The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Afiza1509, 2022-02-02 22:23:21

LI POLI

LI POLI

4.4 Unit Pentadbiran
4.4.1 Verifikasi Stok

Stok bermaksud barang yang belum digunakan dan perlu disimpan atau
digunakan terus untuk tujuan operasi atau penyelengaraan. Fungsi kedai adalah
untuk meyediakan perkhidmatan pembekalan kepada pelanggan dengan
melaksanakan tugas-tugas berikut:

I. Terima barang yang dipesan dengan mengesahkan penghantaran
barang oleh pembekal.

II. Simpan stok mengikut kaedah dan lokasi yang ditetapkan dengan
menggunakan ruang simpanan secara optimum.

III. Menghasilkan stok mengikut kehendak pelanggan
IV. Mengekalkan rekod bagi setiap transaksi kemasukan dan keluar stok

dengan tepat, teratur dan terkini.
V. Menjalankan pengiraan stok untuk mengesan dan mengenal pasti

sebarang kelemahan yang menyebabkan pertikaian saham, stok
rosak, haus, luput dan tidak bergerak.
VI. Mengambil tindakan pelupusan ke atas stok usang/rosak, tamat
tempoh, tidak boleh digunakan, tidak diperlukan, tidak bergerak atau
melebihi keperluan supaya prestasi stor tidak terjejas dan
mengelakkan pembaziran ruang penyimpanan.

PT 1 bertanggungjawab menguruskan stok tersebut. Dia perlu menyimpan stok pada
tahap yang diperlukan yang sesuai boleh disediakan untuk memenuhi keperluanp
pekerja yang lain pada setiap masa. Penggunaan ruang penyimpanan, kos tempahan,
harga belian dan modal yang terlibat hendaklah diambil kira supaya lebihan stok

1

dan pembaziran dapat dielakkan. Beliau juga bertanggungjawab untuk memeriksa
dan menerima barangan daripada pembekal dengan memastikan langkah-langkah
yang ditetapkan dalam prosedur ini dipatuhi sebelum mengesahkan penerimaan.
Pengurusan stor hendaklah dijalankan dengan teratur, cekap dan berkesan bagi
memastikan:

I. Stok sentiasa tersedia apabila diperlukan dan atas permintaan pelanggan.
II. Kualiti stok sentiasa terjamin dengan memberikan perlindungan, penjagaan

dan penyelenggaraan yang betul semasa dalam simpanan

Pelajar telah membantu PT 1 melakukan pengiraan stok untuk mengesan stok rosak,
haus, tamat tempoh dan tidak bergerak.

Rajah 25: Membuat pengiraan stok

Objektif membuat verifikasi stok adalah untuk memastikan ketepatan rekod dan stok
fizikal. Ia juga bagi memastikan pelarasan stok diambil tindakan. Paling penting, stok
sudah usang atau tidak boleh digunakan atau rosak atau tidak bergerak atau hampir
tamat tempoh penggunaan diambil tindakan untuk dilupuskan. Apabila semuanya sedia
untuk disemak, pengesah Stor, Puan Aiza Ismanani binti Kamal, PPT 2 dan Encik

1

Khairul Hazwan bin Ahmad, PT 2 akan melakukan pengesahan mengikut jadual yang
ditetapkan oleh Unit Pengurusan Aset setahun sekali dalam tahun semasa bermula pada
1 Oktober dan berakhir pada 31 Disember. Pengesah Stor dilantik berdasarkan nama
dan jawatan sahaja untuk tempoh tidak melebihi dua tahun.

Rajah 26: Verifikasi stor dibuat oleh pengesah stor

1

4.5 Jenis Peralatan Yang Digunakan.

1. Komputer
Komputer adalah satu kegunaan yang sangat penting Hal ini kerana setiap
butiran dokumen ataupun sebarang catatan perlu dicatat ke dalam
komputer yang mempunyai kapasiti yang luas. Berdasarkan sistem
keselamatan yang terdapat pada komputer mahupun komputer riba dapat
menjamin kesukaran untuk kehilangan data yang disimpan. Selain sistem
yang semakin canggih, penggunaan komputer sangat sesuai dan selari
dengan kesesuaian zaman yang memerlukan sesuatu yang pantas dan
efektik dalam setiap langkah penggunaan yang diambi

2. Peralatan menulis
Peralatan menulis yang dimaksudkan ialah pekakas dalam menulis
contohnya pensel, pen, pembaris, pemadam, cecair pemadam dan
sebagainya. Ia bertujuan dalam banyak aspek contohnya mencatat
maklumat, melakukan pengiraan berskala kecil dan sebagainya.
Penggunaan alat ini sangat sesuai terhadap perkara-perkara berskala kecil
di mana kita memerlukan sedikit catatan dan pengiraan ringkas yang
dapat membantu dalam menjalankan tugas.

3. Rak / Bekas menyimpan dokumen
Rak dokumen adalah tempat di mana fail-fail akan disimpan dan disusun
mengikut kategori yang ditetapkan. Fail yang disimpan mengikut kategori
audit, perakaunan dan pencukaian. Setiap kategori diasingkan supaya
tidak berlaku kekeliruan yang menyukarkan proses merekod dan

1

memeriksa pada masa akan datang. Bekas penyimpanan dokumen adalah
berkeperluan untuk menyimpan dokumen-dokumen yang tidak
dimasukkan ke dalam fail. Ini kerana sesetengah dokumen tidak disimpan
di dalam fail contohnya baucer gaji, invois, dan bil-bil yang berkenaan
4. Alat Penebuk Lubang
Alat penebung lubang digunakan untuk menebuk kertas semasa
membuat proses pemfailan. Contohnya, seperti menebuk kertas minit dan
juga fail sebelum mebuat failing.

5. Tali Hijau
Diganakan untuk mengikat surat di dalam fail supaya mudah
memperkemaskan dokumen dan surat.

6. ‘Stapler’
Terdapat dua jenis ‘stapler’ yang diguna pakai iaitu stapler besar dan
stapler kecil.

7. Cop
Terdapat dua jenis warna cop iaitu warna merah untuk surat masuk dan
warna biru untuk surat keluar.

1

BAB 5
KESIMPULAN

5.1 Kesimpulan
Setelah saya menamatkan latihan industri di Pejabat Kementerian
Pelancongan Seni dan Budaya, terdapat banyak ilmu yang saya
perolehi ketika saya menjalani latihan industri di sini. Antaranya ialah,
saya mempelajari tentang cara mengendalikan program, cara untuk
menghadapi pelanggan. Apabila kita amanah dalam melakukan
sesuatu perkara maka pihak atasan akan memberi kepercayaan
kepada kita untuk menguruskan kewangan dengan baik dan secara
terperinci. Pelanggan juga akan berpuas hati dan berasa yakin dengan
perkhidmatan yang telah kita berikan. Komunikasi yang berkesan
amatlah penting supaya tidak berlaku pelbagai masalah antara pekerja
lain dan pelanggan syarikat.
Selain itu, ketika saya membuat praktikal di Pejabat Kementerian
Pelancongan ini, banyak nilai-nilai murni yang dapat saya terapkan di
sini contohnya, menghormati pengarah urusan, pekerja, pelanggan
serta pelajar praktikal yang lain. Di sini juga saya mempelajari amalan
tolong menolong antara satu sama lain. Saya juga dapat bekerjasama
dalam satu pasukan dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi.
Pekerja di sini juga selalu membantu pelajar yang membuat latihan
industri dan kami diberi bimbingan yang secukupnya. Malah, kami juga
saling berkongsi pendapat dan cadangan untuk menyelesaikan

1

tugasan. Saya amat berbangga dapat merasai pengalaman bekerja
dibawah penyelia yang prihatin dan bertanggungjawab kepada setiap
kakitangannya.

Latihan industri ini juga banyak membantu saya untuk membuat
persediaan dalam menempuh alam pekerjaan yang bakal saya alami
nanti. Sedikit sebanyak saya dapat memberi keyakinan untuk diri
sendiri dalam menjalankan tugas dan berdepan dengan pelanggan
syarikat. Malah, dengan menjalani latihan industri ini juga, terdapat
banyak manfaat yang saya perolehi iaitu belajar menjadi seorang
pekerja yang bertanggungjawab, amanah, dan menepati masa. Setiap
kerja dan tugas yang diberikan haruslah dilaksanakan dengan sebaik
mungkin.

Akhir kata, bagi pendapat saya latihan industri perlu diwajibkan
kepada setiap pelajar kerana kita dapat menimba ilmu dan pengalaman
untuk berkerja apabila tamat alam pengajian. Malah, terdapat banyak
pengetahuan dan pengalaman baru yang boleh kita gunakan sebagai
persediaan untuk menempuh alam pekerjaan. Pengalaman amatlah
penting bagi seseorang untuk mematangkan diri. Pelajar akan lebih
bersiap sedia untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan.

Secara keseluruhannya yang saya dapat simpulkan sepanjang
menjalani latihan industri di Pejabat Kementerian Pelancongan Seni
dan Budaya adalah pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru yang
sebelum ini belum pernah saya hadapi dan pelajari ketika belajar di

1

politeknik. Saya juga berharap agar apa yang saya telah pelajari ini
akan saya gunakan pada alam pekerjaan saya nanti. Pengalaman
semasa bekerja di Pejabat Kementerian Pelancongan telah menjadikan
saya sebagai seorang yang lebih matang dan bertanggungjawab.
Syarikat ini telah memberi banyak peluang kepada saya untuk merasai
sendiri pengalaman dan suasana bekerja yang lebih bermutu. Saya
amat berterima kasih kepada kesemua pekerja Pejabat Kementerian
Pelancongan Seni dan Budaya Perlis di atas segala ilmu yang telah
saya pelajari di sini.

1

BAB 6
KOMEN DAN CADANGAN

6.1 Komen Dan Cadangan Untuk Organisasi Atau Firma
i) Selama lebih kurang 5 bulan saya menjalani latihan industri di
firma ini, terdapat banyak ilmu pengetahuan dan pengetahuan
yang saya perolehi disini. Segala pengalaman saya disini akan
saya jadikan sebagai pencetus semangat saya pada masa
hadapan ketika saya menempuh alam pekerjaan pada masa akan
datang.
ii) Malah, pengarah urusan haruslah memberi waktu rehat yang
secukupnya kepada pekerja untuk makan dan sebagainya.
Sepatutnya waktu rehat dan waktu makan pekerja tidak boleh
diganggu.
iii) Selain itu, saya berharap agar syarikat ini memberi peluang
kepada pelajar praktikal untuk menyelesaikan sesuatu pekerjaan
sehingga selesai.

6.2 KOMEN DAN CADANGAN KEPADA POLITEKNIK
1. Saya cadangkan supaya pusat pengajian perlu membuat lawatan
ke syarikat dengan lebih kerap supaya pelajar lebih bersedia dan
sentiasa peka dengan tindakan yang akan diambil sekiranya
mereka melanggar peraturan supaya tujuan utama mereka tidak
tersasar.
2. Penguasaan bahasa terutamanya penguasaan Bahasa Inggeris

1

amatlah penting sejajar dengan teknologi masa kini yang
memerlukan penguasaan Bahasa Inggeris sepenuhnya dalam
apa jua bidang yang diceburi kelak tidak kira dalam bidang
professional atau sebaliknya. Pihak Politeknik perlu menekankan
kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris di dalam aktiviti harian
kelas. Pihak Politeknik juga perlu mewajibkan kepada setiap
pelajar bukan sahaja lulus dengan baik malah dapat
berkomunikasi dengan lancar dalam penggunaan Bahasa Inggeris
ini.
3. Justeru itu, diharap komen dan cadangan yang saya berikan ini
sedikit sebanyak dapat membantu menjayakan latihan industri
pada sesi berikutnya.

1

BIBILOGRAFI/RUJUKAN

Sumber: Buku

1.Buku laporan harian latihan industri

Sumber: Laman sesawang

AFIZA, N. (2021, DECEMBER 21). SEJARAH PEJABAT KEMENTERIAN PELANCONGAN. (C. P.
SONG, Interviewer)

BUDAYA, P. K. (2021, SEPTEMBER 06). SEJARAH PEJABAT KEMENTERIAN PELANCONGAN .
Retrieved from https://www.motac.gov.my/

MALAYSIA, P. P. (2017, NOVEMBER 28). VERIFIKASI STOR KERAJAAN . Retrieved from
https://ppp.treasury.gov.my/sub-topik/fail/113/muat-turun

PERLIS, P. M. (2021, OKTOBER 24). Perlis Homestay Signature Dish. Retrieved from
https://www.facebook.com/motacperlis.pejabat

ZULKIFLI, R. (2014, Februari 25). LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI. Retrieved from CONTOH
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI: https://www.slideshare.net/rizalshah94/contoh-
laporan-latakhir

Sumber: Kakitangan Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan

Budaya Perlis

1.Puan Cham Pa a/p Song (Unit Pentadbiran & kewangan)

2.Puan Mazlina Binti Mohamad (Unit Pelesenan dan Penguatkuasaan)

4.Puan Siti Norfarhana Hayatie Binti Othman (Unit kewangan)

5.Puan Aiza Ismanani Binti Kamal (Unit Pembangunan Industri)

LAMPIRAN

1

Lampiran 1: Sijil Penghargaan Program Voluntourism
1

Lampiran 2: Sijil Penghargaan Program Homsetay Signature Dish
1


Click to View FlipBook Version