The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Daniissa, 2022-01-19 21:31:46

Asal Usul Melaka

Asal Usul Melaka

ASAL
USUL
MELAKA




By daniissa 1 alamanda

Pada suatu hari, Prameswara dan
pengawal-pengawalnya keluar untuk
memburu haiwan.

Mereka tiba di sebuah hutan.
Hutan itu belum pernah dimasuki oleh
mereka. Ada pengawal memberitahu
Parameswara banyak haiwan terdapat
di hutan ini.

Setiap kali keluar memburu,
Prameswara akan membawa
seekor anjing pemburu.

Anjing pemburu baginda
berbadan besar dan sangat
garang. Anjing tersebut
digunakan untuk mengesan
binatang-binatang yang ada di
kawasan hutan.

"Beta rasa di hutan ini ada
banyak pelanduk. Eloklah kalau
kita berehat sebentar sebelum
memburu di sini," kata
Parameswara.

Kesemua mereka
melepaskan lelah dengan duduk
berehat di satu kawasan di
dalam hutan itu.

Tiba-tiba, Parameswara ternampak
seekor pelanduk. Pelanduk itu sedang
berlari pantas. Baginda sangat tertarik
hati apabila melihat ketangkasan
pelanduk itu berlari.

Baginda menyuruh bendahara
mengambil busur dan anak panah.
Parameswara mahu memanah pelanduk
itu.

Parameswara cuba memanah
pelanduk itu tetapi tidak mengena.
Pelanduk itu pun melarikan diri ke
dalam semak.

Walaupun pelanduk itu kecil,
tetapi sangat cerdik. Ia pandai
mengelak daripada terkena panah
yang dilepaskan oleh Parameswara.

"Kejar pelanduk itu!" perintah
Parameswara kepada anjing
pemburu baginda. Anjing pemburu
pun mencari-cari pelanduk itu.

Tiba-tiba, pelanduk itu keluar
dari dalam semak dan berlari
dengan pantas untuk mengelak
daripada diterkam anjing
Parameswara.

Anjing pemburu Parameswara mengejar
pelanduk itu. Tiba-tiba, pelanduk itu
melawan lalu menendang anjing itu dengan
kuat.

Baginda tergamam melihat kejadian
luar biasa itu. Bukan baginda sahaja yang
melihat, malah pengikutnya juga kagum
dan terkejut melihat kejadian tersebut.

Anjing pemburu Parameswara terjatuh
ke dalam sungai. Pelanduk itu terus
melarikan diri. Parameswara berasa
kagum dengan pelanduk itu.

"Tentu pelanduk itu pelanduk istimewa”
kata Parameswara. Bendahara dan
pengikut yang lain turut bersetuju dengan
kata-kata Parameswara itu.

“Pelanduk di hutan ini sangat
gagah. Jika ditubuhkan sebuah
negeri amat baik dan bertuah
sekali," kata Parameswara.

Mereka pun meninjau kawasan
sekeliling hutan itu.

Parameswara berbincang dengan
bendahara tentang cadangannya
untuk membuka negeri di situ.

Parameswara akhirnya berasa letih.
Baginda bersandar pada sebatang
pokok.

"Pokok apakah yang sedang beta
bersandar ini?" tanya Parameswara
kepada bendahara.

"Nama pokok ini pokok Melaka,"
jawab bendahara. Setelah mendengar
kata bendahara, baginda berfikir
seketika.

Kemudian Parameswara berkata.
"Beta mahu membuka sebuah negeri di
sini. Mulai hari ini beta namakan
negeri ini negeri Melaka.'

Semua yang ada di situ menyokong
cadangan itu. Mereka gembira kerana
akhirnya tertubuh sebuah negeri yang
baru.

"Melaka akan menjadi sebuah negeri
yang bertuah. Negeri Melaka akan
segagah pelanduk yang istimewa tadi,
kata Parameswara lagi.

Bendahara turut berasa gembira.
Beliau tidak sangka nama pokok itu
suatu hari nanti akan dikenali di
seluruh dunia. Apatah lagi ia menjadi
kawasan perdagangan utama.

Parameswara dan bendahara serta
para pengikutnya berjanji akan
memajukan Melaka sedaya upaya
mereka.

Kebijaksanaan pelanduk dan
keistimewaan pokok Melaka akhirnya
meletakkan Melaka sebagai sebuah
negeri yang maju dan makmur.

Melaka menjadi sebuah pelabuhan
yang terkenal di seluruh dunia.

Orang Arab turut datang berniaga
dan membawa agama Islam ke Melaka.

Sejak dari itu, Melaka bukan sahaja
sebuah tempt untuk berdagang malah
turut menyebarkan ajaran Islam.


Click to View FlipBook Version