BAB 13: TEKNOLOGI GENETIK
13. 2: DEFINISI
Bioteknologi
Bioteknologi ialah satu bidang
dimana teknologi digunakan untuk
mengubah suai organisma untuk
menghasilkan sesuatu produk biologi
JENIS AKTIVITI
BIOTEKNOLOGI
Oleh sebab bioteknologi
melibatkan pelbagai disiplin sains,
maka setiap aktiviti yang
melibatkan penggunaan organisma
untuk sesuatu kepentingan telah
dibezakan mengikut warna-warna
tertentu
Terdapat sepuluh jenis aktiviti yang
telah dikenal pasti, namun
bioteknologi hijau, putih, kuning
dan biru merupakan aktiviti utama
dalam bioteknologi
APLIKASI BIOTEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN
Terapi Gen
Pemprofilan DNA
Penghasilan Tumbuhan Bertoleransi
Serangga Perosak
Pembersihan Tumpahan Minyak
terapi gen
Langkah-langkah asas dalam terapi gen.
Terapi gen digunakan untuk merawat atau mencegah suatu penyakit
genetik. Antara penyakit yang dapat dirawat menggunakan kaedah
terapi gen ialah sistik fibrosis, distrofi otot dan beberapa jenis kanser.
Pemprofilan DNA
Pemprofilan DNA ialah teknik forensik yang digunakan untuk mengenal
pasti individu berdasarkan DNA mereka. Hal ini dikatakan demikian
kerana, DNA adalah unik bagi setiap orang, kecuali kembar seiras
Contoh kes senario. Seorang
wanita telah dijumpai mati
ditikam di bilik Tidurnya.
Sebilah pisan dijumpai di
tempat kejadian dengan darah
mangsa. Pasukan forensik
telah menjalankan
pemprofilan DNA pada bukti
yang diperoleh. Perhatikan
profil DNA in tempat kejadian
berpadanan dengan profil
DNA suspek B. Hasil siasatan
menunjukkan bahawa suspek
B ialah pembunuhnya.
Rajah diatas menunjukkan Pemprofilan DNA untuk
mengenal pasti penjenayah kes bunuh.
Langkah-langkah pemprofilan DNA:
Penghasilan Tumbuhan Bertoleransi Serangga
Perosak
• Penggunaan baka kapas tebal yang bertoleransi kepada ulat perosak kapas
contohnya kapas Bt di ladang-ladang kapas telah mengurangkan
penggunaan racun perosak.
• Tanaman Bt disuntik dengan gen daripada Bacillus thuringiensis (Bt), iaitu
sejenis bakteria tanah yang dapat mengeluarkan bahan racun
• Langkah ini dapat menjimatkan kos racun makhluk perosak dan
meningkatkan pengeluaran kapas.
Gen bakteria Bacillus thuringiensis yang boleh menghasilkan toksin Bt dimasukkan
ke dalam genom tumbuhan. Serangga perosak akan mati apabila makan tumbuhan
tersebut. Ini kerana toksin Bt yang dikeluarkan oleh tumbuhan tersebut akan
menganggu sistem pencernaan serangga perosak.
Pembersihan Tumpahan
Minyak
Bioremediasi merupakan satu kaedah untuk membersihkan bahan cemar
dengan menggunakan bakteria
Kaedah ini berkesan untuk merawat pencemaran minyak akibat tumpahan
minyak di lautan
Kebanyakan molekul di dalam minyak mentah petroleum dan produk
petroleum yang ditulenkan dapat diurai secara biologi dengan menggunakan
bakteria
Contohnya, bakteria Alcanivorax borkumensis boleh menguraikan molekul
minyak untuk mendapatkan tenaga.
Kepentingan Bioteknologi
dalam Kehidupan
knologi selalu dikaitkan dengan pertanian, perubatan, pemakanan,
perindustrian dan sebagainya Bidang ini telah banyak memberi manfaat
kepada kehidupan manusia. Secara umumnya, bioteknologi dapat
mempelbagaikan produk, meningkatkan hasil pemakanan, pertanian dan
perubatan serta mengembangkan ekonomi negara.
Sumbangan dalam bidang pertanian:
Menghasilkan baka ternakan dan tanaman terbaik. Kaedah kultur
tisu dan teknik pengklonan dapat mempercepat pembiakan tanaman.
Memberi hasil baka padi yang banyak dan cepat matang.
Pengklonan haiwan pula dapat membolehkan pembiakan secara
besar-besaran dan kebolehan daya tahan penyakit.
Hormone juga digunakan supaya haiwan membesar dan matang
dengan cepat.
Sumbangan dalam bidang perubatan:
Genetik individu dapat diubah suai
Mengurangkan risiko penyakit mental
Penyakit tertentu seperti kanser dan penyakit pewarisan juga boleh
dielakkan.
Genetik manusia kerdil boleh melahirkan manusia normal
Membantu wanita yang sukar hamil untuk memperoleh zuriat