pembangunan alam
sekitar dalam islam
GROUP 5
• GROUP 5
• NADIRAH BINTI ABDUL RAHIM(06DPR20F2052)
• NURULANISYAH BINTI ASRIN(06DPR20F2031)
• NUR FARISYA HANIS BINTI ABDUL RAHMAN(06DPR20F2043)
• NURHAFIZULLAH BIN ABDUL RAHMAN(06DPR20F2072)
• Islam melihat pembangunan sebagai satu usaha untuk meningkatkan taraf
kehidupan manusia secara syumul, sama seperti tabii kejadian manusia dan
matlamat serta tugas hidup mereka. Dari segi tabiinya, manusia terdiri daripada
dua unsur utama iaitu unsur rohani dan jasmani. Manakala dari segi tugas dan
persekitaran hidupnya, manusia bertugas sebagai khalifah Allah di alam ini dan
hidup dalam lingkungan alam sekitar yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Hal ini
bermakna konsep pembangunan dalam Islam ialah konsep pembangunan yang
lengkap dan syumul dengan mengambil kira keperluan dan kepentingan semua
unsur yang membentuk tabii manusia iaitu rohani dan jasmani dan juga
pembangunan yang berkaitan dengan perlaksanaan tugas dan persekitaran
hidup mereka sebagai khalifah dan hamba Allah.
Ayat ini jelas sekali menunjukkan bahawa Allah s.w.t. mengingatkan manusia supaya berbuat baik kepada
semua makhluk termasuk alam sekitar seperti Allah s.w.t. berbuat baik kepada mereka. Hal ini bererti dalam
usaha manusia membina kemajuan dan pembangunan, mereka mesti memelihara alam sekitar sama ada
dalam bentuk flora mahupun fauna sama seperti kebaikan yang Allah s.w.t. berikan. Jika Allah s.w.t. mencipta
alam sekitar dengan penuh keindahan dan keseimbangan, maka manusia juga berkewajipan menjaga
keindahan dan keseimbangan alam sekitar seperti mana yang diciptakan Allah s.w.t. pada asalnya.
… dan usahakanlah (untuk mendapatkan) apa yang
Allah berikan kepada kamu daripada (anugerah) pada
hari akhirat dan jangan kamu lupa habuan kamu di atas
dunia, dan berbuat baiklah seperti mana Allah berbuat
baik kepada kamu dan jangan kamu melakukan
kemusnahan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang
yang melakukan kemusnahan.
(Surah al-Qasas: 77)
Selain itu, penciptaan alam sekitar di sekeliling manusia adalah bertujuan untuk memudahkan
dan dapat dimanfaatkan oleh. Hal ini seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t. yang
bermaksud:manusia
Dialah (Allah) yang telah menciptakan bagi
kamu sekalian yang ada di bumi ini semuanya.
(Surah al-Baqarah: 29)
• Hal ini bermakna alam sekitar ini diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk
dimanfaatkan oleh semua manusia dalam semua generasi. Jika manusia
pada generasi sekarang telah melakukan kemusnahan terhadap alam
sekitar untuk membangun, bermakna generasi akan datang dan
seterusnya tidak lagi dapat mewarisi alam sekitar pada masa hadapan
untuk dimanfaatkan. Keadaan ini sama sekali bercanggah dengan
kehendak Allah s.w.t.