The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by naazaiharim, 2019-11-25 05:45:50

peraturan

peraturan

PERATURAN-PERATURAN
KELAB KELUARGA

1. NAMA
Kelab Keluarga Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh.

2. ALAMAT KELAB
Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh,
Jalan Kuala Kangsar,
Anjung Tawas, 31200 Chemor, Perak.

3. KEAHLIAN
Guru, Staf Sekolah Pendidikan Khas Ipoh dan Pegawai Pusat
Perkhidmatan Pendidikan Khas yang mula bertugas di sekolah ini
secara automatik menjadi ahli.

4. PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA
i) Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari boleh
dilantik daripada kalangan guru dan staf sokongan.
ii) Ahli-ahli jawatankuasa terdiri daripada 5 orang guru dan 5
orang staf.

5. TEMPOH JAWATAN
Pemilihan ahli-ahli jawatankuasa akan diadakan 2 tahun sekali.

6. PERATURAN JAWATAN AJK
i) Ahli yang tidak hadir mesyuarat juga boleh dilantik sebagai ahli
jawatankuasa tahun semasa.
ii) Ahli jawatankuasa yang berpindah atau belajar/kursus selama 3 bu
lan secara automatik gugur jawatannya dan perlantikan baru akan
dibuat oleh ahli jawatankuasa semasa.

7. YURAN
i) Kutipan yuran sebanyak RM10 sebulan selama 12 bulan dalam
tempoh setahun.
ii) Yuran parkir sebanyak RM20 untuk setahun.
ii) Pembayaran dibuat terus kepada Bendahari.

8. KEBAJIKAN
a) Sumbangan sebanyak RM50 bagi perkara berikut;
i) Ahli / isteri bersalin (salinan discharged note atau surat
beranak).
ii) Hadiah perkahwinan sekali seumur hidup.
iii) Ahli masuk wad (salinan discharged note). Manfaat hospital
boleh dituntut hanya sekali sahaja setahun.

b) Sumbangan ikhlas melalui kutipan;
i) Kematian ahli / ibu / bapa / anak / isteri / suami /
mertua dan anak angkat dan anak tiri (yang tinggal bersama).
ii) Ahli mengerjakan haji.
iii) Derma surau, masjid, bencana alam dan ehsan.
iv) Kemalangan kritikal yang menimpa ahli.
a) Bencana alam.
b) Kemalangan.

c) Cenderamata dan jamuan meraikan pertukaran / persaran;
i) RM5 minimum seorang dan ditambah mengikut keperluan
jamuan.
ii) RM50 untuk cenderamata.

d) Maksimum pinjaman yang dibenarkan untuk ahli kelab adalah
sebanyak RM200 sahaja. Bayaran balik perlu dijelaskan sebanyak
RM50 setiap bulan selepas sebulan daripada tarikh pinjaman dibuat
secara berturut-turut dalam tempoh 4 bulan atau menjelaskan jumlah
pinjaman tersebut sepenuhnyasebelum berpindah atau bertukar seko
lah.

9. AKTIVITI-AKTIVITI ORGANISASI
a) Hari Keluarga SKPKI diadakan sebagai acara tahunan.
b) Lain-lain aktiviti tertakluk kepada perancangan ahli jawatankuasa se
masa yang di lantik.


Click to View FlipBook Version