The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by munirahhashim, 2021-06-04 18:55:50

LELAKI PELINDUNG CINTA

LEGASI ABAH

Keywords: LA1

JUN 2021 EDISI KHAS

Jun 2021 Edisi Khas

LELAKI PELINDUNG CINTA

Jun 2021 Edisi Khas

LELAKI PELINDUNG CINTA

Legasi Abah #LA1

LENTERA CINTA

Nurul Asyikin Ngadiso

Malam itu, aku tidak sabar menanti
kepulangan suami ke rumah.
Sebaik-baik sahaja suami tiba, aku
santuni dengan hidangan makan
malam seperti biasa. Usai makan
malam dia berehat sambil
menonton televisyen, aku dekati
dan menghulurkan sampul coklat
yang aku terima siang tadi.

Suami mengambilnya sambil
memandangku hairan.

PINJAMKAN AKU WAKTU

Adiwisata

"Kenapa bapak tidak pernah
mengambil aku balik dari sekolah?"
Soalan ini tiba-tiba muncul dalam
kotak mindaku. Apabila aku melihat
kesungguhan ibu bapa yang lain
datang mengambil anak mereka
dari sekolah, hatiku berdetik rasa
cemburu. Lantaran rasa cemburu itu
satu idea 'nakal' tiba-tiba singgah
dalam benakku tidak semena-mena.

RINDU YANG TIDAK TERUNGKAP

Ainal Marhaton Abd Ghani

"Jangan hidup seperti menongkat
langit. Sesekali pandanglah rumput
di bumi. Kita ni hidup bukan lama
pun." Sesekali cik menitipkan kata-
kata untuk anak-anaknya.

"Dengar cakap cik tu. Kita bukannya
orang kaya dan berharta. Dah
kahwin nanti pandai-pandailah
bawa diri. Hidup jangan susahkan
suami dan anak-anak," sambung
mak.

PAHLAWAN SUNGAI

Az Fauzi

Ayah cuba meminta bantuan pihak
berkuasa tetapi mereka gagal
dihubungi. Tanpa bertangguh, ayah
menukarkan kain pelekat dengan
seluar track. Lampu suluh di kepala
ayah pakai kemas-kemas. Ayah
nekad untuk pergi menyelamatkan
Ajis suami isteri bersama dengan
tiga anak kecil mereka.

WIRA DI MATAKU

Begum Irdawati

"Berdosakah seorang anak

melupakan ayahnya?"

Mata lelaki kacak itu berkaca-kaca.

Pandangannya dilepaskan

menembus dinding Dewan Besar

Hotel Royale Chulan yang menjadi

tempat pertemuan kami.

Seorang lelaki yang ditinggalkan

bapanya sejak kecil akibat konflik

rumahtangga.

"Saya cuba hubungi ayah. Tapi

dia tidak mahu jumpa saya.

"Berdosakah saya?"

SEHARUM KENANGAN

Bushro Ali

"Antara dua bahagian ni, yang mana boleh
habis?" tanya ayah setelah saya
membahagikan nasi itu kepada dua
bahagian.
"Yang ni." Saya menunjukkan bahagian yang
sebelah kanan.

"Makan yang ni dulu," ayah menunjukkan
nasi yang di bahagian kiri.

"Habis dah," saya katakan kepada ayah
sambil bangun untuk basuh tangan, setelah
habis makan bahagian itu.

"Makan bahagian itu pula.Tadi kata
bahagian ini boleh makan habis." Ayah
menunjukkan bahagian kanan yang
sayaberjanji boleh habiskan.

SUNGGUH AKU RINDU

Halijah Mahmud

Allah menguji pak sebaik tiba di kota
Mekah. Pak hilang di KOta Mekah.
Hampir tiga minggu kami tidak dapat
menghubungi pak. Puas kami menjejaki
pak dengan pelbagai cara.

Beberapa kali kami naik-turun pejabat
Tabung Haji Kuala Kangsar. Malah kami
turut menghubungi maktab 25 di
Mekah melalui nombor telefon yang
diberi.

SAYANG SI MANJA

Haryatun Harun

'Sampai hati abah, tergamak
membiarkan sahaja aku menangis
dan berlapar sampai tertidur hingga
ke pagi,' fikirku.

Aku benar-benar berkecil hati
dengan abah. Kalau tidak dapat
memenuhi permintaanku sekalipun,
abah boleh sahaja memberikan
pelbagai alasan kepadaku.

KASIH ABAH

Irma Arifa

Abah mula risau. Emak telah

kehilangan banyak darah. Darah

yang keluar berketul-ketul pada

awalnya disangkakan darah haid

biasa, berlarutan berhari -hari

menyebabkan keadaan emak lemah

dan tidak bermaya. hasil

pemeriksaan doktor ada

ketumbuhan fibroid dalam rahim

mak.

ITU SAJA?

Jahanifah Matzain

"J, aku mimpi, kamu dah sampai ke
tebing." Ayah bersuara sebaik sahaja
dia duduk di sofa. Nampak benar ayah
tidak sabar untuk memberitahuku. Ada
nada kelegaan dalam kata-katanya.

"Sampai ke tebing? Maksudnya apa
ayah?"

"Ujian kamu ni, sudah sampai ke
hujung. Belumlah naik ke tebing. Tapi
airnya sudah setakat dada. Tak lemas
dah."

BUKIT BESAR SEBESAR IMPIAN ABAH

Jamaliah Abu

Petang itu abah bergegas pulang
dari kedai. Sambil tersenyum abah
mengambil surat dari koceknya.
berubah air muka emak. Surat yang
dinanti-nanti oleh abah. Waktu itu
aku tidak mengerti apa-apa.

Sambil makan abah terus
merancang perjalanan kami. Emak
tidak berselera, duduk kaku di
pangkin dapur sambil mengesat air
mata. Minggu depan bermula era
baharu dalam hidup kami.

SATRIA ILMU

Khairun Najmiah

"Sedapnya bau, abah masak telur dadar
kelapa ye?" aku menyapa abah yang
sedang memasak di dapur.

"Ya, telur goreng dadar kelapa dah siap.
Abah nak buat sambal tempe dengan
cekur pulak."Jawab abah yang buat aku
tak sabar nak makan.

Abah memang pandai masak. Antara
menu istimewa abah ialah sambal cili
padi sotong, telur ikan tenggiri goreng
dan sambal goreng jawa.

SETENANG AIR

Munirah Hashim

"Ayah kena pakai tiub dan beg untuk
buang air."Ujar suamiku tatkala
menjawab panggilan telefonku.

"Doktor cakap apa? Kenapa ayah tak
boleh buang air?" soalku kembali.

"Tak pasti, tengok dulu beberapa hari ni
bagaimana. Kalau tak elok juga kena
rujuk ke hospital."

KAMI INSAN BIASA

Nik Hazlina Nik Hussain

"Nak sihat macam mana. Gewe kita
tak dok doh,"rintih wae kurang
bersemangat.

"Anak menantu doktor,tapi tak
dapat tahu awal sakit gewe kita."
Maklum wae kepada Doktor Aiman,
penuh kecewa.

Terlalu awal cik meninggalkannya.
Saya faham akan perasaan wae,
masih tidak dapat menerima
kenyataan.

MEMORI LUKA

Noor Farahida Kamel Shah

Ada perasaan yang tiba-tiba muncul.
Tiba-tiba membuatkan aku teringin.

Teringin berlari memeluk abah ketika
dia pulang dari kerja.

Teringin bermain teka-teka hadiah
istimewa daripada abah apabila tiba
hari jadi aku. Agaknya kalau abah
masih ada, apa sajalah yang akan dia
belikan untu aku.

Teringin keluar berdua berjalan-jalan
dengan abah sambil bersembang
tentang hal apa-apa saja.

RESTUI AKU

Noor Lela Osman

"Duduk depan bapak, cakap kat bapak

tu,"arah mak. Aku memandang muka

mak kehairanan, nadanya

mendebarkan aku. Keras!

Hendak cakap apa ni, malam tadi dah
pakat, mak sebagai pembuka kata
merangkap memujuk bapak. Saat akhir
ini pula mak menukar stratergi.
Bercelaru fikiranku.

HARUMAN CINTA ABAH

Noorwisma Shaari

"Saya merayu pada makcik.
Tolonglah balik. Biar malam ini
emak saya yang menjaga abah.
Emak saya datang dari kampung.
Dia sedih dan penat. Tolong jangan
ganggu keluarga kami." Aku
mengetap bibir. Kukendurkan suara
menahan marah yang menyala.

"Makcik ngak bisa kembali tanpa
abang. Makcik mahu jaga abang.
Apalagi hari sudah malam. Makcik
takut."Dia masih bertahan dengan
pendiriannya.

SURI TELADAN

Norhaida Ahmad

Sejak kecil Khadijah telah

didedahkan dengan dunia

perbukuan. Hampir setiap minggu

insan bernama ayah tanpa jemu

membawa gadis kecilnya ke

perpustakaan di bandaraya Johor

Bahru. Dulu kami tidak mampu

untuk membeli buku sebagai

nbahan bacaan Khadijah. Ayahnya

yang memang gemar membaca

membawa Khadijah ke

perpustakaan seawal usia tiga

tahun.

MEMORI MENJALA UDANG

Noor Hiyah Mohd Noor

Kali pertama aku melihat abah
menebarkan jalanya, aku begitu takjub
sekali. Jala yang abah tebar sangat
kembang. Setiap kali abah menebar
jala pasti akan ada hasilnya.

Setelah hampir setengah jam menjala,
kami telah mendapat sebesen udang
galah dan juga ikan. Aku sangat teruja
melihat udang galah yang besar
dengan sepitnya yang berwarna biru.

TANPA KETEGASANMU SIAPALAH AKU

Norlita Ishak

Ayah sangat serius dalam bab
pelajaran. Tiada sesi menonton
televisyen pada hari-hari sekolah.
Jadual harian kami, ayah telah
tampalkan elok-elok pada dinding.

Apa yang pasti jadual kami itu
lengkap dengan kesemua mata
pelajaran, waktu bermain, mengaji
dan menonton televisyen.

ILMU IQRA' AYAH

Norwati Md Zain

"Nak bahagia bacalah apa yang kita
suka." Itu pesannya berkali-kali.

"Hah, bahagia ke dengan
membaca?" Usia kanak-kanak
sememangnya aku tidak mengerti
maksud ayah.

"Habis bila periksa dapat nombor

satu, dua dan tiga itu tak seronok

lagi? Bahagialah tu."Ayah

memahamkan aku.

BAHAGIA CARA KITA

Nurin Safiyah Mohd Hussain

"Nampak tu, ayah gembira sangat
kakak dapat masuk asrama. Kakak
belajar betul-betul ya, ayah tu sanggup
berjimat cermat semata-mata nak
kumpul duit untuk kakak masuk
sekolah asrama ni. Macam-macam ayah
belikan untu kakak." Kata ummi padaku
ketika kami membeli barang persiapan
keperluanku.

Allahu, terasa sebak di dada.

APRESIASI CINTA

Nur Aida Basir

Sesekali rindu datang bertamu, saat
mengingatkan kenangan bersama
adik-beradik. Sehingga aku digelar
sebagai "anak ayah" oleh adik-
beradik. Setiap kemahuanku, pasti
ayah ikuti. Aku memang anak
manja. Kalau tersentap, pastinya
ayah datang memujukku. Kata-
katanya, membuatkan hatiku
mudah sejuk dan tersentuh.

MULIANYA HATIMU PAPA

Nur Kareelawati Abd Karim

"Biar miskin, tapi berilmu." Inilah
falsafah papa.

Bakat papa sebagai seorang
pendidik tidak hanya dimanfaatkan
di sekolah. Papa juga merupakan
guru kepada mama. Mama dilatih
sehingga menjadi seorang pendidik,
berkhidmat untuk keluarga dan
masyarakat.

DIA YANG PERGI TETAP DI HATI

Nurdiana Saad

Abah tidak mudah melepaskan marah,
jauh sekali naik tangan. Pandangannya
sudah cukup menjelaskan apa yang dia
tidak suka. Abah juga tidak gemar
memanjangkan cerita.

Andai kepercayaannya digugat, abah
tidak akan lagi menyerahkan amanah
kepada orang itu. Biarpun kecewa abah
tidak melenting. Abah masih mahu
menjaga keadaan agar tiada hati yang
tercedera.

KAU SEGALANYA

Rajiah Hasan

"Yah, cepat. Selamatkan adik!" Suara
ayah dalam keadaan cemas.

Aku terpempan. Aku berada dalam
kereta kami yang remuk. Kucuba
mengumpul kewarasan fikiran.

Tiba-tiba terlihat adikku Rislah yang

berusia dua tahun, dalam keadaan

keliru. Kami terkebil-kebil

berpandangan. Pantas kusambut

tangan kecilnya dan merangkak

keluar melalui tingkap yang pecah.

TERIMA KASIH AYAH

Rohibah Husain

Kami sekeluarga hanya akur dengan
keputusan ayah. Sekurang-kurangya
di felda ini ayah memiliki rumah
sendiri serta ladang untuk
diusahakan berbanding semasa di
kampung. Ayah hanya bekerja di
sawah dan kebun getah milik orang.

Ladang sawit itulah medan ayah
kini. Pepohon sawit itu dijaga
dengan baik sehingga besar dan
mengeluarkan hasilnya.

AKU ANAK CIKGU SAAT

Roslimah Saat

Nama abah Saat bin Basrun. Orangnya
tiggi dan segak. Berwajah tampan dan
sering tersenyum. Berdahi luas dan
hidungnya mancung antara daya
tarikan pada abah. Abah seorang yang
peramah dan penyayang. Maka tidak
hairanlah abah disenangi ramai.

Abah dikenali sebagai Cikgu Saat oleh
orang kampungku. Dalam kalangan
anak buahnya abah dipanggil Pak Ngah
kerana abah ialah anak kedua.

ABAH YANG SANGAT KUSANJUNGI

Rosmila Abdul Kahar

Abah prinsipnya tidak suka
menyusahkan anak. Kalau boleh
semua hendak dibuat sendiri. Kerusi
patah, lampu terbakar, baju koyak
semua abah boleh baiki. Pergi klinik
ambil ubat pun hendak buat sendiri.
Abah memandu sendiri ke sana.

BICARA KERAMAT

Rusdi Abdullah

Sejak kecil lagi ayah berstatus anak
yatim. Sudah pastilah beban
emaknya yang beranak tujuh itu
sangat berat. Kakaknyalah tempat
ayah banyak bermanja.

Sungguhpun digelar anak manja,

Ayah seorang perantau yang

tangguh. Pada usia 14 tahun, anak

bongsu yang manja itu merantau

meninggalkan kampung

halamannya di Kampar Sumatera.

AJAIBNYA CINTA

Silawati Abdul Rashid

Mungkinkah si enggang dan si pipit dapat
terbang bersama? Ayah orang bandar Johor
Bahru yang lengkap serba serbi. Sedangkan
mak hanya gadis kampung yang
bergelumang dengan lumpur sawah. baju
comot dipalit susu getah dan mandi di parit
yang payau airnya.
"Kalau Kiah berkenan dengan Rashid, abah
ikut sahaja. Nampak bersungguh benar dia
nakkan kau Kiah. Sanggup dia datang ke
kampung berjumpa kami".

LELAH NAFASMU SEMANGAT JUANGKU

Zaharah Desa

"Busuk tak bau ayah?" gurau ayah
dengan senyuman.

Ayah bekerja mengambil upah
memikul guni getah beku di Pusat
Pengumpulan Getah di Felda
Kampung Awah. Ia kerja sambilan
ayah di sebelah petang selepas
pulang dari ladang kelapa sawit
pada waktu pagi.

NASKHAH RINDU

Zainab Khairi

Menjadi anak seorang ustaz memang

banyak cabarannya. Serba serbi

dipandang orang kampung. Abah kata,

kita menjadi contoh kepada orang lain.

Selangkh kaki keluar dari rumah,

seumpama membawa maruah

keluarga.

Abah pernah menjadi tajuk perbualan
hangat orang kampung satu ketika
dulu. Keputusannya menghantar semua
anaknya ke sekolah aliran agama
dikatakan tidak cerdik.

JUN 2021 EDISI KHAS


Click to View FlipBook Version