The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KOH TIAN XIN_MT1_BUKU LOG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Koh Tian Xin, 2024-02-26 10:57:16

BUKU LOG PENGAKAP

KOH TIAN XIN_MT1_BUKU LOG

Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth. Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah BadenPowell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera. Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau). Sejarah pengakap dunia


Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, BadenPowell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun. Sejarah pengakap dunia


Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. BadenPowell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia. Sejarah pengakap dunia


Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan berpengakap telahpun muncul di tanah air seawal 1908 lagi dianggotai oleh anak-anak pegawaipegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo. Sejarah pengakap di malaysia


Sejarah pengakap di malaysia Kronologi penubuhan pasukan pengakap di negeri-negeri


Setelah aktiviti kepengakapan tersebar luas, keperluan untuk mewujudkan badan penyelaras disedari. Sejurus selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964 Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan. Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini Duliduli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional. Sejarah pengakap di malaysia


1) Membentuk warganegara yang taat kepada Negara. Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan agama yang diketuai oleh seorang Yang Dipertuan Agong. Yang Dipertuan Agong merupakan simbol kedaulatan undang-undang negara. Pengakap Kelana adalah diingatkan supaya mempertahankan undang-undang dan dasar-dasar negara untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara. 2) Meninggikan Persaudaraan antara Pengakap-Pengakap Sedunia. Pengakap Kelana adalah ahli Pergerakan Pengakap Sedunia yang telah ditubuhkan untuk memastikan ahli-ahlinya menjadi warganegara dunia yang berguna dan berkebolehan. Semua Pengakap Kelana adalah sahabat dan saudara antara satu sama lain. Setakat ini, lebih daripada 250 juta orang di seluruh dunia pernah menjadi Pengakap. 3) Persaudaraan Aktiviti-aktiviti Luar Pengakap ditubuhkan untuk menggalakkan belia-belia melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti luar seperti berkhemah, mengembara dan lainlain. Aktiviti-aktiviti tersebut melatih seseorang itu menjadi seorang yang berpengalaman dan boleh bergantung kepada dirinya sendiri dan seterusnya membantu orang lain. Sistem Latihan Pengakap Kelana menggalakkan semua ahlinya melatih diri sendiri dalam kemahiran luar. 4) Perkhidmatan Masyarakat Dalam pembentukan warganegara yang berguna, Pengakap Kelana itu diwajibkan berkhidmat kepada masyarakatnya dengan tujuan untuk keamanan dan kedamaian masyarakat. TUJUAN PENUBUHAN


5) Fikiran Progresif Antara Belia Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia memandang ke arah golongan belianya untuk menjadi pemimpin-pemimpin masa depan. Dengan melibatkan diri dalam hal ehwal masyarakat, seorang Pengakap Kelana diharap dapat memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara. Ini dapat dilaksanakan dengan pelbagai cara seperti melanjutkan pelajaran, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang tiada kaitan unsur politik, ataupun berkhidmat kepada masyarakat. 6) Berdikari Undang-undang Pengakap yang kesebelas yang dicatatkan, iaitu “Seorang Pengakap itu bukannya bodoh”. A Scout is not a fool. Dalam latihan Pengakap Kelana, seseorang itu diwajibkan memperoleh tabiat-tabiat berdikari dan dipastikan supaya menjalankan tugas-tugasnya dengan seberapa daya upaya yang boleh. 7) Perlindungan Alam Semula jadi Dengan pembangunan yang pesat, kita kehilangan sebahagian daripada alam semula jadi kita. Alam semula jadi adalah tempat di mana aktiviti-aktiviti berpengakap dijalankan. Dengan kesedaran ini, Pengakap Kelana diharapkan memainkan peranannya untuk melindungi alam semula jadinya dengan sebaik mungkin. TUJUAN PENUBUHAN


Baden Fletcher Smyth Baden-Powell, dilahirkan di Kensington England pada 22 Mei 1860. Beliau berkhidmat dalam tentera bersama Rejimen Scouts Guards dan terlibat dalam operasi menyelamatkan bandar Mafeking yang dipertahankan oleh abangnya, Robert Stephenson Smyth Baden-Powell pada 17 Mei 1900. Beliau ialah pelopor kegiatan udara ketika zamannya dan memegang jawatan felo dan kemudiannya presiden Persatuan Aeronautika Diraja di UK pada tahun 1902 hingga 1902 hingga 1909. Bersama-sama dengan kakaknya, Agnes (Pengasas Pandu Puteri), beliau membina belon udara dan pesawat luncur. Antara hasil kerja beliau ialah sebuah layang-layang yang mampu mengangkat manusia iaitu Levitor. Beliau bertanggungjawab memperkenalkan kegiatan penerbangan di dalam kepengakapan dan dianggap pengasas Pengakap Udara.Walaupun pada awalnya beliau tidak bersetuju Pengakap Udara menjadi pergerakan yang berasingan, kegiatan ini dikembangkan dan pada tahun 1912, Kursus Ahli Udara yang pertama dilaksanakan dengan jayanya di bawah kelolaan Kolonel H.S. Massy. Di dalam kepengakapan Badan Baden-Powell memegang jawatan Pesuruhjaya Daerah London Utara, kemudian dilantik Pesuruhjaya Daerah Sevenoaks antara tahun 1918 hingga 1935. Beliau juga dilantik sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat bagi hal ehwal udara dari tahun 1923 hinggalah meninggal dunia pada tahun 1937. Notes sEJARAH PENGAKAP UDARA SEDUNIA


Ketika hayat Badan Baden-Powell, beliau berpendapat tidak mudah bagi seseorang Pengakap Udara mendapat peluang mengendalikan pesawat sepertimana seseorang Pengakap Laut berpeluag mengendalikan bot atau perahu. Pengakap Udara hanya bergerak di dalam patrol-patrol udara bawah pasukan-pasukan yang berhampiran dengan pangkalan- pangkalan udara. Setelah Baden Baden-Powell meninggal dunia pada tahun 1937, usaha beliau telah disambung oleh pegawai-pegawai selepasnya dan patrol-patrol Udara mula ditubuhkan lebih banyak. Kerajaan UK mula menyedari nilai program Pengakap Udara sehinggakan Pengakap Udara dilancarkan sebagai satu cabang kepengakapan yang berasingan secara rasmi pada tahun Januari 1941 dan serta merta mendapat sambutan hangat. Mejar Jonathan Mould Henderson menjadi orang pertama dilantik sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat bagi urusan Pengakap Udara. Beliau turut dibantu oleh Rex Hazlewood sebagai Pesuruhjaya Perantau. Bersama-sama, mereka telah menganjurkan perkhemahan Pengakap Udara yang pertama di Avington Park pada Julai tahun 1942. Satu pameran turut diadakan pada Disember 1942 di Dorland Hall yang telah menarik kira-kira 10000 pengunjung walaupun dalam suasana perang ketika itu. Notes sEJARAH PENGAKAP UDARA SEDUNIA


Ketika pelancaran Pengakap Udara, Perang Dunia Kedua sedang sengit berlaku dan Pengakap Udara sangat menonjol dalam membantu usaha-usaha pertahanan awam. Ahli-ahli Pengakap Udara menjadi jururawat, penyelamat, pemerhati, operator radio, jurumarshal, pembantu mekanik dan sebagainyan dan sangat berjasa kepada pertahanan negara. Oleh kerana sambutan hangat anak-anak muda ketika itu, juga akibat catuan, berlaku kekurangan pakaian seragam, pasukan Pengakap Udara bersepakat menggunakan beret menggantikan topi kempen yang lazimnya dipakai oleh Pengakap. Ahli Pengakap, Ernest Smith, terbunuh bersama 3 orang lagi ketika menyelamat mangsa gas beracun dari paip yang rosak akibat pengeboman ketika Perang Dunia Kedua. Jumlah Pengakap Udara mencapai kemuncak pada tahun 1944 ketika penghujung. Perang Dunia Kedua di Eropah. Setelah perang tamat, pada tahun 1950, Persekutuan Pengakap berunding dengan Kementerian Udara untuk mewujudkan satu skim pengiktirafan bagi pasukan Pengakap Udara yang layak. Ahli dan pasukan yang menerima pengiktirafan berpeluang mengikuti latihan dengan Tentera Udara dan diberi lencana khusus. Skim ini mencapai kejayaan apabila dalam tempoh 5 tahun sahaja, 40 buah pasukan telahpun diiktiraf layak dan menerima insentif oleh Kementerian Udara UK. Bagi mengukuhkan kejayaan skim ini, Asisten Ketua Staf di Kementerian Udara Air Vice Marshal Sir John Gerard Willsley Weston telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat bagi Pengakap Udara yang baru. sEJARAH PENGAKAP UDARA SEDUNIA


Bermacam-macam usaha dilaksanakan untuk memajukan Pengakap Udara. Akhirnya, pada 1959, Pengakap Udara mula berlepas ke udara dengan perolehan sebuah glider dua tempat duduk yang diusahakan oleh Sir Weston. Beliau kemudiannya digantikan oleh Air Vice Marshal Sir Bernard Albert Chacksfield sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat. Beliau memegang jawatan ini agak lama iaitu sehingga tahun 1970 apabila beliau dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya sehingga tahun 1975 dan dianugerahi Pingat Silver Wolf. Tugas beliau sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat, digantikan oleh Group Captain W.S.O Randel dan kemudiannya oleh Group Captaion G.N. Brierley. sEJARAH PENGAKAP UDARA SEDUNIA


Pengakap Laut adalah salah satu daripada cabang Pergerakan Pengakap yang diasaskan oleh Warrington Baden-Powell, abang kepada Robert Stephensen Smyth Baden-Powell disebabkan oleh latar belakang mereka yang kaya dengan tradisi kelautan. Perkhemahan percubaan pertama di Pulau Brownsea pada 1907 menunjukkan bahawa elemen kelautan adalah amat dipentingkan dalam Pengakap. Lencana “Seaman” telah dijadikan sebagai salah satu daripada lima lencana terawal yang diperkenalkan oleh Pergerakan Pengakap. Lanjutan daripada itu, Warington Baden Powell telah menggariskan konsep Pengakap Laut dalam sebuah Kursus Pemimpin Pengakap di London pada Januari 1911. Sejak itu, Pengakap Laut telah berkembang ke seluruh dunia terutamanya di negara-negara yang mempunyai perairan seperti di Malaya dan Borneo. Sejarah negara merekodkan bahawa Pengakap Laut telah bertapak sejak sekian lama di negara ini terutamanya selepas Perang Dunia Kedua dan terbabit secara aktif dalam sambutan pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Malaysia mempunyai banyak kelebihan untuk penganjuran aktiviti Pengakap Laut kerana negara ini dikelilingi laut, mempunyai banyak sungai dan tasik serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan maritim yang membolehkan pelbagai aktiviti dan latihan kelautan yang menyeronokkan dianjurkan dari semasa ke semasa. sEJARAH PENGAKAP LAUT SEDUNIA


Pengakap Laut di Malaysia dibahagikan kepada tiga unit iaitu Pengakap Muda Laut (bagi pelajar menengah rendah), Pengakap Remaja Laut (bagi pelajar menengah atas) dan Pengakap Kelana Laut (bagi ahli dewasa dan lepasan sekolah menengah). Tiada unit Pengakap Laut ditubuhkan bagi Pengakap Kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti Pengakap Laut dijalankan mengikut skim latihan yang telah ditetapkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Skim Latihan Pengakap Laut yang baru telah dilancarkan pada 23 Januari 2011 dan menjanjikan pelbagai aktiviti yang menarik untuk ahli-ahli Pengakap Laut. sEJARAH PENGAKAP LAUT SEDUNIA


struktur organisasi Struktur dan Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia


struktur organisasi Struktur dan Organisasi Peringkat Negeri Kumpulan Latihan Malaysia


struktur organisasi Struktur dan Organisasi Peringkat Negeri


struktur organisasi Struktur dan Organisasi Peringkat Daerah


struktur organisasi Struktur Organisasi Jawatankuasa Tadbir Kumpulan Latihan Malaysia Institut Pendidikan Guru (KLMIPG)


struktur organisasi Carta Organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia Kumpulan Sekolah Rendah


PERANCANGAN ORIENTASI RANCANGAN TAHUNANUNIT PENGAKAP KANAK-KANAK


ORIENTASI PENGAKAP


THANK YOU


Click to View FlipBook Version