MAKLUMAN PENTING
Buku Panduan ini disediakan sebagai rujukan
kepada graduan mengenai perkara-perkara yang
perlu diberi perhatian dan dilakukan sebelum,
semasa dan selepas menghadiri Majlis
Konvokesyen. Buku ini WAJIB dibaca dan
difahami oleh setiap graduan bagi mengelakkan
sebarang kekeliruan dan keciciran maklumat
penting yang perlu diketahui seperti pendaftaran
graduan, tarikh pengambilan dan pemulangan
jubah, tuntutan Sijil & Transkrip Akademik serta
etika pakaian graduan & ibu bapa.
Panduan ini diharap membantu graduan sebelum,
semasa dan selepas menghadirkan diri ke Majlis
Konvokesyen. Graduan juga diingatkan supaya
sentiasa melayari laman sesawang Majlis
Konvokesyen di
http://ekonvokesyen.kklej.edu.my/ untuk
mendapatkan maklumat terkini tentang perjalanan
Majlis Konvokesyen. Kerjasama daripada semua
graduan amat diharapkan untuk memastikan
kelancaran Majlis Konvokesyen ini.
Akhir kata, syabas dan tahniah kepada semua
graduan.
MAJLIS KONVOKESYEN
KOLEJ KOMUNITI NEGERI JOHOR TAHUN 2022
Isi kandungan Muka surat
1. Pendahuluan 1
2. Penyertaan Konvokesyen 1
3. Bayaran Yuran Konvokesyen 2
4. Pendaftaran Graduan 2
5. Raptai Penuh Konvokesyen 2
6. Aturcara Majlis Konvokesyen 3-4
7. Peraturan Am Majlis Konvokesyen 5
8. Sahsiah dan Rupa Diri Graduan, Ibu bapa atau Penjaga 6-8
9. Kajian Pengesanan Graduan 8
10. Urusan Peminjaman dan Pemulangan Jubah 9
11. Pengambilan Diploma/Sijil dan Transkrip 10
12. Pas Masuk Kenderaan 10
13. Sesi Bergambar (Fotografi) 11
14. Penginapan 11
15. Kuasa Jawatankuasa Majlis Konvokesyen 11
16. Pengurusan Covid-19 Fasa Peralihan ke Endemik 12
17. Direktori Pegawai Peperiksaan Kolej Komuniti Negeri Johor 13
18. Lampiran
14
A – Pelan Lalulintas dan Tempat Meletak Kenderaan 15 – 16
B - Senarai Hotel dan Homestay Berdekatan
MAJLIS KONVOKESYEN
KOLEJ KOMUNITI NEGERI JOHOR TAHUN 2022
1 PENDAHULUAN
Majlis Konvokesyen merupakan program tahunan Kolej Komuniti Negeri Johor yang
diadakan bertujuan untuk menghargai dan meraikan kejayaan para pelajar kolej komuniti
menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing. Majlis Konvokesyen pada kali ini
akan dilansungkan pada 17 September 2022 bertempat di Pusat Konvensyen Hab
Pendidikan Tinggi Pagoh, Johor. Majlis Konvokesyen ini akan meraikan para pelajar
daripada dua belas Kolej Komuniti di Negeri Johor iaitu Kolej Komuniti Segamat, Kolej
Komuniti Ledang, Kolej Komuniti Bandar Penawar, Kolej Komuniti Segamat 2, Kolej
Komuniti Pasir Gudang, Kolej Komuniti Batu Pahat, Kolej Komuniti Kluang, Kolej Komuniti
Tanjung Piai, Kolej Komuniti Muar, Kolej Komuniti Pagoh, Kolej Komuniti Bandar Tenggara
dan Kolej Komuniti Kota Tinggi.
2 PENYERTAAN KONVOKESYEN
2.1 Penyertaan graduan ke Majlis Konvokeysen dan tuntutan Diploma/Sijil hanya sah
setelah graduan menyempurnakan perkara – perkara berikut: -
2.1.1 Menjelaskan bayaran penyertaan Majlis Konvokesyen. (Rujuk Perkara 3)
2.1.2 Membuat pra pendaftaran graduan di portal konvokesyen.
2.1.3 Memuat turun Borang Pengesahan Pendaftaran Lulusan (BPPL) bagi
graduan yang HADIR & AMBIL SENDIRI untuk urusan peminjaman dan
pemulangan jubah, pendaftaran masuk dewan serta tuntutan Diploma/Sijil.
2.1.4 Mengisi butiran alamat terkini dan nombor telefon untuk dihubungi di
bahagian pendaftaran lulusan, portal konvokesyen bagi urusan
pengeposan Diploma/Sijil.
Nota: Perkara diatas adalah WAJIB dilaksanakan bagi semua graduan yang hadir
atau tidak hadir ke Majlis Konvokesyen. Kegagalan berbuat demikian boleh
mengakibatkan anda dihalang menghadiri Majlis Konvokesyen atau pengeluaran
Diploma/Sijil dan transkrip akan ditahan.
2.2 Graduan yang hadir MESTI mengikuti sesi berikut: -
2.2.1 Pendaftaran graduan
2.2.2 Raptai penuh Majlis Konvokesyen
2.2.3 Majlis Konvokesyen
1
3. BAYARAN YURAN KONVOKESYEN BAYARAN
3.1 Jumlah bayaran yuran konvokesyen adalah seperti berikut: (RM)
SITUASI RM 125
Tidak Hadir & Ambil Sendiri RM 135
Tidak Hadir & Pos RM 195
Hadir
3.2 Pembayaran yuran konvokesyen HANYA boleh dibuat melalui portal
konvokesyen di http://ekonvokesyen.kklej.edu.my/.
4. PENDAFTARAN GRADUAN
4.1 Pendaftaran graduan dibuat SEHARI sebelum Majlis Konvokesyen dan sebelum
acara raptai penuh Majlis Konkokesyen bermula.
4.2 Tanpa pendaftaran, graduan tidak dibenarkan menyertai Majlis Konvokesyen.
4.3 Graduan WAJIB mematuhi norma baharu dan prosedur pendaftaran yang telah
ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Majlis Konvokesyen.
4.4 Graduan perlu membawa bersama Borang Pengesahan Pendaftaran Lulusan
(BPPL) bercetak yang telah dimuat turun dari portal konvokesyen.
4.5 Semua graduan dikehendaki mendaftar bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00
tengahari di DEWAN SERBAGUNA (MULTIPURPOSE HALL), Hab Pendidikan
Tinggi Pagoh.
5. RAPTAI PENUH KONVOKESYEN
5.1 Raptai Majlis Konvokesyen adalah WAJIB dihadiri bagi memastikan kelancaran dan
protokol Majlis Konvokesyen yang mesti dipatuhi oleh setiap graduan.
5.2 Raptai ini akan diadakan SEHARI sebelum Majlis Konvokesyen di Pusat
Konvensyen Hub Pendidikan Tinggi Pagoh selepas selesai proses pendaftaran
graduan. Raptai akan bermula pukul 2.30 petang.
2
6. ATURCARA MAJLIS KONVOKESYEN
6.1 Aturcara Sidang 1
Masa Aturcara
7.00 pagi
7.15 pagi : Ibu bapa dan tetamu mengambil tempat
7.45 pagi
8.15 pagi : Penyusunan graduan
8.30 pagi
: Perarakan masuk graduan
8.50 pagi
8.55 pagi : Ketibaan dif-dif jemputan
9.00 pagi
: Perarakan masuk VVIP dan VIP
9.05 pagi
9.20 pagi : Nyanyian Lagu Bangsa Johor & Negaraku
10.30 pagi
10.45 pagi : Bacaan doa
11.45 pagi
12.00 tengahari : Tayangan montaj
12.10 tengahari
12.15 tengahari : Ucapan Aluan oleh Pengerusi Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti
12.20 tengahari Negeri Johor
1.00 petang : Ucapan Perasmian oleh VVIP
: Upacara Penyampaian Sijil – Sesi 1
: Rehat / Persembahan
: Upacara Penyampaian Sijil – Sesi 2
: Penyampaian Anugerah Usahawan
: Penyampaian Anugerah Ketua Pengarah
: Penyampaian cenderahati VVIP
: Pengisytiharan graduan sebagai Alumni
: Nyanyian Lagu Kolej Komuniti
: Perarakan keluar VVIP, VIP dan sidang media
: Majlis bersurai
*Aturcara ini tertakluk kepada perubahan.
3
6.2 Jadual Sidang 2
Masa Aturcara
1.30 petang
1.45 petang : Ibu bapa dan tetamu mengambil tempat
2.15 petang
2.30 petang : Penyusunan graduan
2.50 petang
: Perarakan masuk graduan
3.05 petang
3.10 petang : Ketibaan dif-dif jemputan
3.15 petang
: Perarakan masuk VVIP dan VIP
3.25 petang
3.40 petang : Nyanyian Lagu Bangsa Johor & Negaraku
4.30 petang
4.45 petang : Bacaan doa
5.15 petang
5.20 petang : Tayangan montaj
5.25 petang
: Ucapan Aluan oleh Pengerusi Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti
5.45 petang Negeri Johor
: Ucapan Perasmian oleh VVIP
: Upacara Penyampaian Sijil – Sesi 1
: Rehat / Persembahan
: Upacara Penyampaian Sijil – Sesi 2
: Penyampaian cenderahati VVIP
: Pengisytiharan graduan sebagai Alumni
: Nyanyian Lagu Kolej Komuniti
: Perarakan keluar VVIP, VIP dan sidang media
: Majlis bersurai
*Aturcara ini tertakluk kepada perubahan.
4
7. PERATURAN AM MAJLIS KONVOKESYEN
7.1 Graduan dikehendaki hadir lebih awal atau selewat-lewatnya 30 minit sebelum
waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan dari dihalang untuk menyertai Majlis
Konvokesyen.
7.2 Semua graduan dikehendaki mendaftar kehadiran terlebih dahulu di kaunter
pendaftaran yang disediakan.
7.3 Graduan perlu memasuki dewan konvokesyen mengikut arahan pegawai bertugas
(Pemandu Lulusan).
7.4 Graduan dinasihatkan memahami KEHORMATAN JUBAH dan TIDAK
DIBENARKAN menyalahguna atau mencemarkan kehormatan jubah.
7.5 Graduan, ibu bapa atau penjaga dikehendaki menghormati Majlis Konvokesyen
dengan penuh adab dan mematuhi protokol.
7.6 Hanya SEORANG (1) ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan memasuki
dewan. Sila tunjukkan PAS MASUK ke dewan kepada petugas di pintu masuk
dewan.
7.7 Graduan, ibu bapa atau penjaga dilarang meninggalkan dewan sebelum, semasa
atau selesai Majlis Konvokesyen sehingga diberitahu.
7.8 Graduan, ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam
dewan seperti makanan, minuman atau barangan persendirian yang boleh
mengganggu perjalanan Majlis Konvokesyen seperti beg, kamera, telefon bimbit,
sebarang peranti atau alatan elektronik dan sebagainya.
7.9 Graduan, ibu bapa atau penjaga perlu mematikan telefon bimbit/tablet atau
menukarkan kepada “Mod Senyap” sepanjang berada di dalam dewan
konvokesyen.
7.10 Jawatankuasa Konvokesyen tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku
kehilangan atau kerosakan barangan peribadi.
7.11 Graduan, ibu bapa atau penjaga (yang memasuki dewan) WAJIB mematuhi norma
baharu dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Majlis
Konvokesyen.
5
8. SAHSIAH DAN RUPA DIRI GRADUAN, IBU BAPA ATAU PENJAGA
8.1 Etika Berpakaian Semasa Pendaftaran dan Acara Raptai
8.1.1 Pemakaian Graduan Lelaki
a) Graduan dibenarkan memakai baju kemeja lengan panjang/pendek dan
seluar slack serta kasut bertutup.
b) Graduan DILARANG TEGAS memakai “jeans”, selipar, capal, dan ‘T-shirt’
tanpa kolar semasa mendaftar.
c) Graduan lelaki hendaklah berambut pendek. Graduan yang berambut
panjang, berekor atau diwarnakan dilarang untuk mendaftar diri untuk raptai
seterusnya tidak dibenarkan menyertai majlis konvokesyen.
8.1.2 Pemakaian Graduan Perempuan
a) Graduan dibenarkan memakai baju kurung tradisional/kebaya
labuh/kebarung ATAU blouse dan seluar slack/skirt yang melepasi paras
lutut (bagi pelajar bukan Islam sahaja).
b) Graduan DILARANG TEGAS memakai pakaian jarang, tidak sopan, ketat
atau mendedahkan.
c) Kasut hendaklah jenis bertutup atau bertali belakang. Sandal tidak
dibenarkan.
8.2 Etika Berpakaian Semasa Majlis Konvokesyen
8.2.1 Graduan TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri Majlis Konvokesyen
sekiranya tidak mematuhi kod pemakaian yang diberikan.
8.2.2 Graduan dikehendaki memakai jubah konvokesyen dengan cara yang betul.
8.2.3 Graduan digalakkan menyediakan safety pin yang kecil/sederhana atau jarum
peniti untuk dilekatkan pada pakaian konvokesyen agar kelihatan kemas.
6
8.2.4 Pemakaian Graduan Lelaki
a) Graduan beragama islam digalakkan berpakaian kebangsaan lengkap
berwarna hitam (baju, seluar, berbutang, sampin) ATAU Lounge Suit (Baju
kemeja lengan panjang berwarna putih, seluar slack warna hitam melepasi
paras buku lali, blazer warna hitam dan bertali leher).
b) Graduan kaum Sikh dibenarkan memakai ‘turban’. Hanya turban yang
berwarna hitam dibenarkan.
c) Graduan tidak dibenarkan memakai tali bow (bowtie).
d) Graduan diwajibkan memakai kasut kulit berwarna hitam atau gelap dan
berstoking hitam.
e) Graduan WAJIB berambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan.
8.2.5 Pemakaian Graduan Perempuan
a) Graduan perempuan dibenarkan memakai Baju Kurung Tradisional atau
Kebaya Labuh atau Kebarung warna bebas (kain berbelah adalah
dilarang) dan hendaklah mengenakan tudung berwarna krim atau putih
ATAU blouse warna serba putih/krim dan skirt labuh warna gelap/plain
yang melepasi paras lutut (bagi graduan yang bukan beragama Islam
sahaja).
b) Graduan bukan beragama Islam mestilah berpakaian sopan, tidak ketat,
tidak jarang dan tidak terdedah.
c) Graduan mestilah berpakaian formal dan sopan serta bersesuaian dengan
protokol Majlis Konvokesyen.
d) Rambut perlu diikat dengan kemas bagi graduan perempuan bukan
beragama islam.
e) Graduan WAJIB memakai kasut formal bertutup, berwarna hitam atau
gelap dan bertumit (ketinggian tumit 1-2 inci)
7
8.2.6 Pemakaian Ibu Bapa atau Penjaga
a) Bapa atau penjaga lelaki dibenarkan memakai ‘Lounge Suit’ / baju batik /
kemeja yang berlengan panjang / baju kebangsaan (seluar jeans dan
kemeja-T adalah DILARANG).
b) Ibu atau penjaga wanita dibenarkan memakai pakaian Rasmi /
Kebangsaan / Bersesuaian (pakaian gaun atau skirt hendaklah melebihi
paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T, jeans dan seluar adalah
DILARANG).
c) Kasut bertutup (sandal / selipar adalah DILARANG).
d) Pakaian kurang sopan seperti jarang, ketat, mendedahkan dan yang tidak
sesuai untuk majlis rasmi adalah tidak dibenarkan.
e) KEGAGALAN mematuhi peraturan berpakaian akan menyebabkan ibu
bapa/penjaga graduan DIHALANG daripada memasuki dewan.
9. KAJIAN PENGESANAN GRADUAN
9.1 Semua graduan WAJIB menyelesaikan Kajian Pengesanan Graduan secara dalam
talian di pautan https://graduan.mohe.gov.my/skpg/.
9.2 Graduan dikehendaki menjawab Kajian Pengesanan Graduan lebih awal serta
membawa cetakan soal selidik tersebut atau screenshot di telefon bimbit masing-
masing untuk diserahkan di Kaunter Pengesanan Graduan semasa hari pendaftaran
dan raptai penuh Majlis Konvokesyen.
8
10. URUSAN PEMINJAMAN & PEMULANGAN JUBAH
10.1 Peminjaman Jubah
10.1.1 Urusan peminjaman jubah akan dilakukan semasa proses pendaftaran
graduan SEHARI sebelum Majlis Konvokesyen berlangsung. Pengambilan
lebih awal adalah tidak dibenarkan.
10.1.2 Graduan perlu menyerahkan Borang Pengesahan Pendaftaran Lulusan
(BPPL) bercetak kepada pegawai bertugas untuk urusan peminjaman jubah.
10.1.3 Graduan yang tidak dapat hadir semasa hari pengambilan jubah boleh
mewakilkan orang lain dengan membawa bersama Borang Pengesahan
Pendaftaran Lulusan (BPPL) bercetak bagi graduan yang diwakilkan.
10.2 Pemulangan Jubah
10.2.1 Graduan dinasihatkan supaya merancang masa untuk mengambil foto
bersama ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara mara kerana jubah akan
dipulangkan sejurus Majlis Konvokesyen tamat.
10.2.2 Kegagalan memulangkan jubah akan menyebabkan Diploma/Sijil dan
transkrip ditahan oleh Unit Peperiksaan.
10.2.3 Kelewatan pemulangan jubah selepas tarikh konvokesyen akan dikenakan
denda sebanyak RM 20/sehari termasuk hari cuti, Sabtu/Ahad dan cuti
umum manakala bayaran ganti rugi yang akan dikenakan di atas
kehilangan/kerosakan set jubah adalah seperti berikut:
Bil. Jenis item Hilang Rosak
a. Selempang RM 40 RM 50
b. Mortarboard RM 150 RM 80
c. Jubah RM 450 RM 300
10.2.4 Sila pastikan Borang Pengesahan Pendaftaran Lulusan (BPPL) telah
diserahkan semula kepada graduan setelah urusan pemulangan jubah
selesai.
9
11. PENGAMBILAN DIPLOMA/SIJIL DAN TRANSKRIP
11.1 Graduan boleh mengambil Diploma/Sijil dan Transkrip SELEPAS majlis
konvokesyen dan urusan pemulangan jubah selesai.
11.2 Graduan perlu menyerahkan Borang Pengesahan Pendaftaran Lulusan (BPPL)
bercetak yang telah lengkap sebagai bukti semua urusan telah diselesaikan.
11.3 Bagi graduan AMBIL SENDIRI, urusan pengambilan Diploma/Sijil dan Transkrip
boleh dilakukan di Unit Peperiksaan Kolej Komuniti masing-masing pada setiap hari
bekerja seperti berikut:
Hari & Masa : Ahad – Rabu (9.00 am – 4.30 pm)
Khamis (9.00 am – 3.00 pm)
Nota: Sila bawa bersama Borang Pengesahan Pendaftaran Lulusan (BPPL)
bercetak yang telah dimuat turun daripada portal konvokesyen.
12. PAS MASUK KENDERAAN
12.1 Hanya satu kenderaan bagi setiap pelajar dibenarkan memasuki kawasan Majlis
Konvokesyen.
12.2 Graduan, ibu, bapa atau penjaga hendaklah meletakkan kenderaan di tempat letak
kenderaan yang telah disediakan atau diarahkan.
12.3 Sila pamerkan pas masuk kenderaan kepada pegawai bertugas.
12.4 Sila patuhi arahan pegawai bertugas bagi mengelak kesesakan lalulintas.
12.5 Pelan lalu lintas dan tempat meletak kenderaan boleh dirujuk seperti di Lampiran A.
10
13. SESI BERGAMBAR (FOTOGRAFI)
13.1 Jawatankuasa Konvokesyen telah melantik syarikat fotografi luar yang
bertanggungjawab mengambil gambar graduan semasa menerima Diploma/Sijil
dan urusan selanjutnya (penyerahan gambar) adalah tanggungjawab syarikat
berkenaan.
13.2 Semasa Majlis Konvokesyen sedang berlansung graduan dan tetamu DILARANG
mengambil gambar di dalam dewan bagi memastikan kelancaran majlis.
14. PENGINAPAN
14.1 Penginapan di sepanjang konvokesyen adalah di bawah tanggungan graduan.
Pihak Jawatankuasa Konvokesyen tidak menyediakan sebarang tempat
penginapan kepada graduan, ibu bapa atau penjaga.
14.2 Graduan, ibu bapa atau penjaga boleh merujuk kepada Lampiran B Senarai
Hotel dan Homestay Berdekatan untuk bantuan kemudahan penginapan.
15. KUASA JAWATANKUASA MAJLIS KONVOKESYEN
15.1 Graduan yang tidak mematuhi syarat dan arahan yang telah ditetapkan terutama
tatacara berpakaian atau penampilan diri yang tidak bersesuaian dengan Majlis
Konvokesyen adalah dilarang atau ditahan daripada mengikuti Istiadat
Konvokesyen.
15.2 Sebarang keputusan mengenai larangan yang telah dikeluarkan adalah muktamad.
15.3 Justeru itu, semua graduan dikehendaki agar mematuhi segala peraturan yang
dinyatakan menerusi buku panduan ini dan menerima teguran sekiranya diberi
oleh mana-mana pegawai.
11
16. PENGURUSAN COVID-19 FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
16.1 Graduan, Ibu bapa atau penjaga perlu mematuhi arahan dan peraturan yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa Majlis Konvokesyen selaras dengan garis panduan
yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
16.2 Graduan dan ibu bapa atau penjaga AMAT DIGALAKKAN untuk melakukan Ujian
Saliva SEHARI sebelum majlis konvokesyen. Jika keputusan positif, calon diminta
menangguhkan kehadiran dan ikut arahan kuarantin yang telah ditetapkan oleh
KKM.
16.3 Pelaksanaan imbas masuk Aplikasi MySejahtera, penggunaan pensanitasi tangan,
pemakaian pelitup muka dan pengamalan penjarakan sosial masih perlu dipatuhi
oleh semua graduan, ibubapa atau penjaga.
16.4 Graduan, ibu bapa atau penjaga yang bergejala COVID-19, berstatus Person under
Investigation (PUI) atau Person under Surveillance (PUS), tidak dibenarkan
menghadiri Majlis Konvokesyen.
12
17. DIREKTORI PEGAWAI PEPERIKSAAN KOLEJ KOMUNITI NEGERI JOHOR
Graduan, ibu bapa atau penjaga boleh menghubungi pegawai peperiksaan kolej komuniti
masing-masing sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berkaitan urusan
konvokesyen melalui nombor telefon berikut:
Bil. Nama Kolej Komuniti Nama Pegawai Peperiksaan No. Telefon
011-10589615
1 Kolej Komuniti Segamat Nor Rasida Binti Abd Rahman 013-2533336
016-7031314
2 Kolej Komuniti Ledang Shahiran Bin Saad 012-7411800
019-7783005
3 Kolej Komuniti Bandar Penawar Surayah Binti Ab Rahmad 013-7780367
019-7110402
4 Kolej Komuniti Segamat 2 Siti Fatimah Binti Patkar 017-9758992
012-6683842
5 Kolej Komuniti Pasir Gudang Lily Kalsum Binti Marji 014-8984689
019-7168553
6 Kolej Komuniti Kluang Nurul Nadiah Binti Tukirin 013-6147008
7 Kolej Komuniti Tanjung Piai Diyana Zahirah Binti Jaafar
8 Kolej Komuniti Batu Pahat Nur Arifah Binti Muhamamad
9 Kolej Komuniti Muar Mohd Jamal Bin Abu
10 Kolej Komuniti Bandar Tenggara Suzy Anak Bujum
11 Kolej Komuniti Pagoh Fariza Binti Mohd Hatta
12 Kolej Komuniti Kota Tinggi Nurhani Syufaiza Binti Arishad
13
18. LAMPIRAN
LAMPIRAN A – PELAN LALU LINTAS DAN TEMPAT MELETAK KENDERAAN
14
LAMPIRAN B - SENARAI HOTEL DAN HOMESTAY BERDEKATAN
BIL. CADANGAN LOKASI NO TELEFON JARAK KE
HOTEL HAB PAGOH
1. MYe Hotel 10, Jalan Pintasan, 012-206 7118 28 min (21.4 km)
Pintasan Muar, 84000 011-1139 3911 29 min (21.8 km)
2. Arabica Muar, Johor
Tiramisu Suite 06-959 3001 30 min (22.6 km)
Homestay Taman Temiang Indah,
84000 Muar, Johor
3. M Global Hotel
84000 Muar, Johor
4. MK Paradise No 12, Jalan Gambir 6, 012-756 7388 22 min (17.9 km)
Hotel Pusat Komersial 017-389 2581 36 min (25.1 km)
Gambir, Bukit Gambir, 019-759 5712 32 min (23.9 km)
84800 Tangkak, Johor 012-699 3562 10 min (6.6 km)
017-787 6207 9 min (5.3 km)
5. J Boutique Hotel 264 - 11, Jalan Bakri, 017-607 6889 9 min (5.9 km)
Taman Kenanga, 84000
Muar, Johor
6. Bakri Inn Bakri Inn Homestay Lot
Homestay 2047, 84000 Muar,
Johor
7. Fathi Homestay, No. 36, Jalan Jaya 2/14,
Pagoh Jaya Taman Pagoh Jaya,
Pagoh, 84600 Muar,
Johor
8. Basrie 3, Jln Jaya 2/21, Taman
Homestay Pagoh Jaya 2, 84600
Pagoh - Bandar Pagoh, Johor
Universiti Pagoh
9. Pagoh Jln Kampung Raja,
Homestay 84500 Panchor, Johor
10. Cabin in The Kampung Parit Haji Idris, 019-666 6571 25 min (19.6 km)
06-976 5588
Woods by Abris Bukit Gambir, 84000 017-608 8797 23 min (17.8 km)
PHI 15 Tangkak, Johor 31 min (23. 0
km)
11. Remember 4 & 5, Jln Gambir 5,
Hotel Pusat Komersil Gambir,
84800 Bukit Gambir,
Johor
12. Spring Season 2, 1, Jalan Kasawari 1,
Hotel Taman Sungai Abong
Permai, 84000 Muar,
Johor
15
BIL. CADANGAN LOKASI NO TELEFON JARAK KE
HOTEL HAB PAGOH
13. Pagoh KR 24-25, Lot 2080, 012-764 0910 10 min (7.9 km)
D'Homestay, Kampung Selancar, 012-723 6759 9 min (6.8 km)
84600 Pagoh, Johor 013-388 7344 10 min (7.3 km)
019-7718604 6 min (3.9 km)
14. Homestay SAM KSG 14. Jalan Sri
019-911 8823 6 min (4.0 km)
Bandar Gelam, Pagoh, 84600 019-675 0782 9 min (6.8 km)
013-388 7344 10 min (6.2 km)
Universiti Pagoh Muar, Johor 019-264 5909 19 min (15.4 km)
019-337 2267 9 min (6.0 km)
15. Relax D'Pagoh RS 5, LORONG
MOHAMED JUB,
Pagoh, 84600 Pagoh,
Johor
16. De Vista 2, Jalan Harmoni Vista
Homestay 10, Taman Harmoni
Bandar Vista, Bandar Universiti,
Universiti Pagoh 84600 Pagoh, Johor
Johor
17. KooL Vista 24, Jalan Harmoni Vista
Homestay 5, Taman Harmoni Vista,
Bandar Bandar Universiti, 84600
Universiti Pagoh Pagoh, Johor
18. NOH Homestay KSG 17, Kampung Sari
Baharu, 84600 Pagoh,
Johor
19. Homestay 57, Jalan Jaya 2/21
Pagoh Gobok Taman Pagoh Jaya,
Ibu Pagoh, 84600 Muar,
Johor
21. Homestay An- 348, Jalan Bintang
Nur, Bukit Pasir, Emas 3, Taman Bintang
Pagoh, Muar Emas, 84300 Bukit
Pasir, Johor
22. Warmshine 1, Jln Jaya 2/6, Taman
Pagoh Pagoh Jaya 2, 84300
Homestay Pagoh, Johor
16