The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hamditackas8, 2021-09-17 04:52:25

Buku Program Pibg Sra Sungai Ramal Dalam Kali ke-29 Tahun 2021

Buku Program PIBG

Keywords: PIBG

1

KANDUNGAN

1. Kata Alu-aluan Puan Guru Besar SRA SRD 2021 3

2. Kata Alu-aluan Yang Dipetua PIBG SRA SRD 2021 4

2. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG SRA SRD Kali ke-29 2020-2022 6

3. Aturcara Mesyuarat Agung PIBG SRA SRD Kali ke-29 7

4. Notis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SRA SRD Kali ke-29 2021 8

5. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SRA SRD Kali ke-29 2021 9

6. Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SRA SRD Kali ke-29 10

7. Laporan Aktiviti Tahunan PIBG SRA SRD Kali ke-28 2020 18

8. Laporan Kewangan Tahunan PIBG SRA SRD Kali ke-28 2020 19

9. Kehadiran Ibu Bapa/ Penjaga Mesyuarat Agung PIBG SRA SRD KE-28 2020-2022 20

10. Cadangan dan Usul 26

2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat sama-
samaberkumpul dalam satu majlis permuafakatan ibubapa dan pihak sekolah. Walaupun kali ini
majlis kita agak berbeza kerana kita hanya bertemu di alam maya tetapi ini bukan alasan kpd kita
untuk tidak bersua muka. Semoga perjumpaan kita pada kali ini akan dapat dilaksanakan dengan
lancar dan beroleh rahmat Allah s.w.t.

Pendidikan merupakan satu pelaburan yang menjadi penanda aras kepada kecemerlangan
sesebuah sekolah. Justeru kami sebagai pendidik memikul tanggungjawab dalam memberi
pendidikanyang terbaik kepada murid-murid. Walaupun dalam waktu negara dilanda pandemik covid
19 ini,kami tetap melaksanakan tugas mendidik dengan cara yang terbaik samada secara alam
maya(online) atau secara rakaman video(offline). Harapan kami agar murid-murid tidak keciciran
dalam memperolehi ilmu serta tetap merasakan alam persekolahan walaupun berada di rumah.
Sehubungan dengan itu juga,pihak sekolah amat memerlukan bantuan dan sokongan daripada
ibubapa agar dapat sama-sama memantau dan membantu anak-anak di rumah dengan memastikan
mereka mengikuti pdpr yang telah di susun oleh pihak sekolah. Pihak sekolah juga mengucapkan
jutaan tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan kerjasama dan perhatian
serta sanggup mengeluarkan perbelanjaan bagi membeli peralatan elektronik dalam memastikan
anak-anak dapat mengikuti pdpr sekolah dengan baik.

Pencapaian sesebuah sekolah bergantung kepada kerjasama yang erat diantara ibubapa,PIBG
dan juga pihak sekolah. Dengan adanya persefahaman dan kerjasama yang baik dapat memastikan
pentadbiran sekolah berjalan dengan lancar. Pihak PIBG banyak membantu pihak sekolah dengan
menyalurkan dana dalam program-program sekolah. Pihak sekolah telah menyusun program-
program peningkatan prestasi calon UPKK, program sambutan perayaan serta program kemahiran
guru serta program menceriakan kawasan sekolah yang kebanyakan peruntukannya adalah daripada
dana PIBG. Alhamdulillah, semua program yang telah dirancang dapat di laksanakan dengan baik,
dan sepertimanayang kita ketahui bahawa dana tersebut adalah sumbangan daripada ibubapa, syarikat
dan orang perseorangan. Justeru itu, pihak sekolah tidak lupa untuk merakamkan ribuan terima kasih
kepada penyumbang-penyumbang yang budiman.

Akhir kalam, semoga segala usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah
S.W.T. Pihak PIBG dan sekolah perlu bergerak seiring bagai aur dengan tebing demi menjamin
kejayaan agenda pendidikan SRA Sungai Ramal Dalam terus maju dan proaktif seterusnya mencipta
kejayaan yang gemilang. Aamiin Yaa Rabbal Alamiinn.
Sekian, terima kasih.

……………………………………….
(PN.SITI SARA BINTI HJ.IBRAHIM)
Guru Besar,

SRA Sungai Ramal Dalam

3

Salam Sejahtera,

Kepada semua ibubapa dan guru yang saya hormati.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah
S.W.T kerana dengan izin & inayahNya kita masih dipertemukan bersama-sama dalam majlis
Mesyuarat Agung Tahunan atau AGM yang telah tertangguh sekian lama, sejak awal tahun ini akibat
pandemik covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). AGM ini kita jalankan dalam norma
baharu (pada tahun lepas baharu sekarang dah tak berapa baharu dan telah menjadi kebiasaan)
dilaksanakan secara atas talian, menggunakan platform Googlemeet.

Saya selaku YDP PIBG SRA Sg Ramal Dalam mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan
berbanyak terima kasih yang tidak terhingga setinggi gunung seluas lautan kepada Guru Besar, Ustazah
Siti Sarah, Ustazah GPK, para guru Ustaz dan Ustazah, barisan AJK Guru dan Ibu Bapa yang telah
terlibat dalam segala persediaan untuk AGM kali ini. Juga tahniah dan syabas kepada semua ibu bapa
yang sudi hadir untuk bersama kita menjayakan mesyuarat kita hari ini.

Para guru dan Ibu Bapa dikasihi sekalian,

Disebalik pandemik yang melanda, tidak dapat dinafikan banyak perancangan yang dibuat tergendala
dan tidak dapat dilaksanakan. Saya mewakili PIBG ingin memohon maaf atas perkara ini. Namun,
amanah yang digalas oleh kami, kami cuba laksanakan dengan baik semampu kami.

Usaha pihak sekolah dalam tempoh sukar tersebut malahan masih dihadapi sekarang tetap
berjalan dan berterusan, para guru telah memikul cabaran baharu untuk melalsanakan tugas dalam
norma baharu bukanlah mudah ditambah pula dalam kekangan oleh SOP, kemudahan computer dan
internet dan sebagainya. Namun, disebalik semua itu, semua tugasan sebagai guru dan pendidik tetap
berjaya dilaksanakan. Untuk itu, kita ibu bapa sangat menghargai dan mengucapkan terima kasih
kepada Guru Besar dan semua guru SRA SRD.

Para Ibu Bapa yang saya kasihi,

Perjalanan persatuan ini adalah didokong sepenuhnya oleh ahli PIBG. AJK yang telah dilantik hanyalah
sebagai pelaksana dan perantara antara pihak sekolah dengan semua ahli PIBG.

Oleh itu, saya selaku YDP ingin mengajak semua pihak terutama para ibu bapa hebat dan
berdedikasi sekalian agar memberi sokongan padu dan jitu kepada apa jua usaha PIBG dan sekolah
demi kebaikan, kecemerlangan dan kejayaan anak anak kita jua di dunia dan apatah lagi di akhirat,
InsyaAllah. Tanpa sokongan tuan puan, kita tiada kekuatan ibarat penyapu kalau sebatang patah, tapi
seikat ia kukuh dan kuat.

Ternyata pandemik telah merubah cara kita berfikir, gaya hidup dan suasana kehidupan kita
dan termasuklah pembelajaran dan persekolahan. Selain guru, kita ibu bapa diharap sentiasa memainkan

4

peranan membantu anak anak kita, usah kita biarkan mereka terkontang kanting berPDPR dan
menyiapkan tugasan. Janganlah kita biarkan mereka berseorangan. Hargailah anak anak sebagao
amanah dan sumber untuk kita meraih pahala dan ganjaran di dunia untuk saham akhirat dengan kita
memberi ruang seluasnya untuk mereka menjadi insan rabbani, soleh dan solehah yang cemerlang
akademik dan agama.

Justeru marilah kita bersama-sama mengembleng tenaga dan bersatu dalam memastikan
Sekolah Rendah Agama Sungai Ramal Dalam, Kajang yang kita sayangi ini terus menjadi antara
sekolah yang terbaik, sekolah contoh dan sekolah pilihan untuk para ibubapa di kawasan Kajang ini.

Dikesempatan ini jua, walaupun berdepan cabaran pandemic dan PKP, sukacita saya
makumkan bahawa dana wakaf dataran bertar, premix yang kita namakan ‘Dataran Ibnu Sina’ telah
Berjaya mencapai sasaran, berjumlah RM20,190.37. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua
pewakaf. Semoga ia dikira sebagai amal jariah dan soleh.

Akhir kata marilah kita sentiasa berdoa ke hadrat Allah agar SRA SRD terus mencapai kejayaan
dan cemerlang pada masa akan datang.

Harapan kami sebagai ibu bapa agar pihak sekolah akan terus berusaha melahirkan generasi
yang lebih cemerlang sebagai pemangkin ke arah kejayaan masa depan. Saya memohon seribu
kemaafan atas segala kesilapan yang saya lakukan sama ada secara sedar atau tidak.

Sesungguhnya segala kebaikan itu datangnya daripada Allah SWT dan segala kekurangan itu
adalah daripada kelemahan saya sendiri.
Sekian.

5

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-
GURU SESI 2020 – 2022

PENASIHAT : USTAZAH SITI SARA BT IBRAHIM
Guru Besar SRA Sungai Ramal Dalam
YANG DI PERTUA : Dr MOHAMAD ROSDI BIN SENAM
NAIB YANG DI PERTUA : PUAN NORRA AZLE BT ABD RAHMAN
SETIAUSAHA : USTAZAH NOR ISLAMIAH BT ABDULLAH
NAIB SETIAUSAHA : USTAZAH ROZAINI BT RAMLI
BENDAHARI : USTAZAH MARLIANA BT MUTALIP
UNIT KURIKULUM : Dr MOHAMAD ROSDI BIN SENAM
EN MOHAMAD RIZAL BIN SUDIN
USTAZAH MARLIANA BT MUTALIP
USTAZAH AMIZAH BT MOHD DOM

UNIT INFRASTRUKTUR & KEBAJIKAN : EN ZAHROL BIN SA’RONI
USTAZ WAN HAMDI BIN WAN SULAIMAN
USTAZAH ROZAINI BT RAMLI
USTAZAH ROZILA BT LOKMAN

UNIT SAHSIAH & DISIPLIN : EN HAIRI BIN IBRAHIM
PUAN NORRA AZLE BT ABD RAHMAN
USTAZAH SITI ZATUSY SYAMAM BT MOHD SABARI
USTAZAH SITI NORAIDA BT SAIB

UNIT 3K : PUAN NOR ELIYANA BT AHMAD
PUAN NOR AZLINA BT MAT SOM
PUAN NOR SHUHADA BT JAAFAR
USTAZAH NOR SURIYA BT HJ MOHAMAD YUNOS

UNIT DANA : EN MOHD FAIZUL BIN ISHAK
PUAN MARINI BT MONTAHAR
USTAZAH NOR ISLAMIAH BT ABDULLAH
USTAZ MOHD KHAIRUL SYAHID BIN ABDULLAH

6

ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-29

MASA ATURCARA
08.30 Pagi
09.00 Pagi Pendaftaran Ibu Bapa
09.10 Pagi Majlis Bermula
Bacaan Doa
09.15 Pagi ( Ustaz Azrul Bin Abd Majid )

09.30 Pagi Ucapan Penasihat Pibg Sra Sg Ramal Dalam
( Ustazah Siti Sara Bt Ibrahim )

Ucapan Yang Dipertua Pibg Sra Sg Ramal Dalam
( Dr Mohamad Rosdi Bin Senam )

10.00 Pagi Mesyuarat Bermula

❖ Ucapan Pengerusi
❖ Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke 28
❖ Penerimaan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke 28
❖ Laporan Pibg Sra Sg Ramal Dalam 2020
❖ Laporan Kewangan Pibg 2020
❖ Pembentangan Usul
❖ Ucapan Penangguhan Oleh Yang Dipertua Pibg Sra Sg Ramal Dalam

11.30 Pagi Majlis Bersurai

7

8

AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SRA SUNGAI RAMAL
KALI KE-29 TAHUN 2021

1. Ucapan Alu-aluan YDP PIBG Sesi 2020/2021
2. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke -29
3. Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan
4. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2020
5. Membahaskan usul
6. Ucapan Penangguhan
7. Hal-hal lain

9

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 28 SEKOLAH RENDAH AGAMA SUNGAI

RAMAL DALAM

TARIKH : 07 MAC 2020

MASA : 10.00 pagi – 12.45 tengah hari

TEMPAT : DEWAN SRA SG. RAMAL DALAM

KEHADIRAN : IBUBAPA : 128 ORANG

GURU : 30 ORANG

JUMLAH : 158 ORANG

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI
1.1 En. Mohd Zamree Bin Abdul selaku YDP PIBG SRA Sg. Ramal Dalam

memulakan ucapan mengalukan kedatangan AJK PIBG, Ibu Bapa, Guru-Guru dan semua
yang terlibat.

2.0 PEMBENTANGAN MINIT
YDP PIBG, En. Mohd Zamree Bin Abdul membentangkan minit mesyuarat PIBG

kali
ke-28.

3.0 PENERIMAAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
- Encik Ahmad Yusuf mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan diterima.
- Puan Nor Azlina Binti Mat Som menyokong minit mesyuarat ini disahkan.

4.0 PERKARA BERBANGKIT
-Tiada perkara berbangkit

5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN OLEH BENDAHARI PIBG
- Ustazah Marliana Binti Mutalip membentangkan laporan kewangan PIBG bermula
1 Januari 2019 hingga berakhir 31 Disember 2019 pada mukasurat 25.
-Hasil daripada sumbangan CCTV kepada pihak sekolah, Encik Zarul Bin Sya’rani
meminta penjelasan mengenai kawasan bahagian pemasangan CCTV.
✓ Maklumbalas : YDP PIBG Encik Mohd Zamree menjelaskan bahawa terdapat 8

buah CCTV yang diterima dan diletakkan di setiap 8 tempat.
Antaranya di kantin,pejabat,dataran dan sebagainya.

-Encik Mohammad Zaini meminta penjelasan secara terperinci tentang elaun kerani
kewangan pada Disember 2018, Januari-November 2019 seperti yang dinyatakan di
perbelanjaan kewangan halaman mukasurat 25. Tambahan itu juga, beliau juga mahu
pihak sekolah memperhalusi semula analisa kegunaan dalam tempoh setahun agar
tidak berlaku lambakan dan pembaziran RIM ataupun kertas A4.
✓ Maklumbalas : -Ustazah Marliana Binti Mutalip memberi respon tentang

pengeluaran wang bagi elaun kerani kewangan adalah hasil
daripada sebulat suara yang dipersetujui oleh pihak ibubapa
pada mesyuarat sebelum ini. Ia juga menyatakan bahawa sebelum
ini tiada elaun bagi bendahari kewangan. Oleh itu, permohonan
peruntukan elaun sebanyak RM500 bagi kerani kewangan atas jasa

10

khidmat baktinya dalam mengurus dan mengendalikannya
dipersetujui.

-Ustazah Siti Sarah binti Ibrahim Guru Besar SRA Sungai Ramal
Dalam

juga memberi respon tentang peruntukan elaun kerani kewangan.

-Puan Sapura telah menyokong tentang elaun kerani kewangan

-YDP PIBG Encik Zamree menerangkan segala bentuk tugasan yang
dipertanggungjawabkan ke atas kerani kewangan.
- Pembentangan berkenaan kewangan ini telah dijelaskan dan diterima
sebulat suara.

6.0 PEMBENTANGAN USUL
6.1 Pihak Sekolah mencadangkan menaikkan elaun guru rakyat dari RM 500.00
kepada RM 700.00
✔ Maklum balas : YDP PIBG En.Mohd Zamree Bin Abdul memberi maklum balas
dengan meminta penjelasan secara terperinci mengenai guru rakyat
✔ Maklum balas : Ustazah Siti Sara Binti Ibrahim selaku Guru Besar menjelaskan
mengenai skop tugasan bagi guru rakyat yang mana ia adalah di
atas lantikan daripada pihak sekolah disebabkan kekurangan guru
lantikan JAIS. Sehubungan dengan itu juga, beliau juga
memberitahu tentang permohonan kemasukan guru lantikan JAIS.
✔ Maklum balas : Sebulat suara bersetuju untuk menaikkan elaun guru rakyat

sebanyak
RM 700.00

6.2 Puan Nur Farahiyah memberikan dua usul. Pertama, memohon tindakan
terhadap
memohon peniaga yang menjual makanan ringan di luar kawasan sekolah. Kedua,

6.3 pihak sekolah memyediakan almari/rak di sekolah memandangkan pelajar
membawa buku yang banyak dan berat.
✔ Maklum balas : Pihak sekolah telah beberapa kali memberi amaran kepada

peniaga tetapi mereka masih berdegil dan pihak sekolah
memohon bantuan pihak PIBG atau pihak IbuBapa untuk
memberi teguran kepada peniaga. Respon bagi jawapan
usul yang kedua adalah tiada keperluan kerana buku
sekolah agama tidak banyak ( buku teks & buku tulis )
Puan Shamsiah Binti Zainudin menyatakan kepada pihak sekolah agar
meningkatkan tahap kebersihan di kawasan kantin sekolah.

11

✔ Maklum balas : Usul diterima dan YDP PIBG serta pihak sekolah memberi
maklumbalas bahawa sentiasa memantau tahap kebersihan
kantin dari semasa ke semasa.

6.4 Encik Rino Hamudi memohon agar dapat menyediakan tempat wudhuk
perempuan memandangkan murid perempuan mengambil wudhuk di tandas

atas.
✔ Maklum balas :Pihak sekolah memberi maklumbalas bahawa tempat
wudhuk perempuan telah tersedia ada di bangunan A
tingkat 1

6.5 Rahisan Bin Mohd Zin mencadangkan kepada pihak sekolah agar
memperbanyakkan aktiviti untuk pelajar dengan ,menggunakan duit PIBG

supaya
mendapat keberkatan bersama daripada ianya disimpan di dalam bank sahaja.

✔ Maklum balas : Usul tersebut telah mendapat respon daripada pihak
sekolah

bahawasanya pelbagai aktiviti pelajar seperti program
motivasi, kamil, kem pengawas dan sebagainya telah
berjalan
lancar seperti yang dirancangkan.
6.6 Encik Adzham Bin Abu Bakar memberikan dua usul. Pertama, meminta agar
pihak sekolah memperbanyakkan seminar atau kursus untuk meningkatkan jati
diri dan semangat para pelajar terutama yang akan menduduki peperiksaan
UPKK
dan PSRA. Kedua, memperbanyakkan hafazan surah-surah dan doa harian
untuk
dijadikan amalan kepada murid.
✔ Maklum balas : Usul diterima oleh pihak sekolah dengan menyatakan
bahawa
pihak sekolah telah banyak mengadakan aktiviti seperti
Isra’ Mikraj, Ihya’ Ramadhan dan sebagainya.Ia juga
mengikut keperluan dana sekolah. Bagi usul kedua pula,
sememangnya terdapat aktiviti hafazan surah dan doa
harian
dijalankan seperti dalam jadual waktu.
6.7 Encik Helmey Bin Othman meminta jasa baik pihak sekolah untuk
menasihatkan
pemandu van sekolah agar berhati-hati ketika memasuki kawasan sekolah. Ini
kerana anak saya hampir dilanggar oleh van sekolah.
✔ Maklum balas : Usul diterima dan pihak sekolah memberi maklum balas
mengenainya dengan menyatakan bahawa pihak sekolah akan

membuat teguran kepada pengusaha van
sekolah.Walaubagaimanapun, ibubapa turut memainkan

12

peranan dalam memantau pengusaha van yang membawa
anak

mereka.

6.8 Puan NorHafizah Bt Ahmad, Encik Suhaimi Bin Sahree dan Encik Zammani
Bin

Ahmad memberikan dua usul. Pertama, memohon pihak sekolah menyediakan
pengawal lalu lintas. Kedua , meminta agar pihak sekolah membaiki pintu
tandas
yang rosak.
✔ Maklum balas : Pihak PIBG telah mewar-warkan mengenai jawatan kosong

pengawal akan tetapi ia tidak mendapat sambutan. Ada
yang

bertanya tetapi tidak hadir untuk ditemuduga. Bagi pintu
tandas pula, ia telah dibaiki pada cuti sekolah penghujung
tahun 2019.

6.9 Puan Nor Zarina Binti Majran memohon pihak sekolah mempertimbangkan
pemakaian Tshirt hijau pada setiap hari khamis memandangkan telah

membelinya
pada tahun lepas.
✔ Maklum balas : Pihak sekolah menyatakan bahawa pihak JAIS tidak
membenarkan pemakaian baju T-Shirt hijau pada hari
persekolahan kecuali dalam program-program sekolah

seperti
gotong-royong dan kelas tambahan.

6.10 Encik Mohd Farid dan Puan Nursalffadiyana memberikan dua usul. Pertama,
mengenai kebersihan tandas perlu dipertingkatkan. Kedua, mempelbagaikan
juadah sarapan pagi murid di kantin sekolah.
✔ Maklum balas : Pihak sekolah memberi respon bahawa setiap kawasan
sentiasa dijaga akan kebersihannya. Proses pembersihan
dijalankan mengikut jadual serta pelbagai juadah makanan
disediakan semasa sarapan pagi di kantin sekolah.

6.11 Encik Mohd Hamsi Bin Mohd Sharif memohon agar ustazah yang mengajar
tahun

1 tidak terlalu menunjukkan ketegasan kepada anak-anak dan menyebabkan
mereka takut untuk ke sekolah.
✔ Maklum balas : Usul diterima dan Guru Besar Ustazah Siti Sara Binti

Ibrahim memberi maklum balas bahawa pihak sekolah
meletakkan guru-guru yang berpengalaman untuk
mengajar dan mengendalikan murid tahun 1. Bukan
bermaksud untuk menakut-nakutkan tetapi majoriti insan
yang bergelar pendidik mahupun guru mempunyai suara

13

yang lantang dan besar semasa penyampaian pengajaran
di jalankan dalam bilik darjah.
6.12 Encik Mohd Akmal memohon bantuan kepada ADUN Sg.Ramal untuk
membaiki bahu jalan yang rosak berhampiran sekolah.
✔ Maklum balas : Perkara yang berkaitan dengan laluan yang berada di
luar kawasan sekolah bukan di bawah kuasa bidang PIBG
dan
pihak sekolah.
6.13 Encik Mohd Torik meminta agar pihak sekolah menyediakan air
suam/panas/mineral di kantin sekolah memandangkan buat masa ini hanya
minuman sejuk sahaja yang dijual.
✔ Maklum balas : Pihak Kantin ada menyediakan air suam/panas mengikut
permintaan murid. YDP PIBG juga menyatakan bahawa
sekolah ini terdapat mesin air “coway” untuk murid-murid.
6.14 Encik Mohd Sharul memohon agar pihak sekolah memaparkan keputusan
peperiksaan UPKK & PSRA dan memberikan sijil penghargaan kepada murid
yang cemerlang.
✔ Maklum balas : YDP PIBG menyatakan bahawa pihak sekolah sentiasa
menghargai setiap pencapaian murid yang cemerelang

7.0 HAL-HAL LAIN
7.1 Encik Mohd Zaini mengatakan ketidakpuashatian terhadap kebersihan kantin
sekolah dengan meletakkan makanan di atas meja tanpa lapik serta
menjadikan gayung sebagai pencedok air. Ini menampakkan sesuatu yang
tidak manis untuk di lihat dari mata kasar.
-Beliau juga meminta agar pihak sekolah membuat penelitian semula terhadap
p.a system yang mana speakar terlalu kuat akan menyebabkan telinga murid
rosak. Para guru yang bersuara lantang tidak perlu menjerit menggunakan
microphone.
-Hal pengawal keselamatan perlu di selesaikan dengan kadar segera.Beliau
juga mencadangkan kepada semua para ibubapa bersikap toleransi dan tolong–
menolong ketika melintasi jalan raya. Luangkan masa sekadar 2 atau 3 minit
untuk membantu anak-anak lain dan hanya turunkan mereka pada satu tempat
sahaja tanpa perlu padanya pengawal.
✓ Maklum balas : YDP PIBG memberi maklum balas tentang hal
yang
pertama dengan menukarkan gayung kepada
pencedok
air yang sebenar. Bagi hal yang kedua, beliau akan
meneliti semula p.a system sekolah agar ia tidak
menjadikan satu kemudharatan kepada murid-
murid. Hal ketiga mengenai mempimpin atau
menolong anak-anak lain untuk melintasi jalan
raya adalah satu perkara yang baik dan dipuji agar
ia menjadi satu contoh teladan yang baik untuk
masa hadapan.

14

Selain itu juga,permasalahan yang sering berlaku
pada hari jumaat (solat jumaat), orang luar
meletakkan kereta di hadapan pintu pagar sekolah
. YDP juga akan membuat permohonan kepada
pihak JKR untuk membuat laluan khas bagi
memudahkan laluan para pelajar untuk masuk ke
sekolah .

✓ Maklum balas : Ustazah Marliana binti Mutalip memberi maklum
balas mengenai kebersihan kantin. Perkara ini
akan dipanjangkan kepada pihak pengurusan
kantin agar sentiasa memastikan tahap kebersihan
kawasan,barang-barang,meja kerusi ,alatan-alatan
yang digunakan bersesuaian dengannya supaya
tidak berlaku satu permasalahan lain yang
dikhuatiri menjadi tempat laluan lipas, tikus dan
sebagainya.

8.0 UCAPAN PENANGGUHAN DAN PEMBUBARAN AJK PIBG
En. Mohd Zamree Bin Abdul selaku YDP PIBG SRA Sungai Ramal Dalam
menangguhkan mesyuarat Agung kali ke 28 dengan membubarkan AJK PIBG 2018-
2019 pada jam 11.22 minit pagi.

9.0 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA
9.1 Penasihat : Ustazah Siti Sara Binti Ibrahim
9.2 Cadangan perlantikan YDP PIBG
• Encik Mohd Zamri mencadangkan Dr Rosdi sebagai YDP PIBG dengan
sebanyak 53 undian
• Ustazah Rohaya Binti Ahmad mencadangkan Encik Rizal sebagai YDP
PIBG dengan sebanyak 30 undian
• Encik Zaini mencadangkan Puan Sapura sebagai YDP PIBG dengan
sebanyak 50 undian .
➢ Keputusan : Sebulat suara mengambil keputusan undian yang tertinggi
iaitu sebanyak 50 undian. Dr Rosdi dilantik sebagai YDP PIBG bagi sesi
ini.
9.3 Cadangan perlantikan NYDP PIBG
➢ Keputusan : Sebulat suara melantik Puan Sapura sebagai NYDP PIBG
9.4 Setiausaha kehormat : Ustazah Nor Islamiah Binti Abdullah
9.5 Naib Setiausaha : Ustazah Rozaini Binti Ramli
9.6 Bendahari Kehormat : Ustazah Marliana Binti Mutalip
9.7 Cadangan perlantikan AJK PIBG lelaki :-
• Ustaz Hashim mencadangkan Encik Faizul dan Tuan Haji Zarul
• Encik zamree mencadangkan Encik Hairi
• Sebulat suara mencadangkan Encik Rizal

15

➢ Keputusan AJK PIBG : 1- Encik Faizul
2- Tuan Haji Zarul
3- Encik Rizal

9.8 Cadangan perlantikan AJK PIBG perempuan :-

• Puan Marini mencadangkan Puan Azlina Binti Mat Som
• Ustazah Rohaya mencadangkan Puan Shuhada
• Dr Rosdi mencadangkan Puan Mariani
• Sebulat suara pihak sekolah mencadangkan Puan Yana
➢ Keputusan AJK PIBG : 1- Puan Azlina Binti Mat Som

2- Puan Shuhada
3- Puan Mariani
4- Puan Yana

9.9 AJK Guru : 1- Ustaz Wan Hamdi Bin Wan Sulaiman
2- Ustaz Muhammad Khairul Syahid Bin Abdullah
3- Ustazah Siti Noraida Binti Saib
4- Ustazah Siti Zatusy Syamam Binti Mohd Sabari
5- Ustazah Amizah Binti Mohd Dom
6- Ustazah Nor Suriya Binti Mohamad Yunos

9.10 Pemeriksa Kira-Kira : Ustazah Rozila Binti Lokman

10. PENUTUP
Penangguhan Mesyuarat Agung dan pelantikan baru Ahli Jawatankuasa oleh YDP
PIBG Dr Rosdi yang berakhir pada jam 12.45 tengah hari.Ucapan ribuan terima kasih
kepada ibu bapa yang setia sehingga akhir Mesyuarat
Agung PIBG.

Dicatat oleh:
1. Ustazah Farah Alyaa Binti Zulkipli
2. Ustazah Nurul Ain Binti Nordin

16

Di sediakan oleh,
_________________________________
(FARAH ALYAA BINTI ZULKIPLI)
PENCATAT MINIT MESYUARAT KALI -28
Disahkan oleh,
________________________________
( Dr MUHAMAD ROSDI BIN SENAM )
YDP PIBG SRA SG. RAMAL DALAM

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28


Click to View FlipBook Version