan mentadbir persatuan.
Pengerusi
• Mengurus persatuan mengikut perlembagaan atau melaksanakan keputusan
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja atau Mesyuarat Agong.
• Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.
• Merancang, malaksana dan menyelia aktiviti persatuan
• Membuat kertas kerja dan berbincang dengan pentadbir
• Mencari inisiatif untuk memantapkan lagi persatuan
Naib Pengerusi
• Membantu pengerusi mengurus dan mentadbir persatuan.
• Menjadi pengerusi mesyuarat atau menjalankan tugas pengerusi apabila ketiadaan
pengerusi.
• Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan
Setiausaha
• Menyimpan pendaftaran ahli.
• Membuat urusan surat–menyurat dengan pihak luar, pentadbir institusi pendidikan
atau ahli persatuan.
• Menjemput dan mengedar surat panggilan untuk semua jenis mesyuarat.
• Berkerjasama dengan pengerusi untuk mentadbir pembelian dan kewangan
persatuan.
• Merekod kegiatan gerak kerja ko – kurikulum.
Bendahari
• Menyimpan rekod dan stok harta persatuan.
• Memungut dan menyimpan kenyataan pembayaran yuran ahli.
• Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan persatuan.
• Menyimpan dan menyiapkan penyata kira – kira persatuan.
• Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan persatuan.
Ketua Patrol atau Ketua Biro
• Mengetuai satu kumpulan kecil bagi melaksanakan sesuatu tugas yang ditetapkan
mengikut biro, bahagian atau patrol.
• Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang telah ditetapkan
mengikut perlembagaan persatuan.
20.5 LAMBANG & BENDERA
Ukuran Piawai Bendera BSM
20.5.1 Lambang BSM
Persatuan kebangsaan di Malaysia menggunakan lambang Bulan Sabit Merah sebagaimana
mengikut Act # 162, Malaysian Red Cross Society (change of name) Act 1975.
Peranan Lambang Palang Merah / Bulan Sabit Merah
● Mengenal pasti seseorang atau objek sebagai tidak boleh diserang (tanda perlindungan)
● Memberitahu bahawa seseorang atau objek itu adalah di bawah perlindungan undang -
undang Kemanusiaan (tanda perlindungan)
● Menunjukkan bahawa orang-orang atau objek- objek berkaitan adalah berkaitan dengan
● Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah (tanda pengenalan)
20.5.2 COGAN KATA
“Cergas pada masa aman dan Perang”
Ikrar BSMM
Bahawa kami ahli Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar akan taat setia pada Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan pemerintah-pemerintah di negeri kami
berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.
Bahawa kami berikrar akan sentiasa patuh pada perlembagaan dan undang-undang serta
arahan Bulan Sabit Merah Malaysia walau di mana kami berada.
Bahawa kami berikrar akan sentiasa memberikan khidmat sukarela kepada yang sakit dan
menderita di waktu aman atau bencana berdasarkan kepada prinsip-prinsip Bulan Sabit Merah
seperti berikut: Perikemanusiaan, Kesaksamaan, Berkecuali, Kebebasan, Perkhidmatan
Sukarela, Bersatu, dan Kesejagatan.
21.0 JURU PERTOLONGAN CEMAS
21.1 DEFINISI DAN KONSEP PERTOLONGAN CEMAS
Bantuan permulaan atau rawatan pertama atau awal yang diberikan kepada mangsa atau
pesakit. Usaha rawatan pertama atau rawatan awal dalam keadaan kecemasan sebelum
ketibaan ambulans atau sebelum mangsa atau pesakit menerima rawatan daripada doktor di
tempat kejadian.
Pertolongan Cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan, bantu mula atau rawatan awal
yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan
atau sakit secara mengejut atau tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum
ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.
21.2 TUJUAN DAN PRINSIP
21.2.1 TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS
a. Selamatkan nyawa
i. Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi
yang mengancam nyawa, seperti pendarahan yang banyak, terhenti
pernafasan dan jantung, kulit terbakar atau melecur dan yang seumpama
dengannya.
b. Mengelakkan daripada bertambah buruk
i. Memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk
mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah
buruk.
c. Mengurangkan kesakitan
i. Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk
memberikan kelegaan kepada mangsa atau pesakit.
d. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor
i. Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik tiba di tempat
kejadian.
21.2.2 PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
• Elakkan bahaya dan utamakan keselamatan
• Dapatkan tindak balas mangsa
• Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat
• Periksa pernafasan mangsa
• Periksa peredaran darah
21.3 ANDUH DAN BALUTAN
21.3.1 ANDUH
Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan untuk
mengampu anggota badan yang cedera.
Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti pertolongan
cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam pelbagai situasi. Kain
anduh yang baik berukuran satu meter
Antara kegunaan kain anduh ialah:
o mengampu bahagian yang cedera atau patah
o menghentikan atau menahan pendarahan
o menetapkan bahagian yang cedera
o dapat digunakan sebagai pengipas
o menutup tempat yang luka atau cedera
o sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais)
Jenis-jenis anduh
i. Anduh besar (large arm sling)
mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera
mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
ii. Anduh tiga segi atau Anduh St. John‟s (triangular sling)
menahan pendarahan anggota atas
mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula
mengampu anggota atas yang cedera.
iii. Anduh kecil (small sling)
mengampu kecederaan di bahagian bahu
mengampu tulang klavikal yang cedera
mengampu anggota atas yang cedera
iv. Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling):
mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang
klavikal
Pembebatan dan Pembalut atau Balutan
a. Pembebatan (Dressing)
Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti balutan luka
dengan kain kasa atau steril pada kulit yang cedera.
b. Tujuan
o Mengurangkan kesakitan.
o Menggalakkan penyembuhan luka