The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zai Bombay, 2021-05-10 04:13:08

SPP - Handbook Classroom

SPP - handbook Classroom (6)

STUDENT’S
HANDBOOK

SIJIL >
PENGOPERASIA>N
PERNIAGAAN



STUDENT’S
HANDBOOK

SIJIL
PENGOPERASIAN
PERNIAGAAN

© Kolej Komuniti Ledang, KPT

Kolej Komuniti Ledang
Kementerian Pengajian Tinggi
84900 Tangkak Johor
Tel: 069789834 Fax:069791682

ISI KANDUNGAN STUDENT’S

>HANDBOOK

1 CORETAN PENGARAH KK LEDANG
2 MAKLUMAT KK LEDANG
4 VISI DAN MISI
5 MATLAMAT ORGANISASI
7 MATLAMAT PENDIDIKAN
8 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN
11 CARTA ORGANISASI PROGRAM
13 FASILITI
20 MAKLUMAT PROGRAM
23 LATAR BELAKANG PROGRAM
25 PROSPEK KERJA
27 OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN
33 HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
STRUKTUR PROGRAM
INFORMASI KURSUS
SISTEM GRED
PENGANUGERAHAN SIJIL
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
FOLIO PELAJAR
ETIKA BERPAKAIAN PELAJAR
SENARAI PENSYARAH
SENARAI BORANG
SIDANG EDITOR

CORETAN PENGARAH KK LEDANG STUDENT’S
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
>HANDBOOK

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana atas limpah dan kurniaNya student’s handbook
ini berjaya dihasilkan atas kerjasama Unit Akademik dan Unit Bukan Akademik
dalam memberikan informasi mengenai program dan perkhidmatan yang
Kolej Komuniti Ledang tawarkan.

Student’s handbook ini merupakan buku panduan kepada semua siswa dan
siswi dalam mengakses maklumat pembelajaran di Kolej Komuniti Ledang. Ia
memuatkan semua informasi penting dalam satu buku yang boleh dikongsi
bersama tanpa perlu merujuk kepada pelbagai pihak secara berasingan.

Sehubungan itu, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak
yang telah bertungkus lumus dalam menyumbangkan tenaga dan fikiran
dalam menyiapkan buku ini.

Semoga penghasilan student’s handbook ini bukan sahaja menjadi rujukan
siswa dan siswi di kolej ini, malahan turut menjadi sumber rujukan kepada
mereka yang ingin tahu berkenaan program yang ditawarkan di Kolej
Komuniti Ledang.

Syabas dan tahniah kepada semua pelajar kerana bergelar siswa dan siswi
Kolej Komuniti Ledang. Harapan saya, semoga anda semua bakal menjadi
graduan TVET yang holistik dan kompeten serta berkemampuan
menyumbang kepada pembangunan negara suatu hari nanti, Insya Allah.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

MD NOR BIN ABDUL HALIM

PENGARAH KOLEJ KOMUNITI LEDANG

1

MAKLUMAT KK LEDANG STUDENT’S

>HANDBOOK

Kolej Komuniti Ledang (KK Ledang) merupakan sebuah institusi
pendidikan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. KK Ledang
ditubuhkan untuk memberi peluang pendidikan dan latihan khusus
kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

KK Ledang ditubuhkan bagi memenuhi kehendak sosial dan
keperluan tenaga manusia selaras dengan dasar kerjaan untuk
melahirkan lebih ramai golongan pekerja mahir.

Bagi komuniti setempat, kolej in berperanan memberi pendedahan
kepada mereka dengan kursus-kursus pendek yang ditawarkan.

Lulusan Kolej Komuniti berpeluang untuk mengisi keperluan tenaga
kerja industri dalam bidang-bidang kemahiran yang berkaitan atau
membuka perniagaan sendiri.

1.Program yang ditawarkan di KK Ledang :
2.Sijil Pengoperasian Perniagaan
3.Sijil Pastri
4.Sijil Servis Kenderaan Ringan
5.Sijil Teknologi Penyejukan dan

Penyamanan Udara

2

MAKLUMAT KK LEDANG STUDENT’S

VISI >HANDBOOK

Menjadi Peneraju Institusi TVET yang Unggul

MISI

1.Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET
berkualiti dan diiktiraf.

2.Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat.
3.Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan

seimbang.
4.Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak

berkepentingan.

MATLAMAT ORGANISASI

1.Menghasilkan graduan TVET yang diyakini dan menjadi rebutan
majikan untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi
negara.

2.Mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program
pengajian di institusi untuk memenuhi keperluan industri.

3.Melahirkan warga sejagat ke arah keharmonian serta
kemakmuran global.

MATLAMAT PENDIDIKAN

Melahirkan graduan TVET yang holistik dan kompeten serta
berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara.

3

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN STUDENT’S

>HANDBOOK

ROHOJ GNADEL ITINUMOK JELOK ISASINAGRO ATRAC

4

STUDENT’S 5

HANDBOOK >

CARTA ORGANISASI PROGRAM ROHOJ GNADEL ITINUMOK JELOK
0202 NUJ ISES PPS TINU ISASINAGRO ATRAC

FASILITI DI KOLEJ KOMUNITI LEDANG STUDENT’S

>HANDBOOK

1.Bengkel Teknologi Penyejukan dan
Penyamanan Udara

2.Bengkel Pastri
3.Bengkel Servis Kenderaan Ringan
4.Makmal Akaun 1
5.Makmal Akaun 2
6.Dewan Kuliah
7.Bilik Kuliah – 10
8.Makmal Komputer – 2
9.Ruangan Pelajar
10. Perpustakaan
11. Surau
12. Gymnasium

.

6

MAKLUMAT PROGRAM STUDENT’S

>HANDBOOK

BAHASA PENGANTAR
BAHASA MELAYU

MOD PENGAJIAN
SEPENUH MASA

SYARAT KEMASUKAN
LULUS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

TEMPOH PENGAJIAN
MINIMUM : 4 SEMESTER
MAKSIMUM : 10 SEMESTER

KALENDAR SEMESTER
1 SEMESTER : 6 BULAN

AKTIVITI
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN - 14 MINGGU
CUTI - 10 MINGGU

LATIHAN INDUSTRI
16 MINGGU – 8 KREDIT (SEMESTER AKHIR)

JUMLAH KREDIT BERGRADUAT
60 KREDIT

7

LATARBELAKANG PROGRAM STUDENT’S

PENGENALAN >HANDBOOK

Pada masa kini, perkembangan ekonomi yang pesat
di dalam pelbagai bidang telah menyumbang kepada

permintaan tenaga kerja yang berkemahiran dan
berkebolehan dalam pelbagai tugas.

Berdasarkan senario ini, Jabatan Pengajian Kolej
Komuniti berusaha merancang dan mengadakan

program Sijil Pengoperasian Perniagaan bagi
menghasilkan pelajar yang dapat memenuhi
kehendak industri di dalam bidang tersebut.

Pelajar berpeluang mempelajari segala ilmu yang
berkaitan dengan perakaunan, kewangan dan
perniagaan secara teori dan praktikal bagi

memastikan mereka memperolehi pengetahuan
yang mendalam dalam bidang tersebut.

Selain daripada itu, program ini turut menawarkan
Latihan Industri bagi memastikan pelajar merasai

suasana sebenar alam pekerjaan. Bukan sahaja
kemahiran teknikal, malah pelajar juga mempelajari
kemahiran insaniah bagi menyediakan pelajar untuk

pasaran industri.

8

LATARBELAKANG PROGRAM STUDENT’S

>HANDBOOK

SINOPSIS 
Program Pengoperasian Perniagaan adalah salah satu program yang
membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan

sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang
perakaunan, kewangan dan perniagaan. Dengan pengetahuan dan
kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu

menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
 

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan
pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1.Penyediaan rekod-rekod perakaunan daripada dokumen sumber
dan seterusnya menyediakan Laporan Kewangan berpandukan
kitaran perakaunan yang lengkap.

2.Pengendalian kos pengeluaran, buku tunai runcit, dan penyata
aliran tunai dengan menggunakan peralatan-peralatan dengan
betul dan selamat dan mempraktikkan kaedah, metodologi dan
teknik dengan sesuai dan tertib dalam melaksanakan tugasan.

3.Melaksanakan aktiviti sokongan pemasaran, pengiklanan, promosi
jualan dan sokongan jualan dengan betul dan mempraktikkan
kaedah, metodologi dan teknik yang sesuai dan tertib dalam
melaksanakan tugasan.

4.Melibatkan diri dalam pembangunan maklumat dan
keusahawanan.

5.Menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas keusahawanan
di dalam bisnes secara professional dan beretika.

6.Menunjukkan kerjasama dan kemahiran interpersonal dan sosial
semasa merancang dan melaksanakan tugasan.

7.Mengamalkan kemahiran mengumpul maklumat dan
pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.

8. Menyampaikan pengetahuan bagi isu kotemporari dan
mengenal pasti keperluan bagi pembelajaran sepanjang hayat.

9.Berkomunikasi secara berkesan, bersikap professional dan
bertanggungjawab di dalam persekitaran kerja berkumpulan.

9

PROSPEK KERJA

ppeerpnPnkegrienaoomgggpmaoraeaapehrmneamibrrskyaaaiuieanangslmnniaiiadmgkkpaniaehmeednprrniajraenakyalnraiyeebnanmaardegidjaiiardaaabigiyaikkdiabadnduaaaoa,atdnlnl:malne ia.pmgdhmPeeamepdnblbnaeigibidimgnmedoaegtalpnaebtonalghhipigdhmukeauaarenaannngnstdpiaadaesnanliaknjaanr

1.  Penyelia Operasi.
3. 45P.. ePP2nee.y rmuePnbleiadanniySnteugulmiaPPbeeJerumnraaiMlaasganaanraaunnsia
6. Kerani 
7.   Usahawan dalam sektor perniagaan

STUDENT’S HANDBOOK

OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN STUDENT’S

>HANDBOOK

OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN (PROGRAMME EDUCATIONAL

OBJECTIVES - PEO)

 
1.Menghasilkan tenaga kerja dan usahawan yang

berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan
keperluan semasa dan hasrat Negara
2.Menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah secara
inovatif, kreatif dan kerja berpasukan melalui
pendekatan pembelajaran sepanjang hayat.
3. Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan
berkesan, mengurus maklumat dengan baik dan
bekerjasama dengan kumpulan berasaskan kerja
serta tanggungjawab sosial.

 

11

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM STUDENT’S

>HANDBOOK

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PROGRAMME LEARNING

OUTCOMES - PLO)

 
1.Mengaplikasi pengetahuan asas berdasarkan fakta,

konsep, prinsip dan teori dalam bidang yang
berkaitan
2.Menunjukkan kemahiran psikomotor dan amali dalam
menyelesaikan masalah
3.Menunjukkan kemahiran interpersonal dan
kebertanggungjawaban sosial dalam mengaplikasi
prinsip dan teori mengikut kesesuaian keadaan
4.Menunjukkan sifat beretika dan profesionalisme
dalam amalan yang mempunyai prinsip etika dari
aspek perundangan yang perlu dipatuhi
5.Menunjukkan kebolehan berkomunikasi dan
kemahiran kepimpinan secara berkesan dengan
rakan sekerja, pelanggan, majikan dan masyarakat
umum
6.Menunjukkan kemahiran pemikiran analitikal dan
kritikal dan menggunakan teknik yang sesuai dalam
menyelesaikan masalah
7.Menyedari kepentingan pembelajaran sepanjang
hayat dan kemahiran pengurusan maklumat untuk
pembangunan akademik dan kerjaya
8.Menunjukkan kemahiran pengurusan dan ciri – ciri
keusahawanan dalam perspektif yang meluas di
dalam alam perniagaan sebenar

12

STRUKTUR PROGRAM STUDENT’S

>HANDBOOK

STRUKTUR PROGRAM SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN

13

STRUKTUR PROGRAM STUDENT’S

>HANDBOOK

STRUKTUR PROGRAM SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN

14

INFORMASI KURSUS STUDENT’S

INFORMASI KURSUS SEMESTER 1 >HANDBOOK

15

INFORMASI KURSUS STUDENT’S

INFORMASI KURSUS SEMESTER 1 >HANDBOOK

16

INFORMASI KURSUS STUDENT’S

INFORMASI KURSUS SEMESTER 2 >HANDBOOK

17

INFORMASI KURSUS STUDENT’S

INFORMASI KURSUS SEMESTER 3 >HANDBOOK

18

INFORMASI KURSUS STUDENT’S

>HANDBOOK

INFORMASI KURSUS SEMESTER 4

Latihan Industri merupakan proses untuk
membolehkan pelajar mendapat pengalaman di
syarikat, firma atau jabatan kerajaan yang berkaitan

bagi melahirkan graduan yang mempunyai
kompeten dan berdaya saing bagi memenuhi

keperluan semasa negara.

19

SISTEM GRED STUDENT’S

>HANDBOOK

SISTEM GRED

Prestasi pelajar bagi sesuatu kursus ditunjukkan dalam
bentuk gred seperti dalam jadual di bawah:

20

PENGANUGERAHAN SIJIL STUDENT’S

>HANDBOOK

PENGANUGERAHAN SIJIL

PELAJAR LAYAK DIANUGERAHKAN SIJIL SETELAH
MEMENUHI SYARAT-SYARAT BERIKUT:

1. Telah lulus semua kursus / la yang ditetapkan bagi setiap
program

2. Lulus latihan industri / wbl
3. Hpnm ≥ 2.00
4. Tidak melebihi tempoh maksimum pengajian yang

ditetapkan
5. Syarat-syarat lain yang ditetapkan dan
6. Diperakukan oleh jawatankuasa peperiksaan pusat Kolej

Komuniti.

PELAJAR AKAN MEMPEROLEHI ANUGERAH PENGARAH
SEKIRANYA MEMENUHI SYARAT-SYARAT BERIKUT:

1. Pelajar mendaftar kursus sekurang-kurangnya 12 kredit
pada semester berkenaan dan

2. Mendapat pnm ≥ 3.67 bagi semester berkenaan

Nota : catatan “anugerah pengarah” akan dimasukkan dalam slip.

21

PENGANUGERAHAN SIJIL STUDENT’S

>HANDBOOK

PENGANUGERAHAN SIJIL

TRANSKRIP

1.Transkrip pelajar dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas
pengumuman keputusan oleh jawatankuasa peperiksaan
pusat Kolej Komuniti.

2.Setiap transkrip yang dikeluarkan perlu dicop dengan
jawatankuasa peperiksaan pusat Kolej Komuniti.

3.Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan atas sebab-
sebab munasabah, pelajar boleh memohon salinan transkrip
rasmi di Kolej Komuniti yang mengeluarkan dokumen
berkenaan dengan mengemukakan borang permohonan
beserta surat akuan sumpah disahkan oleh pesuruhjaya
sumpah.

4.Penggantian transkrip akan dikeluarkan dalam tempoh 14
hari selepas permohonan lengkap.

SIJIL KOLEJ KOMUNITI

1. Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi hanya
dikeluarkan sekali sahaja setelah pelajar menamatkan
pengajian di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi.
Sijil ini akan diserahkan semasa majlis konvokesyen.

2.Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan atas sebab-
sebab munasabah, pelajar boleh memohon salinan sijil atau
transkrip rasmi di Kolej Komuniti yang mengeluarkan
dokumen berkenaan dengan mengemukakan borang
permohonan beserta surat akuan sumpah disahkan oleh
pesuruhjaya sumpah.

3. Penggantian sijil akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari
selepas permohonan lengkap.

22

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STUDENT’S

>HANDBOOK

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Pengumuman keputusan peperiksaan perlu dibuat dalam
tempoh satu (1) minggu dari tarikh mesyuarat jawatankuasa
peperiksaan Kolej Komuniti.

Pegawai peperiksaan Kolej Komuniti akan mengumumkan
keputusan peperiksaan bagi pihak jawatankuasa peperiksaan
Kolej Komuniti dengan mempamerkan keputusan di kolej atau
hebahan melalui media elektronik.

Slip keputusan peperiksaan boleh didapati di unit peperiksaan
selepas pengumuman dibuat.

23

FOLIO PELAJAR STUDENT’S

>HANDBOOK

FOLIO PELAJAR

KANDUNGAN FOLIO PELAJAR

Pelajar perlu mengumpulkan semua bukti-bukti penilaian yang
dibuat di dalam satu fail yang dikenali sebagai Folio. Folio
tersebut perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

1. Senarai Semak Folio Pelajar
2. Biodata Pelajar
3. Salinan silibus setiap kursus
4. Kontrak pembelajaran dan penganjaran
5. Jadual Waktu
6. Senarai pensyarah kursus
7. Nota
8. Rekod penilaian setiap kursus
9. Bukti-bukti penilaian (lembaran kerja / tugasan / kuiz / ujian /

pembentangan / projek) yang telah dinilai oleh pensyarah
10. Lain-lain dokumen penilaian yang berkaitan dengan PB.

KUANTITI DAN TEMPOH PENYIMPANAN

Pihak Kolej Komuniti WAJIB menyimpan sekurang-kurangnya
lima folio bagi setiap semester yang ditawarkan untuk tujuan
semakan. Tempoh penyimpanan folio adalah sekurang-
kurangnya selama satu (1) tahun.

TANGGUNGJAWAB

Fail Folio Pelajar adalah dibawah penyeliaan Timbalan Pengarah
Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP).

24

ETIKA BERPAKAIAN PELAJAR STUDENT’S

>HANDBOOK

25

SENARAI PENSYARAH STUDENT’S

>HANDBOOK

26

SENARAI BORANG STUDENT’S

>HANDBOOK

27

SENARAI BORANG STUDENT’S

>HANDBOOK

28

SENARAI BORANG STUDENT’S

>HANDBOOK

29

SENARAI BORANG STUDENT’S

>HANDBOOK

30

SENARAI BORANG STUDENT’S

>HANDBOOK

31

SENARAI BORANG STUDENT’S

>HANDBOOK

32

SIDANG EDITOR STUDENT’S

>HANDBOOK

PENGERUSI : EN MD NOR BIN ABDUL HALIM
PENASIHAT PENGARAH
EDITOR/PENULIS
: EN RIDZUAN BIN ARIS
GRAFIK TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK

: PN NOR AZIDA BINTI MANSOR
: PN SUZILA BINTI ABDUL LATIFF
: PN NORMAH BINTI MUSA
: EN MOHD NASRUL BIN HAMDAN

Pihak Kolej Komuniti Ledang ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang
idea serta kepakaran dalam membangunkan Student’s Handbook bagi
Program Pengoperasian Perniagaan ini.

33

>

NOR AZIDA BINTI MANSOR

Pegawai Akreditasi
Kolej Komuniti Ledang

SUZILA BINTI ABDUL LATIFF

Ketua Unit Program
Pengoperasian Perniagaan
Kolej Komuniti Ledang

RIDZUAN BIN ARIS

Ketua Editor
Kolej Komuniti Ledang

MOHD NASRUL BIN HAMDAN

Editor
Kolej Komuniti Ledang


Click to View FlipBook Version