MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-42 SABTU 08 JUN 2024 PIBG 2024/2025 SMK KALUMPANG 44100 KERLING, HULU SELANGOR, SELANGOR EN NAZATUL AZUWAM BIN MOHD NAZARI YDP PIBG EN YUSRI BIN YASIN PENASIHAT DATUK ROSNI BINTI SOHAR AHLI MAJLIS MARA
Isi Kandungan BIL KANDUNGAN HALAMAN 1 Sijil Perakuan Pendaftaran PIBG SEMEKAL 1 2 Falsafah,Visi dan Misi PIBG SEMEKAL 2 3 Sekapur Sireh Daripada Tuan Pengetua SEMEKAL 3-5 4 Kalam Bicara Yang DiPertua PIBG SEMEKAL Sesi 2023/2024 6-7 5 Aturcara Program 8 6 Jawatankuasa Induk & Pelaksana MAT PIBG 9-13 7 Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SEMEKAL Kali Ke-42 14 8 Notis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SEMEKAL Kali Ke-42 15 9 Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SEMEKAL Kali Ke-41 16-21 10 Senarai Kehadiran Ibu bapa dan Guru Mesyuarat AgungTahunan PIBG SEMEKAL Kali Ke-41 22-24 11 Senarai Nama Ahli Jawatankuasa PIBG SEMEKAL Sesi 2023/2024 25 12 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG SEMEKAL Sesi 2023/2024 26-29 13 Laporan Kewangan PIBG Sesi 2023/2024 30-34 14 Cadangan dan Usul PIBG 2024/2025 35 15 Program Kecemerlangan Unit Kurikulum, HEM & Kokurikulum& Unit Bimbingan dan Kaunseling & PPKI 36-38 16 Analisis SPM 2023 39-41 17 Penghargaan & Terima Kasih 42
1
MEMBANTU MENCAPAI MATLAMAT DAN OBJEKTIF YANG LEBIHGEMILANG BERDASARKAN PERANCANGAN STRATEGIK SEMEKA KHUSUSNYA DALAM BIDANG KURIKULUM, KO-KURIKULUM, DISIPLIN, BINAINSAN/ MORAL DAN KECERIAAN. PIBG SEMEKA ADALAH KOMPONEN PENTING DALAM MEREALISASIKAN WAWASAN SEKOLAH. PERANANNYA SEBAGAI PEMANGKIN KEPADA USAHA MENJADIKAN SEMEKA SEBAGAI INSTITUSI MASYARAKAT HENDAKLAH DITERJEMAHKAN MELALUI PROGRAM PENINGKATAN SEMEKA. DALAM SEMUA KEADAAN, PROGRAM DAN TINDAKAN PIBG HENDAKLAH MENJADI PELENGKAP KEPADA PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG OLEH PENTADBIR SEMEKA. MENJADIKAN PIBG SEMEKA SEBAGAI AGEN PEMBANTU KEPADA PROGRAM PENINGKATAN SEKOLAH DI SAMPING MENYEDIAKANPERHUBUNGAN YANG MANTAP ANTARA WARIS DAN SEMUA PENGURUS PENDIDIKAN. 2
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 baru-baru ini telah menyaksikan kejayaan yang sangat memberangsangkan bagi pihak sekolah. Untuk makluman semua, keputusan SPM 2023 telah melonjakkan pencapaian Gred Purata Sekolah dengan peningkatan sebanyak 0.06, iaitu dari 5.62 pada tahun 2022 kepada 5.56. Pencapaian peratus lulus juga meningkat dari 77.78 % kepada 83.33%. Tahniah kepada warga SMK Kalumpang atas kejayaan ini. Saya berdoa agar semua guru diberi ganjaran atas komitmen yang hebat dan tidak pernah mengenal erti putus asa dalam melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan. Semoga guru-guru saya juga diberi kesihatan yang baik agar terus dapat mendidik anak-anak di sekolah ini dalam usaha melahirkan lebih banyak kejayaan demi kejayaan setiap tahun demi anak bangsa kita. Saya percaya kejayaan ini juga terhasil dengan adanya usaha keras murid-murid dan guru-guru yang tidak pernah kenal erti penat. Malah kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan kerjasama yang terjalin erat antara guru-guru dan ibu bapa. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada PIBG SMK Kalumpang kerana sentiasa menyokong pihak sekolah dalam semua aspek untuk mengadakan pelbagai aktiviti demi kecemerlangan anak-anak kita sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum. Pisang sesikat gulai sebelanga, tanda muafakat bersama-sama. Kata-kata Aluan Pengetua SEMEKAL YUSRI BIN YASIN Assalamualaikum w.b.t. Bersyukur kepada Tuhan kerana kita semua dapat hadir dan menjadi sebahagian daripada tetamu majlis yang cukup bermakna ini. Kehadiran ibu bapa pada hari ini sangat saya hargai walaupun dalam kesibukan masing-masing demi kecemerlangan anak-anak. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Sekalung penghargaan juga buat Yang Berbahagia, Datuk Rosni binti Sohar kerana sudi hadir memeriahkan majlis dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Kalumpang kali ke-42 Tahun 2024. 3
Hadirin yang dihormati, Kejayaan akademik yang dikecapi oleh anak-anak seharusnya seiring dengan peningkatan sahsiah mereka. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha yang berterusan ke arah mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dalam mendukung sistem pendidikan negara, pihak sekolah terutamanya guru-guru sudah cuba yang terbaik dalam mengajar dan mendidik anak-anak supaya dapat melahirkan anak-anak yang baik lagi cerdik. Konsep Anak yang Baik Lagi Cerdik (ABC) merupakan salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan pembinaan karakter yang terkait rapat dengan disiplin, adab susila dan kesopanan yang menjadi teras kepada murid sekolah. ABC sejajar dengan aspirasi tujuh hala tuju yang menjadi tunjang KPM, iaitu menekankan aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti dalam kalangan murid. Tuan-tuan dan puan-puan, Kebejatan sosial dalam kalangan murid sekolah pada hari ini sangat menggerunkan dengan isu-isu seperti buli, gengsterisme, merokok, dadah, pergaulan bebas dan pelbagai isu moral lain yang boleh menjejaskan masa depan mereka. SMK Kalumpang juga tidak terkecuali dalam menghadapi cabaran-cabaran tersebut. Pihak sekolah akan sentiasa memastikan anak-anak kita terpelihara daripada kes-kes sebegini, namun apakan daya kami jika ibu bapa sendiri tidak mengambil cakna akan tingkah laku dan masalah anakanak. Masalah pelanggaran peraturan sekolah sangat mendukacitakan kami sebagai warga SMK Kalumpang kerana gejala ini menggambarkan bahawa murid-murid tidak menghormati undang-undang sekolah yang sepatutnya menjadi benteng agar mereka menjadi generasi yang berintegriti kelak. Masalah ponteng kelas, datang lewat ke sekolah, tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang kukuh, rambut berfesyen, membawa dan menggunakan telefon pintar masih berlaku walaupun pelbagai teguran dan tindakan telah dibuat. Tiada maknanya jika tiada kerjasama daripada pihak ibu bapa sendiri. Janganlah kita menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul, tatanglah anak seperti menatang minyak yang penuh namun janganlah sampai nanti kecil-kecil menjadi anak, sudah besar menjadi onak. Kasihkan anak ditangan-tangankan, kasihkan isteri ditinggaltinggalkan Seharusnya sebagai seorang dewasa ibu bapa wajar menjadi suri teladan yang hebat kepada anak-anak di samping mengawasi penggunaan telefon pintar serta pergaulan dan pergerakan mereka di luar rumah. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada mereka menjadi seindah warna pelangi atau terus tersesat di dalam terowong gelap. Anak-anak sebenarnya sentiasa memerlukan sokongan dan dorongan untuk menjadi manusia yang lebih baik dari sehari ke sehari kerana mereka baru setahun jagung, darah baru setampak pinang dalam membezakan antara kaca dengan permata. 4
Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibu bapa yang hadir kerana kehadiran ini menggambarkan kesungguhan tuan-tuan dan puan-puan dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak. Sekalung penghargaan juga kepada barisan AJK PIBG Tahun 2023 atas komitmen dan kerjasama yang diberi. Tahniah sekali lagi kepada jawatankuasa pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 SMK Kalumpang. Saya berdoa agar segala perbincangan dan perancangan akan memberikan kebaikan kepada semua pihak khususnya anak-anak kita. Sekian, terima kasih. TS25 merupakan satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Salah satu matlamat TS25 yang perlu dicapai pada tahun 2025 ialah mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas segala bentuk sumbangan ibu bapa dan semua pihak di luar sana kepada pihak sekolah dalam usaha melahirkan persekitaran sekolah yang ceria dan bilik darjah yang kondusif untuk anak-anak kita. Sesungguhnya, putih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga. Terima kasih ibu ayah, moga menjadi asbab kejayaan berterusan anak-anak kalian. Ibu bapa dan guru-guru yang dikasihi, Pembentukan sahsiah anak-anak bukan sekadar tanggungjawab guru-guru, namun ibu bapa dan masyarakat memainkan peranan yang sangat penting. Dalam hal ini, komitmen ibu bapa dan guru-guru sangat diperlukan dalam menunaikan hasrat kemenjadian murid secara holistik dan menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara. Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita. YUSRI BIN YASIN Pengetua SMK Kalumpang 5
Hadirin sekalian, Sesungguhnya, mesyuarat agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum. Seperti yang kita sedia maklum, tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk kita sama-sama berbincang dan berbahas berkaitan pelbagai aktiviti, program dan seumpama dengannya yang boleh kita laksanakan baik di dalam mahupun di luar sekolah. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada semua hadirin agar berbincanglah, berbahaslah dengan baik supaya hasil mesyuarat kali ini dapat membantu pihak sekolah dalam usaha untuk melahirkan modal insan kelas pertama. Semoga dengan idea-idea yang bakal dibincangkan sebentar lagi, impian untuk melahirkan generasi yang berkualiti dapat dicapai. Kata-kata Aluan Yang Dipertua PIBG SEMEKAL Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terlebih dahulu marilah kita menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan izinNya sekali lagi kita dapat berkumpul di dalam dewan ini untuk sama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Kalumpang kali ke-42 pada tahun ini. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada semua AJK pelaksana yang bertungkus-lumus bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar. Saya selaku wakil PIBG juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Rosni binti Sohar, Ahli Majlis MARA yang sudi meluangkan masa untuk hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG pada pagi ini. NAZATUL AZUWAM BIN MOHD NAZARI 6
Hadirin yang dikasihi, Akhir kata, saya mewakili seluruh barisan AJK PIBG tahun 2023/2024 ingin memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang kami memikul amanah yang diberikan ini. Mustahil untuk kami menjaga hati semua pihak. Pasti ada dalam kalangan hadirin atau pihak di luar sana yang tidak bersetuju dengan kami. Untuk itu, permohonan ampun dan maaf saya dahulukan. Semoga mesyuarat kali ini mendatangkan hasil yang bermakna kepada kita semua. Sekian, Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian terima kasih. NAZATUL AZUWAM BIN MOHD NAZARI Yang Dipertua PIBG SMK Kalumpang Hadirian yang dimuliakan, Mesyuarat pada hari ini juga adalah untuk melantik jawatankuasa PIBG yang baharu bagi sesi 2024/2025. Suka saya ingin berpesan kepada saudara-saudari, pilihlah jawatankuasa yang benar-benar mampu menyumbang sesuatu kepada pihak sekolah. Hal ini amat penting kerana mereka yang dilantik inilah yang bakal menentukan kemenjadian dan keselesaan anak-anak kita dalam proses menuntut ilmu di SMK Kalumpang. Saya juga ingin mengambil kesempatan dalam majlis ini untuk mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK PIBG tahun 2023 yang banyak memberikan kepercayaan dan membantu saya dalam menguruskan segala tugas berkaitan PIBG. Sesungguhnya jasa-jasa kalian tidak akan saya lupakan. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat pada pagi ini. Saya pasti, rata-rata dalam kalangan kita sibuk dengan kerja masing-masing. Namun, kehadiran tuan puan ke mesyuarat pagi ini jelas menunjukkan keprihatinan dan sokongan padu tuan puan terhadap kesejahteraan anak-anak. Jika terdapat isu berbangkit bolehlah diutarakan untuk kita samasama mencari jalan penyelesaian sebaiknya. Saya juga menyeru kepada ibu bapa sekalian agar jangan berhenti dalam menyumbang tenaga dan idea demi memastikan kemenjadian anak-anak di sekolah ini. Pedulikan bisikan-bisikan dan usikan-usikan negatif yang cuba menggugat semangat kita dalam menjalankan amanah. Ingat, pengorbanan kita ini akan terbalas dengan kemenjadian dan keselesaan anak-anak kita di sekolah ini. 7
ATUR CARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 42 SESI 2024/2025 08.00 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru 08.30 pagi : Kehadiran Perasmi – Datuk Rosni binti Sohar 09.00 pagi : Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis : Nyanyian Lagu Negaraku : Bacaan Doa : Tayangan Video / Montaj : Ucapan En. Nazatul Azuwam bin Mohd NazarI (YDP PIBG) : Ucapan En. Yusri bin Yasin (Pengetua SMK Kalumpang : Ucapan Perasmi – Datuk Rosni binti Sohar Ahli Majlis MARA : Penyampaian Sijil dan Hadiah Kepada AJK PIBG : Penyampaian Cenderamata Kepada Perasmi : Sesi Cabutan Bertuah 10.00 pagi : Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bermula. : Ucapan YDP PIBG : Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 41 Sesi 2023/2024 : Membentang dan Mengesahkan Laporan Tahunan : Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG Sesi 2023/2024 : Membahaskan Usul-usul yang diterima. : Pembubaran AJK PIBG Sesi 2023/2024. : Pemilihan AJK PIBG Sesi 2024/2025. : Hal-hal lain : Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG Sesi 2024/2025 : Sesi Cabutan Bertuah 12.00 tengah hari : Bersurai 8
Jawatankuasa Induk PIBG Sesi 2023/2024 PENASIHAT EN YUSRI BIN YASIN PENGETUA SMK KALUMPANG YANG DIPERTUA PIBG EN NAZATUL AZUWAM BIN MOHD NAZARI NAIB YANG DIPERTUA DR NORDIANA BINTI HAMZAH SETIAUSAHA BENDAHARI PN SITI FATIMAH SHAM BT ISMAIL PN HASLIYANA BINTI HAMZAH AHLI JAWATANKUASA PN. NORHANIM BINTI ABDUL NAIM PN. SHONETA ANAK AMEN PN. SITI ZANARIAH BINTI ZAINAL ABIDIN EN. MOHAMAD ZAINI BIN HJ MOHD BASRI EN. ZAMHARIZAD BIN SAKHIB EN. KANAGARAJA A/L ALLAGASEN EN KAMAL BIN DAHALAN EN ABU BAKAR BIN DERAMAN PN HJH NUR HIDAYANI BINTI MD HAMIN PN ANJALAI A/P APASAMY EN HAMDAN BIN MUHAMMED IDRIS JURU AUDIT EN CHAI KAU CHOON PN NOR AZLINDA BINTI JAMAL AHLI JAWATANKUASA SARANA IBU BAPA EN ATCHUTHA PILLAI A/L CHALLAPPAN PILLAI – PERALIHAN PN RUHAYU BINTI H.M. NOR – TINGKATAN 1 EN. KATHIRESAN A/L JAYAPRAGASAM – TINGKATAN 2 PN ROSNAZIRAH BINTI ZAINON – TINGKATAN 2 PN INTAN ADURA BINTI MAT AMIN – TINGKATAN 3 PN MAIRANIZA BINTI MOHAMED RASHID – TINGKATAN 4 PN SURIZA BINTI AHMAD – TINGKATAN 5 9
Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-42 JAWATANKUASA INDUK MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 42 SESI 2024/2025. Penasihat : En. Yusri bin Yasin Pengetua SMK Kalumpang Pengerusi : En. Nazatul Azuwam bin Mohd Nazari YDP PIBG Naib Pengerusi I : Dr. Nordiana binti Hamzah NYDP PIBG Naib Pengerusi II : Pn. Hjh Shamsida binti Mohd Nor PK Pentadbiran Naib Pengerusi III : En. Shukri bin Saleh PK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi IV : Pn. Haliza binti Hanafiah PK Kokurikulum Pengurus Majlis : En.Chai Kau Choon Guru Kanan Teknik & Vokasional Setiausaha : Pn. Siti Fatimah Sham binti Ismail Setiausaha PIBG Bendahari : Pn. Hasliyana binti Hamzah Bendahari PIBG BIL JAWATANKUASA BIDANG TUGAS 1. PENGURUS MAJLIS En. Chai Kau Choon • Menyelaras perjumpaan & perbincangan dengan jawatankuasa bahagian. • Memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar. • Menyediakan aturcara majlis. • Memastikan segala perancangan berjalan lancar. • Menyediakan & membentangkan laporan perjalanan MAT. • Memastikan majlis berjalan dengan lancar. JAWATANKUASA PELAKSANA 10
2 SAMBUTAN & PROTOKOL En. Yusri bin Yasin En. Nazatul Azuwam bin Mohd Nazari Dr Nordiana binti Hamzah Pn. Hjh Shamsida bt Mohd Nor En. Shukri bin Salleh Pn. Haliza binti Hanafiah Pn. Noor Jannah binti Abdul Malik Pn. Norhamimah binti Abdullah En. Chai Kau Choon En. Mohamad Sani bin Samuri • Menyambut ketibaan tetamu • Menyediakan pengawas untuk mengiringi tetamu ke tempat duduk serta melatih mereka cara menyambut tetamu. • Memastikan semua tetamu berada di tempat duduk yang disediakan. • Memastikan kedudukan tempat duduk VIP, Pengetua, YDP PIBG dan PK mengikut protokol. • Mengedar buku aturcara kepada VIP, guru dan tetamu. • Mengiringi tetamu ke dewan dan ke tempat makan. • Menyediakan buku pelawat dan tandatangan VIP. 3 JEMPUTAN PERASMI / IBU BAPA / AJK PIBG En. Mutlain bin Baharin (K) En. Khairil Anuar bin Hj Sarjidin • Menyediakan surat makluman & jemputan kepada Perasmi , Ibu Bapa, AJK PIBG. • Mengedar surat jemputan kepada ibu bapa/murid dan tetamu yang terlibat • Memaklumkan kepada AJK Jamuan dan AJK persediaan dewan tentang bilangan tetamu/ibu bapa yang hadir. • Mengesahkan kehadiran tetamu dan ibu bapa. • Lain-lain yang difikirkan perlu 4 PERSIAPAN TEMPAT & PERALATAN En. Kamal bin Dahalan (K) En. Azami bin Kasim En. Abu Bakar bin Deraman Pn. Ng Shiaw Theng Cik Sharifah Izyan binti Syed Zainal Ariff • Menyediakan satu rostrum untuk VIP di atas pentas dan menghiasnya. • Meminta pekerja pembersihan menyapu. • Meminta pekerja pembersihan mengemop pentas. • Menyediakan papan putih / marker. • Menyediakan kerusi untuk ibu bapa/penjaga. • Lain-lain yang difikirkan perlu 5 JAMUAN Pn. Azlin binti Sulaiman (K) Pn. Zabedah binti Asin Pn. Nor Erza Haslinda binti Sharani Pn. Siti Zawiah binti Ab. Aziz Pn. Noor Haslinda binti Salleh • Membuat cadangan menu dan anggaran perbelanjaan. • Mengenalpasti/menyediakan tempat makanan. • Dapatkan bilangan tetamu yang hadir daripada JK Jemputan • Menyediakan makanan untuk semua guru dan ibu bapa. • Menyediakan makanan untuk VIP di Bilik Mesyuarat. • Memastikan jamuan berjalan menepati waktu yang ditetapkan. • Memulangkan dan menyusun semula peralatan yang digunakan selepas majlis. • Memastikan kawasan sekitar bersih. • Lain-lain yang difikirkan perlu 11
6 PENDAFTARAN Pn. Iza Rahayu binti Muhamed@Ibrahim (K) Pn. Syafadzila binti Saidi • Menyediakan borang pendaftaran. • Memastikan guru-guru, ibu bapa dan tetamu mendaftarkan diri pada hari tersebut. • Memastikan pendaftaran berjalan dengan lancar. • Lain-lain yang difikirkan perlu 7 BUKU PROGRAM / BANNER Pn.Nur Hidayani binti Md Hamin (Buku Program) En. Shahrin Azwan bin Mokhter (Banner) • Menyedia, mencetak dan mengedarkan buku atur cara kepada AJK sambutan. • Menempah banner. • Memasang banner di pintu pagar utama. • Menurunkan banner dan memasang banner di dalam dewan sekolah. 8 P.A SISTEM En. Mutlain bin Baharin • Memastikan siar raya dalam keadaan baik dan mencukupi. 9 PENGACARA MAJLIS Pn. Halimah binti Anuar En. Muazli Hafiz bin A Munir • Menyediakan skrip yang sesuai. • Mengendalikan majlis supaya dapat berjalan dengan lancar. • Mengendalikan majlis penyampaian hadiah dan menyerahkan majlis kepada pengerusi sementara yang akan dilantik pada hari tersebut. • Lain-lain yang difikirkan perlu 10 BACAAN DOA En. Muhammad bin Yusoff • Menyediakan teks bacaan doa. • Membaca doa . 11 HIASAN DEWAN & PENTAS En. Shahrin Azwan bin Mokhter (K) Pn. Nur Syifa binti Omar Pn. Anjalai a/p Apasamy • Mencadangkan corak hiasan pentas. • Menyediakan dan menghias dewan bersesuaian dengan majlis • Mengemas semula pentas selepas digunakan • Lain-lain yang difikirkan perlu 12 JURUFOTO En. Rosman bin Ibrahim • Mengambil gambar –gambar sepanjang majlis berlangsung. • Memberikan gambar-gambar tersebut kepada JK Dokumentasi 13 SIJIL & HADIAH Cik Ong Hui Cheng Pn. Salleyna binti Safiee • Menempah dan menyediakan hadiah untuk cenderamata AJK PIBG. • Menaip sijil bagi AJK PIBG, dan jawatankuasa guru. • Menyediakan cenderamata untuk VIP. • Menyediakan dulang dan simpan di pejabat setelah selesai majlis. • Menguruskan penyampaian hadiah kepada semua AJK PIBG dan VIP. • Lain-lain yang difikirkan perlu 12
14 DOKUMENTASI Pn. Liyana binti Hamdan • Mendapatkan gambar-gambar dari JK Jurufoto • Menyediakan laporan program 15 TEKS UCAPAN Pn. Siti Roslini binti Muhamad (K) Pn. Siti Maisarah binti Yaacob • Menyediakan teks ucapan Pengetua, YDP PIBG dan Perasmi. • Menghantar draf teks ucapan kepada pengetua untuk disemak. • Menyediakan salinan hard copy teks ucapan dan dimasukkan ke dalam fail dan diletakkan atas rostrum ketika hari berlangsung. • Memberi satu salinan teks ucapan kepada AJK dokumentasi. 16 PERSEMBAHAN MULTIMEDIA Pn. Nur Hidayani binti Md Hamin • Menyediakan peralatan untuk persembahan. • Menyediakan persembahan multimedia yang bersesuaian dalam masa 5 minit. • Pra-tonton kepada pengetua. • Lain-lain yang difikirkan perlu. 17 KEBERSIHAN En. Azizuddin bin Zainuddin (K) En. Sauji bin Salim Pekerja Kebersihan • Menyediakan plastik sampah • Memastikan kawasan persekitaran bersih daripada sebarang sampah. • Lain-lain yang difikirkan perlu. 18 PENCATAT MINIT Pn.Nur Adibah binti Kamarudin(K) Pn. Norhayati binti Abdul Latiff LAPORAN KEWANGAN PIBG Pn. Hasliyana binti Hamzah BUKU LAPORAN PIBG Pn. Siti Fatimah Sham binti Ismail • Menjadi pencatat minit mesyuarat agung PIBG. • Menghantar draf minit mesyuarat agung kepada pengetua untuk semakan dalam tempoh tiga hari selepas mesyuarat. • Menghantar minit mesyuarat agung kepada pengetua dan SU PIBG dalam tempoh 7 hari selepas mesyuarat. • Merancang / Menyusun atur buku laporan mengikut prioriti. • Mendapatkan maklumat dan perkara yang perlu dimasukkan dalam buku laporan daripada jawatankuasa yang lain. • Menyiapkan serta menguruskan percetakan 4 hari sebelum mesyuarat berlangsung. • Mengedarkan buku laporan kepada guru dan ibu bapa. 19 CABUTAN BERTUAH / HAMPER Pn.Nor Hayati binti Ismail (K) Cik Siti Zaihasrah Anis binti Mohd Zan Pn. Noor Jannah binti Abdul Malik Pn. Norhamimah binti Abdullah En. Chai Kau Choon En. Mohamad Sani bin Samuri Pn. Norhanim binti Abdul Naim Pn. Shoneta anak Amen Pn. Siti Zanariah binti Zainal Abidin En. Mohamad Zaini Bin Hj Mohd Basri En. Zamharizad bin Sakhib En. Kanagaraja a/l Allagasen En. Atchutha Pillai a/l Challappan Pillai Pn. Suriza binti Ahmad Pn. Siti Ruhayu binti H.M Nor Pn. Intan Adura binti Mat Amin Pn. Rosnazirah binti Zainon • Mencari dana/ hamper untuk cabutan bertuah. • Menghantar surat ke syarikat-syarikat berkaitan. • Menguruskan perkara-perkara berkaitan cabutan bertuah dan hamper. • Lain-lain yang difikirkan perlu 13
Agenda MesyuaratAgung Tahunan PIBG Kali Ke -42 UcapanYang Dipertua PIBG Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ke-41 Membentang dan Menerima LaporanTahunan Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan berakhir Disember 2023 Membahaskan Usul-usul yang diterima Pembubaran AJK PIBG Sesi 2023/2024 Pemilihan AJK PIBG Sesi 2024/2025 Hal-hal lain 01 02 03 04 05 06 07 08 Ucapan Penangguhan 09 Yang Dipertua PIBG Sesi 2024/2025 14
Notis MesyuaratAgung PIBG Kali Ke-42 15
Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-41 Tahun 2023
16
17
18
19
20
21
22
23
24
JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 BIL NAMA JAWATAN 1. EN YUSRI BIN YASIN PENASIHAT 2. EN NAZATUL AZUWAM BIN MOHD NAZARI YDP PIBG 3. DR NORDIANA BINTI HAMZAH NYDP PIBG 4. PN SITI FATIMAHSHAM BINTI ISMAIL SETIAUSAHA 5. PN HASLIYANA BINTI HAMZAH BENDAHARI 6. PN HJH NUR HIDAYANI BINTI MD HAMIN AJK GURU 7. PN ANJALAIA/PAPASAMY AJK GURU 8. EN KAMAL BIN DAHALAN AJK GURU 9. EN ABU BAKAR BIN DERAMAN AJK GURU 10. EN HAMDAN BIN MUHAMMED IDRIS AJK GURU 11. EN MOHAMAD ZAINI BIN MOHD BASRI AJK IBU BAPA 12. EN ZAMHARIZAD BIN SAKHIB AJK IBU BAPA 13. EN KANAGARAJA A/L ALLAGASEN AJK IBU BAPA 14. PN NORHANIM BINTI ABDUL NAIM AJK IBU BAPA 15. PN SHONETA ANAK AMEN AJK IBU BAPA 16. PN SITI ZANARIAH BINTI ZAINAL ABIDIN AJK IBU BAPA 17. ENCHAI KAUCHOON JURUAUDIT 18. PN NOR AZLINDA BINTI JAMAL JURUAUDIT 25
Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2023/2024
Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2023/2024 Sepanjang sesi persekolahan 2023/2024, PIBG SMK Kalumpang bersama dengan pihak sekolah telah melaksanakan beberapa aktiviti sebagaimana yang dirancang. 1. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Sepanjang sesi 2023/2024, Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa secara rasmi sebanyak 5 kali. Namun begitu ada juga perbincangan tidak rasmi di antara AJK (melalui aplikasi media sosial seperti whatsapps) bagi membincangkan permasalahan-permasalahan yang dihadapi bagi melancarkan perjalanan program- program yang dirancang. Objektif Mesyuarat Jawatankuasa ialah untuk merangka program dan menilai prestasi pelaksanaan setiap aktiviti yang dilaksanakan.Ia juga bertujuan meluluskan permohonan bantuan kewangan bagi melaksanakan aktivitiaktiviti pelajar dan guru. STATUS MESYUARAT AJK PIBG SESI 2023/2024 BIL NAMA AJK TARIKH MESYUARAT 22/6/ JUMLAH 23 24/7/ 23 26/10/ 23 12/12/ 24 30/4/ 24 1 En Yusri bin Yasin √ √ √ √ X 4 2 En Nazatul Azuwam bin Mohd Nazari √ √ √ √ √ 5 3 Pn Hjh Shamsida binti Mohd Nor √ √ √ X √ 4 4 En Shukri bin Salleh √ √ √ √ √ 5 5 En. Jamshari bin Mohd Daud √ √ √ √ - 4 6 Dr Nordiana binti Hamzah √ √ X X X 3 7 Pn Siti Fatimah Sham bt Ismail √ √ √ √ √ 5 8 Pn Hasliyana binti Hamzah √ √ √ √ √ 5 9 En Mohamad Zaini bin Hj Mohd Basri √ X √ √ √ 4 10 En Zamharizad bin Sakhib √ X X X X 1 11 En Kanagaraja a/l Allagasen X X √ X X 1 12 Pn Norhanim binti Abdul Naim X X X X X 0 13 Pn Shoneta anak Amen √ √ X X √ 3 14 Pn Siti Zanariah binti Zainal Abidin √ √ √ √ √ 5 15 En Kamal bin Dahalan √ √ √ √ X 4 16 En Abu Bakar bin Deraman √ √ √ X X 3 17 Pn Hjh Nur Hidayani bt Md Hamin √ √ √ √ √ 5 18 Pn Anjalai a/p Apasamy √ √ X √ X 3 19 En Hamdan bin Muhammed Idris √ √ √ √ √ 5 20 En Atchutha Pillai a/l Challappan Pillai √ X X X √ 2 21 Pn Ruhayu binti H.M Nor √ X √ X X 2 22 En Kathiresan a/l Jayapragasam X X X X X 0 23 Pn Rosnazirah binti Zainon √ X X X √ 2 24 Pn. Intan Adura binti Mat Amin √ X √ √ √ 4 25 Pn. Mairaniza bt Mohamed Rashid X X X X X 0 26 Pn. Suriza binti Ahmad √ X √ √ X 3 26
Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2023/2024 Bil Program Tarikh Penglibatan Anjuran 1 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 41 10 Jun 2023 Semua guru PIBG 2 Program Jalinan SMK Kalumpang - GIS 15-17 Jun 2023 Semua murid tingkatan 1 Unit Kurikulum & PIBG 3 Kejohanan Merentas Desa 23 Jun 2023 Semua Guru & Murid Unit Kokurikulum & PIBG 4 Hari Penetapan Target 07 Julai 2023 Semua murid tingkatan 5 Unit Kurikulum & UBK & PIBG 5 Perkhemahan Kadet Bomba & Penyelamat 11-13 Julai 2023 Murid terpilih Unit Kokurikulum 6 Kejohanan SukanTahunan Kali ke -33 25 Julai 2023 Semua Unit Kokurikulum & PIBG 7 Bola Keranjang MSSD 11-13 Julai 2023 Murid terpilih Unit Kokurikulum 8 Perkhemahan PPIM Negeri Selangor 26-28 Oktober 2023 Murid terpilih Unit Kokurikulum 9 Perkampungan Ilmu 26-27 Oktober 2023 Semua murid tingkatan 5 Unit Kurikulum & PIBG 10 Sambutan Bulan Kemerdekaan 2 Ogos -16 September 2023 Semua murid HEM & UBK 11 Hari Apresiasi Semekal 15 September 2023 Ibu Bapa & Guru Unit Kurikulum & PIBG 12 Karnival STEM 11 September 2023 Murid terpilih Unit Kurikulum & Kokurikulum 13 Hari Sukan Negara 13 Oktober 2023 Semua murid PIBG 14 Program Sembelihan 13 Oktober 2023 Murid ting 4 & 5 Panitia Pend Islam 15 Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 13 & 14 Oktober 2023 Murid terpilih Unit Kokurikulum & PIBG 2. Aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang sesi 2023/2024 : PIBG SMK Kalumpang sesi 2023/2024 telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung terutamanya dalam memberikan bantuan dari segi kewangan bagi menjayakan program-program yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah.Antara program tersebutialah : 27
Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2023/2024 Bil Program Tarikh Penglibatan Anjuran 16 Solidarity Bersama Palestine 30 Oktober 2023 Semua murid Unit HEM 17 Program Perkampungan Ilmu 27 & 28 Oktober 2023 Semua murid tingkatan 1 Unit Kurikulum & PIBG 18 Program 2Q November - Disember Murid tingkatan 5 Unit Kurikulum 19 Majlis Graduasi SPM 14 Disember 2023 Semua murid tingkatan 5 Unit Kurikulum & PIBG 20 Warkah Inspirasi SPM 2023 15 Januari 2024 Murid tingkatan 5 Unit Kurikulum & HEM 21 Bengkel Matematik Bersama Cikgu Iwan 15 Januari 2024 Murid tingkatan 5 Panitia Matematik & Unit Kurikulum 22 Program Cakna Mkah Sejarah 12 Januari 2024 Murid tingkatan 5 Panitia Sejarah & Unit Kurikulum 23 Majlis BacaanYaasin dan Solat Hajat 25 Januari 2024 Murid tingkatan 5 Panitia Pend Islam & Unit HEM & PIBG 24 Majlis Restu Ilmu 19 Januari 2024 Murid tingkatan 5 Unit HEM & UBK & PIBG 25 Lawatan ke Myskills 6 Februari 2024 Murid terpilih Unit HEM & Kokurikulum 26 Pendaftaran Murid Peralihan & Tingkatan 1 9 Mac 2024 Guru & Ibu Bapa Unit HEM & PIBG 27 Program Sekolahku Seronok 11 Mac 2024 Semua murid Unit Kurikulum, HEM & Kokurikulum 28 Majlis Watikah Pemimpin Muda 18 Mac 2024 Murid terpilih Unit HEM & UBK 29 Program Madani 26 Mac 2024 Semua murid UBK & HEM 30 Ceramah Keselamatan Jalan raya Bersama JPJ 30 April 2024 Murid tingkatan 4 & 5 Unit HEM & Kokurikulum 28
Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2023/2024 Bil Program Tarikh Penglibatan Anjuran 31 Ceramah Keselamatan Jalan raya Bersama JPJ 30 April 2024 Murid tingkatan 4 & 5 Unit HEM & Kokurikulum 32 Program Iftar Jamaie & Khatam al-Quran 03 April 2024 Murid terpilih Panitia Pend Islam & PIBG 33 Program Masih Ada Yang Sayang 03 April 2024 Murid terpilih Panitia Pend Islam & HEM 34 Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 03 Mei 2024 Semua murid Unit HEM & PIBG 35 Sambutan HariGuru 17 Mei 2024 Semua murid KGK & PIBG 36 Majlis PenetapanTarget SPM 2024 10 Mei 2024 Murid tingkatan 5 Unit Kurikulum & PIBG & UBK 37 Program Bacalah Anakku 21 Mei 2024 Murid terpilih Bidang Bahasa 38 Program Be A Buddy Not A Bully 4 Jun 2024 Murid tingkatan 4 UBK & HEM 39 Program Kerjaya Murid bersama Giat Mara 5 Jun 2024 Murid tingkatan 3 UBK 40 Program Rescue & Protect Bersama UPSI & BOMBA 5 Jun 2024 Murid tingkatan 4 & 5 Unit HEM & Kokurikulum 41 ZiarahCakna Jan -Jun Murid terpilih &Guru HEM &UBK 42 Anugerah Kehadiran Penuh Penggal persekolahan Murid terpilih Unit HEM & UBK 43 Kejohanan Olahraga PPKI 01 Ogos 2023 Murid terpilih PPKI 44 Pertandingan e-stacking Cup 18 September 2023 Murid terpilih PPKI 45 Projek Pizzaria 17 Oktober 2023 Murid terpilih PPKI 46 Projek Keusahawanan 07 November 2023 Murid terpilih PPKI 47 Junior Master Chef 05 Disember 2023 Murid terpilih PPKI 48 Pertandingan e-Kokurikulum 28 Julai 2023 Murid terpilih PPKI 49 Program Hand On Craft Beg 18 Julai 2023 Murid terpilih PPKI 29
Laporan Kewangan PIBG Tahun 2023
Laporan Kewangan PIBG Tahun 2023 30
Laporan Kewangan PIBG Tahun 2023 31
Laporan Kewangan PIBG Tahun 2023 32
Laporan Kewangan PIBG Tahun 2023 33
Laporan Kewangan PIBG Tahun 2023 34
Usul/Cadangan Tahun 2024 BIL PEMBAWA USUL USUL / CADANGAN 1. Mutlain bin Baharin Kutipan sebanyak RM 10.00 setiap murid untuk membeli kerusi ketika program di dewan sekolah. 2. Zalila binti A. Hamid (Iman Nurhadi Hiroshi Bin Shahrul Kadri – 1 ASK) 1. Hebahan pelbagai pertandingan online kepada murid , supaya ramai berpeluang mendapat sijil yang diiktiraf KPM untuk markah PAJSK 2. Kertas peperiksaan terutamaUASA dikembalikan kepada pelajar supaya pelajar dan ibu bapa dapat tahu di mana kelemahan dan dapat memperbaikinya. 3. Mengenakan denda kepada pelajar yang tidak membalut buku teks. Banyak buku teks yang teruk keadaannya dan pelajar seterusnya terpaksa pasrah menerima buku tersebut. 3. Parames (Venoth Rao -5 Sains) Dewan sekolah terlalu panas, perlu tambah kipas, atau aircond. 4. Juleana Ahmad (Tasnim Andriahanna binti Tias Andria – 4 Akaun) Mohon pihak PIBG mengadakan kelas tambahan untuk murid-murid SMK Kalumpang terutamanya pelajar ting.4 dan ting. 5 35
PROGRAM KECEMERLANGAN – UNIT KURIKULUM BIL PROGRAM TARIKH 1 Hari PenetapanTarget 10 Mei 2024 2 Program Headcount Mac 2024-Jan 2025 3 Program KelasTambahan Berfokus April 2024-Nov 2024 4 Program LatihtubiTerancang Mac 2024-Nov 2024 5 ProgramTeknik Menjawab Mei 2024-Nov 2024 6 Program Perkampungan Ilmu Perdana Ogos 2024 7 Lawatan Ilmu ke Menara Gading Oktober 2024 8 Program Bina Jati Diri Mac 2024-Dis 2024 9 Program Ziarah KasihAkademikTerbilang Mac 2024-Dis 2024 10 Program 2Q Sept 2024 –Nov 2024 11 Hari Graduasi Oktober 2024 12 Program Jalinan Semekal dan Garden Internasional School (GIS) 11-14 Jun 2024 13 Hari Interaksi Semekal Ogos 2024 14 Hari Apresiasi Semekal Julai 2024 36
PROGRAM KECEMERLANGAN – UNIT HAL EHWAL MURID 37
PROGRAM KECEMERLANGAN – UNIT KOKURIKULUM 38
Analisis Peperiksaan SPM 2023
ANALISIS PEPERIKSAAN SPM – 2023 39
ANALISIS MATA PELAJARAN 40
ANALISIS MATA PELAJARAN 41
Sesungguhnya, tiada kata secantik bahasa yang dapat diungkapkan bagi merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SEMEKAL Kali Ke-42 Tahun 2024/2025 Terutama buat Datuk Rosni binti Sohar Ahli Majlis Mara En Yusri bin Yasin Pengetua SMK Kalumpang En Nazatul Azuwam bin Mohd Nazari Yang Dipertua PIBG Serta Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Barisan Penolong Kanan, Guru-guru, Ibu Bapa dan Anggota Kumpulan Pelaksana Di sini ada tangisan, ada perjuangan, ada luka, ada tawa, bahagia dan rindu... Dan itu semualah yang memberatkan ketika kita harus berpisah... 42 PENGHARGAAN