PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT WARIS PRASEKOLAH TANJUNG SK TANJUNG RAJA 2023/2024 TARIKH : 14 FEBRUARI 2023 HARI : SELASA MASA : 11:00 PAGI TEMPAT : DEWAN TUN TEJA SK TANJUNG RAJA
BIL NAMA MURID UMUR JANTINA NAMA IBUBAPA/PENJAGA 1 AZZA AZZAHRA BINTI AZIZUWAN 6 TAHUN PEREMPUAN AZIZUWAN BIN AZIZUL RAHMAN SITI FARIZAH BINTI ABDUL KARIM 2 CHINTA KHALEEDA BINTI BADRUL HISAM 6 TAHUN PEREMPUAN BADRUL HISAM BIN MOHAMED NOR SITI SALMIAH BINTI JAB 3 NIYYAZ NU’MAN BIN MOHD ASHRAF 6 TAHUN LELAKI MOHD ASHRAF BIN ALWI SITI NORLAILA BINTI HUSAIN 4 NUR ALYA QASREENA BINTI MOHD MOKHRY 6 TAHUN PEREMPUAN MOHD MOKHRY BIN MOHAMED LIZAWATI BINTI MAT GHANI 5 NUR HANA ZULAIKHA BINTI NORAZRISAM 6 TAHUN PEREMPUAN NORAZRISAM BIN AHMAD ERMALIZA BINTI ELIAS 6 RAISYA RIZQIYA BINTI ROSDI 6 TAHUN PEREMPUAN ROSDI BIN MAT DIAH JAMALIAH BINTI MAT ISA 7 RIANI HUMAYRAA BINTI MOHD HAFIZAN 6 TAHUN PEREMPUAN MOHD HAFIZAN BIN SUKAINI ROHANI BINTI HUSSIN 8 AMMAR ANSARI BIN ABDULLAH MUNSHI 5 TAHUN LELAKI ABDULLAH MUNSHI BIN MOHD MUBIN NURUL ASMAH BINTI MAHMUD 9 MOHAMAD ARFAN NAUFAL BIN MOHD ROSLI 5 TAHUN LELAKI MOHD ROSLI BIN YUSOF NORZIMAHTUN BINTI OSMAN 10 MUHAMMAD FATEH AL IMAN BIN RAHMAN S 5 TAHUN LELAKI RAHMAN S BIN RASULI NURUL SYAKILA BINTI MOHAMAD 11 NUHA AULIYA BINTI MOHAMAD FAZLI 5 TAHUN PEREMPUAN MOHAMAD FAZLI BIN KAMIS NORAHUDA BINTI ISMAIL 12 NURUL QISYA AULIA BINTI AHMAD AZLI 5 TAHUN PEREMPUAN AHMAD AZLI BIN ARIFFIN TUAN MARIAM BINTI NOH 13 RIFDATUL AULIA’ BINTI MOHD HAZIZAN 5 TAHUN PEREMPUAN MOHD HAZIZAN BIN ZAINAL ABIDIN NOR AZIAH BINTI MOHD NOR 14 SARAH DELISYA BINTI MUHAMAD FADLI 5 TAHUN PEREMPUAN MUHAMAD FADLI BIN SABTU ASMA EL-HUDA BINTI RAZALI JUMLAH MURID PRASEKOLAH 2023/2024 JANTINA UMUR 6 TAHUN UMUR 5 TAHUN JUMLAH MURID LELAKI 1 ORANG 3 ORANG 4 ORANG PEREMPUAN 6 ORANG 4 ORANG 10 ORANG JUMLAH MURID 7 ORANG 7 ORANG 14 ORANG SENARAI NAMA MURID PRASEKOLAH 2023/2024
PENGENALAN Program pendaftaran prasekolah dan taklimat waris 2023 ini dilaksanakan bertujuan memberikan makluman penting berkaitan program pendidikan prasekolah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Raja bagi sesi 2023/2024. OBJEKTIF Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia pendidikan. Pengalaman prasekolah dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan dapat membekalkan murid dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif untuk pembelajaran yang seterusnya. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (SKPK) adalah wadah utama yang menjadi panduan guru dalam mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan prasekolah bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. KSPK digubal berdasarkan prinsip amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak dan teori pembelajaran kanak-kanak. Kandungan KSPK adalah berdasarkan enam tunjang iaitu : 1. Tunjang Komunikasi, 2. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai, 3. Tunjang Kemanusiaan, 4. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika, 5. Tunjang Sains dan Teknologi, dan 6. Tunjang Keterampilan Antara perkara yang diberi penekanan dalam penggubalan KSPK ialah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dinyatakan secara eksplisit dalam penulisan Standard Pembelajaran. Guru perlu menterjemah Standard Pembelajaran dalam p&p di bilik darjah dengan penekanan kepada KBAT. Kandungan yang dipelajari di peringkat prasekolah pada asasnya merupakan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan murid sebagai persediaan untuk mengikuti pendidikan di peringkat sekolah rendah kelak.
SENARAI KEPERLUAN PRASEKOLAH TAHUN 2023/2024 ( DISEDIAKAN OLEH IBU BAPA / PENJAGA ) BIL SENARAI KEPERLUAN CATATAN 1 Pakaian seragam sekolah a) Kemeja T berkolar warna putih lengan pendek ATAU lengan panjang b) Seluar sukan warna biru gelap bercekak dan tidak berjalur c) Kasut kanvas warna hitam dan stoking hitam ATAU kasut kanvas warna putih dan stoking putih d) Tudung putih ( perempuan sahaja - tidak diwajibkan ) Bagi murid lelaki dan perempuan 2 Tanda nama 3 Lencana sekolah ( 80 sen sekeping - beli di sekolah ) 4 Sepasang selipar ( untuk kegunaan ke tandas ) 5 Sehelai tuala tangan ( kegunaan di kelas ) 6 1 batang berus gigi ( kegunaan di kelas ) 7 Sepasang baju harian ( disimpan di kelas ) *SEGALA KELENGKAPAN ALAT TULIS DISEDIAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH Bayaran lain ( Tertakluk kepada situasi semasa ) Lawatan sekolah / zon ( bagi yang berkenaan ) Gambar graduasi ( bagi yang berminat ) Lain-lain aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun (akan dimaklumkan )
CADANGAN AKTIVITI PRASEKOLAH 2023 BIL AKTIVITI BULAN PERINGKAT 1 Jamuan Hari Raya Aidilfitri Mei Sekolah 2 Gotong-royong prasekolah Jun Sekolah 3 Sukan sekolah Jun Sekolah 4 Sukan prasekolah Jun Zon Dong 5 Lawatan prasekolah Julai Zon Dong 6 Bijak Prasekolah Julai Zon Dong 7 Program Kemerdekaan dan Alam Sekitar ( PROKAS ) Ogos Zon Dong 8 Karnival Futsal dan Bola Jaring September Zon Dong 9 Sambutan Hari Lahir September Sekolah 10 Lawatan sekolah Oktober Sekolah 11 Gotong-royong prasekolah November Sekolah 12 Majlis Penyampaian Sijil Prasekolah Januari Zon Dong 13 Sambutan Hari lahir dan Jamuan Akhir Tahun Februari Sekolah 14 Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar Februari Sekolah **Segala cadangan aktiviti tertakluk kepada keadaan semasa
Peraturan-peraturan dan maklumat am di Prasekolah Tanjung SKTR Murid-murid Prasekolah hendaklah mematuhi jadual pemakaian uniform seperti yang telah ditetapkan. Bertudung amat digalakkan. Hanya tudung putih dibenarkan. Waktu persekolahan bermula pada jam 7:45 pagi dan berakhir pada jam 12:00 tengah hari. Ibu bapa / penjaga diminta untuk menjemput anak-anak di bawah jagaan tuan puan pada jam 12:00 tengah hari.Sekiranya gagal berbuat demikian, pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika terjadi sesuatu perkara yang tidak di ingini. Tiada khidmat penjagaan anak selepas waktu kelas. Ibu bapa / penjaga juga perlu menandatangani buku pulang murid ketika menjemput anak- anak bagi memastikan keselamatan murid-murid terjamin. Ibu bapa / penjaga boleh mengambil anak di kelas prasekolah sekiranya berlaku kecemasan dengan mengisi borang keluar yang terdapat di kelas prasekolah dan di pejabat. Hanya waris terdekat dengan murid sahaja yang dibenarkan mengambil murid ( anak ) pulang dari sekolah. Sekiranya murid ( anak ) tidak dapat hadir ke sekolah pada hari persekolahan, ibu bapa / penjaga perlu memaklumkan kepada guru kelas secara bertulis (surat cuti ). Ibu bapa / penjaga dikehendaki memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya anak jagaan : Alah terhadap makanan. Menghidap sebarang penyakit. Di ambil atau dihantar oleh orang yang berbeza iaitu tidak seperti kebiasaan atau terlewat daripada biasa. Dibuli oleh kawan-kawan. Berbakat dalam sesuatu bidang. Mempunyai kelainan yang “istimewa” berbanding kanak-kanak lain. Murid prasekolah tidak digalakkan membawa wang belanja ke sekolah. Murid prasekolah juga tidak dibenarkan memakai barang perhiasan sama ada emas atau pun tidak. Sarapan pagi dan kudapan pagi disediakan. Digalakkan anak membawa air kosong. Pihak sekolah memohon jasa baik daripada ibu bapa / penjaga agar dapat melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh kelas prasekolah. Sebarang pertanyaan dan masalah mengenai prasekolah, sila hubungi atau berjumpa dengan guru atau pembantu pengurusan murid. ADAB DI DALAM KELAS 1. Murid tidak boleh keluar kelas tanpa kebenaran guru. 2. Murid mesti membaca doa sebelum belajar. 3. Membaca doa sebelum dan selepas makan. 4. Makan dan minum hanya dengan kebenaran guru sahaja. 5. Tidak boleh berlari di dalam kelas. 6. Murid perlu minta izin jika hendak ke tandas. 7. Mengemas peralatan setiap kali selepas habis setiap slot PdP. 8. Tidak boleh berbuat bising sewaktu guru mengajar. 9. Murid perlu memberi tumpuan. 10. Tidak boleh mengambil alat tulis kawan sesuka hati. 11. Berpakaian kemas dan bersih. 12. Rambut mesti pendek bagi murid lelaki. 13. Murid perempuan yang berambut panjang mestilah diikat. 14. Kuku mestilah dipotong pendek dan bersih. 15. Menjaga kebersihan kelas. 16. Pastikan alat tulis dan bahan bacaan disusun dengan kemas sebelum pulang. 17. Hormat kepada Pembantu Pengurusan Murid dan juga rakan. 18. Ucapkan kata selamat dan terima kasih pada guru, PPM dan rakan sebelum pulang.
Murid-murid dibenarkan memakai kasut putih atau hitam 2023
CATATAN