BML3053
MORFOLOGI BAHASA MELAYU
TUGASAN KUMPULAN :
KATA NAMA
NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK
NURUL FATIN AMIRAH BINTI MOHD RAZALI D20191087785
EARNEST MAUN ANAK PHILIP ANGON D20191087784
MUHAMMAD AZRUL BIN MOHD YUSOF D20191087775
MUHAMMAD MUSTAQIM BIN A.AZIZ D20191088783
IQMAL HAMDIE BIN ZUNAIDI D20191087854
KUMPULAN C
NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD RA’IN BIN SHAARI
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
SENARAI ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
BIL KANDUNGAN 1-2
3
1.0 Pengenalan 3-4
2.0 Dapatan kajian 4-8
8-10
2.1 Kata Nama Khas 11-13
2.2 Kata Nama Am 14-20
2.3 Kata Ganti Nama 21-22
3.0 Artikel 23
4.0 Latihan Peneguhan Kata Nama 24
5.0 Aktiviti 25
6.0 Kesimpulan
7.0 Bibliografi
Lampiran
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan, bersyukur ke hadrat Ilahi
yang telah memberikan kudrat akal, tenaga dan masa kepada saya dan rakan-rakan
seperjuangan untuk menjalankan kajian ini dengan lancar dan jayanya. Dengan
adanya kurnia Ilahi ini, kami dapat menyiapkan tugasan yang telah dijalankan pada
tempoh yang telah ditetapkan.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Mohd Ra’in bin Shaari
selaku pensyarah kami bagi subjek Morfologi Bahasa Melayu kumpulan C yang
membimbing kami dalam melaksanakan kajian ini dengan penuh dorongan untuk
menyiapkan kajian ini.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sedia membantu juga rakan
sekumpulan yang selalu memberikan kerjasama yang padu kepada rakan-rakan yang
lain sehingga kerja kursus ini selesai.
Sepanjang kerja kursus ini dijalankan, hanya Tuhan sahaja yang dapat
membalas segala jasa pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
hingga kajian ini berhasil disiapkan.
1.0 PENGENALAN
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1997), morfologi ialah displin ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bnetuk kata ini merujuk kepada
bentuk , bunyi, atau ujaran sesuatu kata tersebut. Manakala Abdullah Hassan (2007)
juga menyatakan definisi morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana
perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk
perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan iaitu
morfem dan kata. Nik Safiah Karim (2004) pula berpendapat bahawa morfologi ialah
bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur
kata yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut
menjadi unit bahasa yang bermakna. Walaupun pelbagai definisi yang dinyatakan
oleh ahli bahasa tentang morfologi, namun secara umumnya morfologi dikaitkan
dengan perkataan. Jelaslah disini bahawa morfologi adalah bidang ilmu yang
mengkaji bentuk bahasa.
DEFINISI KATA NAMA
Menurut Za’ba (1965) memberikan definisi kata nma sebagai semua perkataan yang
menyebut benda atau orang dan sebagainya. Definisi itu diluaskan dengan meliputi
apa-apa yang terlintas dalam fikiran dan tidak dapat dipandang atau dipegang seperti
akal, fikiran, kekuatan dan sebagainya. Selain itu, Abdullah Hassan (20030 juga ada
memberikan definisi kata nama sebagai kata yang menunjukkan nama benda, nama
orang, nama tempat dan nama perkara. Seterusnya, Lufti Abas (1971) menyatakan
kata nama sebagai kata yang terletak selepas bilangan atau bilangan serta penjodoh
1
bilangan. Walau bagaimanapun, kata nama ialah kata yang merujuk khusus kepada
sesuatu nama orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa dan
pangkat.
Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa
nama. Sebagai contoh kata yang menamakan orang, tempat atau benda. Kata nama
terbahagi kepada tiga iaitu kata nama khas, kata nama am, dan juga kata ganti nama.
Kata nama khas ialah kata nama yang membawa makna rujukan khusus kepada
sesuatu benda atau orang dan huruf pertama kata nama ini ditulis dengan huruf besar.
Kata nama am pula ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau
perkara-perkara yang umum sifatnya. Kata nama am terbahagi kepada dua iaitu kata
nama konkrit dan juga kata nama abstrak. Seterusnya, kata ganti nama juga terbahagi
kepada dua iaitu kata ganti nama tunjuk dan juga kata ganti nama diri.
2
2.0 DAPATAN KAJIAN
Kata nama ialah perkataan yang dapat menerbitkan frasa nama. Kata nama menjadi
unsur inti dalam binaan frasa nama, manakala perkataan lain yang hadir dalam binaan
frasa nama itu hanya sebagai penentu dan penerang. Secara keseluruhannya, kata
nama am terbahagi kepada tiga subtopik utama iaitu kata nama khas, kata nama am
dan kata ganti nama.
2.1 Kata Nama Khas
Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,
benda, perbadanan, undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan sebagainya. Dalam
tulisan, huruf pertama huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata
nama khas dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata nama khas hidup dan
kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula dapat dibahagikan lagi kepada
kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. Berikut
merupakan pecahan ataupun formula ringkas untuk memahami konsep kata nama
khas dengan lebih jelas :
Kata nama khas
Hidup Tak hidup
Rajah 1 : Formula Kata Nama Khas
2.1.1 Kata Nama Khas Hidup Manusia
Kata nama khas terdiri daripada perkataan yang merujuk kepada manusia. Kata nama
khas juga boleh didahului oleh nama panggilan atau gelaran. Contohnya :
3
Wan Nadhirah Jarjit Singh
Prof. Zulzaqri Datuk Chong
Dr. Muthu Marina
2.1.2 Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia
Kata nama khas hiduo bukan manusia terdiri daripada perkataan yang merujuk
benda-benda yang hidup tetapi bukam jenis manusia. Contohnya adalah seperti
haiwan, tumbuh-tumbuhan, malaikat, dan seumpamanya. Kata nama khas hiduo
bukan manusia boleh menerima kata panggilan ataupun gelaran. Contohnya :
Si Manja Sang Kancil
Pak Belang Si Bongkok
Jibrail Sang Lamri
2.1.3 Kata Nama Khas Tak Hidup
Kata nama khas tak hidup terdiri daripa perkataan yang merujuk kepada benda-benda
khusus tetapi bukan hidup. Contohnya seperti nama benda, institusi, negara tempat,
bangsa, bahasa, pangkat, undang-undang dan seumpamanya. Contohnya :
Proton Wira Piala Dunia
Malaysia India
Universiti Malaya Akta Kolej dan Universiti
2.2 Kata Nama Am
Kata nama am adalah perkataan yang merujuk kepada benda, perkara atau konsep
yang bersifat umum. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan
kecil berdasarkan ciri makna perkataannya iaitu hidup atau tak hidup, manusia bukan
4
atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, serta berbilang
atau tidak berbilang. Benda, perkara dan konsep yang dikategorikan di dalam kata
nama am adalah seperti berikut :
Benda Alam, dunia, cakerawala, pohon dan orang
Perkara Iklim, cahaya, roh, udara dan hisapan
Konsep Kedamaian, perpindahan dan keadilan
Berikut adalah formula ataupun pecahan ringkas kata nama am yang lebih mudah
untuk difahami :
hidup Tak hidup
Bukan manusia
manusia institusi Bukan institusi
konkrit abstrak
Rajah 2 : Formula Kata Nama Am
2.2.1 Kata Nama Am Hidup Manusia
Kata nama am hidup manusia adalah perkataan yang merujuk kepada manusia
ataupun individu. Kata nama jenis ini bersifat hidup dan mendukung kata nama am.
Contohnya :
5
guru bayi
nelayan pekerja
jutawan kanak-kanak
2.2.2 Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia
Kata nama am hidup bukan manusia terdiri daripada perkataan yang merujuk kepada
benda-benda jenis bukan manusia dan mendukung makna nama am. Contohnya :
Gajah Burung
Jin Hantu
Malaikat bidadari
2.2.3 Kata Nama Am Tak Hidup Institusi
Kata nama am tak hidup institusi terdiri daripada perkataan yang merujuk kepada
badan ataupun institusi yang bersifat tidak hidup tetapi mendukung makna nama am
Kata nama institusi ini dapat dikenal pasti melalui kehadiran perkataan kepada dan
daripada sebelum kata nama institusi tersebut. Contohnya :
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Kata Nama Am Institusi
hospital
Kepada lembaga
daripada majlis
sekolah
6
2.2.4 Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Konkrit
Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit merujuk kepada benda-benda yang
bukan institusi tetapi konkrit sifatnya. Kebanyakan kata nama dalam golongan ini
merujuk kepada sesuatu tempat. Perkataan demikian tidak dapat didahului oleh kata
sendi nama kepada dan daripada, tetapi dapat didahului oleh ke dan dari. Contohnya :
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Kata Nama Am Tak Hidup
Bukan Institusi Konkrit
Sungai
Ke Rumah
Dari Jalan
Bandar
2.2.5 Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Abstrak Berbilang
Kata nama jenis ini merujuk kepada benda atau perkara yang tidak hidup, bukan
institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang. Kata nama jenis ini dapat disertai
dengan kata bilangan. Contohnya :
Frasa Nama
Kata Bilangan Kata nama am tak hidup bukan
institusi abstrak berbilang
Senyuman
Satu hisapan
Tiap-tiap bayangan
Rancangan
7
2.2.6 Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Abstrak Tak Berbilang
Kata nama jenis ini merujuk kepada benda atau perkara yang bukan jenisn hidup,
bukan institusi, abstrak sifatnya dan tidak dapat dibilang. Contohnya :
Roh Hawa
Kesungguhan Keriangan
Ganjaran Kehendak
2.3 Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata
nama am. Kata ganti nama dapat dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil, iaitu
kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama tunjuk dapat
dibahagikan kepada ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama tunjuk tempat.
Kata ganti nama diri pula dapat dibahagikan lagi kepada kata ganti nama diri orang
dan kata ganti nama diri tanya. Kata ganti nama diri orang pula terdiri daripada kata
ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata ganti nama
diri orang ketiga. Berikut merupakan formula dan ringkasan pecahan kata ganti nama
yang mudah untuk difahami :
8
Kata Ganti Nama Kata Ganti Nama Diri
Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata Ganti Nama
Tunjuk Tempat
Pertama Kedua Ketiga
Rajah 3 : Formula Kata Ganti Nama Diri
2.3.1 Kata Ganti Nama Tunjuk
Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan
mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk tersebut. Kata
ganti nama yang menunjuk pada perkara atau benda disebut sebagai kata ganti nama
tunjuk umum, manakala yang menunjuk pada tempat disebut kata ganti nama tunjuk
tempat. Terdapat kata ganti nama tunjuk umum iaitu ini dan itu. Kata ganti nama
tunjuk tempat pula terdiri daripada sini dan sana. Sebagai contoh :
Ini hasil peninggalan arwah ayah kepada kami.
Itu lukisan yang dilukis oleh penulis terkenal negara.
Tempat saya menuntut ilmu di sini.
Tempat makan malam kita nanti di situ.
Kawasan bunuh diri semalam di sana.
9
2.3.2 Kata Ganti Nama Diri
Secara umumnya, kata ganti nama diri terbahagi kepada dua golongan iaitu kata ganti
nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri tanya ialah
perkataan yang menunjuk kepada benda atau orang dalam bentuk tanya. Terdapat tiga
kata ganti nama diri tanya, iaitu apa yang merujuk benda atau perkara, siapa yang
merujuk orang dan mana yang merujuk benda atau orang. Contohnya :
Matlamat anda apa ?
Penyelia sekolah ini siapa ?
Makanan yang dibeli tadi mana ?
Adakala, kata ganti nama diri tanya dapat mengalami proses penggandaan untuk
membawa kepada maksud rujukan tidak tentu ataupun untuk penegasan.
Kata ganti nama diri orang mengandungi perkataan yang merujuk kepada diri
orang tertentu iaitu diri orang pertama, kedua dan ketiga. Contohnya :
Kata Ganti Nama Diri Saya, aku, patik, beta, kami, kita
Orang Pertama Anda, saudara, engkau, awak, kamu
Ia, dia, beliau, mereka, -nya
Kata Ganti Nama Diri
Orang Kedua
Kata Ganti Nama Diri
Orang Ketiga
10
3.0 ARTIKEL
Analisis Kata Nama dalam akhbar Berita Harian Online yang bertajuk Gua Cha
Catat Sejarah Unggul
Bil. Kata Nama Khas
Hidup Tak Hidup
Manusia Bukan Manusia
1. Mohd Latif Sulaiman - Gua Cha
2. Shuib Kamaruddin - Pos Tohoi
3. - - Gua Musang
4. - - Kelantan
5. - - Sungai Negiri
6. - - Kampung Orang Ali Pos Pulat
7. - - Kampung Kuala Betis
8. - - Ipoh
9. - - Perak
Jadual 1: Kata Nama Khas dalam akhbar Berita Harian online
Berdasarkan jadual di atas, terdapat penggunaan Kata Nama Khas dalam akhbar
Berita Harian Online. Kata nama khas adalah merujuk kepada sesuatu yang khusus.
Kata nama khas dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama khas hidup dan kata
nama khas tak hidup.Kata nama khas hidup terbahagi pula kepada dua iaitu manusia
dan bukan manusia. Berdasarkan analisis data dalam akhbar ini, terdapat banyak
penggunaan kata nama khas tak hidup yang merujuk bagi nama tempat seperti Gua
Cha, Pos Tohoi, Perak, Kelantan dan sebagainya. Seterusnya, penggunaan kata nama
khas hidup iaitu manusia dan bernyawa seperti Mohd Latif Sulaiman dan Shuib
Kamaruddin manakala dapatan bagi kata nama khas hidup bukan manusia tiada data
yang terdapat dalam Berita Harian online ini.
11
Bil. Kata Nama Am Tak Hidup
Hidup
tulang
Manusia Bukan Manusia pokok herba
1. pelancong - hutan
2. peserta - pokok balak
- papan tanda
3. pengunjung -
4. rakan - universiti
- gua
5. pelajar
6. - - kubur
- -
7.
8. -
Jadual 2 : Kata Nama Am dalam akhbar Berita Harian Online
Berdasarkan jadual di atas, terdapat penggunaan Kata Nama Am dalam akhbar Berita
Harian Online. Kata nama am adalah merujuk kepada kata nama yang umum. Kata
nama am dibahagikan kepada kata nama am hidup dan kata nama am tak hidup.
Berdasarkan analisis data dalam akhbar ini, terdapat penggunaan kata nama am hidup
merujuk kepada manusia dan bernyawa seperti pelajar, pelancong, rakan dan lain-lain.
Seterusnya, tiada data bagi kata nama am hidup bukan manusia dalam akhbar ini.
Selain itu, terdapat penggunaan kata nama am tak hidup contohnya merujuk kepada
benda seperti tulang dan papan tanda, kata nama am merujuk kepada tumbuhan iaitu
pokok herba dan pokok balak dan akhir sekali kata nama am tak hidup merujuk
kepada tempat iaitu gua, kubur, hutan dan universiti.
12
Bil. Kata Ganti Nama Tak Tentu
Tunjuk Diri
-
(Umum, Tempat, Hal) (Tanya, Orang -
(Pertama, Kedua, -
1. itu -
2. situ Ketiga))
3. sini mereka
4. ini
ia
beliau
saya
Berdasarkan jadual di atas, terdapat penggunaan Kata Ganti Nama dalam akhbar
Berita Harian Online. Kata ganti nama ialah kata yang dapat mengantikan sesuatu
kata nama, sama ada kata nama khas atau kata nama am. Kata ganti nama dapat
digolongkan kepada tiga golongan iaitu kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama diri
dan kata ganti nama tak tentu. Berdasarkan analisis data dalam akhbar ini, terdapat
penggunaan kata ganti nama diri tunjuk yang terbahagi kepada tiga juga iaitu umum
(ini, itu) , tempat (sini, situ) dan tiada data dalam akhbar ini bagi kata ganti nama
tunjuk hal. Selain itu, terdapat penggunaan kata ganti nama diri seperti mereka (kata
ganti nama diri ketiga), ia(kata ganti nama diri ketiga), beliau (kata ganti nama diri
ketiga) dan saya(kata ganti nama diri pertama). Seterusnya, bagi kata ganti nama diri
tak tentu tiada data penggunaan kata ganti nama ini dalam akhbar Berita Harian
online.
13
4.0 LATIHAN PENEGUHAN KATA NAMA
Soalan 1 hingga soalan 7
Bulatkan jawapan yang paling sesuai.
1 ) Kenny sekeluarga pulang ke ________ untuk menziarahi datuk dan neneknya.
A. pekan
B. bandar
C. kampung
D. kota
2) Mak Aina mengikat sebilah _________ pada galah itu untuk mengait rambutan.
A. tajak
B. pisau
C. gunting
D. parang
3) I. Sang kancil telah dibaham oleh Pak Belang di tepi sungai.
II. Cikgu Jewel merupakan seorang guru yang sangat tegas tetapi dia sangat
menyayangi anak muridnya seperti anaknya sendiri.
III. Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan sebuah universiti no. 1
pendidikan di Malaysia.
IV. Aqim adalah seorang pelajar yang rajin dan baik. Beliau juga sangat
menghormati kedua-dua ibu bapanya.
Pilih pernyataan yang betul berdasarkan ayat di atas.
14
A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I dan III
4) I. Mak sedang menyiang ikan menggunakan gunting.
II. Rafiqi bermain guli di padang bola sepak.
III. Murid-murid di kelas 4 Terbilang mengibarkan jalur gemilang sempena Hari
Kemerdekaan
IV. Walter pergi ke sekolah untuk meminjam buku rujukan.
A. I, dan II
B. I, II, dan III
C. II dan III
D. I, II, III dan IV
5) Pengetua sedang menyampaikan ucapan di hadapan murid-murid di sekolahnya.
_________ menasihati _________ agar sentiasa menjaga nama baik sekolah.
A. Ia…kita
B. Baginda…kamu
C. Beliau…mereka
D. Dia…mereka
15
6) Berikut merupakan kata nama khas tak hidup, kecuali
i. Piala Dunia
ii. Lembaga
iii. Akta Kolej dan Universiti
iv. Majlis
a) i, ii dan iv
b) ii, iii dan iv
c) i dan iii
d) semua di atas
7) Pasukan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa berjaya tiba di
puncak _____________ pada pagi tadi.
A. Taman Tasik Titiwangsa
B. Sungai Kajang
C. Gunung Tahan
D. Pejabat Pos Desa
16
Soalan struktur.
1) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan
kesalahan tersebut dan tuliskan jawapannya pada ruang yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
i. “Saya berharap agar panglima semua sedia untuk berperang,” pesan Sultan
kepada para panglimanya.
_________________________________________________________________
ii. Suraya melanjutkan pelajarannya dalam jurusan kejuruteraan di universiti
teknikal malaysia selama 4 tahun.
_________________________________________________________________
iii. Mak menyuruh Faris membeli tepung gandum di bengkel Ah Tong.
_________________________________________________________________
iv. Dia merupakan seorang guru yang dihormati dan disayangi oleh murid-muridnya
_________________________________________________________________
2) Guru Harimau Pokok
Penoreh Burung Nelayan Kanak-kanak
Bunga
17
Klasifikasikan perkataan-perkataan berikut kepada kata nama am hidup manusia dan
bukan manusia
Kata nama am hidup manusia Kata nama am hidup bukan manusia
3) “Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah mencapai kata sepakat untuk
mengumumkan pembatalan saingan Piala Malaysia 2020 ekoran pandemik Covid-19”
Nyatakan jenis perkataan yang bergaris dan berikan contoh lain bagi jenis tersebut.
4) Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua golongan iaitu kata ganti nama diri
tanya dan kata ganti nama diri orang. Hasilkan satu ayat bagi kedua-kedua jenis
tersebut.
Kata ganti nama diri tanya
18
Kata ganti nama diri orang
5). Kata Nama Am
Hidup Tak Hidup
Manusia Bukan Institusi
Rajah 1 : Kata Nama Am
Berdasarkan rajah di atas, isikan tempat kosong dan berikan 3 contoh yang terdapat di
bawah pecahan tersebut.
6). Jelaskan maksud kata nama khas hidup manusia dan bukan manusia serta berikan
2 contoh yang terdapat di bawah kata nama khas jenis ini.
19
7) Bina 3 ayat berlainan yang mengandungi kata ganti nama diri ketiga.
8) Isikan jawapan yang kosong di bahagian bawah dengan Kata Nama Khas yang
sesuai.
Pak Aziz dan Puan Khatijah akan berangkat ke ____________ bagi menunaikan
umrah.
9) Nyatakan Kata Nama Am dalam ayat di bawah ini.
Aku berazam untuk lulus dalam peperiksaan kali ini.
10) Gariskan kesalahan Kata Ganti Nama dalam ayat berikut.
Khairul telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Beliau disabitkan
kesalahan kerana mencuri.
20
5.0 AKTIVITI
TEKA SILANG KATA
4O 3T
5R
6B G
8K AA
7
12M I
2
11A D U
1J 9 10 G
A
K
21
Kata Nama Am
1. Negeri Pulau Pinang terkenal dengan __________ yang terpanjang di Malaysia.
4. Rumah, bandar, jalan adalah merupakan Kata Nama Am tak hidup bukan institusi
_________.
5. Kata Sendi Nama _________ dapat didahului di hadapan Kata Nama Am Tak
Hidup Bukan Institusi Konkrit.
7. Kata Sendi Nama _________ dapat didahului di hadapan Kata Nama Am Institusi.
8. Negara Malaysia akan menyambut hari _________ di Dataran Merdeka pada setiap
tahun.
11. __________ merupakan seorang anak yang sangat baik terhadap keluarganya.
12. __________ adalah mainan syaitan.
Kata Ganti Nama
2. Amin merupakan seorang Ketua Polis Daerah Marang. ________ adalah anak
kepada Pak Samad.
9. ‘_________ nak ke mana’ ? kata Aishah kepada Aqim.
10. Cis ! Siap _________ wahai durjana.
Kata Nama Khas
3. Jambatan yang dikenali sebagai ‘Drawbridge’ itu terletak di _________.
6. Harimau juga dikenali sebagai pak _________.
22
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi
binaan frasa nama, lazimnya perkataan demikian menamakan orang, haiwan, tempat,
benda atau konsep. Penggolongan kata nama boleh dibahagikan kepada tiga bahagian
iaitu yang pertama kata nama khas, kedua kata nama am dan ketiga kata ganti nama.
Soalan-soalan yang disediakan dapat membantu pelajar sekolah khususnya peringkat
menengah menggunakan fungsi kata dengan betul. Seterusnya, aktiviti yang
disediakan juga sebagai salah satu cara atau kaedah yang berkesan untuk menguji
sejauh mana tahap kefahaman pelajar-pelajar terhadap pembelajaran khususnya dalam
bab kata nama ini. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan tahap pengunaan kata
nama dengan betul. Diharapkan kajian ini mampu menambah lagi bahan rujukan dan
juga latihan sekali gus dapat membantu guru mahupun pelajar dalam menguasai kata
nama dengan lebih terperinci.
23
7.0 BIBLIOGRAFI
Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail & Ton Ibrahim (2015).
Tatabahasa Asas Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Percetakan Salam Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood
(2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Selangor: Dewama Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn & Hashim Musa. (1989). Tatabahasa Dewan Jilid 2 :
Perkataan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn & Hashim Musa. (1994). Tatabahasa Dewan Jilid 2 :
Perkataan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (1997).
Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn & Hashim Musa. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi
Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ramli Ibrahim (2020). Gua Cha catat sejarah unggul. Diperolehi pada November
22,2020 daripada
https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/santai/2020/11/756862/gua-cha-cat
at-sejarah-unggul
Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu I. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
24
LAMPIRAN
https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/santai/2020/11/756862/gua-cha-cat
at-sejarah-unggul
25
26