The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKS PENGACARAAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khadijahmahamad, 2022-09-14 22:09:26

TEKS PENGACARAAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2022

TEKS PENGACARAAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2022

TEKS PENGACARAAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2022

Bismillahirahmanirahim..
Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Salam Keluarga Malaysia.
Kita buka majlis dengan ummul kitab Al Fatihah.

Ceria wajah terserlah manis,
Hati berkobar semangat dibawa,

Aluan Pengerusi
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa

Yang Berusaha,
En Kamarudin Bin Omar, Pengetua SMK Kampung Awah
Yang Dihormati,
Tn Hj Mohd Hafidz Bin Hassan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn Hajah Salmah Bin Abdul Hamid, Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
Tn Hj Zulkarnaian Bin Abdul Aziz, Guru Pen. Kanan Kokurikulum,
Barisan Ketua-ketua Bidang.
Guru Kaunseling
Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan
limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersatu di sini.
Semoga penyatuan tekad dan semangat ini senantiasa diiringi kedamaian dan
keamanan yang berpanjangan
Para guru dan murid yang dihormati,

Sambutan kemerdekaan pada kali ini diadakan sebagai tanda semua guru dan
anak didik di sekolah ini bersama melangkah seiring memegang iltizam menjadi
warganegara yang patriotik.

Para hadirin yang dikasihi,

BACAAN DOA Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan,
__________________________________ untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

~ BACAAN DOA~

Amin, amin ya rabbal ‘alamin.

Semoga bacaan doa sebentar tadi memberikan keberkatan kepada majlis kita
pada hari ini.

NYANYIAN Hadirin yang dihormati,
LAGU Majlis kita akan diteruskan dengan nyanyian sebuah lagu
KEMERDEKAAN ‘KeranaMu Malayisa’

~NYANYIAN LAGU~

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian lagu patriotik yang
penuh semangat daripada para guru dan murid.

UCAPAN Hadirin dan hadirat yang dihormati,
PERASMIAN
PENUTUP Majlis kita terus berlayar ke destinasi utamanya. Untuk itu, pihak majlis
PENGETUA berbesar hati menjemput dan mempersilakan En Kamarudin Bin Omar,
Pengetua SMK Kampung Awah untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan majlis penutup bulan kemerdekaan SMK Kampung Awah bagi
tahun 2022.

Majlis mempersilakan.

~UCAPAN PENGETUA~

Begitulah tadi ucapan perasmian penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan SMK
Kampung Awah 2022. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada Tuan
Pengetua atas kesudian merasmikan majlis.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

PENYAMPAIAN Sepanjang Bulan Kemerdekaan, telah diadakan pelbagai program dan
HADIAH pertandingan. Bagi menyampaikan hadiah pertandingan, majlis menjemput dan
PERTANDINGAN mempersilakan Tn Hj Mohd Hafidz Bin Hassan, untuk menyempurnakan acara
penyampaian hadiah.

Dipersilakan.
~ PENYAMPAIAN HADIAH ……………………………..

Tahniah diucapkan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj Mohd Hafidz kerana
sudi menyempurnakan acara.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hadirin sekalian,

Majlis dengan ini mempersilakan yang dihormati En Kamaruddin Bin Omar,
Pengetua Smk Kampung Awah bagi menyempurnakan penyampaian hadiah
dipersilakan..

~ PENYAMPAIAN HADIAH ……………………………..

Tahniah diucapkan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Kamaruddin Bin Omar,
Tuan Pengetua kerana sudi menyempurnakan acara.

PENUTUP Hadirin yang dihormati,

Majlis kita telah tiba di penghujungnya. Saya mewakili pihak majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam merealisasikan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan

Majlis perasmian penutup bulan kemerdekaan SMK Kampung Awah edisi tahun
2022 ini.

Selaku pengacara majlis, saya memohon maaf sepanjang saya mengacarakan
majlis pada hari ini

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum w.b.t.


Click to View FlipBook Version