The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anisnorman, 2022-03-31 12:15:05

Ikan ajaib membawa tuah

buku cerita kanak -kanak (1)

IKAN AJAIB

MEMBAWA TUAH

Penghargaan

Alhamdulillah atas izin dan kurniaNya, saya diberi

kesempatan dan kekuatan untuk mengharungi cabaran

dalam menyiapkan tugasan ini. Pertamanya, setinggi-

tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi, dengan

rahmat dan redhaNya, saya telah diberikan

keselamatan dan kesihatan yang utuh sehingga

berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus,Kesantunan

Berbahasa yang berkod BMMB1144 sebaiknya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih

diucapkan kepada Dr.Izani Ibrahim, selaku pensyarah

yang mengajar kursus ini diatas bimbingan dan

panduan yang dikongsikan kepada kami dengan penuh

komitmen dan rasa tanggungjawab. Segala bentuk

perkongsian yang diberikan sedikit sebanyak

membuka minda dan pemikiran kami tentang cara

untuk melaksanakan tugasan ini dengan baik sekali.

Biodata pengarang

Nama saya Anis binti

Norman.Saya dillahirkan pada 27

Januari 2003 di Kota Bharu,

Kelantan.Saya merupakan pelajar

Program Persediaan Institut

Pendidikan Guru (PPISMP),

semester dua.Buku ini

merupakan hak cipta terpelihara.

Pada zaman dahulu, tinggal sepasang
suami isteri tua bernama Pak Dolah dan
Mak Uda.Mereka tinggal di sebuah
tebing yang berhampiran dengan
laut.Setelah sekian lama menjadi
pasangan suami isteri, mereka tidak
dikurniakan anak.Pak Dolah reda akan
nasib yang ditimpa oleh mereka.Namun,
isterinya sentiasa merungut kerana kesal
dengan keadaan mereka yang miskin.

Setiap hari, Pak Dolah akan
memancing ikan ditebing laut untuk
menyara kehidupannya.Pak Dolah
gembira dengan kehidupan mereka
yang sederhana tetapi isterinya
sentiasa merungut.

"tengok pondok buruk ni, dahla
keadaannya busuk walaupun setiap
malam aku membersihkannya" kata
isterinya dengan keadaan yang
marah.

Namun begitu, Pak Dolah tetap
menyayangi isterinya dan berusaha
keras untuk menggembirakannya.

Pada suatu petang yang indah, Pak

Dolah menangkap dua ekor ikan
sehingga larut malam tetapi isterinya

menginginkan tiga.Semasa Pak Dolah

membawa mangga, isterinya inginkan
yang lain.

Mak Uda tidak pernah berterima kasih

dan berpuas hati walau apa pun Pak

Dolah lakukan terhadap dirinya.

"Oh sayang, apa yang membuatmu

gembira akanku usahakan segala

permintaanmu", kata Pak Dolah kepada

isteri kesayangannya.

Si isteri membalas pertanyaan suaminya

dengan nada yang kasar dan kuat serta

memaksa suaminya mencari rumah yang

baru dan cantik.Hal ini kerana dia tidak

sanggup untuk hidup didalam

kemiskinan dan penderitaan.

Keesokan harinya Pak Dolah
meneruskan penangkapan ikan.Keadaan
cuaca dan laut ketika itu sangat tenang
dan membiru.Pak Dolah duduk
menantikan jorannya untuk mendapatkan
hasil.

Beberapa jam kemudian, Pak Dolah berasa
penat dan bercadang untuk memberhentikan
pencariannya dengan mengutip buah-
buahan.Tiba-tiba, jorannya bergerak lalu
dengan sekuat tenanga mula menariknya.

"Wah, beratnya aku pasti ikan yang
besar’.Bisik Pak Dolah didalam hatinya.

Apabila ditarik, dia terkejut melihat seekor
ikan yang cantik dan berwarna warni.

"Ohh, ikan sebelah, kenapa kau sungguh
berat mesti kau makan terlalu banyak ?"

Kata Pak Dolah.

"Tidak Dolah, itu sebabnya aku lebih berat

dari yang lain’, kedengaran suara yang

garau.

Pak Dolah terkejut dan tercari-cari dimana

munculnya suara tadi.Tidak mungkin ikan

yang berwarna warni ini bercakap.

"Benar Dolah, akulah yang
bercakap". Kata ikan emas itu.

"Apa, tidak mungkin hal ini terjadi,
kau siapa sebenarnya, bagaimana
engkau mengetahui namaku?".
Tanya Pak Dolah.

"Aku bukan ikan yang biasa, akulah putra
ajaib, tolong lepaskan aku".Merayu ikan
ajaib dengan suara yang lembut.

Pak Dolah bersetuju untuk tidak
menangkap ikan tersebut kerana
berkebolehan untuk bercakap.Dengan
suara yang rendah diri, putra ajaib
mengucapkan terima kasih dan
menghargai jasa Pak Dolah.

Selepas itu, Pak Dolah teruja untuk
memberitahu isterinya akan perkara yang
berlaku.Dia bergegas pulang dengan

berbekalkan tangan kosong.Dia
menceritakan mengenai ikan ajaib.

Isterinya berasa hairan dan tidak berpuas
hati kerana Pak Dolah melepaskan ikan
tersebut tanpa balasan. Isterinya
menginginkan sebuah rumah sebagai
permintaan.

"Mana mungkin dia akan memberikan kita
rumah, dia tidak dapat melakukannya.
Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki".
Kata Pak Dolah.

Namun, Mak Uda tetap menyuruh
suaminya untuk bertemu dengan ikan
ajaib.
"Kau telah menyelamatkannya sudah pasti
hajat kita dikabulkan".Balas isterinya.

Si suami teragak-ragak dan pergi ke laut.

"Wahai ikan ajaib, dimana engkau?
Isteriku tidak gembira dia inginkan
sebuah rumah’, kata Pak Dolah .

"Pulanglah kerumah isterimu sedang
menunggumu dengan berita yang
gembira", kata putra ajaib.

Pak Dolah pulang kerumah dengan
tergesa-tergesa.

Pak Dolah sangat teruja lalu bertemu dengan
isterinya.

"Bagaimana isteriku sudah puas?" kata Pak
Dolah.

Isterinya memberitahu bahawa dia puas.Rumah
yang mereka duduk tidak lagi usang bahkan
dilengkapi dengan pelbagai perabot.

Pada malam tersebut, Mak Uda

tidak dapat tidur.Hal ini kerana

dia menginginkan sesuatu yang

boleh membuat dirinya

gembira.Keesokan paginya, dia

menunggu suaminya di meja

makan.

"Kenapa isteriku? kamu tidak kelihatan
gembira, apa yang berlegar
difikiranmu?".Kata Pak Dolah.

Isterinya memberitahu rumah yang
mereka duduk masih kecil dan
menginginkan sebuah istana serta
menjadi seorang permaisuri.

Pak Dolah terkejut dengan permintaan
isterinya yang tamak.

"Janganlah begitu sayang, kenapa
engkau ingin menjadi permaisuri? Ini
sudah memadai bagi kita". Kata Pak
Dolah.

"Ini keputusan aku, pergi ke ikan itu
dan jadikan aku permaisuri".Isterinya
dengan angkuh menyuruh suaminya
bertemu ikan ajaib.

Dengan serba salah si suami pergi
ke laut.

"Ikan ajaib dimana kamu".Panggil
Pak Dolah dengan suara yang kuat.

"Ada apa Dolah", tanya ikan
ajaib.Isteriku masih lagi tidak
gembira, dia mengingikan sebuah
istana.

'Pulanglah, aku sudah
menunaikannya', kata ikan ajaib.

Apabila sampai, rumah itu telah
hilang sebaliknya tersegang indah
dan dilengkapi dengan pintu
gerbang.

Banyak pembantu yang sedang
sibuk bekerja menguruskan istana.

Pak Dolah melihat isterinya sedang
duduk di singgah sana bersama
mahkota di kepala.

"Bagaimana isteriku, kamu sudah
gembira? ".Tanya Pak Dolah.

Isterinya kelihatan kurang gembira
dengan apa yang dimiliki oleh mereka
bahkan ingin menjadi orang yang
paling berkuasa iaitu Yang Maha Esa.

Suaminya terkejut dengan permintaan
isterinya.

"Apa, permintaanmu sungguh tidak masuk
akal.Kenapa kamu masih lagi tidak
gembira?" Tanya Pak Dolah kepada
isterinya.

Namun, isterinya tetap memaksa
suaminya dengan menjawab "Belum cuba
belum tahu, aku yakin ikan ajaib pasti
menunaikannya".

Setibanya Pak Dolah ke laut, angin

bertiup kencang.Dia dengan serba

salah memberitahu ikan ajaib
bahawa isterinya ingin menjadi

Yang Maha Esa.

Ikan ajaib mengabulkan

permintaanya dengan satu syarat

selepas ini dia tidak boleh

membuat sebarang hajat.

Dalam perjalanan pulang, dia risau
sekiranya isterinya masih lagi tidak
gembira.Setibanya di istana, isterinya
sudah tidak ada.

"Tidak mungkin isteriku

meninggalkanku buat selama-

lamanya,aku sungguh sedih". kata Pak

Dolah.

Dia berasa sangat kecewa kerana
ketamakan isterinya memakan dirinya
sendiri.

Pak Dolah dengan rendah diri berjumpa

dengan ikan emas dan memintanya supaya

mengembalikan isterinya.

"Tidak mungkin, aku sudah bilang itu

merupakan permintaanmu yang terakhir",

marah putra ajaib dengan nada yang kuat.

“Tolonglah aku, kembalikan isteriku”

merayu Pak Dolah.

"Aku tidak boleh mengembalikannya, dia

sudah menjadi Yang Maha Esa dan berada

di langit" balas putra ajaib.

Pak Dolah memberitahu yang dia
belum pernah membuat sebarang
hajat kerana permintaan yang lepas
dari isterinya.

“Aku inginkan hidup bahagia
bersama isteriku”, kata Pak Dolah.

Ikan ajaib mengabulkan

permintaanya dan memintanya untuk

pulang.

Pak Dolah tergesa-gesa pulang ke

rumah dan melihat isterinya berada di

hadapan sebuah pondok kecil dan

cantik.Isterinya sedar akan

ketamakan dirinya yang tidak

bersyukur dengan apa yang mereka

miliki.

Isterinya meminta maaf dan sedar
bahawa kebahagian boleh dikecapi
walaupun hidup bersederhana.

Pengajaran

Kita mestilah menghargai jasa seseorang

dengan mengucapkan penghargaan terima

kasih kerana dia telah bekorban masa dan

tenaga untuk memberi keselesaan kepada

kita.

Kita hendaklah bersyukur dengan apa yang

kita miliki agar kehidupan aman dan

harmoni.

Kita haruslah menjauhi sifat tamak agar

disukai oleh orang sekeliling.


Click to View FlipBook Version