BIL 9 SEPTEMJUBNEER 22002271
SMK KAYU ARA PASONG
Buletin Bulanan SMK Kayu Ara Pasong
TAJUK
BERITA
Selamat Datang Cikgu SELAMAT DATANG CIKGU REZZA
Rezza
MUKA 1 UNIT MEDIA SMKKAP
Selamat datang diucapkan kepada warga baru
Pemulangan Modul PPKI iaiut Cikgu Rezza Aizat yang mula melapor
PDPR 3.0 diri di SMK Kayu Ara Pasong pada 1 September
2021.
MUKA 2 & 3
Agihan Peranti Tablet Cikgu Rezza yang merupakan anak kelahiran
Segamat yang dibesarkan di Bangi ini merupakan
MUKA 4 Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris dan
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Taklimat Penyelarasan MAT Khas.
MUKA 5
Selamat menempuh dunia pendidik dan semoga
Mesyuarat Agung Tahunan cikgu Rezza gembira menjadi warga Kayro.
PIBG (MAT)
MUKA 6 & 7
Program Vaksin Anakku
MUKA 8 & 9
Karnival Pusat Sumber
MUKA 10
LDP Teknik Penyoalan Kbat
MUKA 11
Agihan Modul 4.0
MUKA 12 & 13
"TOGETHER
TOWARDS
EXCELLENCE'
Pemulangan Modul PdPr 3.0 KAYRO
DI HATI
05 & 06 September 2021
Pada 05 & 06 September 2021 (Ahad &
Isnin), pihak sekolah dengan telah
melaksanakan program pemulangan
modul PdPr 3.0 kepada guru-guru
KAYRO secara pandu lalu.
Program ini dilaksanakan bagi
memastikan modul-modul yang telah
diagihkan dapat disemak oleh guru dan
guru boleh menganalisis kefahaman
murid terhadap pelajaran.
Setinggi-tinggi penghargaan buat
semua yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung. Juga jutaan terima
kasih buat ibu bapa penjaga yang
komited dan mematuhi SOP sepanjang
proses pemulangan tersebut.
Semoga seluruh warga Kayro dilimpahi
rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
"TOGETHER
TOWARDS
EXCELLENCE'
KAYRO
DI HATI
"TOGETHER
TOWARDS
EXCELLENCE'
Agihan Peranti (Tablet) Pakej KAYRO
Rangsangan Ekonomi Johor DI HATI
(PRE 3.0)
05 September 2021
Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Johor yang
diumumkan oleh YB Menteri Besar di bawah
inisiatif ke 13, seramai dua orang murid SMK
Kayu Ara Pasong layak menerima "Bantuan
Sumbangan Peranti".
Bantuan ini antaranya bertujuan untuk
menyediakan kemudahan kepada murid yang
kurang berkemampuan untuk menghadapi
PdPR dengan lancar.
Sehubungan dengan itu agihan bantuan
tersebut telah dijalankan pada 05 September
2021 bertempat di hadapan bilik transformasi
pada jam 10 pagi.
Dua orang penerima tersebut ialah Muhammad
Ammar bin Azhar 5AH dan Syed Mohammad
Hazim bin Syed Badrolshah 5AJ. Semoga
dengan sumbangan ini dapat membantu adik
Ammar dan Hazim mengikuti PdPR dengan
baik.
"TOGETHER
TOWARDS
EXCELLENCE'
Taklimat Penyelarasan KAYRO
Mesyuarat Agung PIBG kali DI HATI
ke-27
06 September 2021
Pada 06 September 2021 jam 3 petang, Taklimat
Penyelarasan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-27 telah
diadakan melalui medium 'google meet'.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi gambaran jelas
terhadap perjalanan majlis dan tanggungjawab setiap
guru sepanjang majlis tersebut.
Majlis yang julung kalinya bakal dilaksanakan secara
dalam talian turut diserikan dengan Majlis Anugerah
Kecemerlangan SPM 2020 bagi menghargai
kecemerlangan yang telah dicapai oleh calon SPM 2020.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Nurshuhiza binti
Muhd Dum selaku setiausaha PIBG SMK Kayu Ara Pasong
dan tamat pada jam 4.30 petang.
"TOGETHER
TOWARDS
EXCELLENCE'
Mesyuarat Agung Tahunan KAYRO
PIBG SMKKAP kali ke 27 DI HATI
18 September 2021
Pada 18 September 2021, SMK Kayu Ara Pasong
telah melaksanakan Majlis Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG kali ke 27 secara dalam talian.
Serentak dengn itu turut dijalankan Majlis
Anugerah Kecemerlangan SPM 2020 bagi
menghargai calon-calon SPM 2020 yang mendapat
keputusan yang cemerlang.
Majlis yang dihadiri oleh lebih kurang hampir 200
orang warga Kayro ini telah dirasmikan oleh YB
Senator Isa bin AB Hamid, Ahli Dewan Negara.
Majlis yang julung kalinya diadakan secara dalam
talian ini telah berjalan lancar dan dipermudahkan.
Tahniah diucapkan kepada warga gerak kerja majlis
ini yang bertungkus lumus untuk memastikan
kelancaran majlis ini.
Semoga kebersamaan yang wujud antara warga
Kayro ini berkekalan bagi memacu kecemerlangan
SMK Kayu Ara Pasong.
"TOGETHER
TOWARDS
EXCELLENCE'
KAYRO
DI HATI
"TOGETHER
TOWARDS
EXCELLENCE'
Program Vaksin Anakku, KAYRO
Heroku DI HATI
20 September 2021
20 September 2021 merupakan satu lagi tarikh
bersejarah buat SMK Kayu Ara Pasong. Terpilih
sebagai sekolah rintis untuk Program Vaksinasi
Tingkatan 4 dan 5 daerah Pontian.
Sebanyak tiga kaunter yang dibuka iaitu Kaunter A:
Pendaftaran (Garaj motorsikal), Kaunter B:
Pendaftaran My Sejahtera dan Kaunter C: E-
verifikasi data selepas divaksin (Dewan Pisifera).
Dua bilik digunakan sebagai bilik vaksinasi.
Program ini turut dihadiri oleh Tuan Pengetua dan
PK Hem sekolah-sekolah menengah daerah Pontian
serta Pegawai Daerah Pontian.
Tidak ketinggalan Pegawai Unit HEM PPD yang
bertanggungjawab dalam pelaksanaan program
vaksinasi iaitu Encik Muzakkir bin Mohd Sidek dan
Encik Mohd Fauzan bin Hanafi.
Hasil kerjasama semua pihak, program tersebut
dapat berjalan dengan lancar. Syabas dan tahniah
kepada semua yang terlibat.
"TOGETHER
TOWARDS
EXCELLENCE'
KAYRO
DI HATI
"TOGETHER
TOWARDS
EXCELLENCE'
Karnival Pusat Sumber KAYRO
Peringkat Negeri Johor DI HATI
22 - 24 September 2021
Seramai 23 orang Pengawas Pusat Sumber SMK
Kayu Ara Pasong telah menyertai Karnival Pusat
Sumber Peringkat Negeri Johor anjuran Pertubuhan
GPM Malaysia(cawangan Johor), Perbadanan
Perpustakaan Awam Johor dan Sektor Sumber
Teknologi Pendidikan JPN Johor.
Antara pengisian program sepanjang tiga hari yang
dilakukan secara dalam talian ini ialah Lawatan
Maya ke tiga buah PSS Cemerlang dan 7 buah PSS
terbaik negeri Johor, perkongsian ilmu untuk
Pengawas Pusat Sumber (teknik memproses buku)
dan Guru Perpustakaan dan Media (pengurusan
kewangan) yang dikendalikan oleh Perbadanan
Perpustakaan Awam Johor, dan pengurusan Kelab
dan Persatuan yang cemerlang.
Semoga ilmu yang diperoleh sepanjang tiga hari
karnival tersebut dapat diaplikasikan dengan baik
oleh GPM dan PPS SMK Kayu Ara Pasong seterusnya
membuka lembaran baru dalam pengurusan Pusat
Sumber Seri Nilam.
"TOGETHER
TOWARDS
EXCELLENCE'
LDP Teknik Penyoalan KBAT KAYRO
DI HATI
23 September 2021
KBAT adalah satu elemen yang mesti diterapkan
dalam pdpc agar murid yang belajar dapat
membina tahap pemikiran yang baik. Kemahiran
berfikir yang ditekankan adalah berdasarkan
semakan Hierarki Taksonomi Bloom oleh Lori
Anderson iaitu mengingat, memahami,
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
Sehubungan dengan itu, pihak seklolah telah
menganjurkan LDP Teknik Penyoalan KBAT dalam
PDPC yang disampaikan oleh Pn Siti Nur Atikah
binti Nazari (SISC+ PPD Pontian) pada 23 September
bermula jam 2.30 petang sehinggan jam 4.30
petang.
Diharapkan dengan penganjuran latihan dalam
perkhidmatan ini mampu membantu guru-guru
mengaplikasikan elemen KBAT dengan baik dalam
PDPC masing-masing.
"TOGETHER
TOWARDS
EXCELLENCE'
Agihan Modul PDPR 4.0 fasa 4 KAYRO
DI HATI
29 & 30 September 2021
Demi memastikan anak-anak Kayro tidak ada yang
tercicir dalam PDPR program agihan Modul PDPR
diteruskan bagi fasa yang keempat.
Seperti biasa agihan dilakukan secara pandu lalu
dan hanya dua orang sahaja dibenarkan masuk
kawasan sekolah untuk mengambil modul.
Agihan bermula jam 9 pagi dan berakhir pada jam
12 tengahari pada 29 dan 30 September. Semoga
murid-murid SMK Kayu Ara Pasong dapat
memanfaatkan modul yang diberi.
"TOGETHER
TOWARDS
EXCELLENCE'
KAYRO
DI HATI