The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by araziq115, 2021-08-15 12:07:58

FORUM GURU MEMBUAT KERJA SAMBILAN

FORUM GURU MEMBUAT KERJA SAMBILAN

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh warga Dewan
sekalian. Alhamdulillah bertemu jua kita pada hari ini. Topik kita pada hari ini ialah Guru
dan Kerja Sambilan.

Sebelum kita bersulam bicara,

Sebelum ilmu menusuk di dada,

Kata orang tak kenal maka tak cinta.

Oleh itu, sebelum saya memulakan perbincangan pada hari ini, saya ingin memperkenalkan
ahli-ahli panel kita kepada anda. Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing
lagi. Iaitu disebelah kanan saudara Abdul Raziq. Manakala di sebelah kiri saya, perkenalkan
saudari Ainul Mardia serta Nursalihah

Usai sudah salam perkenalan daripada semua ahli panel,kini kembali kita kepada topik
forum kita iaitu guru dan kerja sambilan.

Hadirin sekalian,

Kerja sambilan bermaksud kerja yang dibuat secara sambilan di samping kerja biasa atau
kerja tetap yang lain. Ia merupakan usaha yang bertujuan untuk menghasilkan sesuatu
sama ada untuk menambahkan pendapatan atau sebagai satu hobi di masa senggang.
Jadi, golongan guru juga tidak terkecuali menjalankan kerja sambilan ini, yang mana ada di
terdapat isu guru mengajar kelas tambahan di pusat tuisyen, menjadi jurujual produk
barangan tertentu, menyertai syarikat jualan langsung, menjadi agen insurans dan
sebagainya.

SOALAN PANEL 1
Baiklah hadirin sekalian, sebelum saya menyimpang lebih jauh. Eloklah saya ajukan soalan
kepada panel pertama kita iaitu saudara Raziq. Jadi, mohon penjelasan daripada saudara
tentang persoalan apakah nilai buruk atau cabaran yang akan dihadapi oleh seorang guru
yang bekerja sambilan? Silakan saudara .

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kepada saudari pengerusi majlis, rakan-rakan panel
seterusnya hadirin hadirat yang dirahmaati Allah sekalian.

Sebelum saya menjurus kepada persoalan yang diujarkan, suka saya untuk memetik satu
peribahasa melayu yang berbunyi “ yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran”.
Peribahasa ini bermaksud Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah
ada hilang pula. Hal ini jelas menunjukkan bahawa seorang guru yang menjalankan
pekerjaan sambilan sehingga mengabaikan tanggungjawabnya sudah pasti akan membawa
kepada kerugian kepada diri sendiri.

Berbalik kepada persoalan, terdapat pelbagai cabaran yang bakal ditempuh oleh para guru
apabila melakukan pekerjaan sambilan sambil menjawat jawatan sebagai guru. Antaranya
ialah guru akan sukar untuk menggalas amanah yang diberikan dengan sebaiknya. Hal ini
demikian kerana, guru itu perlu memberikan perhatian dan tumpuan terhadap dua bidang
tugasan dalam sesuatu masa. Kita sedia maklum bahawa seorang guru cemerlang bukanlah
terikat dengan pembelajaran di bilik darjah semata-mata tetapi perlu ikut serta dengan
segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Justeru, pekerjaan sambilan sudah pasti
akan menganggu fokus dan menyebabkan guru mudah stress dan emosi terganggu.
Budaya sambil menyelam minum air sememangnya tidak boleh dipraktikkan dalam
profesion keguruan kerana profesion ini menuntut seorang guru untuk mengorbankan
seluruh jiwa dan raga, masa dan tenaga dalam mendidik anak murid bagi mencapai
kejayaan bukan sahaja dari aspek pendidikan semata-mata malah merangkumi jasmani,
emosi, rohani, intelektual dan sosial selaras falsafah pendidikan negara.

Memetik makna dari ayat alquran surah al-anfal ayat 27 yang berbunyi: Wahai orang-orang
yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan
(janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui
(salahnya).

Oleh hal yang demikian, seorang guru mestilah cakna dan tidak bersikap sambil lewa dalam
menjalankan amanahnya dalam mendidik anak bangsa. Kembali kepada pengerusi majlis.

Terima kasih saudara Raziq atas penjelasan yang mana pada pandangan saya amat jelas
dan terperinci berhubung nilai buruk kepada seorang guru yang bekerja sambilan.

SOALAN PANEL 3
Setelah kita mengetahui nilai buruk atau cabaran yang dihadapi bg seorg guru, yg bekerja
sambilan, tanpa melengahkan masa lg, ingin saya ajukan soalan seterusnya kepada ahli
panel kedua kita iaitu saudari Ainul. Saudari bolehkah saudari berikan penerangan dengan
lebih mendalam tentang kesan-kesan yang akan berlaku jika seseorang guru itu melakukan
kerja sambilan?. Dipersilakan saudari untuk menjawab persoalan ini.

Terima kasih moderator atas soalan yang diutarakan sebentar tadi. Sebelum menghurai
dengan lebih lanjut, kita semua sudah sedia maklum bahawa setiap perkara pasti
mempunyai kesan, akibat mahupun risiko yang akan dihadapi dalam melaksanakannya
terutama apabila menyentuh hal sensitif berkenaan kerja sambilan dalam kehidupan
seorang guru. Secara mudahnya, kesan-kesan tersebut bersangkutan kepada pelbagai
pihak bermula dengan kesan terhadap diri sendiri dan diikuti oleh kesan kepada pelajar,
rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Pertama, kesan kepada diri sendiri selalunya melibatkan tentang penampilan guru sama
ada dari segi kebersihan diri, etika berpakaian dan juga cara berkomunikasi dengan murid,
ibu bapa atau rakan sejawatan. Manakala bagi bidang tugas kerja pula beliau pastinya tidak
dapat memberi tumpuan yang baik terhadap tugasnya terutama dalam proses pengajaran
dan pembelajaran serta lemah dalam pengurusan masa terutama dalam kegiatan
kokurikulum. Guru yang melakukan kerja sambilan selalunya tidak mempunyai masa yang
cukup dalam memikirkan penampilan mereka dengan murid-murid. Ini adalah kerana
mereka selalunya lebih mementingkan penampilan mereka dengan pelanggan dalam kerja
sambilan mereka itu. Padahal pelanggan utama mereka adalah murid-murid atau pelajar
mereka sendiri. Tambahan pula, apabila seseorang guru itu melakukan tugas tambahan,
masa rehat beliau adalah sangat terhad. Ini menyebabkan beliau akan cepat berasa letih.
Faktor inilah yang akan menyebabkan guru tidak dapat menepati masa yang telah
ditetapkan atau lebih tepat datang lewat

Seterusnya, kesan kepada pelajar pula ia akan mengakibatkan keterlibatan murid dalam
aktiviti kokurikulum semakin berkurangan. Hal ini kerana kebiasaannya guru yang
melibatkan diri dengan kerja sambilan menyebabkan penglibatan mereka dalam bidang
sukan dan kokurikulum juga akan menurun di sebabkan faktor kesuntukan masa dan
kesibukan guru itu sendiri. Sedangkan, secara realitinya Kementerian Pelajaran Malaysia

telah menetapkan bahawa 10 %markah ke Sekolah Berasrama Penuh dan Pusat Pengajian
Tinggi adalah diambil dari kegiatan Sukan dan Kokurikulum. Tidak dapat disangkal lagi
bahawa generasi yang berkualiti bukan hanya harus lengkap dengan pendidikan dan ilmu-
ilmu berguna dan sempurna, tetapi harus juga cerdas fizikalnya. Justeru itu, untuk
memastikan agenda ini dapat direalisasikan, guru harus fokus dalam profesion mereka
tanpa sebarang gangguan luar.

Antara kesan lainnya, penglibatan seorang guru dalam kerja sambilan juga berupaya
mencetuskan konflik antara rakan sejawat mereka. Sebagai seorang guru, kita dituntut untuk
sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baharu dalam
profesion perguruan. Namun dalam hal ini, lain pula ceritanya. Sebagai contoh, jika terdapat
guru yang sering ponteng pada waktu kerja berkumpulan seperti mengendalikan pasukan
unit beruniform pada waktu kokurikulum, tentulah ia mendatangkan rasa tidak puas hati atau
perasaan yang kurang elok terhadap guru itu oleh rakan sejawatannya dalam unit
beruniform tersebut. Di sini akan berlaku ketidakadilan di mana seorang rakan sanggup
bersusah payah menanggung beban kerja rakannya yang sering mengabaikan tugas,
sedangkan rakannya mendapat ganjaran luar akibat ketidakhadirannya.

Akhir sekali, penglibatan guru dalam kerja sambilan akan menyebabkan ibu bapa mula
hilang kepercayaan kepada guru sedangkan mereka mengharapkan agar anak-anak
mereka mendapatkan tunjuk ajar yang terbaik daripada guru-guru. Bayangkan apa yang
berlaku jika anak mereka yang baru pulang dari sekolah menceritakan tentang gurunya yang
tidak masuk ke kelas atau masuk lewat ke kelas? Tentulah timbul perasaan tidak puas hati
dan ini hanya akan merenggangkan institusi sekolah dengan pihak waris. Bukan itu sahaja,
mereka bahkan akan beranggapan bahawa guru hanya memanfaatkan dan memanipulasi
kedudukan sosial dan ekonomi pelajar demi keuntungan diri semata-mata. Sekadar itu
sahaja perkongsian daripada saya. Selanjutnya saya kembalikan semula kepada moderator.

Terima kasih saudari ahli panel yg ke 2. Demikian tadi kita telah denganr perbincangan
menarik tentang kesan2 kepada seorang guru yang melakukan kerja smbilan.

SOALAN PANEL 4
Baiklah hadirin sekalian, sebelum mengakhiri perbincangan , saya ingin bertanyakan
persoalan terakhir bagi panel ke 3, isiaitu Salihah. Saudari, sekirannya seorang guru tetap
berkeinginan melakukan kerja sambilan, apakah tindakan yg bleh dilakukan olehnya utk
tidak mngabaikan tugasnya sbg pendidik. Dipersilakan saudari

Pada pandangan saya, seorang guru yang tetap ingin melakukan kerja sambilan hendaklah
memahami dan menghayati dengan sebaiknya profesionalisme keguruan. Hal ini kerana,

penghayatan konsep profesionalisme keguruan yang baik akan menjadikan seorang guru itu
tetap komited dan efektif dalam tugas hakiki guru di sekolah. Contohnya, seorang guru itu
dapat melaksanakan tugas di sekolah seperti memberi pengajaran yang terbaik pada
pelajar,menepati masa dan menghasilkan kerja yang berkualiti meskipun melakukan kerja
sampingan seperti menjadi guru tuisyen. Ini kerana jika dilihat pada masa modenisasi dan
globalisasi kini, faktor guru yang melakukan kerja sambilan ini ada yang disebabkan oleh
faktor peribadi iaitu memenuhi minat serta mengisi masa lapang di luar waktu tugas mereka.
Bahkan ada juga yang mengatakan pekerjaan sampingan ini adalah cara untuk membina
kemahiran baru dan menimba pengalaman lain yang berbeza daripada pekerjaan utama
yang sedia ada. Namun demikian, pada dasarnya perkhidmatan awam sebenarnya dilarang
melakukan pekerjaan luar atau kerja sampingan yang mendatangkan sebarang bentuk
faedah atau keuntungan. Biarpun begitu, atas keprihatinan kementerian terhadap keperluan
murid dalam mendalami ilmu dan menguasi pembelajaran tambahan, pihak kementerian
telah membenarkan para pendidik untuk membimbing murid melalui kelas persendirian
dengan syarat ia tidak bertentangan dengan kepentingan dirinya sebagai penjawat awam.
Oleh hal yang demikian, setiap guru harus bertanggungjawab terhadap tugas sebenar di
sekolah dan menjadikan kerja sampingan benar-benar sampingan. Guru sebaliknya tidak
boleh sama sekali menjadikan tugas hakiki di sekolah sebagai kerja sampingan.

Terima kasih ahli panel ke3

PENUTUP

Hadirin sekalian,
Demikian tadi kita telah saksikan perbincangan oleh kesemua panel kita tentang isu dan
cabaran guru bekerja sambilan. Sekarang , saya memberi peluang kepada hadirin untuk
bertanya soalan kepada mana-mana panel kita pada hari ini.

Hadirin sekalian,
Secara keseluruhannya, dapatlah saya rumuskan bahawa seseorang guru haruslah
memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Apapun yang diperkatakan oleh orang ramai
tentang guru-guru yang menjalankan kerja sambilan ini yang pentingnya guru tersebut tahu
tanggungjawabnya ,mengikut etika perguruan iaitu :
1. Tanggungjawab Terhadap Pelajar
2. Tanggungjawab Terhadap Ibu bapa Pelajar
3. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

4. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan.

Dengan penghayatan yang sepenuhnya tentang akauntabiliti dan Etika Perguruan, maka
guru itu akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan
tersebut membolehkan guru dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh komited
dan dedikasi. Oleh itu, sama-samalah kita mengembalikan martabat keguruan yang selama
ini dipandang mulia dan disegani oleh masyarakat. Patuhilah Etika Perguruan, agar kita
menjadi seorang guru yang berdedikasi dan komited serta dapat melahirkan bakal pemimpin
pada masa akan datang yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segi sahsiah dan
akademiknya.
Hadirin yang dimuliakan sekalian,
Kita telah sampai di akhir rancangan .Terima kasih diucapkan kepada keempat-empat ahli
panel kerana sudi meluangkan masa bersama dengan kita pada hari ini bagi merungkaikan
topik berkenaan isu dan cabaran guru yang menjalankan kerja sambikan . Tidak lupa juga
ucapan terima kasih kepada semua warga dewan yang setia dari mula hingga akhir
forum.Moga ada peluang untuk kita berjumpa lagi dalam slot forum yang lain. Baiklah
setakat itu sahaja forum kita pada hari ini. Sekian, assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.


Click to View FlipBook Version