The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Wadah Informasi SMKKAP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by munirahhashim, 2021-06-08 23:06:11

Buletin Kayro

Wadah Informasi SMKKAP

BIL 1 JANUARI 2021

SMK KAYU ARA PASONG

Buletin Bulanan SMK Kayu Ara Pasong

TAJUK
BERITA

Persiapan awal PERSIAPAN PEMBUKAAN
persekolahan SEKOLAH

MUKA 1 UNIT MEDIA SMKKAP

Kepatuhan terhadap SOP 20 Januari 2021 merupakan hari pertama sesi
persekolahan bagi tahun 2021. Namun
MUKA 2 & 3 pembukaan sekolah pada tarikh tersebut hanya
untuk pelajar tingkatan 5 sesi 2020.
Teratak TS25
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah
MUKA 4 & 5 melakukan persiapan bagi mengalu-alukan
kehadiran pelajar
Jalinan Mesra PIBK
SMKKAP

MUKA 6

Jualan buku & peralatan
seolah

MUKA 7

Sekolah Ceria Sekolah
Kondusif

MUKA 8 & 9

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KEPATUHAN TERHADAP KAYRO DIHATI
SOP

Disebabkan negara masih
berdepan dengan pandemik
Covid-19, pematuhan terhadap
SOP sangat dititikberatkan bagi
mengelakkan penularan dalam
kalangan warga sekolah.
Sehubungan dengan itu, pihak
sekolah telah memastikan
keadaan sekolah kondusif dan
bersedia memulakan sesi PDPC
bersama pelajar tingkatan 5
sesi 2020 dengan memastikan
semua aspek yang mematuhi
SOP mengikut garis panduan
KPM. Tahniah dan syabas
diucapkan kepada guru-guru
yang komited dalam
melaksanakan tugasan.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KAYRO
DI HATI

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

TERATAK TS25 KAYRO
DI HATI

Teratak TS25 ini ialah cetusan idea

daripada Puan Pengetua, Puan

Sanisah binti Miskam. Ia merupakan

salah satu projek naiktaraf

infrasturktur di SMK Kayu Ara

Pasong.

Pembinaan bermula ketika cuti
sekolah dan telah siap sepenuhnya
akhir Januari. Hasil sentuhan
sepenuhnya oleh guru dan staf
sokongan lelaki SMK Kayu Ara
Pasong ini nyata mempunyai nilai
seni yang mempersona.

Syabas dan tahniah kepada tenaga
kerja teratak ini sehingga tesergam
indah dan siap dimanfaatkan oleh
semua warga SMK Kayu Ara Pasong.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KAYRO
DI HATI

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

JALINAN MESRA PIBK KAYRO
SMKKAP DI HATI

5 Januari 2021

PIBG/PIBK SMKKAP dengan kerjasama
Penyelaras 4k, staf serta sukarelawan
PIBK SMKKAP telah melaksanakan
program menceriakan taman dan dewan
SMKKAP.

Kehadiran YDP PIBG, En Mohd Ruzmi
bin Hj Rufie dan Puan Pengetua Pn
Sanisah binti Miskam ternyata memberi
semangat kepada kami semua untuk
terus menceriakan SMKKAP.

Suasana sekolah yang kondusif dan
ceria pasti akan menaikkan semangat
pelajar untuk hadir ke sekolah.

Semoga usaha dan kerjasama yang erat
ini berkekalan dalam menjana
kecemerlangan SMK Kayu Ara Pasong.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

JUALAN BUKU DAN KAYRO
PERALATAN SEKOLAH DI HATI

12 Januari 2021

Koperasi SMK Kayu Ara Pasong Berhad
telah mengadakan jualan buku dan
keperluan peralatan persekolahan bagi
memulakan sesi persekolahan 2021.

Seringgi-tinggi penghargaan buat ibu
bapa dan penjaga yang sangat memberi
kerjasama dan mematuhi SOP
sepanjang proses jual beli tersebut.
Syabas dan tahniah. Kerjasama semua
pihak membolehkan aktiviti jualan
tersebut berjalan dengan lancar.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

SEKOLAH CERIA SEKOLAH KAYRO
KONDUSIF DI HATI

Januari 2021

Warga KAYRO begitu komited melaksanakan
projek menceriakan kawasan sekolah sebelum
sesi persekolahan secara bersemuka bermula.

Menampilkan imej lebih ceria dengan
menonjolkan warna-warna ceria sempena sesi
persekolahan 2021.

Cetusan idea tersebut adalah bertujuan untuk
membangkitkan semangat dan minat murid
untuk belajar selain menyediakan suasana
pembelajaran yang lebih kondusif dan menarik.

Aktiviti keceriaan ini dilakukan sebelum sesi
persekolahan bersemuka bermula. semoga
murid-murid KAYRO bersemangat untuk
menghadapi sesi pembelajaran dengan suasana
sekolah yang lebih segar dan indah.

Lebih banyak lagi perkongsian berkenaan
keceriaan di buletin edisi khas Keceriaan
KAYRO

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KAYRO
DI HATI

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

PEMANTAUAN PERSEDIAAN KAYRO
PEMBUKAAN SEKOLAH DI HATI

19 Januari 2021

Pada 19 Januari, Tuan Hj Anuar bin Sukiran
(Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor
Pengurusan Sekolah) telah hadir ke SMK KAyu
Ara Pasong untuk pemantauan persediaan
pembukaan sekolah.

Antara lokasi lawatan ialah kelas-kelas, Bilik
Rawatan, Bilik Seri Ara, dan Bilik Transformasi.
Hasil pemantauan tersebut, sekolah didapati
telah bersedia untuk menerima kehadiran
murid pada 20 Januari 2021 dalam suasana
norma baharu.

Kelas-kelas telah dilengkapi dengan Maklumat
berkenaan dengan SOP, meja kerusi disusun
mengikut jarak fizikal yang ditetapkan serta
berlabel. Laluan keluar masuk ditanda dan
cecaair pembasmi kuman turut disediakan.
begitu juga dengan bilik-bilik khas telah
dilengkapi sesuai dengan keperluan sesi
persekolahan norma baharu.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

PEMANTAUAN HARI KAYRO
PERTAMA SESI DI HATI

PERSEKOLAHAN OLEH
PEGAWAI PPD PONTIAN DAN
TUAN INSPEKTOR MUKHRIZA

(PEGAWAI PERHUBUNGAN
SMKKAP)

20 Januari 2021

Pihak PPD Pontian bersama Tuan Inspektor
Mukhriza turut meluangkan masa untuk
melakukan pemantauan pada hari pertama sesi
persekolahan bermula.

Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan
kelancaran sesi persekolahan secara bersemuka
dalam suasana norma baharu.

sesi persekolahan berjalan lancar di mana
seluruh warga KAYRO begitu komited memauhi
SOP yang telah ditetapkan bagi mengekang
penularan virus Covid-19.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KAYRO
DI HATI

BIL 2 FEBRUARI 2021

SMK KAYU ARA PASONG

Buletin Bulanan SMK Kayu Ara Pasong

TAJUK
BERITA

Segalanya Pandu Lalu SEGALANYA PANDU LALU

MUKA 1 & 2 UNIT MEDIA SMKKAP

Sayonara En Harmali & 2021 ternyata merupakan antara tahun mencabar buat seluruh
Pn Rohati warga dunia akibat Pandemik Covid-19.

MUKA 3 & 4 Cabaran ini turut di rasa oleh warga KPM di mana sekolah
terpaksa ditutup dan sesi pembelajaran pula dilakukan secara maya.
Program Kecemerlangan
ting 5 Sehubungan dengan itu, bagi memastikan semuanya berjalan
lancar, dan murid-murid dapat menjalani kelas PDPR dengan
MUKA 5 & 6 kelengkapan yang cukup, pihak sekolah telah mengambil inisiatif
untuk mengagihkan Mdul Pembelajaran, dan Buku teks secara
Sumbangan kepada "Pandu Lalu" bermula 1 Februari sehingga 7 Februari.
Calon SPM 2020
Jualan peralatan sekolah oleh koperasi juga turut dilakukan
MUKA 7 & 8 secara "Pandu Lalu". Kaedah ini dilaksanakan sebagai salah satu
langkah mengekang penularan viru Covid-19 dengan kepatuhan
Sanitasi Dewan terhadap SOP.
Peperiksaan

MUKA 9 & 10

Solat Hajat Perdana

MUKA 11 & 12

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KAYRO
DI HATI

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

SAYONARA EN HARMALI KAYRO
DAN PN ROHATI DI HATI

4 Februari 2021

Tahniah diucapkan kepada Puan Rohati yang
akan meneruskan perkhidmatan di SMK Dato'
Ali Hj Ahmad sebagai Penolong Kanan
Pentadbiran, Tahniah juga buat Encik Harmali
yang bergerak ke SMK Benut selaku GPK
Kokurikulum.

Kehilangan yang pasti dirasai kerana bakti dan
khidmat mereka masih diperlukan. Namun
takdir Allah adalah yang terbaik. Semoga terus
cemerlang di tempat baharu.

Dalam pada terkejut dengan berita
perpindahan insan hebat ini, warga KAYRO
berkesempatan mengadakan majlis ringkas
dengan hanya melibatkan guru-guru yang
bertugas di sekolah dalam suasana yang
sederhana dan mematuhi SOP. Majlis turut
diserikan dengan kehadiran Tn Hj Khalid GPK
Pentadbiran yang baru.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KAYRO
DI HATI

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

PROGRAM KECEMERLANGAN KAYRO
SPM 2020 DI HATI

Jan - Februari 2021

Umum mengetahui Peperiksaan SPM 2020
mencatat sejarah apabila terpaksa ditunda
sehingga ke hujung bulan Feb 2021 berikutan
situasi Pandemik Covid-19 yang melanda
seluruh negara.

Sehubungan dengan itu, masa yang ada
digunakan sebaiknya dengan pelbagai program
kecemerlangan yang diatur bagi membantu
calon-calon SPM 2020 membuat persiapan
akhir sebelum menjelangnya SPM.

Antara program yang dijalankan ialah Kelas
hikmah, Gerak Gempur, Program JKD BI,
Taklimat UPU oleh Kaunselor dan Program
Bacaan Yassin.

Semoga dengan usaha yang dilakukan ini dapat
membantu calon SPM 2020 menghadapi
peperiksaan SPM dengan mudah dan lancar.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KAYRO
DI HATI

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

SUMBANGAN KEPADA CALON KAYRO
SPM 2020 DI HATI

Februari 2021

Beberapa pihak telah hadir ke sekolah untuk
menyampaikan sumbangan kepada calon-calon
SPM 2020. Syukur dengan nikmat dan rezeki
yang diberikan.

Antara pihak yang menyumbang ialah Skuad
SRCC Parlimen Pontian yang menyumbang
'Face Shield' dan 'Hand Sanitize' pada 17
Februari. Turut menyumbang pada hari yang
sama ialah Pengerusi Penyelaras Khas Dun
Pulai Sebatang (Ustaz Abdullah bin Husin)
dengan sumbangan cek bernilai RM500,
'banner untuk calon SPM'dan edaran panduan
menunaikan solat hajat kepada calon.

Pada 18 Februari pula sumbangan alat tulis
kepada calon SPM datang daripada pihak
BERSATU bahagian Pontian.

Persatuan Mahasiswa Pontian turut memberi
sumbangan bekalan makanan kepada calon
SPM. Terima Kasih atas sumbangan yang
diberikan.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KAYRO
DI HATI

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

SANITASI DEWAN KAYRO
PEPERIKSAAN DI HATI

13 Februari 2021

Program Sanitasi Dewan Peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia 2020 dalam Parlimen
Pontian Anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi
Komuniti Parlimen Pontian dengan kerjasama
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian.

SMK Kayu Ara Pasong telah disanitasi pada 13
Februari bermula jam 10 pagi. Antara lokasi
yang disanitasi ialah, kawasan dewan
peperiksaan, pejabat dan kantin.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas
inisiatif yang diambil dalam mencegah
penularan virus Covid-19.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KAYRO
DI HATI

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KAYRO
DI HATI

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

SOLAT HAJAT PERDANA KAYRO
DI HATI
18 Februari 2021

Majlis Solat Hajat Perdana serentak di 11 buah
masjid dan 3 buah sekolah menengah iaitu SMK
Ayer Baloi, SMK Kayu Ara Pasong di DUN Pulai
Sebatang untuk calon-calon SPM 2021 telah
dilaksanakan pada 18 Februari di masjid-masjid
yang terlibat selepas waktu Maghrib.

Serentak dengan itu juga turut dijalankan
majlis Bacaan Yassin Perdana calon-calon SPM
bersama ibu bapa penjaga SMK Kayu Ara secara
maya selepas waktu Isya'.

Majlis telah berjalan dengan lancar dan semoga
anak-anak calon SPM 2020 diberi kemudahan
sepanjang menjawab soalan SPM.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KAYRO
DI HATI

BIL 3 MAC 2021

SMK KAYU ARA PASONG

Buletin Bulanan SMK Kayu Ara Pasong

TAJUK
BERITA

Simulasi Pembukaan Sekolah SIMULASI PEMBUKAAN SEKOLAH
MUKA 1 & 2
UNIT MEDIA SMKKAP
Jasamu Dikenang "wak Lan"
MUKA 3 & 4 Bagi memastikan hari pertama sesi persekolahan secara
bersemuka, warga sekolah yang terdiri daripada guru-
Majlis Penghargaan Unit guru telah mengambil inisiatif untuk merakam video
Pengawas 'Simulasi Pembukaan Sekolah'.
MUKA 5 & 6
Video ini bertujuan untuk memberi gambaran jelas
Penyampaian Hadiah Hari kepada murid-murid berkenaan dengan SOP yang perlu
Pengasas Pengakap dipatuhi sepanjang mereka berada dalam kawasan
MUKA 7 & 8 sekolah semasa sesi pembelajaran.

Minggu PPDa Antara SOP yang dirakam ialah, SOP masuk ke
MUKA 9 & 10 kawasan sekolah, SOP waktu rehat dan di kantin, SOP
ketika di tandas, serta SOP ketika waktu pulang ke
CPD Penulisan RPH Berkesan rumah.
MUKA 11 & 12
Video tersebut telah dimuatnaik di 'channel' youtube
Majlis Sanjungan Budi dan facebook sekolah.
Kilauan Bakti
MUKA 13 & 14

Gotong- royong Perdana
MUKA 15 & 16

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KAYRO
DI HATI

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

JASAMU DIKENANG KAYRO
"WAK LAN" DI HATI

4 Februari 2021

4 Februari merupakan hari terakhir Encik
Ramlan atau lebih mesra disapa dengan nama
Wak Lan berkhidmat di SMK Kayu Ara Pasong.

Seorang yang sangat mudah memberi
pertolongan dan ramah dengan semua orang,
membuatkan agak berat untuk melepaskan
Wak Lan pergi.

Namun setiap yang bermula pasti ada
dengan
pengakhiran. Begitu juga
sampai ke
perkhidmatan Wak Lan, sudah

penghujungnya.

Semoga Wak Lan terus ceria dan gembira
menikmati alam persaraan bersama isteri di
rumah. Doa kami buat Wak Lan agar diberikan
kesihatan dan sentiasa dalam rahmat dan kasih
sayang Allah SWT.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KAYRO
DI HATI

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

MAJLIS SEKALUNG KAYRO
PENGHARGAAN UNIT DI HATI
PENGAWAS SMKKAP 2020

4 MAC 2021

Majlis Sekalung Penghargaan Unit Pengawas
SMKKAP telah dijalankan pada 4 Mac 2021.
Majlis ini bertujuan untuk menghargai
pengawas-pengawas tingkatan 5 yang telah
menjalankan tugas mereka dengan baik.

Majlis dihadiri oleh barisan pentadbir sekolah,
guru-guru pengawas dan pengawas tingkatan
5.

Semoga anak-anak ini terus cemerlang dunia
dan akhirat. Ilmu kepimpinan yang dipelajari
sepanjang bergelar pengawas di SMK Kayu Ara
Pasong diharap dapat menjadi asas kepada
pembentukan peribadi mereka.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KAYRO
DI HATI

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

PENYAMPAIAN HADIAH KAYRO
PEMENANG HARI PENGASAS DI HATI

PENGAKAP DAERAH
PONTIAN (10 MAC 2021)

22 Februari merupakan Hari Pengasas
Pengakap. Sempena hari tersebut, pelbagai
pertandingan telah dijalankan, Antaranya ialah
Pertandingan Mewarna, Kolaj, Kostum Lencana
Pengakap Muda dan Pengakap Remaja.

Ahli Pengakap SMK Kayu Ara PAsong telah
mendapat tempat kedua dan ketiga dalam
pertandingan Kostum Lencana Pengakap
Remaja.

Tahniah dan syabas buat Amim Natasha binti
Norshahimi dan Muhammad Aiman Najmi bin
Hairul Azwani.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

MINGGU PENDIDIKAN KAYRO
PENCEGAHAN DADAH DI HATI

7 - 11 MAC 2021

Dengan bertemakan "Lebih Baik

Cegah"#DadahTerkawal2025, Unit Bimbingan

dan Kaunseling dan Kelab Pencegahan Jenayah

telah menganjurkan Minggu Pendidikan

Pencegahan Dadah peringkat sekolah pada 7

hingga 11 Mac 2021.

Program ini bertujuan untuk, meningkatkan
pengetahuan, kefahaman, kemahirn Pendidikan
Pencegahan Dadah (PPDa) kepada murid, guru
dan kakitangan sekolah supaya dapat
menghalang daripada terjebak dengan dadah.
di samping itu membolehkan murid
mengamalkan gaya hidup sihat dan tingkah
laku positif serta mengamalkan nilai-nilai
murni.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah
Pertandingan Poster Digital, Pertandingan
Mendeklamsikan Sajak, Short Story Writting,
Mencipta Replika dan Program 5minit Anti
Dadah.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KAYRO
DI HATI

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

CPD PENULISAN RPH YANG KAYRO
BERKESAN DI HATI

21 MAC 2021

Sebagai langkah meningkatkan prfesionalisme
guru-guru, satu CPD berkaitan denga penulisan
RPH yang berkesan telah dilaksanakan pada 21
Mac bermula jam 9 pagi sehingga jam 2 petang
di Bilik Seri Ara.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Norziha
binti Ahmad bersama 3 orang lagi pegawai
SISC+ PPD Pontian.

Hasil perkongsian tersebut banyak ilmu yang
diperoleh guru-guru berkenaan teknik meulis
RPH yang betul terutama bahagian Kriteria
Kejayaan dan Objektif Pembelajaran.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KAYRO
DI HATI

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

MAJLIS SANJUNGAN BUDI KAYRO
KILAUAN BAKTI DI HATI

23 MAC 2021

Pada 23 Mac 2021 bertempat di Rumah Citra Sri
Pinang, Benut telah berlangsung MAjlis
Sanjungan Budi Kilauan Bakti yang dikelolakan
oleh Kebirus.

Majlis turut dihadiri mantan pengetua SMK
Kayu Ara Pasong iaitu Tn Hj Md Ali bin
Abdullah, GPK Pentadbiran Encik Harmali b
Johari, GPK Hem Puan Rohati dan juga Encik
Ramlan@ Wak Lan.

Majlis berjalan dengan lancar dan meriah.
Tautan kemesraan antara guru dan staff jelas
terpamer sepanjang majlis biarpun terikat
dengan SOP.

Syabas dan tahniah Kebirus atas komitmen
yand diberikan sepanjang majlis tersebut.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KAYRO
DI HATI

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

GOTONG ROYONG PERDANA KAYRO
DI HATI
24 MAC 2021

Persekitaran sekolah yang cantik dan indah
sememangnya merupakan salah satu
elemen penting bagi menarik perhatian
murid untuk sentiasa bersemangat ke
sekolah.

Gotong royong perdana dalam kalangan
guru dan staf SMK Kayu Ara Pasong telah
dilakukan pada 24 Mac 2021 sebagai salah
satu persiapan sebelu sesi persekolahan
bersemuka bermula.

Tahniah dan syabas kepada semua guru dan
staf yang bertungkus lumus menceriakan
sekolah.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KAYRO
DI HATI

BIL 4 APRIL 2021

SMK KAYU ARA PASONG

Buletin Bulanan SMK Kayu Ara Pasong

TAJUK HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN
BERITA
UNIT MEDIA SMKKAP
Hari Pertama Persekolahan
MUKA 1 & 2 4 April 2021 merupakan hari pertama sesi persekolahan
secara bersemuka bermula. Seluruh warga SMK Kayu Ara
Taklimat PBPPP Pasong nyata teruja untuk kembali ke sekolah.
MUKA 3
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai polis dan AJK
Sambutan Maulidurrasul PIBG yang turut datang pada awal pagi bagi membantu
MUKA 4 & 5 kelancaran murid-murid masuk ke kawasan sekolah dengan
mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Penyampaian Hadiah Video
Pendek Covid-19 Perhimpunan rasmi turut dijalankan dengan suasana norma
MUKA 6 baharu, di mana semua murid berada di kelas masing-masing.
Semoga sesi persekolahan secara bersemuka dapat berjalan
Majlis Graduasi & Jamuan dengan lancar dengan kepatuhan terhadap SOP.
Akhir TAhun PPKI
MUKA 7 & 8

Program MEKAR
MUKA 9

Jom Baca 10 Minit
MUKA 10 & 11

Program Sentuhan Kalbu &
Bicara Hati
MUKA 12 & 13

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KAYRO
DI HATI

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

TAKLIMAT PBPPP KAYRO
DI HATI
05 APRIL 2021

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan adalah satu kaedah penilaian yang
menilai kompetensi dan potensi Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan
konsep Tugas dan Tempat Bertugas mengikut
standard prestasi yang ditetapkan selaras
dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP
2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.

Penilaian ini juga mengambil kira pada

penilaian kompetensi dan penilaian

keberhasilan. Sehubungan dengan itu satu

Talimat berkaitan dengan PBPPP telah

dilakukan pada 5 April kepada semua guru SMK

Kayu Ara Pasong bagi memberi panduan untuk

mengisi borang keberhasilan dengan betul.

Taklimat telah disampaikan oleh Penolong
Kanan Pentadbiran iaitu Tn Hj Khalid bin Mohd
Shah.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

SAMBUTAN MAULIDURRASUL KAYRO
DI HATI
11 APRIL 2021

Pada 11 April 2021, Sambutan Maulidurrasul
telah diadakan buat julungkali dengan suasana
yang berbeza. Tiada lagi perarakan berselawat,
dan makan beramai-ramai menggunakan
dulang berikutan SOP yang perlu dipatuhi
sepanjang Pandemik Covid-19.

Sambutan kali ini dilakukan dengan penuh
sederhana. Majlis dimulakana dengan bacaan
selawat oleh semua warga SMK Kayu Ara
Pasong di dalam kelas masing-masing.

Kemudian bacaan tazkirah bersempena maulud
dan diisi dengan aktiviti pertandingan kuiz
serentak dengan penyampaian hadiah kepada
pemenang.

Walaupun bebrbeza, sambutan kali ini tetap
bermakna dan pastinya menjadi sejarah buat
seluruh warga KAYRO.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KAYRO
DI HATI

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN KAYRO
HADIAH PERTANDINGAN VIDEO DI HATI

PENDEK KEMPEN KESEDARAN
COVID-19

12 APRIL 2021

SMK Kayu Ara Pasong telah menyertai pertandingan
video pendek kempen kesedaran Covid-19 anjuran
Kementerian Pendidikan Malaysia dan telah
dinobatkan sebagai Johan Peringkat Kebangsaan.

Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan
pada 12 April 2021 di Dataran Kemboja BPSH Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Semoga dengan kejayaan ini dapat menyuntik
semangat dalam kalangan warga KAYRO untu terus
berkarya. Tahniah dan Syabas diucapkan.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

MAJLIS GRADUASI KAYRO
ANUGERAH CEMERLANG DI HATI
DAN JAMUAN AKHIR TAHUN
PPKI SMK KAYU ARA PASONG

12 APRIL 2021

Pada 12 April 2021, Majlis Graduasi Anugerah
Cemerlang dan Jamuan Akhir Tahun PPki telah
diadakan di Restoran Kemangi.

Majlis ini dihadiri oleh Tn Hj Kahlid bin Mohd
Shah (GPK Pentadbiran), En Hazim bin Siron
(GPK Hem), 4 orang guru PPKi, 2 orang PPM dan
17 orang murid PPKI.

Majlis ini bertujuan untuk meraikan dua orang
pelajar PPKI yang telah tamat perseolahan iaitu
Nur Hakim bin Taib dan Mohamad Amirul
Farhan bin Yahya. Turut diraikan semua pelajar
PPKI yang menrima anugerah kecemerlangan
dan kedudukan terbaik dalam kelas.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar PPKI
semoga anda terus berjaya.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

KAYRO
DI HATI

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

MODUL KESEDARAN KAYRO
JENAYAH KANAK-KANAK DI HATI

DAN REMAJA JOHOR

19 APRIL 2021

Pada 19 April 2021 telah dilancarkan KICK
START Program Mekar yang telah dirasmikan
oleh Menteri Besar, YAB Dato'Hj Hasni Bin
Mohammad secara maya. Seramai 17 orang
pelajar SMK Kayu Ara PAsong turut serta dalam
program tersebut.

MEKAR adalah jalinan kerjasama antara Polis
Diraja Malaysia (PDRM) bersama UTM untuk
diguna pakai oleh setiap pegawai perhubungan
sekolah dalam penyampaian mereka sebagai
alat bantu ceramah dan program.

Antara objektif program ini ialah memberi
kesedaran awal dan kesan negatif jenayah
dalam kalangan remaja dan kanak-kanak selain
memastikan pencegahan awal berlaku
seterusnya dapat mengurangkan kadar jenayah
dalam kalangan remaja dan kanak-kanak di
negeri Johor.

"TOGETHER
TOWARDS

EXCELLENCE'

JOM BACA BERSAMA 10 KAYRO
MINIT PERINGKAT NEGERI DI HATI

JOHOR 2021

22 APRIL 2021

Tahukah anda bahawa tarikh 23 April setiap
tahun merupakan Hari Buku dan Hak Cipta
Sedunia (World Book and COpyright day)?

Bersempena dengan sambutan tersebut, Pihak
JPNJ menganjurkan aktiviti "Jom Baca Bersama
10 Minit peringkat Negeri Johor"pada 22 April
2021, jam 11 pagi hingga jam 11.10 pagi.

Seluruh warga SMK Kayu Ara Pasong turut

menyertai Program tersebut. Semua

dikehendaki membawa bahan bacaan sendiri

dari rumah dan membaca bersama selama 10

minit.

Syabas diucapkan, semoga program ini dapat
memupuk amalan membaca dalam kalangan
warga SMK KAyu Ara Pasong. Bangsa Membaca,
Bangsa Berjaya.


Click to View FlipBook Version